Update Pendek: Minyak turun, jalan Sesak. Tapi, belom pernah aku jumpa nama jalan – ‘Jalan Sesak’. Nama jalan, banyak pakai nama orang. Orang-orang yang ada nama, belom tentu ada jasa. Yang pasti, orang-orang yang glamour. Minyak turun, ekonomi jatuh teruk. Soalan biasa bila berjumpa kawan, “Bape ramai tempat kau kena Voluntary Separation Scheme?” Minyak turun, rebat RM625 masih valid!
Minyak turun lagi 10sen. Syukurlah. Sikit pun, turun lah. Ikutkan hati, mesti mahu free, semua nak gratis, semua mahu subsidi. Buang najis pun kena bayar inikan pula minyak. Minyak Ron92 colour pun macam kencing je. Minyak dengan kencing lain rasanya. Dua-dua boleh bikin khayal. Putar alam otak jadinya.
IKLAN…YB Mukhriz, cadang sekolah satu aliran. Masa untuk publisiti, maklumlah bulan March nak jadi Ketua Pemuda, mesti nampak bijak. Minyak dan YB Mukhiz, agak-agak kereta apa YB Mukhriz pakai. Sehari minyak berapa ringgit? Orang senang, isi minyak pun pakai drebar. Ntah kenal stesen minyak, ntah tidak. Yang pasti, YB Mukhriz kenal ramai tokey-tokey minyak. Teressa confirm takkan setuju. Gorbind Singh, sama macam bapaknya. Esok lusa, giliran Dr.Khir dan KJ pula beri idea. Nilai sendiri...
Aku lebih suka kalau BAHASA CINA & INDIA DIAJAR DI SEKOLAH MELAYU…Itu lagi positif. Bagus untuk Melayu. UMNO
Maaf lari tajuk! Lagi-lagi minyak. Nak hensem sapu minyak kat rambut. Nak goring telor pun pakai minyak. Nak wangi pun pakai minyak. Rumah urut pun pakai minyak. Nak mengayat pun pakai minyak. Sakit kepala pun pakai minyak. Banyak betol minyak di dunia.Minyak yang tu juga, paling ada nilai. Komuditi getah dan sawit pun sama menyusut. Makan buah sawit, minum susu getah.
2 Disember 2008, harga minyak dunia jam 8.32pm, USD50.53. Esok lain harganya. Lusa lain harganya. Nilainya kadang-kadang menyusut, kadang-kadang mencanak naiknya. Saudagar minyak tetap kaya, makin kaya. Kita tengok harga minyak dunia turun naik. Tengok sahaja. Boleh buat apa? Layan blues minyak…Lu boleh bikin apa?! Ya…Boleh bikin sembang blues sama kawan-kawan. Minyak tetap macam tu juga. Minyak tak bersalah. Jangan salahkan Minyak. Salahkan orang lain. Minyak dan orang, bila berkolaburasi jadinya Orang Minyak.
10sen lagi jimat. Orang yang konon-konon berwawasan, mesti hisab kalau simpan 10sen selama setahun, jadi RM36.50. Se-katun rokok pun tak lepas. Takkan nak simpan 10sen selama 2tahun untuk se-katun rokok. Baik berenti isap rokok. Isap benda lain pulak.
Lagi-lagi 10sen. Bikin apa, jimatan 10sen?2 Gula-gula hacks 10sen. Masuk jamban pun tak lepas. Kena tahan kencing 2hari, 10sen setiap hari untuk sekali kencing. Kencing sahaja kat jamban stesen minyak atau longkang belakang stesen minyak. Jangan kencing di pam minyak. Tu untuk kencing, kalau nak berak kena simpan 10sen selama 5hari. Maka, akan secara pakej penyakit batu karang dan buasir lah rakyat
Rebat masih valid, yang duk beratur ambik rebat pun ramai lagi. Banyak cash di Pejabat Pos. Bank juga yang kena rompak.Perompak nak merompak pun, isi minyak dulu, nanti berhambat dengan Polis, abis minyak naye.
Bersambung…
[ Read More...... ]