Sejangkang Oh Sejangkang! Selamat Hari Raya Haji…Aku tak sempat bersolat raya semalam, uzur yang tidak disengajakan! Maklum lah jauh dari Bonda dan keluarga. Kalau kat rumah, mahu pecah pintu bilik diketuknya…Bonda Oh Bonda! Malam raya, Bonda tanyakan soalan basic… Tahu ke niat nak korban? Masa beli bahagian lembu, ada buat akad tak?” . Dalam hati aku jawab, “Alamakkk, Bonda…Anakanda taktau lah pulak tu semua…Ingatkan semua diselesaikan lump-sum oleh organizer. Ishhh…”Aku beraya di Selangor umumnya, malam raya di Klang, bbq rumah kawan lama, Sifu ternama Roy. Pagi tadi jam 9.30 di Kampung Batu 7, Sejangkang. Tak pernah aku sampai ke Kampung ni sebelum ni, first time…Melayu Jawa semuanya, bahasa pelik juga…Tapi ramah giler! Aku kekok nak tolong apa, diorang suruh aku tengok sahaja, katanya aku tetamu. Wahhh! Macam VIP rasanya…Tersengih, tersenyum, isap rokok, tu je yang mampu aku buat…Belajar tinggi, nak lapah daging pun tak reti. Kurang sungguh diri aku ini….Tak hebat mana rupanya!
Hmmm…Apa yang nak ditulis. Tulis banyak mengampu. Infrastruktur kampong, macam kampong lain-lain juga. Simple…Takde apa yang special, tapi orang kampong happy dan sangat rapat antara satu sama lain. Orang taman rumah aku, sebelah menyebelah pun tak bertegur sapa. Apa pun, raya di mana-mana pun sama, Cuma kalau boleh nak bersama keluarga. Itu saja. Kalau aku jadi MP tempat ni, tahu lah aku kerja-kan kampong ini. Lu kenal kah Kampung Batu 7, Sejangkang! Aku taktahu siapa MP yang jaga kampong nih…Penting kah? MP Oh MP…Gaji mahal, dol…
Hari ini, birthday Nani, anak sedara aku yang ke-8tahun, hadiah sudah tersedia. Si Hakim Beso, duk call tanya joystick untuk pc dia. Syahindah punya Barbie pun sudah ada… Cuma Optimus Prime yang diminta Lokman dan Hakim Cik, belum lagi jumpa… Demand menggila anak sedara semua. Nasib baik tak balik, kalau tak sure kena kepong macam Komunis mengepung bukit kepong! Wahhh… Bila duk sorang-sorang gini, teringat lah pula… Anak sedara Oh Anak sedara!
Cuti,Kerja & Accident!
Apakan daya…Hari ini kerja, nak minta cuti…Maklum lah tak confirm lagi, kena perform. Lagipun, belom apa-apa dah kena tegur, katanya fleksibel, tapi macam banyak pantang larang, banyak benda aku tak tahu. Camne aku nak tanya, benda yang aku sendiri tak tahu. Tapi, sekarang banyak benda aku dah tahu, kena dalami lagi.
Kerja 4tahun, kerja 2 bulan…Lain, tempat kerja pun lain. Boss pun lain, pe’el staff sorang-sorang pun lain. Ada itu, ada ini…Politik ofis pun dasat juga! Nak kejar apa…Aku pun taktahu! Back Stabber takkan ke mana… Lu perform cara lu, gua perform cara gua lahhh, gua bukan kerja bawah luuu…Bodoh! Nasihat dari Sifu ternama, “Orang ‘bodoh’ ada cara nak diuruskan…”
Well…Apa pun, kerja adalah amanah! Tanpa job scope yang jelas…Susah jugak! Kadang-kadang Lost, bak kata Sis Sue mak-nya Si Syafiah! Dari sebesar boiler hampir RM2juta nak diuruskan, se-simple kerja beli jersey pun aku uruskan…Engineering Procument! Tu kerja yang diarahkan…Secara bertulis melalui email. Aku buat apa yang disuruh, nak buat lebih…Takut plak over-react! Ohhh…Rupanya tu maksud, Boss. Nak lebih dari itu! Sekarang aku tahu apa benda yang aku kena buat. Aku belajar nak bertindak. Handle pe’el orang. Main angin kus-kus orang-orang tertentu. Bila emosi, jahanam!!!
Cukuplah, memo-blues…Politics takde apa yang best! Haha…Politik ofis? Nak main betol…Boleh, kita tengok sapa yang kena! Back-up plan yang terbaik, buka jobstreet balik…Haha! Back up, Dol…
Ops...LadyDark di Bukit Antarabangsa OK!Kawan-kawan yang call, mesej tu..Thanks!Cuma..Malam semalam accident dengan Kancil 660 dekat dengan Giant Kinrara!Haha...
Yoyoyo...Lain-lain photo ngeri, lain kali update...Malas!
Aboo&LadyDark
[ Read More...... ]