Wednesday, May 28, 2008

UMNO Oh UMNO; DULU, KINI & SELAMANYA...?!

Tun Dr. Mahathir, pernah lebih dua dekad menjadi orang yg paling berkuasa di Malaya dalam konteks kepartian menjadi Presiden kepada ‘Parti Dulu, Kini dan Selamanya’ dan skop lebih gah, menjadi Perdana Menteri. Pada 20 May 2008, keluar dari parti yang mengangkatnya ke persada kuasa sebelum ini. Begitu sekali kuasa yang sebuah parti politik miliki…Siapa yang jadi Presiden-nya, maka itu lah manusianya yang akan memegang kuasa memerintah Malaya (Jika menang election lah!). Pada hari ini Saudara Ezam Mohd Noor masuk semula UMNO, katanya UMNO yang ada sekarang memenuhi citarasanya yang ada element ‘pro-reform’. Ntah lah… Aku NO-KOMEN pasal kemasukan Si Ezam nih…! Tak penting bagi aku…

Macam-macam pendapat yang dikeluarkan oleh manusia-manusia di Malaya ini berkenaan isu keluar parti oleh Tun Dr. Mahathir. Yang baru masuk parti pun kuat juga mengkiritik. Yang baru dapat kedudukan dalam parti tak kurang juga mengutuk. Ada yang mengatakan beliau sudah nyanyuk, ada yang mengatakan beliau tidak jujur dan setia pada parti. Yang paling ngilu kedengarannya, bekas timbalan beliau dahulu yang bertanding menentang beliau untuk kerusi Presiden pada tahun 1986-1987 seorang ‘Tun’ juga mengatakan “Duri dalam daging sudah tidak ada…” Gumbira sekali bunyinya… Semacam dendam lama sudah terbalas…Setelah 20 tahun berlalu akhirnya dendam berbalas juga! Tahniah untuk engkau Si Musa Hitam…


“Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.”
– Petikan dari Chedet.com (22 May 08)


Lima Presiden (tidak termasuk Datuk Onn Jaafar) merangkap Perdana Menteri yang ada sekarang dan yang lepas, amnya rakyat kita boleh dikatakan agak bernasib baik sebabnya kita memperoleh kepala-kepala yang agak OK kecuali…?! Kalaulah kepala yang duk kat kerusi Presiden parti itu dipegang oleh Mat Komando dan Majlis Tertinggi yang rata-ratanya akan menjawat jawatan besar di mana-mana kementerian pula dianggotai oleh para perogol bersiri, kaki-kaki raba bontot pelayan warung, Kaki-kaki pecah rumah, kaki-kaki rompak bank dan barua-barua edar dadah contohnya…Ish, tak kah dasyat tu?! Tetapi yang duk ada dalam parti itu sekarang, tidak kurang juga nafsu-nafsinya. Amati sendiri setiap yang ada…Kaki raba bontot memang ada. Misi beliau makan ketupat dan rendang di ISS pun sudah terlaksana. Tahniah! Itu pasal kontrak kamu tidak disambung, misi kamu sudah selesai… Perjuangan kamu sudah selesai.


Pengunduran bersyarat (akan masuk balik) Tun Dr. Mahathir dari parti tersebut disusuli statement yang jelas “Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan Negara’. Beliau juga secara terus terang berkata “Paklah perlu digantikan segera dan tidak kisah siapa pun yang menggantikan beliau asalkan beliau disingkirkan segera…” Itu jelas! Yang tidak jelas, siapa sebenarnya yang mahu diangkat oleh Tun Dr. Mahathir? Mana boleh ‘asalkan sesiapa’ boleh ganti Paklah. Yang nak mengepalai Negara sememangnya dan sebolehnya adalah insan terpilih dan bukannya mana-mana ‘insane’ yang dipilih. Lain tu, insan dengan insane…Jauh bezanya!


Ayuh kita belek sejarah politik Malaysia. Yang aku baca, hanya Allahyarham Tun Abdul Razak (PM yang paling aku respect!) saja yang meninggal dunia ketika dalam UMNO, Itu pun meninggal secara mengejut. Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Hussein teguh bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Semangat 46 selepas krisis UMNO diharamkan pada 1986 dulu (Ingatkan kes Hakim yang mendapat ex-gratia bulan lalu). Jadi, apa hairannya jika Tun Dr. Mahathir keluar dari parti. Itu sudah budaya kepimpinan UMNO sejak dulu. Puncanya ketidak puas hati atas dasar-dasar pengganti. Sama apa yang dialami oleh Tun Dr. Mahathir sekarang.


Apa pun kata orang, bagi aku walaupun Paklah tidak layak menjadi pemimpin nombor satu sekurangnya janganlah digulingkan dengan cara sebegitu. Akan tercatat juga pada sejarah bahawa beliau juga ‘negarawan’ nanti. Gelaran ‘Tun’ sudah pasti. Cuma aku duk fikir, Kalau Tun Dr. Mahathir ‘bapa permodenan’, Tun Hussien ‘bapa perpaduan’ Tun Razak ‘bapa pembangunan’ dan Tunku ‘bapa kemerdekaan” maka ‘bapa’ apa untuk Paklah?! Yang nyata beliau adalah bapa kepada Si Nori dan Si Kamal. Lagi jelas beliau adalah ‘bapa mertua’ Khairy. Cuma biarlah Paklah gentleman seperti Tun Hussien melepaskan jawatan setelah masalah kesihatan. Namun ada juga ura-ura mengatakan Timbalannya pada waktu itu yang mendesak beliau berbuat demikian. Tindakan Tun Hussien itu memang terpuji…Baca sejarah!


Soal gelaran, anugerah dan darjat. Malangnya, hakikat yang tidak boleh disangkal…Bila mana Parti Dulu, Kini, Selamanya memerintah…Siapa yang dikatakan mengkhianati parti maka sampai mati pun tidak akan dapat apa-apa anugerah dan balasan. Contoh paling menarik, Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO… beliaulah orangnya yang mengasaskan UMNO pada 11 May 1946 di Johor Bharu semasa Kongress Melayu ketiga diadakan. Cubaan beliau untuk mencadangkan keahlian UMNO dibuka untuk semua kaum ditolak, beliau melepaskan jawatan Presiden (Yang Di-Pertua pada ketika itu) setelah merasakan tindakan beliau tidak secocok dengan agenda parti. Sejak itu hingga sekarang namanya disebut berulang kali, jasanya di hujah setiap kali PAU diadakan, tapi gelaran ‘Tun’ untuk beliau??? Hingga kini tidak beliau diperolehi. Sedangkan Tok Hakim Besar Malaya yang bersekongkol dengan VK Lingam pun layak dapat ‘Tun’. Mana lebih besar jasa seorang Hakim Besar Malaya dengan seorang manusia yang mengasaskan sebuah parti yang berjuang untuk KEMERDEKAAN Negara…Itu standard kita pada hari ini.


Sudahlah…Kita biarkan dan jangan duk fikir sangat siapa yang layak ganti Paklah sekarang. Sebabnya dah di beritahu tentang rancangan peralihan kuasa yang tentunya orang itu adalah ‘bakal PM saya’. Tapi instant instinct aku, aku pilih Tan Sri Muhiddin Yasin sebagai PM seterusnya. Ironinya…Jika pandang ke depan sedikit, kita tilik tengok siapa yang duk ada untuk menjadi pemimpin pelapis yang bakal duduk di kerusi Presiden yang sebetulnya automatic menjadi Perdana Menteri. Kelihatannya ada beberapa calon. Itu pun kategorinya anak beranak mereka juga. Khairy? Hishamudin?Mukhriz? Kan anak beranak semua tu. Tak belah sana, belah sini. Sebenarnya aku malas nak tulis 2 kali soal kuasa pemerintahan Negara kita kini sedang direbut oleh mereka dan keluarga mereka. Untuk soal pemimpin pelapis ini baca tulisan baca artikel BIAR MEMIMPIN JANGAN DIPIMPIN BARULAH PEMIMPIN. Dapatkan point-point penting. Fikirkan sendiri…


ISU KETUANAN BANGSA…?

Implikasi isu keluar parti oleh Tun Dr. Mahathir, kesan yang dibawa media (media alternatif dan mainstream) keriuh rendahnya, gegak gempita satu Malaya (terutama geng belah tu la) Ianya semacam Malaya kena ambush oleh Tentera berbasikal Jepun lagi sekali. Kekadang terfikir bagus juga kalau Malaya kena ambush lagi sekali… Kenapa? Kita boleh tengok kesatuan bangsa kita semacam dulu-dulu punya kesatuan. Mesti kita semua yang Melayu-Melayu ini akan bersatu padu. Sebabnya ini tanah tumpah darah kita. Tanah peninggalan Tok Nenek kita yang bangsanya adalah Melayu…


Jika lagi sekali kita diserang, lagi penting kita boleh tengok kalau-kalau ada bangsa-bangsa yang sebenarnya asing yang tiba di Malaya. Asalnya dengan bersama kapal-kapal penjajah yang dulunya dibawa ke Tanah Besar Malaya dengan tujuan dijadikan kuli-kuli batak untuk bekerja di estet-estet dan lombong-lombong kini secara sedar mula mahu mengambil alih kerusi ketuanan dari tuan tanah! Ish…macam kes Israel takluk Palestin pun ada meh-meh nya. Maka…Jika Malaya diserang sekali lagi, kita akan tahu mana satu tali barut mana satu yang betol-betol cintakan tanah air. Yang pastinya, Melayu akan bersatu macam biasa. Undi melayu pun kini sudah terpecah tiga. Itu hakikat.


Soal Ketuanan Melayu? Yang itu sudah lama terhakis…Sejak bila? Sejak dari perkongsian kuasa pemerintahan. Sejak dari penubuhan parti berkomponen antara bangsa-bangsa lagi. Ya…Sejak setengah dekat lalu…Sejak pilihanraya pertama lagi. Maka usah bicara soal ketuanan bangsa jika kita tidak memelihara ketuanan kita dari awal lagi. Silapnya kita dari awal mengamalkan perkongsian kuasa sedangkan pada waktu itu kita boleh menyekatnya. Dari penguasaan ekonomi secara sedar kuasa memerintah juga mahu diambil alih. Kita sudah silap dari awal lagi. Akan dating apa jadi pun taktau lah.


Dari Tanah Melayu, jadinya Malayan Union idea oleh British. Tahun 1963 tukar kepada Malaysia. Secara sedar, nama melayu pada nama Negara ini pun makin berkurang dan terhakis. Kuasa pun makin terhakis juga. Nama Melayu makin hilang agaknya bakal pupus jika ketuanan kita sebagai bangsa asal tidak dijaga. Silap-silap jadi ‘Malacindia’ Malaysia ini nanti…Ini bukan hinaan, tetapi sinikal oleh aku yang cintakan Negara aku. Negara tumpah darah ku…


Bila Kita bercakap soal ketuanan maksudnya kita sedang bicarakan tentang kuasa mentadbir dan mengurus Negara sedangkan kita yang melayu-melayu lemah dari segala segi. Sebenarnya buang masa untuk menulis panjang soal ketuanan melayu ini sebabnya terlalu banyak isu bodoh-bodoh yang ditimbulkan kita yang namanya Melayu ini. Malas untuk bicara panjang soal ini. Baca selebihnya di tulisan Fikir-fikir; Melayukah Aku? Berkenaan isu bodoh-bodoh melayu kita.


Soalnya sekarang, setakat jam 2.12am 23May 2008 ini…sejauh mana kekuatan Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan sebenarnya sebagai parti yang dikatakan entiti utama yang boleh menjaga ketuanan Melayu. Ulang balik kata-kata Tun Dr. Mahathir pada sesi perletakkan jawatan beliau dengan nada lantang beliau mengatakan “Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah, keluarganya…bla…bla..bla…” Keluarga…Keluarga…Keluarga… Dari dulu lagi beliau memperkatakan hal ini. Sebenarnya aku pun tak tahu apa disebalik semua ini. Kemana hendak diarahkan Malaysia kita ini? Wawasan 2020? Impian 2057? Makin mengarut...

UMNO sebenarnya bersih
dan penuh beramanah cumanya terlalu banyak tahi yang sedang mengerjakannya. Perjuangan orang-orang lama menjadi sia-sia. Tidak pernah dibalas dan dihargai malah UMNO kini dirogol secara bergilir-gilir untuk mendapatkan habuan dunia atas nama perjuangan UMNO. Ntahlah…balik-balik keluarga, keluarga, keluarga…Ratah dan melantaklah kamu harta Negara yang sepatutnya menjadi ekuiti kaum bumiputera seterusnya komiditi kepada kaum-kaum lain untuk kamu dan keluarga kamu. Aku halalkan…


Aboo [ Read More...... ]

Friday, May 16, 2008

HAPPY GURU DAY ! ! !

16 May… Hari Guru! We would like to wish HAPPY GURU's DAY…to our beloved Sis Sharifah (Kak Long) and Bro Zainuddin, my eldest in-law! What's so special about my Kak Long…? She can play the guitar much….much…much… MORE BETTER than Mr. Pali aka Achemege besides another few more musical instruments! Ops...Mr.Stanly, my guitar sifoo...


To Aboo's fellas…Men aka Real Muzam (President of PERKECIL), Bob Aero (Khabarnya kena posting di Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah) , Chan aka Mr.Bundle, Saiful Udang RXZ, Hasanol aka Senoi Pasir Mas, Haris Kurus and also Cikgu English Miss Rabia….Happy GURU Day…

(I will update the names of my friends who has joined the 'GURU-KPLI United'…So Please let me know if I miss out any names!)


To the Lady's friends... Cikgu Yanie aka Macho, Cikgu Zul Marno (bakal pengetua tadika- he loves kids!), Cikgu Wanie and... Hmm... I dont know many teacher's do I... pape pun... have a blessed Teacher's Day!


Ops…not forgetting…Ustazah Ti (Achemege's wife), Cikgu Kimi (CreamFlag), Cikgu Ije (ex-pair Rank#2 2007 CreamFlag Supper Series) …Sis Nur Fadhilah (Bro Ainor's wife), Capt.'s wife (apa nama tak tau…!) and… to everyone that we know but has yet to mention!

(we will be updating the list as we get new names)


Hmm…Talking about GURU especially KPLI- GURUs…you guys should read the 37 controversial comments at 'CATATAN PERJALAN HUJUNG TAHUN' …


So…HAPPY GURU DAY from UNPUBLISHED NOTES ! ! !

Please share your sad moment…sadist moment…or any unforgettable memories with your teacher in here…Thanks ! Let's share… !



Aboo & Lady Dark

[ Read More...... ]

Sunday, May 11, 2008

Celebrating Mothers...

Hmmm...May 11, Mother's Day! I just wanna wish my mother Hajjah Aishah Salleh, 61years old...veteren WANITA UMNO member... single mother...the one and only mother to me... a happy mother's day...!She didn't give me permission to expose too much of her on this blog since she has quite a negative impression on blogs as it is said to be one of the reasons her BELOVED PARTY LOST!

Just wanna to share something... Last night, my family celebrated Lokman Hakim's (my brother's son) 6th birthday....All my 4 siblings and in laws were present. My brother treated us with KFC. What was interesting was that Lokman cried after we all sang an out of tune happy birtday's song, too happy perhaps..?!Just remembered the song lyrics....

"Selamat Hari jadi..Selamat Hari jadi...Selamat Hari jadi Lokman...Semoga panjang umur...semoga murah rezeki...and bla...bla..blaa..."

For his 6th birthday, Lokman got my keyboard which Bro Peyol wanted to buy it RM80 from me last year...huhu! I was lucky I had something i wasn't using to give my nephew as a present...
Anyhow...All this is about happiness! I knew my mother was happy being with her children... although some of us never listened to her...(that would mean ME!) and her naughty but adorable grandchildren... But i have to say that when she lectures... It hurts the soul! huhu...

ABOO


My mother is no hajjah... no grandchildrens yet (that would probably be my fault and also hers for not letting me marry early, haha!)... a 58 year old BARISAN supporter... a wife and a mother of three...and looks like sharifah aini or Dr Torres in Greys Anatomy!... Rasul Bee binti Mohd Ismail... yup, she has a wierd name... she blames my indian grandfather for that... but i think its cool anyway...

So wat do i say about my mom... she nags...ALOT. she controls my life ...ALOT. she refuses to listen to excuses and wat she says goes. she basically has the veto say in my life. but im glad shes like that. because of her, i am one week away from being a dentist. because of the values she forced into us, i am a trustable, honest and dependable person. because of her, my two sisters are each in Medical and Pharmacy courses. its because of her believe in us that we are who we are and well cared for.

Anyway... i would like to wish my mummy the Happiest Mother's Day. Hope you like what we bought for you this year! :)

LADY DARK


So... Our hope is that all of you take this once in a year oppurtunity to say Happy Mother's Day to your mother... If you are too shy to do so, we invite you to immortalise your favourite memories with your mother in this blog and may it count as an unsaid wish to your mothers.

Aboo & Lady Dark

[ Read More...... ]

Thursday, May 8, 2008

Work and Play !

Exhausted...Relieved. ..Finally...
I cant really find the exact words to describe what I felt on that faithful
30thof April 2008 when at 5pm, 2 years of clinic was officially OVER… OVER… soooo OVER…!

Clinic was definitely a fiesta that day… many making last minute attempts at finishing their clinical requirements… last crown to be issued, last tooth extraction, last Class II cavity, last review of URA… I wasn’t left out of the ‘fun’. I finally issued my last Cobalt Chrome denture which I pray the pakcik will wear. Had to bother Dr Adam who was busy at his wife’s stall to help me out with the issuing of denture. He was quite annoyed but I had to do what I had to do.

Yup, on that same day, our school had PASARIA to celebrate Pusat Pengajian Sains Pergigian USM’s 10th Anniversary. So our doctors were busy with their stalls, adding up to the chaos that day.

And what does one do after 2 years of hard work... one goes on holiday!!! I packed my bag the next day and headed to Kuala Terengganu to find peace and tranquility. Here’s a recap of my short but sweet holiday…


Day 1

I reached Terengganu by bus only to find that all the affordable chalets in town were fully occupied due to the Labour’s Day long weekend. While looking for a chalet, I got a chance to visit the Terengganu Equestrian Resort. Who would have guessed that this seaside state was home to such a luxurious place.

We then headed out of town. So I had to settle for a chalet nearing Marang which I strongly do not recommend. Stiff bed, noisy staff, small tv, no tv reception, no tv remote control, squatting toilet and shaky room… seriously, my room literally rocked. i have no idea why. The only thing good about it was that it was by the beach.

At night I was brought to the biggest Mydin in Malaysia which everyone should go to! Huge! Humongous! And I also visited Giant which was just opposite it.

Then I returned home to my stiff bed and lousy reception TV where I watched WWE Raw till I fell asleep.


Day 2

I woke up early to catch the famous Nasi Dagang. Was lucky to get there in time cause if we were two minutes later, the Nasi Dagang would have been finished. It was delicious and cheap!

Then in the afternoon, I got to enjoy the breathtaking view of the beach at the area of the airport. Many families were enjoying themselves and even horse riding. Had some sotong and ikan goreng at a stall nearby with an adorable couple who’s kindda my cousin- in- laws to be… if both our plans work out la… haha… Welcome Ba'e (he prefers his identity to be withheld, haha!) and his fiancée Nadia to UNPUBLISHEDNOTES. And thanks for the sotong and fish which you were conned to pay!

Then at night I was brought on a tour around Marang. They have this beautiful masjid. And much to contrary believe, Marang ain't so bad… not the kampong place its been said to be. Its not KL but ok la…


Day 3

Checked out of my chalet at 2. It started raining in the beautiful town of Marang. Next stop before my bus at 8 pm was the famous and controversial Masjid Crystal… I visited the much talked about Masjid Kristal. What I have heard before arriving…”bukan bleh smayang kat situ pon” and “ada reflection jin kat masjid tu” and “bazir duit je” and much more lah…

I arrived there expecting to feel the same. As I too thought of that place as being a waste of money especially if you cant pray in it. The journey to the mosque was abit confusing as it lacked proper signboards…tu pun added to my bad impression towards that place… luckily my ‘driver’ had good navigational instincts… although we did get lost once! Haha!. But when I got there, I must say that the place was beautiful… breathtaking… and it wasn’t even complete yet! And yes… it turns out that you CAN pray in Masjid Kristal, it’s the other two beside it that you cant.

And the theme park was also definitely edutaining! You could learn soo much about the magnificent mosque around the world and then realize how important that Malaysia has its own. Dunno bout you, but I see lots of potential in this place… I just hope it is developed properly. Bottom line is you should not listen what others say… People’s judgment of this magnificent mosque has been tainted by their political idealism. go check it out for yourself… then decide if it’s a waste or not… plus it is Visit Terengganu 2008… grab that opportunity.

Bus back was at 8, kindda sad to leave Terengganu, but had to go back to Kelantan… plus I'm not working yet to afford an extension of my stay.


Good Luck People!

Anyway, back to academic issues… its study week now… finals are on the 18th of May. I wanna take the opportunity to thank all the lecturers who didn’t bar me (haha!) and wish all my colleagues the best of luck… hope ramai dapat distinction, bebudak medic khabarnya SEMUA LULUS...COngats! And...Ba'e, cepat2 nikah dengan Nadia...



Lady Dark

UPDATE: Double tumbs-up each to SOPHIA ANN MURRAY and AIRIN KOAY...DISTINCTION TUUU!!!! huhu...tu je! Yang lain tu..Congrats juga!

Aboo

[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.