Tuesday, April 22, 2008

BLOG Oh BLOG ; ADA APA DENGAN BLOG ?!

Update : Klip Rancangan Blog, RTM1 ; Datuk A. Kadir Jasin
(http://www.youtube.com/user/enaripblog)

Part.1 Part.2 Part.3 Part.4

Jam 9.02pm, 21April…Habis je rancangan BLOG di RTM malam Ahad lepas. Trit…Trit…bunyi mesej masuk, “7min ada kot Datuk Kadir kecek…huhu!!!” Di-reply msg tersebut, “Cukuplah tuu…”

So…Ending rancangan tu…(1minit setengah terakhir)
Hisham Abu : Err…Datuk, yang terakhir…kita dah kehabisan masa !!!
Datuk Kadir : (sambil ketawa ringan) So…kita tidak boleh menyelesaikan apa-apa dalam masa yang begitu singkat…(bunyi loghat Kedah memang ada)

Setelah itu, host membacakan skrip keputusan AFUNDI pada malam itu “adakah blog boleh menjadi media alternatif kepada massa…?” 6% mengafundi ‘TIDAK SETUJU’ (tidak ditulis H.A.N.Y.A atau C.U.M.A, takut hina bunyinya!) Selebihnya mengSMS ‘A’ - ‘SETUJU’. Seronok pula melihat Datuk Kadir ketawa kecil…Sinis tu! 94%...? Ini dah lebih majoriti 2 per 3…Harapannya 100% para pengundi (tidak dikhabarkan jumlah sebenar itu) tahu apa yang diundi mereka pada malam itu.

Selepas itu, tanpa iklan terus je start program lalak-melalak … juga live dengan slot lebih 1jam! “Bila…aku sudah tiada….jangan dilupakan…akuuuuuuuuuuu”. Tiada pengisian langsung! Tengok berita Tamil lagi bagus…Walaupun tak paham, tengok je la visual abaikan audio! Ish, kan dah mengutuk!

Hmm…kurang 15minit untuk Datuk Kadir, berhari-hari tunggu nak tengok rancangan itu. Setiap jam klik http://kadirjasin.blogspot.com kalau-kalau ada update apa-apa pasal rancangan pada malam itu. Hinggakan, kerana terlalu FOCUS menonton rancangan itu…Time nak menulis ni, banyak pula yang terlupa apa yang telah diperbincangkan…

Blog – Kebebasan…? Part.1…Setuju dengan Datuk Kadir yang mengatakan, ianya ada kebebasan yang tersendiri namun ada keterbatasannya. Soal kebebasan, agak bodoh bila dibandingkan kebebasan menulis di media perdana dengan menulis blog…Apa punya soalan?! Menulis untuk media perdana?! Perlu ke diulas soalan tulisan dan rencana di-*check, di-tapis, di-turas, di-tos, di-sejat, di-tampi oleh Kepala Pengarang? Buat penat tulis kalau diulas…Ulasan mengancam oleh Datuk Kadir, “Takkan nak samakan kerja menulis dengan orang dengan kerja menulis untuk diri sendiri…tentunya lain…” – Lebih kurang begitu lah seingatnya (Loghat Kedah tetap ada)…

*15 vocab tambahan untuk c.h.e.c.k;
1. ensure
2. verify
3. authenticate
4. certify
5. warrant
6. confirm
7. validate
8. legalize
9. guarantee
10. corroborate
11. permit
12. edit
13. revise
14. alter
15. consent

Blog - Kebebasan…? Part. 2…Setuju bila Datuk Kadir mengatakan bahawa identiti blog itu adalah datangnya dari tuan punya blog itu sendiri. Extreme Si Tuan Punya blog tu, Extreme lah blog itu… Kelakar Si Tuan Punya blog itu, Kelakar lah blog itu… begitu lah seterusnya…dan seterusnya…Saling kait-mengait antara pe’el blogger dengan personaliti blog-nya sendiri. Acuan blog datangnya dari pemiliknya sendiri.

Untuk turutan fasa 1 tulisan ini, mengulas rancangan RTM tersebut…dengan TOTAL 100% Tahniah… 94% Tahniah plus bonus ‘10kali Tabik Spring’ untuk Datuk Abdul Kadir Jasin kerana dengan masa kurang 10minit total percakapan beliau sedikit sebanyak memberikan impak dan yang penting input. Sekurang-kurangnya Datuk Kadir menjawab mengikut kehendak soalan. 6% Tahniah untuk Saudara Hisham…mampu meng-host rancangan sebegitu!

Datuk Kadir… (Ntah baca ntah tidak…) Tahniah lagi sekali untuk Datuk selama kurang10min percakapan Datuk itu. Betol lah…bercakap dan menulis berbeza… Cakap secara live pula tu, impromptu berdepan dengan host yang dasyat juga memotong tetapi tidak sedasyat ‘potongan’ Datuk Johan Jaffar! Menulis, kaedahnya…tulis-baca-edit-baca-tulis balik (boleh undo dan redo lagi!) Cakap secara live…Bukan senang!!!

Rupanya ‘A’ pada A.Kadir Jasin tu, untuk Abdul… Baru tahu!


WEB-SITE, WEB-BLOG& MEDIA…
Sebenarnya, Penulis masih lagi tidak jelas persoalan blog sebagai media yang dikatakan media alternatif. Fahaman penulis terhadap istilah M.E.D.I.A ini semacam akhbar-akhbar, berita-berita di TV dan radio. Lebih kurang begitulah! Bila kamus dibelek, media membawa maksud medium atau channel atau interface yang sinonim juga dengan saluran atau perantara dalam bahasa Malaysia. Kesimpulan mudah, blog sebagai media alternatif sebagai medium, channel dan saluran alternatif? Kalau itulah maksudnya, Penulis tambah lagi 1 undi SETUJU untuk undian SMS di slot Blog, RTM pada malam itu tetapi tetap bersyarat! Ada 2 syarat…

Pertama, syaratnya ‘alternatif’ mesti bermaksud ‘tambahan’ atau ‘added’ tanpa meminggirkan atau dinombor duakan Media Massa. Keduanya, mendefinasikan, kategorikan dan spesifikasikan blog-blog yang ada untuk dicop secara rasmi sebagai ‘media’. Hanya 8 dari 50 blog yang paling top di Malaysia adalah blog socio-politics (Statistic yang dibawa oleh Datuk Kadir!) Selebihnya kisah-kisah tentang pergi memancing di hari minggu, menjala ikan di Pantai Remis, kisah ngorat-mengorat bini orang, ushar-mengushar anak dara orang, men-download Mp3 (ini pun kes cetak rompak!) dan bersepah kisah yang ‘tak-relevan langsung’ untuk dilonggokkan sebagai ‘media’. Seharusnya, biar jelas mana satu blog jantan, mana satu blog betina, mana satu blog pondan, mana satu blog bapok! Itu sebenar asasnya.

Penulis juga masih confuse samada beberapa website besar lagi tersohor dalam ruang lingkup politik Malaysia tidak kira haluan mana beberapa site tersebut juga dilabelkan sebagai blog atau tidak. Semaklumnya, blog itu adalah singkatan web-log atau jaringan-catatan, sifatnya lebih peribadi atau perseorangan. Jika beberapa site besar beroperasi dalam satu organisasi itu pun dilabelkan sebagai blog dalam konteks ‘media’. Maka penulis bersetuju bahawa yang itu selayaknya baru boleh dibandingkan dengan Media Massa. Walaubagaimanapun, penulis memilih untuk mengundi TIDAK SETUJU jika beberapa website yang ada yang ada sebagai 'media' gantian kepada Media Massa. Kalau ‘ganti’ ditukar kepada ‘added’, Penulis bersetuju! Media Massa masih lagi relevan pada masa kini dengan mengambil kira overhead dan proses penerbitan serta keperluan dan kebergantungan blog terhadap media itu sendiri.

Seterusnya, adalah tidak adil untuk membandingkan antara blog kepunyaan seorang individu dengan Media Massa yang berorganisasi lengkap, berpejabat dan menggaji para pekerja itu. Perlu diketahui bahawa setiap patah kata yang ditulis oleh pemblog modalnya dari terbitan Media Massa juga. Untungnya pemblog ini berbantukan teknologi, setiap apa yang di-post boleh dikongsi secara percuma dan mega-luas selagi mana rangkaian internet boleh dicapai. Cumanya makin berputar belit berita dan cerita oleh Media Massa, makin menarik ulasan oleh pemblog. Hakikatnya, dari situ ke situ juga. Berputar di tempat yang sama. Sumbernya tetap sama. Maka lagi sekali dikatakan bahawa Media Massa masih relevan dan tetap nombor satu sebagai main sumber maklumat.


PERSOALAN PENDAPAT & 4M + 1E
Bila cakap soal pendapat peribadi, semestinya…’faktor-faktor’ tertentu yang jadi modal tulisan seseorang blogger. Bila cakap soal faktor-faktor, menggunakan langkah kualiti, abaikan Kaedah Histogram, 6Sigma atau Kawaguchi’s fishbone untuk mencari punca kefaktoran itu. Kita guna 4M+1E cukuplah…sebagai basic untuk melihat faktor-faktor kepada ulasan oleh seseorang blogger!

‘M’ yang pertama adalah ‘Man’…Dalam ilmu kualiti ianya merujuk kepada Man Power. Releven atau tidak…? Adaptasi sendiri untuk kes blog ini, sebarang pandangan dan ulasan dan penulisan bergantung kepada siapa yang menulis! Sekadar contoh, kalau lelaki menulis kurang kritis berbanding perempuan. Lagipun, perempuan lagak lakunya agak cerewet dan teliti…Tu satu hal! Generalnya, ianya bergantung kepada siapa yang menulis, bukannya terhad kepada jantina semata. Lebih luas tertakluk kepada geografi, status, posisi, bakat dan lain-lain lah. Yang penting minded si blogger itu sendiri, ‘sihat’ atau ‘sakit’? Hasilnya bergantung kepada ‘kesihatan mentalnya…’

'Machine' untuk ‘M’ yang kedua…Cubaan mengulas ‘machine’ dalam konteks bahasa blog agaknya mungkin boleh mengambil penggunaan Blogspot atau Wordpress atau Blogdrive. Ini lebih kepada layout presentation blog itu sendiri. Ntahlah…rasanya begitulah! Stop…Tak perlu nak mengarut dan fikir lebih!

‘M’ yang ketiga, 'Method'…Bahasa mudahnya, tatacara. Cara dan gaya penulisan oleh mana-mana blogger juga boleh mempengaruhi hasil! Gaya penulisan setiap blogger juga berbeza…Contohnya setiap penari ada lenggoknya yang tersendiri, sama lah dengan blogger dan lenggok tulisannya! Lain dari itu, tinggi pengetahuannya…Banyaklah modalnya maka banyaklah yang ditulisnya. Ilmu atau pengetahuan yang ada bergantung pula pada sumber atau source si blogger tu…Ini dah masuk ‘M’ yang ke 4 iaitu 'Material' yang merujuk kepada source seseorang blogger. Jadi…M3 dan M4 dah pakej di para ini. ‘E’ yang terakhir tu juga ada kaitan, tapi Penulis lebih suka mengasingkan ‘E’ yang terakhir itu di para bawah…Terlalu banyak campur aduk, mesti berkecamuk hasilnya mengarut!

‘E’ untuk 'Environment'…Kalau dalam kes manufacturing process, inilah selalunya yang akan diulas panjang dalam report kualiti oleh mana-mana Jurutera Kualiti. Kegunaannya untuk bikin alasan kepada punca dan faktor, menyalah dan memanipulasi keadaan dan persekitaran untuk menutup kesilapan sendiri…Lazimnya begitu! Ops..ini secara sengaja mengatakan secara terbuka pasal ‘isu sabotaj’ yang 'tu…'Tapi itu pun secara sedarnya juga menyalahkan keadaan dan persekitaran juga…Contoh! Maaf, meleret….Stop!

'Environment'…Sebagai faktor kepada pandangan seterusnya diterjemah kepada penulisan blog. Dengan mengunakan diri sendiri sebagai contoh antaranya, Penulis berhobi membaca (majalah, buku dan blog-blog) serta bergaul dengan pakej bersembang dengan orang-orang kampung di tempat permastautinan. Rasanya bermodalkan membaca dan bergaul dengan orang-orang kampung yang banyak mempengaruhi seterusnya menyumbang kepada hasil penulisan Penulis. Berdasarkan tulisan ini, molek dikhabarkan bahawa kerja sekarang penulis mendorong kepada penulisan yang sedang ditulis ini. Itupun kategori pengaruh persekitaran. Adaptasi sahaja terhadap diri anda sendiri bagaimana faktor persekitaran boleh mempengaruhi tulisan anda. Lain orang, lain persekitarannya. Jadi mudahnya begitu.


PENUTUP
Bagi penulis, sudah lebih 1 tahun memblog…Tanpa mengharapkan untuk menjadi
top 100 blogger di Malaysia dengan rating berjuta dan komen-komen yang beribu, Penulis tidak mengharapkan apa-apa pulangan dari blog ini. Sekadar cukup setiap post dibaca oleh sesiapa yang klik atau ter-klik di blog ini, Tidak kira lah sesiapa pun! Penulis sejujurnya suka mengatakan bahawa…Every Blogger for his/her blog him/herself. Setiap post adalah luahan, pandangan, cadangan dan pendapat diri-sendiri. *Cukup…Penulis dah malas nak menulis!

*Ayat untuk para penutup itu contoh hak blogger terhadap blog-nya sendiri, boleh buat apa yang dia suka. Rasa nak tulis, tulislah…dah malas menulis. Stop je lah! Cumanya, setiap tulisan tidak melampui batas dan menghormati serta mengikut garis panduan etika penulisan…Itu memang perlu!


Aboo [ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.