Thursday, November 20, 2008

Mite Re Mite : Bersantai dengan MP Pekan & John McEnroe...


Update : 24November...Yoga diharamkan untuk Umat Islam...Tidak perlu dipertikaikan, tidak perlu nak dikatakan soal 'Nawaitu',"Aku main yoga untuk kesihatan...". Yang Haram adalah Haram, yang Halal adalah halal...! Cakap terlalu banyak bikin mengarut...Punah ranah. Peng-kid juga sama...Haram adalah Haram dan yang Halal adalah Halal...Fatwa tetap Fatwa. Tak minat ikut, sila keluar dari agama Islam...Fatwa hanya untuk peng-agama Islam...bukan untuk non-muslims...

Malam semalam best giler, gua cakap lu….tengok Tennis. Bjorn Borg lawan McEnroe pada tahun 2008. Siapa sangka?! Roger Federer dan James Blake semua orang dah kenal dahhh. Tapi, yang lagi best…Aku dapat duduk sebelah VVIP. Siap sembang panjang lagi. Masa tu Sultan Mizan tak sampai lagi.


Lu orang mesti tak percaya. Confirm…Lu orang tak percaya punya! Meh…Aku cerita sama Lu orang, apa yang aku sembang dengan MP Pekan Semalam. Siap dia tegur aku dulu…Siap gelak-gelak lagi! Lu orang ingat, MP Pekan tak kenal aku ke?! Ishhh…Takkan jadi MP Pekan lah kalau MP Pekan kalau tak kenal Aboo.

Oh yaa…Lady Dark tiada kena mengena dalam ini cerita… Nak tahu apa benda yang aku duk sembang dengan MP Pekan malam semalam...Click itu "Read More" (Read More nih, original hand-made by Sue-Aleen, Mak-nya kepada The Amazing-Sufiah!)


Masa tu, Kalau tak silap John McEnroe tengah leading 5-4...



MP Pekan : Aboo?! Awak datang jugak tengok tennis?Awak pun minat tennis ke?Saya ingat kamu suka menulis dan merayap je…Hahaha!

Aboo : Laa…Datuk nih! Saya ni lahh..Aboo!Saya dapat tiket free, company yang kasi. Haha.. Datuk tak sedar ke? Saya dah duk sebelah Datuk 3-4minit dah, kyusyuk je tengok Datuk dengan hand phone Datuk! Datuk, SMS siapa tu? Hahhaa…

MP Pekan : Ishh..Mana pulak saya ada SMS siapa-siapa! Saja tengok-tengok belas-belas miscall ntah dari siapa-siapa nih!Haha..

Aboo : So, Datuk apa khabar? Bulan 3 nanti nak jadi PM nih…Apa persediaan? (Sambil aku cucuh sebatang rokok!)

MP Pekan : Aboo, saya ni, simple orangnya…takde apa pun, kasut sama…Baju pun baju lama… Stokin pun sama…Haha! Awak ni, jangan merokok banyak sangat…Bahayakan kesihatan! Jaga lah kesihatan tu sikit…Awak masih muda! (Sambil geleng-gelengkan kepala!)

Aboo : Dah ketagih, Datuk!Hahaha…Ishhh, Takkan takde apa-apa persediaan kot?! Nak jadi PM ni… (Aku isap rokok yang aku cucuh tadi…)

MP Pekan : Ada lah juga…Maklum lah sekarang saya jaga duit Negara! Besar tanggung jawab saya tu. Tapi, maaf lah..Saya tak boleh kasi tau lah, apa plan saya…Tu di bawah akta rahsia rasmi tu…! Tapi…Orang rumah saya ada lah sikit-sikit buat persediaan…Haaaaiii! (Dia mengeluh sambil mengerutkan dahinya..)

Aboo : Ohhh…Lupa pulak kat Datin…?!

MP Pekan : Haaa…Tu lah! Dia ada lah beli sikit-sikit baju untuk dress nak jadi First Lady nanti…Ada lah jugak order perabot-perabot baru, nak letak kat rumah baru nanti nanti, di Seri Perdana. Niatnya nak renovate skit dapur tu. Haha. Kalau lapang, awak datang lah!

Aboo : Ishhh…Segan lah nak datang ke Seri Perdana, Datuk. Berapa lapis guard nak lepas tu? Takpe lah…Jumpa Datuk time tengok tennis ni pun dah OK dahh! Haha…

PM Pekan : Hahaha…Awak kerja mana sekarang?! Apa macam? OK…Makan, pakai semua cukup?!

Aboo : Saya ni wasatiah Datuk…Hahaha! Apa yang ada…saya pakai, apa lauk yang ada saya makan. Saya kerja di Shah Alam sekarang, Datuk! Sambil-sambil, buat Master…Untuk masa depan, Datuk!Hahaha…

MP Pekan : Waahhh…buat sambung belajar lagi yerr?! Bagus lah muda-muda ni lahh nak cari ilmu. Bagus tu, saya sokong! So..Belajar semua Ok, kan?!

Aboo : OK jer belajarnya, Datuk! Cumaaa…..( aku mengeluh!)

MP Pekan : Cuma apa?! ( bersungguh-sungguh pulak dia tanya!)

Aboo : Cumaaaa…Yuran sem ni belum settle, dalam RM3500…Campur yang outstanding sem lepas. Datuk tahu, last week saya ke panggil ke Mahkamah! Tu je lah kot, problem saya…Haha! Ohh…Lagi satu, housemate saya, Fathul…Tadi pagi, cermin kereta kena pecah, siapa ntah punya hasad! (aku pun geleng-geleng kepala sebijik macam MP Pekan gelengkan kepalanya tadi!)

MP Pekan : Laa…apa pasal awak kena panggil mahkamah?! Kenapa tak bagitahu saya?!Kalau ada apa-apa problem, call me directly, takpun terus pergi jumpa saya kat Pejabat! Awak nihhh, Aboo….(sambil-sambil dia tersengih!)

Aboo : Pasal saya tak bayar duit PTPTN, Datuk…Hahaha! Ishh..Apa pasal pulak saya nak bagitau Datuk! Saya tak suka susahkan sesiapa, apa lagi orang besar macam Datuk…Hahaha! (Rokok aku isap tadi, aku buang kat situ jee…)

Datuk Najib : Awak nih, Aboo…

Laaa…Last match John McEnroe lawan Bjorn Borg masa US OPEN pada bulan September 1981. McEnroe menang! Umur McEnroe masa tu, 22tahun, Borg 25tahun. Lepas hampir 30tahun, lawan untuk pertunjukan McEnroe menang juga.

Aik…Apa pasal aku stop-kan skrip sembang-an aku dengan MP Pekan?! Laa…Mana ada, tu semua kerja mustahil, mitos semata-mata. Lu orang dah kena kencing! Mana layak untuk orang macam aku nak sembang dengan MP Pekan yang bakal jadi PM. Aku mana layak nak cerita problem-problem aku pada orang-orang besar macam MP Pekan…

Siapa aku, saja-saja nak pergi makan angin rumah MP Pekan nak minta biasiswa belajar?! Aku bukan Saiful Azlan Bukhari! Bukan kata rumah, pintu pagar pun aku belom pernah tengok. Siapa aku, nak dapat nasihat directly dari TPM supaya - “Jangan merokok, bahayakan kesihatan!”

Berangan lah aku nak minta tolong apa-apa directly dengan MP Pekan yang juga TPM yang juga bakal PM kita. Aku ni siapa?! Sah…TPM tak sedar pun, rupa-rupa dalam Malaysia nih, ada mamat lekeh nama ‘Aboo’!

Nak pergi tengok tennis? Hmm..memang aku tengok live malam semalam, tengok kot ASTRO ch.811. Sambil-sambil…Tunggu lauk masak, sambil-sambil gas habis, sambil-sambil makan sayur separuh masak. Sambil-sambil main gitar, sambil-sambil Jenal tunggu baju dibasuh, nak di jemur diampaian.

Tengok tennis?!Nak duk seat VIP?!Jauh panggang dari api. Siapa nak kasi tiket free beb?! Lu orang tengok yang duk kat seat-seat VIP tu siapa? Minah-minah mana?Mamat-mamat mana?! Bini-bini siapa? Anak-anak siapa? Kawan-kawan siapa…?! Kroni-kroni mana?! Pergi tengok tennis, sekarang kena dress maut punya…

So…Untuk nak apa-apa dalam hidup! Survive sendiri lah…Tak tahu, pergi ke Kaunter Pertanyaan. Lapar, sendiri masak…Sendiri makan! Sakit, Sendiri pergi ke Hospital Kerajaan. Tapi, kalau nak mati,…Wasiatkan, mintak tolong orang tanam kemudian talkinkan.

Hidup takkan berubah kalau kita sendiri tak ubah! Jangan nak harapkan sesiapa…Yang lahir sebagai anak menteri tu anugerah. Yang lahir sebagai anak petani pun anugerah. Yang tengok McEnroe secara live depan-depan muka tu anugerah. Yang tengok McEnroe sambil makan lauk sayur tak masak pun…Anugerah! Menjadi seorang menteri adalah amanah, yang jadi buruh kasar juga amanah!Syukur pada yang ada…Sebab tu semua ‘barang-pinjam’. Sampai masa, akan di ambil segala anugerah itu…

Ops..Tajuk pun Mite Re Mite. Dalam bahasa Afrika...Mite tu maksudnya Mitos...Untuk aku nak bersantai dengan MP Pekan, saja-saja nak seronok-seronok!Ohhh..Mustahil tuuu...Apa pun, terima Kasih kepada MP Pekan untuk karya ini…Kau ilhamku!!!! Haha…


Roger...Bukan Roger Federer!

Aboo&Lady Dark
[ Read More...... ]

Sunday, November 9, 2008

Aftermaths; “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari...

“Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bagus untuk Malaysia, rakyat mula menulis, mula mengkritik dengan sinis, mula mengutuk secara terang-terangan, mula menggunakan otak untuk meluahkan berkata-kata. Rakyat di mana-mana mula bersembang, berseloroh secara terbuka kemudiannya disambut gelak ketawa bersama-sama. Adalah bagus untuk rakyat Malaysia mula menempelkan diri di tepi jalanraya. Memegang sepanduk sambil memekik-mekik dan melolong-lolong macam polong. Itu pun kerja beramai-ramai lah. Namun terlalu mem-beta, terlalu meng-kenen, bosan juga. Beri cadangannya…Tidak! “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Cuma, rosaknya kebagusan ini, apabila persoalan-persoalan bodoh pun dipertikaikan. Soal remeh-temeh diperbesarkan. Soal pokok diketepikan, soal-soal asas diabaikan, soal-soal fundalmental disampingkan. Ini bukan soal orang-orang buduh (bukan bodoh) yang demo bantah fatwa anti-tomboy, bukan soal gosip angkasawan nak berceramah bayarannya RM8000/jam. Ini bukan soal Mawi nak kawin kosnya RM5juta. Ini bukan pasal Norman kena tangkap khalwat. Ini bukan soal Razak Baginda dibebaskan penjara. Ini bukan soal Raja Petra dibebaskan dari Kamunting. Ini soal lain. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bagus untuk rakyat Malaysia, bakal mendapat PM baru yang genius, sihat otaknya dan kuat berfikir dan bercakap, berbinikan seorang wanita cun yang gebu dan montok. Bakal PM dan para penasihatnya, otaknya bijak. Sebarapa ramai penasihatnya?OK…Andaikan 20orang penasihat dikelilingnya, tak kiralah di tingkat berapa mamat-mamat pintar lagi bertuah ini dipejabatkan. Tak usah fikir. Tak usah Tanya. Fakta penting orang-orang ini lebih bijak dari kita-kita rakyat Malaysia yang duk membuang masa menulis blog ini. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Rakyat Malaysia, KONONNYA duk bengang pasal isu potong-memotong 3% caruman bulanan EPF. Gegey-nya, seolahnya nilai 3% itu sama dengan RM3juta atau RM300K atau RM30K atau RM3K atau RM300. Fakta…3% maksudnya RM30 untuk yang bergaji RM1000 sebulan. Gandakan nilai tersebut mengikut selera gaji bulanan masing-masing. Employees Provident Fund…Tu maksudnya EPF. Di Singapore, orang panggil CPF. Di India, namanya PPF. Di Hong Kong namanya MPF. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Ada juga rajin buat kira-kira. Buat kiraan sampai 25-30 tahun akan datang jumlahnya. Mana pulak dia dapat tahu dia boleh hidup lama macam tu, entah-entah esok lusa ditalkinkan. Kadang-kadang tak perlu kita tengok terlalu jauh ke depan, kononnya berpandangan jauh, kononnya berwawasan. Adakala kita perlu realitistik (Pinjam ayat Bakal PM kita). Adakalanya kita perlu tengok dan nilai soal hari ini pada hari ini. Ukur baju badan sendiri. Tak mampu pakai Perdana, jangan gasak Merc. Pakai lah Kancil 660 second hand. Isi minyak ron92. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Pokoknya apa. Pokoknya, RM5bil duit EPF untuk Valuecap. Pokoknya, RM200juta duit orang-orang susah yang berhajat nak buat haji. Pokoknya, RM300juta duit orang-orang sesak, menabung bertahun-tahun untuk buat haji, Tabung Haji beli ekuiti syarikat buat roti. Pokoknya ada syarikat dapat duit RM237juta atas angin bila jambatan bengkok dibatalkan. Cukup 3-4 isu yang akan lapok dan akan dilupakan. Belom masuk isu-isu para kontraktor dapat duit free sebab banyak projek-projek mega lain dibatalkan. ECER lah, Koridor Utara lah, Koridor itu lah, Koridor ini lah. Yang tak sekolah tapi nak menulis baca bab Breach of Contract. Laaa…Dah sign kontrak, cancel lah pulak. Takkan nak cancel saja-saja. Bayar lah! Kita sibuk duk merengek dan meroyan pasal 3% yang nilainya RM20-RM50. Kelakar lah pulak tengok riaksi rakyat-rakyat bongok ni. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Mari belajar tulis nombor. 5billion dalam nombor 5000,000,000 atau disebut lima ribu juta. 200juta adalah 200,000,000. 300juta sama dengan 300,000,000. 237juta ialah 237,000,000. Angka 0 ialah sifar atau orang panggil, kosong. 5bilion ialah lima, Kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bakal PM kita, orangnya bijak. Dia tahu apa itu ekonomi. Dalam fail peribadi bakal PM kita, ada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Industri. Belajar kat England, tempat orang pandai-pandai. Muda-muda dah jadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Bukan calang-calang orang bakal PM kita ni. Dia orang bijak. Bijaknya bakal PM kita ini, bijak mengalihkan tumpuan rakyat. Dia bukan semacam orang lain hanya bercakap kosong pasal ekonomi, cakap angin sahaja. Masuk angin, keluar asap. Siapa taknak potong 3% EFP tu, sila isi borang yang telah disediakan oleh KWSP. Yang suka mendapat potongan itu, belanja dengan berhemat. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Sekian, Terima Kasih

Aboo&LadyDark

[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.