Update; Blues 21Sept, 12.03am
Sheih...Freed But Not So Free!
Malaysiakini: Polis bebaskan Blogger Kickdefella
Ya!Ya!Ya! Dengan sekelip mata, satu dunia dah tahu, Sheih dah dibebaskan...Tapi, sangat-sangat worst case, Lady Dark baru je tahu beberapa minit lepas...Terkejut khinzir dia..."Yaayy...Bukan ke reman lagi sehari ke?". "Ish..Pempuan ni! blaa..blaa...blaaa..." Aku membebel kat dia...
Banyak kata-kata semangat dari pembaca blog Kickdefella kat posting berbarunya. Aku tak tulis apa-apa kat situ, lagipun sejak aku baca Kickdefella's blog...Tak lebih 5komen kot aku aku tulis kat situ...Hahaha! Aku ada cara aku untuk support dia dan aku suka cara aku!
So...Sempena pelepasan Sheih, aku tulis lah skit lagi...Lepas ni, aku akan kurang tulis dah kecuali bila diperlukan, penat aku meluangkan masa-masa sibuk aku untuk support dia dengan menulis ntahapahapa! Banyak kerja dooool...Padan lah dengan gaji yang ribu-ribu-ribu tu kot?! Apa nak buat, nak hidup...
Ok...Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Nak senang...Aku ambik jer statement masa pc Sheih dari Malaysiakini tadi petang! (Bro Ban...Bila ambo nak dapat link dari Malaysiakini nihhh??!Huhuhu..Ops, takpe2! Tak mati pun tak lekat Mkini tuuu...huhuhu!)
Ayat Garang I:"Saya beritahu mereka jika mereka mahu kenyataan, mereka hendaklah mendakwa saya dan saya akan beri kenyataan saya di mahkamah di depan hakim...".
Ulasan: Garang tahap Raja Petra gak nih. Minta dibicarakan! Tak pun, terpengaruh dengan Cik Say-Fool (katakan bodoh!) kita, "Saya akan memberitahu di mahkamahhh..."
Ayat Garang II:"Saya cuba menyerah diri kepada polis Kelantan sebaik saya tahu mengenainya, tetapi mereka kata, mereka tidak mencari saya..."
Ulasan: Ni bagus...Belom apa-apa, pergi balai...Pergi tanya Polis! Pelik tapi benar, Polis pun taktau...Patutnya Polis cakap, "Err...Encik balik la dulu, nanti kami tangkap encik kat rumah esok lusa nanti depan anak-bini dan orang kampung encik...Ok?!" Ops..Jangan lebih kutuk Polis, Polis masih relevan tauuu....
Ayat Garang III: "Mereka tidak mengurung saya bersama suspek yang lain. Saya ditempatkan di dalam bilik tahanan seorang diri..."
Ulasan: Bukan per, jaga standard...Apa barang nak letak satu lokap dengan penyamun, perogol bersiri, pencuri carburator motorsikal EX5 aka Mat rempit...! Hmm..Aku dengar banyak kejadian homo-menghomo dalam lokap...
Ayat Garang IV:"Mereka cuba menakut-nakutkan penulis blog lain dan memudarkan semangat saya. Ia tidak berjaya..."
Ulasan: Speechless! Tak terkataaaa...
Statement Garang V: Syed Azidi berulangkali memuji polis kerana melayannya dengan baik, sambil menambah, mereka memenuhi permintaannya untuk mendapatkan ubat, sejadah dan juga minuman ringan kerana tahap gulanya rendah....
Ulasan: Tabik Polis kepada Polis! Integriti Is Our Practise... Ish, apa kena-mengena pulakk?!
Alhamdullilahhh....Pasal makanan anjing? Takde disebut! Terima kasih Polis, kerana tidak ada kedengaran rungutan pasal makanan...! Asal halal walaupun takde khasiat, Sheih bedal punya...kecuali aiskrim (manis tuuu!)
Hmm...Apa lagi yang diulas?No need...! Nak ulasan pergi baca blog lain, tu pun kalau ada yang nak ulas lahh!
Aku...Tumpang happy, pasal Sheih dah bebas! At least, aku tulis apa yang terdaya untuk dirinya...Confirm Sheih baca blog ni...Hahaha! Bukan saja-saja aku nak bodek ke apa punnn... Cuma bertindak atas kemampuan yang ada, tak boleh hentak dengan hammer...Tulis pun jadilah!
Tu je... Jumaat, 17Oct depannn, jumpa di tempat biasa...!
Bro Sheih, Ambik....Penumbuk-Angin ke-II ! ! !
Roger!
Posting Asal ! ! !
Related link (untuk kawan-kawan yang tak tau apa kisahnya!);
Malaysiakini : Kickdefella Remanded for another day
Malaysiakini : Penulis Blog ditahan sehari lagi
Malaysiakini : Dijamu seperti makanan anjing
Malaysiakini : Kok Tells of Her 7 Days Under ISA
Aku taknak sembang politics, plus lu orang jangan politics-kan tulisan aku. Aku semahunya mahu bercakap sekurang ajar mungkin untuk tulisan ringkas malam awal pagi sabtu ini. Aku penat…Baru lepas travel ½ ribu batu jauhnya (553km)!
SETUJU!!! SANGAT SETUJU…Dengan Aflah; Kelab Penghasut Maya UMNO!Aku ingat ada yang tak sedar. Syukur...Ada jugak yang sedar plus tak takut nak hentak sama! Tabik Puteri Islam untuk lu...Aflah! Mahu sahaja aku nak tulis perkataan yang sangat tidak menyenangkan bila dibaca…Tak boleh hentak, maki dari jauh pun jadi lahhh! Tapi ini bulan yang mulia… Kena sabar! Kena banyak-banyak bersabar! Sabar…! Sabar…!Sabar…!
Lagi, aku cukup bengang…Bila aku baca posting KPMU.Net;Amaran Buat Sheih - Jangan Hina Bendera Kami Beratus komen-komen yang poyo-poyo! Apakan daya… Itu hak mereka agaknya! Perikemanusiaan dah makin kurang, harga diri dah takdak! Ishhh…Apa manusia untuk aku gelarkan puak-puak ini? Dengan provokasinya, memang kurang ajar! Maklumlah…diorangkan duk belah
Pasal Sheih ditahan di bawah Sedition Act! Bengang…Memang bengang! Sedih pun ada…Apa lagi terkenangkan anaknya yang bongsu tu. Manja benar dengannya…Dapat tidur kah baby girl tu yang liat bebenor nak mandi petang, yang hanya suka ber-panties berlari ke
Ryan…Yang bongsu lelaki! Yang sangat aktif…Bila main bola mesti pakai jersi Man U! Aku agak 1-2 hari ini mesti lelaki kecik macho (ala-ala Cantona) ni moody memanjang bila tiada papa-nya di sisi. Kegiatan pembolaan agaknya mesti tergendala! Mana ada budak yang stay happy kalau bapaknya ter-lokap! Bola mesti tak bergolek di laman rumahnya...
Hakikatnya Sheih dah betolkan bendera tu dan dah cerita bila dan bagaimana dia ambik gambar tu! Tak faham lagi ke? Ntah lahh..Agaknya ini musim tangkap-menangkap kot?
Sedih…bila aku tengok Sheih dengan tangan bergari, dengan dressing tak siap, nampak serabai. Nasib baik rambut dah tak berapa nak ada. Kalau tak lagi serabut agaknya. Namun sengihannya tetap manis…Amat malang, aku jauh sangat dari KB untuk kasi penumbuk kat dia. Penumbuk-Angin...Penumbuk-Semangat!!!
Tadi aku berbuka dalam kereta, hanya mineral kemudianya rokok-rokok-rokok! Syukur sangat dahhhh… Apa agaknya juadah Sheih aku berbuka tadi maghrib? Tadi bersahur aku makan mewah, nasi lemak lauk udang tumis plus burger ayam plus ayam goreng plus bingka ubi. Hadam pulak dengan milo O’ suam gelas besar dengan rokok! Perghhh…Nikmatnya tinggal di bumi merdeka ini!!!Tapi apa lauk untuk Sheih bersahur di lokap
Kalau Miss Teresa Kok makan 2biji telor separuh masak plus lauk-lauk yang ntahapahapa…Apa juadah berbuka dan bersahur Sheih! Click kat link-merah atas yang berkenaan. Pak Bakaq pun makan benda yang lebih kurang sama semasa ditahan tempoh hari (Penarik Beca; Makanan Anjing). Haaaiii…Kurang benar, agaknya bajet makan untuk tahanan-tahanan lokap kot? Belanjawan dinamakan mesra rakyat tuuuu…Astagfirullah (Baca: KPMU.Net ; Bajet Prihatin)! Tapi…Alhamdullilah, Miss Teresa dah bebas…Kitakan Malaysiannn, mesti sporting! Support tetap support… Perpaduan-kan Teras Kemajuan!
Tu soal makan...Soal bajet...Soal belanjawan...Soal Perpaduan...!Aku pun dah ngantok, sangat mengantok...Dalam pada kita yang nak atau dah tido atas tilam empuk setebal 1kaki berhawakan dingin, apa agaknya alas untuk Sheih tido. Sama juga, apa lah agaknya alas tido tahanan lokap yang lain...
Cukup untuk pagi ini. Aku penat…! Harapnya, Sheih masih kuat semangatnya di-lokap sana. Harapnya juga reman 2 hari Sheih berakhir hari esok! Kita doakan sahaja…
Ops…Bro Banjar! Thanks untuk ilmu-ilmu tu…Ambo tak kisah sangat punnn! Dah cakap dah, jadi…jadilahh! Tak jadi pun takpe…Rasanya ni percubaan ke-3 rasanya...Hahah!Apa pun, thanks anyway! If menjadi...If ambo outstation ke Penang, ambo singgah Parit Buntaq. Ambo belanja Bro Banjar, roti canai banjir kat Restoran Naseer...Apa macam? Ada berani ??
Aboo & Lady Dark