Tuesday, January 13, 2009

Update [3]: Blues Tranung Kite; Undi Adalah Rahsia !

Update: 9.28pm - 17Jan09
BN 30,992 PAS 32,883 Bebas 193
Majoriti
2,631

Ehem2...Aku di Puchong kejap lg nak ke KL! Rugi tak dapat balik untuk tengok suasana mengundi...Meriah sungguh kata kawan aku! Errr...aku ada 2orang sepupu di KL ni, dua-dua pengundi yang sah di P.036! Tapi, tak balik kerana ada komitmen lain!

Nasib diorang tak balik...Kalau tak ada parti kalah dengan majoriti 2631+2lagi undi! Sorry, hidup kami tak bergantung pada Wan Farid, tak kena berhenti kerja pun kami, kalau tak balik ngundi! Kami boleh survive sebab kami bekerja...
Bukan kerana makan jasa-jasa kamu! Walau Wan Farid kalah, kami tetap kerja macam biasa! Apa pun takpe,Wan Farid...walau kalah, TAKKAN MUFLIS-nya dia...! Tahniah Haji Abdul Wahid Endut...Sekarang masa untuk bekerja, anda sudah makan 2gaji...Gaji ADUN dan gaji MP! Kerja rajin-rajin...ROger!

UPDATE: 13-Jan-08

SENYUM SOKMO: Penjawat Awam la paling best di Terengganu. Hari-hari kerja berjalan saja kerjanya, hari-hari mengekor bontot orang-orang besar! Hari-hari makan buffet, hari-hari makan mewah dengan syarat, kena senyum duduk diam-diam! Kerahan tenaga secara separa paksa untuk meramaikan majlis-majlis kempen. Gaji jalan macam biasa. Asal boleh soru, mana pergi orang hantar, Orang Terengganu bereh belaka…pukul 4.45pm punch card, balik rumahhh… Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


Lagi 3-4hari nak mengundi, makin panas di Kuala Terengganu. Apa mintak, boleh dapat...Kalau kena dengan caranya. Kata orang, Orang Terengganu mewah-mewah. Tang mana mewahnya?! Atau ‘Orang Terengganu’ yang tertentu?! Kalau Orang Terengganu yang itu, betol lah tu! Lagak-lagak ngeri para pemimpin cabok, dalam kurung ‘dokrok cetong’, boleh dilihat pada masa yang sesuai. Paling jelas, masa program-program bermodalkan RM200. Cara bagi, macam duit pusaka nenek moyang mereka punya. Cakap macam nak kuar api, yang keluar air liur basi, tapi takde isi! Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


Budak-budak Terengganu yang tak sekolah pun taknak dengar sebenarnya. Tapi, apakan daya umpan RM200 pada akhir sesi program belia. Kesian aku tengok budak-budak kampong aku, lagi kesian…tengok budak-budak yang pernah bersekolah dengan aku dulu, budak-budak kampong aku yang masa sekolah bodoh nak mampus, pakai segak, rambut pacak, jadi pencacai pada orang-orang tertentu. “Aku Putera dia ni Puteri…Mu sapeerr??”. Sedih pun ada, kelakar pun ada…Kolaburasinya “Se-lakar” aku tengok belia-belia kampong aku jadi Mat Putera dan Minah Puteri. Kesian pun ada jugak skit-skit! Sikit sangat rasa kesian aku pun…Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


Budaya label-melabel kampong pun berlaku, ini kampong…Orang-orang belah sini! Ahhh..Sana kampong, orang-orang belah sana. Berkongsi masjid yang sama, jemaah berjumaat sama-sama. Apa pun, kita tetap belia Terengganu. Yang pasti, duit untuk belia jangan lupa masuk poket. Hari mengundi, Haram tak pergi. Kalau pergi, ter-pangkah belah sana, tahun depan CONFIRM tak dapat RM200. Confrim..!!! Undi bukan lagi rahsia…Dia tahu kita pangkah apa! Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


POST ASAL !

Sama macam musim tengkujuh yang juga dinamakan musim pesta berbanjir, lagi musim undi-mengundi. Kecil atau Umum, tetap pilihanraya. Masa orang-orang tertentu menagih undi untuk mereka. Undi untuk jawatan, undi untuk kedudukan. Ini undi, bukan sebarang undi, ini undi untuk jawatan gaji ribu-ribu. Silap-silap boleh meletakkan diri jadi Menteri. Khidmat untuk negara. Boleh jadi seorang penjaga amanah. Amanah bunyinya ringan, eja pun senang, nak sebut pun simple. Tanggungjawabnya besar. Esok-esok kena tanya. Sediakan jawapan dari sekarang.Calon-Calon, bersedia untuk diundi?

Penjaja tepi jalan di sekitar Batu Buruk, Pantai Telaga Batin yang tidak berlesen, ini masa yang sesuai untuk memohon lesen menjaja yang selama ini, ditolak ditolak ditolak dan ditolak. Pada masa ini, gerenti lessen jaja-an akan diluluskan sekelip mata. Yang jual rokok ala-ala separa gerai buskin robbin berlampukan lilin juga boleh berbuat demikian. Banyak disekitar, laluan jalan ke Kuala Terengganu.

Orang-orang kampong di Pasir Panjang, Kampung Tok Molor, Kampung Kubang Ikan, masih ramai yang beratapkan zink. Bocorkan atap-atap rumah anda dengan menjolok atap tersebut dengan apa sahaja. Jangan jolok sahaja, jolok juga JKKKKKKK terdekat. Besar kemungkinan, esoknya akan datang kontraktor membaiki rumah anda.

Para-para mat rempit handalan dari Maras, Gong Badak, Bukit Bayas, Tok Nasek untuk seketika masukan fiber dan gantikan silencer ekzos anda untuk kurangkan bunyi bising. Berkeliaranlah anda semacam babi-babi dari Melaka terlepas dari kandang. Menunggang dan memboncenglah anda melalui mana-mana rumah calon-calon, YB, atau Adun yang berhampiran atau di depan rumah JKKKKKKK. Jangan risau, mereka akan memerlukan sekalian rempit-rempit untuk mengarak bendera-bendera, lambang kebanggaan parti-parti mereka. Minyak free untuk ex5 anda. Lepas mengundi, ayuh merempit lagi. Bonceng sekali dara-dara rempit. Rempit sampai mampus.

Para nelayan Pulau Duyung, Chendering, Pulau Kambing, Kampung Hiliran, Seberang Takir yang kematu untuk ke laut di Musim Tengkujuh, jangan duduk melepak di somen-somen bermain dam aji. Ini masanya, untuk anda cat baru bot-bot anda yang selama ini giat membekal hasil laut untuk rakyat Terengganu. Tak kira ada jenis bot anda, sama ada A, B atau C, bot mesti cat baru. Kaler baru. Cat dengan cat 2-3K pun takpe, air brush lagi bagus. Akan ada yang akan hulur cat-cat yang mahal itu kepada anda. Pukat-pukat juga sama. Tukarkan peratalan besi kepada stailess steel 316, yang bertiub macam pipe pakai dairy tube. Subsidi diesel tambahan untuk anda. Fleet kad, jangan lupa bawa. Ops, jeti penambang mintak juga minta baru.

Sekian sahaja untuk pengenalan, Blues Rakyat Terengganu, Bluueeesssss! Ini masa untuk menghentak…

Aboo&LadyDark


Komentar :

ada 29 comments ke “Update [3]: Blues Tranung Kite; Undi Adalah Rahsia !”
Fir said...
pada hari 

ya.. ini masa untuk menghentak... kita hentak sampai ranap...;-)

Anonymous said...
pada hari 

mewah sungguh org Ganu..!

Payment utk kontraktor kelas F dkt satu daerah di S'gor dah tak di bayar..semua bajer membanjiri KT.

Anonymous said...
pada hari 

Nak merempit....??? Silakan.....Kalu nak masuk lokap!!! Kat KGanu skg ni, polis mcm anak ayam, berkeliaran,bertebaran di sana sini!! Yang pasti kat Kganu skg ni SELAMAT....Rasa-rasanya ramai polis daripada jumlah pengundi kat KGanu.....KENAPA>>??? TAKUT...

Anonymous said...
pada hari 

dengki weh bila tgk jalan2 di KT sumernya dh berturap cantik... biasanya kalo time banjir gini banyak lopak2 ikan peacock yg wujud macam peraih undi... huhuhu.

Anonymous said...
pada hari 

Salam Bro...

Ape citer? Gua baru keluar dari "gua' bro... Hahahaha!

Pasal PRK Kuala T'ganu, gua nak undi diri sendiri jadi wakil rakyat kat situ... Hehe

Wei, lu bile nak kawen ngan "Gadis Gelap" tuh? Jgn lupe jemput gua beb!

p/s: gua chow dulu!!! kim salam ngan kengkawan yang lain...

Anonymous said...
pada hari 

kawin jgn tk kawin..hmm..jgn jd mcm aku ni..br nk jd kawin...jadi tk jd lak..hukhuk..

..dipendekkn citer rupanya bakal paktua aku tu tahu aku ni tk se'PARTI' nga dia!!..( tegar sungguh dia nih!! )


#..aku biasa pakai kopiah dr dulu lg..tk biasa dgn songkok tinggi2 nih..

Fir said...
pada hari 

apehal ni beb..?? lu letak gua dalam kategori blogstar..?? lu dah hilang akal ape..??? dah..dah..turun kan gua ke katogeri blog haprak...hahaha...

anyway rockdownjer, lu biar terus pakai kopiah, kalu gua dengar lu bukak kopiah..gua hentak lu dengan songkok tunku abdul rahman.

Anonymous said...
pada hari 

Bro Firzo!
Pilih org jugak nak hentak punnn!Huhuhu...

Roger!

SIs Kujie!
Ops..Sis Jie! Orang Tganu,tak mewah mana!Orang2 tertentu je yg mewahnya...Huhu! Kontraktor kelas F,ptg2 lepak kat rumah sapa...Huhuhu!

Sepupu gua (kontraktorF - Projek paling best,buat balai raya!),boleh pakai Evo7 terpakai atas jasa2 UMNO Bahagian Marang! Laju tuuuu...Kete tuu!

Anonymous said...
pada hari 

Lax aka Rajooo!
Seriously! Lu kena post ke Kalimantan ke?! Alamaakkkk....Makin gelap ko!Huhuhu..

LadyDark, dkt Copenhagen skrg utk urusan rasmi kerajaan!Ishh...Kawin?! Sabar!SAbar!SAbar!Donate la sama gua kat nuffnang ituu..Hahahah!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Ano!
mat rempit juga orang!Orang kena dilayan macam orang! Roger!

Anonymous said...
pada hari 

CAPTAIN!
Abe!Bukan je jalan berturap lawa macam muka berjerawat! Tp,pagar sekolah juga...Hhahaha! Jumpa abe di KB 27-28/1 nihh...

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

ROckdowjer!
Dah takde jodoh!Apa boleh buat..Hahaha! Cari awek lain yg sesuai...Create lah chemistry bila bercinta!Hhahaha..

Semoga,Jodoh baik utk luuu..Brother!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

27-28/1.. mmmm.. jgn lupa bw blk raket bro.. :')
team travian (aka team oren)tgh cari mangsa belasahan skg ni.. huahahaha.

anyway kitorg kt kb t'tunggu pengumuman 'raya' 17/1 ni.. kaler apa yg kuar nanti.

Anonymous said...
pada hari 

wah! bro banjar dpt posing ngan RPK lerr..tp yg sedihnye, dimana port RPK transit..ownernya akn diminta surat tunjuk sebab oleh 'orang2' itu..
isk,isk..kenapa begitu panik skali si HUMNO nih!!


+++...sib baik le RPK tu tk trnsit kt Makde Bistro kg undang...huahua

Anonymous said...
pada hari 

idup BN (sbb membaiki jln di k.t)
-realmuzam-

Anonymous said...
pada hari 

KUALA TERENGGANU: Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, mendahului dengan 2,424 undi selepas penjumlahan undi membabitkan 142 saluran sehingga jam 9.09 malam tadi. [+]

bharian ~ 9.31pm (17/01/2009)

apa kata realmuzam?

aku rasa dia akan cakap ini menunjukkan proses demokrasi benar2 berlaku atau ada 'taktik kotor' oleh PAS yg kekurangan sumber... hahaha

Anonymous said...
pada hari 

alhamdulillah bagi yang menang, takziah bagi yang kalah. masa untuk muhasabah diri lagi. mengajar erti supaya jangan bongkak. dunia ini hanya pinjaman semata..

Anonymous said...
pada hari 

takbir!!! Allahuakbar!
laungan ni bukan hanya terhad kpd parti bulan jer.. tp sumer org pun boleh jeritkan gak.

aku takut kalimat ni diharamkan oleh mana2 pihak yg anti bulan... iye la.. kut2 sakit telinga penangan kt K.T smlm....


nauzubillah.

p/s: aku gelak bergegar2 bila tgk 2-3 pemimpin yg menyertai protes isu palestine tempohari kekok bertakbir.. hahaha :)

Anonymous said...
pada hari 

fullaweyy.. ayattt.. bise gok mu nulis leni ja.. respek betul..
dok sie-sie aku ngntor ngaji journal kt ROTTW.. hahahaha.. part air liur basi tp xde isi.. itu yg paling best..
keep it up!!! vrooooom!!!!

Anonymous said...
pada hari 

oit... ble nk main badminten nih..? aku tererr doh leni..takut ke? all england dekat doh.. world cham pun same... kite kene train sore nih.. politik2 jugakk.. moral support kene jalan.. walaupun tgk kt TV.. jerit tetap jerittt!!!

(sori penulis blog.. lari dari topik.. kecewe datuk Chong weii kaloh...huhuh)

Anonymous said...
pada hari 

Captain!

OK..jadik! 28-29/1 kawe di KB,tp...Sorry,raket takdok dah! Kena pakai fleet demo lah!Hahaha..

Huhhh...PAS dah menang!Nasib baik sepupu2 kawe tak balik..kalu dok,tamboh lagi majoriti! Hahaha..

Main bersih atau kotor,aahhhhh...apa peduli!huhu...Kitakan masyarakat majmuk berbilang kaum...Huhu!

Pastikan TAKBIR anda memberikan makna!Huhuhu...

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Uncle Kor Hill!

Bro Banjar,buat non-stop-update!Huhuhu...

Bistro Mokde,tak best...Tp,cucu mokde tetap dihati!Huhuhu...

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

RealMuzam!
Repair jalan?!Uhhh...kontraktor puak2 dia jugakkk!huhuhu...

Sila menjaga diri di Miri!

ROger!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Sue!

Iyaaa....Sudah menang!Takzirah...Usrah...Muzakarah utk yg kalahhh...

ROger!

Anonymous said...
pada hari 

Zuar!

Ayat2 itu datang dari jiwa! Ayat2 itu luahan perasaan!huhuhu...Bila ada feel,baru la best! Feel itu tidak boleh dibuat2...Feel itu dtg dari dalam menjalar ke sarat2 jari yg menaip!

Huhuhu...Badminton?! Aku ke Penang selama 4-5bln nih!So...cancel laaaa..Huhuhu!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Kak Jie pun antara org paling untung bukan di KT saja...apa tak nya...abg balik dari KT bawa kopok, dodol, sagun,jeruk salak,kuih muih..wahhh..mewah tu.

Anonymous said...
pada hari 

bro.. bila nak update psl penang lak?

atau bro dh blur coz 'sumber inspirasi' nun jauh di sana.. huhuhu

Jie said...
pada hari 

mana pergi............lama tak update

Anonymous said...
pada hari 

Terima kasih atas informasi menarik

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.