Tuesday, January 22, 2008

FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?

Anthum mau per’cha-ya atau thi-dak…ana tak peduli… aku tulis artikel ni 5-6 bulan yang lalu. Artikel asal ni versi English…kalu anthum sekalian prihatin dengan pembacaan blog ni…(kalu tak prihatin pun takpe…tiada credit untuk keprihatinan anda! ) artikel ni sebagai kota untuk janji (Plan B) aku pada artikel TENTANG-TENTANG ; UNPUBLISHEDNOTES – Language Revival perenggan ke-empat dari bawah! Juga sebagai membalas jasa-jasa Ben Kenobi (adakah anda Fathul Hakim?) yang meminta-minta agar ‘forum percambahan minda’ diadakan…DAH BORING ISU CIKGU-KPLI…haha! Maaf Ben Kenobi…untuk menulis pasal POLITIK (ke-Malaysia-an)…aku kena pindah TEXAS dulu! Para poli-tibai dan poli-cibai kini…bisa menyusahkan kita! So…Saudara Ben Kenobi sila ‘cucuh’ rokok mula baca…(kusyuki ia seakan anda membaca karya JK Rowling – versi Bahasa, selepas menatap 'last supper' (lukisan Pablo Picasso) sambil layan instrumental Bassoon Cencerto in B-flat major (Wolfgang Amadeus Mozart)! HAHA...

Percaya atau tidak…aku terjaga pada jam 4.50am untuk ke tandas…tapi bila aku coba nak tido balik, hanya mata kanan-ku yang mudah dilelapkan…mata kiri berkelip-kelip tak mahu tutup ia. Shit…I felt like the Prime Minister of Hadhari-Land who is said to able sleep because he is supposedly thinking of way to change this secular based nation into pure Islamic…country. But there are romours of a South East asian’s PM who just married but always sleeps even at important meetings…Ops.! Just romours laa….(terpaksa di-English-kan supaya orang-orang yang bersekolah sahaja memahami-nya). Tetapi…’feeling’ terjaga itu semacam seorang Presiden sebuah Repulik yang terjaga 10minit sebelum jam 5pagi akibat terlalu memikirkan tentang di pendalaman negara-ku ini masih ada warga tua yang melaratorang muda yang menganggurmurid yang terpaksa meredah lumpur untuk ke sekolah!

Sebagai penyelesaian-nya dan juga akibat tabiat buruk…aku ‘cucuh’ sebatang rokok Peter Stuyvesant, ON-kan laptop-ku dan menulis sesuatu yang aku sendiri tak-tau nak tulis apa! Idea yang datang…akibat membaca posting Clark Gable (seorang doktor) tentang definisi blogger dan juga posting oleh seorang kenalan bertajuk ‘a story of leaf, tree and wind’. Minta maaf sekiranya tulisan aku ini ada kesan plagiat! Bagi aku…combinasi 2 artikel itu punca kepada hasil artikel ini…”Itulah faedah banyak membaca, kita akan ada banyak idea..” kata-kata ini juga dari salah satu blog yang aku baca. “Kita kena berfikir-fikir dan berfikir…sambil-sambil itu cari pahala dengan berzikir…” kata-kata ini juga dari blog yang aku baca tidak lama dulu.

Ya…tak perlu berfikir lama…aku paksa diri aku menamakan artikel ni…”FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?” Adaptasi 2 artikel lama yang aku baca dalam bentuk pemikiran dan penulisan cara aku. Sekali lagi…Ya! Aku mahu tulis tentang MELAYU. Aku patut berasa MALU jika aku menulis tentang sesuatu yang global atau pun tentang dunia…SEDANGKAN aku masih tidak menulis sesuatu tentang MELAYU! Mak aku, Hajah Aishah Salleh adalah melayu, arwah bapak aku…Allahyarham Tuan Haji Mohamad Ali juga melayu, abang aku…melayu, Kaklong aku…melayu, Kakak Ipar aku….melayu, kesemua 7 anak sedara aku pun melayu! YANG PENTING…AKU YANG MENULIS NI…PUN MELAYU! (Cuma status Lady Dark…diragui ke-MELAYU-an-nya).

Selain itu aku ada alasan lain untuk menulis artikel ni. Di salah sebuah negara atas muka bumi baru selesai menyambut 50 tahun kemerdekaan-nya yang dilaungkan dalam BAHASA MELAYU, MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA… secara percentage-nya lebih 65% ada Melayu di-atas tanah juga di atas anginnya (yang duk rumah flat hingga ke kondo ber-penthouse tu…) Lebih dari itu, banyak persatuan, kesatuan dan pertubuhan didaftarkan menggunakan nama MELAYU. Paling gah, kalau tak silap namanya… United Malay National Organisation…(lupa plak nama singkatannya), pertubuhan melayu yang dieja dalam bahasa Orang England! Pertubuhan ini ada 3.3 juta (BACA: tiga perpuluhan tiga juta sahaja) umat…TERMASUK aku! Dalam lain kata…”Melayu ni…macam-macam ada…”Baca sesuatu sesuatu yang menarik yang aku quote dari jurnal Syed Hussien Al-Attas yang juga diquote beliau ntah dari mana…;

"Tiba-tiba saya teringat satu dari sifat orang Melayu. Kalau mereka suka pada seseorang, mereka tidak memuji orang tersebut di depan. Begitulah juga kalau mereka tidak suka, mereka tidak akan menunjukkan sifat marah dan tidak senang mereka secara terbuka. Pelik, mereka yang mengaku sahabat, mengaku saudara Islam tapi tidak segan silu mengkritik, mengata, menfitnah, mengadu dumba orang yang mereka tidak suka di belakang. Untuk apa ‘telunjuk lurus kelingking berkait’, ‘pukul anak sindir menantu’. Yang ada diatas ditarik macam ketam dalam bakul, yang di bawah dilanyak, dipijak, dipukul beramai-ramai..."

Jadi…kepada sekalian MELAYU yang masih lagi bermimpi…dengan ‘keris’ (tukar parang la pulakkk…atau pun C4 ka…) dan menerima tip-tip murahan juga mabuk dengan laungan HIDUP MELAYU…Soalan bonus tahunan tahukah anda? Pernahkan anda mendengar bahawasa-nya MELAYU itu asalnya dari Teori Yunan yang menyatakan tentang Orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro..? Atau…MELAYU itu dasarnya dari Teori Nusantara oleh Sutan Kadir Alisjahbana…? Uhh..lupa…?Tidak mengapa…tidak mengapa! Soalan seterusnya…anda-anda di atas kenal akan USMAN AWANG? Kenal…?Bagus…credit untuk anda! Kalau kenal…sila baca 2 rangkap puisi di bawah; (kemudian fikirlah juga …)

"Melayu itu org yg bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan..."

"Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali, Sedang org mencapai timba, Berbuah pisang tiga kali, Melayu itu masih bermimpi..."

Hmm…dapat point-nya…?!

Baca dengan teliti quote yang seterusnya…untuk kesinambungan paragraph seterusnya…

'Ahli Nujum Negara Pasai' ada bertanya ‘Ahli Nujum Pak Belalang, "Di manakah letaknya...kekuatan Hang Tuah? Di kepalanya kah...?! atau dikerisnya kah...?! " Jawab Ahli Nujum Pak Belalang "Kekuatan Datuk Laksama Hang Tuah...bukanlah dikerisnya atau di mana-mana, tetapi terletak pada huruf 'T', iaitu menyebabkan namya menjadi T.U.A.H"

Apahal pulak aku quote dialoq ‘Ahli Nujum Negara Pasai’ dengan ‘Ahli Nujum Pak Belalang”…?? Sebabnya…baca paragraph di bawah…sebagai aplikasinya…

Melayu itu LEMAH…dari MAKSUD dasarnya! Sesiapa nak marah…sabar dulu! Ikuti langkah ini untuk membuktikannya…alihkan M dan E hasilnya LAYU…belek kamus; hasilnya… lose or cause to lose freshness and droop! Yesss…DAPAT 1 BUKTI… Dalam bahasa England, MELAYU disebut MALAY…cuba alihkan M dan A, yang tinggal L.A.Y ! E-Kamus aku, “CONCISE OXFORD DICTIONARY-10TH EDITION” memberi maksud not ordained into or belonging to the clearly, not having profesional qualification or expert knowledge….ish ish ish, agak ‘layu’ juga maksudnya…FAHAM DAN FIKIR! Marah kemudian…

Lagi satu…Hang Tuah…Lucky-nya Hang Tuah mendapat nama ‘Tuah’! Jangan lupa…Hang Tuah juga MELAYU sama macam AKU dan KAMU yang ada tertulis MELAYU di surat beranak KAMU! Biasa dengan pepatah “nak seribu daya…taknak seribu dalih…” berpegang pepatah itu,aku teruskan penulisan aku…!
Baca juga ayat asal dari artikel lama aku untuk me-relate-kan perihal nama 'Hang Tuah' dengan 'Melayu' itu sendiri…

As I am not here to talk merely on how LAYU Melayus’ are, I would prefer to discuss something along the lines of the paragraph I just quoted on Hang Tuah who if without his ‘T’, would have been Hang Buah or Hang Muah! So lets for a second think of what MELAYU would have been if the ‘YU’ in MELAYU was substituted for something else…

Pertamanya…meLAYAN! Ya…ianya sangat-sangat-sangat ‘kena’ dengan ‘Era Minda Kelas Satu’ dan juga ‘Era Modal Insan’…kini! Untuk lagi meng’kick’-kan artikel ini…aku seharusnya mencampur aduk-kan meLALAK bersama meLAYAN sebagai colaburasi unggul Melayu dewasa ini. Bersandarkan kepada kelalaian terhadap hiburan yang melampau... Melayu kini terdedah kepada punca tercetusnya meLALAK dan meLAYAN! Ok…tidak lama dulu, pada ari Ahad jika anda tekan channel 9 (109 utk ASTRO) ‘layan’ rancangan-nya jam 9pm sebelum itu…bandingkan rancangan-nya pada jam 6.30pm!

Anda biasa dengan skrip ini…"Errr...pitching tu penting yerrr, pitching kena jaga...dah nak sedap dah tu, you 'up' lagi pitching you, sure you ada chance untuk menang...percayalah!"
Bagi mereka yang masih lagi ‘bengap’ dengan maksud paragraph ini…baca lagi!

TENTUNYA…meLALAK akan mendapat sokongan 200% dari para-para meLAYAN! Selalunya…punca kepada terjadinya se-ekor lagi meLALAK yang nge-top adalah SMS undian oleh meLAYAN (laa…baru paham?) Maka…dasarnya ada juga baiknya menjelang tahun 2020 kedua-dua golongan yang pada aku
MANGKUK & HAYUN ini akan membiak dengan jayanya! Lebih kronik…jika sekarang pilihan warga-negara yang ber-ijazah yang menganggur ada sudah berkerjaya (yang dah menjadi engineer pun ada…) adalah memohon KPLI, jangkaannya menjelang tahun 2057…meLALAK akan menjadi pilihan utama oleh Melayu! Tentu sengit saingannya…Kita tengok je la…

Aku ada cadangan kepada SPR yang akan mengendalikan GE-12 nanti…apa kata Tan Sri Pengerusi membenarkan undian SMS untuk calon-calon yang bakal bertanding…lagi besar majoriti parti ‘tuuuutt…’ akan menang! Dari cadangan itu…ingat kata-kata Doug Hall (juri American Inventor) “I put my whole reputation on this invention…” HAHAHA! Ok..selesai meLALAK dengan si meLAYAN a.k.a MANGKUK dengan HAYUN!

Ketiganya…meLAYANG a.k.a Mat Rempit…atau sesetengah orang menamakannya Remp-it! Melayu versi parasit ini…lazimnya bertebaran dan berterbangan di atas jalan raya (again too proud or rather too stupid to realize that bikes are meant to be road on roads not to be flown on above roads)…BODOH! Keterangan terhadap meLAYANG ini dalam bentuk hakiki seolah seorang perempuan tua yang gelisah…melihat WAU BULAN yang berada 100-150ft di udara dikendalikan oleh kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun! Ya…Wau Bulan tu, bila-bila masa je boleh jatuh…silap haribulan kanak-kanak perempuan itu bisa terbang bersama wau itu! Komuniti meLAYANG aktiviti utamanya adalah lumba haram…dan juga 'memonggek' gewe...kata orang Kelantan

JPJ menge-caj cukai jalan untuk kereta 1.2MT aku sebanyak RM55 setahun atau…15.06849 sen sehari ditambah…lebih RM1000 setahun bagi caj insurans oleh pihak yang lain semata-mata untuk berkongsi jalan-raya bersama-sama meLAYANG! Terfikir juga agaknya…kenapa cukai jalan dikurangkan tapi insurans dinaikan sebabnya…jalan-raya yang dibina oleh Uncle Sammy makin berisiko! So…LOGIK-LAH, insurans dinaikkan! Hampir terlupa…tidak lama dulu…ada satu GENG…yang baik hati membawa 6-7 meLAYANG untuk ‘melayang’ di kutub utara…sambil-sambil memotivasikan sekawan meLAYANG di kem musim sejuk! Harapannya…membawa pulang meLAYANG ni untuk menjadi melayu semula…CONGRATS! Tapi…bagaimana pula 6-7ribu atau mungkin 60-70ribu meLAYANG yang duk ada lagi di muka bumi yang mempunya 3 wilayah persekutuan ni? Anda, Chief yang gemuk hitam legam dan bercita-cita tinggi itu... sesuai aku katakan “Memberikan pisang nangka kepada berook yang duk dalam zoo…sahaja!”
(We should make that into a new proverb laa...Chief!)


Ke-empat…meLANTAK! Dalam bahasa kampung…’melantak’ maksudnya makan berlebihan atau tidak berpatutan! meLANTAK adalah ‘worst case scenario’ yang berlaku sejak 31 Ogos 1957… dalam Bahasa England aku boleh kata bahawa meLANTAK adalah something our top notch people who are just never satisfied with their big fat pay check! Terkini…laporan kewangan yang menjadi muka depan paper-paper utama, Dagagangan Tahunan untuk 2006 adalah ber-total RM 1.069trillion…WICKED !!! Tapi maksudnya apa…?Aku pun taktau apa maknanya! Aku masih lagi kecewa apabila tidak menjawab soalan ditanya oleh Saudara Rosdi Drahman (ketok body kereta kerjanya…) “Gapo maksud tuu?”. Anda-anda yang tahu sila bagitau aku! Cumanya…aku berfikiran, mungkin itu sebabnya govermant-servant dapat kenaikan gaji pada Julai tahun lalu… Malangnya Cuma 1.2juta orang sahaja menikmatinya…bagaimana baki 25juta lebih rakyat yang bekerja sendiriyang kerja makan gajiyang kerja gaji hari… yang paling penting yang duk menganggur tu! RASANYA…SAMA SAJA MACAM DULU-DULU…Hakikatnya harga barang yang NAIK! Risau…malaun meLANTAK ini bisa meng-KASTA-kan rakyat dengan jurang KAYA-MISKIN…SENANG-SUSAH…LANTAK-LAPAR! Selalunya…terbaca juga dalam paper-paper…dapat dilihat para-para meLANTAK ini ber-posing sakan dimajlis-majlis…sumbangan derma…dengan harapan, cukai dikecualikan…"JAHAT BEBENOR" kata orang Perak asalnya Langkap! Susah…susah…susah…

Kelimanya…meLAMPAU! Malu…nak elobrate-kan perihal meLAMPAU ni… Anda duk saja-saja, ‘cucuh-rokok’ fikir-fikirkan sendiri aje lah! Kesian bangsa kita…kesian…

Cukuplah 5 MELAYU yang aku simulasikan dari semasa! Ada lagi yang terFIKIR ni…”ikut hati mati…ikut akal…majal” Kalau nak ikutkan akal ni…banyak yang negative aje terfikirnya, meLANGOK ada....meLANUN ada...meLANTUN ada...meLAMPIR pun ada... "Ish...macam-macam ada..."

So..fikir-fikirkanlah sementara sehingga ‘sedutan-asap’ yang terakhir itu…Melayu apakah anda?
SEKIAN!


Aboo

Komentar :

ada 33 comments ke “FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?”
Anonymous said...
pada hari 

huhu...agak best cite ni. kata tk gemar politik...cite ni duk 'hentam' politik ni?ISA la ko. TAK TAKUT KE? pak polis...tolon tngkp ini org!

Anonymous said...
pada hari 

Menarik sekali...tapi kena fikir2 dulu nak komen pun...

keseluruhannya ok tapi anda kena juga bagi kredit sket kat melayu2 yang berjaya..yang berfikir luar kotak (macam aku..hehe..)

apa pun aku rasa ni isu yang bagus utk dibincang

see ya...

Anonymous said...
pada hari 

Jadi…kepada sekalian MELAYU yang masih lagi bermimpi…dengan ‘keris’ (tukar parang la pulakkk…atau pun C4 ka…) dan menerima tip-tip murahan juga mabuk dengan laungan HIDUP MELAYU

Paling gah, kalau tak silap namanya… United Malay National Organisation…(lupa plak nama singkatannya), pertubuhan melayu yang dieja dalam bahasa Orang England! Pertubuhan ini ada 3.3 juta (BACA: tiga perpuluhan tiga juta sahaja) umat…TERMASUK aku!

hehe!very cynical,love your writing dude. you are opposition!FOR SURE,get lost UMNO! F**%K off..

Anonymous said...
pada hari 

Bodoh!tulisan sampah je ni! engkau yang menulis ni,pun melayu kan? kenapa kau tak highlight tentang kejayaan melayu? Atau kau pun sendiri melayu yang memang tak berjaya?Kalau engkau tgk tv3 semalam FELDA nak bina bangunan pencakar langit sebelah klcc (contoh kerja melayu tu) Ambil iktibarla!jgan hentam membabi buta saja!

Kalau betul engkau ni melayu yang cukup bagus mengkritik bangsa sendiri?apa motifnya untuk kau menulis perihal buruk tentang melayu!

Bangsa melayu apa kau ni?
Terang-terang kau bolleh jadi pengkhianat bangsa!

Kalau tak kerana UMNO, merdekakah kita?So sekarang,kita nak harap kat siapa?Anwar Ibrahim?Nik Aziz?Hadi Awang?Mampuih!!!

-Melayu presint10 Putrajaya

Anonymous said...
pada hari 

Hoi...betol apa, melayu skrang ni LEKA dgn kejayaan lampau..kononnya!

Apa salah ke muhasabah diri dengan mengatakan tentang negatif?

Lagipun betol apa melayu lani duk sibuk dengan hiburan! Budak kecik pun nak jd artis!

At least, org yg menulis ni sedar dan cuba sedarkan melayu yang 'mabuk' dan khayal tu!

Melayu presint10, dinasihatkan jgn jadi melayu mudah lupa la!

Anonymous said...
pada hari 

Selain 'pengaruh-santai' Seir dalam rangkaian tulisan aku, oleh kerana aku suka baca blog-blog...aku cuba adapatasi gaya sinikal berinfomatif ala tulisan Hishamuddin Rais. Rasainya mood gila-nya itu. Juga...klik juga tulisan Syed Hussein Al-Attas yang penuh dengan kolaburasi qoutes pada artikel-nya...memang ada tarikan pada setiap tulisannya! MALANG-nya... ada bau politikal pada tulisan2 kedua-dua tokoh ini...ish ish ish! Tulisan Saari Sungib, tentang pengalamannya di Kem Kamunting yang ber-feeling juga cuba aku garapkan dalam artikel aku...terutama artikel berbentuk 'kronologikal'. Paling cool tentunya tulisan Pete aka Raja Petra yang direct to the point..! Hmm...rasanya kesemua pengaruh-pengaruh ini tulisannya politikal-abstrak, aku tidaklah ke arah itu...walau apa pun, aku memang SUKA akan tulisan nama-nama tokoh di atas. Lagipun...UNDI ADALAH RAHSIA...!HAHAHA... Boleh klik kat nama-nama tokoh diatas dan try baca gaya penulisan mereka. Anda-anda yang kaki-bacaan-ringan boleh abaikan...nama tokoh-tokoh di atas tak sesuai dengan anda...! Selain itu anda boleh check Patrick Teoh...Ariffa Abdul…Amir Hafizi...Datin Marina...Datuk Kamal Amir...Datuk Kadir Jasin...Datuk Ron

I GEUSS TAK HAIRANLAH KAU TULIS KUTUK UMNO SEBAB PENGARUH KAU PUN BLOGGER2 PEMBANGKANG!

SO,NASIHAT UNTUK KAU..BALIK RUMAH BACA LAGI SEJARAH2!BARU TULIS SOAL KEMELAYUAN..SAYANG SEBAB KAU MASIH MUDA ADA HATI NAK TULIS POLITIK!

-Melayu presint10 Putrajaya

Anonymous said...
pada hari 

ni dah masuk politik la pulak..

sekarang ni kita nak bincang pasal ke mana arah tuju melayu di masa hadapan..betul la tu kita kena cek dulu di mana kelemahan2 melayu baru boleh buat pembaikan utk masa depan...kalau kita asyik cek kejayaan je kita akan jadi lalai dan rasa kita dah capai semua...

Anonymous said...
pada hari 

Wah2...meriah sunguh blog ambo ni?feedback bagus juga! Sorry la..2ari streamyx problem!

Saudara/saudari,presint10,putrajaya..?!
ambo pun tk penah sampai lagi tu ke presint10 putrajya tu...cuma tgk dari highway masa naik skybus ke LCCT lawa juga tempatnya walaupun panas (kering kontang)! So...fikiran saudara/i tu..jgnla pulak kering kontang macam putrajaya tu!buka skit minda...tgk depan...atau pun buat masa skrang...tgk diri sendiri dulu la! kalau saudara/i ada blog...ambo nak buka juga blog saudara/i, nak tgk juga tulisan kering saudara/i tu!bukan pe..idea tu at least...ambo boleh tulis dgn cara ambo!

Soal pengaruh tu!Biasa la tu...mmg best apa tulisan raja-raja blogger tu!Try baca sama...nilai sendiri! Mesti dpt apa2 ilmu dari bloggers2 tu!

Kalau tak kerana UMNO, merdekakah kita?So sekarang,kita nak harap kat siapa?Anwar Ibrahim?Nik Aziz?Hadi Awang?Mampuih!!! <--soal yg ni...ambo tak penah cakap sesapa pun yang ambo sokong plus sesapa yg ambo bangkang directly,So bagusla kalau saudara/i dpt pointnya...kering2 saudara/i pun...dpt 'tangkap' pula pointnya!

So..berbalik tajuk!Overall tulisan ni..soal NEGETIFnya pada masa skrang ni...(BACA:SEKARANG)! agak2 akan dtg macam mana pun...WALLAHUALLAMMM!

OKla...ambo tulis ni..bkn apa saja nak cambahkan minda, tu pun kawan ambo yg mtk tulis soal SOCIAL...bknnya POLITIK!

Saudara/i melayu presint...eja tu biar betol bkn GUESS tp G.U.E.S.S ! ala...cap jam golok tu!

Anonymous said...
pada hari 

Saudara/i Anonymous (4)
huhu...agak best cite ni. kata tk gemar politik...cite ni duk 'hentam' politik ni?ISA la ko. TAK TAKUT KE? pak polis...tolon tngkp ini org!<--kalu betol pun aku hentam UMNO...maksudnya aku memberi ancaman berbentuk kepolitikan...bkn mengancam keselamatan negara pun! So..kenapa aku layak utk ISA...sekadar bercanda!

Miss Grisha
Thanks for the support...mana lu pegi...last mesej was 2days ago!Wooww....getting busy yaa...
Pedulikan aje Orang2 yang sebenarnya tak penah mempedulikan kita...

Saudara/i Ex-UMNO Penang..?!
Thanks sbb singgah kat Blog yg tak seberapa ni...those about SOCIAL...Not POLITICS!

Mr.Ben Kenobi
ni dah masuk politik la pulak..
sekarang ni kita nak bincang pasal ke mana arah tuju melayu di masa hadapan..betul la tu kita kena cek dulu di mana kelemahan2 melayu baru boleh buat pembaikan utk masa depan...kalau kita asyik cek kejayaan je kita akan jadi lalai dan rasa kita dah capai semua... <--jgn layan org yg otak kering tu!

An Oppostion Doesn't mean Anti-Gov !!

gracias

Anonymous said...
pada hari 

apa yang aboo tulis tu memang fakta dan tak boleh dinafikan lagi...kita kena ambik fakta2 ni dan buat correction la...betul tak aboo...masyarakat kita kena buat anjakan paragdigma supaya sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan sekalipun...

Anonymous said...
pada hari 

apa yang aboo tulis tu memang fakta dan tak boleh dinafikan lagi...kita kena ambik fakta2 ni dan buat correction la...

tang mana pulak yg betoinya?tulisan sekadar melalut lagi mengarut!Bukan apa,saya cuma terfikir bahawasanya,punca kepada kemunduran melayu ketika ini adalah peel perangai melayu itu sendiri.Hal-hal budaya itu,rasanya tidaklah melampias sgt kot!

Cukuplah 5 MELAYU yang aku simulasikan dari semasa! Ada lagi yang terFIKIR ni…”ikut hati mati…ikut akal…majal” Kalau nak ikutkan akal ni…banyak yang negative aje terfikirnya, meLANGOK ada....meLANUN ada...meLANTUN ada...meLAMPIR pun ada... "Ish...macam-macam ada..."

SEE...everything were negative thought about melayu!

Kesian...anda adalah bangsa melayu yang racist terhadap bangsa sendiri

Anonymous said...
pada hari 

"Mak ai...dia bawak geng daa.." Pramlee (film Pendekar Bujang Lapok)

So..presint8,presint10,presint1,presint2,presint3....presint100 kaaa...Thanks sbb singgah juga kat blog free ni! Presint8 td..aku tgk jam 7.45am hantar 'notis komen', IP hang agak2 sama dengan presint10...BENARlah kot anda 1 ofis! baguih laa..awal hang pi kejaa..

Cumanya...kata2 yg menghiris hati..hang kata aku racist terhadap bangsa sendiri tuu..AKU NAK MARAH HANG pun tak guna...sbb platform blog ni...tak sesuai! Jgn duk kata lagu tu...pk dulu nak kata apa pun...kalu aku kena cancer ati sapa nak jawab?! Makanya...tak kisah la..hang nak kata apa...AKU HANYA BISA MENAFIKANNYA!

So..aku dengan bangga mengatakan anda2 presint2 sekalian...BODOH dan DANGKAL tentang melayu!!!

Saudara/i Kelate...
apa yang aboo tulis tu memang fakta dan tak boleh dinafikan lagi...kita kena ambik fakta2 ni dan buat correction la...betul tak aboo... <---YESSSS...BENAR!!! kalau2 ada...yg semacam tidak kena anda2 yg berkenaan silalah kemukakan hujah2 anda.. JANGAN MEMBABI BUTA macam geng2 presint2 yg duk ada tu,CUMA musykil IP saudara tu...dekat benar dengan BEN KENOBI...WICKED!

Jangan marah kalau aku kata LAGI SEKALI...geng2 PRESINT2 yg duk ada ni BODOH dan DANGKAL plus MANGKUK dan HAYUN laa...

terima kasih

Anonymous said...
pada hari 

Di salah sebuah negara atas muka bumi baru selesai menyambut 50 tahun kemerdekaan-nya yang dilaungkan dalam BAHASA MELAYU, MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA… secara percentage-nya lebih 65% ada Melayu di-atas tanah juga di atas anginnya (yang duk rumah flat hingga ke kondo ber-penthouse tu…) Lebih dari itu, banyak persatuan, kesatuan dan pertubuhan didaftarkan menggunakan nama MELAYU. Paling gah, kalau tak silap namanya… United Malay National Organisation…(lupa plak nama singkatannya), pertubuhan melayu yang dieja dalam bahasa Orang England! Pertubuhan ini ada 3.3 juta (BACA: tiga perpuluhan tiga juta sahaja) umat…TERMASUK aku!

SECARA TERANG-TERANGNYA...KAU MENGHINA UMNO! GO TO HELL ENGKAU!

Anonymous said...
pada hari 

kepada presint2 berapa pun tak kisah..

ni la yang dikatakan cetek akal, kalau ada orang kutuk party ke kutuk apa ke senang2 je cakap GO TO HELL..kita kena cek balik party kita tu betul keseluruhannya ke tidak atau party je betul tapi orang2 yang mendokong party tu tak betul...

kalau kita join NGO berasaskan melayu pun tak semestinya NGO kita je yang betul mungkin ada NG02 melayu yang lain yang lebih elok..sebenarnya tak boleh ada satu party je untuk orang melayu ni sebab kena ada check and balance..kalau ada yang tak betul maka ada la yang akan kritik atau bagitau yang benda tu tak betul...

so kepada pendokong mana-mana party melayu atau NGO2 melayu kena la faham mereka mempunyai tugas masing2 dalam memperjuangkan melayu..tak boleh terus kata kat orang lain tu mereka salah...

bincanglah guna akal bukan guna perasaan...

Anonymous said...
pada hari 

KEHIDUPAN SOSIAL ORANG MELAYU, BUKAN POLITIK ORANG MELAYU..

Assalammualaikum semua...
Dari penulisan blogger, saya rasa apa yang cuba di sampaikan adalah kelemahan orang melayu yang perlu di ambil dengan lebih berat. Bukannya berkisar kepada fahaman politik...

Dapat di simpulkan di sini 3 isu yg cuba di ketengahkan iaitu :

i) Melayan + Melalak = Mangkuk Hayun
ii) Melayang
iii) Melampau

3 isu ini saya percaya sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang tidak merestuinya.. Apatah lagi yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.. Namun perlu di ingatkan isu pertama yang cuba di bangkitkan seakan telah mendapat restu rasmi dari pihak pemerintah..

Pelbagai program realiti TV tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.. Dari sudut positivenya.. dapat mengajak golongan remaja untuk duduk di rumah bersama-sama seisi keluarga dari keluar berpeleseran di luar..

Kepada peserta yang bertanding especially remaja.. ia dapat menjadi satu sumber pendapatan.. dan dapat mengubah cara hidup sambil menjalani kehidupan yang lebih baik..

NAMUN SEJAUH MANAKAH KESAN POSITIVE-NYA.. & APAKAH HUKUMNYA DI SISI ISLAM ITU SENDIRI..

Tepuk dada tanya IMAN..

Isu kedua MELAYANG.. di pandang positivenya gejala ini melahirkan pomen-pomen melayu yang hebat.. tanpa rnd yang lama.. sudah mampu mengubah suai alat berjentera tersebut...

Perlu di ingat berapa ramai plak yang hantar ke kedai-kedai bukan melayu..

Stunt2 berani mati juga mampu di lahirkan.. wow positivenya pemikiran...

Dari sudut negative kita semua tau.. dengan MELAYANG-nya remaja2 ini MELAYANG juga la modal-modal insan yang cuba kita lahirkan, yang cuba kita bentuk... sayangnya..

MELAMPAU.. to all surfer where to get it ? .3gp satu !!!!!
di mana maruah melayu ???

3 isu ini amatlah meresahkan sekalian umat melayu kat m'sia ni.. para ibu, para bapa, para abg, para kakak dan para-para sekalian..

Adakah anda yang berkata sinis memberi komen tidak rasa marah @ takut @ tidak rasa apa-apa dengan masalah yang melanda orang melayu sekarang ?

Fahaman politik is fahaman politik tetapi kepada siapa kita nak bergantung harapan demi membela bangsa kita sendiri ?

Realitinya.. aku bersorangan atau saudara aboo bersorangan.. tdk akan mampu.. menangani masalah sosial ini..

isi hati dari aboo dari penulisan ini, mungkin salah satu usaha bagi menyampaikan ketidakpuasan hatinya dan sama-sama memperingatkan bangsa melayu.. DALAM KITA ASYIK MENIKMATI KEMAKMURAN NEGARA KITA SEKARANG.. BANGSA MELAYU MASIH TIDAK MERDEKA DENGAN GEJALA-GEJALA SOSIAL YANG AMAT MEMBIMBANGKAN..

Salah siapa ?
Siapa pembela nasib melayu ?
Tak malu tgk melayu .3gp ?
Suka melayu terkinja-kinja ?

Ini pasal melayu beb, 'lu' sokong parti mana aku apa peduli..
Whatever parti mana yang perintah.. AKU SEBAGAI ANAK MELAYU AMATLAH BERHARAP AGAR MASALAH SOSIAL YANG DI HADAPI DAPAT DI SELESAIKAN.. ITU SAHAJA..

Akagi,

Cuma berkata-kata walaupun aku tidak pandai menyusun kata,
Maaf terkasar bahasa..

Anonymous said...
pada hari 

Samb...

Nampaknya aku termiz satu lagi isu.. MELANTAK..

Hurm bagi kat korang je la komen..

Akagi...

Anonymous said...
pada hari 

WOOOOOWWWWWWW............
since last view,So many pro&contra yerk?!

ni presint & presint2 yang sama waktu solat ni...which gang nih?BODOH...BAHALOL...BENGAP SANGAT!Apa kamu orang tak sekolah ke?Masuk OUM la,buat MASTER macam cik abu tu,cari ilmu pengetahuna!

Tapikan,area putrajaya tu memnag kering pun!!!!!!! NO DOUBT...

Akagi,Love you commnets!BERNAS.

Anonymous said...
pada hari 

Hahaha..

Ben Kenobi...Akagi...Grisha (sini pun ente nyibuk eh - ni hal org tua2 budak2 takbleh comment hal2 sensitive gini)...THANK YOU!

Unknown said...
pada hari 

Ur right! Sometimes u see the way people act around u and it really pisses u off to the point that ur actually questioning whether u ARE really one of them. I get what u mean and its not that ur trying to degrade ur own race but merely just trying to point out their "deviant" ways in hopes of seeing change. About being racist towards ur own race...I would have to disgree with presint 8( and all the others from the umm...same office?). First of all, aboo is just pointing out what is already happening around us, not accusing malays of doing things that they are not already known to be doing. And wouldn't being silent about it be worse. I mean...ur seeing ur race fall apart around you and you say and do nothing about it. Isnt that worse?

Anonymous said...
pada hari 

Asalamualakum..........

Ramai pulak hang bawak geng nooo......kita pun ramai geng tau!!!!
So engkau (yang menulis dan geng2 engkau) cuba semak balik beberapa perenggan yang patut aku rasa kau ni hanya membuta tuli dan tidak bersandar pada fakta2 yang sah!

NO.WAHID
Melayu itu LEMAH…dari MAKSUD dasarnya! Sesiapa nak marah…sabar dulu! Ikuti langkah ini untuk membuktikannya…alihkan M dan E hasilnya LAYU…belek kamus; hasilnya… lose or cause to lose freshness and droop! Yesss…DAPAT 1 BUKTI… Dalam bahasa England, MELAYU disebut MALAY…cuba alihkan M dan A, yang tinggal L.A.Y ! E-Kamus aku, “CONCISE OXFORD DICTIONARY-10TH EDITION” memberi maksud not ordained into or belonging to the clearly, not having profesional qualification or expert knowledge….ish ish ish, agak ‘layu’ juga maksudnya
Ulasan:Kau ni siapa untuk buang M.E utk MELAYU dan M.A utk MALAY ?? Kau tak rasa ke dalam sedar kau sebenarnya hanya berdefinasi dengan AKAL yang SINGKAT?

NO.ISNAIN
Pertamanya…meLAYAN! Ya…ianya sangat-sangat-sangat ‘kena’ dengan ‘Era Minda Kelas Satu’ dan juga ‘Era Modal Insan'
Ulasan: Bila pulak kerajaan kita menggariskan Konsep Minda Kelas Satu & Modal Insan untuk golongan macam ni! Kau kena banyak baca lagi!

NO.SALASA
Hampir terlupa…tidak lama dulu…ada satu GENG…yang baik hati membawa 6-7 meLAYANG untuk ‘melayang’ di kutub utara…sambil-sambil memotivasikan sekawan meLAYANG di kem musim sejuk! Harapannya…membawa pulang meLAYANG ni untuk menjadi melayu semula…CONGRATS! Tapi…bagaimana pula 6-7ribu atau mungkin 60-70ribu meLAYANG yang duk ada lagi di muka bumi yang mempunya 3 wilayah persekutuan ni? Anda, Chief yang gemuk hitam legam dan bercita-cita tinggi itu... sesuai aku katakan “Memberikan pisang nangka kepada berook yang duk dalam zoo…sahaja!”
(We should make that into a new proverb laa...Chief!)
Ulasan: Kau tak rasa ke program tu penting?!Tu la kau ni bodoh lagi sombong taktau apa perkembangan PUTRA UMNO! keDANGKALan utk kau sebenarnya!

NO.ARBAAH
Terkini…laporan kewangan yang menjadi muka depan paper-paper utama, Dagagangan Tahunan untuk 2006 adalah ber-total RM 1.069trillion…WICKED !!! Tapi maksudnya apa…?Aku pun taktau apa maknanya! Aku masih lagi kecewa apabila tidak menjawab soalan ditanya oleh Saudara Rosdi Drahman (ketok body kereta kerjanya…) “Gapo maksud tuu?”. Anda-anda yang tahu sila bagitau aku!
Ulasan: Kau menulis tentang apa yang kau sendiri taktau????TAK RASA BODOH ke?Kau nak tau lebih lanjut buka buka (http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/Abdullah.nsf/)
Baca kasi FAHAM...pastu tulis balik!

CUKUP LA TU,4 DULU! ADA LAGI,OLEH KERANA AKU ADA KERJA LAIN!LAGIPUN AKU SEBENARNYA RASA BODOH JUGA LAYAN 'BUDAK' MACAM KORANG-KORANG NI!

-aku melayu dari presint8-

Anonymous said...
pada hari 

kick racism out of football
hohoho
hala madrid
-real muzam-

Anonymous said...
pada hari 

mana budak presint 8 ni..senyap je..

Anonymous said...
pada hari 

Hello Auntie...(Ayat sapaan bila jumpa mertua)

Hmmm...lama juga tak bagi respond kat page ni...duk CREAM-flaG aje!Mr.Ben...Pedulikan mereka yg yang tinggal di Putrajaya dayus dan mundur lagi dungu itu!"Ini mungkin kerja sebahagian geng2 cybertrooper yg dibayar gaji RM2750/month yg kerjanya monitor blog2 kat M'sia..."kata salah Top Blogger!

So..soal ke-MELAYU-an soal L.A.Y.U & L.A.Y sendiri mau pk la sejauh mana MAJU atau LAYU-nya kita sebagai MELAYU! Barang diingat bahawasanya...MELAYU itu sendiri banyak melayunya...melayu jawa...melayu minang...melayu mamak dan sebagainya! Cuba baca tulisan terkini Syed Hussien Al-Attas di Agenda daily!

Utk pengetahuan sedara2... Pembacaan untuk membikin tulisan diblog ni tidak tertumpu kepada pembacaan blog2 anti-keraajan (tidak bermaksud mereka adalah ahli pembangkang) semata2 tp lebih terbuka kepada semua layer blogs! Tp sayang...tidak kualiti pada sesetengah blog pro-kerajaan!

Contohnya beginilah...anda dibayar utk menulis dengan anda menulis (FOC) utk diri sendiri...TENTU lain kualitinya! Nilaikan sendiri...

jadi kepada sedara atau sedari yg berkenaan...nak kutuk, kutuk ajelah !haha...lagi satu, tunggukan 3-4ari lg(skrang ni aku busy training utk badminton match MALAM KHAMIS ni)...tulsan terbaru utk blog ini Idea hasil pembacaan majalah TEMPO (edisi indonesia - Cover Soeharto)!

Anda2 dijemput mengutuk, mengkritik tulisan itu nanti...SEKIAN!!!!

Lupa...geng2 presint kalu ada outstation di Kota Bharu (kot2 ada agenda parti...boleh aje berkempen kat situ!) Anda dijemput dtg menyaksikan perlawanan inter-team (SEBULU vs KACIP)!

Thanks Auntie!(ayat masa nak balik!)

Anonymous said...
pada hari 

Kepada pemilik blog,abu??thaks invitation tu!Kau ni bodo2 juga ye!
Kami baru pulang dari PD ada induksi di sana,kb maybe next month tu pun kat machang kalau tak silap!machang ok?Kami bkan
pe,sensitif skit bila soal2 negetif fasal melayu cuba diungkit.apa lagi skrg ini kita dlm tempoh genting dlm dilema proses penyatuan bangsa menjadi bangsa malaysia.kau setuju fasal bangsa malaysia?mungkin kau boleh tulis fasal tu.
Induksi diPD kami didedahkan dgn story2 melayu yg sgt berguna.Bgaimana utk menghadapi cabaran globalisasi yg kian meruncing kini.Kau pun patut sedar tetang semua ini.Fasal tu aku rasa bengang sbb dlm pada kita perlu duk pk bagaimana nak berdepan dgn masalah besar didepan sana,kau ini duk menulis soal kebodohan melayu.Itu yg aku rasa terpanggil nak kasi komen!Soal kepartian,nak undi mana,rasanya tu hak individu apalagi kerajaan skrg sgt telus fasal General election.Kau kena pham juga tu. Kawan2 kau yg lain tu juga kena ambik iktibar sama la.
So akhirkata mtk maap bahasa kasar sebelum ini.Teruskan menulis kerana kau ada talent!Thanks...


NurShafina Sheikh Fadhil
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA

Anonymous said...
pada hari 

Huhuhu...
hari yg tenang...jiwang yang lapang dengan hati yg girang tetiba dpt comment yg sgt menyejukkan hati!

Presint sepuloh rupanya wanita solehah bernama shafina...
Hmm...baru je semalam ada kwn aku 'tanya' "mana geng2 presints?senyap je...demo bagi skit kot post tu..." aku cakap "malas nak layan daaa...."

Then...ini ari lu post a comment!Wah2...ko ada chemistry dengan Abe Nor yaa?!hahaha..

Apa2...aku pun malas dah nak ulas2 perihal apa yg aku tulis...sbb apa yg aku tulis tu gambaran separa total apa yg aku duk pk!separuh lg...ingatkan nak mtk dari kekawan dlm bentuk2 komen2 yg macam KO ni la...huhu!

Apa2..ko dtg machang next month...boleh aje contact kat sini...emailkan aje no.phone kat aku!Aku bleh ejas Abe Nor belanja makan budu...kat Taman Orkid sana...hhaha!Bukan pe..sapa yg makan budu lebih..dia akan rasa lagi masin la...hahah!

So...itu aje!Send my regards to other presints...8...7...5 Aaahhh...sesapa je laa..

Thanks

Anonymous said...
pada hari 

aoih.. terharu plak baca comment si presint10 aka shafina... mesti dapat ilham ni masa gi kursus... watever it is, its a good move... macam ni la baru orang kerajaan... berbudi bahasa... dan tak cepat melatah.

to be frank, i am very much a supporter of UMNO although i am not really a malay. this is because i trust that UMNO's intentions are right... by the malays, for the malays.

but i have to agree with aboo that there are just too many of the those whom are in UMNO that are just too busy sucking up or killing themselves and each other to realise that there are soo many malays in alot of shit. no electricity... no water... no money. pastu yang kite ni duk sibuk AFUndi... merempit... and all that crap.

so i think that being those 'in control' and 'on the top' (aka the government), u should take critism like this and turn it around... all great things came from crazy ideas. so i would like to congratulate you for allowing your mind to be sane and open and accepting the comments put forward. when you are in machang, you should really talk to those OPPOSING the government... i promise you that it would be a mind opener.

Anonymous said...
pada hari 

hehe!sakan juga korang berbahas yer?dah berkembang dah otak2 korang seme?siap dedah identiti tu.
Cik shafina,mtk no.phone.hehe.
nak berkenalan boleh?presint10,tak juah dah kita,

Anonymous said...
pada hari 

Topik hangat n komen2 yg bernas.Baru hari ni berkesempatan utk membaca komen2

Akagi: komen yg bernas menunjukkan anda sudah cukup 'matang'

Presint: kena makan nasi budu dulu baru tak emosional

Aboo: gud artikel, we can seen all malay are concern about 'malay' condition
p/s: merujuk kpd perbahasan yg telah berlaku

Anonymous said...
pada hari 

bila baca komen adik shafina ni, betul macam aboo cakap sejuk je hati rasanya...

kalau dtg ke machang nanti no problem kita buleh belanja adik shafina makan..tapi jangan bawak satu bas la..bankrup ambo nanti..

aboo cepat2 la published article baru..kita buat perbincangan kita lebih hangat lagi...

Anonymous said...
pada hari 

assalamualaikummm!!!Semua2 respondent...

anonymous (4) said..
Cik shafina,mtk no.phone.hehe.
nak berkenalan boleh?presint10,tak juah dah kita <----budak ni nak berkenalan pulak dah dia! Cik shafina...jgn minta jgn dilayan...

archemege said...
Akagi: komen yg bernas menunjukkan anda sudah cukup 'matang'
<---aku tak fikir akagi belum 'matang'! baru 5hari kawin...ishhhh!belum tuuu....tp aku suka baca komen2 akagi...

Aboo: gud artikel, we can seen all malay are concern about 'malay' condition <---terima kasih, anda dpt pointnya!!!

ben kenobi said...
bila baca komen adik shafina ni, betul macam aboo cakap sejuk je hati rasanya... <---She memang cool kot orangnya!!!

aboo cepat2 la published article baru..kita buat perbincangan kita lebih hangat lagi...<--- Errr...serba salah ambo sebenarnya! dlm draft ambo ada beberapa undone artikel. Tp plan utk publish esok (selasa) adalah kisah cinta...(novel in making now!)OK ke Saudara Ben kesayangan?! Kemudian nextweek baru nak tulis adaptasi dari magazine tempo (indon) tu...huhu!
hahaha...argh!

Thanks for viewing !

Anonymous said...
pada hari 

hidup kerajaan!!
Will voted for gov for second time 8 March...
Mari Kelik Mengundi !
Pade Doh 18 Thn..

Akagi,
Cuma berkata-kata..
Bangkitlah Melayu Kita..

Anonymous said...
pada hari 

Patutnya "Pade doh 18tahun" kita pakai utk satu M'sia "Padan dah 50tahun...dah menopause dah" TUukar kerajaan la pulak tgk camne rupa bentuk pemerintahan baru! Apahal nak kecoh 18tahun yg 50tahun tu la yg lagi besar isunya. At least kelantan dalam pada duk kena diskriminasi,di anak tiri boleh je diperntah oleh Tok guru dan kuncu2nya tak nmpak sgt isu besar contohnya Lojing tu semua kepada sesapa yg tau hal yg sebenarnya taulah!yang taktau je bodoh sombong duk assume benda2 yang tak wujud media pula gila twist fakta!tak gila namanya tu. tak propaganda ke tu?In case kalaulah pembangkang buat masalah BPR POLIS ASKAR silap2 bomba pun semua akan kepung keliling awal2 lagi heret ke mahkamah! Ni ha soal mahkamah lagi satu punya celaru transkrip hakim pun lawyer tolong buat,tak ke bangang namanya tu?hakim besar malaya plak tu!taktau la kamu masih bermimpi ke buta ke atau buat2 rabun.

Org tua 43thn Penjawat kerajaan46(Kota Lama)
Takyah bangkit,duduk lepak dah cukup...cuma perlu sedar dan fikir sahaja!

zarinaz said...
pada hari 

macam2 la budak zaman sekarang nie, tapi nak salah kn diaorg bulat2 pun x leh gak kn

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.