Thursday, November 20, 2008

Mite Re Mite : Bersantai dengan MP Pekan & John McEnroe...


Update : 24November...Yoga diharamkan untuk Umat Islam...Tidak perlu dipertikaikan, tidak perlu nak dikatakan soal 'Nawaitu',"Aku main yoga untuk kesihatan...". Yang Haram adalah Haram, yang Halal adalah halal...! Cakap terlalu banyak bikin mengarut...Punah ranah. Peng-kid juga sama...Haram adalah Haram dan yang Halal adalah Halal...Fatwa tetap Fatwa. Tak minat ikut, sila keluar dari agama Islam...Fatwa hanya untuk peng-agama Islam...bukan untuk non-muslims...

Malam semalam best giler, gua cakap lu….tengok Tennis. Bjorn Borg lawan McEnroe pada tahun 2008. Siapa sangka?! Roger Federer dan James Blake semua orang dah kenal dahhh. Tapi, yang lagi best…Aku dapat duduk sebelah VVIP. Siap sembang panjang lagi. Masa tu Sultan Mizan tak sampai lagi.


Lu orang mesti tak percaya. Confirm…Lu orang tak percaya punya! Meh…Aku cerita sama Lu orang, apa yang aku sembang dengan MP Pekan Semalam. Siap dia tegur aku dulu…Siap gelak-gelak lagi! Lu orang ingat, MP Pekan tak kenal aku ke?! Ishhh…Takkan jadi MP Pekan lah kalau MP Pekan kalau tak kenal Aboo.

Oh yaa…Lady Dark tiada kena mengena dalam ini cerita… Nak tahu apa benda yang aku duk sembang dengan MP Pekan malam semalam...Click itu "Read More" (Read More nih, original hand-made by Sue-Aleen, Mak-nya kepada The Amazing-Sufiah!)


Masa tu, Kalau tak silap John McEnroe tengah leading 5-4...



MP Pekan : Aboo?! Awak datang jugak tengok tennis?Awak pun minat tennis ke?Saya ingat kamu suka menulis dan merayap je…Hahaha!

Aboo : Laa…Datuk nih! Saya ni lahh..Aboo!Saya dapat tiket free, company yang kasi. Haha.. Datuk tak sedar ke? Saya dah duk sebelah Datuk 3-4minit dah, kyusyuk je tengok Datuk dengan hand phone Datuk! Datuk, SMS siapa tu? Hahhaa…

MP Pekan : Ishh..Mana pulak saya ada SMS siapa-siapa! Saja tengok-tengok belas-belas miscall ntah dari siapa-siapa nih!Haha..

Aboo : So, Datuk apa khabar? Bulan 3 nanti nak jadi PM nih…Apa persediaan? (Sambil aku cucuh sebatang rokok!)

MP Pekan : Aboo, saya ni, simple orangnya…takde apa pun, kasut sama…Baju pun baju lama… Stokin pun sama…Haha! Awak ni, jangan merokok banyak sangat…Bahayakan kesihatan! Jaga lah kesihatan tu sikit…Awak masih muda! (Sambil geleng-gelengkan kepala!)

Aboo : Dah ketagih, Datuk!Hahaha…Ishhh, Takkan takde apa-apa persediaan kot?! Nak jadi PM ni… (Aku isap rokok yang aku cucuh tadi…)

MP Pekan : Ada lah juga…Maklum lah sekarang saya jaga duit Negara! Besar tanggung jawab saya tu. Tapi, maaf lah..Saya tak boleh kasi tau lah, apa plan saya…Tu di bawah akta rahsia rasmi tu…! Tapi…Orang rumah saya ada lah sikit-sikit buat persediaan…Haaaaiii! (Dia mengeluh sambil mengerutkan dahinya..)

Aboo : Ohhh…Lupa pulak kat Datin…?!

MP Pekan : Haaa…Tu lah! Dia ada lah beli sikit-sikit baju untuk dress nak jadi First Lady nanti…Ada lah jugak order perabot-perabot baru, nak letak kat rumah baru nanti nanti, di Seri Perdana. Niatnya nak renovate skit dapur tu. Haha. Kalau lapang, awak datang lah!

Aboo : Ishhh…Segan lah nak datang ke Seri Perdana, Datuk. Berapa lapis guard nak lepas tu? Takpe lah…Jumpa Datuk time tengok tennis ni pun dah OK dahh! Haha…

PM Pekan : Hahaha…Awak kerja mana sekarang?! Apa macam? OK…Makan, pakai semua cukup?!

Aboo : Saya ni wasatiah Datuk…Hahaha! Apa yang ada…saya pakai, apa lauk yang ada saya makan. Saya kerja di Shah Alam sekarang, Datuk! Sambil-sambil, buat Master…Untuk masa depan, Datuk!Hahaha…

MP Pekan : Waahhh…buat sambung belajar lagi yerr?! Bagus lah muda-muda ni lahh nak cari ilmu. Bagus tu, saya sokong! So..Belajar semua Ok, kan?!

Aboo : OK jer belajarnya, Datuk! Cumaaa…..( aku mengeluh!)

MP Pekan : Cuma apa?! ( bersungguh-sungguh pulak dia tanya!)

Aboo : Cumaaaa…Yuran sem ni belum settle, dalam RM3500…Campur yang outstanding sem lepas. Datuk tahu, last week saya ke panggil ke Mahkamah! Tu je lah kot, problem saya…Haha! Ohh…Lagi satu, housemate saya, Fathul…Tadi pagi, cermin kereta kena pecah, siapa ntah punya hasad! (aku pun geleng-geleng kepala sebijik macam MP Pekan gelengkan kepalanya tadi!)

MP Pekan : Laa…apa pasal awak kena panggil mahkamah?! Kenapa tak bagitahu saya?!Kalau ada apa-apa problem, call me directly, takpun terus pergi jumpa saya kat Pejabat! Awak nihhh, Aboo….(sambil-sambil dia tersengih!)

Aboo : Pasal saya tak bayar duit PTPTN, Datuk…Hahaha! Ishh..Apa pasal pulak saya nak bagitau Datuk! Saya tak suka susahkan sesiapa, apa lagi orang besar macam Datuk…Hahaha! (Rokok aku isap tadi, aku buang kat situ jee…)

Datuk Najib : Awak nih, Aboo…

Laaa…Last match John McEnroe lawan Bjorn Borg masa US OPEN pada bulan September 1981. McEnroe menang! Umur McEnroe masa tu, 22tahun, Borg 25tahun. Lepas hampir 30tahun, lawan untuk pertunjukan McEnroe menang juga.

Aik…Apa pasal aku stop-kan skrip sembang-an aku dengan MP Pekan?! Laa…Mana ada, tu semua kerja mustahil, mitos semata-mata. Lu orang dah kena kencing! Mana layak untuk orang macam aku nak sembang dengan MP Pekan yang bakal jadi PM. Aku mana layak nak cerita problem-problem aku pada orang-orang besar macam MP Pekan…

Siapa aku, saja-saja nak pergi makan angin rumah MP Pekan nak minta biasiswa belajar?! Aku bukan Saiful Azlan Bukhari! Bukan kata rumah, pintu pagar pun aku belom pernah tengok. Siapa aku, nak dapat nasihat directly dari TPM supaya - “Jangan merokok, bahayakan kesihatan!”

Berangan lah aku nak minta tolong apa-apa directly dengan MP Pekan yang juga TPM yang juga bakal PM kita. Aku ni siapa?! Sah…TPM tak sedar pun, rupa-rupa dalam Malaysia nih, ada mamat lekeh nama ‘Aboo’!

Nak pergi tengok tennis? Hmm..memang aku tengok live malam semalam, tengok kot ASTRO ch.811. Sambil-sambil…Tunggu lauk masak, sambil-sambil gas habis, sambil-sambil makan sayur separuh masak. Sambil-sambil main gitar, sambil-sambil Jenal tunggu baju dibasuh, nak di jemur diampaian.

Tengok tennis?!Nak duk seat VIP?!Jauh panggang dari api. Siapa nak kasi tiket free beb?! Lu orang tengok yang duk kat seat-seat VIP tu siapa? Minah-minah mana?Mamat-mamat mana?! Bini-bini siapa? Anak-anak siapa? Kawan-kawan siapa…?! Kroni-kroni mana?! Pergi tengok tennis, sekarang kena dress maut punya…

So…Untuk nak apa-apa dalam hidup! Survive sendiri lah…Tak tahu, pergi ke Kaunter Pertanyaan. Lapar, sendiri masak…Sendiri makan! Sakit, Sendiri pergi ke Hospital Kerajaan. Tapi, kalau nak mati,…Wasiatkan, mintak tolong orang tanam kemudian talkinkan.

Hidup takkan berubah kalau kita sendiri tak ubah! Jangan nak harapkan sesiapa…Yang lahir sebagai anak menteri tu anugerah. Yang lahir sebagai anak petani pun anugerah. Yang tengok McEnroe secara live depan-depan muka tu anugerah. Yang tengok McEnroe sambil makan lauk sayur tak masak pun…Anugerah! Menjadi seorang menteri adalah amanah, yang jadi buruh kasar juga amanah!Syukur pada yang ada…Sebab tu semua ‘barang-pinjam’. Sampai masa, akan di ambil segala anugerah itu…

Ops..Tajuk pun Mite Re Mite. Dalam bahasa Afrika...Mite tu maksudnya Mitos...Untuk aku nak bersantai dengan MP Pekan, saja-saja nak seronok-seronok!Ohhh..Mustahil tuuu...Apa pun, terima Kasih kepada MP Pekan untuk karya ini…Kau ilhamku!!!! Haha…


Roger...Bukan Roger Federer!

Aboo&Lady Dark

Komentar :

ada 25 comments ke “Mite Re Mite : Bersantai dengan MP Pekan & John McEnroe...”
Anonymous said...
pada hari 

aik, boleh ke hisap rokok dalam stadium putra? setahu aku tu kawasan Di Larang Merokok.

Anonymous said...
pada hari 

hiss,mcm duk btahlil jer depan potret Ajib tu...

Sue.Aleen said...
pada hari 

McEnroe ada hentak raket lagi tak?
saya mengikut detik gemilang pete sampras dari muda sampai dia retire..
pastu generasi baru ni dah kurenggg minat sket...
boleh tak gerak dari kaca tv sesubuh sepi'e tengok tenis berjam-jam..


well said, anak juga satu anugerah!!

Anonymous said...
pada hari 

ni kes menyimpan hasrat nak jumpa TPM kesayangan ke ape? kekeke... nak shar skit, walaupun ni takde kaitan ngan post ni. nak sembang pasal "katakan taknak!" cakap bakal PM pon tak layan kan.. ;) so mari lah kita sama- sama layan cerita ini.... just nak share...

An Indian migrated to America , and moved into an American neighbourhood;

His American neighbour went next door to wish him welcome.He was shocked to see the man from India in his nice backyard chasing ten chickens around like mad. "Must be an Indian custom," he thought to himself.


Deciding he could put off the welcome till a later date, he went home.

The next day, he decided he was going to welcome the Indian man again.

When he looked through his window, he saw the Indian man urinate into a cup and drink it. "Must be an Indian custom," he thought to himself. Deciding he could put off the welcome till the next day, he went on with other stuff.


The third day, he was determined to welcome the Indian man. At his gate, he saw the Indian man with his ear pressed against a cow's big fat butt.

Seeing this, he became disgusted and went up to the Indian man.

"I'm sorry sir, I did want to wish you a warm welcome, but I cannot stand your crazy Indian customs!" He yelled at the Indian .


The Indian looked confused and answered. "Sorry sir, I think you are mistaken. These are actually American customs. I was told, that in order to be a true American, you have to chase chicks, get piss drunk, and listen to bullshit.

Anonymous said...
pada hari 

gempaQnya dia dpt tgok kat kerusi vvip

ehhh kita pun tgok dari kerusi vvip gak.

depan tv

Pak Cik Satu Dua said...
pada hari 

Mesti Dotty duduk atas kerusi tinggi, baru clear tgk Borg....

Anonymous said...
pada hari 

Cikgu!

Bila dah duk dgn VVIP,setakat merokok kat stadium putra tu,kecik punya hal daaa...!

Bro Abuya!
Yup..mmg diorang duk tahlil,tp..practise je!Bukan betol2 punya tahlil...Huhu!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Sue/Mak Syafiah

Huhu..McEnroe mcm biasa...Siap cium net lagi..Huhu!

Pete Sampras?!Gua suka tgk...Yelena Isenbayeva...!Hahaha...

Anonymous said...
pada hari 

Sis Jujie

Huhu...Seat kat rumah lg empuk kannn???huhu..

Bro Mede!

Malam itu,cantik sekali Madame Dotty kita..Tergoda ambo sampai lupa mtk sign laa..Shit!

Anonymous said...
pada hari 

cayala buleh sembang ngan MP Pekan..hidup aboo..

Anonymous said...
pada hari 

Bro Ben!

Huhu...Dalam duk sibuk nak trial nih,baca lg blog ambo!Huhu..

Selamat Berjaya Di Mahkamah Nanti! Perlukan bantuan blog...contact ambo dehhh..huhuhu!

Roger!

Unknown said...
pada hari 

Akhirnya haram jugak yoga..... heh tutup mulut, tapi aku tertanye awat rokok tak haram2? rase dulu awal tahun 90an di selangor dah difatwakan haram tapi masih ramai tok2 imam hisap. hohohohohooooooo

Anonymous said...
pada hari 

Bl tgk Bjorn Borg aku terkenang muka McGayver.. diorang ni ada talian hayat kot. Dasyat Aboo duk sebelah TPM tp aku tak nampak pulak kelibat mung huhu
Minat laa sesiapa pon pemain tennis masing2 tapi aku tetap vote for Roger Federer. Kalu sesiapa missed satu ayat ulasan semasa perlawanan tu... Ingin aku ulangkannya semula
" Roger not only a great tennis player but he is also a great human being"

Anonymous said...
pada hari 

Pendekar!

Rokok...Harap di-makruh-kan dulu! Nanti gua takde ilham. Tahun 90an?!Dunhill 20 masa tu rm2 je...Skrg,sudah rm9 woooo!

Yoga!fatwa kata Haram...Tak ikut fatwa nak ikut sapa lg?!Takpe lah,yg nak buat yoga tu buat lah..Luncai terjun pakai labu sayung kannn...? Tp tak tutup lubang!


ROger!

Anonymous said...
pada hari 

Archemege!

Tu la mu dok tgk molek2! Gua dah pesan sama itu ASTRo...Jgn ambik aku punya gamba time aku duk sembang dgn TPM. Aku tak suka expose2 nih!

Sebenarnya...Hari je baru aku kenal Bjorn Borg nih!Huhhuhu...


Anak Itu Anugerah!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

banjir oh banjir..
kmana nk bawa diri ini..kedepan air,,blakang,kiri,kanan..air...air...bro aboo,come come meh tnkap ikan masuk umah dh nie..

Anonymous said...
pada hari 

wah!rokok dh tk blh isap sbrangan tmpat daa..kuhkuh(smbil batuk)..nk cite ni psl dh kna dilarang mrokok tmpt yg biasa..hmm dibolehkn mrokok..aboo, ati2 tmpat makan area Bangsar..

Anonymous said...
pada hari 

Merokok di kawasan larangan dalam malaysia tapi orang malaysia tak dilarang merokok !!

ps: Amaran kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan
Anda mampu mengubahnya

Anonymous said...
pada hari 

cis...bersungguh-sungguh kamik baca...ingatkan betul la citer kitak..

ni mesti kes lama dh berangan nk jumpa TPM kan???kalu la betul jmpa mgkin dia akan lantik ko sebagai pembantu peribadi dia..n mgkin ko bleh jadi macam saiful bukhari tuh...aku dh xphm ngn malaysia skrg...mcm2 fiil pemimpin tercinta ni...

balik ni aku nk berangan jumpa PM la..nk discuss pasal situasi politik m'sia skrg n nk discuss pasal ape aku dicampak ke sarawak yang berbilang kaum ni..

diorag tak sedar ke yg diorag masih dpt menubuhkan kerajaan skrg sebab undi yg byk kt sarawak ni..tp malangnya boleh bilang bape byk pembanguna yg di buat di sarawak ni...xcukup dgn hanya hantar doktor2 n cikgu dari semenanjung ke sarawak tp kemudahan 'kosong'!!

Anonymous said...
pada hari 

orang malaysia tak dilarang merokok? tapi bukan ke penah ada fatwa pasal rokok itu haram? ke dah tarik balik? confius....

weh marcell....!!! tak sesuai org nogori ckp ala borneo daa... kekkekek... adus cell, ko ni, PM kita hantar ko ke sana utk ko berbakti kat orang sana. dah la pembangunan kurang, kemudahan "kosong" ... takkan gigi pon takde kot. jadi ko kena la perbaiki kawasan ko tu. kalau tak dpt nak majukan pon, atleast dapat memperbaiki tahap kesihatan oral kat sana pon dah ok, tak ke gitu...? chewah, tazkirah dari ustazah sophia ann murray tuu!! haha,ntah2 aku pon akan bising kalau kena gi jauh! btw, aku tak rasa PM kite yang campak ko kat sana da... sian die ko ckp gitu, kang die merajuk, die extend tempoh penggal die, sape yang susah? ;)

Anonymous said...
pada hari 

woii ja.. ni haku nk maroh nih! mane artikel baru..? org duk sebok nk berbogel la.. nk saman cine karuk la.. banjir sapa 2 meter laa.. byk citer baru.. ulas cepattt!!!! tenis abih doh.. hok tingggal final badminten kt sabah lakk!!!! oii!!! dengarrr takk? sakit doh tekok aku jerit nih.. (jerit lam hati jee)

Anonymous said...
pada hari 

'hujaaan yg trn bagaikn mutiara..."..sejuk gini teringatlak kt lagu Allahyarham Sudirman..

Anonymous said...
pada hari 

ManzilyBaity

Dah namanya musim hujan...Mestilah hujan! Banjir itu dugaan...

Abuya

Kalu tak isap rokok..Mana kerajaan nak dpt duit. Perokok membantu meningkatkan ekonomi negara!Huhu...

Anonymous said...
pada hari 

Yozawa
TAhniah kerana lu sudah berenti rokok!Boleh bayar itu Honda..Huhu!

Zuar!
Gua ada berita hangat utk lu..TUnggu! Sila tuntut di- dinilo_dunga@yahoo.com! MasyaAllahhh..

Anonymous said...
pada hari 

Mann!

Ada baiknya lu sedekahkan Al-fatihah utk arwah Sudirman..Itu lagi bagus!

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.