Thursday, January 3, 2008

26 - 31 Disember 07: Catatan Perjalanan Hujung Tahun...

Komen kawan-kawan, “aku ada buka blog mu, lirik lagu je ada...mu dah tak menulis ke?” Hmm...betol jugak...memangg lama aku tak menulis...satu2nya alasan yg sesuai untuk aku cakap adalah, AKU BUSY!!! “Busy apanya...keje rileks” balas kawan aku lagi...pada jam 6.45 ptg sementara tunggu maghrib, aku tulis laaa...apa yg patut...”versi melayu pun ok kot...” fikirku. Sebenarnya banyak artikel-artikel undone dalam draft inbox aku...ada masa aku cuba siapkan dan pulish-kan! Korang baca la...

Rasanya macam baru je semalam aku berniat untuk sambung belajar, sedar tak sedar..aku dah abis sem 2 dah...4 sem to go then aku bergelar, MASTER of Universe (He-Man)...HAHAHA! Aku layak untuk berbangga dengan MASTER aku, di kala ramai kawan-kawan duk cari jalan mudah...dengan mengambil tempat di KPLI...terbaru 5orang engineers, rasanya minded aku lagi advance dari diorang yg pada aku...’PUTUS-ASA’! “Aku seorang yang ada sifat determination yang tinggi...”puji seorang kawan...

26 Disember, Rabu 8.00am aku berlepas ke Kuala Lumpur dengan misi menduduki peperiksaan di OUM,Angkasaraya KL tanpa sebarang persediaan... Awal pagi, Dr.Sophia menghantarku ke Airport Pengkalan Chepa. Dengan pesawat Firefly FY3201, ramai juga yg hendak ke KL pagi-pagi ni” aku berfikir sendirian. “makin manusia melangkah, makin dekatlah dengan mati...” ceramah seorang ustaz yg aku dengar di radio IKIM.FM tidak lama dulu...MEMANG BETUL PUN!!!

First time naik FOKER 50 pesawat buatan Belanda penambahbaik dari model Fokker 27 dikeluarkan pada awal tahun 80-an. Tentera Udara Di-Raja Belanda juga ada menggunakan Fokker 50, lagi bagus dari ‘kita-kita’ ni yang guna NURI... Aku mengambil tempat 9F tapi aku lebih tertarik pada 2 peramugari Firefly. Lebih kurang 40saat lepas take off, aku boleh lihat lot SME Bank Fasa 2 dari udara...tempat aku mencari rezeki! Dari situ nampak juga Kilang Ain Medicare...main costumer aku, kilang yg nampak gah sebegitu berhutang RM573,385.26 (Statement;1 Januari 2008) dengan company aku kerja....Hish! Tepat jam 9am, FY3201 tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang... Lengang betol, takde org sangat !

Sementara aku tunggu Nadia Idayu Zulkifly, coursemate aku juga Asst.Manager (Engineering), Blondal Stada (M) Sdn. Bhd, aku secara sedar memendekkan jangka hayat dengan merokok diluar pintu besar Terminal 3. Kamal...kawan lama ex-Aeroangkasa,USM yang tidaklah sebegitu rapat..3tahun tak jumpa. Jodohnya bersama Rosmalia menghasilkan 2 hero, yang tua usianya mencecah 2tahun dan yang bongsu baru 5bulan usianya... Kami masing-masing banyak bertanyakan tentang kawan-kawan lama yang rata-ratanya dah berkahwin dan giat membuat zuriat... Kami berbual kira-kira 15minit sebelum tibanya Proton Waja yang agak berdaki milik Nadia...Car Wash = RM10 je!

Jam 12tenghari aku dan Nadia start study marketing tanpa sebarang tips dan hint dari lecturer, Dr.Norjaya. Exam marketing management dijadualkan pada pagi Sabtu. Jumaat petang, paper Business Law, lecturernya, Dr Rozanah...Begitulah kami berdua...sama-sama ‘bengong’, dah bosan kami tidur je! Cukup setakat tu, malas aku nak cerita pasal 4hari yang pada aku memenatkan juga membosankan lagi merisaukan. Lagipun bimbang juga kalau-kalu Dr.Sophia jealous...haha!

Sabtu, 29 Disember 2007...jam 11.30pagi, 40minit sebelum berakhir exam marketing management, aku keluar dari dewan peperiksaan... terserempak Kak Na, guard OUM, Angkasaraya...warga Indonesia asal Bandung yg sudah lebih 20tahun menetap di Datuk Keramat menanyakan soalan sinis loghat indon “Kok awal kamu keluar...apa kamu bisa jawab ngak?”. Kami berbual agak lama, banyak info tentang Indonesia aku dapat darinya dengan reaksi balas aku memberikan maklumat tentang Dr.Sophia kepadanya. Sambil itu... aku makan kacang putih dan kerepek pisang bekalannya...AKU LAPAR!

RM29.20 plus 5% tax = 31.40...harga makan untuk 2 org di Chicken Rice Shop, Subang Parade...sama dengan makan 10 org di gerai Kak Yah & Abe Li di Desa Kujid, Panji...KELANTAN DARUL NAIM. Rasanya makan nasi kukus RM4 pada waktu petang di perkarangan stadium Sultan Ismail Petra...LAGI KENYANG, kata seorang kenalan di Panji bernama Rosdi Drahman...”hok penting Missy ramai...” HAHA...

Jam 5, bertiga dengan Jenal dan Fathul...aku menikmati sirap yang sangat kurang manis sambil Jenal dan Fathul hanya makan pasembur mamak dan cendol di depan pasaraya OTK, Puchong Prima...OTK, singkatan untuk Ong Tai Kim...pelik juga bagaimana mungkin Si Koley Nissan Sunny ekzos chamber boleh menamakan OTK, Orang Kelantan Terengganu...MUSYKIL sejak Jamali ceritakan detik-detik itu!!! Kami bersepakat mengutuk mana-mana kenalan yang mendapat tempat di KPLI.

Jam 9...aku, jenal, fathul, Jamali dan chai...menikmati hidangan malam di sekitar Kelana Jaya...Peyol juga datang selepas 20minit kami tiba...Jenal yang baru saja menerima bonus 3.1 dari SANKYU belanja dengan beberapa niat, pertamanya meraikan kelahiran zuriat sulong Chai, Amnia Aisya namanya...CONGRATS! Keduanya...untuk mengurangkan kegelisahan Jamali yang bakal...bergelar ‘papa’ pada bulan March...INSYA-ALLAH! Ketiganya... untuk meraikan Peyol yg bakal nikah pada Gong Xi Fa Chai, Februari depan...MULAKAN DENGAN BISMILLAH!! Dan yang paling penting, Jenal meraikan aku yang telah tamat sem 2...MBA! Ingat movie Con-Air...saat2 Cameron Poe lakonan Nicholas Cage keluar dari penjara untuk menaiki pesawat ‘Jailbird’, C 123 untuk pulang ke Alabama...setelah mendapat parol 7 tahun penjara. BEGITULAH PERASAAN AKU selepas exam selesai...LEGA!!! Aku mula bertelagah dengan Jamali berkenaan kemasukan 5 kawan ke KPLI...

Jam 11pm-1am, setelah singgah beberapa minit di White Coffee, Old Town. Kononnya kami nak tonton bola sambil pekena kopi RM2.20 di situ. Kami menonton skrin kabur di Mamak Bistro juga di Kelana Jaya bersama lebih 60 peng-gila bola sepak, rata-ratanya bersorak bila Ronaldo miss penalti pada minit-68. Manchester tewas kepada West Ham 1-2....Chai yg juga peminat Manchester yang kecewa mengeluh sambil menuduh secara liar ”aku tau doh...Man U mesti kaloh...ni semua sebab bookie set doh...” Dalam pada itu, aku bertelagah mengenai KPLI dengan Jamali, Fathul dan Jenal teguh menyokong aku! Sedangkan Chai...kukuh bersama Jamali...Peyol memberikan tumpuan penuh pada skrin yang blur itu!!!

30 Disember 2007...4.30petangSetelah pekena lunch Restoran Sup Utara di Puchong Perdana... kami berlima berpeleseran di Giant, Bandar Kinrara. Aku berkesempatan menemui Hazuar, kawan lama di MRSM dulu. Isterinya, Rosfazlin kini sarat 7bulan mengandung, “berat budak dalam perut ni...” katanya. Banyak hal-hal personal dibualkan...! Ops...Jenal, Fathul, Jamali dan Chai juga ada bersama. Di situ...aku masih bertelegah dengan Jamali berkenaan KPLI. Malamnya...jam 9, Zilal dan Ayiem menyertai kami berlima makan malam Nasi Goreng Belacan plus Tomyam di Bukit Jalil. Soal KPLI masih lagi hangat antara aku dengan Jamali, lebih kepada ‘serangan peribadi’...lagi 2minggu Jamali pulang ke Kelantan untuk menjengok isterinya,Masdura... kelantanese. Rasanya persoalan KPLI ini bakal bersambung...

31 Disember 2007, setelah menghadapi rintangan ntahapaha...dengan bantuan driver boss aku, aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz jam 8.10pagi, rasanya aku orang terakhir check in...last call jam 8.50pagi, penerbangan dijadualkan 9.20pagi. Aku mencari port untuk melepaskan gian merokok di luar pintu besar tempat aku terserempak dengan Si Kamal rabu lalu...Sambil aku hanyut dengan dunia asapku, aku mendapat panggilan dari mak aku untuk menanyakan khabar anaknya ini sambil mengingatkan hari ini genap 3tahun bapaku meninggalkan kami semua...AL-Fatihah!

10pagi Fokker 50, mendarat di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Dr.Sophia sedia setia menunggu di depan pintu...dia nampak comel dan cool dengan white coat-nya...gaya doktor memang ada...cumanya requirement belum siap lagi...HUHU! Maka pulanglah aku ke tempat permastautinan aku...Kota Bharu, TENANG JIWA DAN RAGA! Sebelum aku masuk kerja jam 12 aku perkena nasi ayam goreng 2 ketul plus ikan selar goreng plus teh-beng di gerai Kak Yah & Abe Li, baru RM4...bagi aku jauh lebih sedap dari hidangan RM31.40 di Chicken Rice Shop tempoh hari...

Anda-anda yang membaca, sedekahkahlah Al-Fatihah untuk arwah ayahanda, Mohamad bin Ali...


Aboo

[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.