Tuesday, July 8, 2008

Protes Oh Protes; Antara Malaysian & Carburetor Dung!

INTRO
Jam 7.30am, Sedang duk aku melepak baca akhbar kompak atau kopak Berita Harian lepas hantar anak sedara aku pergi sekolah dengan motosikal, "Trit…Trit…" Bunyi mesej masuk kat hp aku. “Bro…tak pergi ka, protes minyak! Ade show Carburator Dung daa….”, mesej kawan aku dari PJ. “Gua takde sen la…lagipun gua kat Terengganu nih! Lu enjoy la…Bro! Jangan lupa dunia pulakkk!” aku reply mesej tersebut.

Carburator Dung pun ada perform untuk protes minyak?!Nak bikin lagi kecoh kah? Siapa yang buat tentatif program nih?! Penyelaras Program…Dr.Hatta (PAS), Ishh..Takkan dia buat program ni kot??Mustahil…Ada je PAS, maksudnya, selain nasyid Akhil Hayy, Hijjaz dan seangkatannya, mustahil ada nyanyian-nyanyian dan hiburan seumpama ini ?!“Ahh…apa2 je lah!” Aku meracau lagi sambil baca sisipan seterusnya akhbar kopak tersebut.

12.50am, Lepas selesai ‘berpeleseran’ tadi, aku balik cepat-cepat aku on internet untuk check info-info pasal protes tadi. Paling best bacaan sinis di 'Agenda Daily - Suasana di himpunan Protes Sejuta Rakyat...insiden penyanyi rock cetuskan kemarahan!' Banyak lah juga cerita-cerita dan gambar-gambar pasal apa yang berlaku pada siang hari tadi. Macam-macam cerita, ada juga yang siap update live dari lokasi…Wah! Kerja keras blogger kita sekarang… Ada baiknya Blogger pun tubuhkan partinya sendiri, jangan sekadar ber-unite sahaja. Perlu lebih serious!

Untuk Protes Oh Protes ini, buat apa aku nak tulis soal keprotesan yang berlaku sedangkan aku tak pergi pun ke sana. Rasanya mustahil harga minyak akan diturunkan… Melainkan kerajaan diturunkan… Tu pun belom tentu juga… Yang pastinya, yang kaya makin kaya…yang miskin tetap miskin!Paling steady makcik tua dekat rumah aku dari dulu, 50 tahun pakai basikal untuk dan kini untuk masjid. Gaya hidup tetap sama, akhirnya ke situ juga....

CARBURETOR DUNG
Caburetor Dung…Lagu-lagu mereka,aku dikenalkan oleh Zuar pada tahun 1997, masa kami sama-sama di MRSM dulu. Masa aku kerja berpeleseran di Gombak pada 2004 dulu, pernah aku join satu gig yang diadakan di dewan kuliah sebuah kolej swasta di Taman Seri Gombak, seingat aku pada November 2004. Setahu aku, diorang berpelajaran...graduan dari New Zealand (if I am not mistaken!)

Depan mata aku, Joe Kidd (Carburetor Dung) ini menolak duit bayaran oleh organizer gig sebanyak, RM200. “Gua ambik RM30 je, buat isi minyak kereta gua…”Kata-kata oleh Joe Kidd (seingat aku!). Kemudiannya mereka berempat (atau lima orang) berlalu menaiki kereta kancil berwarna putih. Lagak mereka agak ‘otai’ sedikit. Sebabnya, ada yang memandang dan mengangkat mereka sebagai otai.

Ada apa pada band ini?Pada aku seadilnya pengamatan perlu dari dua belah mata. Jika sebelah mata kepunyaan pendengar, peminat, penggila music punk…Maka biasa lah band ini. Semacam band-band punk yang lain juga. Tiada cacat celanya, mereka adalah band punk ala-Malaysia sejati! Aku pasti gaya hidup mereka bukan lah Sex, Drug & Rock & Roll atau pure idealogi anti-authoritian … Mereka orang baik-baik! Aku pasti…

Yang tua-tua, jangan tak tahu, budak-budak belasan (peminat punk baru nak naik!) memang mengangkat band ini sebagai leader dan dianggap pioneer dalam dunia tersendiri underground mereka. Seangkatan dengan Malaria, Nemesis dan yang paling aku minat (dulu lah) Infactious Maggot, sekadar beberapa nama band (bukan band punk pun!). Band-band ini sebenarnya tersendiri dalam golongan mereka yang tersendiri.

Ayuh…Sebelah mata lagi, kita tengok dari mata rabun kepunyaan orang-orang biasa dan normal, memang lain macam lah sedikit. Baik dari segi penampilan, penyampaian, lirik lagu, melodi olahan 3-4 simple chording… Sememangnya pelik pada pandangan orang-orang yang gilakan program-program hiburan realiti TV. Yang gilakan ya’ aw aw…Kata orang ntahapahapa…Ini sudah Rebel!

Semak judul-judul lagu mereka di carburetordung.kerbau.com, memang protes-abis kata orang. Namum untuk membawa mereka dalam versi Protes semacam petang semalam, rasanya terlalu terbuka untuk mereka. Minda kebanyakan kita tidak seliberal mereka. Tidak sedalam mereka.

Hatta, Protes.. platform atas kesepakatan bersama, ramai yang tidak mengalu-alukan mereka. Walaupun idealogi-nya, pembawaan idea-nya adalah lebih kurang sama dengan agenda protes…Namun, Carburator Dung…tempatnya di gig-gig tertentu sahaja. Taklukan dunia terhad untuk anda.

---> Untuk kenalan bernama Joe Kidd (Alak aku tak kenal sangat!). Di mana-mana…Perjuangan, ada had dan keterbatasannya. Pelajari pengalaman bermain dipentas tersebut! Cukup untuk Carburator Dung…

BANGSA MALAYSIA UNTUK RALLY/KUMPUL-KUMPUL…?
Tak rasa kelakar kah bunyinya…Adakah berkesan perhimpunan protes semalam…?Target awalnya, 1juta umat…hakikatnya paling ramai pun 30-40ribu yang datang dan dengan mudah boleh di-twist laporan protes tersebut, laporan akhbar 10ribu sahaja yang datang! Maklumlah warga Johor, Melaka dan Negeri Sembilan lebih suka ‘mabuk-mabuk’ di Pesta Jom Heboh (Bukan apa, nak mintak sign jer!). Maka…Siapa yang menang dalam hal ini?Jika diperbandingkan?

Paling penting, sebenarnya, masyarakat kita sebenarnya lebih tertutup dengan sistem feudal yang sebenar menyekat kebersuaraan dan kesuburan minda kita. Lebih kasihan, masyarakat kita lebih menggilakan hiburan atas sebab terlalu disogokkan dengan benda itu. Kepala lebih terarah ke situ. Dari budak sampai lah ke mak bapak. Itu hakikat…

Kita, feudal…secara fundalmental! Lahiriahnya…kita adalah bangsa yang benar-benar lembut dari segi perilaku dan boleh bertoleransi, walaupun secara terangan kita dijajah dari semua segi oleh sebuah parti berkomponen yang memerintah negara kita secara sah. Ini satu bentuk penjajahan halal yang lebih dashyat dari Inggeris mahupun Jepun.

Soal nak himpunkan 1juta orang berbangsa Malaysia? Kita tengok masyarakat kafir di Rom, Italy…mampu menghimpunkan 3.4juta rakyatnya untuk rally anti-perang terhadap Warga Islam Iraq. Himpunan manusia yang paling ramai dalam sejarah, tercatat dalam buku ‘Buku Rekod - Cap Arak’. Tu minda orang Italy. Tumpukan juga pada rally-rally dan march-march di seluruh dunia menentang peperangan ke atas warga Islam Iraq. (Click Here!!!)

Kita nak jemput 1-2juta orang pun boleh, syaratnya WAJIB sedia stage untuk artis lah…Secara besar-besaran, artis-artis pondan tu! Tu wajib…kalau tak, jangan harap ada orang nak datang? Minda kita lebih terarah ke situ. Takde tahi lalat tak dating, beb…! Masyarakat kita kena diberi umpan yang baik, baru makan!

Lagi sekali, adalah kelakar untuk kita yang namanya Malaysian, untuk berdemo…buat rally…tunjuk perasaan! Walaupun dengan agenda yang jelas dan terang namun malangnya mesej yang nak disampaikan tak tersampai kepada majoriti kita yang sebenarnya pengecut dan bacul. Pemandu trak di Italy dari ‘ganas’ minded dari kita.

Soal Protes…Paklah dan konco-konco BN tak ulas apa-apa pun. Najib pun sama. Mereka tidak merasa tempias apa-pun. Kelihatannya begitu lah. Tergugatkah mereka di Putrajaya sana? Kekadang betol juga kata orang, perhimpunan tu tak ubah macam ceramah-ceramah politik biasa…yang ada di mana-mana. Walaupun mereka bebal, hakikatnya mereka kebal…

Ntahlah…Bagi aku, untuk mengajak umat Malaysian untuk rally? Adalah satu usaha yang tidak akan berjaya dan sia-sia. Rasanya…rally menentang Malayan Union lagi power. Apa pun, rally protes BERSIH dulu lebih ramai yang datang…lebih memberikan kesan, sekurang-kurangnya boleh beri kesan jem pada jalan raya. Itu pun dah cukup berkesan dah! Sangat berkesan…

Tapi..bandingkan Malaysian dengan Carburetor Dung? Sekurang-kurang...Carburetor Dung 'berdegil' nak perform di Protes!Mereka berkeras nak tunjuk perasaan!Jadi, pada aku...Memang mereka lebih bagus dan waras dari Malaysian yang duk kat Jom Heboh, yang duk dating dengan awek-awek semua tu! Credit untuk angkatan bersekutu Carburetor Dung...


Carburetor Dung...Boo Hoo Clapping!
(Lagu ini lebih bagus dari lagu - 'Jilat')
I walk alone, I'm lonely...Why should we hear your problems?...I sit at home...I'm crying...
Don't wanna know, we don't care...My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it...My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams ...And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel...So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...

Aboo

Komentar :

ada 24 comments ke “Protes Oh Protes; Antara Malaysian & Carburetor Dung!”
Anonymous said...
pada hari 

Nak tanya skit,yang menulis ni sumbang apa? nak kata pergi pun tak?

Aman
geylan

ben said...
pada hari 

ambo pun tok setuju buat protes lagu tu..buat apo ado konsert gitunyo..buat tunjuk perasae sudohla..ambo setuju lagi kalu buat biar 4-5 juto ore hadir di depe rumoh pokloh ko najib ko..jange buat smeta jah..kalu buleh buat kemoh depe rumoh demo tu lagi molek, duk situ buleh seminggu ko duo minggu ko..barula pucat sikit pok2 dio...

archemege said...
pada hari 

Bagi aku tak sampai peringkat protes pon... lebih sesuai dikatakan berkelah beramah mesra sesama kenalan dgn iringan muzik.
Masuk muka surat depan berita harian pon dek perbuatan kurang sopan penyanyi bukannya kerana keberkesanan protes tersebut.
Cuma aku kesal tgk pemimpin bercakaran lantas rakyat terabai sambil diperhatikan kuasa dunia luar. Cukup jelas dalaman MALAYSIA goyah dan terus goyah angkara melayu vs melayu dikala bangsa lain mentertawakan mereka. Sedarlah melayu!

http://archemege.wordpress.com

Anonymous said...
pada hari 

Tapi..bandingkan Malaysian dengan Carburetor Dung? Sekurang-kurang...Carburetor Dung 'berdegil' nak perform di Protes!Mereka berkeras nak tunjuk perasaan!Jadi, pada aku...Memang mereka lebih bagus dan waras dari Malaysian yang duk kat Jom Heboh, yang duk dating dengan awek-awek semua tu! Credit untuk angkatan bersekutu Carburetor Dung...

Setju credit diberikan kpd C.Dung. Usahkan credit,bontot alak lebih mulia dari bontot Sedara Sepol tu. Huahuaaaa

Zuar bukan name sebenar said...
pada hari 

hahaha ade ke tulis name aku gok..
tp mmg betul la ja..lagu2 die pun mmg mendalam maksudnye.. tapi x pasti arah tuju band tu skang nie.. jgn pas nie di cap sebagai penghasut, pemberontak, pengganas udah.. tapi aku mmg fan band tu abis mase zmn skolah dl..
Protes memprotes nie bg aku bukan langkah yg efektif. Tunggula 5 taun lg. pangkah yg mane patut dpangkah, tolak yg mane patut ditolak. Bak kate DR Khir, "Anda bantu saya 5 minit, Saya bantu anda 5 taun.."-

p/s: Ishhh!! xnak aku kalu camtuh!!!Abis dibantu anak branak die je nanti..

Anonymous said...
pada hari 

jasni.
kalu dok kl kontek ak.
mungken bleh g gig skali.

faqih

Nina said...
pada hari 

Soal Protes…Paklah dan konco-konco BN tak ulas apa-apa pun. Najib pun sama. Mereka tidak merasa tempias apa-pun. Kelihatannya begitu lah. Tergugatkah mereka di Putrajaya sana? Kekadang betol juga kata orang, perhimpunan tu tak ubah macam ceramah-ceramah politik biasa…yang ada di mana-mana. Walaupun mereka bebal, hakikatnya mereka kebal…

Salam Aboosuk,
Aku dah suka habis baca tulisan yang ni,aku juga tak sukakan pesta2 seperti jom heboh.

Tapikan,tiba je masuk perenggan yang atas.........kening aku mengerutu. Kalau tak kutuk tak sah kau ni yerk?

To be continue......

Nina
Aku belum habis lagi,aku busy skrg

Anonymous said...
pada hari 

yg pasti,c-d patut pilih lgu yg lebih sesuai bila dijemput untuk perform atas pentas yg lebih besar dr lingkungan gig.kegagalan berbuat demikian memberi ruang untuk pelbagai pihak menghukum mereka.

protes biar bersopan
-realmuzam-

Aboo said...
pada hari 

Aman (Geylan - Singapore kot?!)
Protes Oh Protes adalah simbol dan cara aku memprotes!

Bro Ben...
Ambo setuju untuk memprotes!Tp..bukan caranya begitu!Tu bagi ambo semacam ceramah poltik biasa saja!Untuk kumpul 4-5juta org DEPAN RUMAH POKLOH??Kita bikin konsert ala-woodstock/Big Day Out depan rumah dia...Tp CONFIRM permit nak berhimpun tidak diberi tetapi permit hiburan diluluskan! Survival Bro...Pokloh join Festival Rain Forest hari ini!Tahniah Poklohh...

Aboo said...
pada hari 

Archemege...
Tu la aku cakap...tu macam ceramah politik biasa saja!Melayu berpecah kepada ntah berapa...Tp dalam banyak2 organisasi melayu paling best adalah...??? (ingat kata2 mu kat kedai Abe Li ari tu!) tu paling sesuai...

Anonymous...(ntah sapa2!)
Setuju!Hak bontot seseorang adalah mutlaknya milik individu tersebut! Tp...hak itu jgnlah sampai bagi org liwat..!Tu bodo...pas tu duk gegey kot friendster??! Mmmg budak pun...budak tu! Yang menuduh (tanpa saksi) patutnya sumpah dulu...ni suruh org hok dia tuduh pulok sumpah!Ek eleeehhh...

Aboo said...
pada hari 

Zuar (mmg mu Zuar punnn!)
Carburetor Dung???Takdok lagu yg paling best dan bermakna selain lagu Boo Hoo..tu je!YAng baru2 nih...'kureng' skit! Mmg tak kemana, even...se-semangat mana pun diorang! Next election...pangkah yg serupa!


Faqih (adik Sarah Puteh)...
Mu budok2...duk kL jgn duk social sgt!Ingat ke 'mama' mu kat kubang kerian tu...besar harapan dia pada muuu... Gig?kurang doh skrg...jgn ajok aku utk gig...tp kalu konsert...JOM!!!!!

Aboo said...
pada hari 

Nina (kekasih lama!)...
Tak salah utk lu nak kutuk tulisan gua...Please 'betol-kan' yang mana yang tak betol!Fina (36D) mana? lama tak masuk...Kem salam 'rindu' kat dia!Baca juga tulisan yg sebelum ini...agaknya lu terlepas pandang!


Real Muzam...
Thanks atas respond pantas!Betol la kata mu,platform tu tak sesuai utk Carburetor Dung!Yang menghukum semuanya atas dasar politik dan tak lebih dari itu! Atleast Carburetor Dung lg best dari As-Sahar yg ntahapahapa tuuu!!!huhu...

Anonymous said...
pada hari 

Saudara Penulis

Maaf,saya kurang bersetuju credit saudara kepada CD kerana:

1.Budaya kita tidak akan menghalalkan sama sekali cara CD.

2.Konsep punk itu sendiri jelek dipandang mata tanpa perlu menghayati lirik.

3.Perilaku oleh penyanyi terbabit boleh diterima akal?Apa mamat tu cuba buktikan?

4.Pentas protes itu sendiri untuk memprotes kenaikan harga minyak bukannya untuk menghentam pemimpin.

5.Rukun negara kelima,kesopanan kesusilaan. Memang tiada di pentas protes tersebut.

Akhir kata, saya terfikir apakah Pas sesuai berada di dalam lingkungan PR?


Mohd Ali

NINA said...
pada hari 

Sambungaaaannnn...

Aku malas nak mengomel fasal karburator den sbb aku tahu memang bodoh pun jemput band punk yang kata kau ntah pape tu

Aboosuk,
Aku pelik lagi hairan, kenapa asal kau tulis mesti jer nak kutuk pemimpin kita (PEMIMPIN YANG SEDANG MEMIMPIN). Apa masalah utama kau sebenarnya? Adakah tempat tinggal kau sekarang darurat?kurang bekalan makanan?ada wabak penyakit?Atau langsung tiada kemudahan dan infrastruktur yang disediakan kerajaan. Pernah ke kerajaan menganak tirikan kau?Ooo....kau pembangkang, kau tak layak untuk terima kemudahan,camtu ke kau ingat kerajaan layan rakyatnya?

Pelik,aku pelik dengan kau dan dengan orang2 seangkatan kau ni.

Nina On Board
ps: Aboo,sila jawab dengan jujur dan ikhlas

Anonymous said...
pada hari 

Assahar?
legend zaman sekolah tu!!!
warrghhhh!!


meditation embun pagi
-realmuzam-

Mede said...
pada hari 

Kena buat asing la... geng2 punk protes kat stadium malawati, geng2 PAS protes kat stadium s alam... masa nak ceramah mlm tu gi kat stadium ASTRO....

Aboo said...
pada hari 

Nina...gua dah tulis panjang lebar!Lagipun gua ada tulis dah kat post lama2 soal nih...lu dah redundant dahh!Bosan betol..Cari modal lain la pulokk..tak suka takyah masok!Gua cakap...takyah!takyah! Sapa lagi pelik?lu ke gua??Haa....lu fikir la sendiri!

Aboo said...
pada hari 

Men...
black metal lagi best dari dari punk lah! Ada solo2 maut tuu... Bard ada lagi ke koleksi2 haram kambing hitam?!Terkenang pulak aku kat Gajah(punk),Middat(punk),Matyi Golok(Taktau apa genre)&Sopi(Hip Hop ke Rap?)...

Meditation Embun Pagi?Macam yoga je bunyinya..?!huhu...


Al-fatihah utk Matli yg meninggal pada Subuh,16July lepas!

Aku sedang cuba update-kan minda aku utk mencoret sedikit kisah matli...

Aboo said...
pada hari 

Abe Dey..PKR tu liberal!PAS itu dilihat tertutup dan jumud (ramai melihat begitu!) dan DAP...??

Huhu...Untuk ceramah kat stadium ASTRO pun ok,sbb half yg ada adalah robot2 yang sentiasa angguk2/geleng2..SETUJU2!Kami sokong...

Mede said...
pada hari 

Kena tubuh parti politik yang separa liberal dan separa jumud... bertanding pada semua kerusi parlimen... DUN tak main laa... kampungan.. syarat jadi calon, mesti ada blog atau pernah komen pada mana2 blog, suci depan belakang dan minat punk band yang tak londeh seluar...

Aboo said...
pada hari 

bro mede...

Parti separa liberal?nak tubuh lg parti?Uuu..ambo tak setuju!TAK SETUJU!!!Yang duk ada ni pun...TAK-TERJAGA!kalut ribut jadinya...

Tgk contoh2 negara besar macam US..ada 2parti yg giler2 pnya!Sama2 kuat!Untuk apa? Untuk Check and Balance...

Lagi banyak parti,lagi serabut!tak kira la, separa liberal ke?fully liberal ke?serabut bro...serabut!!!yang taik-nya,rakyat lagu tu jugokkkk!

LaDy Dark said...
pada hari 

apa2 hal, suka cita dimaklumkan that Backstreet Boys RULEZ!!!

anyway, i am NOT for protest by demonstration. i believe in the round table, cos protest all you want, you will never get anywhere cos the people you are protesting against will look down on you for being so violent. and havin a punk band perform was just icing on the cake to prove that without entertaiment, we Malaysians would just stay at home.

a well meant protest (kononnya for the rakyat... bagus la tuu), but has no elements of the rakyat in it... isnt it ironic, dont you think?

Anonymous said...
pada hari 

Willkommen hier im Erotik-Chat.


Dieser Erotik-Chat bietet dir eine Möglichkeit partnervermittlung akademiker und vieles mehr,wie Flirt und Sextalk
Hier in unsrem Erotik-Chat findest du partnervermittlung akademiker sexuellen Vorlieben
Suchst du eventuel Aufregend chatten , dann bist du hier genau richtig.Also,auf was wartest du?
Sexgeschichten singles ,anmelden .
Suchst du jemand von Wels, oder aus Dresden, vieleicht in Essen , vieleicht von Amriswil, vieleicht aus Genf? Mit Sicherheit ist jemand dabei.!

Anonymous said...
pada hari 

Hallo in unseren Erotikchat.


Der Erotikchat gibt ihnen eine Möglichkeit frauen erobern und natürlich vieles mehr,sicherlich auch Flirt und Sextalk
Hier im Erotikchat findest du frauen erobern erotische Rollenspiele
Du suchst sexuellen Vorlieben , sicher bist du hier genau richtig.Ok,los gehts,worauf wartest du?
Live Dates feuchte luder ,einfach anmelden .
Du suchst jemand von Traun, oder von Erfurt, oder in DEUTSCLAND , oder von Solothurn, oder Aargau? Bestimmt ist da jemand dabei.!

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.