Wednesday, June 10, 2009

Blues Muhasabah: Entitled Lagi !


Tahun ke-2…Rasanya sudah tiba masanya untuk check balik diri sendiri. Aku tak mahu dah tulis soal-soal politik – sebolehnya cuba kurangkan. Nak tulis soal life – Lady Dark pun fikirkan demikian. Bukan apa...Tak padan dengan diri. Kawan-kawan pun bercakap perkara yang sama. Lagipun banyak cerita-cerita pasal life untuk diceritakan - Cerita-cerita orang keliling yang happy yang susah yang senang yang sedih yang sesak yang bermasalah.

Untuk seketika lupakanlah kempen-kempen di Manik Urai, abaikan kekalahan golongan ‘ergodan’, ketepikan soal harga minyak nak naik, lupakan soal korupsi PKFZ. Lapangkan minda untuk bermuhasabah, sekali sekala tengok diri sendiri, cuba berkenalan dengan diri sendiri. Fahami kehendak jiwa. Dari mana kita dating kepada Siapa kita pergi kelak. Sekali sekala tak salah…Sebetolnya muhasabah adalah perlu! Baru sedar diri…

Hidup ini pelbagai, ayat selalu orang cakap – macam roda. Ada turun ada naik, sebentar kita di atas, sebentar kita di bawah, bagusnya roda bulat – constant jalannya. Juga orang cakap berwarna-warni, sekejap terang sekejap kusam – bukan Husam. Mana-mana orang walaupun sesesak mana, tentunya pernah mengecapi saat-saat kelapangan. Sebaliknya sama lah. Kaya-Miskin, Senang-Susah, Sihat-Sakit adalah normal. Itu kitaran.

Syukur itu yang utama. Anugerah ‘roh’ dan ‘nyawa’ itu sudah cukup. Bagaimana sekalipun fizikal kita, sekurang-kurangnya kita masih roh. Dalam keadaan bersakit kronik sekalipun, sekurang-kurangnya kita masih ada roh. Dalam keadaan geram, bengang, tertekan sekalipun, bersyukurlah – kita masih ada roh. Kita masih lagi berkesempatan menghuni dunia dalam keadaan hidup.

Syukur, sekalipun kita di kasta yang rendah bergaji kecil sekurang-kurangnya kita masih ada roh. Jika kita merasakan tidak dapat bermewah - hidup susah percayalah bahawa ada orang masih susah dan sesak dari kita. Kalau pun andai kata kita makhluk Tuhan paling susah – miskin – sesak., sekurang-kurangnya kita sedar bahawa kita akan ke alam lebik sesak dari dunia ini kelak. Sementara mendapat kesempatan ber-roh kita wajib bersyukur. Besar kesempatan yang Tuhan berikan itu.

Syukur, sekalipun kita kesorangan, sunyi kononnya tidak berteman atau berkawan belajarlah berkawan dengan roh – dengan diri sendiri. Kadang-kadang bagus bersendiri, memikirkan keadaan diri, memikirkan bagaimana meningkatkan potensi diri, memikirkan mengatasi kelemahan diri. Rasa terlalu selesa juga tidak bagus – boleh mendatangkan rasa syok sendiri.

Uncle Bruce, Sifoo aku…Sekarang beliau cukup bermasalah, isterinya sakit tenat. Tak perlulah nak diceritakan lanjut! Harapan aku, dia akan kuat dan gagahkan menghadapinya…Noktah!

Aboo&LadyDark

Komentar :

ada 6 comments ke “Blues Muhasabah: Entitled Lagi !”
Jie said...
pada hari 

Ye...kehidupan yang dekat dgn diri kita mungkin lebih kita fahami..sebelum menjangkau radius yg lebih besar, kena bermula dari titik tengah.

erk...apa2 pun, moga dipermudahkan segala urusan

archemege said...
pada hari 

bro,
hidup perlu diisi... isi perlu ilmu.. ilmu perlu dicari.. dicari dengan keazaman.. keazaman dalam diri.. diri perlu kuat.. kuatkan rohani dan jasad. Part yang last sekali tu mmg susah tp x mustahil

p/s: untuk aku dan kamu
buntu di bangku pejabat arrghhh

nisemadu.. said...
pada hari 

wah..!lame tkde?...tetiba hadir berbicara ttg ROH...hmm..bila agaknye roh teruna & roh dara nk berr..'walimatul arus'...harap2 jgn ler 2010...world cup beb!!

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...
pada hari 

Selamat hari ulang tahun, tuan!

INTAN RH said...
pada hari 

Salam ziarah, tuan pernah bagi komen kat blog sy satu ketika dulu.

Selamat berblog dgn aman.

Anonymous said...
pada hari 

jasni mohammad,
mana kitak skrg tok?
kamek gi puchong sikda jumpa kitak ..

-realmuzam-

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.