Tuesday, March 25, 2008

MEDIA Oh MEDIA; ANCAMAN DAN AMARAN KEPADA....?!

Satu…banyak! Dua…sedikit-sedikit! Tiga…jarang-jarang! Empat…kadang-kadang! Kelima...Dah tak dengar langsung dah...!

Sudah hampir lebih 2 minggu, negara kita selesai menjalani proses pilihanraya ke-12. Macam-Macam isu yang timbul, yang peliknya cuma negeri-negeri yang dikuasai oleh pemerintah baru sahaja yang gempar dan gempak ceritanya. Di lain negeri yang kekal bersama penyandang Parti Macam-Macam, kurang timbul pula isunya. Positif belaka ceritanya. Ada lah juga timbul isu-isu di negeri belah timur nung, cumanya laporannya macam bagus lah pulak. Konon-konon ceria sahaja. Yang nyata, ini menunjukkan bahawa negara kita ini harmoni. Penuh warna-warni. Ini baru politik.

Satu…BANYAK! Isu siapa yang jadi MB di Terengganu paling kecoh 3-4 hari ini. Puak-puak ini juga yang dulunya mengutuk, mengkritik dan menunding segala macam vocab berunsur negatif terhadap satu parti di Perak gara-gara isu MB juga. ”Kamu derhaka pada Sultan...” tuduh mereka. Ntahlah, begitu sekali rupanya jawatan dan kuasa yang nak direbut.


Yang nyatanya, sesama sendiri pun bertelagah, pelik juga. Ada apa pada jawatan itu. Agaknya mereka-mereka ini tidak sedar bahawa makin besar jawatan dipegang makin besar amanah yang dipikul. Esok-esok lagi banyak soalan perlu dijawab. Soal derhaka pada Sultan ini, kalau perasan dekat kotak tisu Premier, ada tertulis Rukun negara. Baris kedua rukun negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang masih duk protes soal pemilihan MB di nung sana tu, terutama Si Setiausaha Bodoh Sombong tu lekok kepala sendiri sepuluh kali terlebih dahulu pastu baca 100 kali rukun negara.


Kalau penulis jadi Pengerusi Parti Macam-Macam merangkap Presiden Parti Satu Bangsa juga selaku Kepala Segala Menteri, mesti penulis denda budak-budak yang duk bergelut berebut kuasa ini tulis balik rukun negara 1000 kali. Biar lekat kat kepala. Malangnya Si Kepala Segala Menteri pun rasa watikahnya lebih power dari Yang Di Pertuan Agong. Tu masalahnya. Tapi...OK apa, MB tu term untuk Menteri Baru, So yang lama...Cukup, cukuplah melobi! "Redhalah pada qadar dan qada’..." tak ke ayat sendiri tu?


Kedua....SEDIKIT-SEDIKIT! Kalau dirankingkan isu-isu yang timbul 7-8 hari lepas, Penulis mahu meletakkan isu satu dasar ekonomi yang dikeluarkan di Pulau Pinang sebagai isu yang antara paling gegey kata Ore Kelate. Penulis yang tinggal nun di ufuk timur semenanjung pun boleh rasa akan gegaran isu ini. Meriah semacam PESTA GEGAR ala-ala JOM HEBOH,anjuran stesen radio dan TV kerajaan Parti Macam-Macam.


Kesan dari itu timbullah ahli-ahli parti politik sedang memperjuangkan soal bangsa. Itu pun konon-konon juga kategorinya. Apahal? Nak jadi jagoan bangsa kesemua mereka ini. Ini majoriti ke minoriti ni? Atau untuk publisiti murahan? Hari maulidur Rasul hari tu pun ada hati nak buat demo. Niat tu ada. Tak hormat pada Nabi lah pula puak-puak bodoh ni. Ikut suka hangpa lah...Itu cara hangpa berpolitik.


Yang peliknya, Parti Komponen Geng-Geng Mata Sepet yang kalah teruk bertanding di Pulau Pinang tak sekecoh macam Geng-Geng Kepala Komponen yang satu ini. Silap-silap, yang lain-lain punya komponen duk geleng-geleng kepala tengok gelagat minah dan mamat ini buat demo depan KOMTAR tempoh hari. Geleng belakang-belakang, depan-depan takut juga.


Ketiga…JARANG-JARANG! 7-8 lepas juga, adalah sedikit-sedikit kita duk tengok, dengar dan baca soal coalition government ni…Di Perak dan Selangor pun kecoh, itu pun konon-konon juga! Hari ini dah selesai dah, kesemua Exco pun dah angkat sumpah. Lepas satu, satu! Lepas ini, tunggu je lah apa pula propaganda pihak-pihak pembangkang di ketiga-tiga negeri tersebut. Yang nyata dah mula timbul, di Kedah juga hari ini timbul isu pelabur asing tarik balik pelaburan. Pasal kerajaan bagi tengok bola free pun nak kecoh ke? Gila…Ikut suka diorang lah. Yang kamu duk sibuk kat negeri orang tu kenapa?


Peliknya baru 2-3 minggu nak buat kerja dah datang ada dah berita-berita dan cerita-cerita yang tak best di baca. Apa nak jadi ni. Rakyat nilai 5 tahun sekali, kamu orang Parti Macam-Macam duk nilai 2-3 minggu. Bodoh ke apa…? Lain kali dapat mandat perform lah. Jangan duk syok sendiri. Di Kedah walaupun tidak bising sangat, yang keluar akhbar kat tepi-tepi dan yang langsung tak keluar kat TV cuma soal MB baru masuk ofis yang ‘kosong’. Mana pergi semua fail-fail kerajaan terdahulu? Simpan kat rumah ye? Agaknya cerita ini pun dah basi. Biarlah.


Keempat…KADANG-KADANG! Yang dah kadang-kadang didengari dalam media-ampu ialah isu kekalahan Parti Macam-Macam dalam pilihanraya tempoh hari. Punca kekalahan sebenar jarang- jarang diketengahkan. Yang duk kecoh soal pengundi hanya megundi pihak coalition kerana hampa dengan Parti Macam- Macam. Bagaimana pula soal penyelewengan Parti Macam-Macam... kronisme... ketidak telusan...gila kuasa... dan under performance oleh ahli- ahlinya (TERMASUK DAN TERUTANAMYA KETUANYA). Itu kategori lain. Kategori yang direct kena kepala rakyat pun melambak. Logiklah rakyat tak pangkah Parti Macam-Macam.


Juga,kadang-kadang dengar... Jaguh politik negara merangkap kaki politik yang paling lembik dalam negara yang menang dengan undi pos di Parlimen Rembau tu pun jarang-jarang keluar TV dan akhbar. Sebelum piliharanraya dulu, asyik-asyik muka dia...belek-belek muka dia. Naik meluat dah...Beberapa hari sebelum pilihanraya katanya ”Saya akui, saya memang agresif dalam nak menghadapi pilihanraya kali ini...”. Aik...tetiba mati pucuk lepas pilihanraya... Agaknya pergi berubat kematian pucuknya kot..? Pantun simple yang sesuai dengan perkataan pucuk untuk Mamat ini, Pucuk dicita ulam mendatang lah, Anda boleh Jalan lah! Untuk orang sebegini, buat penat je nak kutuk pun.


Kelima…DAH TAK DENGAR LANGSUNG DAH! Bagi penulis, isu segala isu yang ditutup oleh media-ampu ialah isu Kepala Segala Menteri perlu letak jawatan. Isu ini masih diapi-apikan oleh media dan sebilangan blog di internet. Malah siap ada buat petition lagi. Siaplah kamu. Isu desakan perletakan Pengerusi Parti Macam-Macam merangkap Kepala Segala Menteri sudah kadang-kadang disiarkan. Tidak seperti 1-2 hari selepas keputusan Pilhanraya diumumkan.


Waktu itu ada juga dengar ura-ura desakan oleh ntah siapa-siapa. Bagi penulis, ini isu lagi besar…lebih besar dari isu kaum…Siapa jadi MB…Siapa jadi Exco...Siapa Juara AF6. Isu siapa layak jadi PM, adalah ISU SATU NEGARA…Bukan isu kenegerian atau kepartian…Ini soal siapa nak jadi kepala negara! Ini isu nak letakkan landasan negara, kemana perginya negara kita. Jadi pengurus dan ketua ada bezanya... Pelik tapi benar. Tapi jangan tak sign petition perletakkan jawatan...Alang-alang protes biar sampai turun. Ini juga punca segala punca, selesai isu ini, selesailah segala-galanya....MUNGKIN, buat sementara waktu...!




MEDIA OH MEDIA


Kelima-lima…Banyak, Sedikit-sedikit, Jarang-Jarang, kadang-kadang dan Dah tak dengar langsung dah…Ranking-nya boleh naik turun ditempat yang sama. Boleh juga bertukar-tukar ranking. Peranan utama yang meletakkan sesuatu isu di ranking mana ialah MEDIA! Media yang mana? Media yang ’tu’ la...Media-ampu!


Media yang menyiarkan. Media yang menjadi alat penyalur maklumat. Amat malang, boleh dikatakan lebih dari majoriti rakyat kita mindanya tertumpu kepada media yang ada cuma dilihat dan baca dengan mata, didengar dengan telinga tapi tidak menggunakan otak untuk berfikir lebih dari apa yang dilihat dan didengar dan dibaca. Kalau baca pun tafsirannya CONFIRM negatif ! Orang tu, nampak baik saja, bagus saja...yang belah kiri ni, semuanya tak kena....pepatah kata yang belah kiri ni, kena golek pun luka, digolek pun luka...KASIHAN!


Berita-berita yang di siarkan oleh saluran utama baik saluran TV, radio, akhbar…rata-ratanya tidak menyebelahi sesetengah pihak dan lebih teruk berita dan cerita yang disiarkan menyentuh sentimen perkauman. Boleh dikatakan melaga-lagakan para pembangkang! Sedangkan yang belah kiri tu, takde apa masalah pun. Semuanya berjalan lancar. Mereka bahagia sesama mereka. Yang belah sini yang duk bertelagah secara terangan, sesama sendiri ini kenapa tidak diulas. Jahatnya....


Soal berita-berita yang disalurkan, secara tak sedar sedikit-sebanyak boleh menimbulkan ketegangan antara kaum. Kalaulah...Kalaulah...Kalaulah terjadi lagi peristiwa seumpama 13 Mei, antara faktornya adalah peranan media yang kini membelasah puak-puak kerajaan coalition di beberapa buah negeri secara habis-habisan. Hakikatnya, ianya bersangkut paut dengan isu perkauman yang secara automatiknya kena juga isu agama.


Bila kau Melayu, Islam lah kau. Kau Cina, Buddha lah kau, Kau India, Hindu lah kau. Asasnya begitu. Yang murtad tu tak kira, itu kategori lain. Bukan juga kategori lompat parti. Paling nyata, berita suntingan ulasan seorang ketua menteri yang baru dilantik yang bukan dari Bangsa Tuan Rumah terhadap satu dasar ekonomi negara sejak berpuluh tahun dulu. Lebih teruk, apabila Si Tua Mangkuk Hayun yang bodoh sombong pula yang ulas, apalagi ulasannya pula agak menyemarakkan rasa bengang di kalangan Bangsa Tuan Rumah yang pendek fikirannya.


Kalaulah tempoh masa siaran yang terhad menjadi masalah untuk menyiarkan berita secara penuh, baik jangan disiarkan terus. Lebih baik siarkan berita-berita gosip artis, nikah kawin artis, cerita-cerita soal fantasia artis. Bangsa Tuan Rumah pun suka gila kepada benda-benda bodoh macam tu. Begitu sekali tahap, level dan standard bangsa ini pada masa sekarang. Mabuk dengan hiburan. Itu benchmark atau tanda aras untuk Bangsa Tuan Rumah sebenarnya. “Lu fikir sendiri la brother…” Ops…tersilap kritik bangsa sendiri pula. Memang bangsa yang ini mudah lupa pun. Sakit sakitkan hati, yang jenis lupa asal usul. Sekurang-kurangnya, Lupa dari OK dari nyanyuk! Ini sudah melalut…


Yang jelasnnya kenyataan penuh oleh KM Pulau Pinang yang bermata sepet memakai kanta mata tebal itu tak pernah pula disiarkan sepenuhnya. Sekerat-kerat sahaja. Tak jelas dan terang akan maksud keseluruhannya. Lebih malang isu tersebut bersangkut paut dengan kaum pula. Natijahnya itu adalah niat jahat oleh pihak tertentu sebagai modal untuk melanyak pihak berkenaan. Sambil-sambil melanyak dalam sedar, tidakkah itu satu langkah kearah perpecahan kaum? Perbalahan kaum? Persilihan kaum?


Jika...Jika...Jika berulang lagi peristiwa berdarah itu, sambil-sambil kita bergaduh sesama kita, pukul memukul sesama kaum, jangan lupa, kita pergi bakar juga ofis-ofis media keparat ini. Mereka inilah yang sebenarnya melaga-lagakan kita semua. Secara halus. Ops...ini bukanlah satu hasutan. Sekadar bagi idea kalau-kalau peristiwa semacam 13 Mei berulang. Media yang menghasut kita antara kaum berbalah sesama kita. Apa salahnya media juga di hentam dengan cara terhormat.


Orang-orang yang berdemonstrasi menentang kenyataan suntingan sekerat-sekerat media sebenarnya bodoh dan tidak berakal juga bertindak atas dasar emosi politik kerana salah faham. Atau sengaja taknak faham. Bodoh dan dangkal. Bodoh kerana menerima bulat-bulat apa yang disiarkan. Dangkal kerana tidak mencari kebenaran. Kepala keatas segala kebodohan dan kedangkalan ini adalah kepala malaun yang membuat ulasan berbentuk sentimen dan hasutan keatas bangsanya sendiri. Itu lebih dari mengkhianati keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kita selama ini. Fikirkan sendiri…


Lebih dari itu, manusia yang lagak kononnya bercakap lantang depan media-ampu sebenar orang-orang yang berfikiran sempit untuk kepentingan politik semata. Segala-galanya demi kepentingan peribadi demi menjaga periuk nasi sahaja. Tidak berfikir akan tentang perpaduan dan keamanan negara yang kita kecapi sekarang. Cuba tolak ketepi kepentingan peribadi, cari publisiti dengan cara yang lebih terhormat. Makanya anda akan dihormati. Silap-silap, pilihanraya akan datang, akan terpilih sebagai calon. Manalah tahu, kan? Kan? Kan?


Perhatikan qoutes, kat tepi-tepi akhbar media kaki-ampu. Kalau qoutes oleh Kepala-Kepala pengat Parti Macam-Macam, macam bagus. Seolah-olah, tiada orang yang lebih tahu daripadanya. Bijak sebijak, bijaknya. Tetapi kalau qoutes oleh Kepala-Kepala parti belah sana, macam qoutes ketua kelas darjah 3 sahaja, bila dibaca. Ada juga yang bunyinya macam tak bersekolah pun. Begitu sekali suntingan berita dan editan para editor media ampun ini. Begitu sekali double-standard media-ampu kita hari ini.




SI MENTERI - MEDIA ALTERNATIF DAN MEDIA HIBUR-SANTAI


Petang jumaat lalu, Menteri Posto-Posto (bukan pos) yang baru, ada memberikan respon dan perhatian yang agak positif terhadap media alternatif. Tentunya blogger-blogger juga. Nak jumpa para blogger lagi. Baru sekarang nak bagi perhatian? Takpe la, kita tengok dan lihat. Bukan apa risau, kalau-kalau ianya sekadar bertujuan politik. Kerja yang nak dibuat itu perlu ambik kira apa yang dikeluarkan oleh blogger dan media alternatif ini rasanya perlu lebih spesifik. Bukan hanya dengan membina satu blog untuk mendekati belia. Jangan pula itu salah satu trick nak pancing undi semula. Satu level dengan kerja-kerja makcik-makcik tua dan gadis-gadis bergetah bertudung pink yang kerja part-time sebagai peraih undi dari rumah ke rumah.


Bab blogging ini, banyak kategori, yang mana satu nak dihighlightkan? Takkan blog-blog yang ’ganggu’ politik Parti Macam-Macam sahaja. Balik ofis, Bapak Menteri fikir-fikir balik lah. Buntu idea, minta nasihat Boss Besar Bapak Menteri. Macam-macam jenis blog yang ada. Yang baik pun ada, yang nakal-nakal pun ada, yang jahat-jahat lagilah banyak. Pilihlah nak jumpa yang mana.


Kacau lah juga blog-blog lucah. Banyak juga. Secara peribadi, blog ini bukanlah sebuah media alternatif, cuma saluran pendapat oleh penulis, seorang muda dari Bangsa Tuan Rumah. Tidak pula bertujuan menghasut dan mengancam keselamatan politik negara. Masakan nak bikin kacau di Tanah Tumpah Darah. Buat pecahan dengan teliti...Nak Baca, baca aje lah! Kalau Bapak Menteri terbaca tulisan ini, minta ambil perhatian je lah. Bukankah Bapak Menteri dah berjanji nak ambil perhatian terhadap Bebudak Blogger ini.


Penulis juga nak meluahkan isi hati berkenaan isu soal media yang hibur-santai ini. Minta Bapak Menteri ambik kira juga soal teras pembinaan modal insan dan minda kelas satu ini. Kalau Bapak Menteri perasan, pergi ke mana-mana kedai buku, dari kelas gerai tepi jalan hingga ke sebesar yang duk ada di mana-mana Shopping Complex, sila ke sudut majalah, tengok majalah yang ada, banyak sangat yang hibur-santai ini. Kalau ada 50 buah majalah, confirm lebih 40 adalah majalah hibur-santai. Ceritanya, nikah kawin artis, bila artis nak mengandung lagi, artis pakai seluar dalam cap apa, bra colour apa, artis bangun tidur pukul berapa dan macam-macam soal yang kata orang, ”Apa kejadahnya ni...?!”


Itu majalah. Saluran TV pun sama juga lah. Sekarang ini, kedai prepaid memang duk laku pun. Dah nama pun akademi, tak ke sekolah maksudnya tu? Ini sudah melalut dan mengarut. Tak tahulah ini semua salah satu konsep dasar konsep Islam Hadhari, terlebih dahulu penulis nak minta maaf sebab, Islam penulis asasnya Ash ha duallah Ila Ha IllalahWa ash ha du Alla Ila Ha Illallah...hingga ke akhir hayat dan tidak berhadhari Islam Si Penulis ini. Ya Tuhan....minta dikekalkan...!


Setuju, hidup tanpa hiburan pun tak boleh juga, tapi harapnya berpada-pada lah sedikit. Jangan pula perihal ini kerajaan dilabelkan menetap benchmark sebegitu sebagai asas kepada Pembinaan Modal Insan dan rakyat Minda Kelas Satu. Jangan buat tak sedar. Sekarang dah tahap jadi fenomena. Secara peribadi, seolahnya kita meletakkan benchmark ekonomi negara setaraf ekonomi Somalia dan keamanan kita dibandingkan dengan Tibet. Setiap masa pun kita nombor satu. Malulah meletakkan benchmark yang rendah sebegitu...


Risau juga, rakyat kita ini sekarang seolah-olah tak boleh hidup tanpa hiburan. Lagi risau,kot-kot nak mati pun perlukan hiburan. Cegah sebelum parah. Ampu-ampu pun, tidak dinafikan peranan Media sangat membantu dalam membina jati diri dan integriti rakyat. Dah mindanya terarah kat situ. So, kalau dah perasan Media salah satu medium untuk membentuk minda rakyat. Kat situ lah kena ubah. Kena rombak. Ubah sebelum parah...Guna kuasa yang ada sebaik mungkin, jangan duk sibuk arah media duk ampu perihal politik sahaja. Kuasa ditangan anda... Tapi ingat, jangan salah guna kuasa. Lagi mengarut ...



Outro Ringkas; Rayuan Kepada Kerajaan…(Tiada Kena Mengena dengan Media)


Jadi, sebelum penulis melelapkan mata pada jam 1.51am 25 March 2008 ini, harapan dan rayuan penulis, biarlah negara kita kekal aman makmur. Lebih penting kerajaan mana-mana sekali pun, TOLONG BELA NASIB RAKYAT.(Tertakluk bidang kuasa masing-masing). Rakyat perlukan pembelaan. Rakyat kita susah… sangat ramai yang susah! Bantulah mereka-mereka yang susah ini dengan apa sekali pun. Walaupun dengan menurunkan 5sen harga gula dan 10sen untuk beras atau 15sen untuk tol juga 20sen untuk harga minyak (minyak masak atau minyat tanah pun OK), sekadar contoh sahaja. At least, perkara-perkara seperti penulis nyatakan itu directly dapat dirasa rakyat. Perihal projek-projek mega tu, nak bagi kat kroni ke, proksi ke…bagilah. Mereka pun rakyat juga. Rakyat yang senang lenang lah. Teruskanlah mengkayakan mereka 3-4 kerat itu. Tapi perihal rakyat yang melarat ini, minta TOLONG AMBIL KIRA. Ini kerana penulis tahu dan sedar ada rakyat yang hidup melarat depan mata penulis sendiri. Memang melarat. Cukuplah sekadar lebih 5000 patah perkataan ini…



Aboo

Komentar :

ada 38 comments ke “MEDIA Oh MEDIA; ANCAMAN DAN AMARAN KEPADA....?!”
presint10 said...
pada hari 

Jika...Jika...Jika berulang lagi peristiwa berdarah itu, sambil-sambil kita bergaduh sesama kita, pukul memukul sesama kaum, jangan lupa, kita pergi bakar juga ofis-ofis media keparat ini. Mereka inilah yang sebenarnya melaga-lagakan kita semua. Secara halus. Ops...ini bukanlah satu hasutan. Sekadar bagi idea kalau-kalau peristiwa semacam 13 Mei berulang. Media yang menghasut kita antara kaum berbalah sesama kita. Apa salahnya media juga di hentam dengan cara terhormat.

SAUDARA PENULIS, AYAT YANG INI TAK BERAPA SESUAI KERANA ADA UNSUR PROVOKASI...JAGA-JAGA BILA MENULIS.

A- ...UNTUK TULISAN ANDA


Shafina Sheikh Fadhil
Utuh Bersama BN

Anonymous said...
pada hari 

5000words bro?hardwork huh?Anyway,that was very nice writing,you don't even mention BN,PAS,ADIL,DAP,PKR etc. Sarcastically,you been made.successfully.

A not A- loooor.Ignore the rubbish!

PJ Utara

Anonymous said...
pada hari 

"Apa salahnya media juga di hentam dengan cara terhormat".

SAUDARA PENULIS, AYAT YANG INI TAK BERAPA SESUAI KERANA ADA UNSUR PROVOKASI...JAGA-JAGA BILA MENULIS.


provokasi ?????

Anonymous said...
pada hari 

aku tak phm tentang unsur provoksi.. ade ke? mkn cili terase pedas, mkn gule terlebih rasa, niat dihati bukan membidas, sekadar renungan kita bersama..

comel anok aku ja owk!!
-zuar-

LaDy Dark said...
pada hari 

patut la tak dapat tido siapkan artikel ni... bukan nak puji lebih2 ar tapi this artikel mmg very well done. sangat banyak beza and jauh lebih baik dari the draft you showed me. maybe setelah dapat kritikan dan cadangan yang power dari yours truly, haha!

anyway, apahal plak provokasi2 ni... tang mana plak? i dont think anyone sees it. so kira takde la ye...

basically ape si penulis nak cakap is jangan percaya ape yang media cakap bulat2. diorg ni suka potong ckp org, org business la katakan... nak jual cerita... plus nak bodek pemerintah lagi... susah jadi media ni sbnarnye...

but seriously, bnyk benda yang i sendiri salah faham about tok guru and the opposition sbb percaya sgt kat media. actually turns out yang opposition ni tak la sumenya se jahat dan sependek akal yang digambarkan. namun, im still an UMNO hardcore but atleast i know i am not a blind and dumb one.

so i hope all of us will learn from this article that if ada media yang quote apa2 from any leaders, google search the full video to find out exactly ape yang dikatakan. you will find that bnyk benda yang the media left out. tak pun bleh tengok kat YOUTUBE atau mana2 blog yg feature the whole video... media alternative maa...

anyway, congrats again on this article. bile la i plak nak menulis ni... tak dan... tak dan...

Anonymous said...
pada hari 

seorang wartawan, penulis ke pemberita ke sebenarnya mesti berpegang kepada nilai islam..itu yang pasti..sebelum menulis atau melaporkan sesuatu mereka perlu ingat apa yg akan ditulis atau dilaporkan itu adalah perkara yang berhemah dan tidak akan menimbulkan kesan yang negatif bila disiarkan...memesongkan fakta atau spinning utk memberi kesan kpd mana-mana pihak adalah berdosa dan boleh pula menjuruskan kepada fitnah..dan fitnah itu dosanya adalah lebih besar dari membunuh...

media haruslah memaparkan segala yang fakta tanpa perlu ada olahan terutamanya dalam isu-isu politik ni..mereka harus membiarkan pembaca untuk berfikir dan membuat kesimpulan mereka sendiri dalam sesuatu isu itu...

apa-apa pun tahniah kepada penulis yg dapat menghasilkan artikel yg bernas ini...

-alexandria,egypt-

Anonymous said...
pada hari 

pandai gak si aboo ni mentarbiah lady dark (,")

Anonymous said...
pada hari 

Salam..

Yang pasti media skarang memang mengjengkilkan.. Tapi di mana ia bermula ?

Perjanjian Najib sbg TPM and aku nak pegang media ????

Akagi
Cuma berkata-kata but no for BA!
Pak Lah silalah turun.. Walaupun kononnya lagak hang jebat..

Aboo said...
pada hari 

presint10 said...(Dara tua-Shafina)
SI PENULIS MENCIPLAK ARCCHEMEGE RUPANYA FASAL TIBET DAN SOMALIA.SIA2 SKOLAH TINGGI2,CIPLAK JUGA KERJANYA.TAK PANDAI (BODOH) JUGA LA MAMAT NI RUPANYA2.

archemege said...
Sebagai penyinggah di blog ni,aku berpendapat isu contoh Tibet dan Somalia bukanlah suatu isu CIPLAK tetapi ia lebih kpd PENGHORMATAN dprd penulis kpd 'komenter' di dlm blog ni!!! (buat ape la na ciplak stakat contoh yg xseberapa tu)
Kebetulan plak benda tu relevan dlm artikel terbaru penulis dan mungkin memangkin respond drpd 'sahabat lama open minded' beliau(Rindu kat sahabat lama ke?)

Thanks Bro for the appreciation

____________________________________

Shafina oh Shafina....betol aku ngaku aku ciplak, tp salah ke aku ciplak?kalau nak aku boleh buat study case specifically based pada economics sahaja laa...aku punya assignment yg tak siap2 lg tu pun kena mengena dengan benchmark economics apa...huhuhu! Benda simple gitu ko nak kecoh2,apahal?!

Sebenarnya panjang lebar lagi tulisan ini, ada 2pages mic.words lg tp dieditkan...penat otak gua cakap lu nak tulis benda alah ni.

Tp...gua tetap editkan biar relevan dengan keadaan semasa. Tak dinafikan media alternatif terutama pro-bangkang pun ada yg tak betolnya...mesti ada punya! Macam kata Abe Li (Desa Kujid - Rakyat atas pagar!)"Baik kerajaan ke, pembangkang ke, tak semua perfect...mesti ada slack kat mana2..." - aku setuju apa yg dia cakap ni. Apapun keutamaan rakyat mesti didahulukan.

To Archemege...
Alaa..bukan apa sgt tu! Gua tunggu kemunculan lu punya blog yg santai tu...huhuhu!

Anonymous said...
pada hari 

Haiyyo, itu macam kalu disabitkan jenayah ciplak ka?susah maaaa ini macammm

ini macam,manyak susah loooo live diMsia.buat itu tak boleh.buat ini tak boleh.apa yg boleh?Boleh blah

tok guru,jangan mati dulu maaa....ini manyak keleja belom selesai..

nang buti nang tu buti tui
hidup susah mati pun susah looo

Shafina said...
pada hari 

TO; TUAN PUNYA UNPUBLISHEDNOTES (KADANG2 BENCI NAK TULIS NAMA)& ANGKATAN2NYA

SEDARA2 SEKALIAN,MEDIA-ALTERNATIF YG DATUK SHABERY CHEEK KATA TU BUKAN HANYA MERUJUK KEPADA 'BUDAK2' BLOGGER SEMACAM KORANG SAHAJA.LEBIH DARI ITU,TABLOIB2 YANG PRO-PEMBANGKANG PUN DIORANG NAK TENGOK JUGA ISI KANDUNGAN,ADA UNSUR FITNAH,PROVOKASI DLL.CONTOH PALING SENANG,HARAKAH!APA SEMUA CERITA YANG HARAKAH KELUARKAN ITU BETOL KAH?TAKDE SATU PUN YANG TIPUKAH?INSULT PEMIMPIN DENGAN CARA MEMBABI BUTA JUGA SIKELDAI2 INI SEMUA.INI BARU POLITIK--->CIPLAK AYAT PENULIS!SO..DOUBLE STANDARDNYA PENULIS KAT SINI,APA PASAL PENULIS TAK CAKAP PASAL HARAKAH SEKALI.AKU TAULAH SIPENULIS PURE-PAS PUNYA.ACI KERAT BULU LAH!APAPUN,AKU SETUJU BENAR KALAU KERAJAAN NAK KAWAL,CONTROL,KONGKONG DAN KALU BOLEH PENJARAKAN GOLONGAN2 YANG MACAM PENULIS INI.100%(SERATUS PERATUS).SOAL PROVOKASI,SURUH ORANG RAMAI BAKAR OFIS2 MEDIA.TAK KE PROVOK NAMANYA TU.AKU REPORT JUGA KAT BOSS AKU KARANG.MAMPUSLAH KORANG!LAGI SATU DAH TAHU MEDIA2 PERDANA TULIS YANG BURUK PASAL PEMBANGKANG YANG KORANG BACA KENAPA?BELI LA HARAKAH.BACA YANG TU.REBUS BUAT SUP,MINUM!KALAULAH AKU JADI MENTERI,TAHULAH AKU NAK MENGAJAR KORANG2 YANG KURANG AJOR NI.

SHAFINA
tengah hot!

Anonymous said...
pada hari 

to shafina:- aku bace xde pun penulis sebut name media perdana (utusan,berite harian etc). yg enko emosi sampai sebut harakah tuh ape kejadah?? tak profesional!! ade ati nak jd menteri plak tuh.. isk isk kesian aku pada golongan yang giler kuase..
-zuar-

Anonymous said...
pada hari 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
YA ALLAHU RABBUL JALIL, ENGKAU BUKAKANLAH HATI SAUDARI SHAFINA NI UNTUK DIA MENERIMA HIDAYAT MU SUPAYA DIA DAPAT MEMBEZAKAN YANG HAK DAN YANG BATIL..ENGKAU BERIKANLAH JUGA KEKUATAN KEPADANYA UNTUK DAPAT MENEGAKKAN KEBENARAN BERSANDARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH..ENGKAU JADIKANLAH DIA SEORANG PENDAKWAH YANG DAPAT MENARIK MANUSIA KEPADA AGAMA ENGKAU YANG MAHA SUCI..RABBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AKHIRATI HASANAH WAQINA AZABANNAR..AMIN...

-al-azhar, egypt-

Anonymous said...
pada hari 

ish! ish! ish!
Bukan main support lagi kekawan si penulis ni ye?sayang bebenor kekawan kat si penulis ni.Ntah sapa nama ye penulis,abus?abun?babun?sama je la tu!nak buat macam mana dah otak sama2 kurang,tak heran ler kekawan pun sama jugak!!!!!

Secara personal (bkn niat nak sokong fina)....memang ada bau2 unsur hasutan. Minta semak;
1.kenapa diungkit cerita 13may?nak sgt bergocoh sesama kaum?tetak menetak,tikam menikam,bunuh membunuh?Yang Islam tu taktau dosa pahala ke?
2.DEB-kalau korang skolah (kalaulah) dasar itu dibuat selepas terjadinya peristiwa 13may.untuk apa?Untuk imbangi socio-economi-politik antara kaum. tiba2 dtg 1 geng nak mansuh.Haii,tak logik ke yang melayu ni bengang?PK LER...
3.yang tiba2 media2 hiburan kena tembak kat penulis (secara membabi buta) tu kenapa?sekenal aku org2 pure-pas mmg jenis tu pun!!!cakap lebih pun tak guna.

kesimpulannya,keperibadian si penulis jelas tidak melambangkan seorang yg 'bagus'.mengherdik,menghina pemimpin...semak tulisan penulis yg merujuk kepada pemimpin.Ish komfom takboleh jadi calon suami org2 sebegini.

Cukuplah setakat ini dulu...Selebihnya Lu orang fikir la sendiri...kata nabil.Penulis pun cakap macam tu!


-Nina (bestfren fina)

Anonymous said...
pada hari 

2.DEB-kalau korang skolah (kalaulah) dasar itu dibuat selepas terjadinya peristiwa 13may.untuk apa?Untuk imbangi socio-economi-politik antara kaum. tiba2 dtg 1 geng nak mansuh.Haii,tak logik ke yang melayu ni bengang?PK LER...<<<<-----lu ka yg tak sekolah?mesti la ada dasar lain ganti..apa la..jgn lembab sgt otak tu sbb terpengaruh dgn satu jenis media ja..baca 2-2 media..pastu wat keputusan..

media malaysia mmg karut...


-real muzam-

LaDy Dark said...
pada hari 

Haha… macam2 plak reaksi to this article.. sad to say, some are baseless.

Anyway, firstly nak comment pasal ni : “pandai gak si aboo ni mentarbiah lady dark”  tarbiah pun tarbiah juga, tapi BN tetap di hati walaupun sekarang ni tak la menyokong dengan membuta tuli… lebih prihatin 


ISU CIPLAK
Apasal plak takleh ciplak ni… sejak bila dicopy rightkan… nway, this issue is too petty to be diucssed…NEXT!!!


ISU  TO; TUAN PUNYA UNPUBLISHEDNOTES (KADANG2 BENCI NAK TULIS NAMA)& ANGKATAN2NYA
I sooo hope you’re not referring to me too gal… if so, there will be a cat fight in here! Haha!


ISU MEDIA ALTERNATIF
Sometimes I wonder, shafina ni baca ke tidak article yang di publish kan. I don’t think aboo mentioned any media specifically. He mentioned a few la but not all. As one of the person who was involved indirectly in the making of this article, I would like to clarify here that MEDIA means ALL media- mainstream ke, internet ke, radio ke, SMS ke… sume la… baik yang pro kerajaan or pro pembangkang. But bottom line is we as the receivers of all this information should be initiative enough to find out the whole story behind what is reported. Bukannya percaya bulat2. baru la seimbang input yang kita dapat. So definitely tak timbul isu double standard dlm article ini.


ISU KAWAL@KONGKONG
This is another thing yang patutnya tak timbul pun. How can you say that kerajaan should kongkong penulis? Wheres the freedom of speech and rights yang dibanggakan tu… you talk about democracy, but how can you be such a fan of mengkongkong org lain? You should not be scared of what people write. Sebab kalau tak betul, then orang takkan percaya. Which berbalik to what I said earlier, org yang terima maklumat kena bijak tapis maklumat yang kita dapat. We should teach the rakyat to tapis information they get, not halang them from information. You do not have the right to do that.

Pastu nak report2 kat boss.. that’s the attitude we have now… senyap dan ikut je. Sape bangkang, kena cantas. That’s wrong la. You have to respect that not everyone believes in the same thing as you do. Ada yang pro BN ada yang pro BA. Kita yang sama2 pro BN ni pun nampaknya tak sependapat. Tapi yang pastinya that its ok to have people criticize. Baru la tak memerintah dgn syok sendiri. Rakyat tak suruh pun kerajaan memerintah, diorang yang MINTA untuk diberi mandate tu. So kena la terima kritikan yg ada… kira mcm pakej la. And jgn la buat tak tau ngan kritikan tu. Tu suara rakyat. Kata nak bela rakyat, tapi tak kasi rakyat komen. This is not democrasy, this is autocrasy!


ISU 13 MEI, DEB & HIBURAN
I don’t think there is a single person here yang hopes that 13 Mei will re occur. Talking bout it gives us more understanding on the issue… talking bout it makes us realize our mistakes then and rectify it… talking bout it helps us prevent it from happening… nape nak avoid talking about it plak… ignorance is NOT a bliss.

And sape plak nak mansuh DEB… get your facts right… orang yang tak abis skolah pun tau that that statement is wrong.

And I don’t see why you should be upset bout the penulis writing bout the entertainment industry… you all duk kecoh sgt pasal DEB… takut hak Melayu tercabar… then what about budaya and adab orang Melayu that is being challenged by the entertainment industry… think about it…



ISU CRONYSM
”Bukan main support lagi kekawan si penulis ni ye?sayang bebenor kekawan kat si penulis ni.”
Firstly, welcome miss Nina to UNPUBLISHEDNOTES 

Ape ni miss nina? You ingat readers kat sini sume blajar stakat UPSR je ke? They are educated people… people who can think for themselves, people who have seen things and been through things you might not know about… people who have their own pendapat… they all ni sokong because they agree with the writer.. not for the sake of friendship. Don’t underestimate people. Its not very nice and it reflects badly on you.

Lagipun, if you boleh tuduh diorang sokong member, they all pun bleh tuduh you sokong besfren you tu… so cakap tu please la… lalu your thinking centre first.


ISU EJEK MENGEJEK
Ape ni kata orang “BUDAK” and keluar line mcm ”Ntah sapa nama ye penulis,abus?abun?babun?sama je la tu!nak buat macam mana dah otak sama2 kurang,tak heran ler kekawan pun sama jugak!!!!!” and “kesimpulannya,keperibadian si penulis jelas tidak melambangkan seorang yg 'bagus'.mengherdik,menghina pemimpin...semak tulisan penulis yg merujuk kepada pemimpin.Ish komfom takboleh jadi calon suami org2 sebegini.”


Please la... jangan malukan i dan all the other BN supporters by showing this disgusting attitude which is horribly unbecoming of a government official. You cakap macam ni, macam mana orang nak respect kerajaan. Debat tu memang la boleh, dan sangat2 dialu- alukan. Tapi please la… berdebat dengan berhemat… berjati diri… berfakta dan bijak… bukannya dengan emosi. Dahtu emo pun tak tentu hala, padahal takde pape pun, tetiba emo. Memalukan diri sendiri dan kerajaan... i pun tumpang malu gak!

”KALAULAH AKU JADI MENTERI,TAHULAH AKU NAK MENGAJAR KORANG2 YANG KURANG AJOR NI.”  i dont mean to laugh, but...SERIOUSLY???!!!!????!!!


S.E.K.I.A.N

Anonymous said...
pada hari 
This comment has been removed by a blog administrator.
Luqman Aziz said...
pada hari 

Salam...
Tak sangka hangat juga rupanya komen-komen di sini, lebih hangat dari topik yang ditulis.

Nina & Fina, nampak semacam anda-anda ini sangat senang dengan tembakan-tembakan yang bertabur-tabur, tapi lupa mengisi peluru, dan kalau berisi pun seolah-olah peluru-peluru anda ini datang kembali kepada anda-anda ini.
Yang saya maksudkan, komen kepada penulis itu memang amat dialu-alukan, tapi bukan komen yang membuta tuli dan beremosi (mana faktanya). Kita dah nampak beberapa benda yang membuta tuli sebelum PRU12, dan hasilnya rakyat terasa jengkel dengan perkara-perkara membuta tuli ni.
Teruskan memberi komen di sini dengan fakta-fakta yang lebih relevan. Pembaca-pembaca blog ini termasuk saya akan menyokong anda jika anda dapat membuktikan fakta dan kebenaran, bukan emosi.

p/s: Datuk Shabery kita tu mmg nak jumpa blogger-blogger pun.

Anonymous said...
pada hari 

nasib baik BN trime MB baru terengganu... kalu tak.. next GE aku pangkah PAS!!! wat malu aku keje kerajaan je.. berebutkan pangkat dan jawatan. bukan nak pikir pasal rakyat..!! kepade barisan exco baru terengganu, tlg beri kerjasama!! (kononnye ahli UNMO setie pade parti).. isk
-zuar-

paku dulang said...
pada hari 

bravo lady dark!!!

asal melata jer, sis cantas...

hemo hemo

Anonymous said...
pada hari 

Salam..

Biarkan aja kalau ada yg masih nak ikut satu sumber media.. mungkin dia berpendidikan tinggi dan lebih pandai menilai kot..

Akagi,
Failed SPM...

archemege said...
pada hari 

Assalamualaikum...
Kaum hawa lebih nafsu dr akal tp bawa2 la bertenang. Korang tu pegawai kerajaan kan 41?44?48?52? Jd kurangkan emosi tingkatkan fakta!!
Semua org berhak beri pendapat jd harap boleh bc sbg 'raw input' utk byk lg proses seterusnye, TAK SURUH print out blrender rebus pastu minum pon (reversed ayt Shafina).
Walaupun opis korang dlm pusat pentadbiran negara,jgn pandah rendah org kat luar.Aku 'mungkin' xpernah smpai ke sana, jd jgn gmbrkan image yg xsepatutnye.

Psl media CETAK tu pikir2 la sendiri. Bg media yg spttnye 'atas pagar' (umum for Malaysian) harap bg informasi yg munasabah keseimbangannye. Yg dah dasar politik tu biaq pi kat depa nk guna printing permit 2 minggu sekali tu!!
Sourced from wikipedia;
Harakah is a newspaper founded in 1987 and published by Parti Islam SeMalaysia (PAS).

DEB oh DEB(program jangka panjang 1970-1990) adakah tercapai objektifnye? Boleh la dikatakan ada kesannye tp tidak secara menyeluruh. Aku ni sekolah kampung jer,SEKARANG 2008. Pikir la yer

Aku setuju dgn fakta; hiburan melampu. Mana taknye akademi 'modal insan' dh masuk musim ke-6. 2 juta dh habis sbb 2 pemenang one in the million(musim ke-2).Dulu zaman sekolah kampung, cikgu tanye cite2 kbnykan nk jd doktor,askar,polis dll. Tp skrg tak kurang yg nk jd penyayi n penghibur. Ingat tv berperanan besar n 'sajian' utama kanak2 kalu kat rumah. Control la apa yg patut!!

Shafina,
Cita2 besar nk jd menteri tu bagus, aku sokong!!! Tp dh jd menteri nanti jgn lupakan kitorang ni. Lagi byk pegang duit lg byk godaan.

Spek Ulator said...
pada hari 

Kerajaan malaysia ni patutnya jadikan harakah atau suara keadilan surat khabar harian, so bolehlah rakyat dapat maklumat yg setara dr 2 belah pihak...tu utk kebebasan bersuara...

ben said...
pada hari 

DEB pada dasarnya adalah tepat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum..tapi ianya telah disalahgunakan ...contohnya pembahagian projek diberikan kepada pemimpin2 umno utk dialibabakan kpd org lain...itu bukan cara pelaksanaan yg betul spt yg digariskan oleh DEB...

Aboo said...
pada hari 

Apa juga pandangan korang semua,pada aku itu pandangan masing2!Sama ada pandangan yg 'masing2' itu serong,membabi buta atau tidak berfakta...ianya tetap pandangan yg tidak patut diketepikan. Apa lg utk dideletekan...TAK PATUT!

Yang sebetolnya, parti mana kita, bangsa apa kita...sebarang dasar kerajaan kita perlu nilai. Mana2 dasar pada pandangan kita (pandangan peribadi) yg tak betol kita perbetulkan dalam bentuk meluahkan pendapat. Ini adalah saluran yg boleh dikatakan saluran yg betol utk meluah pendapat rakyat secara umum. Kalau tak...nak harap jumpa mana2 pemimpin...mampuslah!Lgkan rakyat buat demo pun diorang buat dekkk jer...

So..kawan2 lama/kawan2 baru (termasuk shafina & geng)...korang nak tulis apa pun...tulislah asalkan tidak menggugat keselamatan negara yg tercinta. Kalau komen anda menggugat mana2 keselamatan politik mana2 pihak...ITU TIDAK MENGAPA! Bezakan keselamatan politik dan keselamatan negara...

Apapun...penulis masih lg menunggu komen dari Cik Asyim, Orang yg bertanggung jawab memberikan 1% idea terhadap tulisan panjang lebar ini (Syim...Penat ambo tulis...)! Credit point free (menang tanpa bertanding) utk Cik Asyim... !!!

Kalau inilah gayanya, perjuangan takkan selesai...sampai bilapun ianya kita tetap dlm dilema (sebagai rakyat)!

Lady Dark said...
pada hari 

Utopia is a term for an ideal society. It has been used to describe both intentional communities that attempted to create an ideal society, and fictional societies portrayed in literature. The term is sometimes used pejoratively, in reference to an unrealistic ideal that is impossible to achieve, and has spawned other concepts, most prominently dystopia. The term was taken a fictional island in the Atlantic Ocean, written about by Sir Thomas More as the fictional character Raphael Hythloday (translated from the Greek as "knowing in trifles") as possessing a perfect socio-politico-legal system.

Read more about UTOPIA at http://en.wikipedia.org/wiki/Utopia

fina said...
pada hari 

Assalamualaikum

Cuaca panas diluar pejabat tidak menghalang diri ini untuk rehatkan jiwa yang tenang lagi lapang, tentunya hati pun girang,berteman kopi secawan. Sekadar pembuka kata.

Ramai benar yang nampaknya mengherdik diri ini secara peribadi,jiwa ini tidak pernah gentar akan mana2 orang yang cuba mengadu domba terhadap jiwa ini.

Mr.Aboo Sayaf,telah pun memberikan lampu hijau florescence untuk apa juga komen2 diblog ini. Tahniah atas keterbukaan saudara yang diingati selalu. Dalam solat aku mendoakan diri mu. Minta agar dirimu lebih terbuka untuk menerima apa juga dasar2 kerajaan. Terima kasih juga diucapkan kepada Al-azhar yg mendoakan diri ini. Marilah kita menadah tangan mendoakan masing2..amin!!!!!!!

Sahabat dunia&akhirat,nina...terima kasih atas respon kilat.Hujung minggu ini jgn dilupa temujanji kita ditempat biasa.

Saudara akagi yg failed SPM,repeat balik je lah. Apa susah!

Diri ini hanyalah pegawai kerajaan bergred N44,tidaklah seberapa pun,tp tinggilah juga pangkat itu.Para ini utk Archemege.

Lady dark ada memberikan utopia,tp diri ini mengatakan bahawa sememangnya mustahil utk wujud kerajaan yang sebegitu.

Selebihnya jiwa yg tenang ini sudah malas utk meluahkan perasaan buat ketika ini. Cukup sekadar respon2 yg berpada pada waktu ini.


Shafina
Mencari damai abadi!

MR WALKIE TALKIE said...
pada hari 

atas permintaan Aboo... aku yang memberikan 1% daripada idea penulisan tampil menyokong penuh pendapat aboo.
Pemimpin tertinggi sekarang dah pandai sebut MUHASABAH DIRI tapi rasonya tak tahu maksud sepenuh dan sebetulnya perkataan tsbt.
Fikirkanlah wahai rakyat malaysia...kita berada dalam landasan yang betul dalam pentadbiran negara kerana CHECK & BALANCE ini ( merujuk kepada keanggotaan dalam Parlimen) adalah sesuatu yang menjadikan pemimpin yang dulunya anggap pandai tetapi sekarang harus buat homework dulu sebelum persidangan parlimen,kena betul2 berintegriti,sentiasa muhasabah diri dsb.rakyat loni semakin bijak menilai perlakuan dan kerja PAK MENTERI dan PEMIMPIN.

LaDy Dark said...
pada hari 

"kita berada dalam landasan yang betul dalam pentadbiran negara kerana CHECK & BALANCE ini ( merujuk kepada keanggotaan dalam Parlimen) adalah sesuatu yang menjadikan pemimpin yang dulunya anggap pandai tetapi sekarang harus buat homework dulu sebelum persidangan parlimen,kena betul2 berintegriti,sentiasa muhasabah diri dsb.rakyat loni semakin bijak menilai perlakuan dan kerja PAK MENTERI dan PEMIMPIN".
--> so so true. walaupun sedih dengan kekalahan BN, tapi rasanya sudah tiba masanya kerajaan dicabar dengan parlimen yang lebih 'balance' dan critical. all for the good of the rakyat... cos in the end.. that is the only thing that should matter.

marcell said...
pada hari 

emm..akhirnya dpt gak aku merehatkn diri sambil menaip comment tuk article ko ni..secara jujurnya mmg aku suka article kali ni..better dari yg lepas..hehe..aku mmg tak puas hati dr dlu lg ngan media2 kt m,sia ni..especially puak2 media yg byk tulis benda yg memuji n byk sembunyikn benda yg terang2 rakyat bleh nmpk pincangnyer..lebih kurang nk mengampu or medi2 ni mmg 'diorg'yg pegang..

tp aku suka bila PM kata n dlm paper 2-3 hari lps yg 'diorg' kalah dlm perang siber..byk blog n web yg tak menyebelahi diorg..emm n mgkn blog ko ni pun bleh jdi contoh..huhu..n of coz la anak2 muda remaja..post remaja..n pe2 remaja la yg slalunya involve ngan benda2 camni..so secara tak langsung ni la alasan nape 'diorg' ni bleh kalah..em..mgkn pasni 'diorg' kena ada pakar dlm bidang ni masa election 5thn akan dtg..huhu..

Anonymous said...
pada hari 

Dear net-pals..

I'm sorry for being impolite last time,last nite i just have a chats with fina...also talk about this matter. We just to be sincere since we both are BN's Puteri...Mana tak marah ek?

On behalf me myself...I'm so sorry about all this matter. Hope you guys can accept me and fina to be a good friend wheter we have no chemistry in politics. Hahaha...Unik.

You,author...I'm waiting your new article. hope no more provocative writing. Write properly. BEWARE of our old bacholete gang's comment!Haha

Nina (think positve)

LaDy Dark said...
pada hari 

dear sis nina...
im glad you came to your senses. i hope you can use your position to channel whtaever thoughts argued and discussed here to the appropriate auhorities so that everything that has been discussed here is not put to waste. it would be a tremendously appreciated effort from you as a gov official and my fellow Puteri.

however so, i would like to emphasize that your critism and thoughts are very much welcomed here, just do it appropriately ya.

again, congratulations on your insight!

to my fellow batchmate MARCELL... wah2, akhirnya muncul juga ek... ko ni ada2 je benda yang ko baca kat suratkhabar. papepun, aku harap PM kita dpt muhasabah diri dgn lebih kerap lagi.

Anonymous said...
pada hari 

alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana Allah telah bukakan hati shafina dan kawan2nya..Yang Maha Kuasa saja yang mampu mengubah hati seseorang itu, dan ..alhamdulillah sekali lagi..

el-azhar, egypt

fina said...
pada hari 

Isnin-7April...Pagi yg indah tidak mendorong jiwa yg tenang bekerja seperti biasa diminggu pertama bulan keempat.

Jiwa yg tenang sebenarnya gembira dengan comment sahabat baik,kita sama2 bujang,sama2 tua.

Sahabat,walaupun kita sudah tidak satu sepejabat,namun tidak bermaksud kita akan berjauhan. Yang pasti kita tetap serumah dan tetap masak dinner bersama2.

Soal blog ini,ianya sebenarnya perkara remeh yg tidak langsung menggugat rutin hidup bagi jiwa yg tenang.

Sahabat tentu lebih lembut berbanding jiwa ini yg sememangnya tegar terhadap sebarng cabaran dan rintangan.

Jiwa ini menunggu tulisan terbaru penulis. Jika dihitung,sudah berbelas kali jiwa cuba memahami,mendalami tulisan ini,cuba mencari2 kelemahan2 utk dicantas hidup2(bak kata penulis dulu) Sayangnya,akhir2 ini kelihatannya penulis begitu sekali berhati2 terhadap tulisannya.

Begitupun,jiwa ini mengucapkan selamat pagi malaysia kepada semua anda2 yg membaca comment ini. Paling special buat azhar yg sentiasa berwatakan seperti ustaz.

sekian buat masa ini.


fina
Mulakan kerja!

BVLGARI said...
pada hari 

new comer ( MR Waklie Talkie)

salam buat semua......
dapat ilham dari Aboo untuk sama2 menyumbang idea untuk kebaikan negara dan harap Fina dang kengkawan/suppoters buleh terima dengan positif.

C U

Aboo said...
pada hari 

Huhu...apa nak dikata?!

Nina...gua puji sikap lu yg Ok tu..huhu!Apa2..kita tgk dan lihat perkembangannya! Tulisan mendatang pun panas juga. Komen lah pedas mana pun...gua tak heran. Lu kena belajar baca dan cari fakta. Jgn membabi buta bila counter balik.Huhu! Banyakkan membaca!Cari pengetahuan...Nnti ptg balik rumah cakap juga benda ni pada kawan baik lu...hahaha!

Marcell...thanks sbb komen juga walaupun komen terdahlu ko tak klik pada publish. Technical error...salah sendiri tu!jangan salahkan aku. Sopi pun tak salah...hahaha! Ada tulisan baru,aku akan bgtau ko...huhuhu!

Mr.Walkie Talkie akhirnya muncul...huhu!Lama kawe tunggu demo...Apa2 cadangan demo tempoh hari pasal jabatan kerajaan di 4 negeri tu,kawe tengah study skit...sblm tu kawe kena siapkan assignment kawe,nak submit 10/4 ni..huhu! Stroke demo mmg dasat...

Mr.El...nick yg sesuai utk dakwah. Teruskan mentarbiah kedua2 makhluk Tuhan yg agak sesat itu!Huhuhu...

Spekulator...kalu demo kesan sebarang masalah dalam komen2 kat sini...backup kawe segera!Demo cantas hidup2...Demo mmg alliance yg best! huhuhuuhu!Cadangan demo pasal KWAMP ari tu,kawe pun duk baca2,cari fakta utk di-twist-kan..huhu! Sabar menanti, ada apa2 idea demo royak je lah...
Alaa...macam biasa!

Archemege...blog yg lu bikin tu dah ok tu,study skit2...huhu! Nak sedapkan tulisan,lu kena study skitlah...gua tak cakap gua punya tulisan best,tp feel tu dtg bila lu bnyak membaca dan menulis. Selebihnya aku tak layak nak komen lebih! kata org, practice make perfect!Utk pakej santai blog archemege,

SILA LAWAT http://archemege.wordpress.com

Shafina...Lu pikir la sendiri apa lu nak buat,apa lu nak makan,apa lu nak apa...!sekali lg..LU FIKIR LA SENDIRI.......................................

Thaksn

Anonymous said...
pada hari 

kepada semua pembaca dan pengkomen, dlm membuat komen atau kritikan tu kita kena buat biar berhemah dan tidak menjurus kepada perpecahan...kita kena berpegang kpd sabda Rasulullah melalui hadith sohehnya: Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi sahabat2nya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri..

utk tatapan semua...


el-azhar, egypt

Anonymous said...
pada hari 

Wow......this one too nice,dah boleh tabik ni!!!! Anyway.....this Aboo exrottw?abu jazny?if yes,no wonder tulisan sebagus seir..and kita kawan lama.

Amirul
Tingkat43,klcc./

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.