Wednesday, May 28, 2008

UMNO Oh UMNO; DULU, KINI & SELAMANYA...?!

Tun Dr. Mahathir, pernah lebih dua dekad menjadi orang yg paling berkuasa di Malaya dalam konteks kepartian menjadi Presiden kepada ‘Parti Dulu, Kini dan Selamanya’ dan skop lebih gah, menjadi Perdana Menteri. Pada 20 May 2008, keluar dari parti yang mengangkatnya ke persada kuasa sebelum ini. Begitu sekali kuasa yang sebuah parti politik miliki…Siapa yang jadi Presiden-nya, maka itu lah manusianya yang akan memegang kuasa memerintah Malaya (Jika menang election lah!). Pada hari ini Saudara Ezam Mohd Noor masuk semula UMNO, katanya UMNO yang ada sekarang memenuhi citarasanya yang ada element ‘pro-reform’. Ntah lah… Aku NO-KOMEN pasal kemasukan Si Ezam nih…! Tak penting bagi aku…

Macam-macam pendapat yang dikeluarkan oleh manusia-manusia di Malaya ini berkenaan isu keluar parti oleh Tun Dr. Mahathir. Yang baru masuk parti pun kuat juga mengkiritik. Yang baru dapat kedudukan dalam parti tak kurang juga mengutuk. Ada yang mengatakan beliau sudah nyanyuk, ada yang mengatakan beliau tidak jujur dan setia pada parti. Yang paling ngilu kedengarannya, bekas timbalan beliau dahulu yang bertanding menentang beliau untuk kerusi Presiden pada tahun 1986-1987 seorang ‘Tun’ juga mengatakan “Duri dalam daging sudah tidak ada…” Gumbira sekali bunyinya… Semacam dendam lama sudah terbalas…Setelah 20 tahun berlalu akhirnya dendam berbalas juga! Tahniah untuk engkau Si Musa Hitam…


“Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.”
– Petikan dari Chedet.com (22 May 08)


Lima Presiden (tidak termasuk Datuk Onn Jaafar) merangkap Perdana Menteri yang ada sekarang dan yang lepas, amnya rakyat kita boleh dikatakan agak bernasib baik sebabnya kita memperoleh kepala-kepala yang agak OK kecuali…?! Kalaulah kepala yang duk kat kerusi Presiden parti itu dipegang oleh Mat Komando dan Majlis Tertinggi yang rata-ratanya akan menjawat jawatan besar di mana-mana kementerian pula dianggotai oleh para perogol bersiri, kaki-kaki raba bontot pelayan warung, Kaki-kaki pecah rumah, kaki-kaki rompak bank dan barua-barua edar dadah contohnya…Ish, tak kah dasyat tu?! Tetapi yang duk ada dalam parti itu sekarang, tidak kurang juga nafsu-nafsinya. Amati sendiri setiap yang ada…Kaki raba bontot memang ada. Misi beliau makan ketupat dan rendang di ISS pun sudah terlaksana. Tahniah! Itu pasal kontrak kamu tidak disambung, misi kamu sudah selesai… Perjuangan kamu sudah selesai.


Pengunduran bersyarat (akan masuk balik) Tun Dr. Mahathir dari parti tersebut disusuli statement yang jelas “Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan Negara’. Beliau juga secara terus terang berkata “Paklah perlu digantikan segera dan tidak kisah siapa pun yang menggantikan beliau asalkan beliau disingkirkan segera…” Itu jelas! Yang tidak jelas, siapa sebenarnya yang mahu diangkat oleh Tun Dr. Mahathir? Mana boleh ‘asalkan sesiapa’ boleh ganti Paklah. Yang nak mengepalai Negara sememangnya dan sebolehnya adalah insan terpilih dan bukannya mana-mana ‘insane’ yang dipilih. Lain tu, insan dengan insane…Jauh bezanya!


Ayuh kita belek sejarah politik Malaysia. Yang aku baca, hanya Allahyarham Tun Abdul Razak (PM yang paling aku respect!) saja yang meninggal dunia ketika dalam UMNO, Itu pun meninggal secara mengejut. Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Hussein teguh bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Semangat 46 selepas krisis UMNO diharamkan pada 1986 dulu (Ingatkan kes Hakim yang mendapat ex-gratia bulan lalu). Jadi, apa hairannya jika Tun Dr. Mahathir keluar dari parti. Itu sudah budaya kepimpinan UMNO sejak dulu. Puncanya ketidak puas hati atas dasar-dasar pengganti. Sama apa yang dialami oleh Tun Dr. Mahathir sekarang.


Apa pun kata orang, bagi aku walaupun Paklah tidak layak menjadi pemimpin nombor satu sekurangnya janganlah digulingkan dengan cara sebegitu. Akan tercatat juga pada sejarah bahawa beliau juga ‘negarawan’ nanti. Gelaran ‘Tun’ sudah pasti. Cuma aku duk fikir, Kalau Tun Dr. Mahathir ‘bapa permodenan’, Tun Hussien ‘bapa perpaduan’ Tun Razak ‘bapa pembangunan’ dan Tunku ‘bapa kemerdekaan” maka ‘bapa’ apa untuk Paklah?! Yang nyata beliau adalah bapa kepada Si Nori dan Si Kamal. Lagi jelas beliau adalah ‘bapa mertua’ Khairy. Cuma biarlah Paklah gentleman seperti Tun Hussien melepaskan jawatan setelah masalah kesihatan. Namun ada juga ura-ura mengatakan Timbalannya pada waktu itu yang mendesak beliau berbuat demikian. Tindakan Tun Hussien itu memang terpuji…Baca sejarah!


Soal gelaran, anugerah dan darjat. Malangnya, hakikat yang tidak boleh disangkal…Bila mana Parti Dulu, Kini, Selamanya memerintah…Siapa yang dikatakan mengkhianati parti maka sampai mati pun tidak akan dapat apa-apa anugerah dan balasan. Contoh paling menarik, Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO… beliaulah orangnya yang mengasaskan UMNO pada 11 May 1946 di Johor Bharu semasa Kongress Melayu ketiga diadakan. Cubaan beliau untuk mencadangkan keahlian UMNO dibuka untuk semua kaum ditolak, beliau melepaskan jawatan Presiden (Yang Di-Pertua pada ketika itu) setelah merasakan tindakan beliau tidak secocok dengan agenda parti. Sejak itu hingga sekarang namanya disebut berulang kali, jasanya di hujah setiap kali PAU diadakan, tapi gelaran ‘Tun’ untuk beliau??? Hingga kini tidak beliau diperolehi. Sedangkan Tok Hakim Besar Malaya yang bersekongkol dengan VK Lingam pun layak dapat ‘Tun’. Mana lebih besar jasa seorang Hakim Besar Malaya dengan seorang manusia yang mengasaskan sebuah parti yang berjuang untuk KEMERDEKAAN Negara…Itu standard kita pada hari ini.


Sudahlah…Kita biarkan dan jangan duk fikir sangat siapa yang layak ganti Paklah sekarang. Sebabnya dah di beritahu tentang rancangan peralihan kuasa yang tentunya orang itu adalah ‘bakal PM saya’. Tapi instant instinct aku, aku pilih Tan Sri Muhiddin Yasin sebagai PM seterusnya. Ironinya…Jika pandang ke depan sedikit, kita tilik tengok siapa yang duk ada untuk menjadi pemimpin pelapis yang bakal duduk di kerusi Presiden yang sebetulnya automatic menjadi Perdana Menteri. Kelihatannya ada beberapa calon. Itu pun kategorinya anak beranak mereka juga. Khairy? Hishamudin?Mukhriz? Kan anak beranak semua tu. Tak belah sana, belah sini. Sebenarnya aku malas nak tulis 2 kali soal kuasa pemerintahan Negara kita kini sedang direbut oleh mereka dan keluarga mereka. Untuk soal pemimpin pelapis ini baca tulisan baca artikel BIAR MEMIMPIN JANGAN DIPIMPIN BARULAH PEMIMPIN. Dapatkan point-point penting. Fikirkan sendiri…


ISU KETUANAN BANGSA…?

Implikasi isu keluar parti oleh Tun Dr. Mahathir, kesan yang dibawa media (media alternatif dan mainstream) keriuh rendahnya, gegak gempita satu Malaya (terutama geng belah tu la) Ianya semacam Malaya kena ambush oleh Tentera berbasikal Jepun lagi sekali. Kekadang terfikir bagus juga kalau Malaya kena ambush lagi sekali… Kenapa? Kita boleh tengok kesatuan bangsa kita semacam dulu-dulu punya kesatuan. Mesti kita semua yang Melayu-Melayu ini akan bersatu padu. Sebabnya ini tanah tumpah darah kita. Tanah peninggalan Tok Nenek kita yang bangsanya adalah Melayu…


Jika lagi sekali kita diserang, lagi penting kita boleh tengok kalau-kalau ada bangsa-bangsa yang sebenarnya asing yang tiba di Malaya. Asalnya dengan bersama kapal-kapal penjajah yang dulunya dibawa ke Tanah Besar Malaya dengan tujuan dijadikan kuli-kuli batak untuk bekerja di estet-estet dan lombong-lombong kini secara sedar mula mahu mengambil alih kerusi ketuanan dari tuan tanah! Ish…macam kes Israel takluk Palestin pun ada meh-meh nya. Maka…Jika Malaya diserang sekali lagi, kita akan tahu mana satu tali barut mana satu yang betol-betol cintakan tanah air. Yang pastinya, Melayu akan bersatu macam biasa. Undi melayu pun kini sudah terpecah tiga. Itu hakikat.


Soal Ketuanan Melayu? Yang itu sudah lama terhakis…Sejak bila? Sejak dari perkongsian kuasa pemerintahan. Sejak dari penubuhan parti berkomponen antara bangsa-bangsa lagi. Ya…Sejak setengah dekat lalu…Sejak pilihanraya pertama lagi. Maka usah bicara soal ketuanan bangsa jika kita tidak memelihara ketuanan kita dari awal lagi. Silapnya kita dari awal mengamalkan perkongsian kuasa sedangkan pada waktu itu kita boleh menyekatnya. Dari penguasaan ekonomi secara sedar kuasa memerintah juga mahu diambil alih. Kita sudah silap dari awal lagi. Akan dating apa jadi pun taktau lah.


Dari Tanah Melayu, jadinya Malayan Union idea oleh British. Tahun 1963 tukar kepada Malaysia. Secara sedar, nama melayu pada nama Negara ini pun makin berkurang dan terhakis. Kuasa pun makin terhakis juga. Nama Melayu makin hilang agaknya bakal pupus jika ketuanan kita sebagai bangsa asal tidak dijaga. Silap-silap jadi ‘Malacindia’ Malaysia ini nanti…Ini bukan hinaan, tetapi sinikal oleh aku yang cintakan Negara aku. Negara tumpah darah ku…


Bila Kita bercakap soal ketuanan maksudnya kita sedang bicarakan tentang kuasa mentadbir dan mengurus Negara sedangkan kita yang melayu-melayu lemah dari segala segi. Sebenarnya buang masa untuk menulis panjang soal ketuanan melayu ini sebabnya terlalu banyak isu bodoh-bodoh yang ditimbulkan kita yang namanya Melayu ini. Malas untuk bicara panjang soal ini. Baca selebihnya di tulisan Fikir-fikir; Melayukah Aku? Berkenaan isu bodoh-bodoh melayu kita.


Soalnya sekarang, setakat jam 2.12am 23May 2008 ini…sejauh mana kekuatan Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan sebenarnya sebagai parti yang dikatakan entiti utama yang boleh menjaga ketuanan Melayu. Ulang balik kata-kata Tun Dr. Mahathir pada sesi perletakkan jawatan beliau dengan nada lantang beliau mengatakan “Umno yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah, keluarganya…bla…bla..bla…” Keluarga…Keluarga…Keluarga… Dari dulu lagi beliau memperkatakan hal ini. Sebenarnya aku pun tak tahu apa disebalik semua ini. Kemana hendak diarahkan Malaysia kita ini? Wawasan 2020? Impian 2057? Makin mengarut...

UMNO sebenarnya bersih
dan penuh beramanah cumanya terlalu banyak tahi yang sedang mengerjakannya. Perjuangan orang-orang lama menjadi sia-sia. Tidak pernah dibalas dan dihargai malah UMNO kini dirogol secara bergilir-gilir untuk mendapatkan habuan dunia atas nama perjuangan UMNO. Ntahlah…balik-balik keluarga, keluarga, keluarga…Ratah dan melantaklah kamu harta Negara yang sepatutnya menjadi ekuiti kaum bumiputera seterusnya komiditi kepada kaum-kaum lain untuk kamu dan keluarga kamu. Aku halalkan…


Aboo

Komentar :

ada 22 comments ke “UMNO Oh UMNO; DULU, KINI & SELAMANYA...?!”
LaDy Dark said...
pada hari 

finally... aboo is back with a sociopolitic/ politicalsocial article... abit edgy but you can feel him catching up momentum as the article goes along...

i was soo caught up with my exams that i knew about Tun leaving the party TO days after... got the shock of my life...as Tun has always been my idol... i admire his talent.. ideas... leadership and charisma... but wat he did to UMNO is, personaly speaking, a bit out of touch... macam menconteng arang di muka sendiri...

your 20 years tenure is mostly why UMNO is what UMNO is today... and to top things... YOU choose your successor... and he had loads of cleaning up to do... not that its an excuse for him slacking though...

tapi an interesting point that was raised was the fact that all our PMs left UMNO eventually... adakah sebab tak boleh hidup tanpa kuasa atau terlalu gilakan kuasa? very ironic yet true...

anyway, watever it is with Tun, i hope UMNO doesnt forget wat Mukhriz said about Ezam and the gang re- joining UMNO.. i hope UMNO is careful and not too boastful for being able to 'bring' back these people because to me- once a back stabber, always a backstabber...

Anonymous said...
pada hari 

aku tunggu si safina komen..
nak tau pendapat die sebagai org kuat kerajaan. Adakah pemimpin sedemikian yg diagung-agungkn? pemimpin yg di banggakn? pemimpin yg kononnya memperjuangkn bangsa? pemimpin yg begitu petah bermain kata.. sebalik nye hentam d herdik d ugut oleh sang tua yang telah bersara..isk!!! safina tolong besuara.. adakan ini sekadar lakonan tuk mempermainkan pihak lawan? atau tuk menguji ketahanan, kesetiaan,semangat juang?
aku tidak menyokong mana2 pihak- yg lepas byk berjaya.tanpanye malaysia tidak dikenali dunia.kata-katanya,idea-idea2nya menjadi bualan,pujian,ikutan dunia!! tetapi adakan kata-katanya sekarang masih lagi relevan? kalau begitu kenapa para penyokong yg dulu bergitu semangat melaungkan nama parti tidak lg menyokongnya. adakah jasa2 beliau dilupakan begitu sahaja? permintaan beliau hanya supaya- cik safina mesti maklum ape yg beliau mahu kn? kn?
tetapi kenapa dituduh duri dalam daging???
pergolakan, pepecahan, perebutan. itulah UMNO!!!!!
-aku saje nak bakor si fina tu!!-
-ZUAR-

MR Walkie Talkie/BVLGARI said...
pada hari 

aBOO....
aBE SEBENARnye tak nak komen lagi tp isu ni ada ulasan yang dah saya fikirkan cuma masa yang sesuai ditunggu...Insyaallah minggu depan saya akan ulas sikit.
Minggu ni berada di Sweet Beach Resort,Tok BALI,"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' menjadi ketua fasilitator Kem Rakan Muda Jiran Muda(RMJM)....Inipun kebetulan ada member bawa Laptop dan ada WIFI kat sini.
Thanks Aboo,kerana membuka peluang untuk orang seperti kiter yang bukannya politician meluahkan pendapat tentang perkara2 yang melibatkan kepentingan kita dinegara kiter sendiri...Ini juga dikira sebagai satu perjuangan untuk negara...BRAVO Aboo...
seperti kata Dr Sivamurugan Pandian(USM),ini adalah tempoh bulan madu bagi kerajaan yang membentuk kerajaan,,tp bagi UMNO bulan madu juga tapi bulan madu di tempat yang tak sesuai...(selebihnya nanti saya komen smula)....
Chow...

Aboo said...
pada hari 

Lady Dark aka my baby...
anyway, watever it is with Tun, i hope UMNO doesnt forget wat Mukhriz said about Ezam and the gang re- joining UMNO.. i hope UMNO is careful and not too boastful for being able to 'bring' back these people because to me- once a back stabber, always a backstabber...<---insyaAllah...tak! Apa2 pun tgk la camne...jgn hukum dulu!Sabar2...jgn tembak dulu!Mummy punya reaksi camne?huhu...

Zuar...
aku taktau Shafina gi mana,seluar dalam cap apa dia pakai pun aku tak tau. Skrg ni dia nak tulis kena jaga2, kalu dok...hidup2 kena cantas!huhu...Nak tulis pun mesti kena fikir2 gok...huhu!Takut dia...bukan berani sgt!

Abe Bvlgari...
Thanks Aboo,kerana membuka peluang untuk orang seperti kiter yang bukannya politician meluahkan pendapat tentang perkara2 yang melibatkan kepentingan kita dinegara kiter sendiri...Ini juga dikira sebagai satu perjuangan untuk negara...BRAVO Aboo...<---Ambo lama doh tunggu ayat ni.Tak sangka Abe dulu yg tulis!Abe mmg pembaca blog sejati la...huhu! Malangnya kwn2 ambo tak phm apa tujuan blog!Platform utk org2 sesak,susah,kampung macam kita ni la...kita pun ada hak utk bersuara walaupun tak ramai yg baca, at least kita lepaskan apa yg kita nak cakap!Huhu...pendam lama2,membengkak boleh jadi kanser tu...PARAH! BRAVO juga utk Abe,Isteri dan anak2 Abe...plus sekali dgn anak2 buah Abe di kem tu! Abe punya pemikiran mmg class dan jitu,nampak apa yg org lain tak nampak!huhu...Tak lama lg,mak ambo pun nak komen...ambo duk ajar la ni..maklum org lama,SLOW skit!huhu..Jangan tak sambung citer Dr.Pandian tu...steady abe pinjam laptop saing...huhu! Jangan terlebih tarbiah plak budak2 tu...karang jadi kes lain plak dok pasal2 kena transfer kuala Krai,Saing dgn Cikgu Ije la Abe...huhu!

Ambo takdok nk tulis gapo2 doh...ambo tulis panjang lebar doh datas nung...tp fakta best,Tun Razak meninggal akaun dlm bank ada kurang RM2500 dgn sebuah kereta..Agak2 kalau Pokloh kita ni mati ari ni,taksir harta dia tgk apa macam..?!Tun Mahathir pun...camne agak2?!Lg satu...Kalau baca pasal Tun Razak, tgk cara BELIAU bersabar lebih 15thn nak ambik alih kuasa dari Tunku yg liat juga nak lepas jawatan!Sgt Cool BAPA PEMBANGUNAN kita nih...DEB tu!Ops lg sorang Tun Ghafar Baba,tp gua takde idea nak selitkan camne...Gua buntu...BUNTUUUU!!!

Al-fatihah utk mereka2 yg BERJASA yg telah pergi...

Anonymous said...
pada hari 

Ahaks!Aku dah baca semalam nak tulis2 macam takdak idea ler pula!hahaha.Gelihati sungguh baca komen Aboo yang pasti aku tahu brand apa Shafina pakai.haha.

Walla...Some one seeking fina (Zuar).aku tak kau cari?She on holiday mencari cinta
barangkali,next monday baru ada.
Straight to the point,aku pun penyokong umno tak bermakna aku membuta tuli menyokongnya.Lihat dasar2 sekarang,ketelusan tu kan ada.

Tak pula terjangkau imaginasi fasal Datuk Onn tidak dapat pengiktirafan.Betul juga gelaran Tun tak pula diberikan atau belom lagi kot.Haha..Tapi
adakah satu2 nya cara untuk mengiktiraf dgn memberi gelaran tun?tak semestinya. btk cara lain.haha.Masa berkempen dulu,nama Datuk Onn pun kedengaran.

Fasal kepimpinan paklah,kalau korang dengar assembly dgn jabatan, paklah tak putus2 tegaskan fasal ketelusan,integriti dll.Aku nampak dari air mukanya
yang jernih tu ada sign kepimpinan,kalau perasan paklah selalu pakai tie merah,tandanya tengah serious la tu..haha.

Tun keluar parti itu hak dia cuma dia seolah tak fikir kedudukan anaknya dalam parti. Tentu serba salah jadinya mukriz.Kesian juga tgk Mukhriz tersepit begitu.
Ezam pun ada dlm umno dia pun hebat orangnya. Nampaknya orang kuat Anwar mmg sudah hilang keyakinan terhadap Anwar sendri. Mesti ada sebab kan?Ada something wrong
tu dlm pkr.

Nina-Tamparan hebat untuk pembangkang.Dah rehat minum teh!

Anonymous said...
pada hari 
This comment has been removed by a blog administrator.
archemege said...
pada hari 

Salamzz.... tahniah atas penulisan menarik ni! tapi apa yg aku suprise slps kepulangan dari Langkawi ni adalah layout blog yg bertambah cun huhu
Kat Pekan Kuah ada sepanduk 'Tun rakyat Langkawi tetap menghargai segala jasa Tun' ish ish terharu aku baca tp aku sokong! jasa pemimpin harus dihargai sbb kita ni mampu menilai.. oops yang buruk pon jgn lupa untuk dinilai!!! usah benarkan segala keindahan mengaburi keburukan. Itula sbbnya kerajaan nak hapuskan setinggan kat Selangor kot huhuh
Biar la Tun keluar UMNO.. zaman dia dah berakhir dan amat patut kalau dia dah tak masuk campur urusan pentadbiran negara. Ingat tak Tun dah serahkannya kepada Pak Lah? jadi biarla dia pulak yang mentadbir (melayu mudah lupa;trade mark tun)
Kalau boleh nak pesan kpd media supaya jgn la menggunakan isu ni utk mengeruhkan suasana.. yang dah lepas tu biarkan ia pergi. Yang mendatang pasti akan tiba

http://archemege.wordpress.com

Anonymous said...
pada hari 

isk x berbalas si fina/nina nih!!
takpela..sesape yg memerintah negara yg ku cintai ini pastikan tiade berlaku hurahara cam kt thai tuh da la.. harga makanan, keperluan asas dan segale yg berkaitan dgn keperluan rakyat hendaklah dijage,dipantau hargenye..jgn berjanji tetapi tidak ditepati.jgn berkate jika tidak mampu tuk menunaikannye..
ape yang aku nak cume negare melaysia nie terus maju, aman, bahagia sejahtera..
DAULAT TUANKU!!!
-zuar-

Anonymous said...
pada hari 

a'kum...

tun masa memerintah m'sia dia ambil tahu semua perkara dan akan selesaikan semua masalah rakyat semampu boleh..kebanyakan keputusan yg kerajaan buat mesti bincang dgn dia dan dpt kelulusan kabinet dulu..nama m'sia harum di seluruh dunia..kalau sebut m'sia kat oversea org akan sebut mahathir..sinonim..

pentadbiran paklah ni, keputusan kementerian2 ditentukan oleh menteri-menteri sendiri..lepas tu bila keputusan dah buat, ade la pulak menteri lain tak setuju..masing2 buat keputusan ikut sedap masing2..kadang2 paklah sendiri pun tak tahu ape menteri2 dia buat..bila dah jadi isu barula nak ambil peduli..sepatutnya sebagai ketua, semua tanggungjawab ni dia kena tanggung bukan menteri yg pandai2 buat keputusan sendiri..

dgn pentadbiran yg mcm ni, harapan utk merealisasikan wawasan 2020 nampaknya terkubur di tengah jalan..

sekian..

NurAkagi said...
pada hari 

Salam..

Kalau ada kelapangan baca juga artikel ini "Melayu Di Persimpangan" dari www.drkhir.com

Apa yg saudara penulis cuba nyatakan ada kebenaran dan tidak lah dinafikan sepenuh dan sekerasnya..

Pada dasarnya perjuangan UMNO itu adalah amat jelas dan cukup relevan zaman berzaman.. Cuma pada tika dan saat ini pemain-pemainnya telah mencampur adukkan dengan pelbagai agenda tersendiri yang membuatkan UMNO nampak amat lemah dari hari ke hari..

Bukan mustahil memiliki kerajaan yang clean tapi perlaksanaan adalah sukar sedikit.. Memerlukan masa dan memerlukan org yg betul2 memperjuangkan UMNO dan asas-asasnya.. ( Kerajaan Pusat = UMNO )

Parti sebelah sudah pasti akan melihat setiap inci mahupun hon kesilapan ataupun tindakan yg di lakukan kerajaan dan semestinya menyebarkan isu ini. Secara terang kredibility rakyat tercemar, sekotor-kotornya.

Di mana lagi pemimpin nak tunjuk muka ? Isu yg di pandang remeh menjadi duri dalam daging yg hampir menghancurkan UMNO sendiri.

Sebaik keputusan adalah kepada sesiapa pemimpin UMNO yg rasa tidak yakin dengan perjuangan mereka undur lah diri. Rezeki yg datang hasil dari manipolasi kuasa yg ada pada anda tidak kemana.

Kepada-Nya jua destinasi kita kelak.

Cuma Berkata-kata.

spekulator said...
pada hari 

adakah aku yg silap menafsir???
~ Tun keluar dari UMNO... adakah duri dlm daging yg keluar ataupun tulang penyokong isi yg keluar??

~ ezam masuk UMNO.... bolehkah disamakan dgn Salman Al-Farisi? seorg tokoh yg memecahbelah pakatan Al-Ahzab.

????????

Aboo said...
pada hari 

Hmm...1minggu berjalan sakan dgn Lady Dark(Capt.Dr.), sambil2 mencari2 kerja!huhu...Tganu-KL-Penang-KL-Tganu, balik2 terus ON laptop menulis, dh tgh isu best!!Dah nak basi doh cite pasal Tun kita ni kuar parti, dah adat dan budaya dlm UMNO pun...tak perlu pelik ke apa! Cuma mesej jelasnya tidak dipeduli...Rupanya begitu sekali bila orang dah takde kuasa! Takde daya nak lakukan apa2...Kesian juga sebenarnya kat Tun! Bila ada kuasa, pegang projek ramai kawan..bila dah jadi rakyat biasa...dah berapa ada orang nak layan! So...kesiannn...

Cumanya...aku tetap tabik pada Tun sbb pada umur lebih 80thn pun masih lagi gagahkan diri ke sana ke mari nak sampaikan mesej bahawa ada problem dlm UMNO!Tu aku tabik...

Pasal Ezam masuk UMNO...tu NO-KOMEN!!!huhu...Apa2 pun jika kemasukan boleh bersihkan tahi2 yang duk bertempek kat UMNO itu bagus lah! Tp...if dia pun nak jadi tahi, teruskan saja! Tu semua kemudahan dan kesengangan dunia... Semua orang laparkan kemewahan! Duk kat pembangkang dapat apa?! Apa2 pun...perut nak kena isi, anak bini pun kena kasi makan...huhu!So..pandai2 la nak idup!

Mr.Achemege aka Pali tersayang...
Jgn puji tulisan aku sbb aku kutuk tulisan mu!huhu...masing2 punya stail sebenarnya!Aku mtk maaf lah...aku tak layak nak ajor mu...huhu!

Kat LRT Jelatek pun ada sepanduk2 nih...huhu!Ntahla..kadang2 nyampah!No-komen...huhu!

Abe Bvlgari (camno nak sebut ni?! Macam nama player Checz nih!)...
Mana sambungan cite Abe tu??huhu...Bab minyak pun jgn tak kasi pandangan!huhu...Naiknya bukan sedikit,RM0.80 tuuuu...!

Nina...
Cakap lerr...apa brand fina pakai, kasi tau size sekali!Aku nak tau niihh...huhu!Cakap ler...cakap ler...huhu

Zuar...
Huhu...Aku hargai setiap call2 mu utk memberi pendapat dan cadangan utk setiap tulisan aku!So..yagn baru tu aku tunaikan permintaan muuu!!!Terima kasih atas sokongan mu member baik aku sejak sekolah!huhu...Mintak promote blog aku kat mana2 budak2 sekolah lama kita...suruh diorang baca jer, takyah nak komen2! Huhu...

Anonymous...
If taknak tonjol sgt diri tu, gunalah nickname gak!Apa yg mu cakap tu...sebijik apa yg Datuk Kadir Jasin tulis...Zaman Paklah ni, Jawatan Kuasa melambak...Jawatan Kuasa Rempit pun ada kot..?!Zaman Tun, mana yg PENTING...akan dilakukan mesyuarah! Yang join tu...bukan org2 bangang macam penasihat2 plus pengampu macam duk ada sekarang nih! Dashyat2 orang2nyaa....Ntahla! Aku ciplak apa yg aku baca je kat Datuk Kadir je! Huhu...

Thanks baca aku punya tulisan!

NurAkagi...
Blog lu...gua dah klik beberapa kali...tp no-post appear la bro!Aku pun taktau apa masalahnya...Apa2 WELCOME TO BLOG WORLD...daftar segera kat SOPO-SENTRAL biar cepat glamour dan ramai masuk baca! Harapnya lu paham apa gunanya blog walaupun interpretasi adalah blogger tu sendiri. Tp...bagi aku, blog adalah saluran rakyat2 yang takde platform utk berkata2...luahan perasan yg datang dari jiwa sendiri!At least..kita boleh luahkan apa yg kita nak cakap dan suarakan! Takde la membengkak kat dalam..nanti jadinya barah dan jadinya parah!Huhu...Baca Abe Bvlgari punya pendapat!Tu pure blogging punya stail...Walaupun dia bukan blogger, tp dia paham!Abe Bvlgari memang the best la..!Huhuhu...

Ops...HArapnya Fizah Nur pun menulis!Huhu...Wanita selalunya lagi kritis...huhu! Apa2 HIDUP PAKLAH...

Blog Dr.Khir?!Sorry Bro...ada baiknya aku baca blog2 yg kurang glamour!Kata org blog2 2nd-class blogger, Lagi bagus dan berisi...Direct dari hati nurani...Dari rakyat utk rakyat!

Apa2 nanti gua update-kan blog gua, gua bikin lu punya link!

Spekulator my capt....
Huhu..Salman Al-farisi???Penah dgr tuuu...bukan pengumpul hadits juga ke dia ni??Ambo taktau sgt!Ambo ngaku ambo jahil bab2 ni...Abe lain lahhh ngaji ugama tinggi macam Paklah! HUhu...Ada masa cite lebih lanjut...Gunakan internet di Kedai Camel Sutera Inn macam internet sendiri...huhu!Udin pun bukan org lain...team sendiri gak!huhu...Cuma ambo duk tercari2 Abe Ainor kita ni...sejak2 boleh [AK] ni...sibuk benar nampaknya...huhu!

Thanks belaka lah! At least...anda2 semua kasi idea kat aku untuk terus menulis!huhu...

Kata Pak Mertua Jamil untuk bini yg ke-3 (Madu 3) "Ada maknaaa tuuu..."

Thanks Bro/Sis...

Mr BVLGARI said...
pada hari 

C U Again Aboo....
masuk hari ni dah tak timbul lagi citer Tun keluar UMNO,tp ape pun korang tunggulah bulan Julai ni rasanya ada perkembangan lain politik kiter...
Tup2 timbul pula citer Ezam masuk UMNO,macam dirancang dan pakat2 nak suruh senyap citer Tun jeee...
teringat aku terbaca satu paper sebelum pilihanraya tentang kemasukan beramai2 jadi ahli UMNO di Kelantan tp hasilnya kita dapat lihat hari ni,,kalu difikir kalau tak ada kemasukan ni tentu UMNO/BN tak bertapak langsung di Dewan Negeri Kelantan..tapi yang orang tak tahu yang masuk tu orang dia jugak..heh2
Tp dah jadi tradisi UMNO ,kalau citer orang masuk UMNO jadi publisiti yang besar tp kalau orang keluar UMNO tak timbul pulak cuma TUN sahaja,itupun tak dapat dielakkan lebih awal...
Setiap pemimpin baru tak kira dalam parti ke/jabatan ke/syarikat ke masing2 akan tonjolkan diri jadi lebih baik dari orang lama,so samalah macam paklah pun..apa2 yang TUN buat akan disangkal supaya popularitinya lebih TERTONJOL,supaya orang tengok dirinya sebagai MR Clean..(apa ni)kena Profesional lah..yang betul kita teruskan,yang tak betul kita baiki...
Satu lagi trend yang saya dapat lihat masa paklah ni,dia nak tonjolkan dirinya sebagai insan yang terbuka sampaikan masa pemerintahannya dijadikan flatform mana2 pertubuhan/parti/organisasi malah rakyat mengemukakan tuntutan/komen/pendapat/teguran terbuka dan menyebabkan dia sendiri terperangkap dalam perangkap yang dicipta sendiri...
#####$$$$$$$$
rasanya hari ni dah blank dah,,,,banyak sangat rasa tak puashati sampai otak pun blur nga sendiri....Hari ni tak stat lagi makan gaji ni,dah pukul 12 tp belum stat kerje lagi...

@apa2pun kiter ada landasan kiter sendiri,kita betulkan dulu dilandasan kita supaya landasan yang besar pun tak dapat buat suka hati,KITA PEMIMPIN,dalam keluarga,Jabatan,Pertubuhan so kita betulkan dulu tahap ni sama2...Insayaallah kita akan naik ke Landasana yang besar maka kita pulak yang akan mengemudi landasan tersebut dengan cara kita berbekal pengalaman dari bawah,pengetahuan,profesionallisme dsb.

Chow dulu Bro,nak makan gaji dulu.
sorilah kalu ada yang komen td lebih2 pulak...Tp pakar rujuk saya (DR SIVAMURUGAN PANDIAN) selalu advise supaya kita kena buat dulu sesuatu baru buleh suruh orang buat..

Aboo said...
pada hari 

Huhu..Sentiasa tertunggu2 ulasan dan kata2 oleh Abe Bvlgari, tp alangkan malangnya broadband ambo terhad kampung ambo! Maxis berdiskriminasi...

Tup2 timbul pula citer Ezam masuk UMNO,macam dirancang dan pakat2 nak suruh senyap citer Tun jeee...
teringat aku terbaca satu paper sebelum pilihanraya tentang kemasukan beramai2 jadi ahli UMNO di Kelantan
Well..Abe Bvlgari!Inilah kisah dan cerita politic-psycho ala-Malaysia (kat mana2 pun agak2 sama juga!)Bg ambo puak2 tu syok sendiri je!Takde apa yg gempak pun...Itu mainan politik guna cara media mereka je!Biasa tu...kalau tak,takde pulok bonus masuk nanti!tak pun, tak lah minyak naik...nak cover duit labur kat election hari tu! huhu...

Yang bestnya...negara paling jahanam dlm dunia US!Jahanam2 diorang pun,bila nak election Democrate dgn Republican diberi agihan kempen yg adil (merujuk kepada media lah!) Macam skrg tak pernah sekali pun aku dengar Bush (Prsiden skrang) duk kutuk Obama ataupun Hillary secara peribadi!Jeneral McCain tu lain la... So,jahanam mereka pun...still ada unsur2 demokrasi yg sgt mantap! Banding kita kat M'sia...

So...ada post best 3-4ari ni...
Tan Sri-in-waiting Kalimullah Masheerul Hassan, with 3 others!!! kalau dah geng UMNO,setaik mana pun...akan dapat pangkat dan darjat! Well...itu la identiti Datuk,Tan Sri malah Tun kurniaan UMNO! So..UMNO2 sekalian boleh blahhhh...takpun reform-kan seberapa segera!!!Kembalikan UMNO yg asal...

Aku tak hanya berkata-kata aku cuma melepaskan geram!

Shafina said...
pada hari 

A'kum

Tidak bersebab utk saya mtk maaf hanya kerana saya tidak masuk blog ini. Nina selaku anak buah dan pemilik rumah bersama yang dikasihi jangan sesekali kamu mendedahkan perkara2 yg tidak sepatutnya dikhalayak. Tindakan tatatertib bakal menanti mu kelak jika kamu masih lagi berkelakuan sumbang. Tingkatkan disiplin dalam pekerjaan kerana kita digaji oleh kerajaan untuk bekerja untuk kerajaan. Akan saya cuba layan satu persatu kamu2 semua, semoga ada perhatian sewajarnya dari kamu semua.

Persoalan yang perlu dijawab oleh Aboo aka Baboo
kenapa kamu begitu sekali mengkritik umno dan kerajaan? Adakah kamu sudah mendaftarkan diri sebagai ahli umno? Jika kamu bukan ahli, kamu tidak layak mengkritik. Jaga seluar dalam kamu sendiri sebelum sibuk jaga seluar dalam orang lain.

Persoalan untuk Lady Dark
Adakah kemasukan Ezam akan seolah membawa malapetaka kepada umno?

Saya secara peribadi, watak politik yang paling saya benci di Malaysia ini adalah Anwar Ibrahim. Bagi saya, bila mana2 watak bersekongkol dgn Anwar Ibrahim maka sewajarnya saya membencinya. Onve a back stabber always a backstabber, memang tiada keraguan lagi.

Anonymous May29,2008 1:04:00 AM
Saya bukan orang kuat kerajaan tetapi hanya pegawai tinggi kerajaan yang berkhidmat untuk negara. Saya menghormati hak Tun untuk keluar dari umno atas sebab2 yang diketahui.Duri dalam daging?Bagi saya, prinsip dalam perjuang parti adalah taat dan hormat pada Presiden Parti. Andai kata kamu adalah ketua parti saya kelak, saya mesti menghormati kamu. Ini zaman paklah, bukan zaman tun.

MR Walkie Talkie/Bvlgari
Khidmat untuk negara mesti dikerjakan dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Kerja dengan kerajaan buat cara kerja dengan kerajaan, jangan pula jadi petualang. Kamu perlu tahu etika kerja dalam kerajaan. Ada baiknya jika kamu tidak dapat memberikan impak kepada kerajaan sila keluar dari kerajaan,untuk itu cari kerja lain.

Archemege
Pemimpin lama tetapi dihormati yang sedang mentadbir perlu diberikan sokongan. Itu budaya kita dalam umno dari dulu hingga kini.

NurAkagi
Blog Dr.Khr Toyo juga blog kegemaran saya.

Dari Shafina kepada Shafina
Usah gentar dgn hujah2 org yg tidak berilmu yang bercakap atas dasar emosi. Jika kamu di pihak yang benar dan nyata, berkata-katalah walaupun pahit. Insaf atas segala kesalahan kamu dan hanya Allah tempat kamu bertaubat.

Shafina
Kearah muslimah sejati

LaDy Dark said...
pada hari 

lets see now...

Persoalan untuk Lady Dark
Adakah kemasukan Ezam akan seolah membawa malapetaka kepada umno?


i feel so, although i dont know so... but i feel that if you dah pernah ludah UMNO, then suddenly jilat your own ludah, the least you could do is come back a bit humble. ni tak... still angkuh. telling other UMNO members that they are wrong. who do you think you are? holding press conferences and road shows? nak ganti KJ agaknya. you should EARN your trust from UMNO. first step to that is to SHUT UP and just serve the rakyat. dont have to broacast it. to me, it all seems very insincere...but then again... i might be wrong...

And dont get me started on Anwar Ibrahim.. that sly, manipulative, two-faced bugger!! dah nampak sgt gile kuasa, ada hati nak jadi PM. please la, if a pembangkang were to win the GE, it would be PAS, not YOU.

bout Tun leaving UMNO... all ive got to say is- its time. but Tun will always be my hero!

join 'TOK GURU' said...
pada hari 

DALAM DIRI KITA ADA SEGUMPAL DARAH YANG DIPANGGIL hati.Kalu dah hitam hatimu disaluti perasaan yang dipengaruhi dengan sifat ego,maka layakkah kamu menjadi pengikut ISLAM HADHARI paklah.
Jangan ingat kita sentiasa dipuncak wahai penghuni presint 11,bila2 masa DIA boleh tunjukkan...
JUMPA DI PUTRAJAYA, SHAFINA*******soon

Anonymous said...
pada hari 

Ahaks! Since my boss has write a serious comment against this blog, i should to do so.

Ada yg diminta letak jawatan?Ada juga baiknya cari kerja lain daripada melangok dan memperabiskan duit kerajaan membayar gaji buta kau.Dah kau tak setuju dgn kerajaan, samada kau pindah dari malaysia atau kau letak jawatan dan cuba tanya parti2 yg kau sanjung kalau2 ada kerja kosong.

Ezam,itu petanda baik untuk umno. alternatif baru kepada pemimpin pelapis umno. Ezam ada pengalaman berpolitik yang luas untuk membantu menaikan kembali imej umno tapi Mukhriz tetap pilihan utama. KJ?mana ada orang sukakan dia? PAS? Cukup sekadar Kelantan, lebih dari itu sememangnya tidak layak.Namun alternatif penting kepada DAP dan PKR namun begitu untuk memerintah negara PAS, jauh panggang dari api.Respon segera kepada Minah Gelap.

Islam Hadhari?Adakah Islam Hadhari melarang anda dari melakukan solat 5 waktu? dan lain2 rukun islam?Fahami konsep, tak kenal maka tak cinta, jangan mengata kalau tak tau apa2.Bersihkan hati hitam dalam dalam diri kamu sebelum kamu dakwah orang lain.

Baboonn sila baca apa yg aku tulis copy dari blog bekas MB Selangor (cadangan oleh nurakagi) yang aku kasihi cuba tengok mana puak kau tergolong? Jangan bodoh sombong malas nak baca blog2 dari orang2 umno. Releven dgn diri kau dan tulisan kau.

Ultra ini merujuk kepada kumpulan eksterim yang melihat kepentingan bangsa atau puaknya semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan bangsa atau kaum lain. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja tindakan demi menjaga kepentingan kaumnya tanpa mempedulikan kesan dan akibat tindakan tersebut.

Manakala moderate merujuk kepada kumpulan yang bersederhana dalam setiap tindakan. Melihat keadilan sebagai matlamat utama tanpa menjejaskan kepentingan bangsanya. Sentiasa melihat kepentingan pelbagai bangsa atau kaum tanpa menjejaskan kepentingan puaknya.

Puak Liberal pula pihak yang sentiasa terbuka kepada pelbagai pendapat dan tidak meletakkan bangsanya sebagai agenda. Sebaliknya hanya memperjuangkan kesamarataan dan logik akal semata.

Baca lagi dalam blog dr.khir.com, jgn jumud dan mengongkong pembacaan.

Sekian untuk petang yang redup isu seluar dalam tidak akan ditimbulkan lagi. Adalah tidak sesuai untuk melangok dan makan gaji buta dengan membaca blog pada waktu kerja. Aku bukan golongan yang makan gaji buta seperti......??????????

Nina, Presint10 - hari ini aku serious

serius jugak said...
pada hari 

sebab menggaji orang macam ngko lah,negara jadi macam ni loni...sbb mengiyakan saja apa yang berlaku.korang ni confirm buat keje sambilan lepaskeje sebab kerajaan ngko bagi kebenaran buat part time.tapi keje apa ngko buat eik...menyundal ke

umno, I hate everything about you... said...
pada hari 

Every time we lie awake
After every hit we take
Every feeling that I get
But I haven�t missed you yet

Every roommate kept awake
By every sigh and scream we make
All the feelings that I get
But I still don't miss you yet

Only when I stop to think about it

I hate everything about you
Why do I love you
I hate everything about you
Why do I love you

Every time we lie awake
After every hit we take
Every feeling that I get
But I haven�t missed you yet

Only when I stop to think about it

I hate everything about you
Why do I love you
I hate everything about you
Why do I love you

Only when I stop to think
About you, I know
Only when you stop to think
About me, do you know

I hate everything about you
Why do I love you
You hate everything about me
Why do you love me

I hate
You hate
I hate
You love me

I hate everything about you
Why do I love you

LaDy Dark said...
pada hari 

owh, somebody PLEASE tell me that Minah Gelap is NOT refering to me!! you should be glad that im not 'name calling' material.. so ill just let that cheap comment pass. Ahaks! Since my boss has write a serious comment against this blog, i should to do so. --> you soo are a government servant, kissing up any chance you get. asal boss cakap gitu...setuju je... mengkritik bukan bererti melawan. owh well, i could understand if thats the only way you'll get a raise... and you think DAP and PKR are better then PAS? wat are you basing that on? no facts, no say beb. and if you think PAS tak layak...? you should make a trip to terengganu, then make a trip to kelantan... jangan la pi tengok masjid2 besar and monsoon cup kat terengganu tu, but go and look at the rakyat, then you tell me sape yang lebih layak...

tapi i have to agree with u on Islam Hadhari... true, its not another version of islam, its just another way of understanding it, to make more acceptable to other races. i have a lot of non muslim friends who understand Islam better after Islam Hadhari emerged. which is good la, dont you all think? bukannya buat kita murtad or watever pun... no harm, just good.

UMNO hater...is it UMNO you hate or its leaders?

owh, and before i go, Ezam is just another UMNO member. nothing special about his application. what makes him diferent is his past. and we must never forget that. though at the same time, give him the oppurtunity to prove himself.

NurAkagi said...
pada hari 

Dalam NurAkagi tiada apa-apa la bro.. Aku just reg untuk masa ini.. supaya aku boleh komen di lebih byk blog...

Aku belum berkesempatan untuk menulis.. Aku mahu.. Aku sayang UMNO.. nak cuba tegakkan jasa-jasa UMNO sebelum tapi amat sukar skarang dek pemimpin yg amat lemah..

Cuma berkata-kata.

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.