Saturday, August 14, 2010

Tele-Break Untuk SLK: Nasi Tomato & Soya Panas


Berehat sebentar untuk LSK. Tiada LSK untuk hujung minggu ini. Bukan masalah tiada rasa rindu. Tuntutan social membahagi masa. Hidup ini penuh demokrasi. Ada hari untuk dia ada hari untuk kawan-kawannya. Mat 29 tiada rasa cemas. Selesa dengan lazim hidup. Sampai masa berbuka bersama. Jelas sekali, LSK tidak penah puasa. Itu bukan masalah. Tiada kewajipan untuk berpuasa ke atasnya. Puasa jelasnya untuk muslim. Puasa adalah perkara pelik yang penuh hikmat. Bukan muslihat. Selagi itu tuntutan agama, wajib ke atas kita.
Mari cerita pasal puasa. Sinonim dengan puasa adalah berbuka. Tempoh-tempoh berbuka sinonim juga dengan bazaar ramadhan. Perkataan lain untuk bazaar ramadhan adalah orang-orang-jual-beli makan-makan. Puasa-berbuka-bazar ramadhan-makan-makan. Menarik 30hari dalam 365hari.


Nasi tomato dan soya panas. Sudah dua hari, dua bazaar. Kos kurang RM10. Semalam di sekitar Esso Bandar Sunway, hari ini di perkarangan Masjid Bandar Perda. Sekarang tiada lagi payung-payung besar. Tiada keseragaman. Sekarang sudah berkanopi. Lebih tersusun lebih teratur. Semuanya kanopi putih. Barangkali ada orang dapat projek membekalkan kanopi-kanopi ini. Pedulikan semua itu. Tujuan aku hanya nasi tomato dan soya panas.


Nasi tomato dan soya panas. Sudah jumpa di lot depan, belum lagi dibeli. Barangkali di lot-lot sana ada yang lebih menarik. Mungkin peniaga gebu yang berniaga nasi tomato di sekitar sana. Terus berjalan. Panas sungguh pada jam 6. Sebut apa sahaja jenis makanan, lauk-lauk, nasi-nasi, kuih-kuih. Minuman juga sama. Air tebu, soya dan pelbagai jus buahan semestinya ada terjual. Tidak di lot depan, mungkin di lot belakang. Atau barangkali di lot tengah. Tuntutan nafsu, segala macam mahu kita cuba. Masa berbuka tidak tersentuh, air soya dan kretek cukup untuk melampias nafsu. Lega tersandar.

Nasi tomato dan soya panas. Bayaran tapak juga makin mahal. Peniaga mabuk mahukan tapak. Sewa balik tapak sudah biasa. Cecah 10000 ke 30000 untuk 5-6 kaki persegi. Boleh dapatkah 10000 ke 30000 untung berniaga dalam sebulan dengan berniaga soya, murtabak, nasi tomato dan segala macam jenis. Andaikan peniaga dapat meraih 10000 ke 30000. Tentu sekali, boleh tahan penatnya. Lagi untung jual tapak. Makan untung atas angin. Senang, tiada peluh meleleh-leleh. Duit boleh belanja raya.

Nasi tomato dan soya panas. Warga pengemis juga ada. Pengemis tentu sekali asnaf yang jelas. Lapan golongan yang terpilih layak menerima zakat. Jumlahnya penerimaan zakat, Majlis agama lebih arif. Ada kepingan syiling. Masukan sahaja ke gelas besi. Sedekah untuk makcik dan anaknya. Tiada sedekah makanan untuk makcik ini. Lebihan jualan boleh juga disedekahkan. Lebih bagus dari disimpan, dihangatkan dan dijual esok hari. Tiada kualiti makanan jika dikitar semula.

Nasi tomato dan soya panas. Nasi tomato sudah terbeli. Tadi di Lot gadis baju merah berseluar jeans itu menarik sekali. Ramai sekali orang-orang menunggu. Aku menunggu sama, sambil-sambil menjeling-jeling wajah manis gadis. Aku jamin, orang-orang menunggu juga sama. Ayam pedas dan daging kicap dengan kos RM7. Ini sudah mahal. Rezeki gadis itu barangkali. RM10 aku beri. Pulangan baki RM3 dengan senyuman. Barangkali RM2 kos untuk senyuman gadis.

Nasi tomato dan soya panas. Selesai sudah kes nasi tomato. Soya belum terjumpa. Ada di lot sana, peniaganya tidak dapat menarik perhatian. Misainya terlalu tebal, bulu lengan tidak bersikat. Eeiii..selera terbuang jauh. Sebelah Abang Misai soya, terjual murtabak oleh peniaga berstatus remaja. Ramai sekali orang menunggu. Ini murtabak special. Ada papan tanda, murtabak hebat. Malang, tiada murtabak dalam menu berbuka. Jadi, aku tidak membelinya.

Jam sudah 7. 7.34 waktu berbuka. Soya panas lazat belum lagi dapat di kesan. Hampir sudah lengkap pusingan. Nasib baik, terkesan soya panas di lot sana. Tiada orang-orang tertarik di situ. Banyak soya-soya tidak terjual. Mustahil untuk kakak ini menghabiskan soya-soya itu sebelum azan maghrib. Sah kakak ini dilanda kerugian. Barangkali. Dua bungkus soya aku beli dari kakak ini, senyum gembira kakak ini. Namun lagi manis senyuman gadis nasi tomato lebih tertawan.
Nasi tomato dan soya panas.

Kretek ada lagi dua kotak berbungkus. Lengkap dibungkus rapi. Siap untuk berbuka.

Komentar :

ada 0 comments ke “Tele-Break Untuk SLK: Nasi Tomato & Soya Panas”

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.