Tuesday, January 22, 2008

FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?

Anthum mau per’cha-ya atau thi-dak…ana tak peduli… aku tulis artikel ni 5-6 bulan yang lalu. Artikel asal ni versi English…kalu anthum sekalian prihatin dengan pembacaan blog ni…(kalu tak prihatin pun takpe…tiada credit untuk keprihatinan anda! ) artikel ni sebagai kota untuk janji (Plan B) aku pada artikel TENTANG-TENTANG ; UNPUBLISHEDNOTES – Language Revival perenggan ke-empat dari bawah! Juga sebagai membalas jasa-jasa Ben Kenobi (adakah anda Fathul Hakim?) yang meminta-minta agar ‘forum percambahan minda’ diadakan…DAH BORING ISU CIKGU-KPLI…haha! Maaf Ben Kenobi…untuk menulis pasal POLITIK (ke-Malaysia-an)…aku kena pindah TEXAS dulu! Para poli-tibai dan poli-cibai kini…bisa menyusahkan kita! So…Saudara Ben Kenobi sila ‘cucuh’ rokok mula baca…(kusyuki ia seakan anda membaca karya JK Rowling – versi Bahasa, selepas menatap 'last supper' (lukisan Pablo Picasso) sambil layan instrumental Bassoon Cencerto in B-flat major (Wolfgang Amadeus Mozart)! HAHA...

Percaya atau tidak…aku terjaga pada jam 4.50am untuk ke tandas…tapi bila aku coba nak tido balik, hanya mata kanan-ku yang mudah dilelapkan…mata kiri berkelip-kelip tak mahu tutup ia. Shit…I felt like the Prime Minister of Hadhari-Land who is said to able sleep because he is supposedly thinking of way to change this secular based nation into pure Islamic…country. But there are romours of a South East asian’s PM who just married but always sleeps even at important meetings…Ops.! Just romours laa….(terpaksa di-English-kan supaya orang-orang yang bersekolah sahaja memahami-nya). Tetapi…’feeling’ terjaga itu semacam seorang Presiden sebuah Repulik yang terjaga 10minit sebelum jam 5pagi akibat terlalu memikirkan tentang di pendalaman negara-ku ini masih ada warga tua yang melaratorang muda yang menganggurmurid yang terpaksa meredah lumpur untuk ke sekolah!

Sebagai penyelesaian-nya dan juga akibat tabiat buruk…aku ‘cucuh’ sebatang rokok Peter Stuyvesant, ON-kan laptop-ku dan menulis sesuatu yang aku sendiri tak-tau nak tulis apa! Idea yang datang…akibat membaca posting Clark Gable (seorang doktor) tentang definisi blogger dan juga posting oleh seorang kenalan bertajuk ‘a story of leaf, tree and wind’. Minta maaf sekiranya tulisan aku ini ada kesan plagiat! Bagi aku…combinasi 2 artikel itu punca kepada hasil artikel ini…”Itulah faedah banyak membaca, kita akan ada banyak idea..” kata-kata ini juga dari salah satu blog yang aku baca. “Kita kena berfikir-fikir dan berfikir…sambil-sambil itu cari pahala dengan berzikir…” kata-kata ini juga dari blog yang aku baca tidak lama dulu.

Ya…tak perlu berfikir lama…aku paksa diri aku menamakan artikel ni…”FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?” Adaptasi 2 artikel lama yang aku baca dalam bentuk pemikiran dan penulisan cara aku. Sekali lagi…Ya! Aku mahu tulis tentang MELAYU. Aku patut berasa MALU jika aku menulis tentang sesuatu yang global atau pun tentang dunia…SEDANGKAN aku masih tidak menulis sesuatu tentang MELAYU! Mak aku, Hajah Aishah Salleh adalah melayu, arwah bapak aku…Allahyarham Tuan Haji Mohamad Ali juga melayu, abang aku…melayu, Kaklong aku…melayu, Kakak Ipar aku….melayu, kesemua 7 anak sedara aku pun melayu! YANG PENTING…AKU YANG MENULIS NI…PUN MELAYU! (Cuma status Lady Dark…diragui ke-MELAYU-an-nya).

Selain itu aku ada alasan lain untuk menulis artikel ni. Di salah sebuah negara atas muka bumi baru selesai menyambut 50 tahun kemerdekaan-nya yang dilaungkan dalam BAHASA MELAYU, MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA… secara percentage-nya lebih 65% ada Melayu di-atas tanah juga di atas anginnya (yang duk rumah flat hingga ke kondo ber-penthouse tu…) Lebih dari itu, banyak persatuan, kesatuan dan pertubuhan didaftarkan menggunakan nama MELAYU. Paling gah, kalau tak silap namanya… United Malay National Organisation…(lupa plak nama singkatannya), pertubuhan melayu yang dieja dalam bahasa Orang England! Pertubuhan ini ada 3.3 juta (BACA: tiga perpuluhan tiga juta sahaja) umat…TERMASUK aku! Dalam lain kata…”Melayu ni…macam-macam ada…”Baca sesuatu sesuatu yang menarik yang aku quote dari jurnal Syed Hussien Al-Attas yang juga diquote beliau ntah dari mana…;

"Tiba-tiba saya teringat satu dari sifat orang Melayu. Kalau mereka suka pada seseorang, mereka tidak memuji orang tersebut di depan. Begitulah juga kalau mereka tidak suka, mereka tidak akan menunjukkan sifat marah dan tidak senang mereka secara terbuka. Pelik, mereka yang mengaku sahabat, mengaku saudara Islam tapi tidak segan silu mengkritik, mengata, menfitnah, mengadu dumba orang yang mereka tidak suka di belakang. Untuk apa ‘telunjuk lurus kelingking berkait’, ‘pukul anak sindir menantu’. Yang ada diatas ditarik macam ketam dalam bakul, yang di bawah dilanyak, dipijak, dipukul beramai-ramai..."

Jadi…kepada sekalian MELAYU yang masih lagi bermimpi…dengan ‘keris’ (tukar parang la pulakkk…atau pun C4 ka…) dan menerima tip-tip murahan juga mabuk dengan laungan HIDUP MELAYU…Soalan bonus tahunan tahukah anda? Pernahkan anda mendengar bahawasa-nya MELAYU itu asalnya dari Teori Yunan yang menyatakan tentang Orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro..? Atau…MELAYU itu dasarnya dari Teori Nusantara oleh Sutan Kadir Alisjahbana…? Uhh..lupa…?Tidak mengapa…tidak mengapa! Soalan seterusnya…anda-anda di atas kenal akan USMAN AWANG? Kenal…?Bagus…credit untuk anda! Kalau kenal…sila baca 2 rangkap puisi di bawah; (kemudian fikirlah juga …)

"Melayu itu org yg bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan..."

"Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali, Sedang org mencapai timba, Berbuah pisang tiga kali, Melayu itu masih bermimpi..."

Hmm…dapat point-nya…?!

Baca dengan teliti quote yang seterusnya…untuk kesinambungan paragraph seterusnya…

'Ahli Nujum Negara Pasai' ada bertanya ‘Ahli Nujum Pak Belalang, "Di manakah letaknya...kekuatan Hang Tuah? Di kepalanya kah...?! atau dikerisnya kah...?! " Jawab Ahli Nujum Pak Belalang "Kekuatan Datuk Laksama Hang Tuah...bukanlah dikerisnya atau di mana-mana, tetapi terletak pada huruf 'T', iaitu menyebabkan namya menjadi T.U.A.H"

Apahal pulak aku quote dialoq ‘Ahli Nujum Negara Pasai’ dengan ‘Ahli Nujum Pak Belalang”…?? Sebabnya…baca paragraph di bawah…sebagai aplikasinya…

Melayu itu LEMAH…dari MAKSUD dasarnya! Sesiapa nak marah…sabar dulu! Ikuti langkah ini untuk membuktikannya…alihkan M dan E hasilnya LAYU…belek kamus; hasilnya… lose or cause to lose freshness and droop! Yesss…DAPAT 1 BUKTI… Dalam bahasa England, MELAYU disebut MALAY…cuba alihkan M dan A, yang tinggal L.A.Y ! E-Kamus aku, “CONCISE OXFORD DICTIONARY-10TH EDITION” memberi maksud not ordained into or belonging to the clearly, not having profesional qualification or expert knowledge….ish ish ish, agak ‘layu’ juga maksudnya…FAHAM DAN FIKIR! Marah kemudian…

Lagi satu…Hang Tuah…Lucky-nya Hang Tuah mendapat nama ‘Tuah’! Jangan lupa…Hang Tuah juga MELAYU sama macam AKU dan KAMU yang ada tertulis MELAYU di surat beranak KAMU! Biasa dengan pepatah “nak seribu daya…taknak seribu dalih…” berpegang pepatah itu,aku teruskan penulisan aku…!
Baca juga ayat asal dari artikel lama aku untuk me-relate-kan perihal nama 'Hang Tuah' dengan 'Melayu' itu sendiri…

As I am not here to talk merely on how LAYU Melayus’ are, I would prefer to discuss something along the lines of the paragraph I just quoted on Hang Tuah who if without his ‘T’, would have been Hang Buah or Hang Muah! So lets for a second think of what MELAYU would have been if the ‘YU’ in MELAYU was substituted for something else…

Pertamanya…meLAYAN! Ya…ianya sangat-sangat-sangat ‘kena’ dengan ‘Era Minda Kelas Satu’ dan juga ‘Era Modal Insan’…kini! Untuk lagi meng’kick’-kan artikel ini…aku seharusnya mencampur aduk-kan meLALAK bersama meLAYAN sebagai colaburasi unggul Melayu dewasa ini. Bersandarkan kepada kelalaian terhadap hiburan yang melampau... Melayu kini terdedah kepada punca tercetusnya meLALAK dan meLAYAN! Ok…tidak lama dulu, pada ari Ahad jika anda tekan channel 9 (109 utk ASTRO) ‘layan’ rancangan-nya jam 9pm sebelum itu…bandingkan rancangan-nya pada jam 6.30pm!

Anda biasa dengan skrip ini…"Errr...pitching tu penting yerrr, pitching kena jaga...dah nak sedap dah tu, you 'up' lagi pitching you, sure you ada chance untuk menang...percayalah!"
Bagi mereka yang masih lagi ‘bengap’ dengan maksud paragraph ini…baca lagi!

TENTUNYA…meLALAK akan mendapat sokongan 200% dari para-para meLAYAN! Selalunya…punca kepada terjadinya se-ekor lagi meLALAK yang nge-top adalah SMS undian oleh meLAYAN (laa…baru paham?) Maka…dasarnya ada juga baiknya menjelang tahun 2020 kedua-dua golongan yang pada aku
MANGKUK & HAYUN ini akan membiak dengan jayanya! Lebih kronik…jika sekarang pilihan warga-negara yang ber-ijazah yang menganggur ada sudah berkerjaya (yang dah menjadi engineer pun ada…) adalah memohon KPLI, jangkaannya menjelang tahun 2057…meLALAK akan menjadi pilihan utama oleh Melayu! Tentu sengit saingannya…Kita tengok je la…

Aku ada cadangan kepada SPR yang akan mengendalikan GE-12 nanti…apa kata Tan Sri Pengerusi membenarkan undian SMS untuk calon-calon yang bakal bertanding…lagi besar majoriti parti ‘tuuuutt…’ akan menang! Dari cadangan itu…ingat kata-kata Doug Hall (juri American Inventor) “I put my whole reputation on this invention…” HAHAHA! Ok..selesai meLALAK dengan si meLAYAN a.k.a MANGKUK dengan HAYUN!

Ketiganya…meLAYANG a.k.a Mat Rempit…atau sesetengah orang menamakannya Remp-it! Melayu versi parasit ini…lazimnya bertebaran dan berterbangan di atas jalan raya (again too proud or rather too stupid to realize that bikes are meant to be road on roads not to be flown on above roads)…BODOH! Keterangan terhadap meLAYANG ini dalam bentuk hakiki seolah seorang perempuan tua yang gelisah…melihat WAU BULAN yang berada 100-150ft di udara dikendalikan oleh kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun! Ya…Wau Bulan tu, bila-bila masa je boleh jatuh…silap haribulan kanak-kanak perempuan itu bisa terbang bersama wau itu! Komuniti meLAYANG aktiviti utamanya adalah lumba haram…dan juga 'memonggek' gewe...kata orang Kelantan

JPJ menge-caj cukai jalan untuk kereta 1.2MT aku sebanyak RM55 setahun atau…15.06849 sen sehari ditambah…lebih RM1000 setahun bagi caj insurans oleh pihak yang lain semata-mata untuk berkongsi jalan-raya bersama-sama meLAYANG! Terfikir juga agaknya…kenapa cukai jalan dikurangkan tapi insurans dinaikan sebabnya…jalan-raya yang dibina oleh Uncle Sammy makin berisiko! So…LOGIK-LAH, insurans dinaikkan! Hampir terlupa…tidak lama dulu…ada satu GENG…yang baik hati membawa 6-7 meLAYANG untuk ‘melayang’ di kutub utara…sambil-sambil memotivasikan sekawan meLAYANG di kem musim sejuk! Harapannya…membawa pulang meLAYANG ni untuk menjadi melayu semula…CONGRATS! Tapi…bagaimana pula 6-7ribu atau mungkin 60-70ribu meLAYANG yang duk ada lagi di muka bumi yang mempunya 3 wilayah persekutuan ni? Anda, Chief yang gemuk hitam legam dan bercita-cita tinggi itu... sesuai aku katakan “Memberikan pisang nangka kepada berook yang duk dalam zoo…sahaja!”
(We should make that into a new proverb laa...Chief!)


Ke-empat…meLANTAK! Dalam bahasa kampung…’melantak’ maksudnya makan berlebihan atau tidak berpatutan! meLANTAK adalah ‘worst case scenario’ yang berlaku sejak 31 Ogos 1957… dalam Bahasa England aku boleh kata bahawa meLANTAK adalah something our top notch people who are just never satisfied with their big fat pay check! Terkini…laporan kewangan yang menjadi muka depan paper-paper utama, Dagagangan Tahunan untuk 2006 adalah ber-total RM 1.069trillion…WICKED !!! Tapi maksudnya apa…?Aku pun taktau apa maknanya! Aku masih lagi kecewa apabila tidak menjawab soalan ditanya oleh Saudara Rosdi Drahman (ketok body kereta kerjanya…) “Gapo maksud tuu?”. Anda-anda yang tahu sila bagitau aku! Cumanya…aku berfikiran, mungkin itu sebabnya govermant-servant dapat kenaikan gaji pada Julai tahun lalu… Malangnya Cuma 1.2juta orang sahaja menikmatinya…bagaimana baki 25juta lebih rakyat yang bekerja sendiriyang kerja makan gajiyang kerja gaji hari… yang paling penting yang duk menganggur tu! RASANYA…SAMA SAJA MACAM DULU-DULU…Hakikatnya harga barang yang NAIK! Risau…malaun meLANTAK ini bisa meng-KASTA-kan rakyat dengan jurang KAYA-MISKIN…SENANG-SUSAH…LANTAK-LAPAR! Selalunya…terbaca juga dalam paper-paper…dapat dilihat para-para meLANTAK ini ber-posing sakan dimajlis-majlis…sumbangan derma…dengan harapan, cukai dikecualikan…"JAHAT BEBENOR" kata orang Perak asalnya Langkap! Susah…susah…susah…

Kelimanya…meLAMPAU! Malu…nak elobrate-kan perihal meLAMPAU ni… Anda duk saja-saja, ‘cucuh-rokok’ fikir-fikirkan sendiri aje lah! Kesian bangsa kita…kesian…

Cukuplah 5 MELAYU yang aku simulasikan dari semasa! Ada lagi yang terFIKIR ni…”ikut hati mati…ikut akal…majal” Kalau nak ikutkan akal ni…banyak yang negative aje terfikirnya, meLANGOK ada....meLANUN ada...meLANTUN ada...meLAMPIR pun ada... "Ish...macam-macam ada..."

So..fikir-fikirkanlah sementara sehingga ‘sedutan-asap’ yang terakhir itu…Melayu apakah anda?
SEKIAN!


Aboo
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.