Wednesday, July 30, 2008

Aduh Saliha...Sapa punya kerja nih???

Selamat Sejahtera ke atas kamu, kamu yang meminjam nama ‘aboo’ dan link ‘Unpublished Notes’ untuk meminta access untuk ke lama lucah Seksfantasia! Tahniah…Salam sejahtera keatas kamu!

Apa aku nak buat?nak saman??Sapa aku nak saman???Nak report polis???Alamaakkk…Polis busy sekarang, banyak kes!So…aku rasa aku tak perlu buat apa-apa lah! Sebab bukan aku yang letak nama dan link blog aku kat situ…Lagipun ini bukan kes liwat budak sekolah pun…Ini kes ethics!!! Kurang etika…

OK..tengok2 perhati, ada 21 comments termasuk 2 daripadanya oleh ‘aboo’! CIss..sekor pun tak letak direct url…yang ada;

Name: Joe

Url : http://yahoo.com/

Zack : Zack

Url : http://sfgaleri.wordpress.com

Name : Attancik

Url :http://google/ ........ada ke link nih??Bodoh punya orang!!!

Mangkuk tingkap yang lain tak letak sebarang link…

Bukan per, if dapat lah ‘Aboo’ tu access untuk ke galeri Seksfantasia tu…memang benganglah aku, sebabnya link akan di hantar ke email…tak pula ‘Aboo’ pakai email etikus@gmail.com!

Siot sungguh…dia berak kita pulak kena basuh, dia yang liwat kita pulak yang dituduh! Ini lah penderaan seksual secara batin paling menggaru kepala bila tersedar akan benda nih…Haram jadah!!!

So…yang guna 'Aboo' dan 'Unpublished Notes' tu, if kamu dapat access untuk ke galeri tuu…Layan la best-best! OK…

Apa pun ‘Aboo’, thanks la…sebab promote aku punya blog url…Aku halalkannn!!!


Aboo bukan 'Aboo'

[ Read More...... ]

Tuesday, July 22, 2008

MB (E200) Oh MB; Apa lah sangat USD1juta++

Prolog; Maaf...Aku selalu keterlambatan dalam mencelah untuk menulis terhadap mana-mana isu hangat, sesungguhnya masa tidak menyebelahi aku dan sesungguhnya tiada imbuhan dan pulangan walau se-sen untuk setiap tulisan aku.

Pokcik Mat Said (terlalu tua untuk aku gelarkan 'datuk'), rasanya Pokcik Mat Said baru 50tahun lebih...belum bercucu. Maka adalah lebih kelihatan muda dan segar aku memanggilnya dengan Pokcik Mat Said. Lagi penting aku pun ada pertalian kekeluargaan (jauh) dengan Pokcik Mat Said (Bonda tercinta sebagai alibi aku!). Lagipun mesra bunyinya...Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said...Sebut berulang-ulang best pulak!

Dari Perdana V6 (kelas terbaik) kepada Mercedez Benz E200...?Eh...berapa sangat harga semuanya tu? Kan..Cuma USD1juta++ je (kalau ditulis dalam currency RM macam byk bunyinya!) Apa lah sangat kalau dibandingkan dengan royalti yang bakal masyuk berbillion-billion tu! Setuju kata Che-Gu (KATATAKNAK), 'When you are rich, you must look rich' cuma aku nak ubah, 'Bila anda bakal kaya...belum apa-apa anda mesti bergaya!' Royalti belom dapat nih...

Apa aku nak ulas pasal Pokcik Mat Said labur duit untuk 14 buah Mercedes Benz E200 yang tak seberapa (duit) tu?nak cerita-cerita pasal kos maintenance mercedez murah? Nak cerita kos repair Perdana V6 buruk yang lama cecah RM50K? Blogger lain kritik, kutuk dan maki hamun dah! Ohh...tak perlu, tak perlu... Aku cari modal lain... Lagipun aku sedih, merana, sengsara habis bila aku baca tulisan-tulisan blog yang kutuk Pokcik Mat Said aku nih...Ohh!Kasihannn...

OK...Got! Aku ampu je lah Pokcik Mat Said aku, kalau-kalau duit pinjaman pengajian dipercepatkan! Apa standardnya Perdana V6 untuk para pembesar negeri yang bakal mengurus billion-billion duit? Berapa percent sangat tu?Apa nak kecoh-kecoh...Kalau report balai polis berhampiran pun, nak caj apa? Salah guna kuasa? Seleweng duit kerajaan negeri? Cakap jangan sebarang cakap...Pokcik Mat Said aku beli secara sah dengan dealer yang berdaftar. Pokcik Mat Said aku tak main belakang...

Apa lagi nak diampu?!Ok..next, USD1juta...apa lah sangat?! Apa boleh buat dengan USD1juta?Ya...boleh kasi kat pemenang One In A Million! So..dari beri kat minah-minah dan mamat-mamat yang ntahapahapa, melalak macam orang kena sawan...baik beli 14 buah Mercedes Benz E200kereta. Aku sokong Pokcik Mat Said aku... Naik Mercedes best woooo! Lagi best dari kereta yang iklannya rama-rama boleh date atas bumbung kereta tu! Nissan ke apa...

Takpe...Takpe...takde hal Pokcik Mat Said aku nak beli kereta-kereta tu. Apa lagi untuk pembangunan untuk negeri? Landskap...dah tip top dah! Masjid Kristal..dah siap dah! Stadium untuk SUKMA...dah rasmi dah! Jalan raya...rasanya paling best di Malaysia! Modal insan yang dilaung-laungkan "Generasi Ulul Albab", Terpampang signboard "2010 kanak-kanak khatam Al-Quran", Duit untuk nak anjur Monsoon Cup tak perlu nak fikir dah, sebab dah cancel dah! So..pendek kata, Terengganu tak diperlukan duit sangat dah! Pok Deris dah setel-kan segala macam pembangunan, itu pasal kontraknya tidak disambung...

Untuk apa lagi duit Terengganu? Orang-orang Terengganu sekarang senang-senang belaka. Untuk menilai kesengangan Orang-Orang Terengganu (Kuala Terengganu sebagai 'benchmark'), tengok sahaja muda-mudi remaja di Terengganu...gaya setiap minah dan mamat melepak di Taman Batu Buruk dan Taman Shah Bandar seolah-olah macam anak-anak saudagar. Mana tahu mak bapak diorang betol-betol kaya. Seolahnya takde haluan pun takpe, sebab mak bapak kan orang kaya. Social bukan main...

Sudah lah...Penat aku duk bodek Pokcik Mat Said aku nih! Sebenarnya...aku pun bingung juga, bila kerajaan negeri dapat duit royalti nanti, apa lah agaknya nak dibangunkan oleh Pokcik Mat Said aku nih, yang boleh menyenangkan lagi Orang-Orang Terengganu yang sudah sedia 'senang-lenang'. Apa-apa pun tak kisah lah...Projek sana, projek sini...Cuma mintak revise sistem pembangunan social je sedikit! IKS pun kena bantu dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sistem pembayaran contohnya. Ish..banyaklah juga boleh bikin!Tapi...Tapi...Tapi...Duit pinjaman bebudak yang meminjam di Yayasan Negeri minta disegerakan...Dah sengsara habis nih!

Penutupnya, Selain itu Jepun...Singapore...2 buah negara maju! Setahu aku di 2 buah negara tersebut, setiap kereta diberi hayat selama 5tahun. Kemudiannya di're-corn'kan kereta-kereta tersebut dan dieksport lah kereta-kereta tersebut ke negara-negara mundur atau kurang maju macam...???


Ada 2 Chemistry terhadap Mercedes Benz E200 dengan Pokcik Mat Said. Pertamanya, pilihanraya kita pun 5tahun sekali...So Ok la kot! Cuma lagi 5tahun Pokcik Mat Said dan kawan-kawan diminta berjaga-jaga sedikit kot-kot akan di're-corn'kan juga semacam sebuah kereta di Jepun dan Singapore. Keduanya, Mercedez Benz aku singkatkan kepada MB, Pokcik Mat Said pun MB juga..memang sinonim tu! Memang patutlah dia pakai MB sebab dia pun MB apa...

Ish...Susah juga nak mengampu rupanya!

+Check out more about this article at AL-BANJARI ONLINE!!!

Aboo
[ Read More...... ]

Tuesday, July 8, 2008

Protes Oh Protes; Antara Malaysian & Carburetor Dung!

INTRO
Jam 7.30am, Sedang duk aku melepak baca akhbar kompak atau kopak Berita Harian lepas hantar anak sedara aku pergi sekolah dengan motosikal, "Trit…Trit…" Bunyi mesej masuk kat hp aku. “Bro…tak pergi ka, protes minyak! Ade show Carburator Dung daa….”, mesej kawan aku dari PJ. “Gua takde sen la…lagipun gua kat Terengganu nih! Lu enjoy la…Bro! Jangan lupa dunia pulakkk!” aku reply mesej tersebut.

Carburator Dung pun ada perform untuk protes minyak?!Nak bikin lagi kecoh kah? Siapa yang buat tentatif program nih?! Penyelaras Program…Dr.Hatta (PAS), Ishh..Takkan dia buat program ni kot??Mustahil…Ada je PAS, maksudnya, selain nasyid Akhil Hayy, Hijjaz dan seangkatannya, mustahil ada nyanyian-nyanyian dan hiburan seumpama ini ?!“Ahh…apa2 je lah!” Aku meracau lagi sambil baca sisipan seterusnya akhbar kopak tersebut.

12.50am, Lepas selesai ‘berpeleseran’ tadi, aku balik cepat-cepat aku on internet untuk check info-info pasal protes tadi. Paling best bacaan sinis di 'Agenda Daily - Suasana di himpunan Protes Sejuta Rakyat...insiden penyanyi rock cetuskan kemarahan!' Banyak lah juga cerita-cerita dan gambar-gambar pasal apa yang berlaku pada siang hari tadi. Macam-macam cerita, ada juga yang siap update live dari lokasi…Wah! Kerja keras blogger kita sekarang… Ada baiknya Blogger pun tubuhkan partinya sendiri, jangan sekadar ber-unite sahaja. Perlu lebih serious!

Untuk Protes Oh Protes ini, buat apa aku nak tulis soal keprotesan yang berlaku sedangkan aku tak pergi pun ke sana. Rasanya mustahil harga minyak akan diturunkan… Melainkan kerajaan diturunkan… Tu pun belom tentu juga… Yang pastinya, yang kaya makin kaya…yang miskin tetap miskin!Paling steady makcik tua dekat rumah aku dari dulu, 50 tahun pakai basikal untuk dan kini untuk masjid. Gaya hidup tetap sama, akhirnya ke situ juga....

CARBURETOR DUNG
Caburetor Dung…Lagu-lagu mereka,aku dikenalkan oleh Zuar pada tahun 1997, masa kami sama-sama di MRSM dulu. Masa aku kerja berpeleseran di Gombak pada 2004 dulu, pernah aku join satu gig yang diadakan di dewan kuliah sebuah kolej swasta di Taman Seri Gombak, seingat aku pada November 2004. Setahu aku, diorang berpelajaran...graduan dari New Zealand (if I am not mistaken!)

Depan mata aku, Joe Kidd (Carburetor Dung) ini menolak duit bayaran oleh organizer gig sebanyak, RM200. “Gua ambik RM30 je, buat isi minyak kereta gua…”Kata-kata oleh Joe Kidd (seingat aku!). Kemudiannya mereka berempat (atau lima orang) berlalu menaiki kereta kancil berwarna putih. Lagak mereka agak ‘otai’ sedikit. Sebabnya, ada yang memandang dan mengangkat mereka sebagai otai.

Ada apa pada band ini?Pada aku seadilnya pengamatan perlu dari dua belah mata. Jika sebelah mata kepunyaan pendengar, peminat, penggila music punk…Maka biasa lah band ini. Semacam band-band punk yang lain juga. Tiada cacat celanya, mereka adalah band punk ala-Malaysia sejati! Aku pasti gaya hidup mereka bukan lah Sex, Drug & Rock & Roll atau pure idealogi anti-authoritian … Mereka orang baik-baik! Aku pasti…

Yang tua-tua, jangan tak tahu, budak-budak belasan (peminat punk baru nak naik!) memang mengangkat band ini sebagai leader dan dianggap pioneer dalam dunia tersendiri underground mereka. Seangkatan dengan Malaria, Nemesis dan yang paling aku minat (dulu lah) Infactious Maggot, sekadar beberapa nama band (bukan band punk pun!). Band-band ini sebenarnya tersendiri dalam golongan mereka yang tersendiri.

Ayuh…Sebelah mata lagi, kita tengok dari mata rabun kepunyaan orang-orang biasa dan normal, memang lain macam lah sedikit. Baik dari segi penampilan, penyampaian, lirik lagu, melodi olahan 3-4 simple chording… Sememangnya pelik pada pandangan orang-orang yang gilakan program-program hiburan realiti TV. Yang gilakan ya’ aw aw…Kata orang ntahapahapa…Ini sudah Rebel!

Semak judul-judul lagu mereka di carburetordung.kerbau.com, memang protes-abis kata orang. Namum untuk membawa mereka dalam versi Protes semacam petang semalam, rasanya terlalu terbuka untuk mereka. Minda kebanyakan kita tidak seliberal mereka. Tidak sedalam mereka.

Hatta, Protes.. platform atas kesepakatan bersama, ramai yang tidak mengalu-alukan mereka. Walaupun idealogi-nya, pembawaan idea-nya adalah lebih kurang sama dengan agenda protes…Namun, Carburator Dung…tempatnya di gig-gig tertentu sahaja. Taklukan dunia terhad untuk anda.

---> Untuk kenalan bernama Joe Kidd (Alak aku tak kenal sangat!). Di mana-mana…Perjuangan, ada had dan keterbatasannya. Pelajari pengalaman bermain dipentas tersebut! Cukup untuk Carburator Dung…

BANGSA MALAYSIA UNTUK RALLY/KUMPUL-KUMPUL…?
Tak rasa kelakar kah bunyinya…Adakah berkesan perhimpunan protes semalam…?Target awalnya, 1juta umat…hakikatnya paling ramai pun 30-40ribu yang datang dan dengan mudah boleh di-twist laporan protes tersebut, laporan akhbar 10ribu sahaja yang datang! Maklumlah warga Johor, Melaka dan Negeri Sembilan lebih suka ‘mabuk-mabuk’ di Pesta Jom Heboh (Bukan apa, nak mintak sign jer!). Maka…Siapa yang menang dalam hal ini?Jika diperbandingkan?

Paling penting, sebenarnya, masyarakat kita sebenarnya lebih tertutup dengan sistem feudal yang sebenar menyekat kebersuaraan dan kesuburan minda kita. Lebih kasihan, masyarakat kita lebih menggilakan hiburan atas sebab terlalu disogokkan dengan benda itu. Kepala lebih terarah ke situ. Dari budak sampai lah ke mak bapak. Itu hakikat…

Kita, feudal…secara fundalmental! Lahiriahnya…kita adalah bangsa yang benar-benar lembut dari segi perilaku dan boleh bertoleransi, walaupun secara terangan kita dijajah dari semua segi oleh sebuah parti berkomponen yang memerintah negara kita secara sah. Ini satu bentuk penjajahan halal yang lebih dashyat dari Inggeris mahupun Jepun.

Soal nak himpunkan 1juta orang berbangsa Malaysia? Kita tengok masyarakat kafir di Rom, Italy…mampu menghimpunkan 3.4juta rakyatnya untuk rally anti-perang terhadap Warga Islam Iraq. Himpunan manusia yang paling ramai dalam sejarah, tercatat dalam buku ‘Buku Rekod - Cap Arak’. Tu minda orang Italy. Tumpukan juga pada rally-rally dan march-march di seluruh dunia menentang peperangan ke atas warga Islam Iraq. (Click Here!!!)

Kita nak jemput 1-2juta orang pun boleh, syaratnya WAJIB sedia stage untuk artis lah…Secara besar-besaran, artis-artis pondan tu! Tu wajib…kalau tak, jangan harap ada orang nak datang? Minda kita lebih terarah ke situ. Takde tahi lalat tak dating, beb…! Masyarakat kita kena diberi umpan yang baik, baru makan!

Lagi sekali, adalah kelakar untuk kita yang namanya Malaysian, untuk berdemo…buat rally…tunjuk perasaan! Walaupun dengan agenda yang jelas dan terang namun malangnya mesej yang nak disampaikan tak tersampai kepada majoriti kita yang sebenarnya pengecut dan bacul. Pemandu trak di Italy dari ‘ganas’ minded dari kita.

Soal Protes…Paklah dan konco-konco BN tak ulas apa-apa pun. Najib pun sama. Mereka tidak merasa tempias apa-pun. Kelihatannya begitu lah. Tergugatkah mereka di Putrajaya sana? Kekadang betol juga kata orang, perhimpunan tu tak ubah macam ceramah-ceramah politik biasa…yang ada di mana-mana. Walaupun mereka bebal, hakikatnya mereka kebal…

Ntahlah…Bagi aku, untuk mengajak umat Malaysian untuk rally? Adalah satu usaha yang tidak akan berjaya dan sia-sia. Rasanya…rally menentang Malayan Union lagi power. Apa pun, rally protes BERSIH dulu lebih ramai yang datang…lebih memberikan kesan, sekurang-kurangnya boleh beri kesan jem pada jalan raya. Itu pun dah cukup berkesan dah! Sangat berkesan…

Tapi..bandingkan Malaysian dengan Carburetor Dung? Sekurang-kurang...Carburetor Dung 'berdegil' nak perform di Protes!Mereka berkeras nak tunjuk perasaan!Jadi, pada aku...Memang mereka lebih bagus dan waras dari Malaysian yang duk kat Jom Heboh, yang duk dating dengan awek-awek semua tu! Credit untuk angkatan bersekutu Carburetor Dung...


Carburetor Dung...Boo Hoo Clapping!
(Lagu ini lebih bagus dari lagu - 'Jilat')
I walk alone, I'm lonely...Why should we hear your problems?...I sit at home...I'm crying...
Don't wanna know, we don't care...My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it...My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams ...And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel...So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...

Aboo
[ Read More...... ]

Tuesday, July 1, 2008

SALUTE TO KATATAKNAK; Kisah Saiful...Kaki 'lee-wat '!

Tepat jam 7.45 minit pagi, Cikgu Najib memasuki kelasnya untuk mengajar. Sebelum memulakan kelas, Cikgu Najib memekik-mekik nama setiap orang dari nama para pelajarnya untuk diambilnya perihal kedatangan mereka. Panggilan nama-nama yang dipekik disahut "Ya...Cikgu!", "Ada...Cikgu", "Datang...Cikgu".

Tiba giliran nama seorang pelajar, Cikgu Najib memekik "Saiful bin Mat Dom...?!". Tiada yang menyahut...Dipekiknya lagi "Saiful bin Mat Dom...?!". "Belum sampai cikgu...!". Kedengaran suara halus penolong ketua kelas, Siti Rosmah Haji Mansor namanya. "Ish...dah pukul berapa ni?Kenapa Saiful bin Mat Dom tak sampai-sampai lagi??" Keluh Cikgu Najib. "Takpe lah, kita mulakan kelas dulu yerr..." Kata CIkgu Najib kepada para pelajarnya.

Sedang asyik Cikgu Najib mengajar dengan penuh dedikasi, tetiba bunyi ketukan pintu kelas..."Saiful bin Mat Dom dah sampai, Cikgu..." Pekik Siti Rosmah Haji Mansor menjalankan tugasnya Penolong Ketua Kelas. So...sesi soal jawab antara mereka...


Cikgu Najib : Hahh..kamu Saiful bin Mat Dom, apasal lambat...???


Saiful bin Mat Dom : Maaf Cikgu...saya tak lambat, saya lee-wat skit, Cikgu...

Cikgu Najib : Ahh...sama la tuuu! Lambat dengan lee-wat....Kamu tengok skrg jam berapa??


Saiful bin Mat Dom : Jam 8.30, Cikgu...Maaf cikgu, saya lee-wat...saya bersebab cikgu, bukan sebab tengok bola Cikgu...Memang sebab yang kukuh dan sahih...sebab-sebab saya releven dengan ke-lee-wat-an saya, Cikgu...

Cikgu Najib : Hahh..Apa alasan kamu?Semalam pun kamu lee-wat...Hari ini lee-wat lagi...


Saiful bin Mat Dom : Ni semua gara-gara bapak saya la yang lee-wat pagi tadi...Itu pasal saya pun terlee-wat sama...Bukan tu saja, mak saya pun terlee-wat tadi pagi, Cikgu...

Cikgu Najib : Jadi...Kamu nak menyalahkan bapak kamu punca kamu lee-wat??

Saiful bin Mat Dom : Bukan macam tu Cikgu...Rumah tangga keluarga saya memang jenis pelee-wat belaka Cikgu...Terutama bapak saya tu Cikgu...Bila nak ke mana-mana selalu saja lee-wat! Mak saya pun selalu bising dengan pe'el bapak saya yang suka lee-wat tu, Cikgu...

Cikgu Najib : Dahtu...kamu pun nak ikut perangai buruk bapak kamu?Suka lee-wat??

Saiful bin Mat Dom : Ehhh..takde la camtu Cikguuu...tak suka lee-wat - lee-wat ni, Cikgu...saya bukan selalu pun lee-wat, kalau saya lee-wat punnn, mesti bersebab, Cikgu...Lagipun saya tak suka lee-wat Cikgu, mengganggu kawan-kawan semua...


Tiba-tiba Siti Rosmah Haji Mansor pun mencelah..."Memang pun selalu Saiful bin Mat Dom lee-wat, Cikgu...Pernah sekali, Saiful bin Mat Dom lee-wat, tapi...dia warning saya supaya tak report kat Cikgu...".Siti Rosmah Haji Mansor menambah lagi kenyataannya "Memang Saiful bin Mat Dom kaki lee-wat, Cikguu...saje je saya buat-buat tak reti je selama ni, tapi hari ini saya tak tahan tengok perangainya yang suka lee-wat tu Cikgu, menyampah saya, Cikgu..."

Tiba-tiba Saiful bin Mat Dom menjerit menafikan tuduhan Siti Rosmah Haji Mansor "Oi...perempuan, aku pun tahu banyak rahsia engkau lah...Aku ter-lee-wat ni bersebab tahu takkk??Alaa...kau pun apa kurangnya, hari tu kau pun lee-wat gak, sekali dengan Yati dan Buyong...Ingat aku taktau ke?" Maka terdiamlah Siti Rosmah Haji Mansor dan Cikgu Najib pun cuba menghalang pergeselan itu...

Cikgu Najib : OK..Sudah!Sudah! Saiful bin Mat Dom...saya beri amaran terakhir kepada kamu, jangan sesekali lee-wat lagi..OK! Lain kali kalau kamu lee-wat lagi...Cikgu denda kamu...Paham?!


Saiful bin Mat Dom : Baik Cikgu...saya janji saya takkan lee-wat lagi bila ke sekolah...


Cikgu Najib : Bukan kat sekolah saja...kat mana-mana pun, tak baik kita lee-wat tahu...?!

Saiful bin Mat Dom : Ok..Ok..Cikgu saya paham! Saya janji akan ubah perangai buruk saya tu, Cikgu...

Maka berjalan masuk lah Saiful bin Mat Dom sambil memberikan 'peace' kepada Siti Rosmah Haji Mansor.
___________________________________________________________________

Tiada apa yang special pun pasal post ni...Saje dah semua blog duk tulis benda yang sama je! Duk ulas benda yang sama...kadang-kadang duk copy paste orang lain je...Bosan gua! No-Originality semestinya No-Virgin! Kalau korang nak sangat baca pasal Saiful Bukhari tuduh Anwar Ibrahim liwat dia tu...(Click Here)

So
, aku nak tulis la juga...Sambil nak tribute-kan tulisan aku kepada Che-gu (KATATAKNAK). Selalu sangat baca tulisan kat KATATAKNAK, tu pasal terikut-ikut juga...Apa salahnya!


Psst...Che-gu(KATATAKNAK)!!! kalau Che-gu baca tulisan ni, Che-gu harus, wajar dan wajib bagi Unpublished Notes satu link...(blink2!)

Click pada banner untuk ke http://katataknak.blogspot.com <--my idol nih!!!!

Aboo


[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.