Sunday, October 19, 2008

Memo Blues; Hidup Jalan Terus !


Update; 19oct ...10.50pm


Lagi rumah terbuka! Kali ini di kediaman mewah Boss aku…di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lady Dark lupa bawa kamera, kalau tak…banyak gambar makanan aku ambik. Kalau pakai ber-kodak 12, gerenti tak cukup filemnya. Kena beli 3-4gulung filem. Mewah sekali…dari jam 8-9.30pm Makan! Makan! Makan!



Boss besar dari Jerman pun datang. Gemuk fizikalnya, mesra percakapannya. Kuat genggaman salamnya. Beza dengan jabat tangan dengan sesetengah orang. Hulur hujung jari saja. Orang bisnes dan orang Politik, lain salamannya. Orang baik-baik lain salamnya. Orang jahat pun reti bagi salam. Orang sombong tunggu orang beri salam…



Senak perut aku masih terasa. Lantak makanan yang tak tahu pun apa namanya. Apa cerita agaknya orang-orang susah, makan nasi lauk kicap. 50tahun sudah merdeka. Patutnya semua warganegara kita wajib makan mewah. Makanan lokap pun lantak saja bila dah lapar. Kita hidup untuk makan bukan makan untuk hidup….Apa pun, untuk hidup Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...





POSTING ASAL
Politics...Apa kebanggaan kita terhadap politics? Aku tidak pernah belajar Political-Sciences secara formal. Aku cuma banyak membaca terhadap kepelbagaian politik. Aku pernah terbaca bahawa politik adalah cabangan kepada ilmu dan Seni. Ilmu dan Seni yang untuk meraih kekuasaan secara constitusional maupun non-constitusional..........................................................Arghh!

Tak boleh nak tulis dahhhh…Tetiba rasa malas, kemenyampahan terhadap politics tetiba datang! Tadi memang ada point. Astagrfirullahhhh…


Rasa nak menulis tu ada… Tapi nak tulis apa?Ahhh…Tetiba rasa rindu pulak kat hidup di Kota Bharu. Susah nak cerita life aku kat KB, banyak benda best kat sana…Terlalu banyak! Pun begitu..ada suka ada juga dukanya… Campur-campur! Pengalaman manis, pengalaman pahit…Dua-dua tak terlupakannnn…!Hidup jalan terus...

Hidup jalan terus, aku nak maju. Kena teruskan hidup walaupun di tempat orang. Tempat orang, tapi tetap dalam negara sendiri. Taraf bumiputra masih valid. Ntah sampai bila.Tempat orang pun tempat aku. Aku mula belajar nak adapt hidup sekarang. Segala rasa negatif twist-kan jadi positif. Hidup jalan terus…

Lately…Bila ada masa, aku cari blog-blog santai. Baca blog-blog simple yang tidak focus pada kepolitikan semata, umum dan sederhana. Ok apa…baca-baca, yang best..aku add-kan link tu. Bukan kena caj punnn… Sebenarnya…berapa banyak blog yang ada kat Malaysia nih?Melambak! Masuk mana-mana blog, click saja kat link-link dalam tu…Giler!Banyak…

OK apa…Bukti bahawa kita yang memblog nih menulis! Seriously…Bagi aku bagus, minda-minda kita makin berkembang, kongsi pengalaman dan pengetahuan melalui tulisan, melalui blog! Ada juga blog yang mengiklankan barangan jualan. Mudah! Tu pun namanya marketing strategy…Bukan kena bayar pun. Cuma couverage tak seluas iklan kot TV lah. Itu sudah cukup…

Aku pun nak tulis benda-benda yang simple. Memang niat untuk merubah bangsa, mengangkat agama, memartabatkan negara. Mungkin terlalu besar untuk aku. Jadi aku perlu start dari merubah diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri. Amal Makruf Nahi Mungkar. Tak mampu tegah dengan ‘tangan’, benci dalam hati pun jadilah. Namun itu selemah-lemah Imannn…Tidak perlu terburu, biar lambat asal selamat. Untuk masa sekarang, bak kata Cornell, be your is all that you can do. Hidup jalan terus...

Berita minggu ini…MCA minta jawatan Timbalan Presiden BN. Budak form 2 tendang cikgu. Sepasang suami-isteri kena bunuh cara kejam di Kelantan. Mawi kawin 5juta. Malaysia 4 Seirra Leone 0. Minyak turun lagi 15sen. Curi balak di Pahang. Warga emas rogol budak 10tahun. USD1, RM3.5. Scomi dapat projek di Mumbai. Mukhriz Mahathir layak bertanding. Raja-raja Melayu bertitah, jangan cabar kontrak social.

Yang kaya tetap maintain kaya. Yang susah tetap maintain susah… Hidup jalan terus…

Tadi petang, konsert K.A.M.I (Geng…hidup memang palat!) kat Bukit Jalil. Ada niat nak pergi.Lama benar tak pergi mana-mana gig. Mana pun kita pergi, pandai-pandaikan jaga diri.Tapi kawan-kawan ajak ber-bowling, dia nak train untuk match anjuran company. Serious…1st time aku main bowling. Main 2 games...point aku 48, 78. Kawan aku, Jena… 82,80 Ayiem… 138, 164 Fathul…114,128. Hasilnya dapat memeluhkan ketiak dan celahan kangkang sambil ushar awek-awek social keliling, kasi mereka perasan cun! Kalau di KB…Jumaat dan Selasa malam badminton di Dewan Tengku Anis. Rabu malam di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu. Peluh satu badannn… Makan Char Kuew Tieow berempat 6 gelas the beng. Belanja hari ini cuma RM47.80.

Cepat sungguh masa berjalan. Millage kereta sudah 45293km sejak 13Mei 2005. Rokok tetap tak putus, sedut macam biasa. Surya-12 seludup mudah diperoleh rokok Peter tetap RM9. 1liter minyak RM2.30. Ini semua soal-soal belakang. Perihal perkara yang dah berlaku. Perkara dah lepas tapi menjadi rumusan mudah untuk hidup.

Nak bercakap soal masa depan pun susah. Kena ada planning. Kena buat forecast. Kena ada target. Kena ada objektif. Isnin nanti bekerja lagi, awal pagi perlu hantar weekly planning. Jam 4, perbentangan progress kerja. Housemate aku bertunang minggu depan. Zainal Fikri aka Jenal, orang Kedah 'bertembung' dengan Siti Aifa Hayati orang Kelantan. Dua-dua kawan lama. Dua-dua engineer. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua bumiputra. Yang pasti Deepavali pada 27october!

Housemate
aku lagi sorang, Fathul. Calon pun takde lagi. Dia engineer. Dia pun bumiputra. Layak untuk mendapat hak istimewa sebagai Melayu. Hak bumiputra-nya tidak sah bila dia ke Australia tak lama lagi. Masa sekarang, dia cuba menggunakan hak keistimewaannya sepeunuhnya sementara tinggal di Malaysia ini. Cuma,
umur dah lanjut, takde calon isteri pun, hidup jalan terus...


Untuk masa sekarang. Liverpool menang 3-2, sekarang 2.01am…minit ke-87 , Man United 3 WBA 0. Hidup jalan terus, namun perlukan masa rehat… Sekarang waktu tidur. Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...Umur panjang, esok hidup lagi...


AudioSlave - Be Yourself live in Cuba


Aboo

Komentar :

ada 24 comments ke “Memo Blues; Hidup Jalan Terus !”
Laxmana said...
pada hari 

Salam bro...

Lu kan, kalau dah menulis, memang power! Cume lu malas jer... Hahahahaha! Jgn marah bro, nanti gua report kat "Gadis Gelap" tu lu usha awekz time main bowling... hihihi!

Agree... Hidup Jalan Terussss!!!

Firaz said...
pada hari 

salam...

perghhh... kini gua akui..lu memang ada 'soul power' lu pembakar inspirasi..;-) gua caya sama lu...;-)

Unknown said...
pada hari 

;-)

menulis jadikan kita lebih kreatif.

tulisan juga, menilaikan apa dalam diri kita dan siapa kita....

teruskan bro menulis....

Anonymous said...
pada hari 

friendly reminder to everyone: kalau gi open house, jangan lupa bawak kamera... rugiiii!!!! :(

hmm... best gak ek tulisan pasal nothing ni.... rasa dunia ni luas skit...

bro laxmana, malas tu satu hal dh, tapi klu dok stuck dalam traffic 7 jam seminggu, kita pon biol gak bro! maybe sbb tu kot die dok usha awek. tapi kan bro, tak perlu report kaau die usha awek, tapi kalau die start usha mana2 mamat, PLEASE bgtau cepat2, hahhahahhaah!!

Anonymous said...
pada hari 

Salamzz Syawal,

Suprise juga mu call aku aritu maklumla msg Raya aku tidak kau balas. Demns you! kedekut 5sen/SMS. Fyi... Ustazah Ilyati dah OK bole berjalan n terus mendidik anak bangsa demi gaji bulanan,bangsa dan negara.
Lu dok punchong keje Shah Alam mmg best la jumpa bro polis trafic dekat simpang USJ,T-juntion SA,Depan Proton n Depan F&N. Lu rasa la apa yg aku rasa setahun lepas hahha
Wah Jena vs Aifa? sungguh tak kusangka tp itu jodoh namenye. Aku masih ingat kata2 kengkawan yg menggelikan hati. Tulang berlaga tulang pasti menghasilkan bunyi! Anyway tahniah Jena & Aifa... Gud Luck Aboo & Lady Dark
Teruskan mem'blog'!

Anonymous said...
pada hari 

tulang berlaga tulang menghasilkan bunyi?? apa maksudnya tu??

Anonymous said...
pada hari 

Salam..selalu baca, segan nak komen...tapi serius cakap suka cara sempoi tapi ada isi.

Anonymous said...
pada hari 

Lax aka Rajooo!

Alamakkk...Gua mmg tak sempat nak tulis lahh!Kalau gua list-kan keje2 dan hal2 gua yang outstanding...COnfirm lu sedih!

Itu ari gua usha awek main sebelah lane guaa,haram tak cun punnn...huhu!1st time main 2kali strike! Lebih 10kali masuk longkang!Huhuhu...


Anyway gua akan tulis lagi...Tulis Jalan Terus!!!


Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Firzooo!

Alamakkk...Bakar sampai hanguss siot!Lu baca dah la,takyah kasi kepercayaan pada gua,nanti gua jadi angkuh dan sombong!Huhu..

Soul Power Jalan Terusss!!!


ROger!

Anonymous said...
pada hari 

Pendekar!

A.G.R.E.E !!! Dengan menulis,kita lagi kreatif!Mtk lebih agama-kan blog Pendekar...

Gua mmg nak tulis gk agama,malangnya...Ilmu agama gua kurang!Nak belajar kuliah takdan masa...Harap belajar kot blog je lahh!

Ilmu Jalan Terus!!!


Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Archemege aka Brother Pali-ku Sayang I Love You Too!

Alhamdullilahhh...Ustazah Ti dah OK!Boleh bikin adik utk Fiqah...berbantukan VOC31!Huhu...

Hp gua hang masa raya tempoh ari akibat sms2 raya yg giler banyaknya!So..I'm so sorry lahh!

Haaa..Jalan tu la gua lalu ari2 sambil2 layan radio24!Macam2 ragam pengguna lalu lintas kita...

Aifa VS Jenal...Jodoh!!!Jena kirim salam sama lu. Berat jenal (WRQ) kini lain dari Jenal (KAY) duluuu..Memboyot ke dpn skit dahhh!Mcm2 alat pengempis dibelinya...Tp tak juga menjadi! So...Skrg..gua,Jenal & fathul dlm proses menubuhkan futsal team!Nak lawan geng ayiem&Zilal nanti...Huhu!

Bunyi?!Uishhh...Gua rasa lu pun still ada bunyi kot sampai skrg?!Huhhuuu...

Bunyi Jalan Terus!!!

ROger!

Anonymous said...
pada hari 

Lady Dark/Gadis Terang!

Bunyi apa???Jangan tanyaa...Nanti lu sengal dan seriau!!!Huhuhu.

Talk about it later!


Sengal Jalan Terus!!!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Kujie!

Alhamdullilahhh..Dibukakan hati Sis utk baca blog gua yg rockablogic nih!

Segan tu normal!Yang tak segan tu abnormal!Huhu..

Ayuh...Sempena Raya ke-20 nih,twist-kan jiwa2 negative yg segan itu kepada segan yang bertempat (positive)!

Thanks Sis!

Segan Jalan Terus!!!


Roger!

Anonymous said...
pada hari 

salam bro...

ni tak nak komen pasal posting ni. pasal pertanyaan di ruangan tips tu. boleh tak email me the xml file @ copy paste ke word + save. ingat dashboard > layout > edit html > wajib tick expand widget templates > copy > paste > save. send the file to me. let me take a look at it. then, i'll make another entry about it. ok? bleh?

meh nak cari mana yang tunggang-langgangnya!! huhu!

mail me at suealeen@gmail.com @ suealeen40@yahoo.com

Anonymous said...
pada hari 

wahhhh..sue hebat skrg ni!
cayork!

Anonymous said...
pada hari 

Kak Jie:
tak de la hebat sangat pun... amatur! saya budak baru belajar!


brader Aboo:
teh tarik siap satuuuu!!
meh claim kat blog gua... hahaha!!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Jie & Sis Sue!

Tak sabar nak tunggu blog ada 'Read More' nih...Maklumlah,tulisan gua kan panjang2...Huhu! Sis Sue plak tu tolong bikinnn...Perghh!!!

Apa2 hal punnn...


Read More...Jalan Terus!

Anonymous said...
pada hari 

mendalam jugak mangkuk nih!!
igt da duh kl jd metrosexsual..
hahah.. nasib baek.. xpe LD..
kalu die start usha mamat, aku simen je mulot die.. hehe

Anonymous said...
pada hari 

Aboo.... ade tutorial utk buat read more.... mudah..ada 2 step je

Kat blog lama Kak Jie

http://kujie2.blogspot.com/2008/09/buat-read-more.html

Anonymous said...
pada hari 

Zuar!

Makan boleh sebarang makannn..Ckp jangan sebarang cakap! Nak race cakap...Huhu!


Race Jalan Terus!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Jie!

Dulu dah try dah cara topup2 code macam tu,tp tunggang langgang jadinya..Tgklah post lama2, paragraph semua hilang...Giler!

So..Tanggungjawab utk bikin itu 'Read More' gua serah sama itu KakLong gua, Sis Sue!Huhu...

Thanks utk tunjuk ajar!

Thanks Jalan Terus!!!

Anonymous said...
pada hari 

Bro Zuar
simen mulut??? haha... garang giler bro... bertenang... bertenang... :)

Sis Sue and Sis Jie
macam dah jadi je read more tu! respect la! kitorang dah try macam2 dah... standing ovation for you gals!!! :)

petrokoxi said...
pada hari 

SALAM BRO,恭喜,恭喜,我很高兴认识你

Anonymous said...
pada hari 

Kanangoru!

Congratulations, congratulations, I am glad to know you <--ni maksudnya,yg aku dpt dari google translate! Apa pasal lu tulis cina?Gua hanya tau, Ni how maa...?!hahhaa..

Well,Kanangoru aka AiMingZi...Nice to know you toooo!Huhuhu...

Mi don Spik Inglish...Roger!

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.