Sunday, August 24, 2008

Kronik Blues Untuk Mr.Evil Si Betis Berbulu...

Thanks untuk those yang baca tulisan ini via kickdefella link...Check this out too; Memo Blues; Penumbuk Angin Untuk Sheih! May Justice Prevail...PEACE!

MELAKA, Aug 20 (Bernama) Prime Minister has described the action of a blogger in calling on his blogsite followers to fly the national flag upside down as a sign of protest, as evil.

Off-record; Aku sudah mendapat kebenaran bertulis “Bro...Dengan segala rendah diri sila siarkan…” dari Mr. Evil, untuk menyiarkan artikel ini. Sebelum apa-apa…Credit dari rangkaian angkatan bersekutu, Aboo & Lady Dark untuk Mr. Evil The Buffalo Soldier (Un-dreadlock Blog-star) kerana membaca draf awal seterusnya memberi permisi untuk disiarkan…(Tabik pengakap selama 10saat untuk Mr.Evil The Chubby!) Banyak betol gelarannyaaaa…



Untuk diri sendiri, gambar ini aku simpan...aku tak upload kat mana-mana site, baik di friendster atau di facebook! Hmmm...gambar yang mungkin tak seberapa...tapi, aku yakin...kalau di-publish-kan...boleh menaikkan rating blog yang tak penting langsung untuk aku...Aku bukan kaki giler glamour, aku cuma dengar lagu-lagu glam-rock, The Darkness misalnya, Love is only the feelinngggg….!!! So, aku trim gambar ni, ambik kaki saja! Budaya expose meng-expose ini bukan style aku punnn...Apa lagi expose-kan diri sendiri...Standard aku tinggi, bukan standard semacam artis-artis murahan yang duk kangkang-mengangkang mencari perhatian sekeliling kita...Aku tidak semurah itu! Blog aku pun tidak semurah itu jugakkk!


OK...yang ber-jeans (bukan Datin Seri Jeanne) tu aku...Tak penting aku cerita pasal aku yang ber-jeans koyak hampir-hampir menonjolkan aurat itu, aku cuma orang biasa muda handsome dan jelita! Yang aku nak cerita...Si Mamat berseluar pendek melepasi paras berjaga-jaga (aurat) menonjolkan bulu-bulu sengal yang ada pada kedua-dua betisnya itu. Kenali lah Mamat berselipar tanpa brand yang mahal, short cap ‘forest’ malah perokok tegar KENT No.9...Si Mamat ini digelarkan ‘Evil’ oleh orang yang paling berkuasa di Tanah Melayu ketika ini gara-gara mengistilahkan ‘Nation In Distress’ sambil mencanangkan promosi menterbalikkan bendera Malaysia, upside-down kata Orang England! So, untuk tulisan ini, gelaran rasmi untuknya adalah Mr. Evil Si Betis Berbulu…



Aku tak pernah setuju akan cadangannya, menterbalikkan bendera. Namun aku mengaku aku pun meletakkannya selama beberapa jam, sebelum aku ditegur oleh seorang sahabat yang kemudian menyuruh aku tengok site Flag Etiquette. Dari situ aku berfikiran bahawa adalah tidak adil untuk menterbalikkan sebuah bendera, hanya sebab umumnya, 'Nation In Distress'. Jika...menterbalikkan bendera secara tunggang terbalik melambangkan sesebuah negara dalam piawaian 'DISTRESS'. Logik bodoh, untunglah negara-negara seperti Jepun, Thailand, Jamaica, Nigeria...(sekadar beberapa nama negara). Pusing camne pun, begitulah kedudukannya...tetap stabil, teguh dan tidak lari dari posisinya. Itu fikiran singkat aku. Bendera organisasi, PAS dan PKR misalnya...pun sama! Tak adil...! Ini tak adil...!


Pada aku adalah lebih ‘DISTRESS’ kalau aku tengok bendera Malaysia berkibar dalam keadaan lusuh, koyak rabak dan dalam keadaan serabai lagi lemau kelihatannya. Itu lagi pilu dan memilukan…



Mr. Evil Si Betis Berbulu ini siapa pada aku? Satu-satunya jawapan subjektif yang sesuai adalah dia adalah mentor aku, aku menganggapnya begitu...Mentor yang mengajar aku mem-blog! Sebagai protegee yang sebenarnya, tidaklah rapat benar...tetapi agak rapat lah jugak, boleh bila-bila masa keluar minum-minum dan pekena roti bakar di Kampung Sireh, Kota Bharu. Boleh bersantai di Secret Recepi, KB Mall Kota Bharu. Malah boleh selamba ke rumahnya...tanpa menelefonnya dulu. Agak rapat lah kot..?! Sebabnya, kalau call takkan diangkatnya, kalau mesej…2 hari kemudian baru di-reply-nya!Ish Ish Ish…Apa punya orang daaaa….Namun adakah wajar aku nak kata orang yang melayan aku seperti ini pengkhianat, jahat, kejam, zalim malah tidak berperikemanusiaan, macam bagus…Tak sampai ke tahap itu punnn! Tapi itu dulu…Aku dah pun tinggalkan Kelantan… “I’m looking a new satisfactioonnn…”, jawabku bila orang tanya kenapa tinggalkan kerja di Kelantan…



Berbalik kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu...Dia pernah berpesan semasa aku kali pertama berguru denganya secara tidak formal di Restoran MySpicy, Kota Bharu. Sambil bersembang soal saman oleh NSTP ke atas YB Jeff dan Mr.Rocky waktu itu, katanya, kalau nak tulis blog jangan sesekali menggugat keselamatan negara dan jangan sesekali menghasut untuk ke arah kehancuran negara. Pesanan itu aku ingat sampai bila-bila. Hmm...dengan menterbalikan bendera Malaysia...adakah itu dalam spesifikasi menggugat atau menghasut?! Anak sedara aku yang berumur 11tahun hanya menggelengkan kepala apabila aku tanyakan soalan itu kepadanya. Setakat ini, belum ada yang kena tetak bersebab bendera diterbalikkan...Kan?Kan?Kan?!Ahh…Supreemmeeee...



Jangan tidak tahu, Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya tidak gemar sangat bercakap soal blog mem-blog walhal Evil Si Betis Berbulu ini sendiri sedia maklum dirinya adalah antara blogger ngetop di Malaysia, rating-nya juga bukan 1juta, bukan 2juta malah hampir 3juta tuuu! Cakapnya pula cukup berhati-hati, cukup berahsia, perlu pandai korek-korek-korek dan perlu dibodek dengan rokok! Bila bersembang dengannya, dia lebih suka dan taksub kepada sosial sekitaran. Persoalan dan pertanyaan kepada orang-orang tua yang melarat, budak-budak sekolah yang meleret-leret untuk ke sekolah, ibu-ibu tunggal yang kesorangan yang tidak terbela dan segala macam hal yang orang-orang besar menyampah mendengar rungutan orang-orang kecil sebegini. Mr. Evil Si Betis Berbulu ini, memang terarah untuk membantu puak-puak susah ini. Itu agenda peribadinya begitu juga isterinya dan anak-anaknya malah orang gajinya…Dasatttt!



Pelik juga aku, kalau-kalau ada tindakan undang-undang ke atas Evil Si Betis Berbulu...dikenakan, caj apa ek? Menghina negara kah? Ntah...Aku pun tak tahu lah! Cuma ketahuilah bahawa pada tanggal 18April...Apabila rasminya Evil Si Betis Berbulu ini, angkat sumpah untuk jawatan Corporate Liaison Officer di PMBK, sehingga kini...aku rasa Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sudah mengerjakan pekerjaannya lebih dari apa yang job scope-nya! Aku tidak hairan lah charity dengan Boss-nya yang berstatus YB itu sebabnya, mungkin duit parti atau juga duit kerajaan negeri. Yang bestnya, banyak independent charity yang dilakukannya, berkat kolaburasinya dengan kawan-kawan juga isterinya. Bantu sana…Bantu sini…Charity sanaCharity sini…Lebih bagus dari YB-YB yang duk ada sekelilingnya…Tu hakikat! Terbaru mungkin ada dia bikin Ramadhan Charity lagi…



Pada akhir ramadhan tahun lalu, aku berbuka puasa di rumahnya. Yang dijemput cuma orang-orang kampung yang susah saje (yela nak kasi hamper!). Sebelum itu, pada lepas waktu asar ada majlis serba ringkas charity untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang kampung, YB Husam dengan muka tak berapa nak senyum mengagihkan bantuan tersebut. Selepas maghrib sambil-sambil layan asap bersamanya, seorang tua mengesat air mata gembira dengan selendang putih lusuh yang dipakainya bila mendengar khabar darinya, bahawa akan ada bantuan seterusnya untuk hari raya dan musim buka sekolah nanti. “Kot-kot mana pun, ambo akan tolong carikan bantuan, makcik jangan susah hati lahhh…” Katanya sambil isterinya duk pujuk-pujuk makcik tua tadi, “Jangan nangis lah makcik…Jangan nangis lah makcikk..”. Sekadar mengungkit kisah lama… Yang baik buat teladan…



Kali terakhir aku bersantai di rumahnya, jam 6.15petang…23April lalu sehari sebelum aku berangkat blah dari Kelantan! Anak-anak Evil Si Betis Berbulu bersama team budak-budak kampung duk sibuk menendang bola ke sana-ke mari berkaki ayam tak berbaju. Suara-suara keseronokan itu lagi hingar berbanding bunyi tendang-menendang bola itu. Happy sungguh kesemua kanak-kanak yang ratanya umur 8-10tahun. Sang isterinya pula bersama seorang wanita tua, yang kepingin mendapatkan bantuan ntahapahapa darinya. Diyakinkan bersungguh-sungguh wanita tua bertemankan basikal tua bahawa, Insya-Allah…Suaminya akan tolong ajukan masalahnya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka menadah kesyukuran wanita tua itu…



Mana-mana orang yang merasakan ada kuasa nak tahan seseorang yang dikatakan menghina kedaulatan negara, baca dulu 3-4 artikel berphoto yang aku curi dari blog mana ntahhh yang tidak ada dalam arkib TV1, TV2, TV3, TV4….TV hitam putih….TV Plasma…Tidak berpublisiti giler-giler semacam orang-orang ‘tuuuttt…’ yang sedang berbaris teratur berlingkar dalam selingan gelung busuk lagi membusukkan yang diistilahkan SHIT oleh sasterawan lagenda Prof. E. Shahnon Ahmad…(Tabik Spring Untuk Prof. Eeeee-meritus…) Ops..Check Out; Ramadhan Charity Pt.1, Ramadhan Charity Pt.2 & Ramadhan Charity Finale!



Untuk adaptasi SHIT, selain Wirawan yang duk ada sekarang yang tak penting mana untuk aku punnn….Bagi aku Mr. Evil Si Betis Berbulu ini juga adalah Wirawan (ntah yang nombor berapa) yang sudah keluar setelah berusaha keras melolos menyelitkan dirinya untuk dikemut keluar dari saluran dermaga busuk lagi membusukan itu kemudiannya dibilas dan disamak oleh marga-marga marhaen hujan, tanah, angin, bumi, mentari, pokok dan manusia. Inilah hasil samakan oleh marga-marga tersebut…Mr. Evil Si Betis Berbulu, berjuang di dunia blog, menulis dan menyiarkan apa yang diyakini patut olehnya. Dasat sungguh bahasa sastera aku ni…!



Jadi, bayangkan lah…kalau lah Mr. Evil Si Betis Berbulu ditahan di bawah apa juga akta, bukan setakat Sang Isteri dan anak-anaknya terutama Si Genit yang liat nak mandi petang itu yang derita malah orang gajinya juga. Itu belum masuk wanita tua berbasikal tua, team bola anak-anaknya, Pak Tam, Pak Mat Tempe, Abe Li dan ramai lagi lah turut merasainya….Lagi jahanam mengjahanamkan pihak-pihak tertentu kemunculan lebih ramai ramai Wirawan atau mungkin Wirawati untuk memberontak ke atas kebusukan yang terhidu akibat angin kus-kus yang yang dikesan mula mencemari indek udara kita hari ini.


Sepatutnya, Orang yang menggelarkan ‘Evil’ kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya lebih tepat kalau digelarkan ‘Devil’. Kan lagi jahat dan kejam bunyinya tu. Lagipun, Mr. Evil Si Betis Berbulu adalah peminat hardcore Red Devil yang anti giler pada Red Giant FC. Tu hakikat! Selebihnya, Lu fikir-fikirkan lahhh sebelum nak siasat dan tahan orang jahat giler yang aku gelarkan Mr. Evil Si Betis Berbulu ini….




Untuk Sifoo kami, Mr.Evil Si Betis Berbulu...Thanks untuk ilmu-ilmu blogging yang tak seberapa ituuu...!Haha..Lagu Special untuk Sifoo, Isteri, Anak-Anak & Orang Gaji ;



The Darkness - Love Is Only The Feeling





Aboo & Lady Dark



[ Read More...... ]

Monday, August 11, 2008

FORUM XXX: Bila Si Agama X Cakap Pasal Agama Y


INTRO…
Aku, aku mengaku bahawa pengetahuan aku sendiri jahil terhadap agama aku sendiri…Apa lagi kejahilan bagi ‘non-Muslim’ terhadap Islam. Tentulah lagi tak faham…Tak tahu! Aku bukan nak memperkatakan soal artikel 121 (1A) yang mengatakan bahawa kebebesan beragama di Malaysia adalah…bla..bla..bla… (Wikipedia – Baca bab,Part. Dual Justice System, Sub; Complication!).

Bagaimanapun, kalau aku nak ulas soal ini dari sudut perundangan memang tak guna… Islam tidak terbela menerusinya…Maaf untuk bahasa kesat ini! Perundangan kita…Ringkasnya, bila mana-mana orang dah ‘cukup umur – 18tahun’ orang itu bebas nak peluk apa-apa agama yang dirasakan sesuai dengan seleranya, baik orang itu asalnya Buddha…Hindu…Kristian ataupun ISLAM !!! Maka untuk seketika…Baca tulisan ini dari sudut pandang - ‘Aku seorang Islam yang tak tahu apa-apa pasal Islam…mahu bercakap dan mendengar pasal Islam!’ - Untuk seketika sahaja…


OK…biar aku, Si Jahil ini terangkan kepada ‘non-Muslim’…Untuk kamu-kamu yang ‘non-Muslim’ bercakap soal hak asasi untuk convert agama (terutamanya - masuk atau keluar Islam) seelok-eloknya tengok dari sudut pandang seolah kamu seorang Islam laaah... Lagi sekali aku ingatkan, untuk seketika lupakan soal perundangan dan hak asasi asas seorang - ORANG atau manusia. Baca dan cuba faham dari pandangan seorang Islam!



INTERMISSION!!! PERTAMANYA…Soal mana-mana ‘non-Muslim’ nak masuk Islam. Perlu difahami bahawasanya, Islam bersedia untuk menerima mana-mana individu ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Jika atas kerelaan dirinya, walaupun ditentang oleh Ibu-bapanya atau keluarganya. Itu asas dalam Islam! Islam tidak tidak cerewet menyediakan dokumen dan lampiran setebal 1-2inci untuk ditandatangi oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Itu pun asas! Cukup sekadar atas kerelaan diri sendiri oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk mengucap kalimah syahadah tanpa dipaksa atau diseksa, maka Islam lah seseorang itu… Ini bukan bahasa susah! Ini 'basic' dalam Islam itu sendiri…



SETERUSNYA…Benar! Logik akal dan secara asasinya, adalah hak mana-mana individu untuk pilih apa-apa agama yang difikirkan sesuai dengan selera nafsunya. Namun begitu, dalam Islam... Setiap muslim, Islam ada hak ke atas setiap penganutnya. Islam tidak membenarkan seorang Muslim untuk keluar dari agama ikut suka mak-bapak mereka sahaja. Itu sebetolnya, kamu patut faham dari sudut pandang seorang Islam. Moleknya, begitu…



Para ‘non-Muslim’, perlu tahu dan sedar…Walaupun tidak tertakluk pada Undang-Undang negara ini. Asas pengetahuan Islam mengatakan ada ‘penalti’ untuk seorang Muslim yang bertindak keluar dari Islam…Penaltinya, adalah KENA BUNUH! (Jangan takut! Tertakluk pada syarat dan terma). Ini bermaksud besar salahnya pada Islam jika penganutnya keluar dari agama itu…Senang nak masuk tapi bukan senang-senang boleh keluar dengan sekadar memohon menukar ‘status - agama’ pada I/C, sekadar contoh…Fahamkan begitu!



OK…Selesai Soal ‘Siapa Keluar Islam KENA BUNUH (bersyarat)…Next! Wahai ‘non-Muslim’… “Tiada paksaan dalam Islam…”, mesti kamu pernah dan selalu atau paling tidak ada terdengar ‘term’ ini. Baik yang Islam ataupun ‘non-Muslim; ramai yang berfikiran bahawa, ‘term - tiada paksaan kepada mana Islam…’ memberikan maksud tiada paksaan untuk keluar-masuk dalam Islam atau contohnya, tiada paksaan dalam menutup aurat misalnya. Jika itu maksud kamu, sedarilah bahawasanya…Ada salah faham terhadap kefahaman Islam kamu. Itu pasal aku kata “Kamu jahil…Kurang pandai dari aku yang tak kurang jahil nih!”.



Benar…! Setuju…! Islam tidak dan tidak akan memaksa sesiapa untuk menganutinya. Namun begitu, kefahaman tentang – Bila kamu SUDAH BERAGAMA ISLAM itu sangat penting. Bila rasminya, seseorang itu adalah MUSLIM…maka seharus dan sewajibnya menunaikan apa yang Tuhan Islam suruh, meninggalkan apa yang Tuhan Islam larang. Bahasa mudahnya begitu bagi mereka-mereka yang ‘non-Muslim’…



Jika individu itu sudah Islam, WAJIB/PERLU seseorang Islam yang lain menjaga keISLAMan Muslim yang lain. Tu pun mudah…Perlunya kamu faham akan ‘term’ (dari hadith) ‘Setiap Muslim-Muslimat adalah bersaudara…”. Memahami istilah itu, ketahuilah bahwasanya, Setiap Muslim perlu menjaga setiap Muslim yang lain. Jaga apa? Jaga Akidah…Iman…Akhlak…! Dan seboleh-bolehnya jaga kesemuanya…Segala-galanya! Setiap Muslim WAJB/PERLU menegur atau mencegah setiap Muslim yang lain sekiranya ada berlaku salah laku walaupun kecil kesilapannya, apa jika melakukan salah yang besar seperti keluar dari agama. Fahamkan begitu…



Contoh 1… Tiada sesiapa pun yang memaksa mana-mana orang asing untuk tinggal di negara X…Tapi bila kamu membuat keputusan muktamad untuk menetap (atas kerelaan sendiri) seterusnya mendapat I/C menandakan bahawasanya kamu adalah rasmi sebagai warganegara X, sebetolnya…Kamu perlu ikut peraturan negara X. Hukuman berat kalau kamu bertekad untuk melepaskan kewarganegaraan negara X… Kerajaan Malaysia pun bertegas terhadap mana-mana individu yang melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Sekadar contoh mudah…Aplikasikan saja mengikut pandangan Islam!



Contoh 2… Bagi sesiapa yang lahirnya dari keluarga Islam…Contoh mudahnya, bila anda lahir di negara X mendapat surat beranak Pejabat Pendaftaran Negara X, maka…adalah perlu dan wajib seseorang untuk patuh dan ikut peraturan negara X yang menyambut kelahirannya. Kalau tak ikut, benganglah Si Pemerintah Negara X. Logiknya begitu…Aplikasikan lagi sekali mengikut pandangan Islam!



OUTRO PANJANG LEBAR...Agama bukanlah satu entiti yang boleh dipermainkan. Apa lagi ianya adalah AGAMA…Kepercayaan terhadap Tuhan! Bila masuk bab-bab ke-Tuhan-an takkan boleh disenda dengan sewenang-wenangnya… Entiti beragama X tentu bengang jika agamanya dipersendakan oleh entiti beragama Y…Tak begitu??



Lagipun, tak perlu lah di perkatakan soal hak kebebesan bersuara yang kini makin mengarut dan menjadi-jadi. Pihak Pemerintah dan cukup baik memberi kelonggaran untuk bersuara tetapi disalah guna pulak. Aku…Blogger kelas-2 yang tidak seberapa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menulis soal ini, Lagipun…Aku bengang juga kat Bloggers nge-top Melayu Muslim yang tidak sebut langsung soal ini. Duk sibuk politik aje! Ini akidah…Agama kita… Pada mereka-mereka ‘non-Muslim’ yang tak faham asas agama kita, jelaskan pada mereka yang ‘non-Muslim’…Gunakanlah platform blog-blog kamu yang ber-rating juta-juta tu!



Para Muslim, jangan pula kita melenting dan salahkan para ‘non-Muslim’ atas kejahilan mereka-mereka yang ‘non-muslim’ ini. Mereka tak baca Quran dan hadith…Logik benar kalau mereka tak tahu! Para ‘non-Muslim’ tidak boleh disalahkan 100% sebabnya lagi terang…Jelas dan nyata… Ada salah faham terhadap kefahaman ‘non-Muslim’ terhadap Islam itu sendiri. Itu sebenarnya yang berlaku.



Lagipun…adalah bodoh kalau kita beragama X berforum mengenai agama Y… Apa lagi kita-kita yang beragama X ini belom cukup arif tentang agama kita sendiri… Agama X untuk Si X Agama Y untuk Si Y…Tidak lebih! Tidak kurang… "Untuk kamu agama kamu, Bagi kami agama kami..."(Aplikasi mudah untuk Muslim dari Surah Al-Kafirun...!)



Boleh..! Boleh..! Nak bercakap soal inter-faith…nak debat secara terbuka pun takde salahnya. Kalau Al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat boleh berdebat dengan Dr.William Campbell…Dr.Zakir Naik – Sri Sri Ravi Shankar boleh berdebat lebih 3jam didepan ratusan ribu orang yang bermacam agama..Kenapa pula tidak kita di Malaysia?! Cuma…Cuma…Biarlah yang berdebat tu adalah dari kalangan mereka-mereka yang arif secara mendalam dalam agama masing-masing. Bukan mamat-mamat dan minah-minah yang ntahapaha tak tahu mana asal usul, tetiba bercakap soal agama…Tu bangang namanya!



+More comments at Tranungkite Online!!!

+Also published at UTARA-ONLINE!!!

+Of couse at AL-BANJARI ONLINE!!!



Aboo & LaDy Dark
Peace, Love & Empathy !



[ Read More...... ]

Wednesday, August 6, 2008

"Moo-Moo" Untuk 'non-Malay'; Ahh...Kenapa Tidak?

MUKADIMAH KOSONG
TOLONG...TOLONG...TOLONG...Jika anda ‘non-Malay’ yang membaca tulisan ini, jangan sesekali menuduh aku racist! Jika aku racist pada ‘non-Malay’, Jika aku racist, aku tidak berkawan baik dengan aweks berbangsa India, Anusha Ratnam dan Mishaliny Nair...aku tak jam dengan Jerome Chong, aku tak pergi memancing dengan Wing Meng (LMB), aku tidak berkongsi kelas dengan Jassy Singh dan Kiranjit Kaur (sekadar beberapa nama kawan-kawan ‘non-Malay’!).

Paling tidak, jika kamu (non-Malay) menuduh aku racist berdasarkan tulisan ini, bermakna aku juga racist terhadap Melayu, bangsa ibu dan bapaku. Nilaikan juga adakah aku sebenar-benar racist terhadap Melayu, Sila anda membaca 2 artikel aku sebelum ini FIKIR-FIKIR; MELAYU KAH AKU? (BM) dan A Story of Me, My Selfself And My'Melayu'Team (English)!

Apa pun, baca dahulu, nilai kemudian... Dalam Islam contohnya Solat, kalau tak cukup 13 rukun maka tak sah solat itu, kalau baca tak abis...Penilaian ke atas pembacaan itu tidak sah! Setuju atau tidak, baca sampai abis...gunakan saluran komunikasi dengan tinggalkan komen di bawah. Untuk mula membaca, yang Islam...mulakan dengan 'Bismillah...', yang lain-lain, mulakan dengan apa-apa ayat puji-pujian untuk memuji Tuhan masing-masing...sekian untuk mukadimah!

PREMIS 1 : Untitled…
Mana aku nak mula...? OK…Bismillah! Soal Muzakarah-Muqabalah Parti Islam Se-Malaysia dan United Malays National Organisation sebenarnya tentang apa? “Adalah beberapa isu kita bincangkan, Melayu, Islam dan isu badan kehakiman misalnya…” Presiden PAS. Presiden UMNO cakap…” Bla…bla…bla…(Baca aje mana-mana paper, Utusan ka…Berita Harian ka…NSTP ka…) Apa2 saja bacaan ringan kepunyaan belah sana…Aku tahu kamu tahu apa intipatinya. Tak hal itu, hal ini…

Untuk seketika, apa benda tu Muzakarah-Muqabalah? Apa bezanya Muzakarah-Muqabalah? Aku yang belajar bahasa Arab selama 3 bulan memang tak paham maksud sebenar terhadap istilah ini. Bahasa Arab aku belajar setakat mengenal hua, huma, hum, hiya, humma, hunna, anta, anthuma, anthum, anti, anthuma, anthumna, ana, nahnu aku tahu! Apa lagi yang bersekolah Cina dan Tamil, yang bersekolah kebangsaan pun taktahu. Mengaku aje lah, kamu memang tak tahu…

OK…Rasanya ada baiknya aku jahilkan diri untuk tidak mendefinasikan Muzakarah mahupun Muqabalah secara ilmiah dan mendalam. Cukuplah untuk mana-mana yang jahil seperti aku mengatakan bahawa Muzakarah-Muqabalah itu adalah pertemuan untuk membincangan sesuatu. Tentang apa yang dibincangkan…apa-apa je lah! Pasal apa???Pasal apa-apa je lah! Cukup untuk itu bagi mereka-mereka yang jahil dan berpendidikan secular seperti aku… Pendek kata, maksud yang mudah…Pertemuan untuk membincangkan… bla…bla…bla…

OK, yang yang bodoh, tak sekolah dan jahil…kita istilahkan Muzakarah-Muqabalah sebagai “Moo-Moo”. Senang disebut, simple pula bahasanya…Faham dengan intepretasi sendiri! Spekulate lah sendiri ikut kefahaman sendiri…Jangan libatkan orang lain! Fahami dengan makna yang anda sendiri faham…Buruk kefahaman anda, buruk lah ia…Baik kefahaman anda, baik lah ia…

PREMIS 2 : Intermission…
OK…Encik Karpal Singh, tanpa perlu memandang sinis Encik Karpal sebagai Pengerusi Democratic Action Party tapi satu entiti yang mewakili dan mengepalai ‘non-Malay’. Encik Karpal Singh, antara entity non-malay yang sangat melenting dengan isu “Moo-Moo” di antara dua entity yang dinamakan Parti Islam SeMalaysia dan UMNO. Risau Encik Karpal bila PAS duduk semeja dengan UMNO…Risau betol dia, seolah bini dia main belakang…

Paling tidak kerisauan Encik Karpal itu melambangkan kecintaan dan kasih sayangnya terhadap PAS sebagai salah sebuah entity yang menganggotai satu ikatan tanpa dokumen konkrit yang dinamakan Pakatan Rakyat! Tahniah atas kecintaan Encik Karpal terhadap Melayu-Melayu di dalam PAS. Bukan senang nak cari macam orang yang bukan calang-calang seperti Encik Karpal…Tahniah sekali lagi!

PREMIS 3 : Objektif Utama…
Ok…Cukup-cukup (TULIS PANJANG-PANJANG SIAPA NAK BACA???)! Terus kepada point sebenar aku menulis tulisan pendek ini. Motif tulisan ini adalah untuk menyeru bangsa-bangsa ‘non-Malay’ yang aku sayangi yang tidak senang akan isu “Moo-Moo” oleh 2 puak politik yang dikepalai oleh puak-puak berbangsa Melayu. Menyeru apa? Seruan supaya kamu-kamu, Kepala-Kelapa kepada entity berasaskan politik yang merasakan kamu semua boleh dan mampu membela bangsa-bangsa kamu agar ber-“Moo-Moo”-lah sesama kamu.

Ya…KENAPA TIDAK?! Jika puak-puak Melayu boleh ber”Moo-Moo” sesama mereka, kenapa tidak kamu sesama kamu? Tiada sebab “Moo-Moo” kamu itu akan dituduh ada ‘racial agenda… ‘ Lagi 12 tahun kita akan jadi satu bangsa berdasarkan salah satu misi WAWASAN 2020, mewujudkan Bangsa Malaysia.

Istilah Malaysian yang sekarang merujuk kepada kewarganegaraan akan dinaik taraf kepada istilah ke-bangsa-an, tiada lagi Melayu, India, Cina dan bla…bla..bla... Lu hitam, Lu Malaysian… Lu sepet, Lu Malaysian.. Lu kuning, Lu pun Malaysian… Mudahnya, kita bersedia bersatu dalam istilah ke-bangsa-an tetap tidak akan bersatu dalam SATU PARTI!

PREMIS 4:Bab sivik dan kesedaran…
(An Open Talk with my bestie, Norroid Marverick!)

Next…Mana ada manusia yang tahu, kat negara mana akan terlahirnya dirinya…Ada ke mana-mana manusia atas muka bumi yang tahu kat negara mana dia akan dilahirkan oleh Mak-nya? Bukan ‘orang’ kalau tahu mana tempat dia akan lahir…So, apa masalahnya???

Masalahnya, kawan baik aku ‘non-Malay’ itu memberi andaian, adakah bayi berbangsa ‘non-malay’ yang lahir pada masa yang sama, di tempat yang sama dengan bayi berbangsa Melayu bakal tidak mendapat hak yang sama antara satu sama lain? Itu tidak adil…Itu yang aku nampak pada ketidakpuas hati ‘non-Malay’ pada ketika ini. Itu pun boleh dijadikan modal untuk kamu-kamu ‘non-Malay’ untuk ber- “Moo-Moo’ antara satu sama lain. Sekadar 1 contoh mudah untuk aku yang memberikan pandangan!

TAPI…TAPI…TAPI…Aku kata balik kat kawan baik aku yang ‘non-Malay’ tadi, dalam pada itu kesedaran ke atas Siapa kamu?Asalnya kamu dari mana? Asal-usulnya… Itu pun penting!Kenapa kamu didatangkan ke Tanah Melayu? Bincangkan itu juga… Kontrak social asalan kepada NEP yang duk ada ini sudah cukup untuk meletakan 8-9 daripada 10 ORANG TERKAYA di Tanah Melayu (kini Malaysia) adalah milik ‘non-Malay’. Tak cukup lagi kah? Takkan semua nak bolot kot?

OK..itu kalau tengok yang kaya raya! Yang merempat, mengemis…? Bagaimana…? Haa…ber-“Moo-Moo” lah kamu tentang itu juga. Salurkan kepada mereka-mereka yang berkenaan di Putrajaya sana…Hak, tetap untuk yang berhak! Kot-kot mana pun, tuan rumah tetap berhak dapat bahagian yang lebih… Lebih sedikit je punnnn… ‘Bagi-muka’ sedikit lah! Paling tidak kamu-kamu ‘non-Malay’ akan boleh check kelentingan Melayu (kot-kot) jika kamu semua bersemuka untuk ber-“Moo-Moo”

PREMIS 5 : Konklusi Jiwa Kacau…
Sebenarnya, banyak sangat keserabutan yang ditimbulkan, ada pro ada kontra. Adukan kedua-duanya membikinkan keserabutan. Masuk pulak propaganda dan spekulasi politik. Lagi lah menyengalkan pandangan mata dan pendengaran telingan. 2-3 puak politik yang mengaku mereka adalah mewakili untuk kaum-kaum mereka. Itu yang sebetulnya…

PREMIS 6 : SEBENARNYA, SIAPA YANG LAYAK…???
Siapa paling berhak untuk bercakap soal kontrak social? Bagi aku, ianya bukan hak mana-mana parti politik untuk ber-party di pentas atas nama “Moo-Moo” tadi… Untuk yang Melayu hak untuk meletakkan hak itu adalah dalam bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong…Cuma masalahnya…???

Hak yang sudah tertokkok pada perlembagaan artikel 153. (Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia) – Wikipedia

PREMIS 7 : Untitled lagi…(Permintaan untuk Feedback!)
Am I racist on this matter? Send me your feedback…Thanks!


+More comments on this article at TranungKite Online!!!
+Also at AL-BANJARI ONLINE!!!

Aboo (Malay) & LaDy Dark (Eurasian) [ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.