Suka aku menanamakan mereka Moe Howard, Curly Horward dan Larry Fine. Alasan aku, rambut mereka karat tanpa sebab. Ketiga-tiga Mat ini leka menyembang. Loghat kenegerian bunyi nya. Ohhh… Asal dari belah-belah sana mereka ini. Tidak pasti bila mereka di situ. Juga tidak pasti sama ada aku yang mendahului mereka atau mereka yang mendahului aku. Penampilan mereka, semacam skater. Berseluar baggie, londeh..berbaju saiz lebih besar dari susuk mereka. Cool bagi mereka mungkin. Pada aku mereka lebih kepada stooges. Dua buah vespa lama terparkir di depan mereka. Ohhh..Mat-Mat vespa mereka-meraka ini. Berwajah kebudak-budakan tipikal wajah Melayu. Malang tiada indentiti melayu melainkan rauk muka kampong mereka. Sah…ini pelajar-pelajar universiti seberang jalan sana. Ada pelekat universiti pada vespa-vespa buruk mereka. Aku sebenarnya tidak mahu ambil peduli siapa mereka, anak siapa Mat-Mat ini, apa jurusan pendidikan jauh sekali nak ambil tahu asal usul mereka. Kepedulian aku adalah mereka-mereka ini menggangu fokus telinga aku. Itulah masalah aku dengan Mat-Mat stooges ini. Mat- Mat stooges ini merosakkan mood aku yang sedang ber-rock n’ roll. Ahh…muka aku mula monyok. Dahi aku berkedut…
Sebenarnya, aku kurang faham bagaimana mungkin Mat-Mat stooges boleh bersembang dengan kuat dan melampau-lampau. Kedengarannya bersungguh benar. Barangkali ada masalah telinga Mat-Mat stooges ini. Sedangkan aku yakin para stooges ini boleh bercakap agak perlahan kerana posisi antara mereka dekat benar. Barangkali Mat-Mat stooges ini sedang menjadi public-vaudeville. Malang selain aku, tiada warga lain yang mempedulikan idea perbincangan mereka. Satu orang duduk lagi dua berdiri mengadap yang menduduk itu. Mat stooges yang berdiri agak menggangu trafik kaki lima yang lebarnya tiga ke empat kaki lebarnya. Mat stooges yang satu ini tiada kepedulian. Perbualan mereka, mereka mungkin mahu mewar-war kan pada dunia idea percakapan mereka. Namun jelas pada pendengaran aku, mereka menyebut nama Mat Yi..siapa itu Mat Yi..aku kurang periksa. Sebuah vespa pusaka mungkin. Iya..barangkali! mereka benar-benar mengganggu. Terasa seolah, sedang menonton konsert di tempat duduk bertiket murah. Penonton dan pendengar kelas tiga. Ahhhh…malang!
Jam sudah 10.14malam yang sebetulnya jam 10.04malam. Aku masih di situ, kretek sudah ke asap-asap terakhir. Kelibat Si dia belum terlihat. Tapi aku tidak boleh mengisytiharkan Si dia terlambat. Urusannya juga hanya selesai jam 10. Dari tempat urusannya ke sini pun 15 ke 20km. Maka, pengiraannya Si dia akan sampai 20-30min. Tergantung kepada kelancaran trafik. Adalah yang terbaik memberikannya sedikit masa untuk tiba dengan selamat. Itu sebaiknya. Aku pun maklum tahu Si dia tahu aku sedang menunggu. Jam itu, runut ‘Crazy’ sudah tidak kedengaran. Tiada lagi peyumbang 50sen untuk sebarang lagu. Bunyi-bunyi kenderaan memonopoli deria bunyi. Ya..bising-bising juga dari mamat bertiga ini. Mereka masih di sebelah aku sejarak 3 depa dekatnya. Masih berbincang secara serious dan bersungguh-sungguh tentang Mat Yi. Mat Yi ini benar-benar dihati mereka. Mat Yi sungguh mempengaruhi mereka. Aku sebolehnya tidak mempedulikan Mat-Mat stooges ini.
Masih ramai warga-warga di sekitar sini, sama seperti 15 minit lepas. Jalan besar sana juga sibuk, jalan sehala ini juga sibuk. Belia-belia berpusu-pusu ke arah yang kurang aku periksa. Sekitar ini ada lot kedai makan, kedai runcit dan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan ditawarkan. Sekitar benar-benar menarik warga untuk datang bertandang. Membangunkan wilayah ini adalah satu projek yang berjaya. Tidak kiralah mana kerajaan yang membangunkan. Yang jelas wilayah yang agak berbukit ini mampu menjanakan ekonomi. Seimbang antara supply – demand. Kena dengan kehendak dan keperluan para warga. Lebih dari tu pelbagai bangsa boleh terlihat di sekitar itu, dari sehitam-hitam bangsa kepada seputih-bangsa. Pendek kata, antarabangsa kelasnya tempat ini. Aku masih selesa di posisi aku, aku tidak bergerak ke mana-mana. Mat – Mat stooges di sebelah tidak aku pedulikan. Masih lagi bersembang dengan penuh perasaan. Kretek tadi masih berasap untuk asap-asap yang terakhir hampir mencecah puntung. Tidak mengapa, masing berbatang-batang lagi kretek di poket kanan aku.
Kenderaan bertayar empat berbaris panjang menunggu petak-petak parkir kereta yang terhad jumlahnya. . Meninjau-ninau kalau-kalau ada kosong. Cuba-cuba mencelah masuk. Kenderaan bertayar dua, mudah mencilup-cilup. Boleh park di mana-mana. Para pejalan kaki paling cool. Tiada masalah parkir-memakir. Jelasnya, warga muda mudi memeriahkan lagi wilayah kecil itu. Yang gadis-gadis cantik molek mereka-mereka ini. Fizikal mereka ada variasi. Ada saiz S ada saiz M ada saiz XL malah XXXXL pun ada. Penampilan mereka pelbagai ada yang berseluar jeans kecik ada yang berseledang bersepang menyilang leher jinjang ada juga berskirt pendek paling cool ada yang berbaju kurung pada malam sekitar jam melepasi 10malam. Tidak kurang yang semacam tidak berbaju pun ada. Inilah kepelbagaian budaya – variasi etika pemakaian warga kita.
Yang laki-laki muda aku tak pandang sangat. Aku tiada minat untuk mengambil tahu. Kesimpulannya, ada yang berselekeh, ada yang ber-handsome sakan. Jenis rambut pacak yang aku benci melihatnya pun ada. Yang bersikat belah tepi pun pun. Mudah cakap macam-macam ada. Kaum Ibu kaum bapa juga ada melayan nikmat makanan berbayar masakan mamak. Ada restoran mamak di hujung situ. Aku masih bertenggek selesa di penghadang dekorat bahu jalan itu. Masih tidak ke mana-mana. Tiada perasaan seperti seorang penunggu. Suasana sekitar ini memang tidak mendatang bosan. Aku tidak bersendirian, kretek seludup setia meneman aku. Aku santai di situ. Aku cucuh rokok ketiga untuk masa itu dan untuk kedua puluh empat atau dua lima mungkin untuk hari itu. Aku tiada kepedulian untuk mengira berapa jumpa rokok harian, apa lagi untuk mengira kos belanja hangus. Itu kerja bodoh dan sia-sia. Jangan merokok jika anda berkira.
Jam sudah 10.23malam…Si dia belum lagi tiba! Aku berfikir positif barangkali Si dia hampir tiba. Aku suka dengan senyuman manis Si dia. Si dia cukup ramah sebenarnya, susah untuk di dekati kalau aku cuma sebarang orang. Si dia orang berada. Asal sini-sini juga. Sekolah pun sini-sini juga. Kerja pun sini-sini juga. Si dia tinggi cita-cita. Namun kesian belum menemui cinta. Kesian! Antara Aku dan Si dia, tiada perlu perancangan, apa cerita untuk berbincang. Apa menu untuk makan. Hujung minggu lepas aku dan Si dia sesat di hutan. Keluar hutan jumpa jalan. Ingat-ingat perkara lama boleh mendatangkan senyuman. Itu gunanya kenangan…
bersambung daaa...kah kah kah