Tuesday, February 12, 2008

ILHAM-ILHAM: Memo Kaunseling untuk 'SPOILED BARAT BOY'...

Intro : ADA APA DENGAN BUKU…?

Tercetus ilham untuk menulis novel mula datang pada pernah suatu ketika Abe Nor pernah berkata “Demo tulis buku la pulok…”. Lokasinya di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu Kelantan…jam 9.45mlm pada malam khamis lupa pulak tarikhnya! Pulang dari situ…aku mula fikirkan rasanya bagus juga tulis buku…masalahnya, buku pasal apa? Kalau pasal politik…aku kena pindah ke Texas dulu…paling tidak kena apply kerja TEXAS Instruments dulu macam Si Pa dan Zilal…Gajinya lumayan juga (Basic dah RM4k++)! Setiap kali ke KB Mall…aku mesti ke POPULAR Book Store di aras dua untuk baca magazine secara free (untuk knowledge juga…)HAHA! Sejak aku tengok perempuan berjerawat dimuka yang belanja RM 189.90 untuk beli beberapa buah Novel cinta-cinta tempoh ari…aku mendapat ilham untuk menulis kisah cinta…WOW!!! SUMPAH…tak pernah aku baca walau sebijik pun novel cinta malah, movie-movie cinta pun aku tak jarang sangat tengok…Aku takde pengalaman langsung untuk menulis pasal kisah cinta… tapi tak mengapa, “Belom coba belom tahoo….” Kata Captain Azani (Smashing Pumpkins). Ops…juga 2 lagi in making (bentuk buku) “1000 hari terbuang di Kelantan” (sempena 2tahun 8bulan aku tinggal di Kelantan) dan juga “Stepping into Future …” (Soal culture kita-kita mungkin berbahasa English kot). Insya-Allah…satu hari siap juga! Aku dah janji pada diri aku untuk menyiapkannya juga…aku dah pasang niat sejak hari itu!

Oleh kerana aku dah memasang niat untuk tulis persoalan berkisahkan cinta (untuk kali ini sahaja…) maka jalan ceritanya la pulak menjadi masalahnya…Ish problemostasticos betol!So…aku separa-reka… jalan ceritanya senang! Secara langsung sebenarnya memang terganggu atas niat aku untuk menulis soal cinta tu… Mungkin kerana teruja…aku OBSES! Kesannya…memang mengganggu hidup aku. FIkir aku…”Lagi aku tak tulis…lagi tu ‘benda’ tu menggangu!” Cuma belum sampai peringkat halusinasi saja…haha! Tapi ilham datang secara tak sedar, kat mana2…pada bila masa sahaja, kebanyakkannya aku simpan dalam hardisk otak aku sahaja! Ish…susah nak cerita…mudahnya, aku kena tulis dulu… kata orang “kurangkan bercakap…banyakkan tindakan…”. Cuma malangnya…adakalanya, tindakan kita tu ‘orang salah faham…”. So…ini tindakan aku… inilah yang mengganggu hidup aku…dengan tercetusnya tulisan ini…sedikit sebanyak boleh mengurangkan sedikit stress dalam otak aku ini…paling tidak boleh meredakan keresahan hati ini…HAHA! Bunyi macam orang putus cinta…BO-DOL betoi ! Kalaulah benar aku putus cinta…orang pertama aku cari adalah mak aku….!

Jadi…di bawah ini adalah cerita separa-reka…SEBABNYA, mostly kesemua watak yang aku tulis itu…jasadnya wujud namun fungsi dalam cerita ini…rekaan je kot?! Namun…dalam dunia nyata…watak2 yang ada ini…sememangnya benar, salah seorangnya perhatikan watak (mungkin takde dlm teaser ni…kot?!) yang bernama Ustaz Hisyam, bangsa Arab warga Mesir yang kini mengajar juga menetap di Madrasah Darul Annuar…Pulau Melaka, Kelantan sememang seorang tahfiz dan memang tinggi ilmu agamanya! GIFTED…orang-orang yang boleh hafal 6666 ayat sebuah Quran bagi aku…bukan biasa…namun pilihan dari-Nya! Sememangnya ianya anugerah…Jadi aku ekploitasikan ilmu-agama untuk diadaptasi dalam cerita aku…Tak salah aku’ gunakan’ Ustaz tu, lagipun ustaz tu sendiri ada memberi ‘injection’ dos-dos agama terhadap aku…secara umumnya! Cuma bahasa Melayu memang pelat yang amat sangat…huhu!

Selebihnya…gaya penceritaan aku tiru Bro Sheih Kickdefella…cuba tengok tulisannya… dalam tag “email to Chang Kai Chee…”. Tengok macam mana aku tiru…jangan ada yang sedih-sedih sudah. Namun harapan aku…kalaulah ada salah seorang antara anda yang menangis atau paling tidak sebak terhadap teaser ini, Wah…itu tandanya tulisan aku memberikan KESAN…hahaha! Ini sebenarnya baru pengenalan sahaja…Mungkin 1 % dari jalan cerita (1 buku penuh), Lagi sekali aku ingatkan yang aku tulis dibawah tu semacam teaser ataupun trailer je la…! Hasil penuhnya entah setahun kah? 2 tahun kah? 5 tahun kah? 10tahun kah? Ntah bila ianya boleh disiapkan dalam bentuk buku yang ready untuk dipasarkan…AKU PUN TAK TAHU!

Ok…Stop! Aku nak start tulis dah…these still not my best attempted but its nice one, tenang2kan fikiran…mana2 yang merokok boleh cucuh rokok anda… BACA mula dengan Bismillahhirahmanirahimmmm…. - Aboo

_______________________________________________________________________________________________

“Aku mengekorinya sejauh ini bukan untuk apa…aku cuma mahu menatap wajahmu sepuas-puasnya…walaupun jasadmu membelakangi aku!” – Surat Photostat yang kau scan hanya ayat tu jelas dapat aku baca…”Hanya mu yang boleh baca tulisan mu…” Agaknya surat bertulisan cakar ayam itu…sudah dikoyak…atau dibakar…atau buang bagai sampah olehnya… kalau akulah yang dapat surat original tu…”tak kuasa aku nak baca….”! jangan pula kau berfikiran bahawa diri kau dianggap sampah olehnya…itu silap! Tak mungkin…sebabnya dia tahu dia siapa…dan kau tu siapa….

Sememangnya benar…hanya kau yang sebenar tahu isi kandungan sebenarnya…cadangan aku…BIARLAH RAHSIA kandungan sebenar surat itu kau simpan sampai bila-bila…lagipun kau sudah memaklumkan kepadanya bahawa surat itu adalah ‘feeling’ kau seminggu hidup tanpanya…aku tahu perasaan kau.

Aku minta maaf kerana tidak pernah membalas email-email yang melambak kau kirimkan sejak perkenalan kita 6bulan yang lalu di dunia siber... Aku sebenarnya tak tahu memberikan respon bagaimana untuk membantu kau….SEJUJURNYA! Lagipun kau lelaki, lainlah kau ini perempuan…tentu kau akan dapat 2 email dari setiap 1 email yang aku terima. Lagipun…aku risau kalau-kalau kau ini ‘homo’ hahaha! Dari email-email awal perkenalan kita yang kau kirimkan tidak lama dulu…aku agak, kau baik-baik sahaja di sana. Kau kata…kau bahagia dan ‘happy’ bila bersamanya…dunia ini engkau yang punya! Apapun…perlu kau tahu bahawa aku memang baca setiap email yang kau kirimkan.

Tidak lama kemudian email kau menyatakan bahawa timbul permasalahan dilemma diantara kau dan dia…kau ceritakan detik-detik ketika jiwa kau memberontak…aku tahu kau benar-benar dalam dilemma! Tidak lama selepas itu…kau berjaya memilikinya…kan? Kini kau dilanda fenomena dilemma untuk kali kedua…dan semestinya yang terakhir…kau mengatakan bahawa kau sudah kehilangan CINTA! Nyata…tiada apa lagi yang mampu merubah hatinya! Kau hanya mampu berserah dan redha akan kehilangannya walau bagaimana sekali CINTA kau kepadanya…

Ini kaunseling dari aku untuk kau Spoiled Barat Boy…

Oleh kerana aku tidak pernah tahu akan nama kau sejak kita berkenalan…ada baiknya aku menamakan Abu Sufyan untuk kau…Spoiled Barat Boy terlalu panjang untuk aku menamakan kau! Secara ikhlas…aku tak suka nickname kau itu! Abu Sufyan adalah satu nama yang baik dari Spoiled Barat Boy,nickname kau.

Kesimpulan awal…aku boleh katakan bahawa kau buta, pekak dan tuli terhadap cinta. Kau tahu apa itu cinta? Sebelum itu…ada baiknya aku berterus terang, untuk berceramah soal cinta berlandaskan ketuhanan aku sejujurnya tidak layak… aku bukanlah Graduan lulusan Agama seperti PM kita…aku juga tidak pernah mendalami agama seperti Hilmi dan Syakir yang kini giat bertabligh! Jiwa agama dalam diri aku sekadar mengucap 2 kalimah syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat fitrah dan menunaikan haji (sekiranya aku mampu kelak…InsyaAllah!)…segala tentang agama hanyalah Basic pada diri aku sekarang ini…SEJUJURNYA! Aku pun nak berubah kalau boleh…

Kebelakangan ini, dari email yang kau kirimkan…kau kini mula solat penuh walaupun adakalanya kau solat subuh pada jam 8.30pagi…bagi aku, kau sudah memulakan suatu yang sangat ada maknanya, setahu aku si dia pun sukakan orang yang sebegitu! Tapi aku tidak setuju tentang satu perkara…kau solat sebab kau nak ambik ‘advantage’ pada doa selepas solat untuk mengatakan hasrat dan hajat bahawa…”Ya Tuhannn…bukakanlah pintu hatinya untuk aku…sekali lagi”. Kau solat atas dasar kau hanya doa untuk memiliki sekali lagi…

Secara tak sedar…kau sudah menyimpang sebenarnya! Doa untuk itu…kau perlu ubah kepada….”Ya Tuhannn…kalaulah itu jodoh untuk orang yang aku CINTA…segala kebahagian aku…serahkanlah kepadanya dan pasangannya itu…” Juga jangan dilupa…berdoa agar ‘hidayah’ yang kau terima itu minta dikekalkan. “Sesungguh tiada nikmat yang lebih besar selain nikmat ISLAM dan IMAN…” Ustaz Hisyam.

Walau apa pun…jangan sesekali kau tinggalkan solat yang sudah lama kau tinggalkan sebelum ini! Jangan lupa berdoa untuk orang yang kau cinta itu akan kebahagiannya…kelapangan jiwanya…dan ketenangan fikirannya…. Itu pesan aku sekiranya benar kau memang cinta padanya! Sememangnya aku tahu kau memang cinta padanya mungkin untuk selamanya…

Abu Sufyan…
Seperti yang sudah kau janjikan kepada kenalannya…jangan lagi kau mengekorinya…walaupun jasadnya tiada didepan mata tapi tidak di hati kau! JANGAN lagi kau mengekorinya…ketahuilah bahawa cara itu hanya akan mendatangkan kebencian yang amat sangat olehnya terhadap kau sedangkan aku tahu SEIKHLASNYA langsung kau tidak berniat demikian, kau hanya mahu melihatnya walaupun dari belakang, walaupun dalam kenderaan yang sedang bersesak-sesak! Aku faham…Cuma mereka dan kawan-kawan mereka yang tidak faham! Tak mengapalah…sekurang-kurangnya ada orang seperti aku yang memahami kau! Bersabarlah…itu juga pesanku! Kau tidak pernah tewas walaupun kau menyerah hari ini…kau hanya tewas dengan masa yang menyingkat…kau hanya tewas kepada keadaan yang tidak menyebelahi engkau....sedarilah!

Tidak ikhlas…Tidak jujur…Tidak bersungguh…kau dikatakan demikian…pedulikan sahaja kata-kata orang yang berkata itu…Anggap sahaja orang itu tidak kenal akan diri kau yang sebenarnya…yang penting kau sendiri yang memahami situasi kau sendiri… credit atas pengorbanan kau mempertahankan prinsip kau sehingga tempoh itu! Aku yakin bahawa…kau betul dan aku yakin kau sememangnya mempertahankan sesuatu yang ada hak ke atas itu….Yakinilah…pengorbanan kau itu akan mendapat balasan yang berganda dari apa yang kau sangka!

Tentang tempoh masa yang kau cerita pada aku di email tempoh hari… aku berkeyakinan itu semua sudah tidak perlu… catatkan sahaja dalam buku catitan kau apa isi hati kau di hari itu! Catatkan juga apa juga decision yang kau nak buat…Ingat…jangan dikongsi dengan sesiapa termasuk aku…

Memang benar…soal perasaan dan soal cinta yang datang…hanya empunya diri yang tahu! Kau tahu…dia yang tahu! Orang sekitar hanya serpihan yang menyibuk sebenarnya…fahami kata-kataku itu. Dari email terbaru, kau kata kau masih fikirkan dia…selama mana ?! Biarlah…biarlah…itu adalah hak engkau untuk mengingatinya… Walau agaknya dia sudah lupa akan diri kau…kerana di matanya hanya ada pemuda itu…yang berketrampilan...penuh dengan kesopanan dan datang dari keluarga yang baik-baik, bandingkan dengan diri engkau yg 'kosong' itu!NAMUN begitu...dihatinya Tuhan sahaja yang tahu, malah Tuhan lebih mengetahui kejujuran keikhlasan kau…semua itu bukan manusia yang menilainya…manusia sekitar tidak layak menilainya! Kenangan itu hanya untuk kau…hanya untuk kau…bukan untuk sesiapa…jangan dikongsi dengan sesiapa…

Abu Sufyan…
Email berkenaan kau kecewa dengan kehidupan kau di bumi asing….nasihat aku... PERGI…PERGI…PERGI…pergi kau dari situ! Disitu bukan tempat milik kau… dalam diam sebenarnya ada orang yang mengharapkan pemergian kau dari situ…walaupun dalam hingar ramai orang memujuk kau untuk terus menetap di situ. Seru aku… PERGI-lah kau sejauh mana yang mungkin di bumi asing lain…jangan berhenti berjalan selagi nafas boleh menghembus…

Persoalan sentimental-value terhadap tempat yang kau bakal dan mungkin tinggalkan…Jangan rencatkan jiwa raga kau terhadap perkara-perkara yang sebenarnya mengikat jasad kau di situ! Aku tahu…kau sayangkan tempat itu, banyak kenangan manis dan indah kau dapat di situ. Berat hati kau untuk meninggalkan situ. Kau pernah cakap bahawa tempat itu bagaikan syurga bagimu….ada ketenangan menetap di situ! PERGI…PERGI…PERGI…pergilah kau dari situ yang hakikatnya sebenar bukan milik kau!

Sedarilah bahawa…kau sebenarnya sangat istimewa… Pedulikan sesiapa sahaja yang tak sedar akan keistimewaan yang ada pada kau! Asalkan kau sedar akan keistimewaan kau…eksploitasilah anugerah itu sebaik mungkin…jadi apa yang kau mahu jadi…buat apa yang kau mahu buat… yang sebenarnya HAJAT TERTANGGUH kau selama ini.

Air mata yang bercurah dari mata tajam kau itu…biarkan ia menitis…jangan disapu air yang berlinang itu…jangan dipujuk diri kau itu…BIARLAH! Menangislah kau sepuas-puasnya…sedikit sebanyak ada lega dari itu! Sedarilah bahawa kau memang tegar untuk sebarang aral…

Teruskan…teruskan…teruskan…teruskan perjalanan hidupmu yang mendatang dengan penuh tabah!Motivasikan dirimu…bangunkan dirimu…kemaskinikan dirimu…ayuh…dihadapan sana…tentu ada sinar! Ayuh…bangkit semula…keluarkan segala keistimewaan yang ada pada dirimu!!! Kembangkan sayapmu…berlalu dari situ…

Bina maruah diri…hanya kau tahu apa yang ada dalam isi hati kau…bebenanan yang kau tanggung sebenar dugaan kecil dari limpahan nikmat yang kau dapat selama ini…Jangan sesekali kau lupa akan tragedy ini…bina kekuatan diri…gagahkan diri untuk bangun dan berlalu dari situ buat sementara waktu…akan tiba masanya untuk kau kembali ke situ walaupun bukan untuk mendapatkan cinta kau kembali…sekurang-kurang dia tahu inilah orang yang pernah ditinggalkannya suatu masa dulu…dengan alasannya yang tersendiri…

Kau mesti bangkit dengan kenangan-kenangan yang tidak terlupakan itu…aku tahu kau memang boleh lakukan…kau perlu lakukannya…

Abu Sufyan…
Keunikan cinta…berlandaskan ego yang melampui kapasiti jasadnya untuk menanggung….sememangnya pelik! Aku tahu kau faham akan dirinya, faham akan tekanan pada dirinya…keluarga dia…dan sekitarnya. Sedetik masa yang berlalu tidak akan diulang kembali…apa lagi untuk melambatkan waktu. Itu mustahil… Kau sebenarnya hanya tewas melawan waktu…

Jangan pernah dilupa pesanku ini…Suatu hari…kau pulang kembali dan tonjolkan dirimu biar satu dunia tahu… orang yang berjaya itu sebenarnya dirimulah orang yang pernah kehilangan cinta suatu masa dulu… tetapi jangan ada dendam untuk itu!

_________________________________________________________________________________________________
Outro
Hmmm…bagaimana? Penat…penat...melayan naluri jiwa jiwang semata-mata untuk menulis ‘buku’ apalagi tentang cinta! Harapnya…aku mampu menyudahkan 99% lagi susulan cerita separa reka ini. Aku tahu bukan mudah untuk aku menyudahkannya. Tapi…INSYAALLAH….aku rasa aku boleh menyiapkannya! Ops…2 in making tu…kalu2 Bro Ben Kenobi mahu, aku boleh publish-kan…huhu!Tapi kena edit banyak gak yang tu… Itu pasal…bercakap dengan menulis ni beza…cakap biasanya keluar dari otot (lutut) dan menulis biasa dari otak…(sebabnya menulis ni… fikir..tulis...baca …fikir…edit…tulis balik…-kekadang tu berulang-ulang kali). Ianya bukan spontaneous atau impulsive macam bercakap bersembur2 keluar air liur…yang tak keluar se-cent pun…

Mungkin ini adalah satu podium asas untuk aku jadi penulis buku satu hari nanti…siapa tahu?! Aku mampu bergelar SASTERAWAN NEGARA?! Ishh…berangan!tapi taknak le buku pasal cinta merepek2 ni…ni saja2 nak ambik mood untuk menulis buku je…(kononnya…)huhuhu. So next…utk artikel blog…in-progress aku ada tulis perihal culture ala-ala me’layu’ based pada magazine TEMPO (RM11.50) yang aku beli di LCC Terminal tempoh hari…Ishh cerita pasal 'undone story'…banyak sangat yang aku tak abis tulis…JANGAN INGAT MENULIS NI SENANG MACAM BERCAKAP!!! “it’s need talent…” Kata seorang sasterawan kita…

Apapun…Tulisan ini juga merupakan satu dos berpatutan untuk aku hidup lebih aman sebagai ubat kepada penyakit OBSES aku yang nak sangat menulis buku….hahaha! Jadi akhir kata…ingat motto berupa kata-kata perangsang oleh Hiro Nakamura... “Yattaaaa….”


Dewa 19 feat Fadly & Yoyok - Hadapi Dengan Senyuman

12 Feb 08, 12.04am Lot 913 - Panji

Aboo

Komentar :

ada 33 comments ke “ILHAM-ILHAM: Memo Kaunseling untuk 'SPOILED BARAT BOY'...”
Anonymous said...
pada hari 

I explore your link at Malaysia-kita. I wonder that the others were political and social bloggers but you are cinta2 blogger?!For sure,the rest of your articles were ada bau2 social juga.hehe.But your words are so beautiful dude.full of vocab.

It's nice start for you to release a BOOK.hehe!keep it up dude,you can do it.

Anonymous said...
pada hari 

Oh my God, Abu!!!
Ko ke yang write benda alah ni?CINTA?why?why??why???
So,aku punya judgment by it cover;
1. emosi - 7.5/10
2. penghayatan - 8/10
3. vocabulary - 7.5/10
4. bahasa - 5/10
5. story board - 0
6. overall - BOLEHLAH!
wah...tak sabarnya tunggu buku ni.

Itu pasal…bercakap dengan menulis ni beza…cakap biasanya keluar dari otot (lutut) dan menulis biasa dari otak…(sebabnya menulis ni… fikir..tulis...baca …fikir…edit…tulis balik…-kekadang tu berulang-ulang kali). Ianya bukan spontaneous atau impulsive macam bercakap bersembur2 keluar air liur…yang tak keluar se-cent pun… HAHAHA...KO ADA KUTUK SESAPA KE NI?

tapikan,mana ada watak, ko cakap 'aku'.'kau','dia' je?!hidupkanlah watak.jangan duk general gitu je!
Haha.

my name not earl... said...
I explore your link at Malaysia-kita. It's nice start for you to release a BOOK.hehe!keep it up dude,you can do it. I KNOW HE CAN DO IT...NO DOUBT!

Anonymous said...
pada hari 

hehe..mamat jiwe juga tuan punya blog ni rupanya!macam berpengalaman putus cinta je?!

pendapat aku......
cinta ni abstrak...
cinta ni rumit...
cinta ni kompleks...
cinta ni beban...
cinta ni complicated...

So..mana2 yg bercinta sebenarnya secara tidak langsung mencari masalah kepada diri sendiri.

Bukan maksud aku tidak boleh bercinta,tp bercinta adalah decision yg sangat besar dan perlu difikir panjang sebelum masuk ke alam percintaan itu.

Aku share pengalaman aku.Ada kawan aku,mencari-cari cinta semata2 untuk lari dari seseorang!
dah kawin dah pun dgn laki baru yg dia jumpa tu. Kawan atas kawan!
desperate sgt kot(setiap org ada masalah sendiri),tp nak lari sgt dgn laki lama tu. walaupun dia tahu antara dia dengan laki lama tu memang salin mencintai antara satu sama lain. Lani body semua dah serah kat laki (suami dia tu la,dah ngandung dah pun)tp hati masih lagi teringat kat laki lama tu.kena pulak laki (suami baru tu baran,org kelantan memang baran ke?)

Bukan apa,sekadar share soal cinta.Dah kau tulis pasal cinta.

last..ini teaser yg bagus memandangkan aku memang kaki novel cinta!aku salute writing kau.hehe!PUJI TU.Nasihat,jgn stop apa yg kau dah tulis.Alang2 tulis..biar habis ler!

Ish..apasal aku tetiba komen kau punya blog.bukan ke kita musuh ke?hehe

aku wanita tua yang masih bujang bernama Shafina Sheikh Fadil

Anonymous said...
pada hari 

Assalamualaikum...

my name not earl... said...
I explore your link at Malaysia-kita. I wonder that the others were political and social bloggers but you are cinta2 blogger?!
huhu...terkezut gak founder malaysiakita-bakaq letak aku punya link kat situ...nampak blog aku mendapat perhatian dari top blogers kot?!huhu...diorang nak kasi semangat skit kot kat blogger2 muda ni...huhu

It's nice start for you to release a BOOK.hehe!keep it up dude,you can do it.
Insyalahhhh...

Grisha cakap...
Oh my God, Abu!!!
Ko ke yang write benda alah ni?CINTA?why?why??why???
So,aku punya judgment by it cover;
1. emosi - 7.5/10
2. penghayatan - 8/10
3. vocabulary - 7.5/10
4. bahasa - 5/10
5. story board - 0
6. overall - BOLEHLAH!
wah...tak sabarnya tunggu buku ni.
apasal storyboard aku KOSONG??pepandai la mu nih!!!!!! Buku dijangka terbitan ntah bila...huhuhu

presint10 aka Shafina Sheikh
cakap...
pendapat aku......
cinta ni abstrak...
cinta ni rumit...
cinta ni kompleks...
cinta ni beban...
cinta ni complicated...
huhu...aku SETUJU!perlukan kekuatan dalaman dan pengorbanan...
thanks sebab share cerita...huhu!lg 1...kita mana musuh,berbeda pendapatan aje...huhuu!

Anonymous said...
pada hari 

aduhh... semeangnye aku tak pernah baca novel cinta. Oleh itu penulisan anda OK

Pasal cinta plak..
Percintaan mmg byk yg susah pd senang(pendapat aku la!!). Tp byk juga benda yg bole dipejari semasa 'melayari percintaan'. Graf nk kena jaga beb jgn habis manis sepah dibuang bersepah2!!!
Aku sarankan pd yg serius pendekkan zaman percintaan anda. Cepatkan NIKAH!!

Bukan ape.. kebanyakan manusia be themselve dlm alam rumahtangga. All become transparent n see tru untill the bottom of the heart haha Yg tu baru tau psgn bole terima kita dgn seadanya atau pon..itu tak kena, ini tak kena (minta jauh) tapi yg 'betul2' tak kena tu eloknye berubahlerrr

Pengalaman presint10 punye kawan tu. Pada aku..when u make the decision(nikah), logicaly u already think wisely the impact n so on.. nikah bukan benda main2(bg org yg nak kekal seumur hidup) Dh nikah tp ingat 'gewe lama' sape xmarah. Pahtu dpt anak siap cantum nama sendiri dgn 'gewe lama' (aku tambah sdiri) Ustad pon terbang kopiah.. Masya-Allah

Apa-apa pon aboo nice writing cuma Abu Sufiyan ni mcm budak skema jer haha

Anonymous said...
pada hari 

Cinta ni senang je...cinta pada benda , benda akan hilang atau rosak, cinta pada manusia, manusia akan mati...cinta yang sebenarnya ialah cinta untuk ALLAH...

dah masuk bab2 jiwang ni nampaknya kena jadi jiwang la jugak ye

Anonymous said...
pada hari 

aduuuuhhhhhhhhhh......jiwanya tulisan ngko. Ngko apehal duk kelantan lama sgt la ni jd jiwang ni yerk?!

udohle tu!pindoh ler!pindoh ler!Cube dengo cakap teman ni!Moh dtg penang kje kat sini.Rame juge anok mami.kome gersang ke ape?kat sane ngko takdapet ape!

pelik bebenor nak choose an identity.

Anonymous said...
pada hari 

Anonymous said...
Bukan ape.. kebanyakan manusia be themselve dlm alam rumahtangga. All become transparent n see tru untill the bottom of the heart haha Yg tu baru tau psgn bole terima kita dgn seadanya atau pon..itu tak kena, ini tak kena (minta jauh) tapi yg 'betul2' tak kena tu eloknye berubahlerr
-- Aah,yela tu!dah kawin baru nak kenal?selepas tergadai body?hotak kau.

ben kenobi said...
Cinta ni senang je...cinta pada benda , benda akan hilang atau rosak, cinta pada manusia, manusia akan mati...cinta yang sebenarnya ialah cinta untuk ALLAH...
--yg ni aku bagus,ben nampaknya alim yer?

Cinta ni kompleks sebenarnya.Ginilah,aku tgk kawan2 yg bercerai berai tu.Puncanya tak kenal la.Lelaki ni,masa mengayat,mengorat..pijak semut pun tak mampus.Ish,biarlah aku membujang!cintakan Allah yg utama.cinta dunia ni mengarut!

sekian.
skrg time balik ke rumah 3dara tua dipresint10

Anonymous said...
pada hari 

ben kenobi said...Cinta ni senang je...cinta pada benda , benda akan hilang atau rosak, cinta pada manusia, manusia akan mati...cinta yang sebenarnya ialah cinta untuk ALLAH...
Ambo tau,demo mmg mulia hatinya Mr.Ben!

Anonymous said...
aduuuuhhhhhhhhhh......jiwanya tulisan ngko. Ngko apehal duk kelantan lama sgt la ni jd jiwang ni yerk?!
Huhu..apahal pula aku duk Kelantan aku jd jiwang,ko baca abis ke tak ni?Aku tulis ni...utk berjinak2 nak tulis buku la BODO!Masuk tuition Bahasa balik la ko..

Shafina (presint10)
skrg time balik ke rumah 3dara tua dipresint10
wah2...ko buildup persatuan ANDARTU2 Presint..Ok gak! Eh..aparaa...membujang plak dia!Bil air sapa nak bayorkan..? Ops..jgn lupa email..kasi tau bila nak dtg KB..tak sabar Abe Nor kita nak belanja budu ni..huhu!Apa2 CIINTA ITU MULIA kepada sesiapa yg faham tentangnya!! Tp..kalau terlalu ke atasnya...ish PARAH kalau kehilangannya...!

Ops...sebenarnya draf kisah cinta ni. berterabur lagi! Kalu boleh nak mtk stroy skit...memandang STORY-BOARD aku juri (Si Grisha)kasi K.O.S.O.N.G ! huhuhu...

Sekian...

Anonymous said...
pada hari 

Anonymous said...
Bukan ape.. kebanyakan manusia be themselve dlm alam rumahtangga. All become transparent n see tru untill the bottom of the heart haha Yg tu baru tau psgn bole terima kita dgn seadanya atau pon..itu tak kena, ini tak kena (minta jauh) tapi yg 'betul2' tak kena tu eloknye berubahlerr
-- Aah,yela tu!dah kawin baru nak kenal?selepas tergadai body?hotak kau

Dear dara,
Spatutnya kenal psgn sblm kawin tp maklumla tgh 'koya'. Biasanye bile dh 'kenal' + yes he's the one, baru laa akan ajak kawin.Bila kawin akan tahu la 'judgement' pd gewe yg setuju ajak kawin td betul ke tak!!! kalu judgement FAIL maka terbongkar ler segala2nye. Tp kalu diri sdiri buat judgement BETUL maka anda seorang yg 'bijak'. Insyaallah u choose the right man!!
(maklumla p'puan:lelaki 7:1)

"Tergadai body lepas nikah"(Kes I)
Aduh nyesalnye dh 'bagi' tp laki aku bukan spt gewe aku dulu.. Tandanya penilaian anda di alam perkenalan@percintaan sudah bercampur ANGAU!!! Maka terdetikla di dalam hati, aku ajak ko nikah sbb ko ni baik, caring(ayt standard..menyampah),penyayang,manja(aduhh 'lugai' nye),pandai pujuk(ho la.. mugo tgh mengayat) dll. Tp lps kawin ko tak mcm dulu!!!
Tp bg aku ni bukan worst case, at least dh HALAL. Aku percaya kalu psgn tu berusaha, gerbang kebahagian masih terbuka. Fix the situation together2(nobody perfect) sbb dh setuju kawin kan?, suka sama suka.

'PUNOH' CASE SENARIO (Kes II)
Kita ni dh lama kenal tp kadang2 abg terpikir, betulke kita ni saling sayang menyayang...
Kalu betul ayang sayangkan abg buktikannye!! Abg... ambikla tubuh ayang ni sebagai bukti cinta kita (abg dlm hati: yes!! thats the way ahah i like it ahah) Belum nikah dh tergadai... aduhh ROSAK!!!
Sebulan kemudian...
Knape abg xjwb sms ayang smlm? abis kredit laa sayang. Slalu abg yg top-upkan credit ayang takkan la abg abis kredit kot. Errrrr ada petandanye tu!!!!
Dua bulan kemudian...
Abg ni dh 3hari xcall(dulu 6 kali sehari, +1 dr solat 5 waktu). Ayg nk bg tau ni.. period ayg xdtg lg dr bln lps..JENG JENG JENG
(minta jauh!!!)

p/s: Kes I n Kes II tidak berkait dgn yg hidup/mati. Aku percaya ia wujud walau dlm % yg rendah mahupun tinggi.

'Keputusan' di tgn anda... pilih la sewajarnye. Ada juga yg memilih terus membujang. Mungkin ada sbb tersendiri!!!
Bg aku, 'RUGI' sape xkawin!!! tanye akagi kalu tak caye haha
Aku doakan dara2 di presint 10 bertemu jodoh yer!!! Nanti harta korang xde waris pulak. Hukum perkahwinan dr sudut agama aku serahkan kpd ben kenobi.

Aboo said
membujang plak dia!Bil air sapa nak bayorkan..? <--- bole byr 'online' jer dunia skrg ni!!!

-punoh-

Anonymous said...
pada hari 

SOAL STORY BOARD
Oleh kerana aku tidak pernah tahu akan nama kau sejak kita berkenalan…ada baiknya aku menamakan Abu Sufyan untuk kau…Spoiled Barat Boy terlalu panjang untuk aku menamakan kau! Secara ikhlas…aku tak suka nickname kau itu! Abu Sufyan adalah satu nama yang baik dari Spoiled Barat Boy,nickname kau.
ULASAN: KENAPA WATAK HERO ABU SUFYAN? BENAR KATA ANONYMOUS KAT ATAS,BUNYINYA SKEMA BANGET!!!PATUTNYA PADANKAN NICK YG WESTERN TU DENGAN NAMA YG AGAK2 WESTERN,TIRU MACAM DRAMA SWASTA BODOH KITA MACAM DANIEL KE..HUHU. BUKAN APA,WATAK TU PENTING TU!DETAILSKAN SITUASI,SCENE BIAR PACK DGN SUASANA KELILING SAMPAI TERBAYANG2 TEMPAT TU!KALAU BOLEH GUNA TEMPAT YANG BENAR2 WUJUD.
HAL JALAN CERITA,PATUTNYA IDEA DATANG DIRECTLY DARI PENULIS.

NI KHAS UTK ARCHEMEGE...
"Tergadai body lepas nikah"(Kes I)
Aduh nyesalnye dh 'bagi' tp laki aku bukan spt gewe aku dulu.. Tandanya penilaian anda di alam perkenalan@percintaan sudah bercampur ANGAU!!! Maka terdetikla di dalam hati, aku ajak ko nikah sbb ko ni baik, caring(ayt standard..menyampah),penyayang,manja(aduhh 'lugai' nye),pandai pujuk(ho la.. mugo tgh mengayat) dll. Tp lps kawin ko tak mcm dulu!!!
Tp bg aku ni bukan worst case, at least dh HALAL. Aku percaya kalu psgn tu berusaha, gerbang kebahagian masih terbuka. Fix the situation together2(nobody perfect) sbb dh setuju kawin kan?, suka sama suka.
ULASAN:KALAU KAU MERUJUK CERITA YG AKU SHARE KAT SINI 1ST DULU,KAU NI BACA TAK ABIS KOT.MAKSUD AKU,KAWAN AKU TU KAWIN DGN JANTAN SEKARANG NI..SEBAB NAK LARI DARI JANTAN (GEWE LAMA DIA). ATAS SEBAB KEBODOHAN SENDIRI,EGO SENDIRI & BODOH SOMBONG SENDIRI.TU MAKSUD AKU.

'PUNOH' CASE SENARIO (Kes II)
Kita ni dh lama kenal tp kadang2 abg terpikir, betulke kita ni saling sayang menyayang...
Kalu betul ayang sayangkan abg buktikannye!! Abg... ambikla tubuh ayang ni sebagai bukti cinta kita (abg dlm hati: yes!! thats the way ahah i like it ahah) Belum nikah dh tergadai... aduhh ROSAK!!!
Sebulan kemudian...
Knape abg xjwb sms ayang smlm? abis kredit laa sayang. Slalu abg yg top-upkan credit ayang takkan la abg abis kredit kot. Errrrr ada petandanye tu!!!!
Dua bulan kemudian...
Abg ni dh 3hari xcall(dulu 6 kali sehari, +1 dr solat 5 waktu). Ayg nk bg tau ni.. period ayg xdtg lg dr bln lps..JENG JENG JENG
(minta jauh!!!)
ULASAN; KALAU KES CAMNI,PEMPUAN AJE KE YG SALAH?AIHH..TAKKAN LE SENANG2 JE BOLEH KASIK CAMTU?TERANG2 LAKI GAK YG DUK PUJUK RAYU MINTA2.

'Keputusan' di tgn anda... pilih la sewajarnye. Ada juga yg memilih terus membujang. Mungkin ada sbb tersendiri!!!
Bg aku, 'RUGI' sape xkawin!!! tanye akagi kalu tak caye haha
Aku doakan dara2 di presint 10 bertemu jodoh yer!!!
ULASAN; TERIMA KASIH,HARAP2NYA BEGITULAH.BUKANNYA TAKNAK KAWIN TERUS.SIAPA TAKNAK ANAK,ZURIAT KITA TU!CUMA BELUM ADA JODOH KATA ORG. JODOH YG BAIK SUSAH NAK JUMPA.INSYALAH,KAWIN JUGA AKU NANTI.

Aboo said
membujang plak dia!Bil air sapa nak bayorkan..? <--- bole byr 'online' jer dunia skrg ni!!!
BIL AIR OK LG KOT.KALAU BIL LETRIK 'PANAS' JUGA!

Shafina
Mulakan kerja!

Anonymous said...
pada hari 

Love is patient and kind, it is never jealous, love is never boastful or conceited, it is never rude or selfish, it does not take offence, nor is it resentful. Love takes no pleasure in others’ sins but delights in the truth; it is always ready to excuse, to trust, to hope and to endure whatever comes.

Love does not come to an end. There are three things that last, faith, hope and love and the greatest of these is love.

Anonymous said...
pada hari 

ahah..

Love to read Dark Queen's comment!
Expressions of love may include the love for a "soul" or mind, the love of laws and organizations, love for a body, love for nature, love of food, love of money, love for learning, love of power, love of fame, love for the respect of others, etcetera. Different people place varying degrees of importance on the kinds of love they receive. According to many philosophers, the only goal of life is to be happy. And there is only one happiness in life: to love and be loved. Love is essentially an abstract concept, much easier to experience than to explain.Fahamkan ia..

To MBA's Student, to write something about love,please study sternberg's triangular Theory (pasal cinta juga ni..)maybe berguna utk ko yg nak tulis benda alah ni.

Anonymous said...
pada hari 

hehe

ouhhh..Bosan!
A'ah...Dark Queen's punya comment best?tak macam yg lain..kering!
If grisha ask you to study sternberg theory. i like to encourage you to read novel2 cinta. Amacam nak tulis if you never read any novel cinta?Pelik juga tu!

Cuba semak buku2 author oleh
1.Sidney Sheldon
2.Arthur Ray Heiserman
3.Micheal Keon

Ataupun kau tgk apa2 dvd cite,TITANIC pun ok apa.

In case kalau kau ada experience putus cinta pun tu tak cukup.nak express feeling tu bukan senang. kalau menulis macam ahadiat akashah tu baik toksah.alang2 tulis biar dpt bestseller terus.lagpun tak salah kau berangan nak jadi sasterawan sbb kau sudah mulakan sesuatu ke arah itu.

Shafina
Pulanglah!

Anonymous said...
pada hari 

nampaknya semua ada pandangan masing2 terhadap cinta bergantung pd pengalaman masing2 atau pengalaman kawan2...semua tu betul dr perspektif mereka2...

cinta ni kena beradab, cinta sebelum kahwin kena ikut adab2 dia...masa bercinta perlu ada sekatan2 utk diikuti sbb takut terjebak ke lembah maksiat...aurat kena jaga, tak boleh bersentuhan...barula hubungan cinta tu dpt berkat...kalau kahwin insya allah dpt kekal hingga ke syurga..

Anonymous said...
pada hari 

to aboo,

kalau nak check cerita cinta yang best tengok Romeo and Juliet (featuring Leonardo Di Caprio and Claire Daines)...

Anonymous said...
pada hari 

Thanks for encouraging me!huhu...

Bila baca semua2 komen2 tu best juga diskusi soal cinta...Tp jgnlah emo2 sgt hemo2 takpe!Aku bikin blog utk relax2...release stress keje...bukan utk cari lawan ke?!musuh ke?!Apa lg utk guna platform internet yg world wide punya coverage (lebih luas dari MAXIS,CELCOM atau DIGI) utk hentam atau lepas geram kat sesapa! Menulis adalah minat aku...lately aku nak tulis buku la pulakkk...KONONNYA!

Betol apa...seminggu dua ni..sambil2 tgk HEROES,aku menulis la..tp cite pasal 1000hari terbuang dikelantan! Tulis yg tu senang sbb directly based on true story (hero dlm cite tu,akulah)! Alaa...macam tulis diary jelah!

Apa2...pasal buku cinta ni...aku nak berterima kasihlah pada anda2 yg memberikan idea...suruh study teori la (asg.camne weh?!)...baca buku cinta la..tgk movie cinta la..aku appreciate semua2 tu!aku cuba plus try aplikasikan cadangan anda2 semua tu!BERGUNA utk aku...Cumanya aku masih lagi hampa kenapa Real Muzam sudah lama tidak muncul...BUSY benar dgn budak2 skolah kot?!Teringin benar nak dapat cadangan Mr.Muzam,membe baik aku tu!

Secara sedar atau tidak...kalaulah buku itu siap walau 10tahun akan dtg pun...aku pasti credit-kan nama2 anda dalam buku itu nanti!huhu..doakan saja!

Untuk next artikel...kisah seorang pemuda tulisan ala2 Keris Silau, akan dipublishkan ahad ni sbb skrg ni duk busy train badminton sbb nak friend lusa ni...huhu!Bila publish jgn tak baca...

Apa2...thanks kawan2!Tuan hamba sekalian pembakar semangat hamba!

Ops...
Bro Ben...please pertimbangkan cadangan ambo tu!

Anonymous said...
pada hari 

JANGAN TAK SIAP BUKU TU!
betol jugak..where is muzam and akagi?

Grisha

Anonymous said...
pada hari 

yo grish..!
yes..yes.. i'm here

matjas,
wow..i'll ur novel if u going to publish..

sori bro, skrg busy skit.assg bersepah..!
btw, agreed with grish..jgn tak siap buku tu..!

-real muzam -

Anonymous said...
pada hari 

*buy

Anonymous said...
pada hari 

huhu...Cikgu Muzam...!
I'll send you any update!

Thanks...singgah juga even lu busy!
keep in touch bro...

Akagi..sudah 1minggu off hp...
Cisss...mentang2 baru kawin...langsung taknak diganggu!

Anonymous said...
pada hari 

Assalammualaikum...

Seminggu tutup hphone ? x betul tue.. aku just cuti sampai 17hb.. hphone on jerk.. ada jerk sms2 nakal yang aku terima sepanjang cuti..

Novel Cinta ? Wow.. buang tebiat ke apa bro... ?? X salah tapi jiwa ko bukan line ni la bro.. Ko mmg ada bakat menulis kenapa pilih cinta ??? Demi wang..?? tgk ada 'minah' yg belanja ratusan beli novel cinta ???

Wake-up bro!! Wake-up !!

Nak jadi melayu layu ? Teratai layu di tasik madu ??? Pelangin angan ku musnah ?? CInta 3 segi ?? Terlanjur ? Insaf ? Kembali ke pangkal jalan ? Di madu ? Pelacur ? Dadah ? Anak angkat ? Anak luar nikah ?

Apa lagi kisah lu ada ??? Sama je la semua.. Cara lu sampai je mungkin berbeza..

Jgn kejar wang je bro.. Lu x mati pun x tulis novel cinta.. Banyak lagi benda-benda lain yg lu boleh tulis..

Ilmiah la sikit bro..jiwang karat marat ni bo layan dah bro...

bukan salah bercinta atau menulis novel cinta.. tapi org berbakat mcm lu x di perlukan tulis novel cinta..

Ikhlas dari gua..

Akagi
Cuma berkata-kata..

Anonymous said...
pada hari 

wah2.... why sound so pissed off la..

i think we shouldnt think much pasal why die tulis pasal CINTA ni.. mungkin sebab teringat cinta lama... mungkin sebab sedang bercinta... mungkin sebab idea ada... mungkin sebab takde kerja lain... haha...

tapi pape pun, i think he's effort was a good one. cumanya mungkin he kena start baca novel cinta utk lebih pandai mengolah but God forsake that he does that... i tanak mengaku kenal abu yang baca novel cinta!!!! tp kalau die baca pun mesti tak ngaku nye... rocker kononnye... tp mesti org yang baca novel cinta mcm shafina dapat cam detect if mamat ni pembaca novel ke tak kan? hehe...

mungkin study pasal theory2 yang girsha cadangkan tu lebih selamat kot. atleast it wont scare the crap out of me... haha!

but moral of the comment is... a blog is a blog... nak tulih pape pun bleh je... and just so the world knows... im a house of cards in a hurricane... BSB tgh perform kat Sunway Lagoon skarang and im stuck in kelantan doing my presentation for tomorrow... STUDENT LIFE SUCKS BIG TIME!!!!

Anonymous said...
pada hari 

Not pissed off but why must waste the talent..

Akagi..

Anonymous said...
pada hari 

halo mr akagi,si kawan baru je nak start menulis buku. yang ngko duk cantas sebelum benih nak bercambah apahal???

Ikut suka dia la nak tulis pasal apa pun.kacau hidup ngko ke???

Si kawan tu mtk pendapat,idea,cadangan dan galakan..ok apa kisah cinta untuk nak start tulis buku2 yg seterusnya.

Lepaskanlah!

Anonymous said...
pada hari 

its not a waste of talent... but more of an exploration of talent... dont you think...?

Anonymous said...
pada hari 

Hallo...

This is an open criticzm... Nak cantas ke pancung ker.. terpulang.. even blogger mmg perlu sedia untuk semua tu what ?

Aku kenal aboo dah lama.. almost 8 yrs.. bukan kenal dalam blog.. i know him n i know what i'm saying..

talent can be explore, np, gud.. but why CINTA.. a lot of thing more to explore..

maybe bagi anda yg berjiwa novel2 cinta yang setuju.. takda kisah dah nak tulis novel cinta.. semua org dah tulis.. waste ur time only..

Skang zaman baca buku ilmiah, buku2 mengajak melakukan kebaikan.. mendalami agama..

Akagi,

Cuma berkata-kata

Anonymous said...
pada hari 

true.. this site is open for critism... but i think critism should be membina... bukan membinasakan... im not saying that your comments are membinasakan, but just putting a point forward.

anyway, yeah, i know u guys know each other well... which is why aboo values your comment much more then you might realise... which is why you should just be straight about it..but then again, its up to you...

mmg ada bnyk nak explore, but must start with the easiest maa... LOVE la... paling senang... pasni bila aboo sendiri dah ada ilmu2 lain, bet he'll share it with the world too...

Anonymous said...
pada hari 

Love is nearly straight to the points.. not much to describe.. just waste ur time.. They way ur show it only different..

Maybe u ladies suit to write love book not aboo.. since u have a lot of time as gov servant.. not much to think bout work.. not much to take care about ur responsibility.. just wait till 26th or maybe 27th to get paid..


Akagi,

Cuma berkata-kata

Anonymous said...
pada hari 

Bqw b pte k free porn, sex. Inq b, vou bjcszz|rgf qnctjlk e zg gk.

Anonymous said...
pada hari 

kqvz basnb [URL=http://www.porntubescan.com]porn hub[/URL] mlteag z bx u ixd

Anonymous said...
pada hari 

Hello. And Bye. fr33 pr0n this is it!

Anonymous said...
pada hari 

hi, new to the site, thanks.

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.