Wednesday, August 6, 2008

"Moo-Moo" Untuk 'non-Malay'; Ahh...Kenapa Tidak?

MUKADIMAH KOSONG
TOLONG...TOLONG...TOLONG...Jika anda ‘non-Malay’ yang membaca tulisan ini, jangan sesekali menuduh aku racist! Jika aku racist pada ‘non-Malay’, Jika aku racist, aku tidak berkawan baik dengan aweks berbangsa India, Anusha Ratnam dan Mishaliny Nair...aku tak jam dengan Jerome Chong, aku tak pergi memancing dengan Wing Meng (LMB), aku tidak berkongsi kelas dengan Jassy Singh dan Kiranjit Kaur (sekadar beberapa nama kawan-kawan ‘non-Malay’!).

Paling tidak, jika kamu (non-Malay) menuduh aku racist berdasarkan tulisan ini, bermakna aku juga racist terhadap Melayu, bangsa ibu dan bapaku. Nilaikan juga adakah aku sebenar-benar racist terhadap Melayu, Sila anda membaca 2 artikel aku sebelum ini FIKIR-FIKIR; MELAYU KAH AKU? (BM) dan A Story of Me, My Selfself And My'Melayu'Team (English)!

Apa pun, baca dahulu, nilai kemudian... Dalam Islam contohnya Solat, kalau tak cukup 13 rukun maka tak sah solat itu, kalau baca tak abis...Penilaian ke atas pembacaan itu tidak sah! Setuju atau tidak, baca sampai abis...gunakan saluran komunikasi dengan tinggalkan komen di bawah. Untuk mula membaca, yang Islam...mulakan dengan 'Bismillah...', yang lain-lain, mulakan dengan apa-apa ayat puji-pujian untuk memuji Tuhan masing-masing...sekian untuk mukadimah!

PREMIS 1 : Untitled…
Mana aku nak mula...? OK…Bismillah! Soal Muzakarah-Muqabalah Parti Islam Se-Malaysia dan United Malays National Organisation sebenarnya tentang apa? “Adalah beberapa isu kita bincangkan, Melayu, Islam dan isu badan kehakiman misalnya…” Presiden PAS. Presiden UMNO cakap…” Bla…bla…bla…(Baca aje mana-mana paper, Utusan ka…Berita Harian ka…NSTP ka…) Apa2 saja bacaan ringan kepunyaan belah sana…Aku tahu kamu tahu apa intipatinya. Tak hal itu, hal ini…

Untuk seketika, apa benda tu Muzakarah-Muqabalah? Apa bezanya Muzakarah-Muqabalah? Aku yang belajar bahasa Arab selama 3 bulan memang tak paham maksud sebenar terhadap istilah ini. Bahasa Arab aku belajar setakat mengenal hua, huma, hum, hiya, humma, hunna, anta, anthuma, anthum, anti, anthuma, anthumna, ana, nahnu aku tahu! Apa lagi yang bersekolah Cina dan Tamil, yang bersekolah kebangsaan pun taktahu. Mengaku aje lah, kamu memang tak tahu…

OK…Rasanya ada baiknya aku jahilkan diri untuk tidak mendefinasikan Muzakarah mahupun Muqabalah secara ilmiah dan mendalam. Cukuplah untuk mana-mana yang jahil seperti aku mengatakan bahawa Muzakarah-Muqabalah itu adalah pertemuan untuk membincangan sesuatu. Tentang apa yang dibincangkan…apa-apa je lah! Pasal apa???Pasal apa-apa je lah! Cukup untuk itu bagi mereka-mereka yang jahil dan berpendidikan secular seperti aku… Pendek kata, maksud yang mudah…Pertemuan untuk membincangkan… bla…bla…bla…

OK, yang yang bodoh, tak sekolah dan jahil…kita istilahkan Muzakarah-Muqabalah sebagai “Moo-Moo”. Senang disebut, simple pula bahasanya…Faham dengan intepretasi sendiri! Spekulate lah sendiri ikut kefahaman sendiri…Jangan libatkan orang lain! Fahami dengan makna yang anda sendiri faham…Buruk kefahaman anda, buruk lah ia…Baik kefahaman anda, baik lah ia…

PREMIS 2 : Intermission…
OK…Encik Karpal Singh, tanpa perlu memandang sinis Encik Karpal sebagai Pengerusi Democratic Action Party tapi satu entiti yang mewakili dan mengepalai ‘non-Malay’. Encik Karpal Singh, antara entity non-malay yang sangat melenting dengan isu “Moo-Moo” di antara dua entity yang dinamakan Parti Islam SeMalaysia dan UMNO. Risau Encik Karpal bila PAS duduk semeja dengan UMNO…Risau betol dia, seolah bini dia main belakang…

Paling tidak kerisauan Encik Karpal itu melambangkan kecintaan dan kasih sayangnya terhadap PAS sebagai salah sebuah entity yang menganggotai satu ikatan tanpa dokumen konkrit yang dinamakan Pakatan Rakyat! Tahniah atas kecintaan Encik Karpal terhadap Melayu-Melayu di dalam PAS. Bukan senang nak cari macam orang yang bukan calang-calang seperti Encik Karpal…Tahniah sekali lagi!

PREMIS 3 : Objektif Utama…
Ok…Cukup-cukup (TULIS PANJANG-PANJANG SIAPA NAK BACA???)! Terus kepada point sebenar aku menulis tulisan pendek ini. Motif tulisan ini adalah untuk menyeru bangsa-bangsa ‘non-Malay’ yang aku sayangi yang tidak senang akan isu “Moo-Moo” oleh 2 puak politik yang dikepalai oleh puak-puak berbangsa Melayu. Menyeru apa? Seruan supaya kamu-kamu, Kepala-Kelapa kepada entity berasaskan politik yang merasakan kamu semua boleh dan mampu membela bangsa-bangsa kamu agar ber-“Moo-Moo”-lah sesama kamu.

Ya…KENAPA TIDAK?! Jika puak-puak Melayu boleh ber”Moo-Moo” sesama mereka, kenapa tidak kamu sesama kamu? Tiada sebab “Moo-Moo” kamu itu akan dituduh ada ‘racial agenda… ‘ Lagi 12 tahun kita akan jadi satu bangsa berdasarkan salah satu misi WAWASAN 2020, mewujudkan Bangsa Malaysia.

Istilah Malaysian yang sekarang merujuk kepada kewarganegaraan akan dinaik taraf kepada istilah ke-bangsa-an, tiada lagi Melayu, India, Cina dan bla…bla..bla... Lu hitam, Lu Malaysian… Lu sepet, Lu Malaysian.. Lu kuning, Lu pun Malaysian… Mudahnya, kita bersedia bersatu dalam istilah ke-bangsa-an tetap tidak akan bersatu dalam SATU PARTI!

PREMIS 4:Bab sivik dan kesedaran…
(An Open Talk with my bestie, Norroid Marverick!)

Next…Mana ada manusia yang tahu, kat negara mana akan terlahirnya dirinya…Ada ke mana-mana manusia atas muka bumi yang tahu kat negara mana dia akan dilahirkan oleh Mak-nya? Bukan ‘orang’ kalau tahu mana tempat dia akan lahir…So, apa masalahnya???

Masalahnya, kawan baik aku ‘non-Malay’ itu memberi andaian, adakah bayi berbangsa ‘non-malay’ yang lahir pada masa yang sama, di tempat yang sama dengan bayi berbangsa Melayu bakal tidak mendapat hak yang sama antara satu sama lain? Itu tidak adil…Itu yang aku nampak pada ketidakpuas hati ‘non-Malay’ pada ketika ini. Itu pun boleh dijadikan modal untuk kamu-kamu ‘non-Malay’ untuk ber- “Moo-Moo’ antara satu sama lain. Sekadar 1 contoh mudah untuk aku yang memberikan pandangan!

TAPI…TAPI…TAPI…Aku kata balik kat kawan baik aku yang ‘non-Malay’ tadi, dalam pada itu kesedaran ke atas Siapa kamu?Asalnya kamu dari mana? Asal-usulnya… Itu pun penting!Kenapa kamu didatangkan ke Tanah Melayu? Bincangkan itu juga… Kontrak social asalan kepada NEP yang duk ada ini sudah cukup untuk meletakan 8-9 daripada 10 ORANG TERKAYA di Tanah Melayu (kini Malaysia) adalah milik ‘non-Malay’. Tak cukup lagi kah? Takkan semua nak bolot kot?

OK..itu kalau tengok yang kaya raya! Yang merempat, mengemis…? Bagaimana…? Haa…ber-“Moo-Moo” lah kamu tentang itu juga. Salurkan kepada mereka-mereka yang berkenaan di Putrajaya sana…Hak, tetap untuk yang berhak! Kot-kot mana pun, tuan rumah tetap berhak dapat bahagian yang lebih… Lebih sedikit je punnnn… ‘Bagi-muka’ sedikit lah! Paling tidak kamu-kamu ‘non-Malay’ akan boleh check kelentingan Melayu (kot-kot) jika kamu semua bersemuka untuk ber-“Moo-Moo”

PREMIS 5 : Konklusi Jiwa Kacau…
Sebenarnya, banyak sangat keserabutan yang ditimbulkan, ada pro ada kontra. Adukan kedua-duanya membikinkan keserabutan. Masuk pulak propaganda dan spekulasi politik. Lagi lah menyengalkan pandangan mata dan pendengaran telingan. 2-3 puak politik yang mengaku mereka adalah mewakili untuk kaum-kaum mereka. Itu yang sebetulnya…

PREMIS 6 : SEBENARNYA, SIAPA YANG LAYAK…???
Siapa paling berhak untuk bercakap soal kontrak social? Bagi aku, ianya bukan hak mana-mana parti politik untuk ber-party di pentas atas nama “Moo-Moo” tadi… Untuk yang Melayu hak untuk meletakkan hak itu adalah dalam bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong…Cuma masalahnya…???

Hak yang sudah tertokkok pada perlembagaan artikel 153. (Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia) – Wikipedia

PREMIS 7 : Untitled lagi…(Permintaan untuk Feedback!)
Am I racist on this matter? Send me your feedback…Thanks!


+More comments on this article at TranungKite Online!!!
+Also at AL-BANJARI ONLINE!!!

Aboo (Malay) & LaDy Dark (Eurasian) [ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.