Tuesday, February 26, 2008

What's a Dentist Without Her Left Hand...?



This one goes out to Nur Hafizah Kamar Affendi
(beb... your infamous!!! Err...Airin too - yg duk gayut kat sebelah tuuuu...!!!)


Last Friday (22nd feb) my bestie yang tinggi lampai, hitam manis dan berbulu2 ni dok main pas2 bola kat court netball. Pastu dgn tak disangka2, dia terjatuh dan landing atas siku...Betol2 ngam-ngam dekat ruang paling tajam siku belah kiri! Menurut kata saksi2 yang ada kat situ, cara die jatuh tu sebijik macam tiang lampu tumbang. I tak tau bila diorang ni penah tengok tiang lampu tumbang... Tapi gitu lah ceritanya...

Papepun, si fiza yang mmg terkenal dengan lawak jenaka dan mulut laser nya terus diejek oleh rakan2 yang lain kerana gaya jatuhnya tadi. Fiza mmg rasa sakit, tapi sebab tak luka, so takde org amik port sgt pasal sakit die tu...Si referi pulak terus bertanya "eh... ada bawak lebih tak?". Ahli team lain pun menyahut "Rasanya ada je emergency kit kat tepi padang". Referi tersebut terus mencelah "Bukan, maksud saya ada, ada pemain lebih tak?"... Adus! Tak peka langsung ref ni dengan keadaan yang menimpa si fiza... Permainan diteruskan juga.

Fiza yang tak tahan sakit tu pun mintak la simpati budak paling hansem kat situ utk anta die gi jabatan kecemasan (aih... sakit2 pun tau nak mintak tolong ngan yang hansem je...) So Si Mior pun anto la Fiza kat A&E (Accident and Emergency Department. Kat situ baru dapat tau yang fiza patah tangan rupanya.

Masa tu I tak tau lagi Si Fiza ni sakit. yang die ni pun satu, bukan nak call?!. "Aku ingat ko tgh tido la bodo, tu pasal aku tak bagitau ko"... Katanya... Konon2 mcm cool la... Tapi sebagai best friend, I paham la member ni cuak je sebenarnya... So kitorang pun check in dalam ward sementara tunggu operation utk letak besi dalam tangan Fiza pada keesokkannya.

Kat ward plak, doctor pakar tu selamba je cakap "You patah ni bukan sikit tau. Boleh affect carrier you...I tak janji you boleh baik 100% lepas ni tapi kalau tak operate lagi teruk". Aiyoyo... Terkezut gak dengar masa tu. ye ah, sape sangka kejadian yang menjadi bahan jenaka kini dah ada potensi untuk menjejaskan future Si Fiza. Diagnosis penuh Fiza: comminuted fracture of head of radius with posterior dislocation... Fracture atau patah gini dikira sebagai orthopedik emergency danperlukan perhatian segera... Mujur Mior anta Fiza gi A&E... Kalau tak... Tak tau la.

Pape pun, Fiza masuk OT kul 1130am, 23 feb. I pun masuk skali. Takut gak sebenarnya, tapi pura2 cool... Takut member lemah semangat... So lepas tolong fiza pakai baju OT (operation theater), die pun diusung atas troli katil tu. Menurut kata fiza, time tu pun dah menakutkan.

Sampai kat OT, I pun tukar baju OT. Ni la kelebihan jadi student USM, bleh masuk tengok mana2 surgery. Pastu gi jumpe fiza. diorang letak die atas operation table. Pakar Anaesthesia (bius) pun mulakan tugas die... "Adik, mengucap ye dik... kita dah nak bagi awak tido... takut awak tak bangun... mengucap ye...asyhadualla illah haillallah..." Katanya sebelum bagi satu bolus propofol melalui IV line fiza kat tangan die. I sempat lambai kat Fiza sebelum die tido dan tak sedar atas operation table tu. Pastu pakar anaes tu terus intubate Fiza (pasang tiub kat mulut) and kasi oxygen straight kat peparu die cos Fiza tak dapat bernafas sendiri lagi.

Then pakar Orthopedik plak masuk utk bedah siku Si Fiza. Die pun cuci operation site tu ngan povidon iodine and start incision yang panjangnya dalam 6 inci guna scapel blade. Pastu die potong otot2 tangan fiza dan akhirnya nampak la tulang fiza yang comminuted (pecah kecik2) tu... Hancur gak la head of tulang radius Si Fiza... pecah 4 bahagian... horor giler... tp pakar ortho yang cekap lagi hansem tu berjaya reduce fracture tu dan letak plate and screw kat situ. Keje die nampak cam tak banyak beza ngan tukang kayu... hehe..

Bile dan settle, die flush operation site ngan povidon iodine and normal saline. pastu die suture balik incision tadi dengan penuh berhati2 sebab tanak bagi parut tu teruk sangat. dah selesai tu, pakar Anaes pun stop ubat bius dan suruh I kejutkan Fiza....


Basically prognosis (jangkaan) untuk cominuted fracture ni tak bagus... Fiza mungkin akan ada kesusahan untuk pronate and supinate elbow die. Tapi I yakin, Fiza akan dapat overcome masalah ni... kalau Gloria Estefan boleh berjalan lepas lumpuh, Fiza mesti boleh baik gak!

skarang ni Fiza dah ada kat umah aunty die. Gema rock kesayangan die pun ada sama. I hope my bestie ni akan sembuh dengan cepat dan jayanya supaya dapat meneruskan perjuangannya menjadi seorang dentist. Time2 ni baru kitorang sume rasa betapa berharganya kedua- dua tangan ni... Especially kepada kitorang yang nak jadi dentist ni...

So my msg to all of you... take care of yourself... Malang tidak berbau... You never know when something so precious for you will be taken away from you in just a fraction of a second... jatuh biasa2 je... tapi kesannya sgt effect future...

Hopefully all goes well... and mintak doakan kejayaan my batch dalam Professional Exam III May ni.. tak sabo nak grad!!!!!!



Graduating Batch 2008
school of dental sciences, universiti sains malaysia




Lady Dark (Dr.Meredith)


[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.