Macam-macam pendapat yang dikeluarkan oleh manusia-manusia di Malaya ini berkenaan isu keluar parti oleh Tun Dr. Mahathir. Yang baru masuk parti pun kuat juga mengkiritik. Yang baru dapat kedudukan dalam parti tak kurang juga mengutuk.
“Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.” – Petikan dari Chedet.com (22 May 08)
Lima Presiden (tidak termasuk Datuk Onn Jaafar) merangkap Perdana Menteri yang ada sekarang dan yang lepas, amnya rakyat kita boleh dikatakan agak bernasib baik sebabnya kita memperoleh kepala-kepala yang agak OK kecuali…?! Kalaulah kepala yang duk kat kerusi Presiden parti itu dipegang oleh Mat Komando dan Majlis Tertinggi yang rata-ratanya akan menjawat jawatan besar di mana-mana kementerian pula dianggotai oleh para perogol bersiri, kaki-kaki raba bontot pelayan warung, Kaki-kaki pecah rumah, kaki-kaki rompak bank dan barua-barua edar dadah contohnya…Ish, tak kah dasyat tu?! Tetapi yang duk ada dalam parti itu sekarang, tidak kurang juga nafsu-nafsinya. Amati sendiri setiap yang ada…Kaki raba bontot memang ada. Misi beliau makan ketupat dan rendang di ISS pun sudah terlaksana. Tahniah! Itu pasal kontrak kamu tidak disambung, misi kamu sudah selesai… Perjuangan kamu sudah selesai.
Pengunduran bersyarat (akan masuk balik) Tun Dr. Mahathir dari parti tersebut disusuli statement yang jelas “Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan Negara’. Beliau juga secara terus terang berkata “Paklah perlu digantikan segera dan tidak kisah siapa pun yang menggantikan beliau asalkan beliau disingkirkan segera…” Itu jelas! Yang tidak jelas, siapa sebenarnya yang mahu diangkat oleh Tun Dr. Mahathir? Mana boleh ‘asalkan sesiapa’ boleh ganti Paklah. Yang nak mengepalai Negara sememangnya dan sebolehnya adalah insan terpilih dan bukannya mana-mana ‘insane’ yang dipilih. Lain tu, insan dengan insane…Jauh bezanya!
Ayuh kita belek sejarah politik
Apa pun kata orang, bagi aku walaupun Paklah tidak layak menjadi pemimpin nombor satu sekurangnya janganlah digulingkan dengan cara sebegitu. Akan tercatat juga pada sejarah bahawa beliau juga ‘negarawan’ nanti. Gelaran ‘Tun’ sudah pasti. Cuma aku duk fikir, Kalau Tun Dr. Mahathir ‘bapa permodenan’, Tun Hussien ‘bapa perpaduan’ Tun Razak ‘bapa pembangunan’ dan Tunku ‘bapa kemerdekaan” maka ‘bapa’ apa untuk Paklah?! Yang nyata beliau adalah bapa kepada Si Nori dan Si Kamal. Lagi jelas beliau adalah ‘bapa mertua’ Khairy. Cuma biarlah Paklah gentleman seperti Tun Hussien melepaskan jawatan setelah masalah kesihatan. Namun ada juga ura-ura mengatakan Timbalannya pada waktu itu yang mendesak beliau berbuat demikian. Tindakan Tun Hussien itu memang terpuji…Baca sejarah!
Soal gelaran, anugerah dan darjat. Malangnya, hakikat yang tidak boleh disangkal…Bila mana Parti Dulu, Kini, Selamanya memerintah…Siapa yang dikatakan mengkhianati parti maka sampai mati pun tidak akan dapat apa-apa anugerah dan balasan. Contoh paling menarik, Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO… beliaulah orangnya yang mengasaskan UMNO pada 11 May 1946 di Johor Bharu semasa Kongress Melayu ketiga diadakan. Cubaan beliau untuk mencadangkan keahlian UMNO dibuka untuk semua kaum ditolak, beliau melepaskan jawatan Presiden (Yang Di-Pertua pada ketika itu) setelah merasakan tindakan beliau tidak secocok dengan agenda parti. Sejak itu hingga sekarang namanya disebut berulang kali, jasanya di hujah setiap kali
Sudahlah…Kita biarkan dan jangan duk fikir sangat siapa yang layak ganti Paklah sekarang. Sebabnya dah di beritahu tentang rancangan peralihan kuasa yang tentunya orang itu adalah ‘bakal PM saya’. Tapi instant instinct aku, aku pilih Tan Sri Muhiddin Yasin sebagai PM seterusnya. Ironinya…Jika pandang ke depan sedikit, kita tilik tengok siapa yang duk ada untuk menjadi pemimpin pelapis yang bakal duduk di kerusi Presiden yang sebetulnya automatic menjadi Perdana Menteri. Kelihatannya ada beberapa calon. Itu pun kategorinya anak beranak mereka juga. Khairy? Hishamudin?Mukhriz?
ISU KETUANAN BANGSA…?
Implikasi isu keluar parti oleh Tun Dr. Mahathir, kesan yang dibawa media (media alternatif dan mainstream) keriuh rendahnya, gegak gempita satu Malaya (terutama geng belah tu la) Ianya semacam
Jika lagi sekali kita diserang, lagi penting kita boleh tengok kalau-kalau ada bangsa-bangsa yang sebenarnya asing yang tiba di
Soal Ketuanan Melayu? Yang itu sudah lama terhakis…Sejak bila? Sejak dari perkongsian kuasa pemerintahan. Sejak dari penubuhan parti berkomponen antara bangsa-bangsa lagi. Ya…Sejak setengah dekat lalu…Sejak pilihanraya pertama lagi. Maka usah bicara soal ketuanan bangsa jika kita tidak memelihara ketuanan kita dari awal lagi. Silapnya kita dari awal mengamalkan perkongsian kuasa sedangkan pada waktu itu kita boleh menyekatnya. Dari penguasaan ekonomi secara sedar kuasa memerintah juga mahu diambil alih. Kita sudah silap dari awal lagi. Akan dating apa jadi pun taktau lah.
Dari Tanah Melayu, jadinya Malayan Union idea oleh British. Tahun 1963 tukar kepada
Bila Kita bercakap soal ketuanan maksudnya kita sedang bicarakan tentang kuasa mentadbir dan mengurus Negara sedangkan kita yang melayu-melayu lemah dari segala segi. Sebenarnya buang masa untuk menulis panjang soal ketuanan melayu ini sebabnya terlalu banyak isu bodoh-bodoh yang ditimbulkan kita yang namanya Melayu ini. Malas untuk bicara panjang soal ini. Baca selebihnya di tulisan Fikir-fikir; Melayukah Aku? Berkenaan isu bodoh-bodoh melayu kita.
Soalnya sekarang, setakat jam 2.12am 23May 2008 ini…sejauh mana kekuatan Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan sebenarnya sebagai parti yang dikatakan entiti utama yang boleh menjaga ketuanan Melayu. Ulang balik kata-kata Tun Dr. Mahathir pada sesi perletakkan jawatan beliau dengan nada lantang beliau mengatakan “Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah, keluarganya…bla…bla..bla…” Keluarga…Keluarga…Keluarga… Dari dulu lagi beliau memperkatakan hal ini. Sebenarnya aku pun tak tahu apa disebalik semua ini. Kemana hendak diarahkan Malaysia kita ini? Wawasan 2020? Impian 2057? Makin mengarut...
UMNO sebenarnya bersih
Aboo [ Read More...... ]