Thursday, January 3, 2008

26 - 31 Disember 07: Catatan Perjalanan Hujung Tahun...

Komen kawan-kawan, “aku ada buka blog mu, lirik lagu je ada...mu dah tak menulis ke?” Hmm...betol jugak...memangg lama aku tak menulis...satu2nya alasan yg sesuai untuk aku cakap adalah, AKU BUSY!!! “Busy apanya...keje rileks” balas kawan aku lagi...pada jam 6.45 ptg sementara tunggu maghrib, aku tulis laaa...apa yg patut...”versi melayu pun ok kot...” fikirku. Sebenarnya banyak artikel-artikel undone dalam draft inbox aku...ada masa aku cuba siapkan dan pulish-kan! Korang baca la...

Rasanya macam baru je semalam aku berniat untuk sambung belajar, sedar tak sedar..aku dah abis sem 2 dah...4 sem to go then aku bergelar, MASTER of Universe (He-Man)...HAHAHA! Aku layak untuk berbangga dengan MASTER aku, di kala ramai kawan-kawan duk cari jalan mudah...dengan mengambil tempat di KPLI...terbaru 5orang engineers, rasanya minded aku lagi advance dari diorang yg pada aku...’PUTUS-ASA’! “Aku seorang yang ada sifat determination yang tinggi...”puji seorang kawan...

26 Disember, Rabu 8.00am aku berlepas ke Kuala Lumpur dengan misi menduduki peperiksaan di OUM,Angkasaraya KL tanpa sebarang persediaan... Awal pagi, Dr.Sophia menghantarku ke Airport Pengkalan Chepa. Dengan pesawat Firefly FY3201, ramai juga yg hendak ke KL pagi-pagi ni” aku berfikir sendirian. “makin manusia melangkah, makin dekatlah dengan mati...” ceramah seorang ustaz yg aku dengar di radio IKIM.FM tidak lama dulu...MEMANG BETUL PUN!!!

First time naik FOKER 50 pesawat buatan Belanda penambahbaik dari model Fokker 27 dikeluarkan pada awal tahun 80-an. Tentera Udara Di-Raja Belanda juga ada menggunakan Fokker 50, lagi bagus dari ‘kita-kita’ ni yang guna NURI... Aku mengambil tempat 9F tapi aku lebih tertarik pada 2 peramugari Firefly. Lebih kurang 40saat lepas take off, aku boleh lihat lot SME Bank Fasa 2 dari udara...tempat aku mencari rezeki! Dari situ nampak juga Kilang Ain Medicare...main costumer aku, kilang yg nampak gah sebegitu berhutang RM573,385.26 (Statement;1 Januari 2008) dengan company aku kerja....Hish! Tepat jam 9am, FY3201 tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang... Lengang betol, takde org sangat !

Sementara aku tunggu Nadia Idayu Zulkifly, coursemate aku juga Asst.Manager (Engineering), Blondal Stada (M) Sdn. Bhd, aku secara sedar memendekkan jangka hayat dengan merokok diluar pintu besar Terminal 3. Kamal...kawan lama ex-Aeroangkasa,USM yang tidaklah sebegitu rapat..3tahun tak jumpa. Jodohnya bersama Rosmalia menghasilkan 2 hero, yang tua usianya mencecah 2tahun dan yang bongsu baru 5bulan usianya... Kami masing-masing banyak bertanyakan tentang kawan-kawan lama yang rata-ratanya dah berkahwin dan giat membuat zuriat... Kami berbual kira-kira 15minit sebelum tibanya Proton Waja yang agak berdaki milik Nadia...Car Wash = RM10 je!

Jam 12tenghari aku dan Nadia start study marketing tanpa sebarang tips dan hint dari lecturer, Dr.Norjaya. Exam marketing management dijadualkan pada pagi Sabtu. Jumaat petang, paper Business Law, lecturernya, Dr Rozanah...Begitulah kami berdua...sama-sama ‘bengong’, dah bosan kami tidur je! Cukup setakat tu, malas aku nak cerita pasal 4hari yang pada aku memenatkan juga membosankan lagi merisaukan. Lagipun bimbang juga kalau-kalu Dr.Sophia jealous...haha!

Sabtu, 29 Disember 2007...jam 11.30pagi, 40minit sebelum berakhir exam marketing management, aku keluar dari dewan peperiksaan... terserempak Kak Na, guard OUM, Angkasaraya...warga Indonesia asal Bandung yg sudah lebih 20tahun menetap di Datuk Keramat menanyakan soalan sinis loghat indon “Kok awal kamu keluar...apa kamu bisa jawab ngak?”. Kami berbual agak lama, banyak info tentang Indonesia aku dapat darinya dengan reaksi balas aku memberikan maklumat tentang Dr.Sophia kepadanya. Sambil itu... aku makan kacang putih dan kerepek pisang bekalannya...AKU LAPAR!

RM29.20 plus 5% tax = 31.40...harga makan untuk 2 org di Chicken Rice Shop, Subang Parade...sama dengan makan 10 org di gerai Kak Yah & Abe Li di Desa Kujid, Panji...KELANTAN DARUL NAIM. Rasanya makan nasi kukus RM4 pada waktu petang di perkarangan stadium Sultan Ismail Petra...LAGI KENYANG, kata seorang kenalan di Panji bernama Rosdi Drahman...”hok penting Missy ramai...” HAHA...

Jam 5, bertiga dengan Jenal dan Fathul...aku menikmati sirap yang sangat kurang manis sambil Jenal dan Fathul hanya makan pasembur mamak dan cendol di depan pasaraya OTK, Puchong Prima...OTK, singkatan untuk Ong Tai Kim...pelik juga bagaimana mungkin Si Koley Nissan Sunny ekzos chamber boleh menamakan OTK, Orang Kelantan Terengganu...MUSYKIL sejak Jamali ceritakan detik-detik itu!!! Kami bersepakat mengutuk mana-mana kenalan yang mendapat tempat di KPLI.

Jam 9...aku, jenal, fathul, Jamali dan chai...menikmati hidangan malam di sekitar Kelana Jaya...Peyol juga datang selepas 20minit kami tiba...Jenal yang baru saja menerima bonus 3.1 dari SANKYU belanja dengan beberapa niat, pertamanya meraikan kelahiran zuriat sulong Chai, Amnia Aisya namanya...CONGRATS! Keduanya...untuk mengurangkan kegelisahan Jamali yang bakal...bergelar ‘papa’ pada bulan March...INSYA-ALLAH! Ketiganya... untuk meraikan Peyol yg bakal nikah pada Gong Xi Fa Chai, Februari depan...MULAKAN DENGAN BISMILLAH!! Dan yang paling penting, Jenal meraikan aku yang telah tamat sem 2...MBA! Ingat movie Con-Air...saat2 Cameron Poe lakonan Nicholas Cage keluar dari penjara untuk menaiki pesawat ‘Jailbird’, C 123 untuk pulang ke Alabama...setelah mendapat parol 7 tahun penjara. BEGITULAH PERASAAN AKU selepas exam selesai...LEGA!!! Aku mula bertelagah dengan Jamali berkenaan kemasukan 5 kawan ke KPLI...

Jam 11pm-1am, setelah singgah beberapa minit di White Coffee, Old Town. Kononnya kami nak tonton bola sambil pekena kopi RM2.20 di situ. Kami menonton skrin kabur di Mamak Bistro juga di Kelana Jaya bersama lebih 60 peng-gila bola sepak, rata-ratanya bersorak bila Ronaldo miss penalti pada minit-68. Manchester tewas kepada West Ham 1-2....Chai yg juga peminat Manchester yang kecewa mengeluh sambil menuduh secara liar ”aku tau doh...Man U mesti kaloh...ni semua sebab bookie set doh...” Dalam pada itu, aku bertelagah mengenai KPLI dengan Jamali, Fathul dan Jenal teguh menyokong aku! Sedangkan Chai...kukuh bersama Jamali...Peyol memberikan tumpuan penuh pada skrin yang blur itu!!!

30 Disember 2007...4.30petangSetelah pekena lunch Restoran Sup Utara di Puchong Perdana... kami berlima berpeleseran di Giant, Bandar Kinrara. Aku berkesempatan menemui Hazuar, kawan lama di MRSM dulu. Isterinya, Rosfazlin kini sarat 7bulan mengandung, “berat budak dalam perut ni...” katanya. Banyak hal-hal personal dibualkan...! Ops...Jenal, Fathul, Jamali dan Chai juga ada bersama. Di situ...aku masih bertelegah dengan Jamali berkenaan KPLI. Malamnya...jam 9, Zilal dan Ayiem menyertai kami berlima makan malam Nasi Goreng Belacan plus Tomyam di Bukit Jalil. Soal KPLI masih lagi hangat antara aku dengan Jamali, lebih kepada ‘serangan peribadi’...lagi 2minggu Jamali pulang ke Kelantan untuk menjengok isterinya,Masdura... kelantanese. Rasanya persoalan KPLI ini bakal bersambung...

31 Disember 2007, setelah menghadapi rintangan ntahapaha...dengan bantuan driver boss aku, aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz jam 8.10pagi, rasanya aku orang terakhir check in...last call jam 8.50pagi, penerbangan dijadualkan 9.20pagi. Aku mencari port untuk melepaskan gian merokok di luar pintu besar tempat aku terserempak dengan Si Kamal rabu lalu...Sambil aku hanyut dengan dunia asapku, aku mendapat panggilan dari mak aku untuk menanyakan khabar anaknya ini sambil mengingatkan hari ini genap 3tahun bapaku meninggalkan kami semua...AL-Fatihah!

10pagi Fokker 50, mendarat di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Dr.Sophia sedia setia menunggu di depan pintu...dia nampak comel dan cool dengan white coat-nya...gaya doktor memang ada...cumanya requirement belum siap lagi...HUHU! Maka pulanglah aku ke tempat permastautinan aku...Kota Bharu, TENANG JIWA DAN RAGA! Sebelum aku masuk kerja jam 12 aku perkena nasi ayam goreng 2 ketul plus ikan selar goreng plus teh-beng di gerai Kak Yah & Abe Li, baru RM4...bagi aku jauh lebih sedap dari hidangan RM31.40 di Chicken Rice Shop tempoh hari...

Anda-anda yang membaca, sedekahkahlah Al-Fatihah untuk arwah ayahanda, Mohamad bin Ali...


Aboo

Komentar :

ada 37 comments ke “26 - 31 Disember 07: Catatan Perjalanan Hujung Tahun...”
grisha said...
pada hari 

al-fatihah...

Anonymous said...
pada hari 

Al-Fatiha

Anonymous said...
pada hari 

dengan mengambil tempat di KPLI...terbaru 5orang engineers, rasanya minded aku lagi advance dari diorang yg pada aku...’PUTUS-ASA’! “Aku seorang yang ada sifat determination yang tinggi...”puji seorang kawan...<<<---
ke hadapan sahabatku jasni yg dihormati,
memandangkan aku pun salah sorang yg akan masuk kpli, maka aku terpanggil utk menulis bg komen di atas.sekadar mewakili pihak aku sendiri & tidak melibatkan pihak2 lain..
1.memetikkan mengenai jln mudah dgn mengambil kpli..bg aku adalah tidak benar sama sekali..sbb jln aku nak p ambik xm tu jauh..byk traffic lite plak tu..dah la tu..bukan senang2 bleh lulus..try la ambik tgk walaupun atas dsr nama suka2..
serius..tak mudah..siap 1st time ambik fail..
2. cukup la kot jd engineer 2-3 thn..kalau dulu aku tau tak best..mmg aku pun x ambik engineering..dah la cuti sikit..masa pun tak byk..selama yg aku igt, sejak keja baru sekali aku bercuti di kl..tu pun gap sbb nak join co baru..oh,dgn p pcb kenuri chai..jenuh la nak tunggu raya cina,br nak jln2..dah la aku suka tidoq..mana masuk keja engineer dgn hidup aku ni..harap mendapat perhatian tuan pengurus .

3. last...aku nak keja yg masa byk utk diri aku seniri..nanti aku nak tgk bola ..jln2 senang..yg penting , bleh sambung tidoq..yg ajaq budak2 tu,tanggungjawab..tu mmg wajib buat la kan..

4.tp takpa mastjas..utk membuktikan aku x ambik jln mudah..walaupun bukan skrg..isyaAllah satu hari nanti aku akan ambik master..repeat balik kelemahan aku ms ambik degree.

tu sj kot..

salam dr IP Sultan Abdul Halim,
-real muzam-
hala madrid

Anonymous said...
pada hari 

oh..
lgpun..
igt hg sorang ka nak jd he-man..
aku pun nak jd jugak..
-jatuh bgn bersama real madrid-
-real muzam-

Anonymous said...
pada hari 

Wow.. impressive writing.. Masih ada jiwa-jiwa seorang reporter.. Maklum la x-ROTTW-cous.. Anyway hope ur really enjoy with ur 4 day journey..

Back to ur point,

Agak KASAR jika dikaitkan dengan PUTUS ASA apabila men-join-kan diri dalam KPLI.. sedangkan GURU adalah pekerjaan yang amat mulia.. bothway income..

Bagi aku mungkin tidak keterlaluan jika dikaitan dengan perkataan KECEWA.. Aku lebih bersetuju dengan perkataan ini.. KECEWA dengan erti kata tidak dapat menerima kerja @ cara kerja bersama institusi swasta dan memilih jalan mudah..

Me myself also looking for a job with goverment.. but not Teacher.. I truly agreed that KPLI is the shortcut to work with Goverment.. Sorry to say it.. Even is not EZ also to get it.. but anw maybe it was a destiny for 5 of them..

Apapun itu yg depa pilih itu yang depa akan nikmati kelak.. Go Go guru Malaysia.. Cuma jgn jadikan KPLI sebagai landasan ke goverment semata.. Tanamkan niat dihati untuk menjadi "PENDIDIK" dahulu.. Bukannya gembira mendengar berita kematian saudara jauh kerana dapat cuti seminggu.. ( kawan aku punya cerita )

Maaf terkasar bahasa,
Dari aku yg cuma berkata-kata

Akagi...
Anelka Chelsea ? Why not RS Cruz ?

Anonymous said...
pada hari 

skrg dah mula rs nak jd pendidik..
ekeke
hari2 dgr lagu guru


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

DIBIDANG PEMBANGUNAN
KAMI TETAP BERSAMA
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


BOSS fai, i vote for anelka oso

-REAL MUZAM-

Ben Kenobi said...
pada hari 

buat apa nak belajar susah-susah kalau setakat nak jadi cikgu..kalau zaman atuk aku dulu lulus darjah enam dan boleh jadi guru besar dah. Tak payah belajar engineering kalau nak jadi cikgu, belajar je la matematik ke, sains ke, atau subjek-subjek yang budak-budak belajar kat sekolah. Satu lagi jangan duk fikir nak kerja government je la, otak tak maju...

Rabiatul Azawiah said...
pada hari 

“Aku layak untuk berbangga dengan MASTER aku, di kala ramai kawan-kawan duk cari jalan mudah...dengan mengambil tempat di KPLI... “ by Jasni
“I truly agreed that KPLI is the shortcut to work with Goverment.. Sorry to say it.. Even is not EZ also to get it.. but anw maybe it was a destiny for 5 of them.. “ by Akagi
”buat apa nak belajar susah-susah kalau setakat nak jadi cikgu..kalau zaman atuk aku dulu lulus darjah enam dan boleh jadi guru besar dah....” by Ben Kenobi

 First and foremost, sorry..my words will hurt most of ur feelings..yeah, i’m an emotional person. But i’m emotional with a concrete reasons..Saya terpanggil ketika membaca artikel saudara ini. Hakikatnya tidak semua orang mengambil jalan mudah dengan mengambil tempat di KPLI and It’s definitely not a shortcut way to work for Government!

For you information, kpli process, from the starting – applying the job, attending test and interview session, it take almost 1 year. And only the people who are qualified and lucky enough will get the place at KPLI. After being accepted, the teacher trainess will undergo 1 year training at any education insitution. The process is hard and difficult! Believe me!.So, ia bukan satu jalan yg mudah. You can say anything u want. But have you try it before? Test dan interviewnya susah! Kalau nak kata shortcut utk kerja government..pun tak boleh jugak..kalau nak senang, baik apply SPA jer..lagi senang dan mudah..tak pun apply jer yg separa government. Tak perlu nak undergo setahun belajar lagi kat kpli. Isnt that easy? Compare to kpli, u need to think twice if u got the job. U need to sacrife a lot of things, sedara² sekalian!

I’m saying and telling u this bcoz i have already went thru this. Kerana saya sedar mentaliti kebanyakan masyarakat Malaysia sekarang ini memandang rendah pada profession guru. Dengan adanya guru, adanya kamu berjaya hingga setakat ini. Hargailah jasa mereka. Mengajar, mengajar dan terus mengajar kamu sehingga berjaya. (i’m telling u this, coz most of u all seems that u all didn’t appreciate what ur teachers have done 4 ur b4? Sorry, if i’m wrong..but i’m only saying what I see and what I read here...)

And again, isn’t it weird..if you think that lulusan darjah enam can be a principal..and then u send ur daughter and son to them to teach ur kid..standard 1, 2, 3?..please mr kenobi, get ur point corrected.. I am one of degree holder (honours) in MIS..btw ..that is Management Information System (if u don’t know)..and 3 years experiences in making animation, graphic design and website development. But still, after those glamourous job (Glamour ker?) that I have done or do.. I still apply for this job..a Teacher!..becoz why?.. It’s a noble job. Pahala seumur hidup... ....apabila seseorg itu meninggal dunia tiada satu pun yg dibawanya bersama kecuali 3 perkara....doa dr anak² yg soleh, amalannya dan sedekah jariahnya..... Wallahua’lam..

~aza2504@hotmail.com~
Berani kerana benar, Takut kerana salah ;)

dedalu said...
pada hari 

ronaldo main best weh!! (,")

Anonymous said...
pada hari 

buat apa nak belajar susah-susah kalau setakat nak jadi cikgu..kalau zaman atuk aku dulu lulus darjah enam dan boleh jadi guru besar dah. Tak payah belajar engineering kalau nak jadi cikgu, belajar je la matematik ke, sains ke, atau subjek-subjek yang budak-budak belajar kat sekolah. Satu lagi jangan duk fikir nak kerja government je la, otak tak maju...<<--kalau zaman atuk hg dulu semua pk mcm hg..pak hg mesti tak reti bc sampai la ni..lgpun sukati aku la nak belajaq apa pun..yg hg dengki tu pasai pa?
lu hidup cara lu..jgn sebok nak kacau hidup org len..
-real muzam-

Anonymous said...
pada hari 

For you information, kpli process, from the starting – applying the job, attending test and interview session, it take almost 1 year. And only the people who are qualified and lucky enough will get the place at KPLI. After being accepted, the teacher trainess will undergo 1 year training at any education insitution. The process is hard and difficult! Believe me!.So, ia bukan satu jalan yg mudah. You can say anything u want. But have you try it before? Test dan interviewnya susah! Kalau nak kata shortcut utk kerja government..pun tak boleh jugak..kalau nak senang, baik apply SPA jer..lagi senang dan mudah..tak pun apply jer yg separa government. Tak perlu nak undergo setahun belajar lagi kat kpli. Isnt that easy? Compare to kpli, u need to think twice if u got the job. U need to sacrife a lot of things, sedara² sekalian!<<--- u got the point..

Rabiatul Azawiah said...
pada hari 

Yeah, he surely got the POINT! hehe :)

Ben Kenobi said...
pada hari 

"I am one of degree holder (honours) in MIS..btw ..that is Management Information System (if u don’t know)..and 3 years experiences in making animation, graphic design and website development." - Belajar susah -susah lepas tu jadi cikgu, baik la belajar yang berkaitan dengan perguruan baru relevan.

Anonymous said...
pada hari 

"I am one of degree holder (honours) in MIS..btw ..that is Management Information System (if u don’t know)..and 3 years experiences in making animation, graphic design and website development." - 3 Thn experience??? patut ambik cikgu pun...memang dah tak kemana kalu stay pun.

Anonymous said...
pada hari 

"I am one of degree holder (honours) in MIS..btw ..that is Management Information System (if u don’t know)..and 3 years experiences in making animation, graphic design and website development." - Belajar susah -susah lepas tu jadi cikgu, baik la belajar yang berkaitan dengan perguruan baru relevan.<<--gua sokong lu ambik perguruan..pastu apply jd lecturer..ben kenobi tu dengki..dia mintak tak dpt..mesti hidup dia dok menumpang belas ihsan mak bapak lg..

Anonymous said...
pada hari 

buat apa nak belajar susah-susah kalau setakat nak jadi cikgu..kalau zaman atuk aku dulu lulus darjah enam dan boleh jadi guru besar dah. Tak payah belajar engineering kalau nak jadi cikgu, belajar je la matematik ke, sains ke, atau subjek-subjek yang budak-budak belajar kat sekolah. Satu lagi jangan duk fikir nak kerja government je la, otak tak maju...<<--lu keja kilang..otak lu jd maju ka?lain la lu bukak kilang seniri..

Rabiatul Azawiah said...
pada hari 

hehe..saya tak kisah apa org nak kata..everyone is entitled to their own opinion :)

guru, cikgu, lecture, ustazah itu kan kerja yg halal, yg baik sedara..tak kisahlah saya nak kerja apa pun..I have my own reasons kenapa saya nak pilih cikgu. Saya nak jadi cikgu ker, animator ker, web designer ker, web developer ker, IT exec ker, again..yang nak kerjanyer saya, bukannyer saya suruh awak pun, sedara ben kenobi..

saya tak marah atau nak menghina pun org lain nak kerja apa pun..even as cleaner pun..asalkan kerja itu halal..mencari rezeki yg halal yg diredhai Allah. yang saya rasa sgt terkilan di sini, bila seseorg itu memandang rendah pada pekerjaan seseorg..cuba bayangkan kalau takder guru? takder engineer? takder animator? semua org saling perlu memerlukan. semua org ada peranan masing². adakah salah memilih pekerjaan sebagai guru? hina ker? kan kerja guru itu lebih baik daripada kerja² yg salah dari segi undang² atau agama? yg penting kita semua jalankan tugas kita masing² dgn sebaik mungkin.

lagipun, saya bukan nak buang terus ilmu IT yg saya ada. Insya Allah, akan saya praktikkan ketika mengajar nanti. kalau ada rezeki, insya Allah, saya akan melanjutkan pelajaran. tak salah pun kalau seorg guru ada master pun. malah ada senior saya..seorg guru sekolah men, ada dua master.

Bila jadi cikgu, kita bukan ajar subjek itu sahaja..tapi juga pasal kehidupan, akhlak etc. apa yg saya nak tulis sebelum ini bukan nak membanggakan diri cuma ingin menyedarkan bahawa guru-guru sekrg bukan nyer setakat ada diploma perguruan saja, tapi mereka lebih berpengalaman. Jadi, tidak seharusnya mereka ini dipandang rendah statusnya. lagi pun kita tak boleh bandingkan antara zaman dahulu dengan sekrg. sekarang jauh lebih advance and everything is changing with it. even kerani sekrg pun dia nak yg ada diploma! bukan setakat spm macam dulu..

oklah, enough is enough. tak guna buang masa berdebat di sini. I will still holding firm with my own opinions. And I reckon u too, Mr Kenobi? ;)

I wish u all have a great years ahead and all the best in whatever u do, even sebagai pekerja kilang pun (pekerja kilang cemerlang maybe) hehe ;p

To real muzam, HIDUP CIKGU! Perjuangan kita belum selesai... ;) (Thanks)

p/s: hehe..poyo lak aku rasa hari ni :p

-END-

Ben Kenobi said...
pada hari 

to rabiatul azawiah..

bagusla kalau komitmen macam gitu, yang aku cakap ni ada orang yang minta kpli ni sebagai pilihan terakhir lepas dah cari pilihan2 lain..kita nak semua cikgu2 kita ni komitmen biar tinggi dan betul2 nak mendidik pelajar2..taknak yang dah kerja cikgu pulak, sibuk buat bisnes luar, main forex la, swiss cash la, tanggungjawab mengajar dan mendidik ambil mudah..

Kalau dah mengajar tu mengajarla betul2 sbb kerajaan dah bagi gaji tinggi utk diaorang berbanding dengan profesion2 lain..

Aku harap kau ngajar betul2 dan jadi contoh pada cikgu2 lain...

Aku keje kilang ni pun dengan impian aku akan buka kilang aku sendiri..cari pengalaman la ni dulu..kalau ilmu saja tanpa pengalaman tak boleh pergi jauh..orang nak kata apa pun biarla..

Adios

Anonymous said...
pada hari 

ben kenobi...

SETUJU !!!

Anonymous said...
pada hari 

To real muzam, HIDUP CIKGU! Perjuangan kita belum selesai... ;) (Thanks)<<-- rabiatul..all the best to you!!!

to ben kenobi,
belajar utk menghormati keputusan seseorang adalah permulaan yg baru utk memperkembangkan minda.
kat kilang pun kita kena hormat keputusan kawan2 eng. tech n etc kalau nak resign kan..!btw all the best to u too...

peace...

DIBIDANG PEMBANGUNAN
KAMI TETAP BERSAMA
Membantu, membina
Negara yang tercinta
-real muzam-
salam dr ipsah

dedalu said...
pada hari 

:-D ben kenobi :)

Anonymous said...
pada hari 

Wow.. everybody come with their own point, gud-gud..
Btw, bagi aku xder saper yg merendahkan martabat guru.. guru ibarat lilin maa.. membakar diri menerangi yang lain.. tidak boleh dinafikan lagi..
Persoalan skrang bukan kerja sebagai guru tue.. M I rite ?
"Guru is guru, the way to be it is diff issue ald!"
If u willing to be a teacher, start from beginning ald u take teacher cos.. Y after several year u change ur mind ????
This is the issue that we discuss here.. Not to condamn teacher poss. Clear ???
Dear 'mis' u cannot just paste several sentence only u must understand the whole comment..
In my comment I never deny is hard oso to get KPLI.. rite ??
The fact is KPLI is last destination or most easier way to join goverment.. U clear about that mis ? MOST EASIER WAY and for me and some of fele here.. IT WAS A SHORCUT.. either u n others accept or not.. u oso must respect rite ????
Btw, I oso mention that what ever u and y'all choice it is up to u.. no body can halang oso..
U can enjoy the benefit that u will get oso.. No problem.. I oso jealous u can have very flexible time to work..
Hope what i xplain here tidak di salah ertikan...
Cuma berharap anda betul2 sudah bersedia menjadi pendidik.. even apa pun niat anda sebelumnya..
Maaf cakap mis, u punya cos aku x kisah sgt nak jadi cikgu pun.. Tapi aku terkilan ngan kawan-kawan aku kat sini yang semua berkelulusan engineering yang bertukar menjadi cikgu..
Cuma berkata-kata, maaf terkasar bahasa..

Akagi

Aboo said...
pada hari 
This comment has been removed by a blog administrator.
Aboo said...
pada hari 

Thanks utk semua comments sedara/sedari.. if akagi impressive dengan tulisan gua, gua pun ter-sgt impressive dengan idea2 lu orang semua...BERNAS! Bukanlah niat gua nak nyakit...atau nyakat guru2KPLI se-M'sia...cuma sekadar selitkan pendapat (tak sampai 10 words pun!)Yang terasa...gua mtk maaf (isu ini mungkin selesai if lu orang baca tulisan terbaru gua...TENTANG-TENTANG;UNPUBLISHEDNOTES ...jgn tak baca, penat gua tulis!)Gua cuma nak cakap untuk sedara/sedara yang berikut...

Saudara Real-Muzam...
dah la aku suka tidoq..<--UBAH SEBELUM PARAH...
isyaAllah satu hari nanti aku akan ambik master <--kata mesti dikota...sila baca artikel terbaru gua...khas utk lu!

Saudara Ben Kenobi...
Aku harap kau ngajar betul2 dan jadi contoh pada cikgu2 lain... <-- kita pantau perkembangannya!

Saudari Rabiatul...
Pahala seumur hidup... ....apabila seseorg itu meninggal dunia tiada satu pun yg dibawanya bersama kecuali 3 perkara....doa dr anak² yg soleh, amalannya dan sedekah jariahnya..... <-- ada baiknya lu pun sedekahkan Al-fatiha utk late father gua. Lagipun tu tujuan utama gua tulis artikel ni!selebihnya...harap lu berjaya dengan cita-cita lu...artikel terbaru gua juga khas untuk lu...

Saudara Akagi...
Udah2 le tu...huhu!lu focus wedding lu next gong xi fa chai daaa... Lagi satu, jambul rxz dengan ekor felda rambut lu tu...mtk potong, BENCI TEMAN NENGOK..!!

Gracias

grisha said...
pada hari 

Udah2 le tu...huhu!lu focus wedding lu next gong xi fa chai daaa... Lagi satu, jambul rxz dengan ekor felda rambut lu tu...mtk potong, BENCI TEMAN NENGOK..!!

akagi punya rambut, camne tu?

ben kenobi said...
pada hari 

dah abis isu kpli ni, elokla cari isu lain pulak ye...buleh kembangkan otak sket...apa kata administrator

Aboo said...
pada hari 

ben kenobi...

rilek2...sabaq! kita 'rest' lu utk sementara waktu ni...

Di M'sia ni...isu melambak! So..kita cool dulu...

atau...saudara ben kenobi ada isu utk diketengahkan...boleh gua buat modal utk menulis...gua no hal..

gracias

aboo said...
pada hari 

miss grisha...

rambut si akagi tu...hanya ada 3-4org aje kat m'sia ni..tu pun kena masuk mana2 felda atau felcra baru jumpa kot...?

bukan pe...gua 'care' aje kat si akagi tu...lg 1 bulan dia nak nikah... SO..nakla tgk kekawan ni smart skit...!haha..

gracias

R2 said...
pada hari 

Ben Kenobi

aku ada laa beberapa orang kawan yang jadi cikgu sebagai pilihan terakhir, betul laa dah tak mau mengajar, jadi agen insuran & unit trust, sampai sekolah pun terabai kerja kerana terpaksa nak idup bukan nak beriktikad tolong anak bangsa macam orang dulu dulu...

Bukan nak kutuk cuma bagi tau agar tahu apa yang perlu didahulukan

Anonymous said...
pada hari 

Dear matjas,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca <<-- thx a lot. heard this poem during my orientation.

to R2,
samada cikgu tu wat keja sambil lewa ka dak,juai kuih ka..insuran ka..semua bergantung pd individu..keja len pun byk yg wat keja sambil lewa..terpulang pd individu tu nak mkn rezeki yg halal atau haram..

to akagi,
kawan2 anda mungkin tak se-fit anda di bidang kejuruteraan..cubalah fahami mereka yg cuba utk menjadi insan yg berguna dgn cara yg lain..


salam dr ipsah
-real muzam yg br lepas orientasi-

ben kenobi said...
pada hari 

setuju ngan R2...

keje sambil lewa ni takleh nak bandingkan cikgu ngan keje lain, budak 2 sekolah memang mengharapkan cikgu je..kalau cikgu tak buat keje tak ngajar betul2, budak2 ni akan menyimpang dari jalan yang betul..

keje lain takpe la...jadila cikgu betul2 sbb gaji dah mahal... nak apa lagi..kalau nak jadi jutawan jangan jadi cikgu jadi la businessman ke apa ke yang boleh buat kaya-raya

bosan dah bincang isu ni, tak paham2 lagi budak2 ni...

aboo said...
pada hari 

haiyaa...jadi forum-perang plak blog gua ni!
thanks utk komen2 dan pandangan sedara2...

sebaranng isu berkenaan guru-kpli akan ditutup! huhu...

agaknya gua kena buka column...UNTUK FORUM PLAK..haha! Ben kenobi setuju?haha

Ben kenobi...R2...
cukupla tu, guru2kpli baru abis orientasi tu...kasi diorang rest lu!
gua mtk lu orang kasi isu...lu takde isu plak..?lu pun kering idea ka?haiya...

gracias

ben kenobi said...
pada hari 

Kalau isu politik boleh bincang sini tak...?

aboo said...
pada hari 

Ben kenobi...

politic?

dlm draft inbox gua ada gak political punya tulisan...sbb awal2 dulu, niatnya gua nak jd blogger politic..hahaha! tp gua risau kot2 kena 'ban' ka..apa ka..macam bro rocky dan jeff tu!huhu...takut gk gua beb...

Social punya topic ok kot...?

So..ben kenobi, esok gua masukkan artikel social skit...tajuknya
"melayu-kah aku..."!watch out haa...

gracias

ben kenobi said...
pada hari 

Setuju...kita pun nak tahu sejauh manakan melayunya kita atau kita dah asimilasikan dgn budaya2 luar...

"Takkan melayu hilang di dunia"- Hang Tuah

Anonymous said...
pada hari 

Dah itu yang mereka pilih boleh cakap apa.. Yang penting kita semua berjaya.. kawan tetap kawan beb.. itu yang aku pegang..

Aku ada cerita aku sendiri pasal rambut aku.. lepas kawin nanti aku potong la.. xpa rambut anak felda pun.. mmg aku dok felda n d lahirkan di felda..

Untung dah ayah aku, dapat gak tanah 10.25 ekar. Mana nak cari beb.. huhuhu..

Bincang politik? seronok tapi ramai panas nanti.. x open minded susah kot..

Akagi

Cuma berkata-kata,
Maaf terkasar bahasa...

Anonymous said...
pada hari 

keje sambil lewa ni takleh nak bandingkan cikgu ngan keje lain, budak 2 sekolah memang mengharapkan cikgu je..kalau cikgu tak buat keje tak ngajar betul2, budak2 ni akan menyimpang dari jalan yang betul..

keje lain takpe la...jadila cikgu betul2 sbb gaji dah mahal...<<--- keja lain x pa? kalau dah takdak keberkatan, lu rasa rezeki yg lu okay?astaga,cikgu ajar subjek n bg panduan, mak bapak yg patut tunjuk jln jgn sampai menyimpang..apa la..lihat dunia dr mata burung, jgn lihat dari dlm tempurung..mat saleh ckp think outside the box..

to matjas,
skrg kelab cikgu kpli telah bertambah keahlian menjadikan kekuatan kelab seramai 6 org.
ahli terbaru sepu udang, kpli kat besut dgn cikgu chan..hahaha

real muzam
-ipsah-

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.