Tuesday, April 22, 2008

BLOG Oh BLOG ; ADA APA DENGAN BLOG ?!

Update : Klip Rancangan Blog, RTM1 ; Datuk A. Kadir Jasin
(http://www.youtube.com/user/enaripblog)

Part.1 Part.2 Part.3 Part.4

Jam 9.02pm, 21April…Habis je rancangan BLOG di RTM malam Ahad lepas. Trit…Trit…bunyi mesej masuk, “7min ada kot Datuk Kadir kecek…huhu!!!” Di-reply msg tersebut, “Cukuplah tuu…”

So…Ending rancangan tu…(1minit setengah terakhir)
Hisham Abu : Err…Datuk, yang terakhir…kita dah kehabisan masa !!!
Datuk Kadir : (sambil ketawa ringan) So…kita tidak boleh menyelesaikan apa-apa dalam masa yang begitu singkat…(bunyi loghat Kedah memang ada)

Setelah itu, host membacakan skrip keputusan AFUNDI pada malam itu “adakah blog boleh menjadi media alternatif kepada massa…?” 6% mengafundi ‘TIDAK SETUJU’ (tidak ditulis H.A.N.Y.A atau C.U.M.A, takut hina bunyinya!) Selebihnya mengSMS ‘A’ - ‘SETUJU’. Seronok pula melihat Datuk Kadir ketawa kecil…Sinis tu! 94%...? Ini dah lebih majoriti 2 per 3…Harapannya 100% para pengundi (tidak dikhabarkan jumlah sebenar itu) tahu apa yang diundi mereka pada malam itu.

Selepas itu, tanpa iklan terus je start program lalak-melalak … juga live dengan slot lebih 1jam! “Bila…aku sudah tiada….jangan dilupakan…akuuuuuuuuuuu”. Tiada pengisian langsung! Tengok berita Tamil lagi bagus…Walaupun tak paham, tengok je la visual abaikan audio! Ish, kan dah mengutuk!

Hmm…kurang 15minit untuk Datuk Kadir, berhari-hari tunggu nak tengok rancangan itu. Setiap jam klik http://kadirjasin.blogspot.com kalau-kalau ada update apa-apa pasal rancangan pada malam itu. Hinggakan, kerana terlalu FOCUS menonton rancangan itu…Time nak menulis ni, banyak pula yang terlupa apa yang telah diperbincangkan…

Blog – Kebebasan…? Part.1…Setuju dengan Datuk Kadir yang mengatakan, ianya ada kebebasan yang tersendiri namun ada keterbatasannya. Soal kebebasan, agak bodoh bila dibandingkan kebebasan menulis di media perdana dengan menulis blog…Apa punya soalan?! Menulis untuk media perdana?! Perlu ke diulas soalan tulisan dan rencana di-*check, di-tapis, di-turas, di-tos, di-sejat, di-tampi oleh Kepala Pengarang? Buat penat tulis kalau diulas…Ulasan mengancam oleh Datuk Kadir, “Takkan nak samakan kerja menulis dengan orang dengan kerja menulis untuk diri sendiri…tentunya lain…” – Lebih kurang begitu lah seingatnya (Loghat Kedah tetap ada)…

*15 vocab tambahan untuk c.h.e.c.k;
1. ensure
2. verify
3. authenticate
4. certify
5. warrant
6. confirm
7. validate
8. legalize
9. guarantee
10. corroborate
11. permit
12. edit
13. revise
14. alter
15. consent

Blog - Kebebasan…? Part. 2…Setuju bila Datuk Kadir mengatakan bahawa identiti blog itu adalah datangnya dari tuan punya blog itu sendiri. Extreme Si Tuan Punya blog tu, Extreme lah blog itu… Kelakar Si Tuan Punya blog itu, Kelakar lah blog itu… begitu lah seterusnya…dan seterusnya…Saling kait-mengait antara pe’el blogger dengan personaliti blog-nya sendiri. Acuan blog datangnya dari pemiliknya sendiri.

Untuk turutan fasa 1 tulisan ini, mengulas rancangan RTM tersebut…dengan TOTAL 100% Tahniah… 94% Tahniah plus bonus ‘10kali Tabik Spring’ untuk Datuk Abdul Kadir Jasin kerana dengan masa kurang 10minit total percakapan beliau sedikit sebanyak memberikan impak dan yang penting input. Sekurang-kurangnya Datuk Kadir menjawab mengikut kehendak soalan. 6% Tahniah untuk Saudara Hisham…mampu meng-host rancangan sebegitu!

Datuk Kadir… (Ntah baca ntah tidak…) Tahniah lagi sekali untuk Datuk selama kurang10min percakapan Datuk itu. Betol lah…bercakap dan menulis berbeza… Cakap secara live pula tu, impromptu berdepan dengan host yang dasyat juga memotong tetapi tidak sedasyat ‘potongan’ Datuk Johan Jaffar! Menulis, kaedahnya…tulis-baca-edit-baca-tulis balik (boleh undo dan redo lagi!) Cakap secara live…Bukan senang!!!

Rupanya ‘A’ pada A.Kadir Jasin tu, untuk Abdul… Baru tahu!


WEB-SITE, WEB-BLOG& MEDIA…
Sebenarnya, Penulis masih lagi tidak jelas persoalan blog sebagai media yang dikatakan media alternatif. Fahaman penulis terhadap istilah M.E.D.I.A ini semacam akhbar-akhbar, berita-berita di TV dan radio. Lebih kurang begitulah! Bila kamus dibelek, media membawa maksud medium atau channel atau interface yang sinonim juga dengan saluran atau perantara dalam bahasa Malaysia. Kesimpulan mudah, blog sebagai media alternatif sebagai medium, channel dan saluran alternatif? Kalau itulah maksudnya, Penulis tambah lagi 1 undi SETUJU untuk undian SMS di slot Blog, RTM pada malam itu tetapi tetap bersyarat! Ada 2 syarat…

Pertama, syaratnya ‘alternatif’ mesti bermaksud ‘tambahan’ atau ‘added’ tanpa meminggirkan atau dinombor duakan Media Massa. Keduanya, mendefinasikan, kategorikan dan spesifikasikan blog-blog yang ada untuk dicop secara rasmi sebagai ‘media’. Hanya 8 dari 50 blog yang paling top di Malaysia adalah blog socio-politics (Statistic yang dibawa oleh Datuk Kadir!) Selebihnya kisah-kisah tentang pergi memancing di hari minggu, menjala ikan di Pantai Remis, kisah ngorat-mengorat bini orang, ushar-mengushar anak dara orang, men-download Mp3 (ini pun kes cetak rompak!) dan bersepah kisah yang ‘tak-relevan langsung’ untuk dilonggokkan sebagai ‘media’. Seharusnya, biar jelas mana satu blog jantan, mana satu blog betina, mana satu blog pondan, mana satu blog bapok! Itu sebenar asasnya.

Penulis juga masih confuse samada beberapa website besar lagi tersohor dalam ruang lingkup politik Malaysia tidak kira haluan mana beberapa site tersebut juga dilabelkan sebagai blog atau tidak. Semaklumnya, blog itu adalah singkatan web-log atau jaringan-catatan, sifatnya lebih peribadi atau perseorangan. Jika beberapa site besar beroperasi dalam satu organisasi itu pun dilabelkan sebagai blog dalam konteks ‘media’. Maka penulis bersetuju bahawa yang itu selayaknya baru boleh dibandingkan dengan Media Massa. Walaubagaimanapun, penulis memilih untuk mengundi TIDAK SETUJU jika beberapa website yang ada yang ada sebagai 'media' gantian kepada Media Massa. Kalau ‘ganti’ ditukar kepada ‘added’, Penulis bersetuju! Media Massa masih lagi relevan pada masa kini dengan mengambil kira overhead dan proses penerbitan serta keperluan dan kebergantungan blog terhadap media itu sendiri.

Seterusnya, adalah tidak adil untuk membandingkan antara blog kepunyaan seorang individu dengan Media Massa yang berorganisasi lengkap, berpejabat dan menggaji para pekerja itu. Perlu diketahui bahawa setiap patah kata yang ditulis oleh pemblog modalnya dari terbitan Media Massa juga. Untungnya pemblog ini berbantukan teknologi, setiap apa yang di-post boleh dikongsi secara percuma dan mega-luas selagi mana rangkaian internet boleh dicapai. Cumanya makin berputar belit berita dan cerita oleh Media Massa, makin menarik ulasan oleh pemblog. Hakikatnya, dari situ ke situ juga. Berputar di tempat yang sama. Sumbernya tetap sama. Maka lagi sekali dikatakan bahawa Media Massa masih relevan dan tetap nombor satu sebagai main sumber maklumat.


PERSOALAN PENDAPAT & 4M + 1E
Bila cakap soal pendapat peribadi, semestinya…’faktor-faktor’ tertentu yang jadi modal tulisan seseorang blogger. Bila cakap soal faktor-faktor, menggunakan langkah kualiti, abaikan Kaedah Histogram, 6Sigma atau Kawaguchi’s fishbone untuk mencari punca kefaktoran itu. Kita guna 4M+1E cukuplah…sebagai basic untuk melihat faktor-faktor kepada ulasan oleh seseorang blogger!

‘M’ yang pertama adalah ‘Man’…Dalam ilmu kualiti ianya merujuk kepada Man Power. Releven atau tidak…? Adaptasi sendiri untuk kes blog ini, sebarang pandangan dan ulasan dan penulisan bergantung kepada siapa yang menulis! Sekadar contoh, kalau lelaki menulis kurang kritis berbanding perempuan. Lagipun, perempuan lagak lakunya agak cerewet dan teliti…Tu satu hal! Generalnya, ianya bergantung kepada siapa yang menulis, bukannya terhad kepada jantina semata. Lebih luas tertakluk kepada geografi, status, posisi, bakat dan lain-lain lah. Yang penting minded si blogger itu sendiri, ‘sihat’ atau ‘sakit’? Hasilnya bergantung kepada ‘kesihatan mentalnya…’

'Machine' untuk ‘M’ yang kedua…Cubaan mengulas ‘machine’ dalam konteks bahasa blog agaknya mungkin boleh mengambil penggunaan Blogspot atau Wordpress atau Blogdrive. Ini lebih kepada layout presentation blog itu sendiri. Ntahlah…rasanya begitulah! Stop…Tak perlu nak mengarut dan fikir lebih!

‘M’ yang ketiga, 'Method'…Bahasa mudahnya, tatacara. Cara dan gaya penulisan oleh mana-mana blogger juga boleh mempengaruhi hasil! Gaya penulisan setiap blogger juga berbeza…Contohnya setiap penari ada lenggoknya yang tersendiri, sama lah dengan blogger dan lenggok tulisannya! Lain dari itu, tinggi pengetahuannya…Banyaklah modalnya maka banyaklah yang ditulisnya. Ilmu atau pengetahuan yang ada bergantung pula pada sumber atau source si blogger tu…Ini dah masuk ‘M’ yang ke 4 iaitu 'Material' yang merujuk kepada source seseorang blogger. Jadi…M3 dan M4 dah pakej di para ini. ‘E’ yang terakhir tu juga ada kaitan, tapi Penulis lebih suka mengasingkan ‘E’ yang terakhir itu di para bawah…Terlalu banyak campur aduk, mesti berkecamuk hasilnya mengarut!

‘E’ untuk 'Environment'…Kalau dalam kes manufacturing process, inilah selalunya yang akan diulas panjang dalam report kualiti oleh mana-mana Jurutera Kualiti. Kegunaannya untuk bikin alasan kepada punca dan faktor, menyalah dan memanipulasi keadaan dan persekitaran untuk menutup kesilapan sendiri…Lazimnya begitu! Ops..ini secara sengaja mengatakan secara terbuka pasal ‘isu sabotaj’ yang 'tu…'Tapi itu pun secara sedarnya juga menyalahkan keadaan dan persekitaran juga…Contoh! Maaf, meleret….Stop!

'Environment'…Sebagai faktor kepada pandangan seterusnya diterjemah kepada penulisan blog. Dengan mengunakan diri sendiri sebagai contoh antaranya, Penulis berhobi membaca (majalah, buku dan blog-blog) serta bergaul dengan pakej bersembang dengan orang-orang kampung di tempat permastautinan. Rasanya bermodalkan membaca dan bergaul dengan orang-orang kampung yang banyak mempengaruhi seterusnya menyumbang kepada hasil penulisan Penulis. Berdasarkan tulisan ini, molek dikhabarkan bahawa kerja sekarang penulis mendorong kepada penulisan yang sedang ditulis ini. Itupun kategori pengaruh persekitaran. Adaptasi sahaja terhadap diri anda sendiri bagaimana faktor persekitaran boleh mempengaruhi tulisan anda. Lain orang, lain persekitarannya. Jadi mudahnya begitu.


PENUTUP
Bagi penulis, sudah lebih 1 tahun memblog…Tanpa mengharapkan untuk menjadi
top 100 blogger di Malaysia dengan rating berjuta dan komen-komen yang beribu, Penulis tidak mengharapkan apa-apa pulangan dari blog ini. Sekadar cukup setiap post dibaca oleh sesiapa yang klik atau ter-klik di blog ini, Tidak kira lah sesiapa pun! Penulis sejujurnya suka mengatakan bahawa…Every Blogger for his/her blog him/herself. Setiap post adalah luahan, pandangan, cadangan dan pendapat diri-sendiri. *Cukup…Penulis dah malas nak menulis!

*Ayat untuk para penutup itu contoh hak blogger terhadap blog-nya sendiri, boleh buat apa yang dia suka. Rasa nak tulis, tulislah…dah malas menulis. Stop je lah! Cumanya, setiap tulisan tidak melampui batas dan menghormati serta mengikut garis panduan etika penulisan…Itu memang perlu!


Aboo

Komentar :

ada 14 comments ke “BLOG Oh BLOG ; ADA APA DENGAN BLOG ?!”
Anonymous said...
pada hari 

salam perpaduan.....
Thanks Aboo atas idea tsbt.saya sendiri kenselkan semua rancangan lain malam tu,walaupun anak siap menangis nak tengok citer lain tetapi sbb BABA nak tengok 'Blog' terpaksa anak sapu airmata dan dipujuk oleh UMI.Apapun rancangan yang diutarakan oleh Menteri berkaitan ianya tak ubah seperti rancangan2 lain sebelumnya.Cth Debat Perdana,60 MInit bersama Menteri dsb.Tiada keterbukaan walaupun diwar2kan telus dan terbuka...Inilah hakikat kebebasan sebenar MEDIA kiter.Patutlah Pakatan Rakyat sedang menyiapkan proposal tentang TV PAS bagi kegunaan 5 negeri kepunyaannya.so KORANG PIKIRLAH SENDIRI.
Chow dulu...

Anonymous said...
pada hari 

ai... gara2 30 minit tu... anak tak dapat tengok tv... dating pun terpaksa di cancle.. kuat juga penangan blogging ni ek! heheheh...

anyway, soal kebebasan ni ... watever it is, there is no such thing as 100% bebas. kat mana2 oun kita sebenarnya tak bebas... kat umah, kat skolah, kat ofis... rules are made for a reason.

tapi ape yang kita harapkan ialah kebebasan yang disekat ni bukanlah untuk kesenangan dan untuk dimanipulasi mana2 pihak utk kepentingan sendiri. kalau kot2 la ada TV PAS pun... tipu la kalau 100% bebas.... setuju?

rasanya ape yang lebih penting is si blogger perlu lah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap apa yang die tulis dan mengambil kira impak penuisannya. because writings are powerful... kita merdeka pun dengan bantuan media yang menjadi medium penyebaran semangat kebangsaan.

tapi syabas buat datuk kadir yang nampaknya sebagai someone yang sangat terbuka... hopefully keterbukaan datuk boleh 'bridge' the differences between mainstream media and alternative media... making these two medias complement kepada each other!

Anonymous said...
pada hari 

aku sbg pembace blog leh komen ke??
-zuar

Anonymous said...
pada hari 

aik... pesal tak leh comment pulak? all commeents are very much welcomed here... tak kira la sape pun... pembace ke... pengkritik ke... tapi penyebar virus please jgn buat port kat sini plak ye...!

Anonymous said...
pada hari 

Mr.Walkie Talkie SYMP...
Rasanya, takkan boleh kot rancangan sebegitu disiarkan lama sgt!Maklumlah...apa2pun bro mmg steady sbg seorang bapak yg tegas!huhu..takpe2...rancangannya tak lama...15minit je!So..anak nangis pun 15minit je la...huhu!Kalau benarlah tvpas nak disiarkan...Ok gak tu..kasi cabar skit geng2 mainstream tu...Ok pe!

Zuar...apahal lak mu takbleh nak komen plak..?!Alang2 tulis...tulis je apa2 yg mu rasa nak tulis...asal jgn ganggu keselamatan negara dah la...huhu!Ganggu keselamtan politik takpe...

Lady Dark...huhu!Takde apa kot..?!Cuma jaga diri diKb tuu..apa2 permasalahan boleh rujuk mana2 CreamFlag's gang yang berhampiran...Mesti grad!

Hmm..adalah tidak baik dan bagus jika kita memboikot mana2 media mainstream ni..Sebabnya?!Lu pikir la sendiri...(dah panjang lebar gua tulis kat atas tu!) Kalau aku jadi Bos segala bos utk media perdana ni...aku berani cakap "Kita siapa??Blog tu apa...??" tp sayang menteri baru ini, ntah la...makin nak mempromote blog ke apa, ntahlah...Rancangan sebegitu sebenarnya kasi blogger lagi giat nak menulis je...ntahla!Kadang2 fikir2 bodoh juga si menteri baru ni...rasanya la..Nape la nak dihighlight sgt blog ni...BLOG ADALAH SESUATU YANG PERSONAL!!!

Anonymous said...
pada hari 

AHAKS..ADA SEDIKIT PERUBAHAN DALAM TULISAN MAMAT NI.PARA BLOGGER DUK SYOK SENDIRI LAIN PULAK KEADAANNYA MAMAT INI. MELAWAN ARUS BLOGKAH?JGN KATA SUDAH MENYIMPANG?!

BUAT KALI PERTAMA AKU BAGI THUMBUP TU NGKO YANG MENULIS INI. BENAR,MEDIA PERDANA TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN SEBAB ITULAH PUNCA DAN PENCETUS KEPADA KEMUNCULAN BLOG2 YG ADA.CUMANYA AMAT MALANG RAMAI BLOGGERSMASIH SYOK SENDIRI WALHAL TIDAK SEBERAPA MANA PUN KESANNYA. KESELURUHANNYA PARA BLOGGER PERLU SEDAR BAHWA TIDAK MUNGKIN TERSEBAR APA YANG DITULIS DALAM BLOG JIKA TIDAK DIBANTU OLEH TEKNOLOGI INTERNET.

SOAL TOP BLOGGERS YG ADA KAT MALAYSIA INI,ISUNYA TAK MELUAS ANTARA BLOGGERS YANG ADA PUN CUMA SOKONG-MENYOKONG,TAMBAH-MENAMBAH ANTARA MEREKA.BALIK2 ISU TU.CUMA TULISAN DENGAN INTONASI MOOD YANG BERBEZA. DAH NAIK MELUAT.

RASANYA BLOG INI BOLEH DIJANGKA SEMACAM ISU-ISU SEPERTI MAT REMPIT.2KALI5.DATANG DAN PERGI.KALAU BENAR DITANGKAP SALAH MENULIS SESUATU YANG PALSU.SEBAT SAJA!

FINA
MEMANDANG LANGIT MENITIS HUJAN

Anonymous said...
pada hari 

wahai penulis, aku rase kan shafina nie syok kat mu la.. hahahha... asyik die jd pembangkang.. jgn terbayang2.. naik rindu bace tulisan.. memandang ke langit menitis hujan, aku kt sini tumpang senang, dpt makan nasi minyak pree katakan.. hehehe DR gigi jgn marah ek..
zuar-

Anonymous said...
pada hari 

wah2... dok marah... susah gak kalau dah ber'peminat' ek... mana tau, untung2 dpt mkn nasi minyak dua kali ;)

Anonymous said...
pada hari 

Soal Blog ni...ntahla! takde apa nak menambah!CUMA.................

Shafina a/l Sheikh...Thanks la support juga ye?Kawan kamu Si Nina mana?Takkan takde pendapat...nak tau jugak2 org2 yg terang2 sokong kerajaan ulas article ni.huhu!

Zuar..rileks!Org tua dan kolot molot gitu,bkn taste aku la..!huhu...Mu tau kan taste aku!!!So..my lady no need to worry ehhh...!Our plan ALWAYS in progress.

Soal blog...taktau nape kerajaan baru bawah pimpinan Shabery Chick ni nak sgt highlight blog ni, sedangkan punca kekalahan teruk PR-12 ari tu bkn semata2 peranan blog!

Lagipun...utk apa blog ditonjol2 sgt?!buat naik ekor para blogger saje!Lg la Si bloggers yg berkenaan rasa syok...arghh dah glamour!Huhu...

All-Blogs..mewakili semua blogs ka?termasuk blog2 lucah,AF dan lain2 tu semua..?utk apa?utk mereka dan para kenalan mereka semua saja!Blogger2 semacam aku ni...diorang tak pandang pun...Tu pasal aku mual benar jika All-Blogs mewakili aku!Mtk link pun tak kasi...Ish!Nyampah....Tp ada juga top blogger yg cuba menaikkan blogger2 kelas ke-2. Sheih contohnya...dah ok apa yg dia buat utk blog aku!Cukup..

Huhu..aku pun tak tau aku cakap apa...cuma nak lepas geram utk bloggers yg rasa top giler2 je!Blogger dtg dan pergi...ianya kepunyaan individu!Ada ke bodoh punya rancangan nak banding blog dgn Media?Bodoh!So...Mana2 Blogger2 yg rasa blog dia TOP tu... Boleh blah dgn rating juta2 sedara tu...THANKS!

Berpijak di bumi yg nyata!

Anonymous said...
pada hari 

Benar kata fina,agak positif tulisan ini,ada keterbukaan. Haha..guna masa rehat uuntk baca2,maksudnya bukan semua staff kerajaan tidak bekerja dgn betol.Bukti sahih..........

1.Tahniah kepada penulis kerana keluar dari kepompong lubang sempit dunia blog itu sendiri.

2. Bukan main kutuk aboo pada allblog ya?apa tu allblog?haha,aku taktahu apa itu allblog.Tp walau apa pun benar memang blog bukanlah memberikan impak yg besar sebagai ukuran keputusan election lepas.Kenyataan mmg tidak dapat disangkal lagi.

aku pun tgk BLOG,RTM mlm tu.Haha,ada yg sampai baby nangis nak tgk channel lain yerk?haha.. ok juga tgk dan dengar dari blogger sendiri.Kawan yg kerja diRTM ada cerita walaupun rancangan tu tak sampai 15minit tp behind the scene,dkt 1jam tetamu tu sembang dengan staff2 rtm segala2 tentang blog. itu cerita kawan aku,tipu atau bohong aku taktahu.

aku lebih tertarik pada tetamu yg baru-baru ini dijemput,raja petra. walaupun tidak menjawab soalan dengan tepat namun precise,kelihatan agak bersungguh menyalahkan pihak pemerintah dgn ekstrim. kata org memng dia ekstrim,tak biasa buka malaysiatoday.

selamat hari pekerja dan selamat bersolat solat jumaat.kita yeng pempuan jom lunch.

Fina,jejaka yang tampan memiliki hati yang menawan apa salah mengenalinya.Haha

Nina- Fina ttp best friend!!!!!!!!!

Anonymous said...
pada hari 

Keterbukaan mmg bagus.. Selagi tidak bermotifkan personal..

Tegur Isteri Belakang Anak..

Buka jgn sampai terluka..

Resepi Rahsia adalah senjata..

Akagi,
Cuma berkata-kata

Anonymous said...
pada hari 

haiyaa...Mr.Akagi singgah juga...Thanks! Miss Nina...tak perasan lu ada komen kat tulisan ni,aku ingat org tak minat nak ulas/komen tulisan panjang2...Thanks juga,apa punya jakun staff kerajaan ALL-BLOGS pun taktau...Siapa katak bawah tempurung skrg?! Lu ka gua...?!

Pasal All-Blogs atau panjangnya National Alliance of Bloggers ...dulu namanya Bloggers United,pastu diorang tukar All-Blogs pulak...! So..siapa 'diorang', blogger2 yg bikin All-blogs la...yang aku yakin utk mereka dan geng2 mereka saja...Neopotisme jugak tu!Kalangan mereka ini tak layan pun blogger2 tepi jalan macam aku nih..dan lg utk membina kesatuan bloggers yg ntah berapa ramai tu, pada aku susah lah! Di M'sia aku rasa ada beratus ribu blog...rata2nya blog personal cite pasal santai2 macam archemege.wordpress tu!

If All-Blogs nak promote & protect bloggers (semua bloggers yg ada kat M'sia nih) So,termasuk juga blog2 lucah yg melambak tu!So...tindakan tu tak patut juga!Apa pasal nak promote & protect blog2 sebegitu?!Aku cakap dlm range yang aku paham maksudnya begitu.

"But All-Blogs is, first and foremost, committed to promote blogging and, protect bloggers..." - Nuraina A.Samad, 13Apr2007

Selebihnya lu boleh baca kat nursamad.blogspot.com, cari achive April punya. Ada perincian tentang isi kandung apa yg diorang meeting utk buildup Bloggers United a.k.a All-blogs!

Aku takdelah tak gemar ke,tak suka ke kat All-blogs ni...cumanya tgk2 balik macam parti politik la pulak geng2 ni...Contoh cakap, lu org UMNO, agak2 Paklah,Najib,Hishamudin kenal ke lu siapa? Lebih kurang macam tu la kalau lu boleh paham maksud aku!

So..dah panjang lebar!Aku risau aku lagi melalut!Tp bg aku, Every Blogger for his blog himself...!

Anonymous said...
pada hari 

порно ролики оральный секс
копрофилия секс
бесплатное порно видео без смс
секс kids
красивые голые попки фото
нейлон порно
секс 50
секс фильм просмотр
любительские порно видео ролики
порно анал фото бесплатно

Anonymous said...
pada hari 

Доброй ночи!

Видел такой вот web-сайт:
Офисы Билайн

Интересует ваше мнение, насколько актуальна данная тема?

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.