Tuesday, March 11, 2008

TENTANG-TENTANG : GE-12 - YANG MENANG, YANG KALAH & RAKYAT

TERKEJUT BERUK...Fahaman mudah terhadap istilah tersebut adalah terkejut yang amat sangat! Itu lah satu-satunya istilah paling sesuai sempena berakhirnya GE-12 yang sesuainya dikatakan rekod terburuk parti yang pemerintah yang gagal mendapat 2/3 majoriti di Dewan Rakyat. MAKA meriahlah Parlimen pada penggal kali ini. Lebih menarik kekalahan sebuah parti berkomponen di 5 buah negeri untuk kerusi dewan undangan negeri. Selain semua orang berjiwa waras termasuk yang sedang menulis ini, hanya budak Tadika Kemas sahaja yang tidak terkejut berut melihatkan keputusan yang pelik tapi benar.

Klik sahaja kat mana-mana link blog di site tepi blog ini, puratanya...WAJIB ada ulasan tentang keputusan luar dugaan GE-12. Banyak ulasan yang menarik tak kurang juga yang berbelit-belit. Bekas perdana menteri pun ada memberikan ulasan yang tersendiri. Secara peribadi, desas-desus soal pembahagian kuasa oleh bekas pembangkang di Selangor dan Perak tentunya paling menarik. Sultan-sultan pun sudah mengeluarkan titah untuk mengadap..

Terasa juga hendak menulis sesuatu terhadap perkembangan semasa ini. Setelah klik blog-blog orang muda, kebanyakan mereka ada tulis sesuatu mengenai GE-12, Jadi...kena tulis juga lah. Lain orang lain pendapat...tetapi melihat sesuatu yang sama dan sememangnya kekal begitu, sehinggalah GE-13...5 tahun akan datang. Itu hakikat dan fakta.

Maka hari ini 11 March, 4 hari sudah berakhirnya GE-12. Poster-poster mula diturunkan, pos dan markas sudah tidak ada yang duduk melepak pada malam hari. Tengahari tadi terserempak dengan seorang pakcik tua dekat tempat kerja, dipanjatnya tiang letrik untuk menurunkan poster-poster plastik dua buah parti pada tiang lampu, diasingkan kemudiannya diletakkan dalam dua buah guni yang berasingan. Di tanya kenapa diasingkan, katanya “Bendera plastik parti ini nak bakar, bendera plastik parti yang itu hendak dijual kepada Cina...boleh buat duit skit!”

Ada makna yang agak dalam juga tu. Bendera parti kesayangannya dikumpul dan mahu dibakar sambil bendera pihak yang tidak disokongnya mahu dijual kepada syarikat kitar semula sebagai duit sampingan untuk keperluan keluarga. Tak mahal, cuma 15sen 1 kilogram. Sayang sungguh pakcik ini kepada partinya, tidak rela menjualkan ‘partinya’ kepada orang. Kain rentang kain tidak pula diusiknya...dibiarkan begitu sahaja. Biarkan perbandaran kutip.

Lupa, sama ada Datuk Johan Jaafar atau Datuk Zaini (BERNAMA) yang memberikan pendapat bahawa penentu kepada keputusan ini adalah 40% undi yang ‘dibuang’ oleh golongan muda perantau yang rata-ratanya tinggal di bandar atau ‘urban’ dalam bahasa modennya. “Mereka yang muda-muda ni...terdedah kepada infomasi, undi merekalah yang sebenarnya membantu kekalahan pihak tersebut...” kata salah seorang sama ada Datuk Johan atau Datuk Zaini. Secara peribadi...ADA KEBENARANNYA!

Bila menonton berita dan membaca akhbar 1-2 hari ini, rasa kesian pula melihat golongan-golongan yang kalah dalam kemenangan...Masih mampu memberi ulasan-ulasan yang ‘menaikkan ekor sendiri’. Sebenarnya secara peribadi molek benar dikatakan...MASIH TAK SEDAR! Kalaulah mereka-mereka ini menang semacam GE-11 yang lalu, tak tahulah bagaimana reaksi bangga dan gembiranya mereka...Tentunya ada yang berpesta sakan.

Juga 1-2 hari ini, bila singgah di mana-mana tempat terutamanya warung kedai kopi, atau singgah di kedai runcit untuk membeli rokok...cakap-cakap tentang GE-12 tetap menjadi topik perbualan...ada pro, ada kontra. Ada yang kata begitu...ada yang menuduh begini..Yang menang mengutuk yang kalah, yang kalah mengkritik yang menang...Diungkitnya ini dan itu. Diceritanya spekulasi ini dan itu. Ish...MACAM-MACAM ADA!

Masa sekarang...agaknya post mortem sedang giat dijalankan oleh kesemua parti-parti yang bertanding. Post mortem terhadap punca kemenangan oleh pihak yang menang...ataupun faktor kekalahan oleh pihak yang tewas! Sehingga kini...salah seorang kepala yang kalah ada juga yang sudah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan...Lagi sibuk, nampaknya yang menang tidak sabar-sabar untuk mengangkat sumpah! Bukan apa...untuk membentuk kerajaan baru agaknya. Lambat angkat sumpah, karang ada pula yang berdemonstrasi minta jawatan dilepaskan. Tentu ada yang 'kecut telor' kalau orang tu tak angkat sumpah, orang ni tak puas hati...orang tu terasa hati...Para kroni lagi lah gelabah, kalau-kalau projek terlepas! Sepatutnya “Lu fikir sendiri la brother...rakyat dah tak suka, hang duk buat apa lagi kat situ...” Kesian... masih lagi syok sendiri.

Dari situ...ada baiknya parti-parti yang menang baik di untuk kerusi parlimen atau pun negeri dalam kurungan mereka-mereka yang dapat kuasa untuk memerintah, tunaikan janji-janji dalam manifesto masing-masing. Yang kalah dalam menang tu pun...sudah berjanji untuk tunaikan manifestonya! Yang menang di beberapa buah negeri tu, perlu cepat-cepat buat apa yang patut. Pihak parti perlu gesa calon-calon yangg menang supaya menunaikan segala janji-janji yang sudah ditaburkan sebelum ini. Sekarang rakyat sedang menggila buat penilaian...SENDIRI MAHU INGAT!

Apapun...Harapannya moga-moga sampailah apa yang dijanjikan itu kepada rakyat jelata yang boleh dibahagikan kepada beberapa golongan dalam konteks pilihanraya. Suka dinyatakan di sini bahawa golongan-golongan yang ada adalah. Pertamanya, yang buang undi untuk calon dan parti anda, Keduanya... yang tidak pangkah calon parti anda dan Ketiganya, yang tidak mengundi langsung.

Golongan yang tidak mengundi langsung ini pula di bahagikan kepada beberapa pecahan. Pertama, golongan bawah usia 21 tahun yang tidak layak mengundi. Keduanya..Golongan yang sudah melepasi usia 21 tahun tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Ketiganya...kalangan yang melepasi usia 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi...tetapi tidak pergi mengundi. Pihak yang berwajib perlu 'perah otak' sikit untuk menangani mamat-mamat dan minah-minah golongan kedua dan ketiga, kategori yang tidak mengundi ini. Kalau tidak hadir sesi PLKN pun kena hukum apa lagi soal buang undi. Bukankah ini adalah sesuatu yang lebih besar dan penting. Jadi, buat sesuatu. Mana tahu kalau-kalau GE akan datang dapat mandat lagi gila atas sebab golongan kedua dan ketiga membuang undi. MANALAH TAHU!

Umumnya...Sesiapa sahaja yang masih hidup diantara kesemua golongan yang disebutkan, kesemuanya rakyat Malaysia...Semuda-muda bayi yang baru lahir hinggalah setua-tua rakyat semacam calon bebas yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari. Secara logiknya mereka semua layak menerima habuan daripada janji-janji yang ditaburkan oleh mana-mana pihak yang menunaikan janji...TAK KIRA PARTI MANA SEKALIPUN. Sebagai rakyat yang mengundi Jangan lupa bahawa UNDI ADALAH RAHSIA, secara teknikalnya tiada siapa yang tahu kita pangkah parti mana. Bertindak biar bijak... Golongan kedua dan ketiga, yang tidak mengundi, kena juga ambil perhatian dalam pada anda hendak menuntut habuan janji dalam manifesto itu. Bijak biar bertempat...

Perlu diingat...keputusan yang muktamad sekarang ini berada dijari jemari rakyat yang mengundi. Para rakyat diingatkah supaya jangan dibuang risalah-risalah tentang manifesto dan janji-janji oleh calon yang bertanding. Di mana-mana, bila terjumpa atau terserempak dengan calon-calon yang menang jangan lupa diucapkan tahniah dan perlu menanya “YB...bila janji-janji mahu ditunaikan...?” Biar wakil-wakil rakyat yang bakal bergaji 3-6 ribu sebulan bekerja untuk manafaat kita semua. Perhatikan tindak tanduk mereka. Bertindak ‘menanduk’ mereka jika kelihatan mereka tidak bertindak sewajarnya. JANGAN TAKUT MENEGUR DAN MENGKRITIK...Ada sebarang permasalahan datang terus jumpa YB anda.

Apa yang uniknya di sini, seolah-olah wujud satu kesatuan yang tidak rasmi dalam negara di mana rakyatnya pada 5 tahun sekali akan bersama-sama untuk membuang undi walaupun rakyat ini pangkah ini, rakyat itu pangkah itu, rakyat ini pangkah di situ dan rakyat itu pangkah di sini. Ianya tidak bersuara...dikeluarkan dalam bentuk pangkahan menggunakan pensil 2B pada kertas undi. Disediakan pemadam getah lagi, kalau-kalau silap pangkah atau pun nak tukar pangkahan pada saat-saat akhir.

Terfikir juga...Kesatuan rakyat yang jikalau boleh dinamakan, KESATUAN RAKYAT MENGUNDI ini seolah-olah tidak dapat dapat dibendung apabila menyatakan hasrat dan membuat penilaian dalam bentuk pangkahan pada sehelai kertas. Kesatuan rakyat ini, tidak berpengerusi, tidak berorganisasi, tidak mempunyai markas rasmi malah antara mereka mustahil mengenali setiap ‘ahli-ahlinya’. Lebih unik kalangan ahli kesatuan rakyat ini datangnya dari pelbagai agama dan bangsa juga dari kasta sosial yang berbeza. Yang penting tentunya fahaman politik juga tidak sama. Ianya ‘ada’ dalam setiap rakyat yang mengundi.

Apapun...kuasa selama 9 jam, 5tahun sekali yang ada pada kesemua ahli kesatuan ini, sangat luar biasa dan boleh merubah senario politik sebuah negara, itu fakta. Betapa uniknya kesatuan ini...betapa berkuasanya rakyat yang membuang undi. Bayangkan nasib 'Kepala Negara' letaknya pada pangkahan mereka ini. Kenyataan ini sangat-sangat perlu disedari oleh golongan politik yang politipu dan politibai terutamanya mereka-mereka yang merasakan diri mereka pemimpin dalam tidak sedar adalah syok sendiri. Ini adalah platform untuk rakyat menilai dan membuat keputusan siapa yang layak memerintah mereka. Inilah kuasa yang sebenar-benarnya.

Sebelum 8 March, apa yang membuatkan kita semua tersengih adalah kempen-kempen dan propaganda-propaganda politik yang diterbitkan dalam apa-apa saluran termasuk tv, radio, akhbar dan lain-lain. Rata-rata saluran-saluran yang sohor-sohor memberikan gambaran kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara ini. Kalaulah lembu boleh membaca dan melihat tapi tak berakal untuk menilai dari pelbagai sudut, CONFIRM...akan pangkah yang tu. Silap-silap...Siap tolong kempen pada lembu-lembu lain pula. Betapa dungunya rakyat-rakyat yang itu. Rakyat yang tidak reti guna kuasa yang ada...BODOH!

Walaubagaimanapun...ramai rakyat kita bijak dan dua tiga kali lebih bijak...rupa-rupanya! Rata-rata mereka semua sedar akan apa yang sebenarnya mereka mahukan. Ada kebenaran ulasan oleh bekas perdana menteri, keputusan yang diperoleh hasil GE-12 adalah berpunca dari silent-protest peringkat bawahan yang mahukan perubahan terhadap beberapa dasar. Mereka tidak mampu bersuara...Malah jika bersuara ‘siaplah’ mereka, akan tetapi mereka mampu protes secara tidak bersuara. Hasilnya...keputusan GE-12, apalagi UNDI ITU ADALAH RAHSIA! Seolah-olahnya kita semua yang mengundi ini adalah ‘anonymous’. Kalaulah disediakan sebuah peti untuk meluahkan rasa dalam bentuk essei juga...Siaplah!

Soal silent-protest ini agak menjadi sekiranya diperhatikan keputusan penuh GE-12, Lihat sahaja bagaimana sebuah parti yang sememangnya kuat dan kukuh boleh rebah seolah tersembam betol-betol kena dengan tahi lembu sehingga hilang kuasa di 4 buah negeri dan gagal menawan sebuah negeri. Itu diperingkat negeri. Untuk kerusi parlimen pula, kejayaan mendapat 140 kerusi yang secara betolnya 47 kerusi di peroleh dari kemenangan di Sabah dan Sarawak. Apa yang hendak dihairankan. Sudah standard orang belah sana sama standard dengan orang asli belah sini. Itu pun hendak diulas juga kejayaan itu...yang mengulas tu pun agaknya standard orang sana juga!

Dalam pada Itu pun...mamat-mamat dan minah-minah yang menepuk dahi sendiri ketika satu persatu keputusan diumumkan masih buat-buat tidak sedar! Sampai bila baru buat sedar...?! Tak reti dah nak cakap apa pada orang-orang bodoh sombong yang duk ada sekarang ini...Puak-puak yang bersorak menang pula jangan alpa. Kemenangan ini adalah ujian getir buat parti-parti anda. Bukan senang nak kekal rekod yang sebegini. Kalau kita semua tidak jangka keputusan sebagus ini, jangan pula anda boleh jangka keputusan 5 tahun akan datang. Kena berusaha jika ingin mengekalkan parti anda ditahap itu.

Soal kemenangan beberapa buat parti di 5 buah negeri. Suka dinasihatkan, untuk mengekalkan rekod dan prestasi sebegini. Mood rakyat anda perlu jaga. Isi hati rakyat anda perlu bawa ke tengah. Bebanan hidup rakyat anda perlu kurangkan. Walaubagaimanapun, kalau Si Mamat tu kekal di situ, tak mustahil rekod akan datang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Anda-anda kepala parti yang ada tentu sedar akan kelemahan Si Mamat itu. Yang nyata, sivik memang KOSONG. Tidak mengambil kira pandangan orang lebih teruk lagi, SYOK SENDIRI. Rasa dirinya DISOKONG...Tidakkah syok sendiri tu? Sebenarnya kelebihan juga pada parti-parti anda. Jadi biarkan Si Mamat berkokok macam ayam jantan mandul kat situ.

Sekarang adalah masa untuk kita, KESATUAN RAKYAT MENGUNDI terutamanya, dan seluruh rakyat negara ini amnya, menuntut janji-janji pada mana-mana pihak yang menang GE-12. Tidak perlu dikisahkan parti mana kita, bangsa apa kita, agama apa kita...apa perlu hak kita sebagai rakyat dihormati dan seboleh-bolehnya kita disanjung oleh mereka-mereka ini. Lebih penting nasib kita dibela. Kita yang mengangkat mereka ke persada kuasa, sekarang adalah masanya untuk mereka membalas jasa-jasa kita hari ini. Perhatikan prestasi mereka semua pada penggal ini. Sekiranya mereka bertindak sewajarnya...kita kekalkan mereka di situ namun jika sebaliknya...Kita cantas mereka hidup-hidup! Lagi 5tahun kita bersama-sama lagi...Anda mampu mengubahnya! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA...
_____________________________________________________________________________________

Hmm..sekarang ni kena jaga-jaga skit, bila drive ketera...jangan lupa seat-belt, jangan bawa laju-laju. Ini time pihak berkuasa buat road block nak pow duit rakyat dalam bentuk mencari kesalahan rakyat! Duit diorang dah abis melabur untuk election. So...Kena jaga-jaga itu...

_____________________________________________________________________________________

Memanglah penat, tapi macam mana nak buat..?
Sudah terlambat baru nak cepat..TERPERANJAT !
Harap maafkan..Di atas segala kesulitan...
Perselisihan yang dihadapi...Selama ini..
Amat dikesali...Takkan diulang lagi...

KEMBALI...
Kepada selamanya...Kini ku bangun sedar dari mimpi..
Kembali... Kepada petak pertama...Ku mahu hidup 1000 tahun lagi..

Saya takkan mengambil kesempatan..Diriku ini kesempitan...Di awan ke sembilan
Kotaraya...kosmopolitan ini penuh dengan iblis dan syaitan penuh dugaan
Kalau jatuh lagi...Berdiri kembali...Sekali lagi...

1000 Tahun - Butterfinggers


Aboo

Komentar :

ada 24 comments ke “TENTANG-TENTANG : GE-12 - YANG MENANG, YANG KALAH & RAKYAT”
Anonymous said...
pada hari 

You were right. As long as Si Mamat seat there. For sure, there will an advantage to the opposition. But for now, the main problem is to move that ass hole. He can't lead us. He just a puppet. For sure right now, there is no one in bn who can lead us. No one qualify.

Anonymous said...
pada hari 

good analysis..(bukan nak bodek penulis ni)...seperti biasa bila berlaku sesuatu yg macam ni mesti ada kepala yg perlu bertanggungjawab...oleh itu kpd kepala2 yg tsb perlulah buat sesuatu yg drastik sket..ikut kata rakyat, tanya rakyat sorang2 apa yg tak kena, apa diorang mahu...

p/s: mana pemuda umno penang ni takde komen apa2 pun..

Anonymous said...
pada hari 

Salam..

1. Dengan kemenangan ini adakah SPR telus ???

2. Pak Lah memang perlu berundur.

3. Kemenangan pembangkang lebih kepada menolak kerajaan, bukan rakyat mahukan pembangkang. Itu aku percaya. ( kecuali kelantan )

4. Keburukan sebagai akibat dari suara rakyat ini perlu di take care kan jugak. Takut ada pihak x bertanggung jawab main kotor. Jgn Mei datang lagi loo..

5. Tempat aku kej memerintah dah bagus.. sebab tu aku x rasa perlu bersuara kepada kej pusat.. Najib jaga kebajikan peneroka felda.. x pelik la undi dia naik..

6. walauapa pun harap kita masih selamat utk tinggal di Malaysia..

Akagi,
Cuma berkata-kata
Pemuda BN, Parlimen Kuala Krau.

Anonymous said...
pada hari 

okay... my turn to comment on this lengthy but full of meaning article…

just to set the record straight, i ws indeed one of the thousands of those who mourned the loss in GE 12 on that tragic 8th of March... indeed TERKEJUT BERUK is one way to put it...but sad was more like it...

as i sat at the TV room watching one after another blow to the government pack, i thought to myself... what the hell went wrong? is this really happening?!!

so... what did go wrong..?
1. people have loss trust in Pak Lah
2. people HATE khairy
3. people do not want prices of things to go up
4. people want change.

somebody said..."He can't lead us. He just a puppet. For sure right now, there is no one in bn who can lead us. No one qualify" --> whats the qualification of one who can lead us? i am not saying that i am pro si Mamat... but what im saying is was there any other party leader in GE12 who was able to rally the majority of support he and his party did? the opposition (...or rather current government in 5 states) did not manage to do it either... yeah, they broke the 2/3 hold on the country, but the rakyat was voting for three different parties. so that means that no one of those three parties gained any support enough to form a government...

i think the rakyat should take more actions rather then waste their energy criticizing... we talk about how UMNO and BN are lacking leadership... we talk as if we could do better... we talk as if its simple to lead... we talk as if we know what we are talking about... but if given the position, could we do better???

i totally agree that BN is starting to take governing for granted...doing things without thinking... doing things that is making the rakyat suffer...

therefore, although i mourn the loss, i have to say that the rakyat has 'spoken'. let us all malaysians help this new mixed government to make our country better, and not let them break it into pieces. let us hope that we can all forget our differences and work together and not just wait for things to happen…

like Aboo said… JANGAN TAKUT MENEGUR DAN MENGKRITIK... however, biarlah teguran membina... better yourselves so you can better others... afterall, bringing down the government also means bringing down the country.. and the person whos gonna suffer in the end is ourselves…

wishing this new government the best for my sake and yours….

Anonymous said...
pada hari 
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
pada hari 

Ok skrg turn aku plak bg comment di pagi hari ni..anyway bagi aku sape pun yg memerintah sama jer..diorg tu sume ttp politician yg aku rasa sume org pun yg golongan2 ni suka tabur janaji2 manis masa nak election...cuma aku harap janji2 tu sume ditunaikan n jgn lps election sume duk pakat wat cam xde janji pe2..secara peribadinya mmg aku suka apa yg si PENULIS ni bicarakn..mereka2 yg kalah ni pttnyer dh mula pikir kenapa diorg ni dh xdpt mandat dari rakyat...BOSAN...rakyat nk lebih dari pe yg diorg sogokkn slama ni n maukan sesuatu yg baru n tolak pe yg tak ptt...so dgn erti kata lain rakyat2 yg rasa suara mereka xdidengari ni pakat pangkah parti pembangkang tanda protes..sape penah terpikir yg akhirya 4 buah negeri+kelantan yg sememangnya hak mutlak PAS dh aku rasa berjaya di tawan oleh BA dgn kuasa rakyat..
skarg yg penting kita tgk n bg sokongan n saling meningatkan merea2 yg dh menang ni tuk laksanakn apa yg terbaik tuk kita sume..
Pembangkang perlu ADA dlm negara demokrasi so tak perlu persoalkn kemenangan diorg kerana diorg ni insan terpilih dari rakyat kita sendiri..rasa dulu camne diorg memerintah n 5 tahun kemudian baru wat keptusan blk smada mereka masih layak atau tidka...
Aku tak sabar nk tggu samada kerusi parlimen Permatang Pauh akan dikosongkan tuk beri laluan pada 'dia'yg 10 tahun kebelakang ni tak dapat nk bertanding..aku rasa teruja nk tggu kemunculan 'dia' aku kagumi ni..akua rasa lg panas la parlimen...
Pagi tdi kau dapat 1 risalah yg di edarkan masa election kt kelantan ni..byk berkisar psl '3 beranak' or something else yg aku tak ingat..patrick lim..khairy n ....if la aku pemgundi atas pagar n dpt risalah tu saat akhir mgkn aku akan pangkah parti yg mengedarkan risalah tu..mgkn korg dh tgk gmbr n dh baca kot...or kalu tak mgkn aku bleh dapatkn tuk tatapan korg...
Anyway terima la pe je keputusan ..mgkn ada baiknye sesuatu perubahan tu n sambil tu bleh mengingatkan kpd mereka2 yg rasa berkuasa slama ni..rakyat kita dh makin bijak n tak sebodoh yg disangka..cuma tak bleh nk bersuara jer..buat per yg terbaik negara samada pembangkang atau pun kerajaasn..

Anonymous said...
pada hari 

Assalamualaikum wbt

Pagi yg dingin agak mendung tidak bersalju tapi hangat dilanda krisis kontroversi politik.

Waktu rehat bertemankan kopi ginsend kacip fatimah ulaman sandwich tuna, segar pula rasanya. diet biar seimbang.

Diakui bahawa poltik negara kini agak kucar kacir apalgi dengan pelbagai kontroversi yang bakal senyap dan hilang begitu sahaja.percayalah.

Kekalahan parti paling kuat dimalaysia pada pilihanraya tempoh hari kini dijadikan modal oleh pihak-pihak jahat yang mengatakan bahawa mereka disokong.

bukankah itu tandanya protes secara senyap yg disebabkan taktau nak pangkah mana,pihak lawan dipangkahnya.Walauapapun tidakan itu memang sebenarnya biadap terhdap parti yang selama ini menjaga kalian-kalian yg biadap semua.

Pihak-pihak tertentu mtk rasa disokong itu, perlu sedar bahawa anda hanya mendapat undi tidak langsung yg sebenarnya suara itu bukan melaungkan sokongan kepada pihak anda ttp tanda meminta pihak parti kerajaan bangkit menangani sesuatu.Perlu disedari akan itu

Sekian intro.

Shafina
BN ttp dihati!

Anonymous said...
pada hari 

Finally...Shafina back!

Para komentar diingatkan supaya berjaga2 akan keceluparan tulisan minah tua ini.jangan silap langkah menulis sesuatu provokasi.

Apa2...welcome home,Miss Shafina Dara Tua!

Anonymous said...
pada hari 

kalau nak tahu kenapa rakyat pangkah pembangkang walaupun sebenarnya rakyat bukanlah penyokong pembangkang , mereka ni sebenarnya tak suka dgn pentadbiran paklah dan khairi..kalau kedua-dua ni takde (letak jawatan) maka kemungkinan besar bn akan kembali menang besar...and that's the fact!

Anonymous said...
pada hari 

Salam,

'org lama' amat menyanjungi jasa2 BN atau lebih tepat UMNO kerana dengan usaha mereka mencapai kemerdekaan dan mengubah arus pembangunan negara kita.. Sampai bila pun sejarah ini akan di ingati..

PAS.. cuba melahirkan sebuah negara yg lebih Islamic.. pada dasarnya.. Tampak satu parti pembangkang yg amat bagus bagi mengimbangi pentadbiran BN..

DAP.. dulunya cuba menghapuskan hak keistimewaan MELAYU.. Sukar di terima..

PKR.. parti baru yg cuba menegakkan keadilan.. bagi individu @ secara keseluruhan.. sukar nak disahkan..

Ini semua cerita dulu.. Apa yg sebenarnya rakyat mahukan sekarang ??

Ketelusan dalam pemerintahan!! Itu yg lebih utama..

Skarang secara factnya.. Semua parti BA.. membangkang kerana ketirisan dalam pemerintahan Kej BN..

Tiada lagi fungsi utama utk mengimbangi kej BN.. Secara terang dan nyata.. Sana-sini kudis, panau, kurap dapat di lihat dalam kej pimpinan BN.. dan lebih2 Pak Lah n KJ..

Mana x rakyat.. beralih kepada BA ? Aku setuju sgt yg rakyat sebenarnya x mahukan BA.. Tapi Apapunlah Bukan Umno & BN..

GE ari tu aku balik kg.. aku anak felda.. so aku lihat YB tempat aku mmg byk membantu family2 yg berada di sekitar felda aku.. taraf hidup peneroka felda semua dah di naikkan.. peneroka kini dapat merasai lebih kesenangan..

That the only reason y I vote for BN.. If aku mengundi kat KL maybe aku akan undi BA gak..

dok KL sapa memerintah sama jerk.. Infrastructure semua dah ada.. apa nak kisah..

Namun aku akan mengundi BA atas dasar protes bukan mahukan BA..

Pada aku perjuangan PAS je ok.. yg lain tu x berapa nak acpt aku..
Semua mcm dok nak lari tajuk belaka..

Apapun.. aku juga bersetuju yg Pak Lah n KJ perlu undur.. BN akan menang besar balik..

Percaya Pak Lah ? No No No..

Akagi,
Cuma berkata-kata,
Pemuda BN,
Mencari Relevan..

Anonymous said...
pada hari 

rakyat skg ni cuba mencari alternatif bg mengatasi masalah ke'bangkrapan idea' dlm pentadbiran negara.

rakyat benar2 menunjukkan kuasa dlm GE12 tempohari.
Syabas!

Anonymous said...
pada hari 

terkadang saya rasa bengang juga pada pihak2 yang duk tentang sangat kerajaan ni. Sebenarnya korang nak apa lagi?tak cukup ke keamanan negara kita selama kita duduk kat negra ni,sejak dari nama tanah melayu tahun 63 negara kita tukar nama malaysia.
Please,kalau nak tulis,nak tentang baca sejarah,buat kaji selidik sedikit.jangan kerana anda terikt dgnn blgoer yg lain anda pun tulis pasal benda yg mengarut.Sekenal saya,anda masih muda,intektual pun tinggi.skrng ni duk buat master.Anda bukan calang orang semacam warga kota baru yg ratanya tahap kampung berfikiran sempit.takbaik insult potitician dgn tulsan yg karut sebegini.apalagi pemerintah yg selama ini menyumbang byk jasa kepada negera.yang pentng jasa mereka kepada bangsa dan agama kita.anda nak apa lagi?tak cukup makan ke sehari-hari?sepatutnya intelektual anda itu anda gunakan sebaik mungkin.bkn untuk tujuan sebegini.Bila tv tunjuk berita luar negara contohnya tibet,sedih rasanya kenangkan anda yang duk tentang sangat kerajaan ni.untuk apa sebenarnya.tak cukup ke dgn nikmat yg Allah limpahkankepada kita rakyat malaysia.

fikirkanlah,ini bukan niat utk menyingggung pereasaan anda.cuma memberikan anda idea utk berfikir terhadap apa yg anda tulis.silap tulis org boleh saman.Susah sendiri juga yg tanggng.

Wahai kawan,fikirkanlah.



Sahabat lama

Anonymous said...
pada hari 

amankah negara kita skrg ni kalau nak dibandingkan dgn 20 thn dulu?
syarlinie... awi... nurin jazlin.. altantunya...

majukah negara kita ini?
rakyat merempat di tanah sendiri... peluang pekerjaan terhad... kos meningkat...

teluskah kerajaan kita hari ini?
korupsi... nepotisme... ISA... demontrasi "haram"... lesen jual arak "halal".... kasino berlesen...
tender "terbuka"...

apa yg korunk mahukan?

Anonymous said...
pada hari 

sebelum ni sejarah hanya utk dibaca & dihayati utk tatapan generasi baru...
tetapi skrg ni adalah tanggungjawab kita utk melakar sejarah buat generasi akan datang...
aku bangga kerana menjadi sebahagian dari sejarah itu...

takbir!

Anonymous said...
pada hari 

En.Spekulator...

teluskah kerajaan kita hari ini?
korupsi... nepotisme... ISA... demontrasi "haram"... lesen jual arak "halal".... kasino berlesen...
tender "terbuka"...

Anda memang sebetulnya contoh rakyat minda class 1 A++,ada jiwa2 bangkangan bertempat!Asasnya, ada tahu apa yang anda mahukan...TAHNIAH DIUCAPKAN!

Saudara/i Anonymous sahabat lama...?
Aku bukannya membangkang membabi buta, cuma luahkan pendapat dan cuba menyedarkan rakyat (kalangan pembaca-merujuk artikel ini la...). Agaknya saudara/i tinggal dibandar besar,tak nampak akan kesusahan rakyat dikawasan kampung2. Yang saudara/i rasa mungkin cuma kesusahan bayar tol, kos hidup yg tinggi. Macam aku,aku melihat kesusahan rakyat. Rumah macam kandang kambing pun ada. Sedangkan yang namanya pemimpin, rumah yg dibina dgn duit kerajaan (duit rakyat lah tu!) siap buat parti anak beranak lagi! Tu salah satu contohlah. Contoh lain byk lagi...

Akagi/Shafina...
Mmg aku pun cakap kat artikel tu, soal protes.Tapi...akhir2 ini aku nampak parti yg wujud sejak 62thn lalu makin tidak relevan. Tidak relevan utk memerintah malah tidak relevan utk bangsanya sendiri.

Apa yg perlu disedari, bangsa majoriti kini sudah terpecah kepada 2-3 pecahan dlm bentuk undi-mengundi,pangkah-memangkah.
Salah siapa tu? Betapa lemahnya bangsa kita sebenarnya!Sibuk nak rebut kuasa. Gila kuasa kesemuanya. Macam hidup tak mati.

aku pun nak highlight pasal undi orang muda,undi dari imigran kampung ke bandar. Bila balik kampung,mereka tidak pangkah parti yg tu.kenapa? Datuk Johan/Datuk Zaini cakap, mereka terdedah pada info2.Mereka tahu menilai. Tp...Sayang,kawan yg duk dibandar2 besar tak ramai juga yg sedar benda ni.

Cakap cara kampung,asal nak mengundi saja,tiba2 banyak ler projek2 yg dtg. SECARA TIBA2...Rakyat bodoh sgt ke nak pangkah sebab sogokan sebegitu. Ini tahun 2008 bukan tahun 1948. Ini zaman minda class 1, zaman akademi fantasia.Sendiri mahu ingat lah!

Outro...
Astro OASIS,Jumaat ptg ari tu ada penceramah dari Indonesia cerita (aku cerita dlm bentuk santai)...
Seorang khalifah selepas Saidina Ali, pada waktu lewat malam sedang duk kerja (belek2 fail lah kot)dengan cahaya sebatang lilin dimejanya. TIba2,dtg anakanda Khalifah berkenaan dtg masuk jumpa ayahandanya (khalifah tu lah). Khalifah tu tanya atas urusan apa dtg jumpa? Anak khalifah tu cakap atas urusan keluarga,maka dgn segeralah khalifah itu tiup lilin yg ada didepannya. Maka bergelaplah dua beranak itu. Anak tu pun peliklah kenapa duk dalam gelap. Khalifah tu cakap, kita nak cakap atas urusan peribadi (keluarga) tidak layak nak guna harta kerjaan (harta rakyat lah). Maka berbuallah kedua2 beranak itu dalam gelap.

Wah..tu contoh integriti seorang pemimpin...HEBAT!Banding dgn kita2 ni...Ish, nak cakap pun malas, cumanya yg patut resign tu baik blah segera!!!

Anonymous said...
pada hari 

Dear sahabat lama Aboo,

>>> Anda bukan calang orang semacam warga kota baru yg ratanya tahap kampung berfikiran sempit <<<

Kurang ENAK dibaca statement tersebut. Sensitiviti individu harus dijaga!!Bukan begitu ke open minded (xsempit)

Aku sokong 100% ada pemimpin banyak JASA kpd rakyat, tapi awas dan berjaga2 jgn fikir JASA dpt menutup kemungkaran!! takkan skrew driver smpai ratusan ringgit (laporan audit). Laporan dh keluar, tindakan susulan ape macam?Rakyat x berfikiran sempit

Benchmark keamanan dgn TIBET? come on la... untuk bersyukur kita pandang ke bawah(kurang), untuk maju ke depan kita pandang ke atas(lebih)!!!
Abistu benchmark ekonomi takkan somalia kot??
Harap individu bandar berfikiran terbuka tidak mempunyai benchamark yg rendah

Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur akan semua kurniaan-Mu

Salam Kota Bharu
Kg Cherang, DUN Tanjung Mas PARLIMEN Kota Bharu

Anonymous said...
pada hari 

Kepada 'sahabat lama'..

Aku walaupun lahir selepas merdeka.. tidak pernah melupakan jasa-jasa pemerintah zaman-berzaman yg telah lama berkhidmat dan berbakti kepada rakyat.. Tidak sekalipun berasa lupa diri di atas nikmat merdeka yg kita kecapi selama ini.. Tanpa mereka dan izin-Nya nasib Malaysia mungkin lebih teruk dari Tibet..
JASA KALIAN TETAP DI KENANG...

Namun dalam hidup kita x boleh menjadi pak turut.. mimpi dibuai permainan politik.. Kita mesti cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan.. Cara yg 'mereka' pilih sekarang adalah dengan tidak memilih kerajaan.. dan menolak kroni-kroni KJ..

Mereka yakin dan percaya kerajaan mampu memberikan kestabilan ekonomi kepada negara.. Namun rakyat mahu merasainya bersama-sama, Kata KDNK naik, Indeks itu dan ini kukuh dan bertambah naik.. pendapatan negara bertambah..
Tapi kenapa kos sara hidup bertambah ??? Barang runcit naik harga, petrol naik harga dsb..
Rakyat umumnya x faham istilah2 itu sgt.. Janji dengan kemakmuran, keamanan, kestabilan yg di war-warkan itu dapat di rasai masyarakat seluruhnya..

Rakyat masih boleh terima kenaikan pada harga tapi mungkin pada kadar peratusan yg rendah.. kerana rakyat juga sedar tiada kos yg maintain semua pasti akan naik dari zaman ke zaman..

Tapi jika di fikirkan juga.. Rakyat memang dah terbiasa dengan subsidi.. sukar nak berdiri tanpa subsidi.. bila di perkatakan hal ini.. sure " dah tanggungjawab kerajaan "

Info dari bloger.. Terutamanya MalaysiaToday.. Jika anda bijak bistari cuba nafikan secara telus, terbuka.. mampukah anda ?? Mungkin kita boleh mulakan dengan hikayat khairi jamaludin..

Namun begitu.. Aku tidak lah menyokong BA.. For me diaorg ni xda apa pun.. just cakap kosong.. Nak turun harga minyak konon.. Nak turun tol la dan apa lagi la.. nampak tempang dengan janji-janji itu..

Cuma apa yg kita boleh tunggu dan lihat 'kononnya pemerintahan mereka telus, tanpa korupsi, keterbukaan, menjaga semua bangsa' x taulah sejauh mana kebenarannya..

Aku cuma boleh terima cadangan PAS yg mahu melaksanakan undang Islam di M'sia itu shj.. yg lain-lain tue.. ntah lah..

Sebab Islam H Pak Lah cacat sikit.

Namun ada la rumor2 yg mungkin terpencil menyatakan PKR dapat sponsor dari Soros bagi membiayai GE kali ini.. ntahlah..

Byk lagi yg aku nak perkatakan sebenarnya.. tapi cukuplah untuk kali ini..

Katakan tidak pada Pak Lah..

Akagi
Cuma berkata-kata dan tidak pernah lupa mengenang jasa..
Pemuda BN,
Parlimen Kuala Krau..

Anonymous said...
pada hari 

SI PENULIS MENCIPLAK ARCCHEMEGE RUPANYA FASAL TIBET DAN SOMALIA.SIA2 SKOLAH TINGGI2,CIPLAK JUGA KERJANYA.TAK PANDAI (BODOH) JUGA LA MAMAT NI RUPANYA2.

NTAHLAH,BICARA SOAL POLITIK DENGAN MAMAT2 YANG KERAS HATI LAGI JUMUD SUSAHLAH.MEMAMG TAK AKAN MENANG.

IKUT SUKA DEME LAH.DEME PUNYE SUKE.


Shafina
Sambung Kerja!

Anonymous said...
pada hari 

aku dah tulis pendirian aku kat artikel mana tah.

tp aku ttp rasa paklah perlu 2nd chance...
aku sokong paklah utk terus memimpin lg sepenggal..
baru 5 thn beb..kalau tak berubah lps 4 negeri kena rampas pembangkang..baru layak jatuh hukum..

skdr pendapat bakal guru..

-salam reformasi dr pmtg pauh-
real muzam

Anonymous said...
pada hari 

quote :
presint10 said...
SI PENULIS MENCIPLAK ARCCHEMEGE RUPANYA FASAL TIBET DAN SOMALIA.SIA2 SKOLAH TINGGI2,CIPLAK JUGA KERJANYA.TAK PANDAI (BODOH) JUGA LA MAMAT NI RUPANYA2.

NTAHLAH,BICARA SOAL POLITIK DENGAN MAMAT2 YANG KERAS HATI LAGI JUMUD SUSAHLAH.MEMAMG TAK AKAN MENANG.

IKUT SUKA DEME LAH.DEME PUNYE SUKE.


Shafina
Sambung Kerja!

Mar 25, 2008 11:03:00 AM


hahaha.... that's what they call a LOOSER!..
u ada pc, ada streamyx, ada jari n ada otak.. (kalau ada la) juz write down ur opinion.jangan lak nak melenting x tentu pasal...

kalau psl ciplak ni... di sini x menjadi isu.. ygb pentingnya fakta tlh diketengahkan... mungkin sebilangan jer yg baca tulisan "ARCCHEMEGE" tu ... lgpun blog mamat ni yg top skrg ni. jadi lbh ramai yg mendapat info.

kalau korunk nak tau (pd yg belum tau & nak ambik tau) proses duplicate ni sebenarnya menjimatkan masa korunk.... dan amalan ni menjadi kejayaan kpd sebilangan tokoh.
contohnya cam tokey aku skg ni.. mr liew... dia buat bisnes sampai berjaya cam skg ni pun psl dia duplicate cara kerja bapak dia gak.
hehehe... tu contoh yg paling dekat...
kalau ngko nak contoh yg jauh2 pun blh gak.. cuba ngko kaji balik sejarah thomas edison,apollo 11,isaac newton,mahathir mohamad,etc..
diorg pun duplicate dari tokoh atau kajian org yg terdahulu gak...

~juz my 2 cent

Anonymous said...
pada hari 

spekulator, mu memang ganazzz...idea bernas gila sampai kena fikir thomas edison..kena gi library aku nampaknya cari buku...

malaysia ni kalau duk bawah pak lah n kj maka jawabnya wawasan 2020 tak akan dicapai..negera2 lain semua maju ke depan kita duk undur ke belakang..kesian mahathir idea yg bernas tak dpt dicapai disebabkan kelemahan pentadbiran..dan campurtangan anak menantu...

Anonymous said...
pada hari 

Sebagai penyinggah di blog ni,aku berpendapat isu contoh Tibet dan Somalia bukanlah suatu isu CIPLAK tetapi ia lebih kpd PENGHORMATAN dprd penulis kpd 'komenter' di dlm blog ni!!! (buat ape la na ciplak stakat contoh yg xseberapa tu)
Kebetulan plak benda tu relevan dlm artikel terbaru penulis dan mungkin memangkin respond drpd 'sahabat lama open minded' beliau(Rindu kat sahabat lama ke?)

Thanks Bro for the appreciation

Anonymous said...
pada hari 

Archemege...Ehem2!tima kasih kembali...

Shafina...insaflah!

Spekulator...You are the man!

Akagi...Katakan Tidak pada Paklah!

Real Muzam...Mentang2lah Paklah satu negeri dengan lu,lu support eh? Takpa...masing2 punya pendapat!Kawan2 tak mahu lawan...

Ni Bro Ben Kenobi mana ni???

Ops...Apek mana pulak masuk tu?haiyaa...Malas nak mengulas!

Anonymous said...
pada hari 

mat jas,
haha..
bukan sbb kenegerian bro..
tp atas dasar keadillan itu sendiri..
peluang kedua utk paklah membuktikan kemampuan sebenar...
sblm ni dia pakai cabinet warisan tun..
kita sama2 tgk cabinet dia seniri n sama menghakimi di pilihanraya akan dtg..

tp aku bukan org umno ..
jgn salah paham..
aku suka kerajaan skrg cuma aku rs perlu ada pembaharuan dgn adanya lebih byk suara pembangkang..
br kerajaan akan lebih telus..



sekadar menjadi seseorang yg 'adil'
sesuai yg perjuangan di pmtg pauh..



takbir!!

salam reformasi dr p44
-real muzam-

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.