Monday, September 8, 2008

Sinetron Bersiri Politics-Epicology Versi Malaysia


Pesanan; Kalau anda terbaca tulisan pada waktu malam, cucuk rokok (pastikan asap rokok tidak mencemari orang-orang sekeliling!), betolkan kedudukan anda, baca dengan rileks lagi santai. Kalau pada waktu siang, sila bersila dikerusi anda sambil tangan kanan usapkan dagu anda, tangan kiri urutkan kaki kiri anda. Baca bacaan santai ini dengan harapan dapat menghilangkan kegelisahan ketagihan merokok anda…Adoss!

Jampi Pembukaan;
Haaaaiiiiii… Malaysiakini, Malaysiakita, Malaysia Today, Malaysia itu, Malaysia ini…Malaysia berasal dari mana? Berdampinglah dengankuuu wahai Malaysiaaannn…Hanya itu pesanku Wahai Malaysiaaannnn…


INTRODUKSI
Jangan sesekali di-movie-kan cerita politik kita…Jangan! Akan jadi tak best dan tidak akan sesekali box-office kelak. Jangan juga di-dokumentari-kan…akan ada yang cerita-cerita remeh ketinggalan. Cara apa untuk nak mewarisi kisah politik kita?Terbaik untuk tapapan generasi akan datang perihal cerita politik kita, adalah di-sinetron-kan. Itu sebaik-baiknya…Ops, sinetron…maksudnya drama,kan? Ahhh…Tidak! Sinetron lagi drama dari dramaaa…

Kalaulah di-sinetron-kan episod politik kita, ditayangkan 1jam pada waktu prima, setiap hari jam 8mlm di mana-mana atau semua siaran tersohor agaknya, berapa lama akan makan masa agaknya? Siapa kepala watak? Siapa penjahat? Siapa pengkhianat? Rumit….Susah….Payah…Kompleks... nak tulis skripnya…Agaknya tiada siapa yang sanggup!


Cuma aku risau, kalau-kalau akhirnya kita yang menonton akan dibodohkan seperti menonton sinetron Bawang Puteh Bawang Merah…200++ episod, Cuma mimpi ending-nya??? Tu yang paling aku risauuu…Menyampah gueee!


JALAN CERITA
Tak kisah lah, macam mana pun jalan ceritanya, sebabnya ini cerita adaptasi, flow sudah ada…rujuk sahaja sejarah. Sejarah yang benar dan tidak bias. Bukan sejarah yang memihak mana-mana pihak, pihak Xxx, pihak Yzz atau pihak Zzz (Aik, Zzzz???Geng mana nih?!)…Terutamanya, intermission-part nak capai merdeka tu…Tak pun, ending-part tu…Biar terkejut beruk para penonton nanti! Harap-harapnya…

Flow-nya pula, di samping jalan sejarah poltik kita yang panjang, biarlah ada adunan kebudayaan, keagamaan dan ketatasusilaan melampau. Namun adab dan adat perlu diketepi. Tiada sentimen, tak perlu tapisan sensitiviti…Mesti mahu opennn! Jangan bias… jangan duk tipu-tipu, bohong-bohong, depan cakap lain, belakang cakap lain. Prihatin tonjolkan prihatin, prejudis katakan prejudis…Ini sinetron politik, bukan mahu dipolitik-kan sinetron ini…Ini asas jalan cerita! Ini kisah benar, bukan kisah tipu-tipu…Lagi sekali, kalau prejudis cakap lah prejudis! Soal Prejudis ini penting, sebab sekarang ramai antara yang duk ada bijak berlagak concern, tapi sebenarnya nonsense…

Nah…. Sinetron sebegini para pelakon yang benar-benar memerlukan para pelakon yang berbakat. Rupa paras tidak lagi penting, itu boleh disolek oleh andam-andam sekalian! soal produksi membikin sinetron, terpenting adalah teraju utamanya yakni Pengarahnya. Jadi, ayuh kita tengok ciri-ciri Pengarah yang perlu ada untuk menghasilkan karya agung untuk kita hari ini, esok dan selamanya…


GILA
…Bukan Crazy tapi Mad, Orang England cakap…Completely unrestrained by reason and judgment. Teraju utamanya perlu orang yang betol-betol gila lagi sewel. Pengarah sinetron ini perlu giler…se giler-gilernya. Segiler-giler watak-watak hidup yang duk ada keliling kita hari ini. Lagi gilerr…Lagi bagus!Tapi kalau Pengarah itu gila-gila pun OK!Tak kisah lahhh…


TAK TAHU MALU
…Ooooh, ini sangat perlu! Pengarah perlu ada sikap ini untuk menghidupkan perwatakan tidak tahu malu para politisi kita hari ini. Baru lunak sinetron itu, kena pulak para pelakon dan pelakin pun tak tahu malu…Penting jugak nih! Untuk penghayatan watakkk…


PSYCHO
…Untuk pembinaan story line ber-skill-kan kognotif dan psycho-motor, Pengarah perlu ada perwatakan psycho. Baru ngam dengan jalan cerita sinetron itu…


SASAU
…Jangan samakan gila dengan sasau. Gila lain, sasau lain. Pengarah perlu ciri-ciri sasau dalam bentuk kadang-kadang atau 8 hingga 12jam sehari otaknya disordered. Ini semata-mata untuk kasi hidup itu watak…Hasilnya tentunya reatif mis-en-scene dan mis-en-shot sebabnya ini bukan filem fiksyen, ini cerita betol! Sinetron kita, budaya kita…


DARK
…Tidak ada kena-mengena dengan Co-Founder blog ini Lady Dark, (qoute; Lady Dark hanya sumbangkan 30% untuk tulisan ini!) bukan juga pasal teori suhu warna filem atau lighting-mood tapi jiwa Pengarah yang dark ala-ala Matt Belemy atau John Davis. Dari jiwa yang hitam lagi karat, Pengarah akan keluarkan mood filem itu dari dalam jiwa yang dark untuk di-align-kan dengan story line. Confirm…menjadi sinetron ini!


MODEN/KONTEMPORARI
…Ini pun perlu ada, sinetron ini perlu ada adunan old-skool dan moden. Untuk hasilkan karya sebegini, Pengarah mesti membuat rujukan karya-karya lama seperti D.W. Griffith dan Luchino Visconti misalnya. Baru best…baru kontemperari beb!
Cukup lah 6 jiwa-kacau yang perlu ada pada seorang Pengarah sinetron bersiri politik Malaysia hari ini. Kalau ada lebih dari itu, ada 2 kemungkinan kesan sinetron ini. Samada lagi bagus tak punnn, hancusss! Takde yang sedang-sedang…tengah-tengah…mid-mid... Kalau lebih mungkin orang akan kasi mid-finger pulak!

EXTRA…EXTRA…EXTRA… SUPER-HERO Kalau diadaptasikan atau pun di-epic-kan episod politik Malaysia satu hari nanti. Aku harap ada tambahan watak ala-ala Zorro, atau Semutar Hitam atau ala-ala…Cicak-Man pada drama itu. Cuma ubah skit watak yang appear 2-3episod yang datang ntah dari mana, bertopeng, bersemutar hitam…datang menyelamat dengan tiba-tiba.

Bukan..Bukann…Bukannn…Zorro, Semutar Hitam atau Cicak-Man tu watak utama! Yang aku maksudkan ala-ala Zorro dan Semutar Hitam tu watak sampingan yang berkaretor begitu. Ala-ala sahaja…Watak yang muncul dengan tiba-tiba pada tengah-tengah jalan cerita atau pun masa dekat gileerrr nak ending tu!


Penampilan watak ini tak kisahlah bertopeng ala-ala Zorro atau Semutar Hitam atau Batman atau Spiderman. Spender-scuba kat luar pun tak kisah, asalkan custom untuk karektor ini mesti misteri dan penuh rahsia. At least aurat dan mata wajib tutup! Itu WAJIB…Misinya untuk lerai dan membuka kekusutan, keserabaian, kekalutan, kekemutan, kegelisahan, kepertikaian dan keserabutan…


Ya Ampunnn…835 words plus 6120 karektor (termasuk space) dahhh?! Woooo….Wooo…Wooo… I need to stop, its getting too long…too complex to complete! Lagipun, buang masa, tenaga letrik atau karen jer, mana ada orang suka baca panjang-panjang, tulisan politik pelik-pelik, karya-karya sosial yang gila-gila?

Bukan ke semua orang duk mabuk, angau dan obses dengan gosip politik dan social?!
Hmmm….ayuh pakat gelengkan kepala sekuat mungkin selama 7saat untuk melenggang lenggokkan otak kita. Dengan harapan dapat membetolkan alignment otak kita yang makin hari makin lari dari garis pusat ituuu…Ayuh! Ayuh! Ayuh!…Cukup untuk PENUTUP!

Opss…Apa judul sinetron Politik kita nih ehhh??? Minta cadangannnn lu orang yang duk baca atau terbaca tulisan nih…. Roger!

Related Post Untuk Rujukan Belabon : Sukarnya Mengisi Kemerdekaan by Abe Dey...!!! <--WAJIB BACA!

Aboo & Lady Dark

Komentar :

ada 8 comments ke “Sinetron Bersiri Politics-Epicology Versi Malaysia”
naz ilyn said...
pada hari 

Salam Ramadhan

Secara realitinya..memang pun kita semua pelakun.. di atas pentas yang Allah ciptakan..skrip, jalan cerita dan endingnya Allah yang tentukan.

archemege said...
pada hari 

Akum...

Argh cepat betol naz ilyn ni komen. Aku baru jer cuba nak jd no 1 huhu

Aboo,
Aku cadangkan tajuknya adalah 'Politik Akhir Zaman'.. cuma aku takut tgk jalan ceritanya yg seakan2 menghalalkan semua 'benda' demi kepentingan kesudahan jalan cerita yg 'off course' memihak kpd pengarah & kru produksinya(secara teorinya la). Tapi penonton zaman skrg ni bole dikatakan bertambah cerdik dibandingkan dgn penonton di zaman pengarah sblm ini.. Ooops excluded me?
Semuanya dah jelas! kalau kita keterlaluan dlm suatu benda maka hancusss Maka ber'wasatiah'lah... Maka ber'infaq' lah... Antara kandungan kutbah di Masjid Kg Chempaka untuk dikongsi bersama InsyaAllah

p/s:Aboo! Apesal guna perkataan 'Roger' diakhir artikel? Ko tunggu jer la result US Open final esok maka byklah nama 'Roger' akan terpahat di blok aku.....
http://archemege.wordpress.com

Anonymous said...
pada hari 

Impresive gileerr tulisan korang. Tapikan ini cover filem Mr.Smith Goes to Washington kan?Dah bape lama filem ni?Oh,aku pun nak mencadang gk.

Mr.X Goes To Putrajaya,amacam?

Mekacih

LaDy Dark said...
pada hari 

Mr X goes to Putrajaya??... i like... i like...!

Tapikan, siapakah yang layak pegang watak Mr X? siapakah antara watak utama senario politik negara yang paling epic kisahnya? Mr K? Mr N? Mr A?..hhhmmm...

mmg la kesudahan jalan cerita berpihak kepada pengarah dan crewnya... tapi adakah kita sebagai penonton yang kononya lebih bijak mampu meletakkan pilihan kita sebagai pegarah? ataupun adakah penonton juga sebahagian daripada drama ini? sad but true...!

Mede said...
pada hari 

'Apolitical Murtad' sesuai untuk yg dari apolitical-partisan politik-gila kuasa.......

Anonymous said...
pada hari 

hows about gila-gila politik?
I like the poster,the scene variations..very nice

FirAzzurri said...
pada hari 

Salam...

izinkan gua ketawa besar, terguling-guling kejap....hahahahahaa...

lu memang gila beb... lu memang gila-gila.. lu cukup syarat dan ciri-ciri nk jadi directoe sinetron ni beb... takde yg layak selain lu saja yg layak..hahaha...utk watak2 utama gua rasa no hal beb.... negara kita dan ramai sgt 'org gila'... mcm2 gila punya dok ada..gila harta, gila talak,gila politik,gila pompuan dan suku sakat gila yg segila dengannya... lu ambik ja mana2 gila yg lu suka...hahaha...

wa bercadang nk jadi penerbit bersama sinetron lu ni beb... amacam..??hahah...

tajuk lu letak simple je... 'negara ku nan indah' hahaha....

Anonymous said...
pada hari 

membaca seluruh blog, cukup bagus

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.