Tuesday, March 25, 2008

MEDIA Oh MEDIA; ANCAMAN DAN AMARAN KEPADA....?!

Satu…banyak! Dua…sedikit-sedikit! Tiga…jarang-jarang! Empat…kadang-kadang! Kelima...Dah tak dengar langsung dah...!

Sudah hampir lebih 2 minggu, negara kita selesai menjalani proses pilihanraya ke-12. Macam-Macam isu yang timbul, yang peliknya cuma negeri-negeri yang dikuasai oleh pemerintah baru sahaja yang gempar dan gempak ceritanya. Di lain negeri yang kekal bersama penyandang Parti Macam-Macam, kurang timbul pula isunya. Positif belaka ceritanya. Ada lah juga timbul isu-isu di negeri belah timur nung, cumanya laporannya macam bagus lah pulak. Konon-konon ceria sahaja. Yang nyata, ini menunjukkan bahawa negara kita ini harmoni. Penuh warna-warni. Ini baru politik.

Satu…BANYAK! Isu siapa yang jadi MB di Terengganu paling kecoh 3-4 hari ini. Puak-puak ini juga yang dulunya mengutuk, mengkritik dan menunding segala macam vocab berunsur negatif terhadap satu parti di Perak gara-gara isu MB juga. ”Kamu derhaka pada Sultan...” tuduh mereka. Ntahlah, begitu sekali rupanya jawatan dan kuasa yang nak direbut.


Yang nyatanya, sesama sendiri pun bertelagah, pelik juga. Ada apa pada jawatan itu. Agaknya mereka-mereka ini tidak sedar bahawa makin besar jawatan dipegang makin besar amanah yang dipikul. Esok-esok lagi banyak soalan perlu dijawab. Soal derhaka pada Sultan ini, kalau perasan dekat kotak tisu Premier, ada tertulis Rukun negara. Baris kedua rukun negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang masih duk protes soal pemilihan MB di nung sana tu, terutama Si Setiausaha Bodoh Sombong tu lekok kepala sendiri sepuluh kali terlebih dahulu pastu baca 100 kali rukun negara.


Kalau penulis jadi Pengerusi Parti Macam-Macam merangkap Presiden Parti Satu Bangsa juga selaku Kepala Segala Menteri, mesti penulis denda budak-budak yang duk bergelut berebut kuasa ini tulis balik rukun negara 1000 kali. Biar lekat kat kepala. Malangnya Si Kepala Segala Menteri pun rasa watikahnya lebih power dari Yang Di Pertuan Agong. Tu masalahnya. Tapi...OK apa, MB tu term untuk Menteri Baru, So yang lama...Cukup, cukuplah melobi! "Redhalah pada qadar dan qada’..." tak ke ayat sendiri tu?


Kedua....SEDIKIT-SEDIKIT! Kalau dirankingkan isu-isu yang timbul 7-8 hari lepas, Penulis mahu meletakkan isu satu dasar ekonomi yang dikeluarkan di Pulau Pinang sebagai isu yang antara paling gegey kata Ore Kelate. Penulis yang tinggal nun di ufuk timur semenanjung pun boleh rasa akan gegaran isu ini. Meriah semacam PESTA GEGAR ala-ala JOM HEBOH,anjuran stesen radio dan TV kerajaan Parti Macam-Macam.


Kesan dari itu timbullah ahli-ahli parti politik sedang memperjuangkan soal bangsa. Itu pun konon-konon juga kategorinya. Apahal? Nak jadi jagoan bangsa kesemua mereka ini. Ini majoriti ke minoriti ni? Atau untuk publisiti murahan? Hari maulidur Rasul hari tu pun ada hati nak buat demo. Niat tu ada. Tak hormat pada Nabi lah pula puak-puak bodoh ni. Ikut suka hangpa lah...Itu cara hangpa berpolitik.


Yang peliknya, Parti Komponen Geng-Geng Mata Sepet yang kalah teruk bertanding di Pulau Pinang tak sekecoh macam Geng-Geng Kepala Komponen yang satu ini. Silap-silap, yang lain-lain punya komponen duk geleng-geleng kepala tengok gelagat minah dan mamat ini buat demo depan KOMTAR tempoh hari. Geleng belakang-belakang, depan-depan takut juga.


Ketiga…JARANG-JARANG! 7-8 lepas juga, adalah sedikit-sedikit kita duk tengok, dengar dan baca soal coalition government ni…Di Perak dan Selangor pun kecoh, itu pun konon-konon juga! Hari ini dah selesai dah, kesemua Exco pun dah angkat sumpah. Lepas satu, satu! Lepas ini, tunggu je lah apa pula propaganda pihak-pihak pembangkang di ketiga-tiga negeri tersebut. Yang nyata dah mula timbul, di Kedah juga hari ini timbul isu pelabur asing tarik balik pelaburan. Pasal kerajaan bagi tengok bola free pun nak kecoh ke? Gila…Ikut suka diorang lah. Yang kamu duk sibuk kat negeri orang tu kenapa?


Peliknya baru 2-3 minggu nak buat kerja dah datang ada dah berita-berita dan cerita-cerita yang tak best di baca. Apa nak jadi ni. Rakyat nilai 5 tahun sekali, kamu orang Parti Macam-Macam duk nilai 2-3 minggu. Bodoh ke apa…? Lain kali dapat mandat perform lah. Jangan duk syok sendiri. Di Kedah walaupun tidak bising sangat, yang keluar akhbar kat tepi-tepi dan yang langsung tak keluar kat TV cuma soal MB baru masuk ofis yang ‘kosong’. Mana pergi semua fail-fail kerajaan terdahulu? Simpan kat rumah ye? Agaknya cerita ini pun dah basi. Biarlah.


Keempat…KADANG-KADANG! Yang dah kadang-kadang didengari dalam media-ampu ialah isu kekalahan Parti Macam-Macam dalam pilihanraya tempoh hari. Punca kekalahan sebenar jarang- jarang diketengahkan. Yang duk kecoh soal pengundi hanya megundi pihak coalition kerana hampa dengan Parti Macam- Macam. Bagaimana pula soal penyelewengan Parti Macam-Macam... kronisme... ketidak telusan...gila kuasa... dan under performance oleh ahli- ahlinya (TERMASUK DAN TERUTANAMYA KETUANYA). Itu kategori lain. Kategori yang direct kena kepala rakyat pun melambak. Logiklah rakyat tak pangkah Parti Macam-Macam.


Juga,kadang-kadang dengar... Jaguh politik negara merangkap kaki politik yang paling lembik dalam negara yang menang dengan undi pos di Parlimen Rembau tu pun jarang-jarang keluar TV dan akhbar. Sebelum piliharanraya dulu, asyik-asyik muka dia...belek-belek muka dia. Naik meluat dah...Beberapa hari sebelum pilihanraya katanya ”Saya akui, saya memang agresif dalam nak menghadapi pilihanraya kali ini...”. Aik...tetiba mati pucuk lepas pilihanraya... Agaknya pergi berubat kematian pucuknya kot..? Pantun simple yang sesuai dengan perkataan pucuk untuk Mamat ini, Pucuk dicita ulam mendatang lah, Anda boleh Jalan lah! Untuk orang sebegini, buat penat je nak kutuk pun.


Kelima…DAH TAK DENGAR LANGSUNG DAH! Bagi penulis, isu segala isu yang ditutup oleh media-ampu ialah isu Kepala Segala Menteri perlu letak jawatan. Isu ini masih diapi-apikan oleh media dan sebilangan blog di internet. Malah siap ada buat petition lagi. Siaplah kamu. Isu desakan perletakan Pengerusi Parti Macam-Macam merangkap Kepala Segala Menteri sudah kadang-kadang disiarkan. Tidak seperti 1-2 hari selepas keputusan Pilhanraya diumumkan.


Waktu itu ada juga dengar ura-ura desakan oleh ntah siapa-siapa. Bagi penulis, ini isu lagi besar…lebih besar dari isu kaum…Siapa jadi MB…Siapa jadi Exco...Siapa Juara AF6. Isu siapa layak jadi PM, adalah ISU SATU NEGARA…Bukan isu kenegerian atau kepartian…Ini soal siapa nak jadi kepala negara! Ini isu nak letakkan landasan negara, kemana perginya negara kita. Jadi pengurus dan ketua ada bezanya... Pelik tapi benar. Tapi jangan tak sign petition perletakkan jawatan...Alang-alang protes biar sampai turun. Ini juga punca segala punca, selesai isu ini, selesailah segala-galanya....MUNGKIN, buat sementara waktu...!




MEDIA OH MEDIA


Kelima-lima…Banyak, Sedikit-sedikit, Jarang-Jarang, kadang-kadang dan Dah tak dengar langsung dah…Ranking-nya boleh naik turun ditempat yang sama. Boleh juga bertukar-tukar ranking. Peranan utama yang meletakkan sesuatu isu di ranking mana ialah MEDIA! Media yang mana? Media yang ’tu’ la...Media-ampu!


Media yang menyiarkan. Media yang menjadi alat penyalur maklumat. Amat malang, boleh dikatakan lebih dari majoriti rakyat kita mindanya tertumpu kepada media yang ada cuma dilihat dan baca dengan mata, didengar dengan telinga tapi tidak menggunakan otak untuk berfikir lebih dari apa yang dilihat dan didengar dan dibaca. Kalau baca pun tafsirannya CONFIRM negatif ! Orang tu, nampak baik saja, bagus saja...yang belah kiri ni, semuanya tak kena....pepatah kata yang belah kiri ni, kena golek pun luka, digolek pun luka...KASIHAN!


Berita-berita yang di siarkan oleh saluran utama baik saluran TV, radio, akhbar…rata-ratanya tidak menyebelahi sesetengah pihak dan lebih teruk berita dan cerita yang disiarkan menyentuh sentimen perkauman. Boleh dikatakan melaga-lagakan para pembangkang! Sedangkan yang belah kiri tu, takde apa masalah pun. Semuanya berjalan lancar. Mereka bahagia sesama mereka. Yang belah sini yang duk bertelagah secara terangan, sesama sendiri ini kenapa tidak diulas. Jahatnya....


Soal berita-berita yang disalurkan, secara tak sedar sedikit-sebanyak boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. Kalaulah...Kalaulah...Kalaulah terjadi lagi peristiwa seumpama 13 Mei, antara faktornya adalah peranan media yang kini membelasah puak-puak kerajaan coalition di beberapa buah negeri secara habis-habisan. Hakikatnya, ianya bersangkut paut dengan isu perkauman yang secara automatiknya kena juga isu agama.


Bila kau Melayu, Islam lah kau. Kau Cina, Buddha lah kau, Kau India, Hindu lah kau. Asasnya begitu. Yang murtad tu tak kira, itu kategori lain. Bukan juga kategori lompat parti. Paling nyata, berita suntingan ulasan seorang ketua menteri yang baru dilantik yang bukan dari Bangsa Tuan Rumah terhadap satu dasar ekonomi negara sejak berpuluh tahun dulu. Lebih teruk, apabila Si Tua Mangkuk Hayun yang bodoh sombong pula yang ulas, apalagi ulasannya pula agak menyemarakkan rasa bengang di kalangan Bangsa Tuan Rumah yang pendek fikirannya.


Kalaulah tempoh masa siaran yang terhad menjadi masalah untuk menyiarkan berita secara penuh, baik jangan disiarkan terus. Lebih baik siarkan berita-berita gosip artis, nikah kawin artis, cerita-cerita soal fantasia artis. Bangsa Tuan Rumah pun suka gila kepada benda-benda bodoh macam tu. Begitu sekali tahap, level dan standard bangsa ini pada masa sekarang. Mabuk dengan hiburan. Itu benchmark atau tanda aras untuk Bangsa Tuan Rumah sebenarnya. “Lu fikir sendiri la brother…” Ops…tersilap kritik bangsa sendiri pula. Memang bangsa yang ini mudah lupa pun. Sakit sakitkan hati, yang jenis lupa asal usul. Sekurang-kurangnya, Lupa dari OK dari nyanyuk! Ini sudah melalut…


Yang jelasnnya kenyataan penuh oleh KM Pulau Pinang yang bermata sepet memakai kanta mata tebal itu tak pernah pula disiarkan sepenuhnya. Sekerat-kerat sahaja. Tak jelas dan terang akan maksud keseluruhannya. Lebih malang isu tersebut bersangkut paut dengan kaum pula. Natijahnya itu adalah niat jahat oleh pihak tertentu sebagai modal untuk melanyak pihak berkenaan. Sambil-sambil melanyak dalam sedar, tidakkah itu satu langkah kearah perpecahan kaum? Perbalahan kaum? Persilihan kaum?


Jika...Jika...Jika berulang lagi peristiwa berdarah itu, sambil-sambil kita bergaduh sesama kita, pukul memukul sesama kaum, jangan lupa, kita pergi bakar juga ofis-ofis media keparat ini. Mereka inilah yang sebenarnya melaga-lagakan kita semua. Secara halus. Ops...ini bukanlah satu hasutan. Sekadar bagi idea kalau-kalau peristiwa semacam 13 Mei berulang. Media yang menghasut kita antara kaum berbalah sesama kita. Apa salahnya media juga di hentam dengan cara terhormat.


Orang-orang yang berdemonstrasi menentang kenyataan suntingan sekerat-sekerat media sebenarnya bodoh dan tidak berakal juga bertindak atas dasar emosi politik kerana salah faham. Atau sengaja taknak faham. Bodoh dan dangkal. Bodoh kerana menerima bulat-bulat apa yang disiarkan. Dangkal kerana tidak mencari kebenaran. Kepala keatas segala kebodohan dan kedangkalan ini adalah kepala malaun yang membuat ulasan berbentuk sentimen dan hasutan keatas bangsanya sendiri. Itu lebih dari mengkhianati keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kita selama ini. Fikirkan sendiri…


Lebih dari itu, manusia yang lagak kononnya bercakap lantang depan media-ampu sebenar orang-orang yang berfikiran sempit untuk kepentingan politik semata. Segala-galanya demi kepentingan peribadi demi menjaga periuk nasi sahaja. Tidak berfikir akan tentang perpaduan dan keamanan negara yang kita kecapi sekarang. Cuba tolak ketepi kepentingan peribadi, cari publisiti dengan cara yang lebih terhormat. Makanya anda akan dihormati. Silap-silap, pilihanraya akan datang, akan terpilih sebagai calon. Manalah tahu, kan? Kan? Kan?


Perhatikan qoutes, kat tepi-tepi akhbar media kaki-ampu. Kalau qoutes oleh Kepala-Kepala pengat Parti Macam-Macam, macam bagus. Seolah-olah, tiada orang yang lebih tahu daripadanya. Bijak sebijak, bijaknya. Tetapi kalau qoutes oleh Kepala-Kepala parti belah sana, macam qoutes ketua kelas darjah 3 sahaja, bila dibaca. Ada juga yang bunyinya macam tak bersekolah pun. Begitu sekali suntingan berita dan editan para editor media ampun ini. Begitu sekali double-standard media-ampu kita hari ini.




SI MENTERI - MEDIA ALTERNATIF DAN MEDIA HIBUR-SANTAI


Petang jumaat lalu, Menteri Posto-Posto (bukan pos) yang baru, ada memberikan respon dan perhatian yang agak positif terhadap media alternatif. Tentunya blogger-blogger juga. Nak jumpa para blogger lagi. Baru sekarang nak bagi perhatian? Takpe la, kita tengok dan lihat. Bukan apa risau, kalau-kalau ianya sekadar bertujuan politik. Kerja yang nak dibuat itu perlu ambik kira apa yang dikeluarkan oleh blogger dan media alternatif ini rasanya perlu lebih spesifik. Bukan hanya dengan membina satu blog untuk mendekati belia. Jangan pula itu salah satu trick nak pancing undi semula. Satu level dengan kerja-kerja makcik-makcik tua dan gadis-gadis bergetah bertudung pink yang kerja part-time sebagai peraih undi dari rumah ke rumah.


Bab blogging ini, banyak kategori, yang mana satu nak dihighlightkan? Takkan blog-blog yang ’ganggu’ politik Parti Macam-Macam sahaja. Balik ofis, Bapak Menteri fikir-fikir balik lah. Buntu idea, minta nasihat Boss Besar Bapak Menteri. Macam-macam jenis blog yang ada. Yang baik pun ada, yang nakal-nakal pun ada, yang jahat-jahat lagilah banyak. Pilihlah nak jumpa yang mana.


Kacau lah juga blog-blog lucah. Banyak juga. Secara peribadi, blog ini bukanlah sebuah media alternatif, cuma saluran pendapat oleh penulis, seorang muda dari Bangsa Tuan Rumah. Tidak pula bertujuan menghasut dan mengancam keselamatan politik negara. Masakan nak bikin kacau di Tanah Tumpah Darah. Buat pecahan dengan teliti...Nak Baca, baca aje lah! Kalau Bapak Menteri terbaca tulisan ini, minta ambil perhatian je lah. Bukankah Bapak Menteri dah berjanji nak ambil perhatian terhadap Bebudak Blogger ini.


Penulis juga nak meluahkan isi hati berkenaan isu soal media yang hibur-santai ini. Minta Bapak Menteri ambik kira juga soal teras pembinaan modal insan dan minda kelas satu ini. Kalau Bapak Menteri perasan, pergi ke mana-mana kedai buku, dari kelas gerai tepi jalan hingga ke sebesar yang duk ada di mana-mana Shopping Complex, sila ke sudut majalah, tengok majalah yang ada, banyak sangat yang hibur-santai ini. Kalau ada 50 buah majalah, confirm lebih 40 adalah majalah hibur-santai. Ceritanya, nikah kawin artis, bila artis nak mengandung lagi, artis pakai seluar dalam cap apa, bra colour apa, artis bangun tidur pukul berapa dan macam-macam soal yang kata orang, ”Apa kejadahnya ni...?!”


Itu majalah. Saluran TV pun sama juga lah. Sekarang ini, kedai prepaid memang duk laku pun. Dah nama pun akademi, tak ke sekolah maksudnya tu? Ini sudah melalut dan mengarut. Tak tahulah ini semua salah satu konsep dasar konsep Islam Hadhari, terlebih dahulu penulis nak minta maaf sebab, Islam penulis asasnya Ash ha duallah Ila Ha IllalahWa ash ha du Alla Ila Ha Illallah...hingga ke akhir hayat dan tidak berhadhari Islam Si Penulis ini. Ya Tuhan....minta dikekalkan...!


Setuju, hidup tanpa hiburan pun tak boleh juga, tapi harapnya berpada-pada lah sedikit. Jangan pula perihal ini kerajaan dilabelkan menetap benchmark sebegitu sebagai asas kepada Pembinaan Modal Insan dan rakyat Minda Kelas Satu. Jangan buat tak sedar. Sekarang dah tahap jadi fenomena. Secara peribadi, seolahnya kita meletakkan benchmark ekonomi negara setaraf ekonomi Somalia dan keamanan kita dibandingkan dengan Tibet. Setiap masa pun kita nombor satu. Malulah meletakkan benchmark yang rendah sebegitu...


Risau juga, rakyat kita ini sekarang seolah-olah tak boleh hidup tanpa hiburan. Lagi risau,kot-kot nak mati pun perlukan hiburan. Cegah sebelum parah. Ampu-ampu pun, tidak dinafikan peranan Media sangat membantu dalam membina jati diri dan integriti rakyat. Dah mindanya terarah kat situ. So, kalau dah perasan Media salah satu medium untuk membentuk minda rakyat. Kat situ lah kena ubah. Kena rombak. Ubah sebelum parah...Guna kuasa yang ada sebaik mungkin, jangan duk sibuk arah media duk ampu perihal politik sahaja. Kuasa ditangan anda... Tapi ingat, jangan salah guna kuasa. Lagi mengarut ...



Outro Ringkas; Rayuan Kepada Kerajaan…(Tiada Kena Mengena dengan Media)


Jadi, sebelum penulis melelapkan mata pada jam 1.51am 25 March 2008 ini, harapan dan rayuan penulis, biarlah negara kita kekal aman makmur. Lebih penting kerajaan mana-mana sekali pun, TOLONG BELA NASIB RAKYAT.(Tertakluk bidang kuasa masing-masing). Rakyat perlukan pembelaan. Rakyat kita susah… sangat ramai yang susah! Bantulah mereka-mereka yang susah ini dengan apa sekali pun. Walaupun dengan menurunkan 5sen harga gula dan 10sen untuk beras atau 15sen untuk tol juga 20sen untuk harga minyak (minyak masak atau minyat tanah pun OK), sekadar contoh sahaja. At least, perkara-perkara seperti penulis nyatakan itu directly dapat dirasa rakyat. Perihal projek-projek mega tu, nak bagi kat kroni ke, proksi ke…bagilah. Mereka pun rakyat juga. Rakyat yang senang lenang lah. Teruskanlah mengkayakan mereka 3-4 kerat itu. Tapi perihal rakyat yang melarat ini, minta TOLONG AMBIL KIRA. Ini kerana penulis tahu dan sedar ada rakyat yang hidup melarat depan mata penulis sendiri. Memang melarat. Cukuplah sekadar lebih 5000 patah perkataan ini…



Aboo

[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.