INTRO
Jam 7.30am, Sedang duk aku melepak baca akhbar kompak atau kopak Berita Harian lepas hantar anak sedara aku pergi sekolah dengan motosikal, "Trit…Trit…" Bunyi mesej masuk kat hp aku. “Bro…tak pergi ka, protes minyak! Ade show Carburator Dung daa….”, mesej kawan aku dari PJ. “Gua takde sen la…lagipun gua kat Terengganu nih! Lu enjoy la…Bro! Jangan lupa dunia pulakkk!” aku reply mesej tersebut.
Carburator Dung pun ada perform untuk protes minyak?!Nak bikin lagi kecoh kah? Siapa yang buat tentatif program nih?! Penyelaras Program…Dr.Hatta (PAS), Ishh..Takkan dia buat program ni kot??Mustahil…Ada je PAS, maksudnya, selain nasyid Akhil Hayy, Hijjaz dan seangkatannya, mustahil ada nyanyian-nyanyian dan hiburan seumpama ini ?!“Ahh…apa2 je lah!” Aku meracau lagi sambil baca sisipan seterusnya akhbar kopak tersebut.
12.50am, Lepas selesai ‘berpeleseran’ tadi, aku balik cepat-cepat aku on internet untuk check info-info pasal protes tadi. Paling best bacaan sinis di 'Agenda Daily - Suasana di himpunan Protes Sejuta Rakyat...insiden penyanyi rock cetuskan kemarahan!' Banyak lah juga cerita-cerita dan gambar-gambar pasal apa yang berlaku pada siang hari tadi. Macam-macam cerita, ada juga yang siap update live dari lokasi…Wah! Kerja keras blogger kita sekarang… Ada baiknya Blogger pun tubuhkan partinya sendiri, jangan sekadar ber-unite sahaja. Perlu lebih serious!
Untuk Protes Oh Protes ini, buat apa aku nak tulis soal keprotesan yang berlaku sedangkan aku tak pergi pun ke sana. Rasanya mustahil harga minyak akan diturunkan… Melainkan kerajaan diturunkan… Tu pun belom tentu juga… Yang pastinya, yang kaya makin kaya…yang miskin tetap miskin!Paling steady makcik tua dekat rumah aku dari dulu, 50 tahun pakai basikal untuk dan kini untuk masjid. Gaya hidup tetap sama, akhirnya ke situ juga....
CARBURETOR DUNG
Caburetor Dung…Lagu-lagu mereka,aku dikenalkan oleh Zuar pada tahun 1997, masa kami sama-sama di MRSM dulu. Masa aku kerja berpeleseran di Gombak pada 2004 dulu, pernah aku join satu gig yang diadakan di dewan kuliah sebuah kolej swasta di Taman Seri Gombak, seingat aku pada November 2004. Setahu aku, diorang berpelajaran...graduan dari New Zealand (if I am not mistaken!)
Depan mata aku, Joe Kidd (Carburetor Dung) ini menolak duit bayaran oleh organizer gig sebanyak, RM200. “Gua ambik RM30 je, buat isi minyak kereta gua…”Kata-kata oleh Joe Kidd (seingat aku!). Kemudiannya mereka berempat (atau lima orang) berlalu menaiki kereta kancil berwarna putih. Lagak mereka agak ‘otai’ sedikit. Sebabnya, ada yang memandang dan mengangkat mereka sebagai otai.
Ada apa pada band ini?Pada aku seadilnya pengamatan perlu dari dua belah mata. Jika sebelah mata kepunyaan pendengar, peminat, penggila music punk…Maka biasa lah band ini. Semacam band-band punk yang lain juga. Tiada cacat celanya, mereka adalah band punk ala-Malaysia sejati! Aku pasti gaya hidup mereka bukan lah Sex, Drug & Rock & Roll atau pure idealogi anti-authoritian … Mereka orang baik-baik! Aku pasti…
Yang tua-tua, jangan tak tahu, budak-budak belasan (peminat punk baru nak naik!) memang mengangkat band ini sebagai leader dan dianggap pioneer dalam dunia tersendiri underground mereka. Seangkatan dengan Malaria, Nemesis dan yang paling aku minat (dulu lah) Infactious Maggot, sekadar beberapa nama band (bukan band punk pun!). Band-band ini sebenarnya tersendiri dalam golongan mereka yang tersendiri.
Ayuh…Sebelah mata lagi, kita tengok dari mata rabun kepunyaan orang-orang biasa dan normal, memang lain macam lah sedikit. Baik dari segi penampilan, penyampaian, lirik lagu, melodi olahan 3-4 simple chording… Sememangnya pelik pada pandangan orang-orang yang gilakan program-program hiburan realiti TV. Yang gilakan ya’ aw aw…Kata orang ntahapahapa…Ini sudah Rebel!
Semak judul-judul lagu mereka di carburetordung.kerbau.com, memang protes-abis kata orang. Namum untuk membawa mereka dalam versi Protes semacam petang semalam, rasanya terlalu terbuka untuk mereka. Minda kebanyakan kita tidak seliberal mereka. Tidak sedalam mereka.
Hatta, Protes.. platform atas kesepakatan bersama, ramai yang tidak mengalu-alukan mereka. Walaupun idealogi-nya, pembawaan idea-nya adalah lebih kurang sama dengan agenda protes…Namun, Carburator Dung…tempatnya di gig-gig tertentu sahaja. Taklukan dunia terhad untuk anda.
---> Untuk kenalan bernama Joe Kidd (Alak aku tak kenal sangat!). Di mana-mana…Perjuangan, ada had dan keterbatasannya. Pelajari pengalaman bermain dipentas tersebut! Cukup untuk Carburator Dung…
BANGSA MALAYSIA UNTUK RALLY/KUMPUL-KUMPUL…?
Tak rasa kelakar kah bunyinya…Adakah berkesan perhimpunan protes semalam…?Target awalnya, 1juta umat…hakikatnya paling ramai pun 30-40ribu yang datang dan dengan mudah boleh di-twist laporan protes tersebut, laporan akhbar 10ribu sahaja yang datang! Maklumlah warga Johor, Melaka dan Negeri Sembilan lebih suka ‘mabuk-mabuk’ di Pesta Jom Heboh (Bukan apa, nak mintak sign jer!). Maka…Siapa yang menang dalam hal ini?Jika diperbandingkan?
Paling penting, sebenarnya, masyarakat kita sebenarnya lebih tertutup dengan sistem feudal yang sebenar menyekat kebersuaraan dan kesuburan minda kita. Lebih kasihan, masyarakat kita lebih menggilakan hiburan atas sebab terlalu disogokkan dengan benda itu. Kepala lebih terarah ke situ. Dari budak sampai lah ke mak bapak. Itu hakikat…
Kita, feudal…secara fundalmental! Lahiriahnya…kita adalah bangsa yang benar-benar lembut dari segi perilaku dan boleh bertoleransi, walaupun secara terangan kita dijajah dari semua segi oleh sebuah parti berkomponen yang memerintah negara kita secara sah. Ini satu bentuk penjajahan halal yang lebih dashyat dari Inggeris mahupun Jepun.
Soal nak himpunkan 1juta orang berbangsa Malaysia? Kita tengok masyarakat kafir di Rom, Italy…mampu menghimpunkan 3.4juta rakyatnya untuk rally anti-perang terhadap Warga Islam Iraq. Himpunan manusia yang paling ramai dalam sejarah, tercatat dalam buku ‘Buku Rekod - Cap Arak’. Tu minda orang Italy. Tumpukan juga pada rally-rally dan march-march di seluruh dunia menentang peperangan ke atas warga Islam Iraq. (Click Here!!!)
Kita nak jemput 1-2juta orang pun boleh, syaratnya WAJIB sedia stage untuk artis lah…Secara besar-besaran, artis-artis pondan tu! Tu wajib…kalau tak, jangan harap ada orang nak datang? Minda kita lebih terarah ke situ. Takde tahi lalat tak dating, beb…! Masyarakat kita kena diberi umpan yang baik, baru makan!
Lagi sekali, adalah kelakar untuk kita yang namanya Malaysian, untuk berdemo…buat rally…tunjuk perasaan! Walaupun dengan agenda yang jelas dan terang namun malangnya mesej yang nak disampaikan tak tersampai kepada majoriti kita yang sebenarnya pengecut dan bacul. Pemandu trak di Italy dari ‘ganas’ minded dari kita.
Soal Protes…Paklah dan konco-konco BN tak ulas apa-apa pun. Najib pun sama. Mereka tidak merasa tempias apa-pun. Kelihatannya begitu lah. Tergugatkah mereka di Putrajaya sana? Kekadang betol juga kata orang, perhimpunan tu tak ubah macam ceramah-ceramah politik biasa…yang ada di mana-mana. Walaupun mereka bebal, hakikatnya mereka kebal…
Ntahlah…Bagi aku, untuk mengajak umat Malaysian untuk rally? Adalah satu usaha yang tidak akan berjaya dan sia-sia. Rasanya…rally menentang Malayan Union lagi power. Apa pun, rally protes BERSIH dulu lebih ramai yang datang…lebih memberikan kesan, sekurang-kurangnya boleh beri kesan jem pada jalan raya. Itu pun dah cukup berkesan dah! Sangat berkesan…
Tapi..bandingkan Malaysian dengan Carburetor Dung? Sekurang-kurang...Carburetor Dung 'berdegil' nak perform di Protes!Mereka berkeras nak tunjuk perasaan!Jadi, pada aku...Memang mereka lebih bagus dan waras dari Malaysian yang duk kat Jom Heboh, yang duk dating dengan awek-awek semua tu! Credit untuk angkatan bersekutu Carburetor Dung...
Carburetor Dung...Boo Hoo Clapping!
(Lagu ini lebih bagus dari lagu - 'Jilat')
I walk alone, I'm lonely...Why should we hear your problems?...I sit at home...I'm crying...
Don't wanna know, we don't care...My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it...My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!
And everyday, we share our dreams ...And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel...So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...
Aboo
[ Read More...... ]
---> INI BLOG GUA
-
Pinjam Ayat Bro Pyan Habib…INI BLOG GUA! Saja bikin blog ke-2, tulis
pendek-pendek. Tulis simple-simple. Tulis pasal apa-apa. Hari-hari boleh
update. Cu...
4 years ago