“Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Bagus untuk Malaysia, rakyat mula menulis, mula mengkritik dengan sinis, mula mengutuk secara terang-terangan, mula menggunakan otak untuk meluahkan berkata-kata. Rakyat di mana-mana mula bersembang, berseloroh secara terbuka kemudiannya disambut gelak ketawa bersama-sama. Adalah bagus untuk rakyat Malaysia mula menempelkan diri di tepi jalanraya. Memegang sepanduk sambil memekik-mekik dan melolong-lolong macam polong. Itu pun kerja beramai-ramai lah. Namun terlalu mem-beta, terlalu meng-kenen, bosan juga. Beri cadangannya…Tidak! “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Cuma, rosaknya kebagusan ini, apabila persoalan-persoalan bodoh pun dipertikaikan. Soal remeh-temeh diperbesarkan. Soal pokok diketepikan, soal-soal asas diabaikan, soal-soal fundalmental disampingkan. Ini bukan soal orang-orang buduh (bukan bodoh) yang demo bantah fatwa anti-tomboy, bukan soal gosip angkasawan nak berceramah bayarannya RM8000/jam. Ini bukan soal Mawi nak kawin kosnya RM5juta. Ini bukan pasal Norman kena tangkap khalwat. Ini bukan soal Razak Baginda dibebaskan penjara. Ini bukan soal Raja Petra dibebaskan dari Kamunting. Ini soal lain. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Bagus untuk rakyat Malaysia, bakal mendapat PM baru yang genius, sihat otaknya dan kuat berfikir dan bercakap, berbinikan seorang wanita cun yang gebu dan montok. Bakal PM dan para penasihatnya, otaknya bijak. Sebarapa ramai penasihatnya?OK…Andaikan 20orang penasihat dikelilingnya, tak kiralah di tingkat berapa mamat-mamat pintar lagi bertuah ini dipejabatkan. Tak usah fikir. Tak usah Tanya. Fakta penting orang-orang ini lebih bijak dari kita-kita rakyat Malaysia yang duk membuang masa menulis blog ini. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Rakyat Malaysia, KONONNYA duk bengang pasal isu potong-memotong 3% caruman bulanan EPF. Gegey-nya, seolahnya nilai 3% itu sama dengan RM3juta atau RM300K atau RM30K atau RM3K atau RM300. Fakta…3% maksudnya RM30 untuk yang bergaji RM1000 sebulan. Gandakan nilai tersebut mengikut selera gaji bulanan masing-masing. Employees Provident Fund…Tu maksudnya EPF. Di Singapore, orang panggil CPF. Di India, namanya PPF. Di Hong Kong namanya MPF. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Ada juga rajin buat kira-kira. Buat kiraan sampai 25-30 tahun akan datang jumlahnya. Mana pulak dia dapat tahu dia boleh hidup lama macam tu, entah-entah esok lusa ditalkinkan. Kadang-kadang tak perlu kita tengok terlalu jauh ke depan, kononnya berpandangan jauh, kononnya berwawasan. Adakala kita perlu realitistik (Pinjam ayat Bakal PM kita). Adakalanya kita perlu tengok dan nilai soal hari ini pada hari ini. Ukur baju badan sendiri. Tak mampu pakai Perdana, jangan gasak Merc. Pakai lah Kancil 660 second hand. Isi minyak ron92. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Pokoknya apa. Pokoknya, RM5bil duit EPF untuk Valuecap. Pokoknya, RM200juta duit orang-orang susah yang berhajat nak buat haji. Pokoknya, RM300juta duit orang-orang sesak, menabung bertahun-tahun untuk buat haji, Tabung Haji beli ekuiti syarikat buat roti. Pokoknya ada syarikat dapat duit RM237juta atas angin bila jambatan bengkok dibatalkan. Cukup 3-4 isu yang akan lapok dan akan dilupakan. Belom masuk isu-isu para kontraktor dapat duit free sebab banyak projek-projek mega lain dibatalkan. ECER lah, Koridor Utara lah, Koridor itu lah, Koridor ini lah. Yang tak sekolah tapi nak menulis baca bab Breach of Contract. Laaa…Dah sign kontrak, cancel lah pulak. Takkan nak cancel saja-saja. Bayar lah! Kita sibuk duk merengek dan meroyan pasal 3% yang nilainya RM20-RM50. Kelakar lah pulak tengok riaksi rakyat-rakyat bongok ni. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Mari belajar tulis nombor. 5billion dalam nombor 5000,000,000 atau disebut lima ribu juta. 200juta adalah 200,000,000. 300juta sama dengan 300,000,000. 237juta ialah 237,000,000. Angka 0 ialah sifar atau orang panggil, kosong. 5bilion ialah lima, Kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Bakal PM kita, orangnya bijak. Dia tahu apa itu ekonomi. Dalam fail peribadi bakal PM kita, ada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Industri. Belajar kat England, tempat orang pandai-pandai. Muda-muda dah jadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Bukan calang-calang orang bakal PM kita ni. Dia orang bijak. Bijaknya bakal PM kita ini, bijak mengalihkan tumpuan rakyat. Dia bukan semacam orang lain hanya bercakap kosong pasal ekonomi, cakap angin sahaja. Masuk angin, keluar asap. Siapa taknak potong 3% EFP tu, sila isi borang yang telah disediakan oleh KWSP. Yang suka mendapat potongan itu, belanja dengan berhemat. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.
Sekian, Terima Kasih
Aboo&LadyDark
---> INI BLOG GUA
-
Pinjam Ayat Bro Pyan Habib…INI BLOG GUA! Saja bikin blog ke-2, tulis
pendek-pendek. Tulis simple-simple. Tulis pasal apa-apa. Hari-hari boleh
update. Cu...
4 years ago
'tapi kalau selalu main penat juga cikgu'
maklumla selalu sangat kena main rasa sedap plak.
Abe Dey!
Hidup kena main2 jugak skit2...baru best!
Encik Ano!
Selalu main?!Boring aahh..
Salam..
caya la bro.. entri ko kali ini termatlah berat... tak terusung gua dibuatnya.. lu mmg ada bakat menulis semulajadi... cuma lu takda bakal menilik je...;-)
aku ingat kene di iringi dengan gitar karen la bro.... baru lagi mantap.
Salam,
Lama tak komen.. apa kabar sahabat ? Selalu aku masuk port tak pernah jumpa ko.. maklum la time-time sebelum n lepas jumaat jerk.. tentu ko sibuk nak siapkan ISO ko huhuu..
Bagi aku biar je la 3% dalam tu di kekalkan.. at least dapat gak menambahkan pengeluaran acc 2 nak bayar rumah and menambahkan pengeluaran untuk unit trust untuk acc 1.
Tidak ada apa yg ruginya.. !!!
30 or 40 ringgit memang menjadi byk jika di himpun dalam satu jangka masa yang lama.. dan kononnya takut negara nak guna kita kurangkan 11 kepada 8.. tapi jika kita tinggal dividen dari simpanan epf and unit trust.. wang itu akan bertambah juga..
Tidak ada apa yg ruginya.. !!!
30 or 40 ringgit itu di tambah dalam gaji sekarang hanya dapat tambah duit minyak untuk setengah minggu sahaja.. tak melepaskan sesak sangat pun.. Apalah salah menambahkan simpanan, sedangkan kala ini x mampu nak menyimpan..
Tidak ada apa yg ruginya... !!
Nama pewaris dah letak.. ayah, ibu atau isteri tercinta.. Moga bila tiada kita di dunia kelak dapatlah kiranya membantu kehidupan mereka..
Tidak ada apa yg ruginya... !!!
Akagi
Cuma berkata-kata
Firzo! Pendekar!Akagi!
Harapnya lu orang biasa dgn Copa Cabana Club...!
Thank You! Thank You! Thank You!
Posting 5*** bro... Memang kekadang aku pun sedih... Gua kekadang nak beli tali gitar baru pun pikir 3-4 kali.. baru harganya sekitar RM20-RM30 aje... tapi diorang balun duit gua dan lain-lain pencarum EPF dan penyimpan tabung haji macam duit jumpa kat tepi jalan....
Gua pun kekadang sedih jugak... bini gua nak bersalin, tapi gua tak berapa mampu nak hantar anak bini gua ke hospital private, bersalin kat hospital kerajaan aje (sebenarnya gua memang lagi suka hospital kerajaan)... tetapi geng-geng bos-bos EPF dan Tabung Haji boleh menikmati hasil pelaburan gua dan penyimpan dan pencarum lain dengan selesa dan bercuti menggunakan "benefit" yang mereka dapat daripada EPF dan TH.. gua apa dapat? cuma setahun dapatlah dividen around 3%-4%... Macamanana nak survive bila gua dah pencen? Atau pun nak tanggung anak-anak masuk U?
Tapi tak pe.. kalau nak main muzik boleh bertandang ke...
http://www.youtube.com/watch?v=RnlIYN3mkek
Bro Syam
Luah perasaan nampak!Takpe...ada baiknya kita lepas geram kat blog dari lepas geram kat jalan raya..Haha!
Well..Dah namanya hidup!Susah kita,ramai lagi yg susah...Sesak kita,ramai lagi yg sesak! Dah nasib kita dpt kerajaan yg beritegriti..Huhu!
Tabik spring utk lu,Bro..Sedar akan kesesakan diri.Macam kawan2 gua,ramai tak sedar diri tu sesak,cakap atas angin..tak penah nak tgk bumi!Huhu...
Apakan daya...Kuasa politik!Diorang bleh bikin apa yg diorang suka..
Nasib baik gua tak berbini lagi..Huhu!
Apapun, Beethoven tu dasat gak!Even gua suka rock n' roll, Eddie V Halen ka..Hahaha!
Tahniah utk baby yg akan datang...Huhu!
Roger Bro!
mmg tepat sgt kata bro fir... berat giler post ni... tak tercomment dibuatnya...
tp yang lebih penting buat yang bakal mendapat cahaya mata bukan lah Copa Cabana Club, tapi ketahui lah bahawa kebanyakkan doktor2 pakar di kebanyakkan hospital kerajaan mempunyai kelengkapan yang jauh lebih bak dari kebanyakkan hospital swasta. jadi dun worry, public hospitals are second class no more! :)