Monday, April 14, 2008

MESTI MEMIMPIN JANGAN DIPIMPIN BARULAH PEMIMPIN

Update: Ralat Pembetulan (ala-ala Utusan Malaysia) - Siap bold lagi..kot2 ada yg nak saman malu!
1. Al-Gore memenangi Nobel pada tahun 2007 (baca berita Harian tadi...!)
2. Tayangan An Inconvenient Truth oleh Astro adalah pada Saluran HBO Ch441 (Ini pun B.Harian bgtau!)

Belom pun hilang penat, baru tiba dari percutian di Kuala Terengganu sambil secara coincident meramaikan rakyat untuk menyambut Tuanku Mizan di Airport, Telaga Batin. Jam 9 malam ahad 30 Mac lepas penulis berdua bersama kawan menghadirkan diri untuk menonton tayangan percuma yang dipancarkan ke atas skrin plywood yang sebesar meja ping-pong, lokasinya sekitar padang USM, Kubang Kerian. Dengan mood cuti 4hari (cuti Keputeraan ke-58 Sultan Kelantan), tidak ramai yang datang, sekitar 40-50 orang sahaja, rata-ratanya pelajar. Masih ramai yang bercuti agaknya…

Sedang berjalan di atas padang menuju ke tempat tayangan, terserempak dengan dua orang kenalan yang datang membawa naskah NST, terselit kemas di celah ketiak belah kanan. Pelik juga, takkan nak baca akhbar di tengah-tengah padang yang samar-samar dengan cahaya Lampu neon jalan kot?! Dihamparkan helaian-helaian naskah tersebut di atas padang bola itu semacam menghamparkan sejadah untuk solat berjemaah. Baris demi sebaris sehingga habis kesemua naskah NST tu. Rupanya untuk dijadikan pelapik untuk duduk. Maklumlah tayangan diadakan di padang bola. Nak buat alas…

Ok apa…standard berita NST beberapa tahun ini memang selayaknya letaknya ditempat yang paling hampir dengan salur najis pun, paling tidak, standard bau ketiak pun dah OK untuk NST. Apapun, Itu hakikat. Begitupun ada juga yang berlantaikan rumput yang dipotong halus itu, ada juga yang bersila atas selipar. Yang duduk cangkung pun ada. Bersimpuh pun ada. Penulis dengan kawan hanya berdiri tak jauh dari kalangan yang lain. Boleh lihat jelas skrin yang kira-kira berada 30-35meter di hadapan. Hamparan naskah-naskah oleh si kenalan berdua tadi, itu pun semacam kerja amal, walau tak disuruh tetapi menyedari akan keperluan ramai memerlukan alas untuk duduk. Buat tanpa disuruh…

Sekadar intro karutan…Saudari Aza dan Zaza, selamat datang ke blog UNPUBLISHEDNOTES. Apa kata saudari memberi keseimbangan terhadap pembacaan blog setanding tumpuan saudari kepada friendster atau myspace. Blog pun OK untuk dijadikan medium tempat berkenal-kenal dan bermesra-mesra secara santai-ilmiah. Itu pun bagi mereka yang boleh dikenali dan dimesrai…Malangnya kesan amalan pembudayaan tradisi yang tertutup dan jumud, segelintir kita susah nak menerima perhubungan kawan kalau orang yang nak berkawan itu kawan baru dan bukan datangnya atas dasar kawan atas kawan. Selebihnya, ada juga memang nak sangat berkawan, Cuma negatifnya perangai ada unsur kepoyoan…rasa diri cukup bagus untuk di dekati! Cukup…mesej sudah dikeluarkan, baca dan faham! Dah pun cakap nak mengarut…

Soal duduk atas padang berlapik keratan akhbar, secara sinis ianya sebenarnya boleh di labelkan benchmark untuk kedudukan rakyat. Tempatnya di padang-padang berlantaikan rumput berbumbungkan langit dengan bantuan lampu jalan kepunyaan JKR (sekurang-kurangnya Uncle Sammy sumbang sesuatu rakyat bawahan!) yang samar sahaja untuk beraktiviti. Tidak seperti orang-orang besar V…Ve…Ver….Very Important Politician (Gagapkan diri bila baca) yang bila beraktiviti,berprogram atau berparti, punggung yang busuk itu mesti beralaskan baldu, kaki yang bersalutkan alas mahal mesti berjalan di atas carpet-carpet yang gah! VVVVIP ini agaknya sudah lupa, yang meletakkan punggung busuk mereka dibaldu gebu, yang membolehkan kaki tengik mereka berjalan di carpet-carpet mewah itu siapa… Dengan memimjam istilah unggul lagi evergreen kepunyaan Tun Dr. Mahathir, Melayu Mudah Lupa, dengan skop yang lebih kecil dan jelas, penulis ciplak terma tersebut kepada, VVVVIP mudah lupa… Sememangnya!

Berbalik kepada tayangan ala fun-fair kelas tiga di perenggan atas tadi, dengan tema utama Pemanasan Global, tayangan lebih satu jam yang diberi tajuk An Inconvinient Truth merupakan satu perbentangan kajian berbentuk dokumentari yang telah memenangi Anugerah Academi atau Oscar 2006, kategori dokumentari terbaik malah dokumentari yang mampu menghasil pulangan lebih USD20juta. Peneraju dokumentari tersebut juga telah menerima Anugerah Nobel pada tahun 2007. Sememangnya itu satu pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang…

Hasil kajian puluhan tahun, banyak fakta-fakta dan bukti-bukti saintifik yang dipaparkan. Berbanding trend promosi mana-mana produk kita, tanpa perlu mengupah dan medutakan mana-mana artis-artis ternama, perbentangan lisan berbantukan visual dibentangkan secara ilmiah oleh peneraju utama dokumentari itu sendiri. Penerangan terhadap suhu beberapa kawasan di dunia, 20-30 tahun dulu berbanding pada tahun 2005 dibentangkan dan graf-graf kenaikan suhu secara eksponen dan mencanak di tempat-tempat tertentu juga dipaparkan. Faktor-faktor kepada punca dijelaskan dengan terperinci.

Sudah panjang lebar duk cerita soal padang rumput, tentang VVVVIP, tayangan percuma, apa yang penulis nak ceritakan sebenarnya adalah mengenai teraju utama pemanasan global. Orangnya adalah Albert Arnold Gore,Jr. insan kelahiran Washington, Naib Presiden Amerika Syarikat pada era Bill Clinton dan calon Presiden Parti Demokrat yang tewas kepada George W. Bush pada pilihanraya Presiden United State of America tahun 2000. Kalah dengan kontroversi dengan dua kali setengah pengiraan, kemenangan Bush dibantu oleh perintah mahkamah yang memberhentikan semasa pengiraan undi yang dibuang di Florida semasa kiraan kali tiga.

Ramai (tetapi tidak majoriti) yang mengutuk kemenangan Bush. Semak Mirror Daily yang covernya, “How Can 59,054,087 So Dumb…(tapi rasanya yang ni utk tahun ELECTION - 2004...Tak Kisah lah!)”. Atau sesiapa yang mendengar lagu-lagu Greenday, ingat balik lagu American Idiot. Dengan mengetepikan sentimen ke-AMERIKA-an itu sendiri, perkenalan singkat dengan Al-Gore menerusi tayangan dokumentarinya menyebabkan penulis membuat sedikit pembacaan tentang biografi Al-Gore. Ketahui istilah ‘Re-elect Gore in 2004’, namun kenyataan matang oleh Al-Gore, "I personally have the energy and drive and ambition to make another campaign, but I don't think it's the right thing for me to do and I think that a campaign that would be a rematch between myself and President Bush would inevitably involve a focus on the past that would in some measure distract from the focus on the future that I think all campaigns have to be about." Secara peribadi sebenarnya kagum bahawa begitu sekali hebat personaliti dalaman seorang calon Presiden untuk sebuah negara yang paling berkuasa di dunia. Calon yang sememangnya, layak untuk menjadi seorang calon mengepalai sebuah negara…Tidak mabuk kuasa semacam orang belah sini.

Berbalik kepada dokumentari, Inconvenient The Truth, Speech (rendah tahapnya jika ditulis, u.c.a.p.a.n) oleh Al-Gore tentang pemanasan global sememangnya hebat (bagi sesiapa yang menerima mesejnya), “I am Al-Gore…I used to be the next President of the United States of America pembuka katanya yang disusuli gelak tawa dan tepukan ramai. “…I’m glad you are amused but I don’t think its funny”… sambungnya dengan ketawa kecil. “Unfortunately I lost only one state, but I’m here to give an insight on Global Warming…” Begitulah kata-kata Al-Gore ketika memulakan ucapan di hadapan lebih kurang 80 audien yang rata-ratanya adalah saintis muda dan golongan pelajar

Apa yang menarik perhatian ialah dengan berbekalkan sebuah laptop dan skrin sebesar suku kotak penalti dibelakang beliau juga mengawal aliran slide dengan remote ditangan kanannya, Al-Gore mampu memberikan input mengenai satu topic saintifik yang sepatutnya membosankan namun beliau berjaya menjadikannya sangat…sangat…sangat menarik! Lagilah, jika anda berminat dengan tajuk itu. Dengan segalanya perungkapan yang dikeluarkan sudah ada dalam kepala berbantu alatan yang terhad, Al-Gore mampu menggunakan ruang yang ada untuk berucap sambil ada menyelitkan informative-humour tanpa menghentam mana-mana pihak. Apa lagi beliau adalah ahli parti Demokrat, tidak pula menghentam mana-mana puak Republican. Memang professional.

Pusing sekejap ke belah sini, bandingkan dengan orang-orang belah sini, (tentunya sesetengah politician) seperti kita-kita di sini, pantang dapat microphone…WAJIB kutuk sesiapa yang tidak disukainya. WAJIB bercerita tentang kejayaan dan pencapaian sendiri….WAJIB ! Kalau dapat slot siaran langsung, Isshhh….lagilah mengerutkan dahi dengan pakej menggarukan kepala bila menontonnya. Rasanya penulis juga tidak berkecuali, pantang menulis, mesti ada ruang untuk mengkritik. Barangkali…memang sudah sebati dengan budaya tempatan kita…Bukan salah ibu yang mengandung!

Pendeknya…penulis mengagumi insan bernama Al-Gore kerana kajian dan pemikirannya juga prinsipnya (lagi sekali diulang; Sentimen KeAMERIKAan diketepikan!). Barulah penulis kenal akan salah seorang calon Presiden Amerika Syarikat. Calon yang sebenar-benarnya calon. Memang ada identiti dan kredibilti untuk menjadi seorang Presiden. Cakapnya bukan sebarang malah pemikirannya jauh kedepan. Jauh advance dari pemikiran ciplak ‘Impian 2057’ dan ketamadunan Hadhari…

Al-Gore memasuk dewan kongress pada tahun 1976 disamping berprinsip anti-perang yang menentang kuat Perang Amerika-Vietnam, usul utama yang dibangkitkan adalah mengenai menangani pemanasan global. Walaupun usulnya tidak dilayan, beliau tidak putus-putus memberikan kesedaran mengenai kesan pemanasan global di mana-mana. Walaupun sehinggakan sekarang beliau tewas dan tidak menjadi Presiden Amerika Syarikat yang mana menangani masalah pemanasan global merupakan salah satu manifestonya. Begitu sekali pegangangnya.

Di mana-mana, beliau bercakap mengenainya, dengan sesiapa sahaja hatta dengan budak pra-sekolah. Paling tidak beliau berjaya memberikan kesan terhadap di negeri beliau menetap, Tennesse yang kini sudah pun ditumbuhi kehijauan pepohon dan pihak pengilang telah menginovasi sistem ekzos untuk mengurangkan kesan pemanasan global. Di sini kita sibuk duk kata, negeri ini jatuh kepada orang ini, negeri itu jatuh kat orang tu. Sibuk dengan pengagihan kuasa sesama mereka. Perlu contohi prinsip beliau…Ini baru calon pemimpin ada pakej-pakej yang sepatutnya! Cumanya sekurangnya Al-Gore bikin apa yang dicakapkannya. Bukan macam kita-kita ni, cakap berapi…bikinnya tidak! Cukup sudah Al-Gore diampu… Sah! Albert Arnold Gore, Jr. tak buka pun blog ini...

Yakinlah, bahawa pemanasan global sememangnya satu isu besar. Isu satu dunia. Tiada yang terkecuali. Isu pemanasan global adalah lebih tepat jika dikategorikan sebagai isu global yang meliputi isu sivik dan isu moral. Sesiapa yang tidak ambil kisah soal pemanasan global ni, sewajarnya boleh berpindah ke planet lain yang lebih sesuai dengan anda….Kemaskan harta benda anda, dengan segala hormatnya boleh nyah dari muka bumi ini…

Berbalik kepada kekalutan dan kemengarutan politik di negara sendiri, penulis cuba nak melihat dan mengupas seterusnya mengutuk para pemimpin kita yang duk ada sekarang ini. Kadang-kadang ketawa sendirian juga melihat telatah para pemimpin kita sekarang. Ramai yang bodoh sombong. Saling kata mengata, hina menghina, caci mencaci. Itu amalan politik kita era malayneum ini. Lagi teruk ada juga yang syok sendiri! Bila bercakap tidak berisi, kadang-kadang berbohong pula. Ini dah masuk bab munafik bagi mereka yang Islam. Perlaksanaan terhadap kata-kata?Hmm… Ntahlah! Apa lagi nak mengharapkan mengeluarkan satu isu yang boleh menggegarkan dunia, pergi forum dunia pun boleh tidur. Cuma yang sengalnya boleh pula berbangga dengan mendabik dada bila dilantik menjadi ahli atau ketua pertubuhan dunia itu dan ini. Lagilah sengal bila tengok makhluk-makhluk sebegini menerima apa-apa anugerah.

Cakap serupa bikin...Bandingan dengan tokoh dari Amerika tadi…mudahnya, jauh panggang dari api. Kadang-kadang ada juga terdengar yang pemimpin kita terlelap di mana-mana perhimpunan penting di mana-mana pelusuk dunia. Apa punya baghal pemimpin yang macam ini…? Punya kurangnya sivik. Dah tak layak, duk buat apa lagi melangok kat situ. Ini bukan isu ”I refuse to run away from my responsibility...”, dengan mengekploitasi mandat yang tak seberapa untuk berkuasa. Tajuk utama sekarang, negara perlukan seorang pemimpin yang benar-benar berkaliber. Kenapa kepentingan parti melebihi dari kepentingan negara? Adakah dengan terus berkuasa, keupayaan parti boleh diperkuat? Parti adalah parti, kerajaan adalah kerajaan. Parti itu anggotanya 3.3juta, di mana hak selebih 24juta rakyat yang bukan dikalangan ahli parti tersebut? Masa sekarang, waktu kerja pun mesyuarat soal parti, bincang soal kedudukan diri. Bila masa kamu kerja untuk rakyat? Ini sudah lebih…Orang-orang sebegini perlu ditarbiah soal AMANAH!

Akhir-akhir ini banyak tulisan dan ulasan mengenai tahap kepimpinan. Banyak juga tulisan dan ulasan di mana-mana baik oleh mana-mana saluran media. Tak kiralah media yang ‘tu’ atau yang ‘ni’. Tak kira lah yang pro atau kontra. Soal perebutan kuasa, soal siapa layak memimpin, soal meraih sokongan dan banyak lagilah. Menyampah nak sebut banyak-banyak. Paling mengjengkelkan apabila soal sokongan yang tidak berbelah bagi secara membabi buta kepada kepala mereka. Masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai watak pengampu utama kepada Si Kepala tersebut. Setiap mereka berebut-rebut untuk menyuarakan sokongan, sokong atas dasar apa? Lu fikir la sendiri… Tidak kurang sengal yang jenis menyerang balik keperibadian mereka-mereka yang mengkritik Kepala mereka. Habis semua fail dan segala history diungkit. Ada diantaranya kita tak pernah tahu pun. Kamu dulu macam tu, kamu dulu macam ini. Zaman kamu pun begitu, zaman kamu pun begini. Saling pakat membuka pekung-pekung di dada mereka. Si A buka pekung Si B, Si B buka pekung Si A. Bukan setakat Si A dan Si B sahaja, Si C , Si D, Si E…..Si X, Si Y hinggalah Si Z pun sama…

Hakikatnya inilah cara dan gaya mereka yang mengaku diri mereka berintegriti sedang mengepalai dan memimpin negara mengakibatkan denyut nadi negara di tahap 60beat/minute ke bawah (belom tahap koma lagi!). Dah puas melepak makan gaji ribu ribu ribu ribu ribu di kementerian yang tu lagi lima tahun, try apply masuk kementerian lain pulak. Mana tahu, kot-kot boleh jana lebih banyak duit untuk keperluan anak dan bini. Trend berbalahan antara mereka-mereka yang mabuk kuasa ini adalah dengan melaknat sesama mereka. Kutuk mengutuk antara mereka dan saling jahat-menjahat antara mereka. Ini dah masuk isu etika, isu moral. Moral sebegini sebetolnya layakkah untuk jadi pemimpin…? Ini pun dah jadi budaya…Ini budaya mabuk kuasa! Nak sangat kuasa biarpun apa yang berlaku. Boss lama yang dulunya sangat-sangat ditakuti, dikutuknya selamba…

Soal pemimpin pelapis yang ada sekarang baik dalam barisan, bulatan, bujuran, roket unjuran dan lain-lain parti, mesti ada politikal dinastikal (Orang kampong cakap Politik anak beranak). Agaknya dah jadi trend sekarang ini, asal Si Bapak jadi pemimpin parti, selalunya Si anak mesti ada sama. Ntahlah, atas dasar apa kita menilai seseorang untuk menjadi pemimpin. Kenapa? Adakah atas status Si polan A anaknya Si polan B, maka Si Polan A layak jadi pemimpin pelapis? Itu anak…yang berstatus menantu, biras, anak sedara, cucu, adik ipar pun agaknya ada kot…?! Selidik sendirilah! Realiti budaya kepimpinan kita sekarang sudah menjadi satu krisis. Krisis yang semacam…?! Tempat dan pentas politik dalam kurungan keupayaan untuk memiliki kuasa hanya untuk mereka dan keluarga mereka. Ini mereka punya, itu mereka punya…Semua pun mereka punya.

Namun begitu sesekali tidak dinafikan, ada yang benar-benar berkaliber, berkebolehan, berkarisma dan bla..bla..bla.. Tapi, yang duk menempel atas dasar ‘aku dari keluarga orang politik…sebetulnya aku pun layak berpolitik….’. Publisiti mudah yang diperoleh di atas dasar seseorang itu sebenarnya menaikkan dirinya. Publisiti itu, publisiti ini. Maka, Glamour lah dia. Dikenalilah dia. Tengok-tengok, lihat-lihat, perhati-perhati, semacam program hiburan realiti tv la pulak. Siapa yang glamour, undian SMS yang diterima pun banyaklah. Automatiknya dia lah pemenang, dia lah Juara, dia lah Champion, dia lah segala-galanya! Pengkritik yang arif gila pasal muzik, yang belajar tinggi bertingkat-tingkat matapelajaran muzik yang duk kritik pitching lari, energy kurang, tiada center of perfomance tu semua, tak memberi kesan langsung terhadap keputusan pertandingan. Keputusannya 100% (seratus peratus!!!) di jari-jemari yang mengSMS yang mereka-mereka yang buta muzik tetapi mabukan hiburan (tahapnya parah!). Rasanya boleh ditutup tulisan ini dengan menyimpulkan bahawa senario politik kita sekarang dalam konteks kepimpinan standardnya dengan program hiburan realiti TV sahaja. Maka, boleh agaklah bagaimana perkembangan negara kita pada masa-masa akan datang. Standard tu la juga. Standard MAWI…. Cukuplah dah mengarut sangat dah…

_____________________________________________________________________________________

Psstt...jangan tak tengok tayangan Inconvenient The Truth, 22-26April...di saluran 411

Mr.Gore...Lagu sesuai utk pejuang seperti anda...Buffalo Soldier oleh Bob Marley!

Komentar :

ada 8 comments ke “MESTI MEMIMPIN JANGAN DIPIMPIN BARULAH PEMIMPIN”
ben said...
pada hari 

i'll be the first to comment on this...bangga..

kepimpinan ni sememangnya ada dalam setiap orang..seseorang tu adalah pemimpin kepada seseorang yang lain..bapa pemimpin kepada keluarga, abang pemimpin kepada adik, etc...cumanya bila peringkat kepimpinan tu makin tinggi maka makin tinggi lah tanggungjawab yang perlu dipikul..dan setiap tanggungjawab itu kelak akan disoal oleh Allah di akhirat nanti..so kita kena pilih samada kita nak kena soal secara senang atau di soal secara susah di sana nanti...

fikir-fikirlah...

WALKIE TALKIE said...
pada hari 

HAI U ALL....
sekadar beri pendapat yang tak seberapa..
Maklumat pihak atasan sekarang tengah berkecamuk dengan pergolakan yang boleh menggugat kepimpinan sedia ada.tekanan daripada pemimpin puak sendiri dah nampak jelas tanpa selindung lagi cuma beberapa orang dikategorikan dlam pemimpin yang dipimpin untuk memimpin.Bapak Menteri sudah tak tahu nak pikir apa lagi,silap cakap akan dituntut oleh rakyat.
CHOW DULU...

JADILAH GENERASI KETIGA YANG BERFIKIRAN KELAS PERTAMA BUKAN GENERASI PERTAMA YANG BERFIKIRAN KELAS KE TIGA

LaDy Dark said...
pada hari 

sangat seuju dgn ayat2 ni
"cumanya bila peringkat kepimpinan tu makin tinggi maka makin tinggi lah tanggungjawab yang perlu dipikul" &
"cuma beberapa orang dikategorikan dlam pemimpin yang dipimpin untuk memimpin"

mmg tak dpt dinafikan, kalau nak harapkan pemimpin kita jdi mcm Al Gore dan tackle isu2 dunia ni dah over sikit ar... tapi atleast kita boleh contohi Al Gore dari segi kesungguhan dan ketekunan die men-tackle satu isu yang he very much believes in. mungkin bagi standard negara kita yang masih muda dari segi kemerdekaan, kite boleh berfikir lebih kepada isu2 kemiskinan, pelajaran dan sebagainya.

not something yang sangat luas skopnya spt modal insan dan hadhari yang outcome nya tak dapat diukur dgn jelas and too luas.

and something else yang Al Gore tunjukkan is its ok to work with people dari parti yang berbeza asalkan misi murni tercapai. contohnya die kerja dgn George Bush dalam isu global warming ni. walaupun parti tak sama, tapi demi kepentingan semua, diorang boleh berkompromi. rasanya ni sangat releven kpd negara kita sekarang since kerajaan negeri dah lain dari kerajaan pusat.

"ALL IN THE NAME OF HONOUR"

Shafina said...
pada hari 

Pagi-pagi sudah kena kopi,meeting bersambung selepas ini.Encik Ben tahniah sempena komen pertama anda. Akan tetapi menjadi pemimpin janganlah compare dgn jadi bapa,lain sangat tu.Ayat Walkie fasal bapak menteri taktahu nak cakap tak betol ni. Fikir dulu sebelum menulis. Memang asasnya partner akan support,So lady dark tiada apa yg boleh dibanggakan.

Membanding Algore dengan pemimpin kita?Lain kali ulasan

Mesyuarat ditangguhkan.

marcell said...
pada hari 

kalu bab2 pemimpin n yg dipimpin ni aku mmg slalu xpuas ati..mmg la makin tinggi so makin tinggi la tanggungjawab..tp masalahnya peminpin kita hari ni bukan pk cm tu..diorg2 pemimpin yg bodoh ni pk makin tinggi makin byk income and kuasa pn makin tinggi n anything bleh setel hanya dgn pangkat yg ada..bukan pk dosa n org2 yg dipimpin ni..kalu pk sebenarnya ala2 hipokrit jer,,jnji mcm2 tp pastu ntah kemana...BUSUK tul perangai..

anyway, aku nk wish HAPPY BIRTHDAY kt blog n empunya blog ni yg dh bersusah payah selama 1 thn ni...byk artikel yg best2 n samada yg melaser secara ilmiah ataupun xilmiah...tp pe2 pn mmg BEST...

archemege said...
pada hari 

Satu pujian kepada penulis di atas penerbitan artikel ini...

Pemimpin juga harus berpengaruh utk kepimpinan yg ideal. Able to influence people without forcing action(lebih kurang camtu la). Tp bukan senang tu.. peribadi mesti A, ilmu kena cukop, network kena bagus dan bermacam lg. Baru la sng nak memerintah org respect lu punye decision!
Tp bila dh berpengaruh minta guna untuk membela pihak2 yg 'berhak' dibela.Disamping berkhidmat utk rakyat, jgn lupa sama2 'membentuk' rakyat yg dinamik.
Kes membentuk ni amat rumit.. Aku kagum dgn Jepun,China,Korea yg boleh mengatakan 'ayuh rakyat sekalian kita mesti bergerak ke hadapan untuk survive' smpai Toyota pon 'moving foward'
Amerika pon terpaksa berbaik2 dgn mereka kalu tidak byk benda tak jalan.
Malysiaku gemilang... satu contoh scope terlalu besar; pengeluar getah no 1 dunia, pengeluar kelapa sawit no 1 dunia, negara peridnustrian, pertanian adalah perniagaan. Cuba check latest statistic pastu Lu pikir la sendiri!
Kita sudah berada di landasan yg betul(katanya).. minta satu jer; landasan kita adalah landasan yg 'lurus' amin....

Aboo said...
pada hari 

Salammm...

Kurang sambutan skit tulisan yg ni eh? Rasanya tulisan yg ni pun kurang mutu skit, sbb skop luas sgt...yela nak ulas pasal Al-Gore tuu, bukan sebarang org tu...byk sgt benda yg boleh dicerita...huhu!

Hmm..tp baca tulisan datuk kadir jasin yg baru 'When Wives, Children Are A Liability'...ntahlah perasan tiba2 rasa macam ada chemistry tulisan beliau dgn yg ni...segan juga kot2 tulisan aku yg tak seberapa ni, DATUK KADIR baca...HUHU!Aku pun suka tulisan beliau...SO... Apa salahnya perasan...tak salah! Ramai apa yg perasan kat M'sia nih...perasan glamour, perasan macho, perasan boleh memimpin pun ramai...Huhu!

So..ini cuma luahan pendapat dan rasa hati saja,nak terima ke...tak terima ke...tu semua penilaian sendiri! Gua pun tak kisah sgt soal2 penerimaan nih...huhuhu!

Apa2..Thanks utk sesapa yg kasi respon, semua kawan2 kecuali Si Minah tua yg duk kat Presint10 tu..huhu!

Ops...jgn taktau, Al-Gore pun journalist masa perang vietnam dulu..!

LaDy Dark said...
pada hari 

like we've discussed, its ok wat people think bout one's writing. the main thing is for the writer to keep on writing...!

anyway, hope many watched that forum thingy on RTM tonight... yang pasal blog tuuu... mesti bnyk feedback oleh bloggers2 especially for the show being too short ;)

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.