Monday, October 27, 2008

Memo Blues; Blues 'Deepa' Blues...

Update; 28 October; A-B-O...Jalan Terus!
Jalan ke tempat kerja, lengang saja...Sekolah masih cuti, mak bapak pun extra-kan cuti agaknya. Bikin kerja menimbun... Rayakan setahun sekali.

Al-Banjari Online...Capai hits 200k...Tahniah! Tak tersedar pulak aku, mana pergi 'perasan' aku selami ini...Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5perkara...Perkara tiada kelapangan mula di tarik perlahanan..Syukur! Otak aku masih berputar ligat...

Cougar belum jadi nak beli...Selamat duit negara. Namun kesian, kecut perut askar-askar kita setiap kali naik Nuri. Apa kata...Paklah dan kawan-kawan juga bini-bini kawan, ronda-ronda negara naik Nuri...Comfirm takde yang nak naik! Mana best...Kusyen tak empuk, 'jamban' rasa senak duk atas bangku tak empuk. Duduk atas baldu pun, kentut bau busuk jugak...

Duit epf...Baru niat nak ambik skit nak bayar yuran mengaji di ehsan-kan kat Valuecap pula...Ntah untung, ntah rugi! Kalau duit yang disimpan nilainya menyusut...Apa guna kita menabung. Baik belanja sekarang. Shopping habis-habisan. RM1 sekarang manakan sama RM1 20tahun akan datang. Atau guna buat pergi umrah, boleh doa depan Kaabah. Selamatkan bumi Malaysia tercinta...


POSTING ASAL ! ! !
27
OctoberPenganut Hindu meraikan kembalinya Lord Rama ke Ayodha, pembunuhan Narakasuka, Kezahidan Shakti, Krishna menewaskan Indra, kembalinya Bali ke neraka. 5 peristiwa ini diraikan dan dinamakan Deepavali. Tak salah untuk kita ambil tahu pasal agama lain, bukan dalam bentuk argue pun…Cuma untuk paham, apa sebenar Deepavali yang mereka rayakan. Jika kita paham akan agama lain, rasa respect akan ada. Sayang menyayang antara kita!

Lagi sekali, Deepavali datang lagi! Meriah sungguh aku tengok kat TV…Besar-besaran juga sambutan di PWTC. Ramai yang datang, tak kira apa warna rambut. Wahh, meriah sekali! Pemimpin BN pun semua ada…Pemimpin berjiwa rakyat, tapi pemimpin makan dengan pemimpin juga. Rakyat lain, duduk meja lain. Pemimpin berjiwa rakyat…

Rakyat dengan rakyat, pemimpin dengan pemimpin. Entiti yang berbeza, dua kasta yang ketara. Pemimpin berjiwa rakyat, oklah tu… ‘jiwa’ rakyat je! Pemimpin adalah pemimpin, rakyat tetap rakyat. Pemimpin makan berhidang, rakyat makan buffet… Makan untuk hidup. Lauk ayam untuk pemimpin, lauk ikan kering untuk rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat…

Menarik minggu ini…Tengok berita mesti ada drama berjudul UMNO Oh UMNO. 3 orang, anak dan menantu, bekas dan sedang-PM layak untuk bertanding Ketua Pemuda. Yang lagi sorang taktahu pulak aku bapaknya dulu kerja apa. Hari-hari ada undi untuk Najib. SMS ugutan melanda Shahrir Samad. Dan lain-lain lagi…Tengok sahaja berita.

Juga menarik, Hindraf diharamkan. Karpal Singh digantung 2hari di Parlimen. RM7bil dibazirkan di Terengganu. DEB bakal dimansuhkan digantikan dasar baru. Agaknya lebih kurang New Economy Agenda lah kot. Malaysia kalah lawan Myanmar. Liverpool 1 Chelsea O. Man U…aku tak layan! Prison Break epi.8 dan Heroes epi.6 keluar minggu ini. Grey Anatomy aku tak layan…

Pemimpin berjiwa rakyat. Makan pun meja asing-asing. Di PWTC, lawa-lawa lagi bergaya bini-bini pemimpin. Ada yang langsing, ada yang flat. Rambut wajib ‘karat’. Barang kemas bergantungan sana-sini. Ranggi-ranggi dress-nya sorang, maklumlah kena tonjolkan kewemahan kepada rakyat bahawa aku lah bini kepada seorang pemimpin. Pemimpin berjiwa rakyat. Bini pemimpin pun berjiwa rakyat.

Pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin makan guna sudu dan garfu. Rakyat makan guna jari jemari. Makan guna 4jari adalah sunnah. Stop makan sebelum kenyang. Diet kena jaga. Biar badan maintain cun…

Meriah juga Deepavali ini, tadi tengahari banyak motor-motor dibonceng oleh orang-orang. Hitam kelat, macam India…Happy sungguh mereka beraya. Selalunya aku menyumpah seranah kalau tengok mat-mat motor bawa motor dalam keadaan yang bahaya. Tapi tadi aku berkompromi, maklumlah diorang sedang beraya. Sekali sekala apa salahnya.

Hindraf mana pula pergi, masa raya puasa dulu, kecoh lah pulak, time Deepavali takde pulak. Balik kampong kot belaka semua. Reti juga nak beraya rupanya. Lain kali respect orang lain punya raya. Respect me-respect kan amalan mulia lagi berpahala.

10.32pm…Rumah bujang masih sunyi, Zainal Fikri dan Aifa Hayati sudah selamat bertunang. Fathul masih di Perak. Esok kerja…Planning belom buat lagi. SOP untuk company banyak lagi nak kena siapkan. Tajuk final thesis belom ada. Hari berjalan cepat…

Untuk yang sudah lepas, happy belated birthday untuk Dr. Airin Koay, selamat bertugas di Kuching, Sarawak bersama yang lain. Semoga hidup anda dan kawan-kawan di sana jalan terus!

Oklah kot, Selamat hari Deepavali untuk penganut agama Hindu jika korang yang membaca ini beragama Hinddu. Kawan-kawan rapat…Anusha Ratnam, Mishaliny Nair dan semua classmate yang best-best! Ops, aku teringat kepada 5kawan India ex-USM…Thirupathi yang membekalkan nota-nota kuliah, Iswaran yang sentiasa tawarkan rokok Dunhill, Iswaran yang sentiasa gelabah kalau assignment tak siap dan Gayanaprakash yang sentiasa cool aje! Ntah di mana mereka sekarang… Lagi sekali Happy Deepavali!

2-3hari lepas, aku tengok berita...Katanya Obama 9-sepupu dengan Brad Pitt...Sarah Palin 10-sepupu dengan Princess Diana. Menarik juga tu, tapi kalau kita sedar semua kita asalnya dari bapak bernama Adam A.S dan ibu bernama Hawa maka, semua kita adalah bersaudara. India-Melayu-Cina pun bersaudara.
Pemimpin dan rakyat pun bersaudara. Tak perlu makan meja asing-asing. Tak perlu label VIP untuk mengkastakan orang ini dan orang itu. Saudara Jalan Terus!!!

Ops…Sis Sue-AleenThanks untuk ‘Read More’ tu! Hahahaha…Alamakkk dah menjadi lahhh!

Seruan; Kepada sesiapa yang berminat untuk adjust html punya code boleh contact
Sis
Sue atau Sis Kujie…Gerenti puas hati!FOC kot...reward sendiri mahu ingat laahhh...

Walaupun sepatah haram aku tak tau maksud kata-kata lagu ini, tak kira lah!
Tapi ini
special untuk Sis Sue yang bikin 'Read More';

Beyond - Hai Kou Tian Kou - Live Unplugged (Malaysia - 1993)


Aboo & Lady Dark

Komentar :

ada 14 comments ke “Memo Blues; Blues 'Deepa' Blues...”
Anonymous said...
pada hari 

betul tu.. nape nk dilabel kn VIP.
sedang kn yg mengundi tuh org gak..
nape nk di kelas2 mengikut darjat dan pangkat?..

tp.. sanggup ke pemimpin berjiwe rakyat mkn nasi sedulang? duduk bersile 2 3 org? sanggup?

penulis..?

Firaz said...
pada hari 

salam...

abooooo... oooo... aboooo.. sungguh2 aku tak sangkak beb.. rupanya ko begitu berperikemanusian dan sentimental... terharu gua beb... sungguh2 terharu.. air mata jantan gua.. gua tahan jugak demi pengertian sebuah 'kemachoan';-)

lu mmg sempoi.. gua jadik peminat lu bleh...??? ;-) beb bila zaman lu nk reveil lu punya pic dengan sophie.. gua tringin bebenor nk tgk samada 'bagai pinang dibelah dua' atau 'bagai pinang diracik-racik' hahaha..

apa2 pun all da best for u my pren.. dengaq mcm bz giler n berserabut jeee... lu pikir satu2 beb..bak kata mat salleh 'once at a time' InsyaAllah semuanya leh settle... last2 ko akan kata..'eh.. dh settle keje aku upernye...';-)

Anonymous said...
pada hari 

wah, ABO dah 200 000 hits??!!!?? congratssss!!!!

deepavali kali ni mmg nampak meriah, tapi hindraf dok kat mana masa tu...? tak guna plak peluang ni jumpa PM lagi ek? hmm...

Pemimpin berjiwa rakyat... ada lagi ke yang melaungkan perkara ni...? cakap pasal akar umbi, macam akar umbi tu penting. tapi tak duduk sama rendah ngan diorang...

hehe... pic aboo dan lady dark tak boleh expose sgt atas sbb2 berikut: sorang tu gemok+pendek, and seorang lagi kurus+itam, so baik pakai gmbar lenon and yoko, haha...

Unknown said...
pada hari 

'pemimpin berjiwa rakyat'

itu ler kesilapan kita dari dulu....

sepatutnya 'rakyat berjiwa pemimpin'

settel semua masalah.....

Anonymous said...
pada hari 

nak ambik kesempatan disini nak ucap happy deepavali buat Dr Sivamurugan Pandian,Pensyarah Kanan,Sains Politik USM.(idola gue) moga deepavali ini beri satu peluang utk rakyat bersatu.
Jugakk buat LD.....
Chow

Anonymous said...
pada hari 

Zuar!

VIP?Bukan semua VIP tu politician...Ramai lagi mangkuk hayun yang melebelkan diri mereka VIP...Huhu! Makan nasi dulang? Tak mungkinnn...Walau itu sunnah!

Penulis?Penulis masak sendiri jer..kadang2 sardin jer,kadang2 kicap jer! Penulis seorang yang cool dari segi pemakanan..Huhu! Ada masa lapang gua makan rumah lu sajaa...huhu!

Makan Jalan Terus!!!

Anonymous said...
pada hari 

Firzooo!

Wahhh..nak jadi fan?!Jadi fan yang ala kipas2 dah lerr...huhu!

I need no fans!Just support me and LadyDark's writing...Huhu!Bosan bila ada fans...Sibuk nak bergosip nanti!Selisih malaikat 44 utk ada fans...Dari Dia kita datang,kepada Dia kita pergi...!

Photo?Huhuhu..Mungkin tak...Huhu!Prinsip dan dasar harus dipertahankannnn!huhuhu...

Prinsip Jalan Terus!

Anonymous said...
pada hari 

LadyDark!

Walaupun kita buruk dari segi fizikal...tp jiwa kita indah!Kita berperikemanusian...huhuhu! Ciss..rendah2kan diri yang cun la pulakkkk..Nyampahhh!

Akar umbi..?Akar ubi boleh makan...Akar Seluduk boleh buat ubat!Tak semua akar tu bagus..Akar rumput beracun!!!Akar umbi yang 'tuuttt..'tak boleh makan,tp makan suap!

Akar Jalan Terus!

Anonymous said...
pada hari 

Bro Walkie Talkie!

Dr.Pandian..?Idola abe nih,geng2 PR panggil Dr.Kangkung...takpun Dr.Kungkang...Tp,ambo tak panggil apa2 pun!Tak kenal pun sapa dia nih..

Apa2pun..Bila dah jadi seorang idola kepada Abe,idola ambo nih...Mesti dia itu special orangnya...WAJIB!

Happy Deepavali utk Abe Seeemmmm!

Abe Oh Abe Jalan Terus!!!

Anonymous said...
pada hari 

Bro Pendekar!

Apa2 jer lahhh!Asal makan cukup..Pakai cukup...Hidup aman dan damai!

Cukup Jalan Terus!

Anonymous said...
pada hari 

layannnnnnnnnnnnn lagu!

Kak Jie surirumah sepenuh masa je... takat baiki labu jadi sayur masak kicap bolehlah...haha

Anonymous said...
pada hari 

Sis Kujie!

Labu pun labu lahhh!Hahaha..Buka blog consultant punya company lah!Merge pulak dgn Sis Sue..Peeerghhh!Di luar jangkauan imaginasi tuuu hasilnya...Huhuhu!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

salam... gw telah kembali!!
aboo.. kak jie lebih senior + otai, tak termampu gw nak kejar ilmu setarafnya....

beyond? i love beyondddd!!! muchas gracias.... toche toche toche... mengingatkan kisah zaman sekolah naik bas kar chiang.. ada 2 orang je pelajar melayu.. yang lain tu semua cina.. kerana aku membesar di kalangan mereka!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Sue!

Sis Sue busy skrg dgn baby Syafiah...So, postpone dulu mega-project dgn Sis Kujie tu eh!Huhu..

Moga Syafiah cepat sembuh!

Syafiah mesti blajo Jalan...Jalan Terus!

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.