Cat, dah tiga minggu kita bersama. Hubungan yang tak ke mana. Tiada hala tuju. Aku suka kau, kau juga kelihatan suka pada ku. Mungkin kita dipengaruhi emosi. Apa sudah jadi pada kita, Cat? Aku sudah berpunya. Mungkin kita hanya sesuai jadi kawan…Mungkin?! Setarafkah kita?aku bukan siapa-siapa…Kau lagi lah, betina sundal. Beranak merata-rata…
Cat, kau perlu sedar, di rumah ini aku hanya menumpang. Apa kata tuan rumah kalau-kalau ada bukan-jantan dalam rumah ini. Silap-silap gaduh besar aku dengan tuan rumah. Kena halau…Confirm! Kalau aku kena halau mana aku nak pergi, Cat? Atau kita perlu cari tempat yang sesuai untuk kita ber-privacy?Sesungguhnya aku tak mampu, Cat! Hubungan kita bukan sebarang, agak terlarang!
Cat, aku faham masalah kau. Anak-anak kau tidak berbapa. Memang celaka Si Jantan Jahaman itu. Tapi rasanya aku kenal Si Jantan JAhanam itu. Petang-petang, aku ada selalu nampak Si Jantan Jahanam itu berkeliaran di sekitar ini. Lagi pun tidak banyak jantan-jantan di sekitar ini bermuka poyo semacam jantan itu. Kau perlu banyak-banyak bersabar. Aku sentiasa ada bersama kau. Kau sedih, aku pun sedih, Cat! Aku faham masalah kau, Cat!
Cat! Cuma masalahnya sampai bila??Kita tak boleh nak meneruskan hubungan terlarang ini, Cat! Ini bukan hubungan biasa. Ini hubungan luar biasa, Cat! Fahamkah kau, Cat?! Aku tak kisah menjadi bapak tiri kepada anak-anak haram kau, tapi…ini terlalu perit untuk aku terima. Apa kata orang, Aku tak sanggup dicerca orang, Cat! Fahamkah dikau wahai Cat-ku Sayang!
Cat, Anak-anak haram kau aku anggap macam anak aku juga. Anak-anak haram juga suci. Mereka tidak bersalah. Aku tahu ini bukanlah anak pertama kau,Cat! Kau ada anak-anak lain juga,kan? Juga tak berbapak dan terbiar. Apa boleh buat, Cat sudah nasib kau, Cat!
Cat, aku sayang kau tapi aku dah tak tahan lagi. Bersekedudukan begini tak elok. Ada pintu kau masuk ikut tingkap. Senyap-senyap pula tu. Menyelinap macam pencuri. Tapi aku tahu kau berniat baik. Anak-anak kau merengek nakkan susu. Apa kata kau sediakan baby feeding, plastik punya. At least taklah diorang merengek sangat!
Cat, Maaf kalau aku cakap, beberapa hari lepas aku marah-marah ringan kat anak-anak kau. Bilik aku tiba-tiba tercemar dengan bau-bau yang tidak menyenangkan. Kenapa tidak disediakan pampers untuk anak-anak kau. Mustahil betina sundal macam kau yang berbulu gebu ini tiada penjaga, sugar dady ke?! Bukan apa bau nya, mengganggu tidurku. Akibatnya, aku mengantok di waktu kerja.
Cat, aku nak tanya kau adakah kau nampak mana Cik Ratna? Agaknya Cik Ratna sudah merajuk kerana aku sudah menduakannya. Ini semua gara-gara kau Cik Ratna tidak lagi menemani tidur ku. Aku juga mahu kau berterus terang, kalau-kalau kau sudah sabotaj Cik Ratna. Maklum lah, Cik Ratna kan tidak sebesar mana. Lagi besar anak-anak kau yang baru beranak itu berbanding dirinya. Paling takut, kalau-kalau kau dah makan Cik Ratna buat lunch dengan anak-anak kau. Harap-harap tidak!
Cat, aku nekad! Apa nak jadi, jadi lah. Aku bagi kau sehingga hujung minggu ini untuk mencari tempat tinggal baru. Anak-anak kau juga jangan kau lupa. Buat masa sekarang, aku pergi kerja, aku buka tingkap untuk kesenangan keluar-masuk kau. Mula Isnin depan, tidak lagi. Aku akan kunci tingkap itu, gerenti kau tak boleh masuk. Kalau aku tengok anak-anak kau ada lagi Isnin depan…tahu lah aku apa nak buat! Aku tak tahan lagi. Tuan rumah juga macam sudah perasaan ada penumpang-senyap di rumahnya. Kantoi aku, Cat! Tapi, aku cover…demi kau, Cat!
Cat, dalam hidup macam tu lah! Sundal macam mana pun, teruskan hidup. Walaupun tanpa aku, aku tahu kau mampu hidup senang. Cari pakwe baru OK! Cat, Maafkan aku kerana menolak cinta mu… Semoga sentiasa berbahagia selalu…LOVE YOU, Cat!
[ Read More...... ]