Friday, December 19, 2008

Update: Blues Lemak-Lebih: Kolestrol pun, Kolestrol lah ! .

Update 27 Dec. ; Begitu sekali Islam dibenci. Penghinaan yang tidak boleh diterima sama sekali terhadap Islam. Setakat ini, Peng-Islam di Malaysia cukup ‘cool’ melainkan jika benar-benar ada unsur penghinaan secara terang-terangan. Soal agama, orang yang tak pernah solat pun akan menggenggam penumbuk kalau agamanya dihina!


Lu mahu apa sebenarnya…?! Apa problem orang-orang yang menulis menghina Nabi kepada umat Islam.? Kepuasan luar-biasa-kah jika mendapat ruang menghina Islam?!


Aku pun tak pernah terdetik nak tulis pasal nak hina agama lain…Tak pernah! Sebabnya, Islam mengajar aku "Bagi aku, agamaku…Bagi engkau agama engkau...". Ko sembahyang cara ko, aku sembahyang cara aku! Soal agama takperlu nak bersama, takperlu nak di-Malaysian-kan! Takkan ada istilah SATU AGAMA, yang ada cuma SATU BANGSA! Lu orang cuma perlu faham dan RESPECT agama orang lain! So, Please...Stop, Jangan melampau! Peng-Islam tidak 'se-cool' yang lu orang sangka...Jangan main api! Kelak, lu yang terbakar sendiri...Sendiri Mahu Ingat! Jangan lebih-lebih... STOP BULLYING ISLAM kalau lu orang taknak kena BULI BALIK! Mat Pet yang tengah stim pun, akan mengamuk kalau agamanya dihina...Sila Beringat! Sekian Terima Kasih...


POST ASAL - Prolog: TAHNIAH untuk 50,000 hits (Since June 2007…kot?!) Untuk siapa aku perlu ber-tahniah?! Untuk Aboo & Lady Dark…on behalf UNPUBLISHED NOTES !!!, ‘her’-self…Kenapa ‘her’, aku rasa tulisan dalam blog macam bebelan bonda aku, takpun mummy Si Lady Dark! Errrkkk..Kena bebel semprit hormon-hormon semua woooo…! Maka, Tahniah untuk Aboo, Lady & UNPUBLISHED NOTES ! ! !

Edisi Tak Ter-Edit aka Edisi Celupar lagi EMOSI!
Bacaan Serios Bermula: Sime Darby nak ‘pegang’ IJN…So, What?! Kita pandai sangat kah?! Diorang bisnes…Asas kepada bisnes bukan kah untuk mengkayakan para pemegang saham. Nak labur dalam bentuk belian pegangan ingat kerja senang kah?! Takde analisa berbulan ker…? Orang nak beli rumah setinggan pun fikir berbulan-bulan…Inikan pula nak beli syarikat! Wooo..Puji-pujian…Tahniah sama lu Sime Darby! Gua caya sama luuu…

Ini bukan cerita baru, ‘swasta’ bukan istilah baru. Ini dah lama, betol…Sejak dulu-dulu. Zaman berzaman dah. Kan Malaysia nak maju. Ini juga boleh disamakan dasar pengkastaan. Ini cerita lama bebbb…Jangan pelik! Tak swasta, tak rock laaa…Hidup Dasar Penswastaan! Ini cerita untuk orang-orang kaya, Orang miskin tak boleh baca…

Soalan Oral UPSR Tahun 2020: Kenapa pada tahun akhir 2008 dalam banyak-banyak harta bercop ‘HAK KERAJAAN’, IJN yang nak dimiliki?!

Skema Jawapan : Braderrr…Ini zaman tengah meleset, bukan zaman main sampai lecet-melecet! Banyak company bungkus, buang orang. Ini zaman orang banyak sakit, sakit jantung terkejut, saham tak naik-naik. Jantung pun malas nak berdegup. IJN bakal sesak penuh dengan kenamaan-kenamaan yang sakit! Kenamaan banyak duit, boleh masuk IJN. Bila diswastakan, IJN akan jadi tempat orang-orang kaya.

Esok lusa…Akan ada pulak Company bersaiz besar, juta-juta punya niaga akan nak beli syarikat-syarikat bercop ‘HAK KERAJAAN’, syarikat berasaskan manakan dan pharmaceutical akan juga menjadi tarikan syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan pegangan. Kita tengoklah nanti…Ini zaman kapitalis, kata lain untuk kapitalis adalan pengkastaan. Yang senang tambah senang, yang sesak maintain sesak.

Negara Korea Utara yang ditekan sejak dulu, mereka perlukan apa kalau bukan makanan. Rakyat Iraq yang sengsara akibat perang, perlukan apa kalau bukan makanan dan ubat-ubatan. Mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa apa mereka perlukan kalau bukan makanan dan ubat-ubatan. Bila saja namanya mangsa, dalam keadaan ‘darurat’, orang tak fikir nak berjoli-joli, nak ranggi-rangi, nak pakai handphone berkamera. Namanya mangsa, mesti nak kan makanan dan ubat-ubatan.

Makan…Hari-hari kena makan, budak-budak PLKN, mat-mat ‘pet’ di Serenti, banduan-banduan di penjara pun makan 6-7kali sehari. Yang kaya bukan takat makan, tapi melantak. Dalil kepada kejatuhan ekonomi, siapa yang niaga barang makan akan bakal naik. Orang takde kereta boleh naik bas, takde ‘soru’…Nak ‘kekah’ apa? Ini asas…

Ubat…Sakit kena pekena ubat! Ini zaman, bukan zaman berbomoh-bomoh, bomoh-bomoh ni bermusim. Musim final bola atau musim pilihanraya saja. Ini zaman berpanadol, sakit kepala pekena panadol, demam pun panadol, period pun layan panadol…Kita bakal berhadapan dengan musim orang sakit-sakit, bukan takat sakit jantung, lain-lain sakit pun penyakit. Syarikat buat ubat bakal untung, sapa tak beli…RUGI! Hidup Syarikat Buat Panadol…

Minyak susut harga, kerana pengeluaran meningkat kah?! Itu semua cakap-cakap ikut teks. Itu statement semata-mata. Minyak…Tokey mana nak pakai?! Company semua dah nak bungkus, nak guna minyak untuk apa. Ini cerita lama, Al-Gore dah cakap pasal ni pada tahun 2004…Bagus apa ekonomi down, kilang tak jalan, asap tak kuar. Selamat apa, bumi kita…Sayangilah bumi kita! Ada hikmat…Tuhan Maha Bijak! Jangan lupa tengok An Inconvenient Truth! Bumi tengah tenat, biarkan dia berehat!

Maka, jangan terlalu gembira dengan turunnya harga minyak dunia (takat $38.20 - 12.15am), makin turun minyak dunia, makin meleset lah maksudnya. Kita perlu berjaga-jaga, berjimat-jimat dari sekarang. Berjimat kalau-kalau kena VSS. Pandai-pandai lahhh..Hidup mesti diteruskannn...Hidup Jalan Terus!

Soal kapitalis….Ini bukan cerita pelik, ini soal biasa. Ini cerita lapok sejak 1867. Bacalah Das Kapital, ramalan sudah dibuat 100tahun dulu. Kini sedang pesat melanda Malaysia. Karl Max, cakapnya serupa bikin. Ops…Aku bukan komunis! Aku orang Islam…

Maka…Jangan cakap kosong kononnya bijak pandai. Jangan melalak kosong! Otak kosong, gegey saje jer, baik tolong bini masak kat dapur, jaga anak! Rubissshhhh…Buduh !!! Itu pun tak boleh fikir kah?!Bacaan Serious Tamat!

Fuuuhhh…Penat membebel, macam bonda! So…Thanks untuk yang pernah masuk UNPUBLISHED NOTES ! ! ! Tak sangka, aku ingat akan mati blog ini. Apa pun, mind-set aku sudah bertukar, blog adalah sesuatu yang personal. Tempat meluahkan pendapat! Mana lagi nak melalak kalau bukan di blog sendiri. Yahooo...50,000hits dah!

*akan dieditkan kemudian...
Aboo&LadyDark


[ Read More...... ]

Tuesday, December 9, 2008

Blues Raya Blues; Apa Tajuknya...?Ntah!


Sejangkang Oh Sejangkang!
Selamat Hari Raya Haji…Aku tak sempat bersolat raya semalam, uzur yang tidak disengajakan! Maklum lah jauh dari Bonda dan keluarga. Kalau kat rumah, mahu pecah pintu bilik diketuknya…Bonda Oh Bonda! Malam raya, Bonda tanyakan soalan basic… Tahu ke niat nak korban? Masa beli bahagian lembu, ada buat akad tak?” . Dalam hati aku jawab, “Alamakkk, Bonda…Anakanda taktau lah pulak tu semua…Ingatkan semua diselesaikan lump-sum oleh organizer. Ishhh…”

Aku beraya di Selangor umumnya, malam raya di Klang, bbq rumah kawan lama, Sifu ternama Roy. Pagi tadi jam 9.30 di Kampung Batu 7, Sejangkang. Tak pernah aku sampai ke Kampung ni sebelum ni, first time…Melayu Jawa semuanya, bahasa pelik juga…Tapi ramah giler! Aku kekok nak tolong apa, diorang suruh aku tengok sahaja, katanya aku tetamu. Wahhh! Macam VIP rasanya…Tersengih, tersenyum, isap rokok, tu je yang mampu aku buat…Belajar tinggi, nak lapah daging pun tak reti. Kurang sungguh diri aku ini….Tak hebat mana rupanya!

Hmmm…Apa yang nak ditulis. Tulis banyak mengampu. Infrastruktur kampong, macam kampong lain-lain juga. Simple…Takde apa yang special, tapi orang kampong happy dan sangat rapat antara satu sama lain. Orang taman rumah aku, sebelah menyebelah pun tak bertegur sapa. Apa pun, raya di mana-mana pun sama, Cuma kalau boleh nak bersama keluarga. Itu saja. Kalau aku jadi MP tempat ni, tahu lah aku kerja-kan kampong ini. Lu kenal kah Kampung Batu 7, Sejangkang! Aku taktahu siapa MP yang jaga kampong nih…Penting kah? MP Oh MP…Gaji mahal, dol…

Hari ini, birthday Nani, anak sedara aku yang ke-8tahun, hadiah sudah tersedia. Si Hakim Beso, duk call tanya joystick untuk pc dia. Syahindah punya Barbie pun sudah ada… Cuma Optimus Prime yang diminta Lokman dan Hakim Cik, belum lagi jumpa… Demand menggila anak sedara semua. Nasib baik tak balik, kalau tak sure kena kepong macam Komunis mengepung bukit kepong! Wahhh… Bila duk sorang-sorang gini, teringat lah pula… Anak sedara Oh Anak sedara!

Cuti,Kerja & Accident!
Apakan daya…Hari ini kerja, nak minta cuti…Maklum lah tak confirm lagi, kena perform. Lagipun, belom apa-apa dah kena tegur, katanya fleksibel, tapi macam banyak pantang larang, banyak benda aku tak tahu. Camne aku nak tanya, benda yang aku sendiri tak tahu. Tapi, sekarang banyak benda aku dah tahu, kena dalami lagi.

Kerja 4tahun, kerja 2 bulan…Lain, tempat kerja pun lain. Boss pun lain, pe’el staff sorang-sorang pun lain. Ada itu, ada ini…Politik ofis pun dasat juga! Nak kejar apa…Aku pun taktahu! Back Stabber takkan ke mana… Lu perform cara lu, gua perform cara gua lahhh, gua bukan kerja bawah luuu…Bodoh! Nasihat dari Sifu ternama, “Orang ‘bodoh’ ada cara nak diuruskan…”

Well…Apa pun, kerja adalah amanah! Tanpa job scope yang jelas…Susah jugak! Kadang-kadang Lost, bak kata Sis Sue mak-nya Si Syafiah! Dari sebesar boiler hampir RM2juta nak diuruskan, se-simple kerja beli jersey pun aku uruskan…Engineering Procument! Tu kerja yang diarahkan…Secara bertulis melalui email. Aku buat apa yang disuruh, nak buat lebih…Takut plak over-react! Ohhh…Rupanya tu maksud, Boss. Nak lebih dari itu! Sekarang aku tahu apa benda yang aku kena buat. Aku belajar nak bertindak. Handle pe’el orang. Main angin kus-kus orang-orang tertentu. Bila emosi, jahanam!!!

Cukuplah, memo-blues…Politics takde apa yang best! Haha…Politik ofis? Nak main betol…Boleh, kita tengok sapa yang kena! Back-up plan yang terbaik, buka jobstreet balik…Haha! Back up, Dol…

Ops...LadyDark di Bukit Antarabangsa OK!Kawan-kawan yang call, mesej tu..Thanks!Cuma..Malam semalam accident dengan Kancil 660 dekat dengan Giant Kinrara!Haha...

Yoyoyo...Lain-lain photo ngeri, lain kali update...Malas!

Aboo&LadyDark


[ Read More...... ]

Friday, December 5, 2008

Memo Blues; Jus Minyak Untuk Rakyat !


Update Pendek: Minyak turun, jalan Sesak. Tapi, belom pernah aku jumpa nama jalan – ‘Jalan Sesak’. Nama jalan, banyak pakai nama orang. Orang-orang yang ada nama, belom tentu ada jasa. Yang pasti, orang-orang yang glamour. Minyak turun, ekonomi jatuh teruk. Soalan biasa bila berjumpa kawan, “Bape ramai tempat kau kena Voluntary Separation Scheme?” Minyak turun, rebat RM625 masih valid!



Minyak turun lagi 10sen. Syukurlah. Sikit pun, turun lah. Ikutkan hati, mesti mahu free, semua nak gratis, semua mahu subsidi. Buang najis pun kena bayar inikan pula minyak. Minyak Ron92 colour pun macam kencing je. Minyak dengan kencing lain rasanya. Dua-dua boleh bikin khayal. Putar alam otak jadinya.



IKLAN…YB Mukhriz, cadang sekolah satu aliran. Masa untuk publisiti, maklumlah bulan March nak jadi Ketua Pemuda, mesti nampak bijak. Minyak dan YB Mukhiz, agak-agak kereta apa YB Mukhriz pakai. Sehari minyak berapa ringgit? Orang senang, isi minyak pun pakai drebar. Ntah kenal stesen minyak, ntah tidak. Yang pasti, YB Mukhriz kenal ramai tokey-tokey minyak. Teressa confirm takkan setuju. Gorbind Singh, sama macam bapaknya. Esok lusa, giliran Dr.Khir dan KJ pula beri idea. Nilai sendiri...






Aku lebih suka kalau BAHASA CINA & INDIA DIAJAR DI SEKOLAH MELAYU…Itu lagi positif. Bagus untuk Melayu. UMNO kan parti membela nasib melayu. Positif apa, Melayu pandai cakap, pandai tulis bahasa Cina dan Bahasa India. Tapi, ini pun cadangan lama. Sekolah 1 aliran. Bagi aku belum sampai masa. Sampai bila?Ntah! Baca Sistem Pendidikan Mono Etnik…Buat apa nak suruh orang datang rumah kita kalau dah tahu mereka tak sudi dan takkan menjemput? kita lah pergi rumah mereka. Bila datang jangan beri salam, kena cakap 'Hi' (sambil letak telapak tangan ala-Dr.Sheikh Si Angkasawan)....TAMAT IKLAN!



Maaf lari tajuk! Lagi-lagi minyak. Nak hensem sapu minyak kat rambut. Nak goring telor pun pakai minyak. Nak wangi pun pakai minyak. Rumah urut pun pakai minyak. Nak mengayat pun pakai minyak. Sakit kepala pun pakai minyak. Banyak betol minyak di dunia.Minyak yang tu juga, paling ada nilai. Komuditi getah dan sawit pun sama menyusut. Makan buah sawit, minum susu getah.


2 Disember 2008, harga minyak dunia jam 8.32pm, USD50.53. Esok lain harganya. Lusa lain harganya. Nilainya kadang-kadang menyusut, kadang-kadang mencanak naiknya. Saudagar minyak tetap kaya, makin kaya. Kita tengok harga minyak dunia turun naik. Tengok sahaja. Boleh buat apa? Layan blues minyak…Lu boleh bikin apa?! Ya…Boleh bikin sembang blues sama kawan-kawan. Minyak tetap macam tu juga. Minyak tak bersalah. Jangan salahkan Minyak. Salahkan orang lain. Minyak dan orang, bila berkolaburasi jadinya Orang Minyak.


10sen lagi jimat. Orang yang konon-konon berwawasan, mesti hisab kalau simpan 10sen selama setahun, jadi RM36.50. Se-katun rokok pun tak lepas. Takkan nak simpan 10sen selama 2tahun untuk se-katun rokok. Baik berenti isap rokok. Isap benda lain pulak.



Lagi-lagi 10sen. Bikin apa, jimatan 10sen?2 Gula-gula hacks 10sen. Masuk jamban pun tak lepas. Kena tahan kencing 2hari, 10sen setiap hari untuk sekali kencing. Kencing sahaja kat jamban stesen minyak atau longkang belakang stesen minyak. Jangan kencing di pam minyak. Tu untuk kencing, kalau nak berak kena simpan 10sen selama 5hari. Maka, akan secara pakej penyakit batu karang dan buasir lah rakyat Malaysia. Berak sahaja kat sungai.



Rebat masih valid, yang duk beratur ambik rebat pun ramai lagi. Banyak cash di Pejabat Pos. Bank juga yang kena rompak.Perompak nak merompak pun, isi minyak dulu, nanti berhambat dengan Polis, abis minyak naye. Sekarang 8.45pm, lagi 3jam lebih, minyak turun. Stesen minyak tutup awal. Untung bangla-bangla yang kerja di stesen minyak. Ini malam, boleh keluar date dengan minah-minah Indon. Esok lusa belum tentu... Yang pasti Si Bangla maintain kerja di stesen minyak.



Bersambung…



[ Read More...... ]

Wednesday, December 3, 2008

Blues Kujie Blues: alang-alang dah masuk, mengutuklah sikit

sejarah hidup aku..inilah pertama kali aku tengok.................


entri blog berserabut macam ni......hu'waaaaa........ mcm mana entri yang dipublishkan macam tu lah berserabutnya pala otak tuan dia..hahahaha....

patut script dia selalu lintang pukang...


©Kujie

Aboo: Huhu...Sis Kujie! Thank You aaaaaa...

Proudly Present: http://www.kujie2.com/

[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.