Monday, February 25, 2008

SALUTE TO KERIS-SILAU; CERITERA PEMUDA DI BUMI MERDEKA












Al-kisah terjadi di sebuah negara yang tak bernama, tidak juga sebesar mana, kurang masyhur sebenarnya… sudah 50 tahun kemerdekaannya… Tapi sayang masih sekular…Banyak penduduknya, majmuk bangsanya cuma pelik-pelik pe’el rakyatnya…kalangan warganya ada yang sudah sampai ke rebung dunia, merengani selat sejuk bergelora malah berjalan-jalan di kutub utara…Banyak lagi rekod tercipta, paling latest, hampir ke bulan salah seorang rakyatnya! Wow…bangganya!

Negara yang tidak sebesar mana itu ada berbelas negerinya…Bersemenanjung dan ada yang terapung…Tidak sekata pecahan negerinya…Ada yang luas tanahanya…Ada yang sebesar Singapura wilayahnya…Kisah biasa epik semasa, adapatasi ceritera sekadar menyusul orang-orang lama…

Ini sekadar kisah biasa…Kisah biasa seorang pemuda, Sederhana segala-galanya namun tinggi jiwanya…Menggunung cita-citanya...Pendek kata memang ambitious orangnya… Negeri Wan Kembang terbuang ia…atas arahan Boss yang berkuasa…Di tempat asing dia membina kerjaya…Sudah hampir 3 tahun lamanya…Ramai orang sudah berkawan dengannya…komitmen kerja dipuji dia…Kadangkala terlambat juga pergi kerja…Boss bising macam biasa…

Pemuda ini memasang niat untuk menjadi pakar ekonomi negara…Di-apply-nya masuk ke sebuah universiti terbuka…Yang mahal bayarannya…Diiktiraf sijilnya…Semata-mata untuk meraih ilmu yang berguna…Harap dapat ilmu diguna…Untuk membela nasib negara yang kian ranap, Penggila politik punya angkara…Kalau diikutkan isu semasa…terang-terang rakyat jelata sedang dikastakannya…Pemuda itu mahu bantu golongan tua…Mahu memberi peluang kerja kepada orang muda…Mahu menyediakan sistem persekolahan dengan lebih sempurna…Mahu merubah stigma masyarakat disekelilingnya…Diharap cita-cita dimakbulkan-Nya…

Bukan sekadar kawan…rakan…atau sabahat handainya…Ramai yang ragu-ragu akan cita-citanya...Hanya iibu pembakar semangatnya… Kasih bapa memberi bahagia bahagia…Kasih ibu membawa ke syurga…Pemuda itu memang sayangkan kedua-duanya…Malangnya si bapa pergi dulu berjumpa-Nya…Sedekahkan sahaja Al-Fatihah kepadanya...Moga dicucuri rahmat ke atasnya...

Soal duit tidaklah berkira…RM21000 agak tinggi yurannya…Pemuda itu bukanlah orang yang berada…Bukan anak penjual batik juga sutera…Hanya anak seorang pesara…Lainlah kalau anak orang-orang kaya! Yuran…RM10000 ditanggung ibunya…Duit simpanan ibu untuk tunaikan rukun ke-lima, tapi untuk ntah kali yang keberapa…RM2000 korek simpanannya…Balance RM9000 mahu dicari dimana…Mahu minta lagi pada ibu malu pulak rasanya…
Oleh kawan rapat, cadangan diberi…Kenapa tidak diminta dengan Yayasan negeri...

Di-applynya duit yayasan negeri itu…berkali-kali dating ke ofis yayasan itu…Kena isi borang yang ini dan yang itu…Perlu dapat cop orang ini dan orang itu…Mesti sign orang ini…malah orang itu…Silap dikit…”Tulis lain ya, dik…Pastu datang balik…”

Akhirnya…panggilan diterima untuk interview…Pemuda itu rasa terharu…Berdedar-debar untuk di-interview…Cuma dapat dorongan dari ibu…”Pergilah anakku…Ibu doakan kejayaanmu…” Pemuda itu cakap…”I love you, Ibu…” Maka senyum dan balaslah Si Ibu “I love you too…” huhuhu…

Di ofis itu…ada lelaki dan ada wanita lebih 20 orang berkerusi dan bermeja…bising berbual soal apa-apa…terdengar “You tengoklah kain I, memang cantik lagi bergaya…” Sebelah sana…5 lelaki sembang pasal bola…Riuh rendah macam di stadium bola… Ini macam kerja apa…Macam suasana rumah terbuka…Terang-terang gaji buta…Patutlah kita tak ke mana…Tunggu disuap mulut ternganga…

“Minta maaf,Cik…Saya datang mahu ditemuduga…” Kata sapaan, kesusilan jadi pegangan…Namun di balas dengan kurang sopan ”You tunggu situ diam-diam…I sibuk banyak urusan…” Sememang wanita itu sibuk duk berdandan, menutupi jerawat memang tak padan… Pemuda itu itu tunggu…duduk di kerusi depan…Hanya menunggu untuk dilayan…Ofis yang bermakhluk lebih 20 orang… Seolah-olah tiada yang perasan…Selain wanita yang sibuk berdandan…Tapi haram langsung tak dilayan…Sibuk menutup jerawat dibadan…

30 minit kemudian…ada yang perasan…Makcik tua memberi sapaan “Adik datang apa urusan…?” “Saya ada temuduga biasasiswa Master Bisnes dan Pengurusan…” Yang duk bersembang pun terdiam…Agaknya sedar tak setaraf kelulusan…Sekian lama baru perasan? Agaknya diorang ni SPM sahaja status pelajaran… Yang berdandan pun baru nak melayan…? Boleh blah…Saya tak hairan…”You balik baik jadi mak andam” Kata hati melepaskan geram…

Dengan Air Asia terbanglah dia sekali sebulan…Untuk mencari ilmu tentang kewangan juga skill pengurasan…Depan KLCC tempat pembelajaran…Coursemates ramai dari golongan pertengahan ada juga dari kelas atasan…Cina, India, Melayu juga ada yang dari seberang…Yang tua yang muda…Berkerjaya macam2…Tujuan mereka tak lain dan tak bukan, sekadar menyahut cabaran “modal insan…” Kesemua mereka seperti kakak dan abang kandungan…”Adakala mereka belanja makan…” Antara mereka saling memberikan galakan…Tidak seorang seperti orang-orang yayasan…Tidak pentingkan diri dan kedudukan yang kononnya perasan berjawatan…Ini contoh perbezaan fikiran orang-orang yang berpendidikan…Tak bodoh-sombong cakapnya tidak sebarang…Sentiasa berfikiran mahu ke depan…

Di KL menumpanglah dia selalu di rumah rakan-rakan…Yang dulu berkritikan kini memberi galakan…”Kalau lu lulus gua belanja makan…” Dari jauh Ibu tetap memberi sokongan…selalu talipon tanyakan perkembangan…Juga diingatkan jangan tinggalkan sembahyang…”Orait Ibu…Saya tak lupakan….” Pemuda jawab secara spontan...

Semesta satu berakhir pada tahun lepas bulan sembilan…Exam ditempoh dijawab tenang…Result bagus…tiga point tiga, Oklah kan?…Kekawan hanya buat-buat tak layan…Tapi tunaikan janji untuk belanja makan…Cuma ibunya yang terasa hairan… tengokkan result bandingkan dengan empunya badan…Ibunya tahu anaknya malas dalam pembelajaran…Yakinlah Si Ibu akan Si Anak punya wawasan…”Tahniah Anakku…Ibu bangga kau punya kejayaan…”. Pemuda itu hanya memberikan senyuman…Gembira kerana bahagiakan ibu kesayangan…

Kini sudah tiga semesta…Berulang-alik, terbang macam biasa…Assignment lebih banyak dari tugasan kerja…Menuntut ilmu punya angkara…Penat badan tidaklah berkira…Soal kahwin tangguhkan sahaja…Biarlah semua itu dugaan sahaja…Boleh saja bekerja seperti biasa…Boss pun faham ditambahnya elaun semasa…Lagi 1 tahun grad-lah dia…banyak betul dugaan yang melanda…Soal cinta tak kena-mengena…Bila grad mahu ke-mana…Saranan Ibu, sambung PhD la pula…Soal duit serahkan pada Ibu sahaja…Buat masa sekarang belajarlah dulu sambil bekerja…

Kini…masa depan sedang difikirkan…Teringin benar cita-cita mahu dilaksanakan…Mahu berhijrah terasa sayang…Sentimental value yang menjadi halangan…Bukan sebab kerana ada yang menyayang…Bukan juga kerana cinta dah melayang…Hanya dilema nak stay di sektor pembuatan…Atau mahu cuba kerja dibidang pendidikan…Kalau tuan-puan ada cadangan…Minta tolong dikemukakan…SEKIAN !!!

_________________________________________________________________________________________________

Check Out...the unique style of blogging...at KERIS-SILAU!!!

Follow through...Make your dreams come true...Don't give up the fight...You will be all right...Cause there's no one like you...In the universe...

Don't be afraid...What your mind conceives...You should make a stand...Stand up for what you believe...And tonight we can truly say...Together we're invincible...

And during the struggle...They will pull us down...But please, please let's use this chance to...Turn things around...And tonight we can truly say...Together we're invincible...

Do it on your own...Makes no difference to me...What you leave behind...What you choose to be and whatever they say...Your soul's unbreakable...


Muse - Invincible


Aboo [ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.