Update Pendek: Minyak turun, jalan Sesak. Tapi, belom pernah aku jumpa nama jalan – ‘Jalan Sesak’. Nama jalan, banyak pakai nama orang. Orang-orang yang ada nama, belom tentu ada jasa. Yang pasti, orang-orang yang glamour. Minyak turun, ekonomi jatuh teruk. Soalan biasa bila berjumpa kawan, “Bape ramai tempat kau kena Voluntary Separation Scheme?” Minyak turun, rebat RM625 masih valid!
Minyak turun lagi 10sen. Syukurlah. Sikit pun, turun lah. Ikutkan hati, mesti mahu free, semua nak gratis, semua mahu subsidi. Buang najis pun kena bayar inikan pula minyak. Minyak Ron92 colour pun macam kencing je. Minyak dengan kencing lain rasanya. Dua-dua boleh bikin khayal. Putar alam otak jadinya.
IKLAN…YB Mukhriz, cadang sekolah satu aliran. Masa untuk publisiti, maklumlah bulan March nak jadi Ketua Pemuda, mesti nampak bijak. Minyak dan YB Mukhiz, agak-agak kereta apa YB Mukhriz pakai. Sehari minyak berapa ringgit? Orang senang, isi minyak pun pakai drebar. Ntah kenal stesen minyak, ntah tidak. Yang pasti, YB Mukhriz kenal ramai tokey-tokey minyak. Teressa confirm takkan setuju. Gorbind Singh, sama macam bapaknya. Esok lusa, giliran Dr.Khir dan KJ pula beri idea. Nilai sendiri...
Aku lebih suka kalau BAHASA CINA & INDIA DIAJAR DI SEKOLAH MELAYU…Itu lagi positif. Bagus untuk Melayu. UMNO
Maaf lari tajuk! Lagi-lagi minyak. Nak hensem sapu minyak kat rambut. Nak goring telor pun pakai minyak. Nak wangi pun pakai minyak. Rumah urut pun pakai minyak. Nak mengayat pun pakai minyak. Sakit kepala pun pakai minyak. Banyak betol minyak di dunia.Minyak yang tu juga, paling ada nilai. Komuditi getah dan sawit pun sama menyusut. Makan buah sawit, minum susu getah.
2 Disember 2008, harga minyak dunia jam 8.32pm, USD50.53. Esok lain harganya. Lusa lain harganya. Nilainya kadang-kadang menyusut, kadang-kadang mencanak naiknya. Saudagar minyak tetap kaya, makin kaya. Kita tengok harga minyak dunia turun naik. Tengok sahaja. Boleh buat apa? Layan blues minyak…Lu boleh bikin apa?! Ya…Boleh bikin sembang blues sama kawan-kawan. Minyak tetap macam tu juga. Minyak tak bersalah. Jangan salahkan Minyak. Salahkan orang lain. Minyak dan orang, bila berkolaburasi jadinya Orang Minyak.
10sen lagi jimat. Orang yang konon-konon berwawasan, mesti hisab kalau simpan 10sen selama setahun, jadi RM36.50. Se-katun rokok pun tak lepas. Takkan nak simpan 10sen selama 2tahun untuk se-katun rokok. Baik berenti isap rokok. Isap benda lain pulak.
Lagi-lagi 10sen. Bikin apa, jimatan 10sen?2 Gula-gula hacks 10sen. Masuk jamban pun tak lepas. Kena tahan kencing 2hari, 10sen setiap hari untuk sekali kencing. Kencing sahaja kat jamban stesen minyak atau longkang belakang stesen minyak. Jangan kencing di pam minyak. Tu untuk kencing, kalau nak berak kena simpan 10sen selama 5hari. Maka, akan secara pakej penyakit batu karang dan buasir lah rakyat
Rebat masih valid, yang duk beratur ambik rebat pun ramai lagi. Banyak cash di Pejabat Pos. Bank juga yang kena rompak.Perompak nak merompak pun, isi minyak dulu, nanti berhambat dengan Polis, abis minyak naye.
Bersambung…
hukhuk..musti mau sadar masih 'ADA' yang bangga dgn pnurunan 10sen tu..ehmm,,cmnilah.. "1 lori kna taruk 80ltr x 0.10 x 26 ari = RM208 X 12bln = RM2496..."fuhh!!byk gak tu.. (utk golongan yg sedut asap dr jenama RM8 keatas..)
xdok mende laennn.. rokok jugok nk di kias kn!!! insapla..wahai teman2 sekalian.. rokok tu merbahayekn kesihatan!!!! hukhukhuk!!!!
(taip gune jari kanan.. jari kiri kepit rokok!!!!)
-adeh!!
Sharing is Caring...
(adapted from PAS N9 blog @ http://pasns.blogspot.com/2008/11/yoga-dan-merokok-dua-dua-haram.html)
Percaya atau tidak Yoga dan Merokok kedua-duanya telah difatwakan Haram. Tak percaya , rajin-rajinlah jenguk laman web E Fatwa JAKIM. Haram tetap haram , samada hendak terus mengamalkan Yoga atau terus menghisap rokok , itu terpulang kepada diri masing-masing. Jawablah sendiri dalam kubur depan malaikat dan di hari akhirat depan ALLAH.
Merokok hukumnya haram , membantah fatwa merokok menambahkan lagi soalan untuk dijawab diakhirat nanti.
Ingat ramai penagih dadah , penghisap ganja di Malaysia ini bermula dari tabiat merokok.
Kepada orang Islam yang menghisap rokok yang pergi masjid , yang tak tinggal solat , yang undi parti berasaskan Islam , tapi suka kerana Yoga diharamkan , jangan suka sangat , ingat , merokok dan Yoga tu sama saja haramnya di sisi Islam. Kepada yang tak hisap rokok , tak amal Yoga pun , banyak banyaklah muhassabah diri , cari kelemahan diri masing-masing , untuk diperbaiki. Bentuklah masyarakat yang berkasih sayang , ingati mengingati dan berpesan pesan antara satu sama lain.
Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
Tajuk : FATWA TENTANG ROKOK
Fatwa :
i. merokok adalah haram
iii. Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1381
Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
Tajuk : MEROKOK
Isu : Hukum merokok
Keputusan : Merokok adalah haram
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=281
Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis
Tajuk : Fatwa Negeri Perlis Mengenai Rokok
Keputusan : Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=350
Oleh : Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Tajuk : FATWA TENTANG MEROKOK
Fatwa :
(1) Merokok adalah haram
(2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa –apa jenis rokok.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=380
Oleh : Ahli Lembaga Jawatankuasa Negeri Sarawak
Tajuk : Merokok Pada Pandangan Islam
Keputusan : "Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan dan pembaziran pada perbelanjaan"
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=845
Sama- sama la kita perbaiki diri...
selain dari isu2 yang sama yang melanda negara pada masa ini, let us not forget that malam isnin aritu, langit tersenyum melihat gelagat manusia...
ada tak sesapa yang berkesempatan tengok Venus and Jupiter lepak kat bulan malam kelmarin? lawa kan...? to those who missed it, khabarnya it happens once every 5 years... so you better live long to catch it. but just to be safe, bleh tengok gambarnya dengan click kat URL on my name. cheers!
LadyDark.... tengok..ade snap pic gak tapi kamera hp je...blur2 gak sikit.
Tadi pergi KL, ngapelah hari ini sesak dari biasa, rupanya ramai yang dah tinggalkan kapcai kat rumah..minyak dah murah katanya..boleh berjoli sakan!
muahaha....
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.
MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH
MARDHOTILLAH
:-)
Zuar!
Rokok itu memberikan ilham...Meneman dikala kesunyian! Ada orang takut merokok dpn bini...Astaga!
Rockdownjer
Kira...Jangan tak kira! Matematik kena bijak..Matematik UPSR tahun ni, naikk...Tahniah!
DarkQuen
Rajin cari fakta...Tahniah!Minta maaf,gua tak tgk punnn link2 tuuu...Takuttt!
LadyDark!
Tak nampak,dol...Hahaha!
Sis Kujie
Motor pun kenderaan...Jangan lupa ambik rebat untuk kita sedekahkan 10sen setiap rm10 utk company2 tertentu...Yakbur salammm!
Pendekar!
Selamat Hari Raya...! Tanduk tu jgn lupa pos,gua dah book kat blog Bro dahhh...Hahaha!
你写好了!
selagi kita hidup di dunia ini,selagi itulah apa yang kita kecapi tak pernah cukup ,ada saja yang kurang.他门给钱要,为什么?
Mr.Hutchison aka Kanangoru aka AiMingZi!
Waahhh...Lu bikin gua susah loooo,copy-paste lu punya commnent kat google translate, looo...Aiyaaa!
Any software utk auto-translated kaaa...?Aiyaaa...
Anyway..Thanks utk bahasa utk comment berbahasa Cina ituuu...Kagum! Kagum! Kagum!
Roger!
Aboo,恭喜!恭喜!现在你明白华语,你写华语可以吗?你读书华语慢慢学,好吧 再见了!
Yooo..Mr.Hutchison!
Huhuhu...Google translator help me much! Huhuhu...nak tulis cina,tak dapek la kott..Huhuhu!
Congratulation to MEEE! hahahaha...
Roger!