Tuesday, February 12, 2008

ILHAM-ILHAM: Memo Kaunseling untuk 'SPOILED BARAT BOY'...

Intro : ADA APA DENGAN BUKU…?

Tercetus ilham untuk menulis novel mula datang pada pernah suatu ketika Abe Nor pernah berkata “Demo tulis buku la pulok…”. Lokasinya di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu Kelantan…jam 9.45mlm pada malam khamis lupa pulak tarikhnya! Pulang dari situ…aku mula fikirkan rasanya bagus juga tulis buku…masalahnya, buku pasal apa? Kalau pasal politik…aku kena pindah ke Texas dulu…paling tidak kena apply kerja TEXAS Instruments dulu macam Si Pa dan Zilal…Gajinya lumayan juga (Basic dah RM4k++)! Setiap kali ke KB Mall…aku mesti ke POPULAR Book Store di aras dua untuk baca magazine secara free (untuk knowledge juga…)HAHA! Sejak aku tengok perempuan berjerawat dimuka yang belanja RM 189.90 untuk beli beberapa buah Novel cinta-cinta tempoh ari…aku mendapat ilham untuk menulis kisah cinta…WOW!!! SUMPAH…tak pernah aku baca walau sebijik pun novel cinta malah, movie-movie cinta pun aku tak jarang sangat tengok…Aku takde pengalaman langsung untuk menulis pasal kisah cinta… tapi tak mengapa, “Belom coba belom tahoo….” Kata Captain Azani (Smashing Pumpkins). Ops…juga 2 lagi in making (bentuk buku) “1000 hari terbuang di Kelantan” (sempena 2tahun 8bulan aku tinggal di Kelantan) dan juga “Stepping into Future …” (Soal culture kita-kita mungkin berbahasa English kot). Insya-Allah…satu hari siap juga! Aku dah janji pada diri aku untuk menyiapkannya juga…aku dah pasang niat sejak hari itu!

Oleh kerana aku dah memasang niat untuk tulis persoalan berkisahkan cinta (untuk kali ini sahaja…) maka jalan ceritanya la pulak menjadi masalahnya…Ish problemostasticos betol!So…aku separa-reka… jalan ceritanya senang! Secara langsung sebenarnya memang terganggu atas niat aku untuk menulis soal cinta tu… Mungkin kerana teruja…aku OBSES! Kesannya…memang mengganggu hidup aku. FIkir aku…”Lagi aku tak tulis…lagi tu ‘benda’ tu menggangu!” Cuma belum sampai peringkat halusinasi saja…haha! Tapi ilham datang secara tak sedar, kat mana2…pada bila masa sahaja, kebanyakkannya aku simpan dalam hardisk otak aku sahaja! Ish…susah nak cerita…mudahnya, aku kena tulis dulu… kata orang “kurangkan bercakap…banyakkan tindakan…”. Cuma malangnya…adakalanya, tindakan kita tu ‘orang salah faham…”. So…ini tindakan aku… inilah yang mengganggu hidup aku…dengan tercetusnya tulisan ini…sedikit sebanyak boleh mengurangkan sedikit stress dalam otak aku ini…paling tidak boleh meredakan keresahan hati ini…HAHA! Bunyi macam orang putus cinta…BO-DOL betoi ! Kalaulah benar aku putus cinta…orang pertama aku cari adalah mak aku….!

Jadi…di bawah ini adalah cerita separa-reka…SEBABNYA, mostly kesemua watak yang aku tulis itu…jasadnya wujud namun fungsi dalam cerita ini…rekaan je kot?! Namun…dalam dunia nyata…watak2 yang ada ini…sememangnya benar, salah seorangnya perhatikan watak (mungkin takde dlm teaser ni…kot?!) yang bernama Ustaz Hisyam, bangsa Arab warga Mesir yang kini mengajar juga menetap di Madrasah Darul Annuar…Pulau Melaka, Kelantan sememang seorang tahfiz dan memang tinggi ilmu agamanya! GIFTED…orang-orang yang boleh hafal 6666 ayat sebuah Quran bagi aku…bukan biasa…namun pilihan dari-Nya! Sememangnya ianya anugerah…Jadi aku ekploitasikan ilmu-agama untuk diadaptasi dalam cerita aku…Tak salah aku’ gunakan’ Ustaz tu, lagipun ustaz tu sendiri ada memberi ‘injection’ dos-dos agama terhadap aku…secara umumnya! Cuma bahasa Melayu memang pelat yang amat sangat…huhu!

Selebihnya…gaya penceritaan aku tiru Bro Sheih Kickdefella…cuba tengok tulisannya… dalam tag “email to Chang Kai Chee…”. Tengok macam mana aku tiru…jangan ada yang sedih-sedih sudah. Namun harapan aku…kalaulah ada salah seorang antara anda yang menangis atau paling tidak sebak terhadap teaser ini, Wah…itu tandanya tulisan aku memberikan KESAN…hahaha! Ini sebenarnya baru pengenalan sahaja…Mungkin 1 % dari jalan cerita (1 buku penuh), Lagi sekali aku ingatkan yang aku tulis dibawah tu semacam teaser ataupun trailer je la…! Hasil penuhnya entah setahun kah? 2 tahun kah? 5 tahun kah? 10tahun kah? Ntah bila ianya boleh disiapkan dalam bentuk buku yang ready untuk dipasarkan…AKU PUN TAK TAHU!

Ok…Stop! Aku nak start tulis dah…these still not my best attempted but its nice one, tenang2kan fikiran…mana2 yang merokok boleh cucuh rokok anda… BACA mula dengan Bismillahhirahmanirahimmmm…. - Aboo

_______________________________________________________________________________________________

“Aku mengekorinya sejauh ini bukan untuk apa…aku cuma mahu menatap wajahmu sepuas-puasnya…walaupun jasadmu membelakangi aku!” – Surat Photostat yang kau scan hanya ayat tu jelas dapat aku baca…”Hanya mu yang boleh baca tulisan mu…” Agaknya surat bertulisan cakar ayam itu…sudah dikoyak…atau dibakar…atau buang bagai sampah olehnya… kalau akulah yang dapat surat original tu…”tak kuasa aku nak baca….”! jangan pula kau berfikiran bahawa diri kau dianggap sampah olehnya…itu silap! Tak mungkin…sebabnya dia tahu dia siapa…dan kau tu siapa….

Sememangnya benar…hanya kau yang sebenar tahu isi kandungan sebenarnya…cadangan aku…BIARLAH RAHSIA kandungan sebenar surat itu kau simpan sampai bila-bila…lagipun kau sudah memaklumkan kepadanya bahawa surat itu adalah ‘feeling’ kau seminggu hidup tanpanya…aku tahu perasaan kau.

Aku minta maaf kerana tidak pernah membalas email-email yang melambak kau kirimkan sejak perkenalan kita 6bulan yang lalu di dunia siber... Aku sebenarnya tak tahu memberikan respon bagaimana untuk membantu kau….SEJUJURNYA! Lagipun kau lelaki, lainlah kau ini perempuan…tentu kau akan dapat 2 email dari setiap 1 email yang aku terima. Lagipun…aku risau kalau-kalau kau ini ‘homo’ hahaha! Dari email-email awal perkenalan kita yang kau kirimkan tidak lama dulu…aku agak, kau baik-baik sahaja di sana. Kau kata…kau bahagia dan ‘happy’ bila bersamanya…dunia ini engkau yang punya! Apapun…perlu kau tahu bahawa aku memang baca setiap email yang kau kirimkan.

Tidak lama kemudian email kau menyatakan bahawa timbul permasalahan dilemma diantara kau dan dia…kau ceritakan detik-detik ketika jiwa kau memberontak…aku tahu kau benar-benar dalam dilemma! Tidak lama selepas itu…kau berjaya memilikinya…kan? Kini kau dilanda fenomena dilemma untuk kali kedua…dan semestinya yang terakhir…kau mengatakan bahawa kau sudah kehilangan CINTA! Nyata…tiada apa lagi yang mampu merubah hatinya! Kau hanya mampu berserah dan redha akan kehilangannya walau bagaimana sekali CINTA kau kepadanya…

Ini kaunseling dari aku untuk kau Spoiled Barat Boy…

Oleh kerana aku tidak pernah tahu akan nama kau sejak kita berkenalan…ada baiknya aku menamakan Abu Sufyan untuk kau…Spoiled Barat Boy terlalu panjang untuk aku menamakan kau! Secara ikhlas…aku tak suka nickname kau itu! Abu Sufyan adalah satu nama yang baik dari Spoiled Barat Boy,nickname kau.

Kesimpulan awal…aku boleh katakan bahawa kau buta, pekak dan tuli terhadap cinta. Kau tahu apa itu cinta? Sebelum itu…ada baiknya aku berterus terang, untuk berceramah soal cinta berlandaskan ketuhanan aku sejujurnya tidak layak… aku bukanlah Graduan lulusan Agama seperti PM kita…aku juga tidak pernah mendalami agama seperti Hilmi dan Syakir yang kini giat bertabligh! Jiwa agama dalam diri aku sekadar mengucap 2 kalimah syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat fitrah dan menunaikan haji (sekiranya aku mampu kelak…InsyaAllah!)…segala tentang agama hanyalah Basic pada diri aku sekarang ini…SEJUJURNYA! Aku pun nak berubah kalau boleh…

Kebelakangan ini, dari email yang kau kirimkan…kau kini mula solat penuh walaupun adakalanya kau solat subuh pada jam 8.30pagi…bagi aku, kau sudah memulakan suatu yang sangat ada maknanya, setahu aku si dia pun sukakan orang yang sebegitu! Tapi aku tidak setuju tentang satu perkara…kau solat sebab kau nak ambik ‘advantage’ pada doa selepas solat untuk mengatakan hasrat dan hajat bahawa…”Ya Tuhannn…bukakanlah pintu hatinya untuk aku…sekali lagi”. Kau solat atas dasar kau hanya doa untuk memiliki sekali lagi…

Secara tak sedar…kau sudah menyimpang sebenarnya! Doa untuk itu…kau perlu ubah kepada….”Ya Tuhannn…kalaulah itu jodoh untuk orang yang aku CINTA…segala kebahagian aku…serahkanlah kepadanya dan pasangannya itu…” Juga jangan dilupa…berdoa agar ‘hidayah’ yang kau terima itu minta dikekalkan. “Sesungguh tiada nikmat yang lebih besar selain nikmat ISLAM dan IMAN…” Ustaz Hisyam.

Walau apa pun…jangan sesekali kau tinggalkan solat yang sudah lama kau tinggalkan sebelum ini! Jangan lupa berdoa untuk orang yang kau cinta itu akan kebahagiannya…kelapangan jiwanya…dan ketenangan fikirannya…. Itu pesan aku sekiranya benar kau memang cinta padanya! Sememangnya aku tahu kau memang cinta padanya mungkin untuk selamanya…

Abu Sufyan…
Seperti yang sudah kau janjikan kepada kenalannya…jangan lagi kau mengekorinya…walaupun jasadnya tiada didepan mata tapi tidak di hati kau! JANGAN lagi kau mengekorinya…ketahuilah bahawa cara itu hanya akan mendatangkan kebencian yang amat sangat olehnya terhadap kau sedangkan aku tahu SEIKHLASNYA langsung kau tidak berniat demikian, kau hanya mahu melihatnya walaupun dari belakang, walaupun dalam kenderaan yang sedang bersesak-sesak! Aku faham…Cuma mereka dan kawan-kawan mereka yang tidak faham! Tak mengapalah…sekurang-kurangnya ada orang seperti aku yang memahami kau! Bersabarlah…itu juga pesanku! Kau tidak pernah tewas walaupun kau menyerah hari ini…kau hanya tewas dengan masa yang menyingkat…kau hanya tewas kepada keadaan yang tidak menyebelahi engkau....sedarilah!

Tidak ikhlas…Tidak jujur…Tidak bersungguh…kau dikatakan demikian…pedulikan sahaja kata-kata orang yang berkata itu…Anggap sahaja orang itu tidak kenal akan diri kau yang sebenarnya…yang penting kau sendiri yang memahami situasi kau sendiri… credit atas pengorbanan kau mempertahankan prinsip kau sehingga tempoh itu! Aku yakin bahawa…kau betul dan aku yakin kau sememangnya mempertahankan sesuatu yang ada hak ke atas itu….Yakinilah…pengorbanan kau itu akan mendapat balasan yang berganda dari apa yang kau sangka!

Tentang tempoh masa yang kau cerita pada aku di email tempoh hari… aku berkeyakinan itu semua sudah tidak perlu… catatkan sahaja dalam buku catitan kau apa isi hati kau di hari itu! Catatkan juga apa juga decision yang kau nak buat…Ingat…jangan dikongsi dengan sesiapa termasuk aku…

Memang benar…soal perasaan dan soal cinta yang datang…hanya empunya diri yang tahu! Kau tahu…dia yang tahu! Orang sekitar hanya serpihan yang menyibuk sebenarnya…fahami kata-kataku itu. Dari email terbaru, kau kata kau masih fikirkan dia…selama mana ?! Biarlah…biarlah…itu adalah hak engkau untuk mengingatinya… Walau agaknya dia sudah lupa akan diri kau…kerana di matanya hanya ada pemuda itu…yang berketrampilan...penuh dengan kesopanan dan datang dari keluarga yang baik-baik, bandingkan dengan diri engkau yg 'kosong' itu!NAMUN begitu...dihatinya Tuhan sahaja yang tahu, malah Tuhan lebih mengetahui kejujuran keikhlasan kau…semua itu bukan manusia yang menilainya…manusia sekitar tidak layak menilainya! Kenangan itu hanya untuk kau…hanya untuk kau…bukan untuk sesiapa…jangan dikongsi dengan sesiapa…

Abu Sufyan…
Email berkenaan kau kecewa dengan kehidupan kau di bumi asing….nasihat aku... PERGI…PERGI…PERGI…pergi kau dari situ! Disitu bukan tempat milik kau… dalam diam sebenarnya ada orang yang mengharapkan pemergian kau dari situ…walaupun dalam hingar ramai orang memujuk kau untuk terus menetap di situ. Seru aku… PERGI-lah kau sejauh mana yang mungkin di bumi asing lain…jangan berhenti berjalan selagi nafas boleh menghembus…

Persoalan sentimental-value terhadap tempat yang kau bakal dan mungkin tinggalkan…Jangan rencatkan jiwa raga kau terhadap perkara-perkara yang sebenarnya mengikat jasad kau di situ! Aku tahu…kau sayangkan tempat itu, banyak kenangan manis dan indah kau dapat di situ. Berat hati kau untuk meninggalkan situ. Kau pernah cakap bahawa tempat itu bagaikan syurga bagimu….ada ketenangan menetap di situ! PERGI…PERGI…PERGI…pergilah kau dari situ yang hakikatnya sebenar bukan milik kau!

Sedarilah bahawa…kau sebenarnya sangat istimewa… Pedulikan sesiapa sahaja yang tak sedar akan keistimewaan yang ada pada kau! Asalkan kau sedar akan keistimewaan kau…eksploitasilah anugerah itu sebaik mungkin…jadi apa yang kau mahu jadi…buat apa yang kau mahu buat… yang sebenarnya HAJAT TERTANGGUH kau selama ini.

Air mata yang bercurah dari mata tajam kau itu…biarkan ia menitis…jangan disapu air yang berlinang itu…jangan dipujuk diri kau itu…BIARLAH! Menangislah kau sepuas-puasnya…sedikit sebanyak ada lega dari itu! Sedarilah bahawa kau memang tegar untuk sebarang aral…

Teruskan…teruskan…teruskan…teruskan perjalanan hidupmu yang mendatang dengan penuh tabah!Motivasikan dirimu…bangunkan dirimu…kemaskinikan dirimu…ayuh…dihadapan sana…tentu ada sinar! Ayuh…bangkit semula…keluarkan segala keistimewaan yang ada pada dirimu!!! Kembangkan sayapmu…berlalu dari situ…

Bina maruah diri…hanya kau tahu apa yang ada dalam isi hati kau…bebenanan yang kau tanggung sebenar dugaan kecil dari limpahan nikmat yang kau dapat selama ini…Jangan sesekali kau lupa akan tragedy ini…bina kekuatan diri…gagahkan diri untuk bangun dan berlalu dari situ buat sementara waktu…akan tiba masanya untuk kau kembali ke situ walaupun bukan untuk mendapatkan cinta kau kembali…sekurang-kurang dia tahu inilah orang yang pernah ditinggalkannya suatu masa dulu…dengan alasannya yang tersendiri…

Kau mesti bangkit dengan kenangan-kenangan yang tidak terlupakan itu…aku tahu kau memang boleh lakukan…kau perlu lakukannya…

Abu Sufyan…
Keunikan cinta…berlandaskan ego yang melampui kapasiti jasadnya untuk menanggung….sememangnya pelik! Aku tahu kau faham akan dirinya, faham akan tekanan pada dirinya…keluarga dia…dan sekitarnya. Sedetik masa yang berlalu tidak akan diulang kembali…apa lagi untuk melambatkan waktu. Itu mustahil… Kau sebenarnya hanya tewas melawan waktu…

Jangan pernah dilupa pesanku ini…Suatu hari…kau pulang kembali dan tonjolkan dirimu biar satu dunia tahu… orang yang berjaya itu sebenarnya dirimulah orang yang pernah kehilangan cinta suatu masa dulu… tetapi jangan ada dendam untuk itu!

_________________________________________________________________________________________________
Outro
Hmmm…bagaimana? Penat…penat...melayan naluri jiwa jiwang semata-mata untuk menulis ‘buku’ apalagi tentang cinta! Harapnya…aku mampu menyudahkan 99% lagi susulan cerita separa reka ini. Aku tahu bukan mudah untuk aku menyudahkannya. Tapi…INSYAALLAH….aku rasa aku boleh menyiapkannya! Ops…2 in making tu…kalu2 Bro Ben Kenobi mahu, aku boleh publish-kan…huhu!Tapi kena edit banyak gak yang tu… Itu pasal…bercakap dengan menulis ni beza…cakap biasanya keluar dari otot (lutut) dan menulis biasa dari otak…(sebabnya menulis ni… fikir..tulis...baca …fikir…edit…tulis balik…-kekadang tu berulang-ulang kali). Ianya bukan spontaneous atau impulsive macam bercakap bersembur2 keluar air liur…yang tak keluar se-cent pun…

Mungkin ini adalah satu podium asas untuk aku jadi penulis buku satu hari nanti…siapa tahu?! Aku mampu bergelar SASTERAWAN NEGARA?! Ishh…berangan!tapi taknak le buku pasal cinta merepek2 ni…ni saja2 nak ambik mood untuk menulis buku je…(kononnya…)huhuhu. So next…utk artikel blog…in-progress aku ada tulis perihal culture ala-ala me’layu’ based pada magazine TEMPO (RM11.50) yang aku beli di LCC Terminal tempoh hari…Ishh cerita pasal 'undone story'…banyak sangat yang aku tak abis tulis…JANGAN INGAT MENULIS NI SENANG MACAM BERCAKAP!!! “it’s need talent…” Kata seorang sasterawan kita…

Apapun…Tulisan ini juga merupakan satu dos berpatutan untuk aku hidup lebih aman sebagai ubat kepada penyakit OBSES aku yang nak sangat menulis buku….hahaha! Jadi akhir kata…ingat motto berupa kata-kata perangsang oleh Hiro Nakamura... “Yattaaaa….”


Dewa 19 feat Fadly & Yoyok - Hadapi Dengan Senyuman

12 Feb 08, 12.04am Lot 913 - Panji

Aboo [ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.