Tuesday, July 22, 2008

MB (E200) Oh MB; Apa lah sangat USD1juta++

Prolog; Maaf...Aku selalu keterlambatan dalam mencelah untuk menulis terhadap mana-mana isu hangat, sesungguhnya masa tidak menyebelahi aku dan sesungguhnya tiada imbuhan dan pulangan walau se-sen untuk setiap tulisan aku.

Pokcik Mat Said (terlalu tua untuk aku gelarkan 'datuk'), rasanya Pokcik Mat Said baru 50tahun lebih...belum bercucu. Maka adalah lebih kelihatan muda dan segar aku memanggilnya dengan Pokcik Mat Said. Lagi penting aku pun ada pertalian kekeluargaan (jauh) dengan Pokcik Mat Said (Bonda tercinta sebagai alibi aku!). Lagipun mesra bunyinya...Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said...Sebut berulang-ulang best pulak!

Dari Perdana V6 (kelas terbaik) kepada Mercedez Benz E200...?Eh...berapa sangat harga semuanya tu? Kan..Cuma USD1juta++ je (kalau ditulis dalam currency RM macam byk bunyinya!) Apa lah sangat kalau dibandingkan dengan royalti yang bakal masyuk berbillion-billion tu! Setuju kata Che-Gu (KATATAKNAK), 'When you are rich, you must look rich' cuma aku nak ubah, 'Bila anda bakal kaya...belum apa-apa anda mesti bergaya!' Royalti belom dapat nih...

Apa aku nak ulas pasal Pokcik Mat Said labur duit untuk 14 buah Mercedes Benz E200 yang tak seberapa (duit) tu?nak cerita-cerita pasal kos maintenance mercedez murah? Nak cerita kos repair Perdana V6 buruk yang lama cecah RM50K? Blogger lain kritik, kutuk dan maki hamun dah! Ohh...tak perlu, tak perlu... Aku cari modal lain... Lagipun aku sedih, merana, sengsara habis bila aku baca tulisan-tulisan blog yang kutuk Pokcik Mat Said aku nih...Ohh!Kasihannn...

OK...Got! Aku ampu je lah Pokcik Mat Said aku, kalau-kalau duit pinjaman pengajian dipercepatkan! Apa standardnya Perdana V6 untuk para pembesar negeri yang bakal mengurus billion-billion duit? Berapa percent sangat tu?Apa nak kecoh-kecoh...Kalau report balai polis berhampiran pun, nak caj apa? Salah guna kuasa? Seleweng duit kerajaan negeri? Cakap jangan sebarang cakap...Pokcik Mat Said aku beli secara sah dengan dealer yang berdaftar. Pokcik Mat Said aku tak main belakang...

Apa lagi nak diampu?!Ok..next, USD1juta...apa lah sangat?! Apa boleh buat dengan USD1juta?Ya...boleh kasi kat pemenang One In A Million! So..dari beri kat minah-minah dan mamat-mamat yang ntahapahapa, melalak macam orang kena sawan...baik beli 14 buah Mercedes Benz E200kereta. Aku sokong Pokcik Mat Said aku... Naik Mercedes best woooo! Lagi best dari kereta yang iklannya rama-rama boleh date atas bumbung kereta tu! Nissan ke apa...

Takpe...Takpe...takde hal Pokcik Mat Said aku nak beli kereta-kereta tu. Apa lagi untuk pembangunan untuk negeri? Landskap...dah tip top dah! Masjid Kristal..dah siap dah! Stadium untuk SUKMA...dah rasmi dah! Jalan raya...rasanya paling best di Malaysia! Modal insan yang dilaung-laungkan "Generasi Ulul Albab", Terpampang signboard "2010 kanak-kanak khatam Al-Quran", Duit untuk nak anjur Monsoon Cup tak perlu nak fikir dah, sebab dah cancel dah! So..pendek kata, Terengganu tak diperlukan duit sangat dah! Pok Deris dah setel-kan segala macam pembangunan, itu pasal kontraknya tidak disambung...

Untuk apa lagi duit Terengganu? Orang-orang Terengganu sekarang senang-senang belaka. Untuk menilai kesengangan Orang-Orang Terengganu (Kuala Terengganu sebagai 'benchmark'), tengok sahaja muda-mudi remaja di Terengganu...gaya setiap minah dan mamat melepak di Taman Batu Buruk dan Taman Shah Bandar seolah-olah macam anak-anak saudagar. Mana tahu mak bapak diorang betol-betol kaya. Seolahnya takde haluan pun takpe, sebab mak bapak kan orang kaya. Social bukan main...

Sudah lah...Penat aku duk bodek Pokcik Mat Said aku nih! Sebenarnya...aku pun bingung juga, bila kerajaan negeri dapat duit royalti nanti, apa lah agaknya nak dibangunkan oleh Pokcik Mat Said aku nih, yang boleh menyenangkan lagi Orang-Orang Terengganu yang sudah sedia 'senang-lenang'. Apa-apa pun tak kisah lah...Projek sana, projek sini...Cuma mintak revise sistem pembangunan social je sedikit! IKS pun kena bantu dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sistem pembayaran contohnya. Ish..banyaklah juga boleh bikin!Tapi...Tapi...Tapi...Duit pinjaman bebudak yang meminjam di Yayasan Negeri minta disegerakan...Dah sengsara habis nih!

Penutupnya, Selain itu Jepun...Singapore...2 buah negara maju! Setahu aku di 2 buah negara tersebut, setiap kereta diberi hayat selama 5tahun. Kemudiannya di're-corn'kan kereta-kereta tersebut dan dieksport lah kereta-kereta tersebut ke negara-negara mundur atau kurang maju macam...???


Ada 2 Chemistry terhadap Mercedes Benz E200 dengan Pokcik Mat Said. Pertamanya, pilihanraya kita pun 5tahun sekali...So Ok la kot! Cuma lagi 5tahun Pokcik Mat Said dan kawan-kawan diminta berjaga-jaga sedikit kot-kot akan di're-corn'kan juga semacam sebuah kereta di Jepun dan Singapore. Keduanya, Mercedez Benz aku singkatkan kepada MB, Pokcik Mat Said pun MB juga..memang sinonim tu! Memang patutlah dia pakai MB sebab dia pun MB apa...

Ish...Susah juga nak mengampu rupanya!

+Check out more about this article at AL-BANJARI ONLINE!!!

Aboo

Komentar :

ada 17 comments ke “MB (E200) Oh MB; Apa lah sangat USD1juta++”
Letting the time pass me by said...
pada hari 

disaat kemelut harga minyak naik dan inflasi, apa justifikasi kerajaan beli Mercedes????

Susahla kalau macam nie halnya..

ingatkan pemimpin bolehlah tunjuk perubahan gaya hidup yang baru..

Anonymous said...
pada hari 

mana ada kelas guna keter nasional keter kebanggaan rakyat malaysia...

lg elok kalau kiter pakai keter buatan german... mana tau kut2 kiter pun boleh jadi maju setanding ngan diorg...

Anonymous said...
pada hari 

1) tapi bg aku kan, kalu kete tu dilanyak tuk masuk kg, pergi ke hulu, melawat rakyat jelate, ,molek benor la. sekurang-kurang nye ade kegunaan.

2) Katanya kete lame menelan perbelanjaan tinggi untuk diselanggarakan. Kalu betul ape yg dikate, maknenye mungkin, aku cakap mungkin ade penyelewangan di masa pemerintah dahulu. Mane la tau ade yg makan sket kan. anto servis tuko minyok itam je. tp claim yop overhoul. mane la tau kan. kete proton sesape leh baiki. Ke tak betul ape gy aku kate. X yah anto ke servis center, tepi jalan leh repair. Tapi kalu merc? Bukan sebarangan pomen tau.. Kene anto center, part gerenti ori punye. allah hualam..

3) Tapi ikut realiti la, elok ke kete proton tu? kalu pakai 5 taun, same lagi ke condition nye tuh? Tapi kalu pakai merc, mayb bule kot. aku mane la tau. aku x pakai kete german. iye la, exco nak g meeting kat putrajaya. Jauh tu. TRG-KL. naik merc selese sket. Xyah nak naik kapal terbang. Jimat lagi duit. Duit minyak ngan tol je la. Jgn claim melampau da lerrr.. ber agak2 sket ye cik exco

4) Pe lagi aku nak tmbah ek, iye la skali beli mahal, tapi kalu penggunaan berterusan, penjimatan dari segi penyelengaraan, penjimatan minyak tuk 5 thn, aku setuju la. Dengar citer servis kete lame 50k tuk 2 thn? bygkan kalu 5 thn? korang kire math tu sndrik la ek..

5) Dari segi kualiti kan, ape kate pihak proton? x tercabar ke? ape slame nie igt kerajaan duk cover, suk bantu, back up dari belakang dieorg (PROTON) xleh nak manaikkan taraf kualiti produk mereke? Bygkan ade pekeliling menyatakan kerajaan harus mengunapakai kete V6tuk urusan pentadbiran kerajaan? Nape kete waja xleh ke? keje wira ke? Apsal xleh naik MYV? nape PROTON gak? Takut PROTON xleh bersaing ngan pengeluar lain ke? Sapa ble nak jadi jaguh kg? Ni masenye, g jual proton kt german tuh!!!! Aku cabar kauuuu..

5) Secara jujur nye aku berkate pada diriku, dengan pembelian yg x masuk akal ni, ade hikmah disebalik nye. kita dapat melihat secara pro dan kontra akan pembelian itu. Dgn sedemikian diharap para-para exco lebih rajin tuk turun padang, juang kan ape yg patut anda juangkan, dengarkan ape yg patut anda dengarkn.

Bukan aku x suka akan kereta tempatan, tapi ini untuk kebaikan bersama. Aku berharap jenama PROTON akan gah berade di dunia, tidak dikutuk oleh mahkluk TOP GEAR. Mendapat pujian serta laris diseantaero dunia... hahahha tu angan-angan je. X ketuk x menjadi kan.

penutupnye.. ko beli la cik mat oiiii... Guna dgn sewajarnye. kalu lebih cakap drp buat,cukup tahun pangkah laen. AKU PENGUNDI. hehehe sekian

Anonymous said...
pada hari 

Bro Hisham..
Gua pun tak paham apa pasal diorang beli kereta mahal tu!Pekeliling baca tak abis kot,geng2 ni WAJIB pakai kereta proton!

If betol2 nak jimat,pakai proton!pakat pakai kancil la...

Yang gua nyampah!Skit...guna 'rakyat'!berjimat utk 'rakyat...BANGANGNYA MB gua nih,Bro..!

Anonymous said...
pada hari 

Bro Spekulator...
Agak2nya,MB ambo ni minat team jerman kot?Tp..sayang jerman kaloh!

Tpkan...kalu MB ambo ni main football-fantasy,mesti ambik ballack/Lehman...CONFRIM duk tangga bawah punya...Hangus rm20!haha

P/S: Mr.Perpaduan mana lama takdok?Kuat ngekor YB Shafie Afdal kot skrg?

Anonymous said...
pada hari 

Zuar..
Panjangnya mu tulis,buat blog la lepas perasaan!aku dokdang nok tulis sokmo!pastu mu komplen,kata aku dok update..

Ok..satu2!
YB nk lawat kampung?senang je nk tau YB buat keje,tiap2 hari tgk berita/baca paper...kalu masuk berita/paper,maknanya...buat keje la puok2 tu!

Kos selenggara?Proton mmg mahal pun..Savvy aku pun gile babi mahal,filter minyak pun rm40+!Tp..maklum la Savvy enjin Renault beb...Cuma masalah Savvy aku skrg,Gear reverse susoh nak masuk...

Bab kos tinggi tu,Td siang BumiPutraRockers doh siasat doh 4org drebar...huhu!Mapus la...harga rm50 claim rm100..

Jimat?lagi jimat kalu tumpang lori...huhu!Ishh..MB/exco,kena jaga status...Status tuu!Dok sedar,duk dlm kete tu sapa pangkah kalu dok rakyat hok bodo2 nih...Bangang!

Bab Quality?Nanti aku keje dgn vendor proton kat Sh.Alam nanti,aku jaga molek2 qualiti proton..huhu!Tp..spec. (plastic) utk vendor tough doh...enjin doktau la!Takpe2..nanti aku ejas qualiti..huhu!

HUhu..bkn lebih rajin turun padang,lebih rajin berjalan!huhu..

penutup!Lagi 5thn kita pangkah lagiii..huhu!jgn tak recorn..huhu!

Anonymous said...
pada hari 

matjas,

pakcik mung jugak ke mb ganu ni?nasihat lerr siki.Jangan bazir pitih tu,rm3.4juta tu banyokk.

KongKaliKong

Anonymous said...
pada hari 

rasa macam dah ama tak jenguk blog ni... agak2 dah ada sebulan kot. tengok2 dah dua dah article baru.

anyway, 'rakan2 sekerja, se makan dan se tempat tinggal' juga turut hangat bincang issue ni. tapi ape yang i paling tak faham is bukan ke service2 untuk kerajaan dapat discount?... ye ar,geng2 kerajaan kat memanjang je dapat discount, tapi bab service kete and beli kete takde plak? kete PROTON plak tu?macam mana tuu...

maybe ni pun sama macam kes petronas kot... company besar, banyak sub kan keje kat syarikat kecik, syarikat kecik plak amik kesempatan charge mahal, barang murah je, tapi sebab customer nya petronas, jadi 2, 3 kali lebih mahal... tapi atleast petronas tu komersil, ni duit rakyat plak di sepelat!

Anonymous said...
pada hari 

Sokong spekulator pakai keta buatan jerman la ada klass..aircond pun automatic..tak payah nak susah2..proton perdana v6 jual rm100 ribu lebih tapi airbag pun takde..huh..maintenance mmg tinggi..

p/s: aku sebenarnya pakai perdana v6 jugak..senanng nak ikut konvoi sultan..huhu

Firaz said...
pada hari 

Salam
Citer ko memang sempoi la beb, terasa macam baca citer2 komedi plak.. hehe.. anyway artikel yg menarik dan menghiburkan.. patutnya tajuk ko..
"pakcik ku mat said...." hahaha..

aku pun dh add link blog ko beb... tq anyway utk moral support anda... ;-)

Wasalam.

Laxmana said...
pada hari 

Salam...

Memang blog yang menarik...

Aku setuju dengan Fir Azzuri cakap tuh! Hehehe!

anyway, aboo, ko tak teringin gune Mercedes ker? Hahaha!

Anonymous said...
pada hari 

Anonymous (26July)...

Ni apahal tetiba masuk nih?!Sape ni?Mat Kong ke?Ish...luga sungguh aku!RM3.4juta?byk mana sgt tuuu?dah negeri aku kaya...mesti tunjuk kaya lah!Yang aku pelik,tetiba negeri lain nak tukar kereta gk..APAHAL???

Tak perasan ke kat blkg merc tu ada tulis..ELEGANT?!Sesuai la untuk negeri yg elegant!

Anonymous said...
pada hari 

Miss Lady Dark! (Woo Ai Niee..)
You dh terlepas byk I punya articles!You bila nk bikin article??Asyik I je...Nyampaaahhhnyer nyahhh!

Discount Service utk kenderaan kerajaan?Ehh..I taktau nyahhh...Taktahu!! Yang I tahu...geng2 yg meng-Service nih,suka bebenor bila kereta kerajaan masuk utk service! $$$$$$$$ tuu nyahhhh.......

Anonymous said...
pada hari 

Projek baru bela kambing???

Wahh..projek diLojing lg...nak buka kilang dgn ambo lg...Byk projek abe skrg...

Huhu..ambo tauuu!Abe Ben V6 nih??setuju sgt laaa...Kerajaan Terengganu pakai kereta Jerman. Baru ada class...

Abe...jgn boikot blog ambo!Teruskan menyokong blog ambo nih!Blog Pali duk cite tenis jer...dokrokkk!!Huhu...

Anonymous said...
pada hari 

FirAzzurri (lu perasan lu lucatoni ka??Tak score goal pun masa EURO!)Hahaha..

Gua mmg bermasalah dlm nk letak tajuk bebb...Jgn salahkan gua beb!Huhu...

Every blogger for him/her blog him/her-self bebbb...Writing style tu masing2 punya bebb...!kalau baca buku pun bahasa lain2 bebbb..huhu

Thanks la utk link yg tak seberapa tuu...kan gua dah cakap,tak kita2 yg sokong sama2 kita...sapa lagi bebbb???

Tulis bebb...Jangan tak tulis!

Anonymous said...
pada hari 

Laxmana...

Sori bebb..gua mati2 ingatkan lu India asalnya...huhu!Sori2...ampunkan guaa...!

Lu..jgn mudah setuju dgn orang bebbb..Hidup biar ada pendiriann!Huhu...

Aku nk pakai Merc?Jauh panggang dari api!Tp..adalah sebijik E280 kat rumah aku nih,jarang bebenor aku bawak...!

Aku lebih selesa guna Proton Savvy...Jimat!Tp...E200???Abe Ben (projek bela kambing!) aku ada kot?Mahal bebb...tak mampu!Tak mampu...

Apa2,Thanks juga utk link yg tak seberapa tu yer!Sekali lg gua ulang...Tak kita2 yg sokong sama2 kita...sapa lagi??

Terus mem-blog wahai macha-ku Laxmana!

Firaz said...
pada hari 

hahaha.... aku bukan prasan aku luca toni.. aku perasan aku del piero la beb... ;-)

lu memang ada gaya writing sendiri, lu punya bahasa pasar malam banyak interesting.. so lu slalu2 la buat entry... ;-)

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.