Tuesday, March 11, 2008

TENTANG-TENTANG : GE-12 - YANG MENANG, YANG KALAH & RAKYAT

TERKEJUT BERUK...Fahaman mudah terhadap istilah tersebut adalah terkejut yang amat sangat! Itu lah satu-satunya istilah paling sesuai sempena berakhirnya GE-12 yang sesuainya dikatakan rekod terburuk parti yang pemerintah yang gagal mendapat 2/3 majoriti di Dewan Rakyat. MAKA meriahlah Parlimen pada penggal kali ini. Lebih menarik kekalahan sebuah parti berkomponen di 5 buah negeri untuk kerusi dewan undangan negeri. Selain semua orang berjiwa waras termasuk yang sedang menulis ini, hanya budak Tadika Kemas sahaja yang tidak terkejut berut melihatkan keputusan yang pelik tapi benar.

Klik sahaja kat mana-mana link blog di site tepi blog ini, puratanya...WAJIB ada ulasan tentang keputusan luar dugaan GE-12. Banyak ulasan yang menarik tak kurang juga yang berbelit-belit. Bekas perdana menteri pun ada memberikan ulasan yang tersendiri. Secara peribadi, desas-desus soal pembahagian kuasa oleh bekas pembangkang di Selangor dan Perak tentunya paling menarik. Sultan-sultan pun sudah mengeluarkan titah untuk mengadap..

Terasa juga hendak menulis sesuatu terhadap perkembangan semasa ini. Setelah klik blog-blog orang muda, kebanyakan mereka ada tulis sesuatu mengenai GE-12, Jadi...kena tulis juga lah. Lain orang lain pendapat...tetapi melihat sesuatu yang sama dan sememangnya kekal begitu, sehinggalah GE-13...5 tahun akan datang. Itu hakikat dan fakta.

Maka hari ini 11 March, 4 hari sudah berakhirnya GE-12. Poster-poster mula diturunkan, pos dan markas sudah tidak ada yang duduk melepak pada malam hari. Tengahari tadi terserempak dengan seorang pakcik tua dekat tempat kerja, dipanjatnya tiang letrik untuk menurunkan poster-poster plastik dua buah parti pada tiang lampu, diasingkan kemudiannya diletakkan dalam dua buah guni yang berasingan. Di tanya kenapa diasingkan, katanya “Bendera plastik parti ini nak bakar, bendera plastik parti yang itu hendak dijual kepada Cina...boleh buat duit skit!”

Ada makna yang agak dalam juga tu. Bendera parti kesayangannya dikumpul dan mahu dibakar sambil bendera pihak yang tidak disokongnya mahu dijual kepada syarikat kitar semula sebagai duit sampingan untuk keperluan keluarga. Tak mahal, cuma 15sen 1 kilogram. Sayang sungguh pakcik ini kepada partinya, tidak rela menjualkan ‘partinya’ kepada orang. Kain rentang kain tidak pula diusiknya...dibiarkan begitu sahaja. Biarkan perbandaran kutip.

Lupa, sama ada Datuk Johan Jaafar atau Datuk Zaini (BERNAMA) yang memberikan pendapat bahawa penentu kepada keputusan ini adalah 40% undi yang ‘dibuang’ oleh golongan muda perantau yang rata-ratanya tinggal di bandar atau ‘urban’ dalam bahasa modennya. “Mereka yang muda-muda ni...terdedah kepada infomasi, undi merekalah yang sebenarnya membantu kekalahan pihak tersebut...” kata salah seorang sama ada Datuk Johan atau Datuk Zaini. Secara peribadi...ADA KEBENARANNYA!

Bila menonton berita dan membaca akhbar 1-2 hari ini, rasa kesian pula melihat golongan-golongan yang kalah dalam kemenangan...Masih mampu memberi ulasan-ulasan yang ‘menaikkan ekor sendiri’. Sebenarnya secara peribadi molek benar dikatakan...MASIH TAK SEDAR! Kalaulah mereka-mereka ini menang semacam GE-11 yang lalu, tak tahulah bagaimana reaksi bangga dan gembiranya mereka...Tentunya ada yang berpesta sakan.

Juga 1-2 hari ini, bila singgah di mana-mana tempat terutamanya warung kedai kopi, atau singgah di kedai runcit untuk membeli rokok...cakap-cakap tentang GE-12 tetap menjadi topik perbualan...ada pro, ada kontra. Ada yang kata begitu...ada yang menuduh begini..Yang menang mengutuk yang kalah, yang kalah mengkritik yang menang...Diungkitnya ini dan itu. Diceritanya spekulasi ini dan itu. Ish...MACAM-MACAM ADA!

Masa sekarang...agaknya post mortem sedang giat dijalankan oleh kesemua parti-parti yang bertanding. Post mortem terhadap punca kemenangan oleh pihak yang menang...ataupun faktor kekalahan oleh pihak yang tewas! Sehingga kini...salah seorang kepala yang kalah ada juga yang sudah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan...Lagi sibuk, nampaknya yang menang tidak sabar-sabar untuk mengangkat sumpah! Bukan apa...untuk membentuk kerajaan baru agaknya. Lambat angkat sumpah, karang ada pula yang berdemonstrasi minta jawatan dilepaskan. Tentu ada yang 'kecut telor' kalau orang tu tak angkat sumpah, orang ni tak puas hati...orang tu terasa hati...Para kroni lagi lah gelabah, kalau-kalau projek terlepas! Sepatutnya “Lu fikir sendiri la brother...rakyat dah tak suka, hang duk buat apa lagi kat situ...” Kesian... masih lagi syok sendiri.

Dari situ...ada baiknya parti-parti yang menang baik di untuk kerusi parlimen atau pun negeri dalam kurungan mereka-mereka yang dapat kuasa untuk memerintah, tunaikan janji-janji dalam manifesto masing-masing. Yang kalah dalam menang tu pun...sudah berjanji untuk tunaikan manifestonya! Yang menang di beberapa buah negeri tu, perlu cepat-cepat buat apa yang patut. Pihak parti perlu gesa calon-calon yangg menang supaya menunaikan segala janji-janji yang sudah ditaburkan sebelum ini. Sekarang rakyat sedang menggila buat penilaian...SENDIRI MAHU INGAT!

Apapun...Harapannya moga-moga sampailah apa yang dijanjikan itu kepada rakyat jelata yang boleh dibahagikan kepada beberapa golongan dalam konteks pilihanraya. Suka dinyatakan di sini bahawa golongan-golongan yang ada adalah. Pertamanya, yang buang undi untuk calon dan parti anda, Keduanya... yang tidak pangkah calon parti anda dan Ketiganya, yang tidak mengundi langsung.

Golongan yang tidak mengundi langsung ini pula di bahagikan kepada beberapa pecahan. Pertama, golongan bawah usia 21 tahun yang tidak layak mengundi. Keduanya..Golongan yang sudah melepasi usia 21 tahun tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Ketiganya...kalangan yang melepasi usia 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi...tetapi tidak pergi mengundi. Pihak yang berwajib perlu 'perah otak' sikit untuk menangani mamat-mamat dan minah-minah golongan kedua dan ketiga, kategori yang tidak mengundi ini. Kalau tidak hadir sesi PLKN pun kena hukum apa lagi soal buang undi. Bukankah ini adalah sesuatu yang lebih besar dan penting. Jadi, buat sesuatu. Mana tahu kalau-kalau GE akan datang dapat mandat lagi gila atas sebab golongan kedua dan ketiga membuang undi. MANALAH TAHU!

Umumnya...Sesiapa sahaja yang masih hidup diantara kesemua golongan yang disebutkan, kesemuanya rakyat Malaysia...Semuda-muda bayi yang baru lahir hinggalah setua-tua rakyat semacam calon bebas yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari. Secara logiknya mereka semua layak menerima habuan daripada janji-janji yang ditaburkan oleh mana-mana pihak yang menunaikan janji...TAK KIRA PARTI MANA SEKALIPUN. Sebagai rakyat yang mengundi Jangan lupa bahawa UNDI ADALAH RAHSIA, secara teknikalnya tiada siapa yang tahu kita pangkah parti mana. Bertindak biar bijak... Golongan kedua dan ketiga, yang tidak mengundi, kena juga ambil perhatian dalam pada anda hendak menuntut habuan janji dalam manifesto itu. Bijak biar bertempat...

Perlu diingat...keputusan yang muktamad sekarang ini berada dijari jemari rakyat yang mengundi. Para rakyat diingatkah supaya jangan dibuang risalah-risalah tentang manifesto dan janji-janji oleh calon yang bertanding. Di mana-mana, bila terjumpa atau terserempak dengan calon-calon yang menang jangan lupa diucapkan tahniah dan perlu menanya “YB...bila janji-janji mahu ditunaikan...?” Biar wakil-wakil rakyat yang bakal bergaji 3-6 ribu sebulan bekerja untuk manafaat kita semua. Perhatikan tindak tanduk mereka. Bertindak ‘menanduk’ mereka jika kelihatan mereka tidak bertindak sewajarnya. JANGAN TAKUT MENEGUR DAN MENGKRITIK...Ada sebarang permasalahan datang terus jumpa YB anda.

Apa yang uniknya di sini, seolah-olah wujud satu kesatuan yang tidak rasmi dalam negara di mana rakyatnya pada 5 tahun sekali akan bersama-sama untuk membuang undi walaupun rakyat ini pangkah ini, rakyat itu pangkah itu, rakyat ini pangkah di situ dan rakyat itu pangkah di sini. Ianya tidak bersuara...dikeluarkan dalam bentuk pangkahan menggunakan pensil 2B pada kertas undi. Disediakan pemadam getah lagi, kalau-kalau silap pangkah atau pun nak tukar pangkahan pada saat-saat akhir.

Terfikir juga...Kesatuan rakyat yang jikalau boleh dinamakan, KESATUAN RAKYAT MENGUNDI ini seolah-olah tidak dapat dapat dibendung apabila menyatakan hasrat dan membuat penilaian dalam bentuk pangkahan pada sehelai kertas. Kesatuan rakyat ini, tidak berpengerusi, tidak berorganisasi, tidak mempunyai markas rasmi malah antara mereka mustahil mengenali setiap ‘ahli-ahlinya’. Lebih unik kalangan ahli kesatuan rakyat ini datangnya dari pelbagai agama dan bangsa juga dari kasta sosial yang berbeza. Yang penting tentunya fahaman politik juga tidak sama. Ianya ‘ada’ dalam setiap rakyat yang mengundi.

Apapun...kuasa selama 9 jam, 5tahun sekali yang ada pada kesemua ahli kesatuan ini, sangat luar biasa dan boleh merubah senario politik sebuah negara, itu fakta. Betapa uniknya kesatuan ini...betapa berkuasanya rakyat yang membuang undi. Bayangkan nasib 'Kepala Negara' letaknya pada pangkahan mereka ini. Kenyataan ini sangat-sangat perlu disedari oleh golongan politik yang politipu dan politibai terutamanya mereka-mereka yang merasakan diri mereka pemimpin dalam tidak sedar adalah syok sendiri. Ini adalah platform untuk rakyat menilai dan membuat keputusan siapa yang layak memerintah mereka. Inilah kuasa yang sebenar-benarnya.

Sebelum 8 March, apa yang membuatkan kita semua tersengih adalah kempen-kempen dan propaganda-propaganda politik yang diterbitkan dalam apa-apa saluran termasuk tv, radio, akhbar dan lain-lain. Rata-rata saluran-saluran yang sohor-sohor memberikan gambaran kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara ini. Kalaulah lembu boleh membaca dan melihat tapi tak berakal untuk menilai dari pelbagai sudut, CONFIRM...akan pangkah yang tu. Silap-silap...Siap tolong kempen pada lembu-lembu lain pula. Betapa dungunya rakyat-rakyat yang itu. Rakyat yang tidak reti guna kuasa yang ada...BODOH!

Walaubagaimanapun...ramai rakyat kita bijak dan dua tiga kali lebih bijak...rupa-rupanya! Rata-rata mereka semua sedar akan apa yang sebenarnya mereka mahukan. Ada kebenaran ulasan oleh bekas perdana menteri, keputusan yang diperoleh hasil GE-12 adalah berpunca dari silent-protest peringkat bawahan yang mahukan perubahan terhadap beberapa dasar. Mereka tidak mampu bersuara...Malah jika bersuara ‘siaplah’ mereka, akan tetapi mereka mampu protes secara tidak bersuara. Hasilnya...keputusan GE-12, apalagi UNDI ITU ADALAH RAHSIA! Seolah-olahnya kita semua yang mengundi ini adalah ‘anonymous’. Kalaulah disediakan sebuah peti untuk meluahkan rasa dalam bentuk essei juga...Siaplah!

Soal silent-protest ini agak menjadi sekiranya diperhatikan keputusan penuh GE-12, Lihat sahaja bagaimana sebuah parti yang sememangnya kuat dan kukuh boleh rebah seolah tersembam betol-betol kena dengan tahi lembu sehingga hilang kuasa di 4 buah negeri dan gagal menawan sebuah negeri. Itu diperingkat negeri. Untuk kerusi parlimen pula, kejayaan mendapat 140 kerusi yang secara betolnya 47 kerusi di peroleh dari kemenangan di Sabah dan Sarawak. Apa yang hendak dihairankan. Sudah standard orang belah sana sama standard dengan orang asli belah sini. Itu pun hendak diulas juga kejayaan itu...yang mengulas tu pun agaknya standard orang sana juga!

Dalam pada Itu pun...mamat-mamat dan minah-minah yang menepuk dahi sendiri ketika satu persatu keputusan diumumkan masih buat-buat tidak sedar! Sampai bila baru buat sedar...?! Tak reti dah nak cakap apa pada orang-orang bodoh sombong yang duk ada sekarang ini...Puak-puak yang bersorak menang pula jangan alpa. Kemenangan ini adalah ujian getir buat parti-parti anda. Bukan senang nak kekal rekod yang sebegini. Kalau kita semua tidak jangka keputusan sebagus ini, jangan pula anda boleh jangka keputusan 5 tahun akan datang. Kena berusaha jika ingin mengekalkan parti anda ditahap itu.

Soal kemenangan beberapa buat parti di 5 buah negeri. Suka dinasihatkan, untuk mengekalkan rekod dan prestasi sebegini. Mood rakyat anda perlu jaga. Isi hati rakyat anda perlu bawa ke tengah. Bebanan hidup rakyat anda perlu kurangkan. Walaubagaimanapun, kalau Si Mamat tu kekal di situ, tak mustahil rekod akan datang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Anda-anda kepala parti yang ada tentu sedar akan kelemahan Si Mamat itu. Yang nyata, sivik memang KOSONG. Tidak mengambil kira pandangan orang lebih teruk lagi, SYOK SENDIRI. Rasa dirinya DISOKONG...Tidakkah syok sendiri tu? Sebenarnya kelebihan juga pada parti-parti anda. Jadi biarkan Si Mamat berkokok macam ayam jantan mandul kat situ.

Sekarang adalah masa untuk kita, KESATUAN RAKYAT MENGUNDI terutamanya, dan seluruh rakyat negara ini amnya, menuntut janji-janji pada mana-mana pihak yang menang GE-12. Tidak perlu dikisahkan parti mana kita, bangsa apa kita, agama apa kita...apa perlu hak kita sebagai rakyat dihormati dan seboleh-bolehnya kita disanjung oleh mereka-mereka ini. Lebih penting nasib kita dibela. Kita yang mengangkat mereka ke persada kuasa, sekarang adalah masanya untuk mereka membalas jasa-jasa kita hari ini. Perhatikan prestasi mereka semua pada penggal ini. Sekiranya mereka bertindak sewajarnya...kita kekalkan mereka di situ namun jika sebaliknya...Kita cantas mereka hidup-hidup! Lagi 5tahun kita bersama-sama lagi...Anda mampu mengubahnya! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA...
_____________________________________________________________________________________

Hmm..sekarang ni kena jaga-jaga skit, bila drive ketera...jangan lupa seat-belt, jangan bawa laju-laju. Ini time pihak berkuasa buat road block nak pow duit rakyat dalam bentuk mencari kesalahan rakyat! Duit diorang dah abis melabur untuk election. So...Kena jaga-jaga itu...

_____________________________________________________________________________________

Memanglah penat, tapi macam mana nak buat..?
Sudah terlambat baru nak cepat..TERPERANJAT !
Harap maafkan..Di atas segala kesulitan...
Perselisihan yang dihadapi...Selama ini..
Amat dikesali...Takkan diulang lagi...

KEMBALI...
Kepada selamanya...Kini ku bangun sedar dari mimpi..
Kembali... Kepada petak pertama...Ku mahu hidup 1000 tahun lagi..

Saya takkan mengambil kesempatan..Diriku ini kesempitan...Di awan ke sembilan
Kotaraya...kosmopolitan ini penuh dengan iblis dan syaitan penuh dugaan
Kalau jatuh lagi...Berdiri kembali...Sekali lagi...

1000 Tahun - Butterfinggers


Aboo
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.