Tuesday, February 26, 2008

What's a Dentist Without Her Left Hand...?



This one goes out to Nur Hafizah Kamar Affendi
(beb... your infamous!!! Err...Airin too - yg duk gayut kat sebelah tuuuu...!!!)


Last Friday (22nd feb) my bestie yang tinggi lampai, hitam manis dan berbulu2 ni dok main pas2 bola kat court netball. Pastu dgn tak disangka2, dia terjatuh dan landing atas siku...Betol2 ngam-ngam dekat ruang paling tajam siku belah kiri! Menurut kata saksi2 yang ada kat situ, cara die jatuh tu sebijik macam tiang lampu tumbang. I tak tau bila diorang ni penah tengok tiang lampu tumbang... Tapi gitu lah ceritanya...

Papepun, si fiza yang mmg terkenal dengan lawak jenaka dan mulut laser nya terus diejek oleh rakan2 yang lain kerana gaya jatuhnya tadi. Fiza mmg rasa sakit, tapi sebab tak luka, so takde org amik port sgt pasal sakit die tu...Si referi pulak terus bertanya "eh... ada bawak lebih tak?". Ahli team lain pun menyahut "Rasanya ada je emergency kit kat tepi padang". Referi tersebut terus mencelah "Bukan, maksud saya ada, ada pemain lebih tak?"... Adus! Tak peka langsung ref ni dengan keadaan yang menimpa si fiza... Permainan diteruskan juga.

Fiza yang tak tahan sakit tu pun mintak la simpati budak paling hansem kat situ utk anta die gi jabatan kecemasan (aih... sakit2 pun tau nak mintak tolong ngan yang hansem je...) So Si Mior pun anto la Fiza kat A&E (Accident and Emergency Department. Kat situ baru dapat tau yang fiza patah tangan rupanya.

Masa tu I tak tau lagi Si Fiza ni sakit. yang die ni pun satu, bukan nak call?!. "Aku ingat ko tgh tido la bodo, tu pasal aku tak bagitau ko"... Katanya... Konon2 mcm cool la... Tapi sebagai best friend, I paham la member ni cuak je sebenarnya... So kitorang pun check in dalam ward sementara tunggu operation utk letak besi dalam tangan Fiza pada keesokkannya.

Kat ward plak, doctor pakar tu selamba je cakap "You patah ni bukan sikit tau. Boleh affect carrier you...I tak janji you boleh baik 100% lepas ni tapi kalau tak operate lagi teruk". Aiyoyo... Terkezut gak dengar masa tu. ye ah, sape sangka kejadian yang menjadi bahan jenaka kini dah ada potensi untuk menjejaskan future Si Fiza. Diagnosis penuh Fiza: comminuted fracture of head of radius with posterior dislocation... Fracture atau patah gini dikira sebagai orthopedik emergency danperlukan perhatian segera... Mujur Mior anta Fiza gi A&E... Kalau tak... Tak tau la.

Pape pun, Fiza masuk OT kul 1130am, 23 feb. I pun masuk skali. Takut gak sebenarnya, tapi pura2 cool... Takut member lemah semangat... So lepas tolong fiza pakai baju OT (operation theater), die pun diusung atas troli katil tu. Menurut kata fiza, time tu pun dah menakutkan.

Sampai kat OT, I pun tukar baju OT. Ni la kelebihan jadi student USM, bleh masuk tengok mana2 surgery. Pastu gi jumpe fiza. diorang letak die atas operation table. Pakar Anaesthesia (bius) pun mulakan tugas die... "Adik, mengucap ye dik... kita dah nak bagi awak tido... takut awak tak bangun... mengucap ye...asyhadualla illah haillallah..." Katanya sebelum bagi satu bolus propofol melalui IV line fiza kat tangan die. I sempat lambai kat Fiza sebelum die tido dan tak sedar atas operation table tu. Pastu pakar anaes tu terus intubate Fiza (pasang tiub kat mulut) and kasi oxygen straight kat peparu die cos Fiza tak dapat bernafas sendiri lagi.

Then pakar Orthopedik plak masuk utk bedah siku Si Fiza. Die pun cuci operation site tu ngan povidon iodine and start incision yang panjangnya dalam 6 inci guna scapel blade. Pastu die potong otot2 tangan fiza dan akhirnya nampak la tulang fiza yang comminuted (pecah kecik2) tu... Hancur gak la head of tulang radius Si Fiza... pecah 4 bahagian... horor giler... tp pakar ortho yang cekap lagi hansem tu berjaya reduce fracture tu dan letak plate and screw kat situ. Keje die nampak cam tak banyak beza ngan tukang kayu... hehe..

Bile dan settle, die flush operation site ngan povidon iodine and normal saline. pastu die suture balik incision tadi dengan penuh berhati2 sebab tanak bagi parut tu teruk sangat. dah selesai tu, pakar Anaes pun stop ubat bius dan suruh I kejutkan Fiza....


Basically prognosis (jangkaan) untuk cominuted fracture ni tak bagus... Fiza mungkin akan ada kesusahan untuk pronate and supinate elbow die. Tapi I yakin, Fiza akan dapat overcome masalah ni... kalau Gloria Estefan boleh berjalan lepas lumpuh, Fiza mesti boleh baik gak!

skarang ni Fiza dah ada kat umah aunty die. Gema rock kesayangan die pun ada sama. I hope my bestie ni akan sembuh dengan cepat dan jayanya supaya dapat meneruskan perjuangannya menjadi seorang dentist. Time2 ni baru kitorang sume rasa betapa berharganya kedua- dua tangan ni... Especially kepada kitorang yang nak jadi dentist ni...

So my msg to all of you... take care of yourself... Malang tidak berbau... You never know when something so precious for you will be taken away from you in just a fraction of a second... jatuh biasa2 je... tapi kesannya sgt effect future...

Hopefully all goes well... and mintak doakan kejayaan my batch dalam Professional Exam III May ni.. tak sabo nak grad!!!!!!



Graduating Batch 2008
school of dental sciences, universiti sains malaysia




Lady Dark (Dr.Meredith)


Komentar :

ada 17 comments ke “What's a Dentist Without Her Left Hand...?”
Anonymous said...
pada hari 

Comel...cute-mute la pulak yg berdiri sebelah tu! Bleh kenalan?huhuhu...

Yang sakit tu?!Huhh...tak secomel yg berdiri tu!

Apa2 moga2 cepat sembuh,saya memerlukan doktor gigi peribadi sekarang!

Anonymous said...
pada hari 

dlm gambar graduating batch 2008 tu tak nampak pun Lady Dark aka Dr. Meredith...ke kena extend..tak dpt grad lg...hehehe

Anonymous said...
pada hari 

Comel2 budak2 ni...kawe cop no.4,5,6 &10 dari kanan(baris depan)...cukup 4kuota buat masa skrg, semestara Capt. tak cop lg...kawe nak cop dulu lah! Cik ben...tu haaa baris ketiga tepi tu...Dr Meredith tu!Lemakk....

Anonymous said...
pada hari 

yeye..btul..smg sume grad thn ni..tktla plak aku ..thanx ann..terharu aku atas keprihatinan ko sbg bestie

Anonymous said...
pada hari 

sapa kata aku xnak cop... hehehe (,") diorg yg cop aku dulu

Anonymous said...
pada hari 

mtk jasa baik Dr. ngejas wanita manis duk belakang Dr. tu...berkenan pulak rasanya!cinta pandang pertama...Ambo belanja Dr. sate baung..

Anonymous said...
pada hari 

Mamat&Minah kelantan--->sama!

Based on my experience,berkawan dgn org kelantan!Selalunya,bila dilayan skit maka lebih2 la jadinya.Nak ajak kawin nombor satu walaupun belum tahu hujung pangkal baru kenal 1bulan.tak ke nonsense tu?

Yang perempuan (kelantan) pulak,asal dilayan lebih2 la juga.melaram nombor 1,nombor 2nya perasan memang berlebihan ketiganya jiwang yang berpanjangan dan berlarutan.

ntahlah!

Anonymous said...
pada hari 

haha... geli hati tengok comment2 kat atas...i mintak you all doakan kitorang... tapi you all mintak no phone plak dahh... dah grad nanti la baru start ngejas... kitorang ni kira berkelulusan SPM je buat masa ni :)

mr aboo aka scofield... u nak kena piat telinga ek... nak ngejas member2 i... siap ar...

mr ben.. awat la hang cakap gitu... im in the pic la bro...tuu haa yang kat blakang Rahim... cumanya masa tu specs lama... tak se 'over' specs skarang :) i nak grad gak... TAK KIRA!!!!


creamflagdirector... mtk jasa baik Dr. ngejas wanita manis duk belakang Dr. tu --> yang mana satu? left or right?

shafina... not all kelantanese are like that... tak kenal maka tak cinta... you should read what i wrote bout them dalam article lepas2 ... i understand how you feel, but if you look closer.. there might be something to these people that you over looked... and jgn risau... set2 ni sume takut bini sebenarnya!

Anonymous said...
pada hari 

dalam ramai2 doktor gigi ni, semua nampoknya tunjuk gigi masing2 yg cantik kecuali 2 org je...baris depan 2 dr kanan dan baris 6 dua dr kanan..curious....

Anonymous said...
pada hari 

shafina tu mcm tak pernah ade member org kelantan je...org kelantan ni baik2 cuma muka je nampak garang sket...kalau dah kenal mesti cakap org2 kelantan ni baik...

sorry dr meredith tak cam muka awak sbb nampak lain...betul la sbb pakai spek lain kot...pasal grad tu don't worry pasti awak akan grad tahun ni sbb hari tu saya tanya doktor yang in-charge tu dia kata dr meredith ni antara top student kat ppsg ni...

Anonymous said...
pada hari 

its ok bro ben... tp doctor-in-charge mana yg menyebar khabar angin tuuu... kalau nak tengok best student PPSG, ada kat gambar atas tu... yang patah tangan and yg duk bergayut... :) tapi student ppsg yang paling banyak mengkritik pihak pengurusan PPSG tu mmg tak lain dan tak bukan is Lady Dark! hehe...

-bukan niat merendah diri-

Anonymous said...
pada hari 

amboi sophie. didn't know u active blogging. fiza, my thoughts and prayers are with u. get well soon. toilet ppsg misses u so much. really. haha

semoga kita semua grad this august! (and be a safe doctor in the community. hehehe) :)

Anonymous said...
pada hari 

ooo rupanya students ppsg ni kuat pegi tandas...ke siap buat mesyuarat kat tandas tu...patutla toilet pun rindu kot diaorang...

Anonymous said...
pada hari 

Mesti grad punya!!!

Psstt...kalau demo2 creamflag semua ada pilihan masing2...ambo pun nak pilih goklah...pilihan ambo AIRIN KOEY!!! sebab dia pun pakai savvy...AMT lg!! Yang tutt...jgn tak jeles!!!


Shafina said...Mamat&Minah kelantan--->sama!
Cik Shafina...kalau boleh nak kasi komen tu,tapis guna iman skit...jgn duk ikut hati yg busuk tu OK!

Aku rasa mu ni...sakit kot?!Dlm bahasa nak election (lu menyerang peribadi setiap warga kelantan-yg ber-I/C 03).Apapun apa yg mu cakap adalah stigma biasa (standard kampung)...macam kata org,Kelantan-Terengganu takbleh masuk!aku tak penah percaya benda2 karut marut tajul muluk yg sebegitu!

Ala...zaman2 semi-pro dulu...WAJIB GADUH kalau bola kelantan vs terengganu!Pada aku stigma tu mitos plus tahyul belaka!

Aku dah stay hampir 1000hari kat sini...OK je!takde masalah...malah jadi sentimental value la pulak tempat ni...SAYANG NAK TINGGAL even i not belong here (kata orang england)!


nasihat utk Shafina...
Ubah stigma...jadi melayu minda kelas 1 yg macam PM mu (bkn PM aku sehingga dilantik semula selepas election) duk auta hari2 kat TV tu!

Apa yg mu cakap..melambangkan keperibadian mu yg BUSUK HATI terhadap org lain...

Dlm kata lain boleh dikategorikan 'racist' dan 'ethics'!Ala..kalu mu keje kilang aku...sure aku tulis report
Shafina ;unethical behaviour & unprofessional person = takyah kasi increment pun!!!


Apapun..betullah mu cakap based on experience!Kalau check mu punya english..experience tu SATU PENGALAMAN...bukan BANYAK2 punya pengalaman!

Kalau mu keje kilang section QC,sampling utk AQL(acceptance quality level) sampling kalau kita ambik SATU!Terang2 bos akan reject sebarang result either (OK/NIL) mesti kena ikut ANSG,sample kena based on actual quantities bkn ambik SATU!kata bos aku "tu malas namanya...ambik jalan mudah!Pegi buat balik..1jam kasi result!"

Lagi satu..kalu mu belajar pasal finance (Capital bugdeting)...utk buat penilaian..mu kena buat 4 benda sebelum sebagai penilaian dalam membuat keputusan:
1.Internal Rate of Return (IRR)
2.Profitability Index
3.Payback Period
4.Return on Book Value
Mr.Ben sgt arif benda2 ni!!

jadi..macam tu lah!Cakap byk dgn org tak sekolah (kerja kerajaan pulak tu- Ops..exclude KADA yer!!)...SUSAH!


Aboo
baru pulang menuntut ilmu kewangan
(Sorry Akagi..riak skit bunyinya,nak ngajor skit budak shafina yg kaki-BN macam mu nih kononya minda kelas 1!)

Anonymous said...
pada hari 

to shafina...padan muka! bn kalah teruk...akhirnya kuasa rakyat jua yang lebih berkuasa...

ingatlah kalau allah nak tarik sesuatu nikmat tu maka dlm sekelip mata saje nikmat tu ditarik...pikir dalam2...

cakap ka big boss kau tu letak je la jawatan...buat malu je...

Anonymous said...
pada hari 

Aduh.. politik la plak
BN kena terima kekalahan ni sbg suara rakyat. Buat sesuatu!!!!
'Penggal MERAWAT BN ' (cdgn org bukan politik + pendidikan rendah jer)

Minta maaf yer..Nak taksub parti pon fikirkan sama kedudukan melayu kita!!
BN (include MCA+Gerakan)
PKR ( byk jugak!!)
DAP (hampir semua pon)
Sape memerintah sape ni? (kecuali kelate ambo)

Ini bumi MALAYsia!!!!

Anonymous said...
pada hari 

nasib fiza ni malang cam kawan aku.. awal thn ni first dia terkena kipas.. frontal bone(kat supraorbital foramen) dia retak. nasib baik tak kena mata.. cuti seminggu...
pastu baru2 ni kaki dia terseliuh pulak.. cuti lagi seminggu.. haha. kesian tul..

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.