Friday, December 19, 2008

Update: Blues Lemak-Lebih: Kolestrol pun, Kolestrol lah ! .

Update 27 Dec. ; Begitu sekali Islam dibenci. Penghinaan yang tidak boleh diterima sama sekali terhadap Islam. Setakat ini, Peng-Islam di Malaysia cukup ‘cool’ melainkan jika benar-benar ada unsur penghinaan secara terang-terangan. Soal agama, orang yang tak pernah solat pun akan menggenggam penumbuk kalau agamanya dihina!


Lu mahu apa sebenarnya…?! Apa problem orang-orang yang menulis menghina Nabi kepada umat Islam.? Kepuasan luar-biasa-kah jika mendapat ruang menghina Islam?!


Aku pun tak pernah terdetik nak tulis pasal nak hina agama lain…Tak pernah! Sebabnya, Islam mengajar aku "Bagi aku, agamaku…Bagi engkau agama engkau...". Ko sembahyang cara ko, aku sembahyang cara aku! Soal agama takperlu nak bersama, takperlu nak di-Malaysian-kan! Takkan ada istilah SATU AGAMA, yang ada cuma SATU BANGSA! Lu orang cuma perlu faham dan RESPECT agama orang lain! So, Please...Stop, Jangan melampau! Peng-Islam tidak 'se-cool' yang lu orang sangka...Jangan main api! Kelak, lu yang terbakar sendiri...Sendiri Mahu Ingat! Jangan lebih-lebih... STOP BULLYING ISLAM kalau lu orang taknak kena BULI BALIK! Mat Pet yang tengah stim pun, akan mengamuk kalau agamanya dihina...Sila Beringat! Sekian Terima Kasih...


POST ASAL - Prolog: TAHNIAH untuk 50,000 hits (Since June 2007…kot?!) Untuk siapa aku perlu ber-tahniah?! Untuk Aboo & Lady Dark…on behalf UNPUBLISHED NOTES !!!, ‘her’-self…Kenapa ‘her’, aku rasa tulisan dalam blog macam bebelan bonda aku, takpun mummy Si Lady Dark! Errrkkk..Kena bebel semprit hormon-hormon semua woooo…! Maka, Tahniah untuk Aboo, Lady & UNPUBLISHED NOTES ! ! !

Edisi Tak Ter-Edit aka Edisi Celupar lagi EMOSI!
Bacaan Serios Bermula: Sime Darby nak ‘pegang’ IJN…So, What?! Kita pandai sangat kah?! Diorang bisnes…Asas kepada bisnes bukan kah untuk mengkayakan para pemegang saham. Nak labur dalam bentuk belian pegangan ingat kerja senang kah?! Takde analisa berbulan ker…? Orang nak beli rumah setinggan pun fikir berbulan-bulan…Inikan pula nak beli syarikat! Wooo..Puji-pujian…Tahniah sama lu Sime Darby! Gua caya sama luuu…

Ini bukan cerita baru, ‘swasta’ bukan istilah baru. Ini dah lama, betol…Sejak dulu-dulu. Zaman berzaman dah. Kan Malaysia nak maju. Ini juga boleh disamakan dasar pengkastaan. Ini cerita lama bebbb…Jangan pelik! Tak swasta, tak rock laaa…Hidup Dasar Penswastaan! Ini cerita untuk orang-orang kaya, Orang miskin tak boleh baca…

Soalan Oral UPSR Tahun 2020: Kenapa pada tahun akhir 2008 dalam banyak-banyak harta bercop ‘HAK KERAJAAN’, IJN yang nak dimiliki?!

Skema Jawapan : Braderrr…Ini zaman tengah meleset, bukan zaman main sampai lecet-melecet! Banyak company bungkus, buang orang. Ini zaman orang banyak sakit, sakit jantung terkejut, saham tak naik-naik. Jantung pun malas nak berdegup. IJN bakal sesak penuh dengan kenamaan-kenamaan yang sakit! Kenamaan banyak duit, boleh masuk IJN. Bila diswastakan, IJN akan jadi tempat orang-orang kaya.

Esok lusa…Akan ada pulak Company bersaiz besar, juta-juta punya niaga akan nak beli syarikat-syarikat bercop ‘HAK KERAJAAN’, syarikat berasaskan manakan dan pharmaceutical akan juga menjadi tarikan syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan pegangan. Kita tengoklah nanti…Ini zaman kapitalis, kata lain untuk kapitalis adalan pengkastaan. Yang senang tambah senang, yang sesak maintain sesak.

Negara Korea Utara yang ditekan sejak dulu, mereka perlukan apa kalau bukan makanan. Rakyat Iraq yang sengsara akibat perang, perlukan apa kalau bukan makanan dan ubat-ubatan. Mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa apa mereka perlukan kalau bukan makanan dan ubat-ubatan. Bila saja namanya mangsa, dalam keadaan ‘darurat’, orang tak fikir nak berjoli-joli, nak ranggi-rangi, nak pakai handphone berkamera. Namanya mangsa, mesti nak kan makanan dan ubat-ubatan.

Makan…Hari-hari kena makan, budak-budak PLKN, mat-mat ‘pet’ di Serenti, banduan-banduan di penjara pun makan 6-7kali sehari. Yang kaya bukan takat makan, tapi melantak. Dalil kepada kejatuhan ekonomi, siapa yang niaga barang makan akan bakal naik. Orang takde kereta boleh naik bas, takde ‘soru’…Nak ‘kekah’ apa? Ini asas…

Ubat…Sakit kena pekena ubat! Ini zaman, bukan zaman berbomoh-bomoh, bomoh-bomoh ni bermusim. Musim final bola atau musim pilihanraya saja. Ini zaman berpanadol, sakit kepala pekena panadol, demam pun panadol, period pun layan panadol…Kita bakal berhadapan dengan musim orang sakit-sakit, bukan takat sakit jantung, lain-lain sakit pun penyakit. Syarikat buat ubat bakal untung, sapa tak beli…RUGI! Hidup Syarikat Buat Panadol…

Minyak susut harga, kerana pengeluaran meningkat kah?! Itu semua cakap-cakap ikut teks. Itu statement semata-mata. Minyak…Tokey mana nak pakai?! Company semua dah nak bungkus, nak guna minyak untuk apa. Ini cerita lama, Al-Gore dah cakap pasal ni pada tahun 2004…Bagus apa ekonomi down, kilang tak jalan, asap tak kuar. Selamat apa, bumi kita…Sayangilah bumi kita! Ada hikmat…Tuhan Maha Bijak! Jangan lupa tengok An Inconvenient Truth! Bumi tengah tenat, biarkan dia berehat!

Maka, jangan terlalu gembira dengan turunnya harga minyak dunia (takat $38.20 - 12.15am), makin turun minyak dunia, makin meleset lah maksudnya. Kita perlu berjaga-jaga, berjimat-jimat dari sekarang. Berjimat kalau-kalau kena VSS. Pandai-pandai lahhh..Hidup mesti diteruskannn...Hidup Jalan Terus!

Soal kapitalis….Ini bukan cerita pelik, ini soal biasa. Ini cerita lapok sejak 1867. Bacalah Das Kapital, ramalan sudah dibuat 100tahun dulu. Kini sedang pesat melanda Malaysia. Karl Max, cakapnya serupa bikin. Ops…Aku bukan komunis! Aku orang Islam…

Maka…Jangan cakap kosong kononnya bijak pandai. Jangan melalak kosong! Otak kosong, gegey saje jer, baik tolong bini masak kat dapur, jaga anak! Rubissshhhh…Buduh !!! Itu pun tak boleh fikir kah?!Bacaan Serious Tamat!

Fuuuhhh…Penat membebel, macam bonda! So…Thanks untuk yang pernah masuk UNPUBLISHED NOTES ! ! ! Tak sangka, aku ingat akan mati blog ini. Apa pun, mind-set aku sudah bertukar, blog adalah sesuatu yang personal. Tempat meluahkan pendapat! Mana lagi nak melalak kalau bukan di blog sendiri. Yahooo...50,000hits dah!

*akan dieditkan kemudian...
Aboo&LadyDark


Komentar :

ada 29 comments ke “Update: Blues Lemak-Lebih: Kolestrol pun, Kolestrol lah ! .”
Anonymous said...
pada hari 

muahahahaha.... tumpang melalak juga le

sebiji mcm mak mak dok beletiaQ tapi sang anak dok pekak badak

Anonymous said...
pada hari 

GM motor pun bungkus,saya terfikir nasib proton kalau merge dgn GM motor.

Sue.Aleen said...
pada hari 

tahniah... tahniahhhhh!
ada makan² ke ni? (ingat makan sokmo)

Firaz said...
pada hari 

Salam...
Aboooo, tahniah bro, 50,000 hits tuuu... tabik...tabiks sama lu bro...;-) kapitalis, kapitalis gak, tp depa tkleh lupa, nasib bukit antarabangsa mungkin terjadi kat depa jugak..;-)

Anonymous said...
pada hari 

congrats bro :')
aku sanggup tenet guna WAP celcom juz semata2 nak baca unpublishednotes.. 50,000 hits.. bukan sikit tu bro.. bravo!

Anonymous said...
pada hari 

Kekanda Jie!

Ayuh Sisss Jie...Lalak-melalak, jgn lalok sudahhh!

Kasih bonda sepanjang hayat!!!

Gram Kong!

Proton?GM?Datang ke Puchong, jom try naik bas mini,Bro!Thanks...

Anonymous said...
pada hari 

Sis Sue!

Makan2?Kitorang tgh diet!Huhu..

Bro Firzoool!

Yup...50k hits (page views je tauuu!!),agak banyak tanpa bergantung harap pada 'Malaysiakini', 'Beraspadu-PIT' dan link2 glamor lain yg kemutttt!!!Blog pun ada proksi apaaa...Huhu!

Berita dari Bukit Antarabangsa...OK! Boleh duduk sehingga tanah runtuh lagi...YEsss!!!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Kekanda Spekulator!

Hampir2 terkeluar air hidung adinda,baca komen kekanda! Mana nak dapat 'abe' yg cool lagi romantik macam abe kat KL nihhh...Ishhh!Di KL,langsung takde 'SOCIAL-VALUE',aku-aku...mu-mu! Adinda sedihhhhh...

Kalu adinda di-KB,mlm rabu ni...Adinda pair dgn kekanda utk belasah hidup2 Cikgu Kimi dgn remaja bermasalah Ben Mahmood!Hahahaha..

Keep In Touch,Kekanda...Raya Cina,Adinda ke KB...! Miss You All , Kekanda2 ku sekaliannn...Isk ISk ISk!

Roger!

radens albanjari said...
pada hari 

salam bro dan lady dark,
kalungan 'bunga manggar' utk korang berdua.Blog makin hebat.Blog makin menyengat.Blog makin mendera.Blog makin diduga.Blog yang makin besar pengaruh dan bakal menjadi 'perdana'.

Maaf bro lambat wishes 50K hits,hang kena faham bro ni, kan ker selalu tertinggai bas.

Bravo! Hebat dan mantap tanpa bergantung dan mengepit 'malaysiakini' dan blog otai yg 'kemut-kimut' blog korang berjaya cecah hit begitu. Banyak tu!

kalau tukar kpd RM, buleh bikin kenduri kahwin korang 5 hari 5 malam,24 jam sehari non-stop cakap luuu..!

Tahniah

petrokoxi said...
pada hari 

macam tulah Abooo kasi hantam sama dia

Anonymous said...
pada hari 

erk...kat rss dah ada posting baru...sejam tadi

mana hilang/

Anonymous said...
pada hari 

hmm...bangun tido,,bangun tido...dh 50K...tp aku..hukhuk..

bangun..boh K..tido pun boh K!!..huuaaarrghh..anyway congrats both of u..

Anonymous said...
pada hari 

Bro Banjar!

Waahhh..Bunga manggar?!Huhu..Makin menyengat?Hahhaa..Tanggungjawab social,Brooo!

Nak ngundi lagi nih...Al-Banjari kena bersiap sedia la,sebagai bilik gerakan blogs...Hahaha!

50K=RM50K...Tu kalau RM, kalu rupiah, tak sampai RM1 punn..HAhahha!

Roger,Brooo!

Anonymous said...
pada hari 

Kananguro aka AiMingZi!

Huhu..lu bezakan hentam dengan hentak!hahaha...Gua tak suka menghentam, gua suka menghentakkk!

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Jie!

Ya!Ya!Ya! Mmg ada, pasal Husin Lempoyang tu kannn...Tp, tu technical error je! Masa duk tgk2 kat blog Husin Lempoyang, ada gua punya post-link! Pastu konon2 cuba investigate lahhh! Lerrr..Tiba2 jadi post pulakkk..Huhuhu! Tu pasal gua remove! Sekian laporannn...

So...Thanks utk toturial,baru je try...MALANGNYA,tak jadiiii! uhhhh...

ROger Sis!

Anonymous said...
pada hari 

KubeKie!

Pastikan tido anda cukup utk kerja yg lebih mantap! Boh K...? Macam kenal...Jgn kata Boh K yg pakai Mercedez 7577 tu! hahhaa..

Thanks..Roger!

radens albanjari said...
pada hari 

al-banjari akan ber'live' dari Kuala Terangganu 2 hari..iaitu pada penamaaan calon dan hari pengundian !

Kenny Roger

Anonymous said...
pada hari 

eh apasal tak jadi...ikut step tu betul2...ada 2 cara...yg pertama tu tak boleh komen..tp kalau guna cara yg ke-2....ada komen box...try lagi.



erk...kiranya betullah apa yg dimaksudkan tu 'sticky post'...agak2 je tu...takut lain yg diminta, lain pula yg dibagi

Sue.Aleen said...
pada hari 

posting mana yang nak letak kat atas ni? meh habaq mai

manzilybaity said...
pada hari 

hmm..asl nk ngundi jer..dh stat nk gaduh..

Anonymous said...
pada hari 

Bro Banjar!

Jika bernasib baik,Bro Banjar and the gang akan di-sponsor penginapan di sekitar batu burukk! Gua sedang mengusahakannyaa dgn Manzilybaity:Orang Kaya-Kaya Terengganu Bersekutu (Aboo&LadyDark's so-called brother)Huhu!Bukan apa,utk silaturahimmmm sesama kita...Hahhaha!

kalau gua kat sana,confirmmmm makan minum, tidooo...Lepasss! Hahaha...Malangnya,gua takbleh cutiii! Huhu...

Hmmm...beberapa tulisan telah disediakan,tunggu masa nak post jer...Tunggu time panas skit!hahahaa...

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

Sis Jie & Sis Sue aka Maknya Syafiah!

Thanks utk tunjuk ajar tuuu..Rasanya confirm takbleh laa...Uishh!Takpe laa...Tp,rasanya bukan sticky post kott namanyaa..Huhu!

Roger Sissesss!

Anonymous said...
pada hari 

Bro Manzily aka OKKT!

Huhu..Election dah tak lama,biasa lahhh gaduh2 standard! Nanti nak pasang bendera pun confirm gaduh2...Huhu!

Opss...Sponsor ler Al-Banjari tuuuuu! Zakat perniagaaannnn...Hahahha! Berkaaatttt....

Roger!

Anonymous said...
pada hari 

sorry soghy..wa kna trip kndury ke selatan tnhair..Pontian..jauh tuu (kna pandu kereta sesorang lak tu ..)
hmm tang penginapan tu... hotel,motel,resort,homestay kbnykannye dh kna 'pinang'..ermmm...

Anonymous said...
pada hari 

Semestinya dekan Dr Zaidi bangga kalu dia tau blog mu cecah 50k hit huhu Tahniah!!! memang hebat blog mu skrg. Fakta yang bernas dan mudah dipahami.

UMNO PARTI PENJARA said...
pada hari 

Kuatkan semangat :-)

Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...
pada hari 

adoih... Sungguh bz semenjak dua menjak ni... Tak dan nk jengok blog pun. Takpe,selagi aboo online,blog takde masalah! Nway,sebagai almost 'silent partner',i wanna say thanks gk to all those who made this blog wat it is today. Keep the UPN spirit alive! And have a blessed year ahead!

-signing out via wireless@jusco setiawangsa

Anonymous said...
pada hari 

Bro Manzily!

Wooww..Jauh berjalan luas pandangan!Jumpa diTganu nanti...Huhu!

Bro Archemege aka Bro Pali!
Huhu..Dr.Zaidi tak bestt...Dr.Bahar la best! huhuhu...

Anonymous said...
pada hari 

Faizal Zakaria!
Wooww...PEMUDA UMNO! Berjuanglah dgn cara kamu dan parti kamu... Jangan pulak merajuk kuar parti kalau sekadar tak dapat 1-2projek. Repair jamban sekolah dan buat parit pun projek!

Dulu,kini&selamanyaaa....

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.