Al-kisah terjadi di sebuah negara yang tak bernama, tidak juga sebesar mana, kurang masyhur sebenarnya… sudah 50 tahun kemerdekaannya… Tapi sayang masih sekular…Banyak penduduknya, majmuk bangsanya cuma pelik-pelik pe’el rakyatnya…kalangan warganya ada yang sudah sampai ke rebung dunia, merengani selat sejuk bergelora malah berjalan-jalan di kutub utara…Banyak lagi rekod tercipta, paling latest, hampir ke bulan salah seorang rakyatnya! Wow…bangganya!
Negara yang tidak sebesar mana itu ada berbelas negerinya…Bersemenanjung dan ada yang terapung…Tidak sekata pecahan negerinya…Ada yang luas tanahanya…Ada yang sebesar Singapura wilayahnya…Kisah biasa epik semasa, adapatasi ceritera sekadar menyusul orang-orang lama…
Ini sekadar kisah biasa…Kisah biasa seorang pemuda, Sederhana segala-galanya namun tinggi jiwanya…Menggunung cita-citanya...Pendek kata memang ambitious orangnya… Negeri Wan Kembang terbuang ia…atas arahan Boss yang berkuasa…Di tempat asing dia membina kerjaya…Sudah hampir 3 tahun lamanya…Ramai orang sudah berkawan dengannya…komitmen kerja dipuji dia…Kadangkala terlambat juga pergi kerja…Boss bising macam biasa…
Pemuda ini memasang niat untuk menjadi pakar ekonomi negara…Di-apply-nya masuk ke sebuah universiti terbuka…Yang mahal bayarannya…Diiktiraf sijilnya…Semata-mata untuk meraih ilmu yang berguna…Harap dapat ilmu diguna…Untuk membela nasib negara yang kian ranap, Penggila politik punya angkara…Kalau diikutkan isu semasa…terang-terang rakyat jelata sedang dikastakannya…Pemuda itu mahu bantu golongan tua…Mahu memberi peluang kerja kepada orang muda…Mahu menyediakan sistem persekolahan dengan lebih sempurna…Mahu merubah stigma masyarakat disekelilingnya…Diharap cita-cita dimakbulkan-Nya…
Bukan sekadar kawan…rakan…atau sabahat handainya…Ramai yang ragu-ragu akan cita-citanya...Hanya iibu pembakar semangatnya… Kasih bapa memberi bahagia bahagia…Kasih ibu membawa ke syurga…Pemuda itu memang sayangkan kedua-duanya…Malangnya si bapa pergi dulu berjumpa-Nya…Sedekahkan sahaja Al-Fatihah kepadanya...Moga dicucuri rahmat ke atasnya...
Soal duit tidaklah berkira…RM21000 agak tinggi yurannya…Pemuda itu bukanlah orang yang berada…Bukan anak penjual batik juga sutera…Hanya anak seorang pesara…Lainlah kalau anak orang-orang kaya! Yuran…RM10000 ditanggung ibunya…Duit simpanan ibu untuk tunaikan rukun ke-lima, tapi untuk ntah kali yang keberapa…RM2000 korek simpanannya…Balance RM9000 mahu dicari dimana…Mahu minta lagi pada ibu malu pulak rasanya…
Oleh kawan rapat, cadangan diberi…Kenapa tidak diminta dengan Yayasan negeri...
Di-applynya duit yayasan negeri itu…berkali-kali dating ke ofis yayasan itu…Kena isi borang yang ini dan yang itu…Perlu dapat cop orang ini dan orang itu…Mesti sign orang ini…malah orang itu…Silap dikit…”Tulis lain ya, dik…Pastu datang balik…”
Akhirnya…panggilan diterima untuk interview…Pemuda itu rasa terharu…Berdedar-debar untuk di-interview…Cuma dapat dorongan dari ibu…”Pergilah anakku…Ibu doakan kejayaanmu…” Pemuda itu cakap…”I love you, Ibu…” Maka senyum dan balaslah Si Ibu “I love you too…” huhuhu…
Di ofis itu…ada lelaki dan ada wanita lebih 20 orang berkerusi dan bermeja…bising berbual soal apa-apa…terdengar “You tengoklah kain I, memang cantik lagi bergaya…” Sebelah sana…5 lelaki sembang pasal bola…Riuh rendah macam di stadium bola… Ini macam kerja apa…Macam suasana rumah terbuka…Terang-terang gaji buta…Patutlah kita tak ke mana…Tunggu disuap mulut ternganga…
“Minta maaf,Cik…Saya datang mahu ditemuduga…” Kata sapaan, kesusilan jadi pegangan…Namun di balas dengan kurang sopan ”You tunggu situ diam-diam…I sibuk banyak urusan…” Sememang wanita itu sibuk duk berdandan, menutupi jerawat memang tak padan… Pemuda itu itu tunggu…duduk di kerusi depan…Hanya menunggu untuk dilayan…Ofis yang bermakhluk lebih 20 orang… Seolah-olah tiada yang perasan…Selain wanita yang sibuk berdandan…Tapi haram langsung tak dilayan…Sibuk menutup jerawat dibadan…
30 minit kemudian…ada yang perasan…Makcik tua memberi sapaan “Adik datang apa urusan…?” “Saya ada temuduga biasasiswa Master Bisnes dan Pengurusan…” Yang duk bersembang pun terdiam…Agaknya sedar tak setaraf kelulusan…Sekian lama baru perasan? Agaknya diorang ni SPM sahaja status pelajaran… Yang berdandan pun baru nak melayan…? Boleh blah…Saya tak hairan…”You balik baik jadi mak andam” Kata hati melepaskan geram…
Dengan Air Asia terbanglah dia sekali sebulan…Untuk mencari ilmu tentang kewangan juga skill pengurasan…Depan KLCC tempat pembelajaran…Coursemates ramai dari golongan pertengahan ada juga dari kelas atasan…Cina, India, Melayu juga ada yang dari seberang…Yang tua yang muda…Berkerjaya macam2…Tujuan mereka tak lain dan tak bukan, sekadar menyahut cabaran “modal insan…” Kesemua mereka seperti kakak dan abang kandungan…”Adakala mereka belanja makan…” Antara mereka saling memberikan galakan…Tidak seorang seperti orang-orang yayasan…Tidak pentingkan diri dan kedudukan yang kononnya perasan berjawatan…Ini contoh perbezaan fikiran orang-orang yang berpendidikan…Tak bodoh-sombong cakapnya tidak sebarang…Sentiasa berfikiran mahu ke depan…
Di KL menumpanglah dia selalu di rumah rakan-rakan…Yang dulu berkritikan kini memberi galakan…”Kalau lu lulus gua belanja makan…” Dari jauh Ibu tetap memberi sokongan…selalu talipon tanyakan perkembangan…Juga diingatkan jangan tinggalkan sembahyang…”Orait Ibu…Saya tak lupakan….” Pemuda jawab secara spontan...
Semesta satu berakhir pada tahun lepas bulan sembilan…Exam ditempoh dijawab tenang…Result bagus…tiga point tiga, Oklah kan?…Kekawan hanya buat-buat tak layan…Tapi tunaikan janji untuk belanja makan…Cuma ibunya yang terasa hairan… tengokkan result bandingkan dengan empunya badan…Ibunya tahu anaknya malas dalam pembelajaran…Yakinlah Si Ibu akan Si Anak punya wawasan…”Tahniah Anakku…Ibu bangga kau punya kejayaan…”. Pemuda itu hanya memberikan senyuman…Gembira kerana bahagiakan ibu kesayangan…
Kini sudah tiga semesta…Berulang-alik, terbang macam biasa…Assignment lebih banyak dari tugasan kerja…Menuntut ilmu punya angkara…Penat badan tidaklah berkira…Soal kahwin tangguhkan sahaja…Biarlah semua itu dugaan sahaja…Boleh saja bekerja seperti biasa…Boss pun faham ditambahnya elaun semasa…Lagi 1 tahun grad-lah dia…banyak betul dugaan yang melanda…Soal cinta tak kena-mengena…Bila grad mahu ke-mana…Saranan Ibu, sambung PhD la pula…Soal duit serahkan pada Ibu sahaja…Buat masa sekarang belajarlah dulu sambil bekerja…
Kini…masa depan sedang difikirkan…Teringin benar cita-cita mahu dilaksanakan…Mahu berhijrah terasa sayang…Sentimental value yang menjadi halangan…Bukan sebab kerana ada yang menyayang…Bukan juga kerana cinta dah melayang…Hanya dilema nak stay di sektor pembuatan…Atau mahu cuba kerja dibidang pendidikan…Kalau tuan-puan ada cadangan…Minta tolong dikemukakan…SEKIAN !!!
_________________________________________________________________________________________________
Check Out...the unique style of blogging...at KERIS-SILAU!!!Follow through...Make your dreams come true...Don't give up the fight...You will be all right...Cause there's no one like you...In the universe...
Don't be afraid...What your mind conceives...You should make a stand...Stand up for what you believe...And tonight we can truly say...Together we're invincible...
And during the struggle...They will pull us down...But please, please let's use this chance to...Turn things around...And tonight we can truly say...Together we're invincible...
Do it on your own...Makes no difference to me...What you leave behind...What you choose to be and whatever they say...Your soul's unbreakable...Muse - Invincible Aboo
helo cik abu!
ko ni kan,if ada artikel baru je mesti msg aku eh?nak sgt komen dari aku eh?huhu!apa2 salute buat ko juga bkn senang nak tuls yg bacanya macam pantun2,gurindam2 ni!Dasat lu maatt!
Mentang2 duit fund ko tak masuk lg,ko kutuk yayasan tu eh?haha!tp diorang ni pun bangap jgk!Eeii...election punya keje ntah bila la duit ko tu masuk! Sabor je darling!
Apa2 keep it up!
bagussss...ko ni mmg berbakat dlm menulis...
ni kira intro buku yg satu lg tu ke?
apa2 pun azam aboo utk tambah ilmu tu mmg bagus...spt sabda nabi "tuntutlah ilmu dari dlm buai hinggalah ke liang lahad"..tuntut ilmu ni sebenarnya takkan habis sampai bila2...
aboo, kalau nak pilih bidang mana2 pun ok je..sektor pembuatan ok bidang pendidikan pun ok...semuanya atas kehendak sendiri...yang mana lebih kau rasa sesuai untuk jiwa kau dan yang mana kau rasa kau sanggup buat apa saja utk berjaya dlm bidang tu...akhir sekali dlm mencari rezeki ni kita kena ingat juga 9/10 punca rezeki itu datangnya dari bidang perniagaan...
aboo, you're the man!
hehe..
yang ni patut dilayan,creatif!Aku ada check link KERIS-SILAU tu,mmg semua tulisan dia camtu eh?hebat!
Tp..Kay jgn pula sampai duk fikir bahawasanya kesemua penjawat kerajaan seperti org yayasan yg kau cerita tu.tak semua gitu,ada yang bagus apa?!Contoh aku ni!bagus macam apa ni haa..
Apa yg ni best!
Akhirnya…panggilan diterima untuk interview…Pemuda itu rasa terharu…Berdedar-debar untuk di-interview…Cuma dapat dorongan dari ibu…”Pergilah anakku…Ibu doakan kejayaanmu…” Pemuda itu cakap…”I love you, Ibu…” Maka senyum dan balaslah Si Ibu “I love you too…” huhuhu…
Teruskan usaha mu wahai Aboo,
Yang katanya nak menulis buku,
Soal masa depan,rileks2 lah dulu,
Apa-apa hal cari ilmu lah dulu.
Shafina
dulu,kini&selamanya !!
hey baby girl...
so sorry it took me forever to get to your page..
looks like you've got something good going on here... quite a few followers...
almost didnt recognize u as lady dark... arent u supp 2b my darkqueen? hee... :-)
but why not much writing from you la...?
bz bz i think... well, you better be... want my private dentist out soon. ;-)
anyway, i especially like your new years ranting... and this article too.
very stylish.. will have to start blogging meself oso if its this interesting...
and btw, i totally agree with ur fren... desk ppl are always an ass... PR should be better, especially when our tax money are paying their bloody salary!
aboo... you should write to NST or the Star... let them have it to their face!
anyway, im kindda tight on my schedule, gotta go out in a while... boss issues... (see... i work... i dun just sit on my ass all day..hee..)
thought id jst drop a line...
jst to say that you and you friend should keep ths up...
nothing on elections in kelantan? u know... since you're writings are mostly based on that state...
k babe... later !!!
tak payah nak nafikanlah kebanyakan pegawai kerajaan ni mmg tak buat keje betul2..especially yg front desk tu...kalau yg perempuan asyik duk sembang je, kalau yg laki pulak keluar minum tak abis2...pukul 8 minum, pukul 10 minum, pukul 12 lunch, 3.30 minum ptg pulak...
huhu...baru berkesempatan!
Ini bukan kes nak kutuk pekerja kerajaan pun!baca whole text la..huhu!Walaubagaimana pun tak dinafikan...mmg tu la kejenya org2 tu!Ala...nak diceritakan byk,anda2 pun tentu ada banyak cerita kalau mitk di ceritakan karenah org2 kerja di agensi kerajaan ni kan.?Birokrasi lagi parah...ni semua mentality aje!bkn apa sgt...
Ala...nak bayar saman parking pun 3-4kaunter kena pusing2!Ni kan pula nak mitk duit,apalagi kalau duit free!Ntahla...katanya sistem penyampaian dah di-upgrade!Yeke?
Mtk kalau ada story2 menarik KARENAH 'bebudak' yg kerja kerajaan mitk di-share!PLEASE...
Ubah Sebelum Parah!
setujuuu...UBAH SEBELUM PARAH!
hey baby girl... <-- you just had to stir some havoc rite??? anyway, thanks for dropping by... good to have one of mine here :) get the rest to read oso la...
as to say something for this article... we have to admit, tak sume pekerja kerajaan macam ni dan bukan hanya pekerja kerajaan yang macam ni... swasta pun sama je...
but i think the more importnt issue is sikap macam ni tak patut ada dalam pekerja kerajaan. you patut tunjuk contoh yang baik to everyone because you have a better job security then swasta. lagipun work ethics pekerja kerajaan melambangkan dan mencerminkan kerajaan yang memerintah pada masa tu. and government berkhidmat untuk masyarakat. jangan la sampai masyarakat dibodoh2kan just untuk dilayan pertanyaan dan permintaan mereka. tak baik tu...
tak tau nak cakap ape dah... sebab benda mcm ni tak yah cakap pun kan... kan.. kan ... shouldnt be happening in the first place sebab negara kita kan kononnya tinggi nilai agama dan budaya... ;)
darkqueen cakap tu mmg tepat la...gov servant ni kena jadi contoh yg baik kpd pekerja2 swasta...gov servant dah ada etika kerja utk diikuti dan patutnya menjadi ikutan organisasi2 lain...
ptg semalam ada seorang kawan baik...baik sangat, msg aku cakap...tuisan tu ada unsur2 riak!
Sesapa juga yg baca please kesan kat mana ada unsur2 tu!Sampai sekarang aku tak jumpa lg part mana riaknya aku dalam tulisan tu!
Bro...
"someone finds salvation in everyone..another only pain..someone tries to hide himself,down inside himself he prays...someone swears his true love until end of time..another runs away,separated or united...HEALTHY OR INSANE...?"
- Chis Cornell
I'm open for criticism!!!
hehe dituduh riak?agak jugaklah.hehe
tapi pedulikan apa org cakap.yang menulisnya ngko,yg berfikirnya ngko.yang penat menaip tu ngko la jgk!yang duk baca ni menyandar je kat kerusi sambil2 isap rokok lagi.kadang2 tu.....
betol apa si aboo cakap..menulis dan bercakap ni lain.org bercakap tak kuar sen pun.liur basi je kuarnya.so biarkan diorang bercakap.
Tak peduli Orang!
tertinggal lagi satu
Halo encik derek yg kerek!
ngko ingat semua penjawat awam macam ngko duk kata tu ke?Please lah!!!
i totally agree with ur fren... desk ppl are always an ass... PR should be better, especially when our tax money are paying their bloody salary!HOTAK NGKO......
Ohh..mentang2 ngko duk swasta kena potong gaji sbb tax,konon2 utk bayar gaji kitorang ni?hoi...pegi skolah balik la.
Memang tak peduli orang pun!
sbnrnye lama dh aku nk ckp tp asyik bz + server problem
bro derek,
and btw, i totally agree with ur fren... desk ppl are always an ass... PR should be better, especially when our tax money are paying their bloody salary!
respond: ur words so naughty dude, Everybody with certain amount of income will pay tax but why others dont write as ur writing? please think. The answer is good for yourself.
If you saying you dont want to pay tax? Pliz find another planet besides earth huh
And i need a real fact ur tax money pay gov serv salaray
-new gov serv (ex-private sector) -