MUKADIMAH KOSONG
TOLONG...TOLONG...TOLONG...Jika anda ‘non-Malay’ yang membaca tulisan ini, jangan sesekali menuduh aku racist! Jika aku racist pada ‘non-Malay’, Jika aku racist, aku tidak berkawan baik dengan aweks berbangsa India, Anusha Ratnam dan Mishaliny Nair...aku tak jam dengan Jerome Chong, aku tak pergi memancing dengan Wing Meng (LMB), aku tidak berkongsi kelas dengan Jassy Singh dan Kiranjit Kaur (sekadar beberapa nama kawan-kawan ‘non-Malay’!).
Paling tidak, jika kamu (non-Malay) menuduh aku racist berdasarkan tulisan ini, bermakna aku juga racist terhadap Melayu, bangsa ibu dan bapaku. Nilaikan juga adakah aku sebenar-benar racist terhadap Melayu, Sila anda membaca 2 artikel aku sebelum ini FIKIR-FIKIR; MELAYU KAH AKU? (BM) dan A Story of Me, My Selfself And My'Melayu'Team (English)!
Apa pun, baca dahulu, nilai kemudian... Dalam Islam contohnya Solat, kalau tak cukup 13 rukun maka tak sah solat itu, kalau baca tak abis...Penilaian ke atas pembacaan itu tidak sah! Setuju atau tidak, baca sampai abis...gunakan saluran komunikasi dengan tinggalkan komen di bawah. Untuk mula membaca, yang Islam...mulakan dengan 'Bismillah...', yang lain-lain, mulakan dengan apa-apa ayat puji-pujian untuk memuji Tuhan masing-masing...sekian untuk mukadimah!
PREMIS 1 : Untitled…
Mana aku nak mula...? OK…Bismillah! Soal Muzakarah-Muqabalah Parti Islam Se-Malaysia dan United Malays National Organisation sebenarnya tentang apa? “Adalah beberapa isu kita bincangkan, Melayu, Islam dan isu badan kehakiman misalnya…” Presiden PAS. Presiden UMNO cakap…” Bla…bla…bla…(Baca aje mana-mana paper, Utusan ka…Berita Harian ka…NSTP ka…) Apa2 saja bacaan ringan kepunyaan belah sana…Aku tahu kamu tahu apa intipatinya. Tak hal itu, hal ini…
Untuk seketika, apa benda tu Muzakarah-Muqabalah? Apa bezanya Muzakarah-Muqabalah? Aku yang belajar bahasa Arab selama 3 bulan memang tak paham maksud sebenar terhadap istilah ini. Bahasa Arab aku belajar setakat mengenal hua, huma, hum, hiya, humma, hunna, anta, anthuma, anthum, anti, anthuma, anthumna, ana, nahnu aku tahu! Apa lagi yang bersekolah Cina dan Tamil, yang bersekolah kebangsaan pun taktahu. Mengaku aje lah, kamu memang tak tahu…
OK…Rasanya ada baiknya aku jahilkan diri untuk tidak mendefinasikan Muzakarah mahupun Muqabalah secara ilmiah dan mendalam. Cukuplah untuk mana-mana yang jahil seperti aku mengatakan bahawa Muzakarah-Muqabalah itu adalah pertemuan untuk membincangan sesuatu. Tentang apa yang dibincangkan…apa-apa je lah! Pasal apa???Pasal apa-apa je lah! Cukup untuk itu bagi mereka-mereka yang jahil dan berpendidikan secular seperti aku… Pendek kata, maksud yang mudah…Pertemuan untuk membincangkan… bla…bla…bla…
OK, yang yang bodoh, tak sekolah dan jahil…kita istilahkan Muzakarah-Muqabalah sebagai “Moo-Moo”. Senang disebut, simple pula bahasanya…Faham dengan intepretasi sendiri! Spekulate lah sendiri ikut kefahaman sendiri…Jangan libatkan orang lain! Fahami dengan makna yang anda sendiri faham…Buruk kefahaman anda, buruk lah ia…Baik kefahaman anda, baik lah ia…
PREMIS 2 : Intermission…
OK…Encik Karpal Singh, tanpa perlu memandang sinis Encik Karpal sebagai Pengerusi Democratic Action Party tapi satu entiti yang mewakili dan mengepalai ‘non-Malay’. Encik Karpal Singh, antara entity non-malay yang sangat melenting dengan isu “Moo-Moo” di antara dua entity yang dinamakan Parti Islam SeMalaysia dan UMNO. Risau Encik Karpal bila PAS duduk semeja dengan UMNO…Risau betol dia, seolah bini dia main belakang…
Paling tidak kerisauan Encik Karpal itu melambangkan kecintaan dan kasih sayangnya terhadap PAS sebagai salah sebuah entity yang menganggotai satu ikatan tanpa dokumen konkrit yang dinamakan Pakatan Rakyat! Tahniah atas kecintaan Encik Karpal terhadap Melayu-Melayu di dalam PAS. Bukan senang nak cari macam orang yang bukan calang-calang seperti Encik Karpal…Tahniah sekali lagi!
PREMIS 3 : Objektif Utama…
Ok…Cukup-cukup (TULIS PANJANG-PANJANG SIAPA NAK BACA???)! Terus kepada point sebenar aku menulis tulisan pendek ini. Motif tulisan ini adalah untuk menyeru bangsa-bangsa ‘non-Malay’ yang aku sayangi yang tidak senang akan isu “Moo-Moo” oleh 2 puak politik yang dikepalai oleh puak-puak berbangsa Melayu. Menyeru apa? Seruan supaya kamu-kamu, Kepala-Kelapa kepada entity berasaskan politik yang merasakan kamu semua boleh dan mampu membela bangsa-bangsa kamu agar ber-“Moo-Moo”-lah sesama kamu.
Ya…KENAPA TIDAK?! Jika puak-puak Melayu boleh ber”Moo-Moo” sesama mereka, kenapa tidak kamu sesama kamu? Tiada sebab “Moo-Moo” kamu itu akan dituduh ada ‘racial agenda… ‘ Lagi 12 tahun kita akan jadi satu bangsa berdasarkan salah satu misi WAWASAN 2020, mewujudkan Bangsa Malaysia.
Istilah Malaysian yang sekarang merujuk kepada kewarganegaraan akan dinaik taraf kepada istilah ke-bangsa-an, tiada lagi Melayu, India, Cina dan bla…bla..bla... Lu hitam, Lu Malaysian… Lu sepet, Lu Malaysian.. Lu kuning, Lu pun Malaysian… Mudahnya, kita bersedia bersatu dalam istilah ke-bangsa-an tetap tidak akan bersatu dalam SATU PARTI!
PREMIS 4:Bab sivik dan kesedaran…
(An Open Talk with my bestie, Norroid Marverick!)
Next…Mana ada manusia yang tahu, kat negara mana akan terlahirnya dirinya…Ada ke mana-mana manusia atas muka bumi yang tahu kat negara mana dia akan dilahirkan oleh Mak-nya? Bukan ‘orang’ kalau tahu mana tempat dia akan lahir…So, apa masalahnya???
Masalahnya, kawan baik aku ‘non-Malay’ itu memberi andaian, adakah bayi berbangsa ‘non-malay’ yang lahir pada masa yang sama, di tempat yang sama dengan bayi berbangsa Melayu bakal tidak mendapat hak yang sama antara satu sama lain? Itu tidak adil…Itu yang aku nampak pada ketidakpuas hati ‘non-Malay’ pada ketika ini. Itu pun boleh dijadikan modal untuk kamu-kamu ‘non-Malay’ untuk ber- “Moo-Moo’ antara satu sama lain. Sekadar 1 contoh mudah untuk aku yang memberikan pandangan!
TAPI…TAPI…TAPI…Aku kata balik kat kawan baik aku yang ‘non-Malay’ tadi, dalam pada itu kesedaran ke atas Siapa kamu?Asalnya kamu dari mana? Asal-usulnya… Itu pun penting!Kenapa kamu didatangkan ke Tanah Melayu? Bincangkan itu juga… Kontrak social asalan kepada NEP yang duk ada ini sudah cukup untuk meletakan 8-9 daripada 10 ORANG TERKAYA di Tanah Melayu (kini Malaysia) adalah milik ‘non-Malay’. Tak cukup lagi kah? Takkan semua nak bolot kot?
OK..itu kalau tengok yang kaya raya! Yang merempat, mengemis…? Bagaimana…? Haa…ber-“Moo-Moo” lah kamu tentang itu juga. Salurkan kepada mereka-mereka yang berkenaan di Putrajaya sana…Hak, tetap untuk yang berhak! Kot-kot mana pun, tuan rumah tetap berhak dapat bahagian yang lebih… Lebih sedikit je punnnn… ‘Bagi-muka’ sedikit lah! Paling tidak kamu-kamu ‘non-Malay’ akan boleh check kelentingan Melayu (kot-kot) jika kamu semua bersemuka untuk ber-“Moo-Moo”
PREMIS 5 : Konklusi Jiwa Kacau…
Sebenarnya, banyak sangat keserabutan yang ditimbulkan, ada pro ada kontra. Adukan kedua-duanya membikinkan keserabutan. Masuk pulak propaganda dan spekulasi politik. Lagi lah menyengalkan pandangan mata dan pendengaran telingan. 2-3 puak politik yang mengaku mereka adalah mewakili untuk kaum-kaum mereka. Itu yang sebetulnya…
PREMIS 6 : SEBENARNYA, SIAPA YANG LAYAK…???
Siapa paling berhak untuk bercakap soal kontrak social? Bagi aku, ianya bukan hak mana-mana parti politik untuk ber-party di pentas atas nama “Moo-Moo” tadi… Untuk yang Melayu hak untuk meletakkan hak itu adalah dalam bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong…Cuma masalahnya…???
Hak yang sudah tertokkok pada perlembagaan artikel 153. (Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia) – Wikipedia
PREMIS 7 : Untitled lagi…(Permintaan untuk Feedback!)
Am I racist on this matter? Send me your feedback…Thanks!
+More comments on this article at TranungKite Online!!!
+Also at AL-BANJARI ONLINE!!!
Aboo (Malay) & LaDy Dark (Eurasian)
---> INI BLOG GUA
-
Pinjam Ayat Bro Pyan Habib…INI BLOG GUA! Saja bikin blog ke-2, tulis
pendek-pendek. Tulis simple-simple. Tulis pasal apa-apa. Hari-hari boleh
update. Cu...
4 years ago
Not Racist. The whole subject of Moo Moo which is nothing to be racist abt. It is all abt power, money and dirty politics.
Where is race? That is soap opera for show only la. So, read between the lines and take it with a pinch of salt and pepper (add abit of kicap manis).
-Red
huhu... best...! best...! aboo tak kutuk moo- moo PAS- UMNO, pelik tuu!
gini ar, as seorang yang darahnya campur2, isu race ni mmg sensitif... ye ar, cubit Melayu, terasa... cubit india, terasa... cubit cina, erm, kurang rasa sebab takde darah cina tapi family ramai yang kawin ngan chinese, so rasa gak ar...
siapa seseorang tu and apa asal usulnya tu mmg penting. tapi ape itu asal usul? is it where you were born? is it who your parents were?
to me, asal usul tu kat mana jatuhnya kesetiaan kita... but the thing is, bukan nak tuduh, but ada malays yang lahir kat overseas and lebih sayang negara asing tu, tak macam Melayu pon... ada plak non malays yang lahir kat malaysia ang sayang Malaysia giler2... ada malays yang lahir kat Malaysia tapi tak usaha nak majukan negara sendiri, dok melangok tunggu bantuan je... and ada gak non malays yang dah bergenerasi kat Malaysia tapi still rasa asal diorang kat China or India...
so camane? Moo- moo macam mana pun, the ending is, sume orang nak bangsa die senang. to me, itu lah yang sebenarnya racist.
patutnya kesenangan tu diberikan kepada those who deserve it... yang 'beriman' kepada 5 rukun perlembagaan Malaysia...
Moo-moo baik utk semua kaum..perlu ada utk mendapat persefahaman antara pelbagai pihak..perlu ada utk meluahkan isi hati masing-masing..utk tahu yg mana baik dan yg mana buruk dr pandangan masing-masing..setiap pihak mempunyai pandangan yang berbeza..
generasi yg baru ni nampaknya kurang mendalami sejarah malaysia terutamanya..bukannya org melayu nak conquer semua tetapi beberapa hal perlu diberi perhatian yg lebih..mcm agama, pendidikan, ekonomi dan sbgnya..tuan rumah mestila nak lebih sikit..
dinegara maju spt u.k contohnya, walaupun kesamaan hak tu ada tapi pada hakikatnya penduduk asalnya kulit putih tetap memandang rendah penduduk u.k yg berasal dr afrika ataupun india (british born indian)sbg contoh..(tak semua)walaupun mereka ini juga warganegara u.k..
tulisan aboo tu tak racist dan dia hanya menggesa semua pihak agar membuat lebih banyak moo-moo utk lebih mengenali dgn mendalam antara satu sama lain..
Aboo....i come back again.
sorilah lama tak commen.ialah sibuk ngan menteri baru kiter yang Apdal tu.
anyway blog ni tak tinggal..cuma tak sempat nak join commen je...
ok,tajuk ni kiter kena balik pada sejarah negara yang tercinta.Ingat tak masa sekolah,dalam sajak dll,disebut dulu KETUANAN MELAYU.cuma pikir nape,sebab negara kita ada tuannya dan tuannya adalah melayu,kita hidup harmoni sehingga umur negara kita 51 tahun adalah kerana perlembaggan yang telah dipersetujui oleh gabungan 3 puak ni..tapi nape loni dok ungkit balik.bukan nak salahkan pembangkang tapi juga puak2 kerajaan dok asyik cucuh api juga,buke nak sama2 jaga.Zaid dengan cara dio,Pok loh dengan caro dio,Najib pun ape kurangnyo,,buat statement mace nak ambik caro tapi sebenarnya lebih jadi memainkan perasaan rasisct.
Letih doh kita golongan marhain ni dok menegakkan agenda penting dalam negara iaitu PERPADUAN..
gua chow dululah ,apa2pun kiter tunggu prestasi DSAI dalam parlimen nanti setaro mana.
mungkin buleh mengubah senario politik malaysia yang loning ni.
SALAM MERDEKA UNTUK SEMUA.
Aboo...
Gua mix la... Philipine Sulu + Ceylonese + Brunei + SpainTagalog + macam2 lg...aku pun xtau aku bangsa ape...
Yang pastinya, aku suka anggap aku Bangsa Malaysia@Melayu merujuk kepada keterangan dalam kamus dewan tentang maksud Melayu itu sendiri... Senang2 baca kamus dewan k...hihihi!
-laxmana-
sekarang banyak perkara yang terpaksa kita katakan secara terbuka..
back to basis.... rujuk balik perlembagaan malaysia.
aku bertuah kerana lahir sbg melayu di malaysia....
cuma skg ni terasa nak berevolusi sikit...
Mr/Miss Red...
Thanks for your judgment and observation! Soap opera...bukan2!Ini..Opera hidup!Haha...
Lady Dark...
Kita dah cakap panjang dahh!!!Hhahaha...Taknak tulis rahsia rumah tangga kat sini...nanti Captain tahu rahsia rumahtangga kita!ahahha
Bro Benn V6...
Yeahh...setuju!Muzakarah ka...Muqabalah kaa...Apa salahnya kalau untuk umat sejagat! Tp...utk nak samakan M'sia dgn UK?UUu...lama tu kalau naik belon nak sampai tu!Huhuhu...
Yess...I'm personally not a racist person cuma LUGA kat politik semasa....!Helll Yeahhh...
Bro Seeemmmm aka Mr.Perpaduan...
Adik tau abe sibuk!Adik tak kecik ati pun abe tak comment!Huhuhu...Cara permain badminton kita masing2 pun berbeza...MEMANG BERBEZA apa lagi yg duk memimpin!Huhuhu...
DSAI utk Malaysia...EITHER YES OR NO! Sapa2 pun yg ambik alih...Hentam sahaja lahhhh!!!!
Raj Kapoor aka Laxmana....
Hahaha...Lu non-bumi ka??hahaha...Apa2 pun lu bangsa apa,kita ttp hormat sama2 kita!Nak tak nak...Lu kena setju!Hahaha..
Muhamad Azli Shukri...
Tak salah nak cakap terbuka, kalau orang yg bercakap tu berkelayakan dan ada kredibiliti utk bercakap pasal apa2 perkara...TAKDE HAL LAHHHH!!!!
Mr.Captain aka Spekulator...
Kalau ikut perlembagaan...Aman damai lahh!Cuma ada2 je mamat2 dan minah2....yang nak ambil kesempatan untuk manipulasi Perlembagaan untuk kepentingan tertentu...Ada orang cakap utk nak test!Ntah ler...HUHUHU!
Haha...REVOULUSI tuu!huhuhu...AMBO SOKONG DEMOOOO!!!!
Hye abus,
Lama aku tak jengok blog haramjadah ko.haha.
Tiada istilah rindu antara kita kita walau lama tidak ketemu.
komen tak pedas dari aku,aku suka gambar ni.
Nina – Sudah berpunya aaaa