INTRO…Aku, aku mengaku bahawa pengetahuan aku sendiri jahil terhadap agama aku sendiri…Apa lagi kejahilan bagi ‘non-Muslim’ terhadap Islam. Tentulah lagi tak faham…Tak tahu! Aku bukan nak memperkatakan soal artikel 121 (1A) yang mengatakan bahawa kebebesan beragama di
OK…biar aku, Si Jahil ini terangkan kepada ‘non-Muslim’…Untuk kamu-kamu yang ‘non-Muslim’ bercakap soal hak asasi untuk convert agama (terutamanya - masuk atau keluar Islam) seelok-eloknya tengok dari sudut pandang seolah kamu seorang Islam laaah... Lagi sekali aku ingatkan, untuk seketika lupakan soal perundangan dan hak asasi asas seorang - ORANG atau manusia. Baca dan
INTERMISSION!!! PERTAMANYA…Soal mana-mana ‘non-Muslim’ nak masuk Islam. Perlu difahami bahawasanya, Islam bersedia untuk menerima mana-mana individu ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Jika atas kerelaan dirinya, walaupun ditentang oleh Ibu-bapanya atau keluarganya. Itu asas dalam Islam! Islam tidak tidak cerewet menyediakan dokumen dan lampiran setebal 1-2inci untuk ditandatangi oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Itu pun asas! Cukup sekadar atas kerelaan diri sendiri oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk mengucap kalimah syahadah tanpa dipaksa atau diseksa, maka Islam lah seseorang itu… Ini bukan bahasa susah! Ini 'basic' dalam Islam itu sendiri…
SETERUSNYA…Benar! Logik akal dan secara asasinya, adalah hak mana-mana individu untuk pilih apa-apa agama yang difikirkan sesuai dengan selera nafsunya. Namun begitu, dalam Islam... Setiap muslim, Islam ada hak ke atas setiap penganutnya. Islam tidak membenarkan seorang Muslim untuk keluar dari agama ikut suka mak-bapak mereka sahaja. Itu sebetolnya, kamu patut faham dari sudut pandang seorang Islam. Moleknya, begitu…
OK…Selesai Soal ‘Siapa Keluar Islam KENA BUNUH (bersyarat)…Next! Wahai ‘non-Muslim’… “Tiada paksaan dalam Islam…”, mesti kamu pernah dan selalu atau paling tidak ada terdengar ‘term’ ini. Baik yang Islam ataupun ‘non-Muslim; ramai yang berfikiran bahawa, ‘term - tiada paksaan kepada mana Islam…’ memberikan maksud tiada paksaan untuk keluar-masuk dalam Islam atau contohnya, tiada paksaan dalam menutup aurat misalnya. Jika itu maksud kamu, sedarilah bahawasanya…
Benar…! Setuju…! Islam tidak dan tidak akan memaksa sesiapa untuk menganutinya. Namun begitu, kefahaman tentang – Bila kamu SUDAH BERAGAMA ISLAM itu sangat penting. Bila rasminya, seseorang itu adalah MUSLIM…maka seharus dan sewajibnya menunaikan apa yang Tuhan Islam suruh, meninggalkan apa yang Tuhan Islam larang. Bahasa mudahnya begitu bagi mereka-mereka yang ‘non-Muslim’…
Jika individu itu sudah Islam, WAJIB/PERLU seseorang Islam yang lain menjaga keISLAMan Muslim yang lain. Tu pun mudah…Perlunya kamu faham akan ‘term’ (dari hadith) ‘Setiap Muslim-Muslimat adalah bersaudara…”. Memahami istilah itu, ketahuilah bahwasanya, Setiap Muslim perlu menjaga setiap Muslim yang lain. Jaga apa? Jaga Akidah…Iman…Akhlak…! Dan seboleh-bolehnya jaga kesemuanya…Segala-galanya! Setiap Muslim WAJB/PERLU menegur atau mencegah setiap Muslim yang lain sekiranya ada berlaku salah laku walaupun kecil kesilapannya, apa jika melakukan salah yang besar seperti keluar dari agama. Fahamkan begitu…
Contoh 1… Tiada sesiapa pun yang memaksa mana-mana orang asing untuk tinggal di negara X…Tapi bila kamu membuat keputusan muktamad untuk menetap (atas kerelaan sendiri) seterusnya mendapat I/C menandakan bahawasanya kamu adalah rasmi sebagai warganegara X, sebetolnya…Kamu perlu ikut peraturan negara X. Hukuman berat kalau kamu bertekad untuk melepaskan kewarganegaraan negara X… Kerajaan
Contoh 2… Bagi sesiapa yang lahirnya dari keluarga Islam…Contoh mudahnya, bila anda lahir di negara X mendapat surat beranak Pejabat Pendaftaran Negara X, maka…adalah perlu dan wajib seseorang untuk patuh dan ikut peraturan negara X yang menyambut kelahirannya. Kalau tak ikut, benganglah Si Pemerintah Negara X. Logiknya begitu…Aplikasikan lagi sekali mengikut pandangan Islam!
OUTRO PANJANG LEBAR...Agama bukanlah satu entiti yang boleh dipermainkan. Apa lagi ianya adalah AGAMA…Kepercayaan terhadap Tuhan! Bila masuk bab-bab ke-Tuhan-an takkan boleh disenda dengan sewenang-wenangnya… Entiti beragama X tentu bengang jika agamanya dipersendakan oleh entiti beragama Y…Tak begitu??
Lagipun, tak perlu lah di perkatakan soal hak kebebesan bersuara yang kini makin mengarut dan menjadi-jadi. Pihak Pemerintah dan cukup baik memberi kelonggaran untuk bersuara tetapi disalah guna pulak. Aku…Blogger kelas-2 yang tidak seberapa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menulis soal ini, Lagipun…Aku bengang juga kat Bloggers nge-top Melayu Muslim yang tidak sebut langsung soal ini. Duk sibuk politik aje! Ini akidah…Agama kita… Pada mereka-mereka ‘non-Muslim’ yang tak faham asas agama kita, jelaskan pada mereka yang ‘non-Muslim’…Gunakanlah platform blog-blog kamu yang ber-rating juta-juta tu!
Para Muslim, jangan pula kita melenting dan salahkan para ‘non-Muslim’ atas kejahilan mereka-mereka yang ‘non-muslim’ ini. Mereka tak baca Quran dan hadith…Logik benar kalau mereka tak tahu!
Lagipun…adalah bodoh kalau kita beragama X berforum mengenai agama Y… Apa lagi kita-kita yang beragama X ini belom cukup arif tentang agama kita sendiri… Agama X untuk Si X Agama Y untuk Si Y…Tidak lebih! Tidak kurang… "Untuk kamu agama kamu, Bagi kami agama kami..."(Aplikasi mudah untuk Muslim dari Surah Al-Kafirun...!)
Boleh..! Boleh..! Nak bercakap soal inter-faith…nak debat secara terbuka pun takde salahnya. Kalau Al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat boleh berdebat dengan Dr.William Campbell…Dr.Zakir Naik – Sri Sri Ravi Shankar boleh berdebat lebih 3jam didepan ratusan ribu orang yang bermacam agama..Kenapa pula tidak kita di
+More comments at Tranungkite Online!!!
+Also published at UTARA-ONLINE!!!
+Of couse at AL-BANJARI ONLINE!!!
Peace, Love & Empathy !