Sunday, May 17, 2009

Blues Simpang5, Parit Buntar: Entitled lah!


Orang-orang Malaysia, mula dan sudah dibudayakan untuk kejar kepopularan. Lubuk untuk mendapat popular adalah dengan menempelkan muka pada skrin-skin tv. Entiti yang mabuk kepada kepopularan dengan cara menjadi artis yang diungkapkan selebriti dan dengan berpolitik secara sakan. Realitinya begitu. Paling menarik, di Malaysia seolahnya kita ‘dipaksa’ menonton entiti-entiti ini berdrama, bersinetron gelagat-gelagat mereka. Soal-soal kepentingan social atau ekonomi misalnya hanya menjadi ‘iklan’ kepada drama-drama entiti-entiti ini.

1-3 May 05, Jumaat, sabtu dan ahad yang lalu, seorang kawan kasi pinjam broadband, berpuluh atau agaknya mungkin beratus aku belek-belek blog lain. Para mereka, bercerita soal kecantikan dan keindahan Manohara. Para mereka mengulas soal realiti tv - hiburan. Para mereka memberi pandangan soal ekonomi – Liberalisasi Ekonomi. Paling best apa lagi kalau bukan cerita-cerita politik. Pendek kata macam-macam ada di dunia blog – Di Malaysia lah.


Paling jelas, soal ekonomi kalau dibaca dengan teliti, bloggers cuba memberikan gambaran seolah pasaran ekonomi eropah sudah tepu untuk di labor oleh pemodal asing – bukan rakyat tempatan (mana-mana) negara. Ketepuan pasaran menyebabkan para pemodal asing mula mengalih perhatian kepada pasaran asia dan Negara-negara dunia ke-3. Termasuklah kita di Malaysia. Dari situ muncul watak penting dalam bentuk yang invincible, Rothchilds dan Rockefeller & Morgan misalnya. Google-kan mereka-mereka ini, paling penting sejak bila mereka bermula. Yang pasti bukan baru bermula sehari dua. Juga ketahuilah bahawa Pemodal Yahudi tidak melabur di Israel, Pemodal daru US tidak melabur di Amerika, Pemodal Jerman tidak melabur di Jerman. Pemodal Singapura tidak melabor di Singapura. Fahamkan begitu. Fikirkan kenapa.

Maka dari itu, cuba fakir-fikirkan bahawa kita kerja bagai nak rak untuk apa? Kita berpolitik macam nak perang untuk apa? Apa kesudahannya? Ke mana akhirnya duit-duit kita – duit Negara pergi, akhirnya. Yang susah akan makin susah, yang senang akan makin senang – Ini sepatutnya penutup. Kerajaan hari ini membenarkan pemilikan ekuiti asing sebanyak 70% - sebelum ini 49%. Maksudnya apa? Rupanya ini yang diistilahkan Liberalisasi oleh kerajaan kita. Kenapa tidak sahaja dibuka kepada non-bumi yang diketahui ramai yang kaya raya. Sekurang-kurangnya non-bumi adalah salah satu dalam Satu-Malaysia. Perlu ditanya kenapa tidak 10orang terkaya di Malaysia bersama-sama menanam modal untuk melabur di Negara sendiri. Luak kah kekayaan masing-masing jika, kerajaan memberi jaminan terhadap modal-modal mereka.

INSAF - Serba salah rasanya nak tulis tulisan berat - glolisasi dan liberalisasi ekonomi. Sebabnya sekeliling kita, teramat ramai yang sesak yang susah yang sengkek. Belom masuk soal ibu tunggal, anak yatim, OKU, yang menganggur lagi. Pendapatan perkapita masih rendah. Hisab pakai lump sump, maka tak terhitung lah yang susah yang sesak yang sengkek. Peduli atau tidak, itu hakikatnya. Masih ada yang bekerja 14-20jam sehari selama 6-7hari seminggu – Untuk hidup, untuk sesuap nasi.

Hidup Jalan Terus – Golongan yang paling menyusahkan pemerintah adalah rakyat yang susah. Rakyat yang meminta-minta, rakyat yang melarat kelihatannya dipandang keparat oleh golongan-golongan tertentu. Sedar atau tidak, mungkin kedudukan yang diduduki sekarang, Sang keparat sesak itu lah yang memberi undi kepada mereka, memberi undi dalam kata lain, membuka jalan kepada sesetengah orang bergelar YB malah bergelar YAB. Ini adalah fakta.

Bila, kalau bukan hari-hari nak mengundi kerajaan betol-betol ambil peduli soal hidup rakyat – yang sesak. Confirm, mana-mana rumah miskin yang dikunjung oleh para pembesar negara di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau mustahil akan didatangi lagi, kalau tidak ada election lagi. Lagi kebelakang, di Machap dan Ijok. Mana muka-muka TV semacam Cikgu Parthiban, Wan Farid, Ismail Sapian dan lain-lain. Kalah atau menang belakang kira, khidmat untuk menaikkan taraf hidup rakyat adalah yang utama. Orang-orang di Perak pun sama. Terlalu banyak cakap, tindakannya mana?Hanya sibuk bermahkamah, sibuk mengadu domba. Yang namanya pemimpin, boleh pakai kereta mewah bermegah-megah malah ber-body guard lagi.

Krisis-krisis politik dalam tempoh-tempoh ini, tidak menguntungkan sesiapa lebih-lebih lagi rakyat. Rakyat dapat apa? Yang terang-terang dapat menafaat para-para proksi dan kroni. Kononnya berjuang atas nama rakyat. Rakyat sendiri bagaimana. Rakyat dapat apa? Yang namanya rakyat - tak termasuk dua entiti di atas tadi, kerja macam nak mampus hasilnya cukup-cukup makan. Yang namanya rakyat, standard-nya berkapcai paling tidak berkereta nasional, Proton – sebab murah. Yang namanya rakyat tinggal di setinggan-setinggan yang di tamankan, yang di kos rendahkan. Ini hakikat.

Sedar atau tidak makin hari makin dikastakan. Miskin-Kaya semakin berjurang. Contoh senang dalam system pendidikan ada sekolah kerajaan ada sekolah swasta, anak-anak Si Kaya bersekolah di sekolah-sekolah swasta. Anak-anak orang susah bersekolah di sekolah ber-kebangsaan. Maka dah betol lah namanya sekolah kerajaan, kerajaan kan dipilih oleh rakyat – Orang kaya-kaya turun mengundi kah? Itu pasal yang kaya-kaya hantar anak ke sekolah swasta – sesuai dengan dasar pengkastaan. Miskin-Kaya seolah tidak layak diajar oleh guru yang sama.

Semua ini bukan soal apa kalau bukan jurang - kekastaan social hidup apa lagi sekarang musim gawat. Maka pada akhirnya, jati diri yang perlu kita para rakyat – yang susah perlu ada. Hidup secara berdikari – jangan harapkan subsidi. Kata orang Soul power kena ada. Mula dari sekarang, bangunkan jati diri anda untuk terus hidup tak kira lah siapa-siapa yang memerintah sebab dari dulu budaya kita, tak kisah lah siapa yang memerintah biar korup biar rahsuah biar berneopotisme asalkan kita hidup aman damai sejahtera. Sekian!

Lagu yang bagus dari Rakyat untuk para entiti yang duk mengarut dan melalot dalam Malaysia.
Tukarkan ‘single’ kepada ‘power’
Korn - Y'all wanna a single?!



[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.