Thursday, October 30, 2008

Memo Blues; Blues Malam 31Oktober !

Update: Blues Untuk Syafiah!
Tiada gosip politik atau gosip khalwat juga gosip munakahad artis yang best untuk di-update melainkan dengan membaca kisah ibu-anak yang tabah. Kisah Sis Sue Aleen dan Baby Syafiah. (Click here for Syafiah!)

Unedited Version;
8am gerak ke tempat kerja…Jam7pm baru gerak pulang. Pelik…Jalan kekadang jem,kekadang tenang. Itu ari ini, esok belom tentu. Yang pasti setiap jumaat mesti jem! Juga yang pasti, 31 October 2008, genap 5tahun pencennya Tun Dr.Mahathir dan bermulanya era Paklah. Rancangannya, bulan Mac tahun depan, kita dapat PM ke-6 juga seorang First Lady. Paklah dan isteri bakal dapat title Tun. Itu hampir pasti terjadi. Untuk Datuk Onn dan lain-lain pejuang seangkatan lain aliran macam tu jugak. Samsiah Fakeh sudah meninggal. ‘Datuk’ untuk Shah Rukh Khan.


Lebih penting, aku suka kerja aku sekarang…Banyak cabaran, banyak benda baru, semuanya orang-orang baru. Semuanya muda-muda. Hanya CEO dan driver-nya sahaja yang agak-agak sudah melepasi status muda (bukan tua)! Nak jadi Ketua Pemuda UMNO, had umur 45? Jadi…CEO aku pun boleh bertanding jika dicalonkan..Umurnya 44tahun. Malangnya, CEO aku orang Belanda. Beliau tidak layak menyertai UMNO.


Soal usia tidak menjadi masalah untuk menjadi pemimpin. 'Tua tak bermaksud bapak, muda bukannya sebarang budak'. Ramai warga emas yang masih membujang. Status ‘bapak’ tu takde pada warga itu. Ada juga yang dah kawin, tapi tak dapat anak. Tu pun takde status ‘bapak’. Ramai budak yang jadi bapak. Walau tak layak, nak juga jadi bapak! Kes buang anak menjadi-jadi. Ramai yang tak bersedia jadi mak, buang anak dalam masjid. Harap-harap ada orang kutip.Dunia dah terbalik...

Tua dikatakan penuh pengalaman. Makan garam dulu. Banyak makan garam boleh rosakkan jantung. Rosak jantung, lemah lah body. Yang muda-muda dikatakan penuh agresif, banyak idea. Terlalu banyak idea, kalau tak compile betol-betol, boleh rosak otak. Bila rosak otak, akhlak pun jahanam. Makan dengan sudu, pengantin baru makan bersuap. Yang muda-muda jangan ‘makan suap’.

Bila sudah tua, lazimnya macam-macam penyakit datang, darah tinggi, kolestrol lebih lah. Penyakit begitu boleh dikawal kalau jaga ketika muda. Kalau masa muda, tak jaga makan risiko untuk dapat penyakit-penyakit begitu, risikonya tinggi. Rokok juga membahayakan kesihatan. Isap rokok sehari sekotak, 1tahun merokok…7200batang. Harga rokok naik bebankan rakyat, kerajaan dapat kutip cukai lebih. Apa nak hairan minyak nak turun lagi. Bagi yang tu, ‘pow’ yang lain. Strategi kukuhkan ekonomi rumah tangga.

Dalam TV ada iklan lampin. Lampin untuk budak, banyak. Lampin untuk orang tua pun ada juga. Itu masalah biasa kalau dah tua. Sekurangnya, organ hadam masih berfungsi baik. Yang sakit bila sembelit, kes susah nak keluar. Liat nak berak. Berkerutu dahi, tak juga mahu keluar. Tegak berdiri roma-roma di badan. Tak juga mahu keluar. Itu bahaya, banyak toksid, tak boleh dibiarkan. Ubat paling mujarab semestinya julap. Confirm senyum selebarnya selepas hajat ditangguh-tangguh akhirnya tertunai. Orang keliling pun tak bengang, bau busuk kentut bikin cemar persekitaraan.

Itu kes sembelit. Kalau tua penyakitnya Alzheimer, parah juga. Banyak kes anggota badan sehat, kuat, kukuh, utuh tapi nyanyuk. Meracau saja kerjanya. Orang Tanya lain, jawabnya lain. Ini kes berat, memang takde ubat. Dimentia adalah proses penuaan. Kurang Vitamin B12. Sel-sel otak sudah menguncup, lagi lama sel-sel itu boleh mati. Ini bahaya. Pulak kalau ada kes tak sedar, diri itu sudah nyanyuk. Parah…

Bila sudah nyanyuk…Macam-macam hal akan timbul, itu lah ini lah. Rosak segala-galanya. Perlu jagaan rapi orang-orang sebegini. Perlu dipimpin bukan memimpin. Problem kalau orang-orang nyanyuk ada ego tak mahu dipimpin, tak boleh ditegur.Yang muda jangan perasan akan muda selama-lamanya. Jaga diri dari awal.

Maka, yang rasakan body-nya sudah tua itu, sedarlah bahawa kekuatan, keutuhan, kekuasaan itu boleh terjejas bila usia tua. Apa lagi bila semasa sihat, muda dan jelita, makan pula sudahlah tidak berpada-pada, lantak segala macam benda. Maka, reform-lah cepat-cepat sebelum orang lain me-reform-kan anda.



Pesanan Khidmat Oleh
Aboo & LadyDark

Komentar :

ada 10 comments ke “Memo Blues; Blues Malam 31Oktober !”
Anonymous said...
pada hari 

lg satu pesanan: gosok gigi biar consistan dan dgn cara betul. pastikan semua permukaan gigi bersih. gunakan berus gigi yang sesuai...tak kira la yang kecik ke besay, yang berbentuk 'i' ke berbentuk 't'... dah jaga gigi, jangan lupakan gusi. guna ubat kumur. baru la usia tua dilalui dengan gigi yang sihat... gigi sepanjang hayat!

Anonymous said...
pada hari 

heheheeh...< senyum dgn gigi penuh >

ada lawak bunyi mcm ni :

You cannot touch all your teeth with your tongue.

Anonymous said...
pada hari 

soriii....pagi tadi baru buka email. Lambat sikit balasnya. Tapi masalah dah selesai tu

Anonymous said...
pada hari 

hmm..tk tau cmne nk tonjolkn perasaang gumbira ini pabila dpt tau aboo dh dpt keja baru..dh dpt ceo br..jgn lupe ceo lame ek..

Anonymous said...
pada hari 

Lady Dark!
Yeahhh..Gigi sepanjang hayat!Cepat scalingkan gigi I ni haa...!

Sis Kujie!
Thanks untuk respond pantas Sis..Lain kali,ada job...cepat2 gua akan emel Sis..Hahaha!

Anonymous said...
pada hari 

Brother Abuya!
Pesan sama itu ex-CEO. Jaket Padini tu...kasi ambo lahhh!CEO lama ttp dihati...huhu!

CEO baru lagi best,dlm ofis pun boleh msg2 lah!!!Hahaha..

Anonymous said...
pada hari 

huhuhuhu....

gigih sungguh brader sorang ni... baru je blog si kecik tu naik terus kena paut... time kasih le bebanyak...

ingat tak satu column dalam pancaindera - di celah² kehidupan, macam² kisah dalam tu.. ahh... dah lama tak baca rangkaian utusan... curi baca paper paktua kat kg ada la kot sekali-sekala...

owh.. teringat juga masa kerja. bila cabaran tinggal seciput dah tak terasa thrillnya... rasa macam tak adventure sebab tak de ilmu masuk. produktiviti statik! rindunye nak keje balik (in fact tengah mencari!)..

Anonymous said...
pada hari 

A Tribute to Samad Lefthanded

http://uk.youtube.com/watch?v=dYk0mYCjFp0

Anonymous said...
pada hari 

CEO baru igt aboo main msg2 dlm bahasa Belanda kot..psl tu dia tk mrh sama aboo..kehkeh!

Anonymous said...
pada hari 

Letting aka Bro Syam!

Wahh..Dasat soundnya!huhu...Samad, one an only...


Mr.Abuya!
CEO baru fasih cakap Melayu,baca je tak reti. Dlm ofis,kitorang semua ber-skype!huhu.. Re-brand la cepat2 company lama tuuu...Huhu!

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.