Tuesday, December 24, 2024

Tuesday, December 9, 2008

Blues Raya Blues; Apa Tajuknya...?Ntah!


Sejangkang Oh Sejangkang!
Selamat Hari Raya Haji…Aku tak sempat bersolat raya semalam, uzur yang tidak disengajakan! Maklum lah jauh dari Bonda dan keluarga. Kalau kat rumah, mahu pecah pintu bilik diketuknya…Bonda Oh Bonda! Malam raya, Bonda tanyakan soalan basic… Tahu ke niat nak korban? Masa beli bahagian lembu, ada buat akad tak?” . Dalam hati aku jawab, “Alamakkk, Bonda…Anakanda taktau lah pulak tu semua…Ingatkan semua diselesaikan lump-sum oleh organizer. Ishhh…”

Aku beraya di Selangor umumnya, malam raya di Klang, bbq rumah kawan lama, Sifu ternama Roy. Pagi tadi jam 9.30 di Kampung Batu 7, Sejangkang. Tak pernah aku sampai ke Kampung ni sebelum ni, first time…Melayu Jawa semuanya, bahasa pelik juga…Tapi ramah giler! Aku kekok nak tolong apa, diorang suruh aku tengok sahaja, katanya aku tetamu. Wahhh! Macam VIP rasanya…Tersengih, tersenyum, isap rokok, tu je yang mampu aku buat…Belajar tinggi, nak lapah daging pun tak reti. Kurang sungguh diri aku ini….Tak hebat mana rupanya!

Hmmm…Apa yang nak ditulis. Tulis banyak mengampu. Infrastruktur kampong, macam kampong lain-lain juga. Simple…Takde apa yang special, tapi orang kampong happy dan sangat rapat antara satu sama lain. Orang taman rumah aku, sebelah menyebelah pun tak bertegur sapa. Apa pun, raya di mana-mana pun sama, Cuma kalau boleh nak bersama keluarga. Itu saja. Kalau aku jadi MP tempat ni, tahu lah aku kerja-kan kampong ini. Lu kenal kah Kampung Batu 7, Sejangkang! Aku taktahu siapa MP yang jaga kampong nih…Penting kah? MP Oh MP…Gaji mahal, dol…

Hari ini, birthday Nani, anak sedara aku yang ke-8tahun, hadiah sudah tersedia. Si Hakim Beso, duk call tanya joystick untuk pc dia. Syahindah punya Barbie pun sudah ada… Cuma Optimus Prime yang diminta Lokman dan Hakim Cik, belum lagi jumpa… Demand menggila anak sedara semua. Nasib baik tak balik, kalau tak sure kena kepong macam Komunis mengepung bukit kepong! Wahhh… Bila duk sorang-sorang gini, teringat lah pula… Anak sedara Oh Anak sedara!

Cuti,Kerja & Accident!
Apakan daya…Hari ini kerja, nak minta cuti…Maklum lah tak confirm lagi, kena perform. Lagipun, belom apa-apa dah kena tegur, katanya fleksibel, tapi macam banyak pantang larang, banyak benda aku tak tahu. Camne aku nak tanya, benda yang aku sendiri tak tahu. Tapi, sekarang banyak benda aku dah tahu, kena dalami lagi.

Kerja 4tahun, kerja 2 bulan…Lain, tempat kerja pun lain. Boss pun lain, pe’el staff sorang-sorang pun lain. Ada itu, ada ini…Politik ofis pun dasat juga! Nak kejar apa…Aku pun taktahu! Back Stabber takkan ke mana… Lu perform cara lu, gua perform cara gua lahhh, gua bukan kerja bawah luuu…Bodoh! Nasihat dari Sifu ternama, “Orang ‘bodoh’ ada cara nak diuruskan…”

Well…Apa pun, kerja adalah amanah! Tanpa job scope yang jelas…Susah jugak! Kadang-kadang Lost, bak kata Sis Sue mak-nya Si Syafiah! Dari sebesar boiler hampir RM2juta nak diuruskan, se-simple kerja beli jersey pun aku uruskan…Engineering Procument! Tu kerja yang diarahkan…Secara bertulis melalui email. Aku buat apa yang disuruh, nak buat lebih…Takut plak over-react! Ohhh…Rupanya tu maksud, Boss. Nak lebih dari itu! Sekarang aku tahu apa benda yang aku kena buat. Aku belajar nak bertindak. Handle pe’el orang. Main angin kus-kus orang-orang tertentu. Bila emosi, jahanam!!!

Cukuplah, memo-blues…Politics takde apa yang best! Haha…Politik ofis? Nak main betol…Boleh, kita tengok sapa yang kena! Back-up plan yang terbaik, buka jobstreet balik…Haha! Back up, Dol…

Ops...LadyDark di Bukit Antarabangsa OK!Kawan-kawan yang call, mesej tu..Thanks!Cuma..Malam semalam accident dengan Kancil 660 dekat dengan Giant Kinrara!Haha...

Yoyoyo...Lain-lain photo ngeri, lain kali update...Malas!

Aboo&LadyDark


Komentar :

ada 19 comments ke “Blues Raya Blues; Apa Tajuknya...?Ntah!”
Anonymous said...
pada hari 

terlepas kena tanah runtuh, kena langgar la plak! sib baik skit je. tapi maybe abis rm500 kot. sedih2... eh, eh die nie... mana aci gelakkan org accident... isk... isk...

raya tahun ni macam biasa. pergi rumah tok. beraya kat sana. makan ketupat dan puttumayum kegemaran. but the only difference is teringat jugak ar kat rumah, ok ke tak? takut jugak. but again, to all friends yang call dan message tak henti2 tu, dun worry, rumah ladydark telepas dari bencana kali ini. thanks for your thoughts...

Anonymous said...
pada hari 

kebetulan la pulak ya..harga minyak runtuh seiring dgn tanah runtuh..anyway syukur ALHAMDULILLAH sume tman sperjuangan n sahabat handai nun di ats sana slamat..tp mesti mau igt!! smua perkara yg tlh,sdg dan akan berlaku sebenarnya telahpun di 'BOLD'kn olehNYA yang maha ESA..

(aboo,ehrmm.. jauh pjalanan maka luas lah pngalaman..hukhuk)

Anonymous said...
pada hari 

sama la kita.. tak tahu nak boh tajuk apa...

sijangkang tu ramai orang jowo... keluarga angkat mak sedara pun asal dan masih berada di sana. dia berbangsa cina tapi telah diserahkan pada orang jawa seawal usia beberapa hari....

gw jugak dah ada back up plan... huhu!

innalillah untuk tragedi bukit antarabangsa and affected victims. syukur lady dark tak ape².

& masih belum terlewa ucap selamat hari raya aidiladha. dengar tu.. takbir masih bergema...

Anonymous said...
pada hari 

hikhik..kesian paklah.. rupanye dia br tahu integrity kehakiman negara sudah cacat di mata dunia skrg ni..
hikhik..kite pun br tahu yg paklah br tahu..huhu

#b.harian 11/12/08....

Anonymous said...
pada hari 

LadyDArk!
Malang tidak berbau...Huhu!Rm500...nasib tak rm5000. Haha..Ala..Skit je tuu! Tiba2 sebut nama 'Sedi' bila kete kemek..Hahha! Penangan 'Sedi' tu,Power..!Akan kita ingat sampai bila2...

Hmmm..3bln pakai kete,1 accident..Hahaha! Ok apa...

Anonymous said...
pada hari 

ManzilyBaity!

Haha..Ini musim jatuh-jatuh!Ini semua COBAAN!Seronok jugak tgk orang2 atas sana EMO..Polis&askar tolong dah kira mujur...Huuuhhh!Kena dugaan nak emosi la pulakk...Buduh!

Agreeeeee...Jauh Perjalanan Luas Pandangan...Kete pun pakai minyak,nak jalan kaki jauh tu! Hahaha..

Cobaaaannn...!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Suee!

Tulisan awalnya ada feel sedih..tp,takbest la tulis emo2 nih!So..sudah di-edit-kan jadi santai,biar blues lick tu ada...Haha!Kena main SRV kalau nak tahu caranya buat blues-lick!Huhu...

Selamat Hari Raya Haji lahh...Sorry,gua tak ambik daging bahagian gua utk dibahagikan...Sbb gua pun taktau nak bagi kat sapa...Hahaha! Gua tinggal je kat kampung tuuu...Huhu!

Blues Mama-mia...!

Anonymous said...
pada hari 

RockDownjer!
Huhu...Berita Hairann?Tak baca paper ari ni,ni baru nk semak2 kot internet nih..Hahha!

Sistem Kehakiman kita?!Ishh..jadi lawyer banyak duit wooooo...Hahhaha!

Lagi best...Anak sedara gua yg laki semua nama ada 'HAKIM', Zul-Hakim...Kamal-Hakim...Lokman-Hakim...Husnul-Hakim! Semua nama TokWan dia yg kasi..Hahhaa!

If lu ada blog...kasi link!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

macam kenai ja muka mamat misai lebat ala datuk k kat baner tu.....

Anonymous said...
pada hari 

Ano!

Maaf..Gua tak kenal mamat itu even macam familiar!Misai lebat syarif dol dlm film Musang Berjanggut tu lagi best..Hahha!

Datuk K gua kenal,dia je tak kenal gua...Huhu!

Anonymous said...
pada hari 

hikhik...tang mamat misai lbt..mmg dia suka main lif!!..kihkih

#fobia dgn lif tkt tsepit..

Anonymous said...
pada hari 

tahniah!!PDRM akn gunapakai EVO 10 utk meronda n main kejar2 dgn perampok2 yg makin ganaz skg nie..

#kcuali perampok2 yg berkolar putih jer ermm..susah kit...

Anonymous said...
pada hari 

Kat tempat kak Jie, seminggu sebelum korban, pihak surau edarkan surat jemputan untuk semua peserta korban..bagi penerangan, tazkirah & segala adat , adap dan sunat berkorban. Jgn hanya jadi perserta tapi masa menyembelih melapah tak nampak muka..

Anonymous said...
pada hari 

P36KT

Huhu..Fobia dgn lift tersepit,malam semalam masuk astro awani..Mat Misai nih!Hahaha..Ensemmm,dooool!

Rockdownjer

Polis kita pakai EVO!Polis itally pakai ferrari bebbb...!Huhu..

Anonymous said...
pada hari 

Sis Jie!

Huhu...raya kat mana2 pun best!Kat sejangkang pun,majlisnya sampai ke malammm...1kampung turun!Payung pelbagai parti byk digunakannnn..Wahhh!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

hahaha...cmne yer org yg paling power dlm dunia skg ni... akhirnye 'tumpas'juga...walaupun dgn kawalan yg paling ketat..fooooosshh.. gdebuk!..bknnya peluru tp kasut!!
Hah! itulah nasib En Semaksamun aka MrBush masa kt Iraq tempohari..

*hihik..kalaulah paklah yg kena..beralamat kt kamunting ler agaknnya yer..

Letting the time pass me by said...
pada hari 

Bro Aboo
Nampaknya kat Malaysia nie, walau pun tak dilanda gempa bumi, bencana seperti tanah runtuh cukup merbahaya...Jaga-jaga kalau nak beli atau buat rumah.. kena carik lokasi yg selamat..

Engineering Procurement memang kerja menarik...

Boiler tu kalau ade problem tiub tersumbat atau berkarat... bolehlah panggil kita orang buat chemical cleaning kasi bersihkan itu karat dan improve dia punya performance...

Anyway, tahun 2008 hampir ke penghujung dan tahun 2009 bakal menjelang tiba.....

Anonymous said...
pada hari 

Rockdowjer!

Kasut tak bape best...tapak kaki lagi best!

Bro Hisyam!
Rumah bakal turun valuenya.Yess! Boiler?Ohh..itu namanya chemical dosing pump duk skali dgn water softener kot?!Untuk purify-kan air (bukan udara) kannn..? Peehhh..Haha!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Last week I dropped by this site and as usual great content and ideas. Love the lay out and color scheme. Is it new? Well I really really like it. Email me the theme Martin , auto insurance california

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN. Distributed by Magazine Templates