Monday, October 27, 2008

Memo Blues; Blues 'Deepa' Blues...

Update; 28 October; A-B-O...Jalan Terus!
Jalan ke tempat kerja, lengang saja...Sekolah masih cuti, mak bapak pun extra-kan cuti agaknya. Bikin kerja menimbun... Rayakan setahun sekali.

Al-Banjari Online...Capai hits 200k...Tahniah! Tak tersedar pulak aku, mana pergi 'perasan' aku selami ini...Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5perkara...Perkara tiada kelapangan mula di tarik perlahanan..Syukur! Otak aku masih berputar ligat...

Cougar belum jadi nak beli...Selamat duit negara. Namun kesian, kecut perut askar-askar kita setiap kali naik Nuri. Apa kata...Paklah dan kawan-kawan juga bini-bini kawan, ronda-ronda negara naik Nuri...Comfirm takde yang nak naik! Mana best...Kusyen tak empuk, 'jamban' rasa senak duk atas bangku tak empuk. Duduk atas baldu pun, kentut bau busuk jugak...

Duit epf...Baru niat nak ambik skit nak bayar yuran mengaji di ehsan-kan kat Valuecap pula...Ntah untung, ntah rugi! Kalau duit yang disimpan nilainya menyusut...Apa guna kita menabung. Baik belanja sekarang. Shopping habis-habisan. RM1 sekarang manakan sama RM1 20tahun akan datang. Atau guna buat pergi umrah, boleh doa depan Kaabah. Selamatkan bumi Malaysia tercinta...


POSTING ASAL ! ! !
27
OctoberPenganut Hindu meraikan kembalinya Lord Rama ke Ayodha, pembunuhan Narakasuka, Kezahidan Shakti, Krishna menewaskan Indra, kembalinya Bali ke neraka. 5 peristiwa ini diraikan dan dinamakan Deepavali. Tak salah untuk kita ambil tahu pasal agama lain, bukan dalam bentuk argue pun…Cuma untuk paham, apa sebenar Deepavali yang mereka rayakan. Jika kita paham akan agama lain, rasa respect akan ada. Sayang menyayang antara kita!

Lagi sekali, Deepavali datang lagi! Meriah sungguh aku tengok kat TV…Besar-besaran juga sambutan di PWTC. Ramai yang datang, tak kira apa warna rambut. Wahh, meriah sekali! Pemimpin BN pun semua ada…Pemimpin berjiwa rakyat, tapi pemimpin makan dengan pemimpin juga. Rakyat lain, duduk meja lain. Pemimpin berjiwa rakyat…

Rakyat dengan rakyat, pemimpin dengan pemimpin. Entiti yang berbeza, dua kasta yang ketara. Pemimpin berjiwa rakyat, oklah tu… ‘jiwa’ rakyat je! Pemimpin adalah pemimpin, rakyat tetap rakyat. Pemimpin makan berhidang, rakyat makan buffet… Makan untuk hidup. Lauk ayam untuk pemimpin, lauk ikan kering untuk rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat…

Menarik minggu ini…Tengok berita mesti ada drama berjudul UMNO Oh UMNO. 3 orang, anak dan menantu, bekas dan sedang-PM layak untuk bertanding Ketua Pemuda. Yang lagi sorang taktahu pulak aku bapaknya dulu kerja apa. Hari-hari ada undi untuk Najib. SMS ugutan melanda Shahrir Samad. Dan lain-lain lagi…Tengok sahaja berita.

Juga menarik, Hindraf diharamkan. Karpal Singh digantung 2hari di Parlimen. RM7bil dibazirkan di Terengganu. DEB bakal dimansuhkan digantikan dasar baru. Agaknya lebih kurang New Economy Agenda lah kot. Malaysia kalah lawan Myanmar. Liverpool 1 Chelsea O. Man U…aku tak layan! Prison Break epi.8 dan Heroes epi.6 keluar minggu ini. Grey Anatomy aku tak layan…

Pemimpin berjiwa rakyat. Makan pun meja asing-asing. Di PWTC, lawa-lawa lagi bergaya bini-bini pemimpin. Ada yang langsing, ada yang flat. Rambut wajib ‘karat’. Barang kemas bergantungan sana-sini. Ranggi-ranggi dress-nya sorang, maklumlah kena tonjolkan kewemahan kepada rakyat bahawa aku lah bini kepada seorang pemimpin. Pemimpin berjiwa rakyat. Bini pemimpin pun berjiwa rakyat.

Pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin makan guna sudu dan garfu. Rakyat makan guna jari jemari. Makan guna 4jari adalah sunnah. Stop makan sebelum kenyang. Diet kena jaga. Biar badan maintain cun…

Meriah juga Deepavali ini, tadi tengahari banyak motor-motor dibonceng oleh orang-orang. Hitam kelat, macam India…Happy sungguh mereka beraya. Selalunya aku menyumpah seranah kalau tengok mat-mat motor bawa motor dalam keadaan yang bahaya. Tapi tadi aku berkompromi, maklumlah diorang sedang beraya. Sekali sekala apa salahnya.

Hindraf mana pula pergi, masa raya puasa dulu, kecoh lah pulak, time Deepavali takde pulak. Balik kampong kot belaka semua. Reti juga nak beraya rupanya. Lain kali respect orang lain punya raya. Respect me-respect kan amalan mulia lagi berpahala.

10.32pm…Rumah bujang masih sunyi, Zainal Fikri dan Aifa Hayati sudah selamat bertunang. Fathul masih di Perak. Esok kerja…Planning belom buat lagi. SOP untuk company banyak lagi nak kena siapkan. Tajuk final thesis belom ada. Hari berjalan cepat…

Untuk yang sudah lepas, happy belated birthday untuk Dr. Airin Koay, selamat bertugas di Kuching, Sarawak bersama yang lain. Semoga hidup anda dan kawan-kawan di sana jalan terus!

Oklah kot, Selamat hari Deepavali untuk penganut agama Hindu jika korang yang membaca ini beragama Hinddu. Kawan-kawan rapat…Anusha Ratnam, Mishaliny Nair dan semua classmate yang best-best! Ops, aku teringat kepada 5kawan India ex-USM…Thirupathi yang membekalkan nota-nota kuliah, Iswaran yang sentiasa tawarkan rokok Dunhill, Iswaran yang sentiasa gelabah kalau assignment tak siap dan Gayanaprakash yang sentiasa cool aje! Ntah di mana mereka sekarang… Lagi sekali Happy Deepavali!

2-3hari lepas, aku tengok berita...Katanya Obama 9-sepupu dengan Brad Pitt...Sarah Palin 10-sepupu dengan Princess Diana. Menarik juga tu, tapi kalau kita sedar semua kita asalnya dari bapak bernama Adam A.S dan ibu bernama Hawa maka, semua kita adalah bersaudara. India-Melayu-Cina pun bersaudara.
Pemimpin dan rakyat pun bersaudara. Tak perlu makan meja asing-asing. Tak perlu label VIP untuk mengkastakan orang ini dan orang itu. Saudara Jalan Terus!!!

Ops…Sis Sue-AleenThanks untuk ‘Read More’ tu! Hahahaha…Alamakkk dah menjadi lahhh!

Seruan; Kepada sesiapa yang berminat untuk adjust html punya code boleh contact
Sis
Sue atau Sis Kujie…Gerenti puas hati!FOC kot...reward sendiri mahu ingat laahhh...

Walaupun sepatah haram aku tak tau maksud kata-kata lagu ini, tak kira lah!
Tapi ini
special untuk Sis Sue yang bikin 'Read More';

Beyond - Hai Kou Tian Kou - Live Unplugged (Malaysia - 1993)


Aboo & Lady Dark
[ Read More...... ]

Wednesday, October 22, 2008

Blues Sis Sue Blues; Nak renovate rumah ni sket...

Update 27October; Blues Sis Sue Blues! Gua tukar tajuk ni plus tukar times punya font. Tajuk jadi Blues Sis Sue Blues...Huhuhu! Tu jer..

Maaf kiranya di celah² kedatangan kalian, rumah ini sedang diperbaiki oleh jurutera tak bertauliah...

Deadline sampai pagi ini sahaja.... perghhh!! Sekarang cuba klik 'Read More' di bawah (bagi yang baru masuk & landing terus dalam posting ini, kalian tidak akan nampak apa yang saya maksudkan, sila klik di -- di bawah perkataan 2nd class di atas).

Alhamdulillah.. akhirnya read more ini dapat dibuat dengan jayanya. Suatu kepuasan. Terutamanya dari orang yang tiada basic IT secara formal macam gua. Apatah lagi di'renovate' tak sampai setengah jam. Yang lamanya nak susun gadget. Brader... bleh panggil Inspector Gadget la kalo macam ni... huhu!

Posting ini hanyalah untuk melihat hasilnya & meluahkan perasaan je. Sukacitalah kiranya Pak Aboo *ngahahaha* membuangnya selepas ini. Lagi satu, pening gua.. banyak sangat la brader punya Javascript. Takut ada yang ter'miss'. Kalau ter'miss'... ya ampunnnnn... tapi masih ada back up...

Dah itu je... hidup mesti rawkkkk!! Oh, ada satu pesan lagi... kalau nak cuba untuk entry yang sudah lepas masukkan kod "fullpost" (in full) dan jangan lupa tutup ye...

Posted by ~suealeen~ at 11pm
[ Read More...... ]

Sunday, October 19, 2008

Memo Blues; Hidup Jalan Terus !


Update; 19oct ...10.50pm


Lagi rumah terbuka! Kali ini di kediaman mewah Boss aku…di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lady Dark lupa bawa kamera, kalau tak…banyak gambar makanan aku ambik. Kalau pakai ber-kodak 12, gerenti tak cukup filemnya. Kena beli 3-4gulung filem. Mewah sekali…dari jam 8-9.30pm Makan! Makan! Makan!



Boss besar dari Jerman pun datang. Gemuk fizikalnya, mesra percakapannya. Kuat genggaman salamnya. Beza dengan jabat tangan dengan sesetengah orang. Hulur hujung jari saja. Orang bisnes dan orang Politik, lain salamannya. Orang baik-baik lain salamnya. Orang jahat pun reti bagi salam. Orang sombong tunggu orang beri salam…



Senak perut aku masih terasa. Lantak makanan yang tak tahu pun apa namanya. Apa cerita agaknya orang-orang susah, makan nasi lauk kicap. 50tahun sudah merdeka. Patutnya semua warganegara kita wajib makan mewah. Makanan lokap pun lantak saja bila dah lapar. Kita hidup untuk makan bukan makan untuk hidup….Apa pun, untuk hidup Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...





POSTING ASAL
Politics...Apa kebanggaan kita terhadap politics? Aku tidak pernah belajar Political-Sciences secara formal. Aku cuma banyak membaca terhadap kepelbagaian politik. Aku pernah terbaca bahawa politik adalah cabangan kepada ilmu dan Seni. Ilmu dan Seni yang untuk meraih kekuasaan secara constitusional maupun non-constitusional..........................................................Arghh!

Tak boleh nak tulis dahhhh…Tetiba rasa malas, kemenyampahan terhadap politics tetiba datang! Tadi memang ada point. Astagrfirullahhhh…


Rasa nak menulis tu ada… Tapi nak tulis apa?Ahhh…Tetiba rasa rindu pulak kat hidup di Kota Bharu. Susah nak cerita life aku kat KB, banyak benda best kat sana…Terlalu banyak! Pun begitu..ada suka ada juga dukanya… Campur-campur! Pengalaman manis, pengalaman pahit…Dua-dua tak terlupakannnn…!Hidup jalan terus...

Hidup jalan terus, aku nak maju. Kena teruskan hidup walaupun di tempat orang. Tempat orang, tapi tetap dalam negara sendiri. Taraf bumiputra masih valid. Ntah sampai bila.Tempat orang pun tempat aku. Aku mula belajar nak adapt hidup sekarang. Segala rasa negatif twist-kan jadi positif. Hidup jalan terus…

Lately…Bila ada masa, aku cari blog-blog santai. Baca blog-blog simple yang tidak focus pada kepolitikan semata, umum dan sederhana. Ok apa…baca-baca, yang best..aku add-kan link tu. Bukan kena caj punnn… Sebenarnya…berapa banyak blog yang ada kat Malaysia nih?Melambak! Masuk mana-mana blog, click saja kat link-link dalam tu…Giler!Banyak…

OK apa…Bukti bahawa kita yang memblog nih menulis! Seriously…Bagi aku bagus, minda-minda kita makin berkembang, kongsi pengalaman dan pengetahuan melalui tulisan, melalui blog! Ada juga blog yang mengiklankan barangan jualan. Mudah! Tu pun namanya marketing strategy…Bukan kena bayar pun. Cuma couverage tak seluas iklan kot TV lah. Itu sudah cukup…

Aku pun nak tulis benda-benda yang simple. Memang niat untuk merubah bangsa, mengangkat agama, memartabatkan negara. Mungkin terlalu besar untuk aku. Jadi aku perlu start dari merubah diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri. Amal Makruf Nahi Mungkar. Tak mampu tegah dengan ‘tangan’, benci dalam hati pun jadilah. Namun itu selemah-lemah Imannn…Tidak perlu terburu, biar lambat asal selamat. Untuk masa sekarang, bak kata Cornell, be your is all that you can do. Hidup jalan terus...

Berita minggu ini…MCA minta jawatan Timbalan Presiden BN. Budak form 2 tendang cikgu. Sepasang suami-isteri kena bunuh cara kejam di Kelantan. Mawi kawin 5juta. Malaysia 4 Seirra Leone 0. Minyak turun lagi 15sen. Curi balak di Pahang. Warga emas rogol budak 10tahun. USD1, RM3.5. Scomi dapat projek di Mumbai. Mukhriz Mahathir layak bertanding. Raja-raja Melayu bertitah, jangan cabar kontrak social.

Yang kaya tetap maintain kaya. Yang susah tetap maintain susah… Hidup jalan terus…

Tadi petang, konsert K.A.M.I (Geng…hidup memang palat!) kat Bukit Jalil. Ada niat nak pergi.Lama benar tak pergi mana-mana gig. Mana pun kita pergi, pandai-pandaikan jaga diri.Tapi kawan-kawan ajak ber-bowling, dia nak train untuk match anjuran company. Serious…1st time aku main bowling. Main 2 games...point aku 48, 78. Kawan aku, Jena… 82,80 Ayiem… 138, 164 Fathul…114,128. Hasilnya dapat memeluhkan ketiak dan celahan kangkang sambil ushar awek-awek social keliling, kasi mereka perasan cun! Kalau di KB…Jumaat dan Selasa malam badminton di Dewan Tengku Anis. Rabu malam di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu. Peluh satu badannn… Makan Char Kuew Tieow berempat 6 gelas the beng. Belanja hari ini cuma RM47.80.

Cepat sungguh masa berjalan. Millage kereta sudah 45293km sejak 13Mei 2005. Rokok tetap tak putus, sedut macam biasa. Surya-12 seludup mudah diperoleh rokok Peter tetap RM9. 1liter minyak RM2.30. Ini semua soal-soal belakang. Perihal perkara yang dah berlaku. Perkara dah lepas tapi menjadi rumusan mudah untuk hidup.

Nak bercakap soal masa depan pun susah. Kena ada planning. Kena buat forecast. Kena ada target. Kena ada objektif. Isnin nanti bekerja lagi, awal pagi perlu hantar weekly planning. Jam 4, perbentangan progress kerja. Housemate aku bertunang minggu depan. Zainal Fikri aka Jenal, orang Kedah 'bertembung' dengan Siti Aifa Hayati orang Kelantan. Dua-dua kawan lama. Dua-dua engineer. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua bumiputra. Yang pasti Deepavali pada 27october!

Housemate
aku lagi sorang, Fathul. Calon pun takde lagi. Dia engineer. Dia pun bumiputra. Layak untuk mendapat hak istimewa sebagai Melayu. Hak bumiputra-nya tidak sah bila dia ke Australia tak lama lagi. Masa sekarang, dia cuba menggunakan hak keistimewaannya sepeunuhnya sementara tinggal di Malaysia ini. Cuma,
umur dah lanjut, takde calon isteri pun, hidup jalan terus...


Untuk masa sekarang. Liverpool menang 3-2, sekarang 2.01am…minit ke-87 , Man United 3 WBA 0. Hidup jalan terus, namun perlukan masa rehat… Sekarang waktu tidur. Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...Umur panjang, esok hidup lagi...


AudioSlave - Be Yourself live in Cuba


Aboo
[ Read More...... ]

Tuesday, October 7, 2008

Happy Birthday, Rock Star!

Update:14Oct, 11.31pm


Assalamualaikummm…Lama aku tak update! Jangan kata aku keluar ber-tabligh sampai ke India. Jangan kata aku pergi mencari guru agama. Jangan kata aku masuk sekolah pondok! Aku cuma malas, menyampah, bosan, sibuk, serabut, serabai plus segala macam perasaan negatif lagi…Pasal apa?Pasal apa-apa lahhh…Ya! Hidup ini memang begitu, Cuma kena bijak adapt aje… twist-kan jadi positif maka indah lah hidup kita…Sebab aku dah twist-kan perasaan negatif tu, tu pasal aku menulis!Aku berpositif...



Jalan makin hari makin sibuk…Syukurrrr! Panas terik di tengahari…Syukur! Hujan rahmat tiap-tiap petang turunnn…Syukuuurrrr! Minyak turun lagi 15sen…Syukurrrr! Rebat masih lagi ditebus…Syukur! Paklah resign Mac nanti…Syukurrr! Kita bakal dapat First Lady baru Mac nanti…Semoga sentiasa sihat untuk menguruskan Bakti!


Ayuhhh…Kita bersyukur atas segala kenikmatan dan rahmat Tuhan kepada kita…! Atas segala keperitan hidup…

Kesengsaraan hidup…Kesempitan hidup… Kebuluran terhadap duit…Kebingungan terhadap politik…Campur pulak dengan segala problem yang menimpa…Sekurang-kurangnya kita diberi peluang untuk terus bernafas atas muka bumi ini….Wajib kita bersyukur!




Umur semakin lama semakin lanjut…Jangan kata dah dekat nak mati! Sebab kita tak tahu bila nak mati…Bukan kita yang tentukan soal hidup-mati! Sementara diberi peluang untuk hidup, hiduplah dalam keadaan bersedia menghadapi mati! Lepas mati hidup lagi…Hidup yang takkan mati!


Cukup untuk impromptu 10minit! Ingatan untuk aku, Lady Dark dan lu orang semua…

Last untuk aku sendiri, Selamat Hari Jadi Untuk Aku!Terima kepada lu orang yang ingatkan bahawa aku semakin hari semakin tua usianya.... -Aboo



POSTING ASAL!!!
DISCLAIMER: I know this is not as sensational as HINDRAF barging into open houses in the name of democrasy... or our PM's long awaited desicion on if he will contest or not... or if our prisons are up to standards of atleast 4- star hotels... or the silence of Anwar, but here it goes anyway....!

And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years. (Abraham Lincoln)


ALL HAIL THE BIRTHDAY BOY! ! !



Yes... it is officially his birthday...

if there was one thing i could say, it would be that i am glad i wasnt Aboo fr the past year...

yup,loads have happened this past year for this guy... moving away from a life he obviously loved... coping with living in between jobs, coping with his Masters Degree, coping with multiple job interviews, coping with me going through my finals, coping with a new living environment, and finally settling into a new place, with a new job, new friends, new pay and thankfully NOT a new girl, haha!

but through it all, he stood tall. Always with pride and his rokok Peter by his side! dunno how he did it, but he made it...

so here it is to Aboo... may this new life (...and old gal, keke) bring you lots of joy... happiness...serenity... and fulfillment... and may you live all the days of your life...

OKAYYY... i have to admit something... i have NO IDEA what to get him for his birthday... which is probably the main reason im posting this... any ideas????

The more things change, the more they remain the same. (Alphonse Karr)


-LadYdArK-

[ Read More...... ]

Saturday, September 20, 2008

Memo Blues; Penumbuk Angin Untuk Sheih !

*The pic aku ambik dari blog kickdefella! Atas sebab aku tak minta kebenaran tu pasal aku kaburkan pic tu! Kenalilah kanak-kanak berwajah kabur ,Papa mereka kini dalam remanan Polis..- 20Sept.12am++

Update; Blues 21Sept, 12.03am

Sheih...Freed But Not So Free!

Malaysiakini: Polis bebaskan Blogger Kickdefella

Ya!Ya!Ya! Dengan sekelip mata, satu dunia dah tahu, Sheih dah dibebaskan...Tapi, sangat-sangat worst case, Lady Dark baru je tahu beberapa minit lepas...Terkejut khinzir dia..."Yaayy...Bukan ke reman lagi sehari ke?". "Ish..Pempuan ni! blaa..blaa...blaaa..." Aku membebel kat dia...

Banyak kata-kata semangat dari pembaca blog Kickdefella kat posting berbarunya. Aku tak tulis apa-apa kat situ, lagipun sejak aku baca Kickdefella's blog...Tak lebih 5komen kot aku aku tulis kat situ...Hahaha! Aku ada cara aku untuk support dia dan aku suka cara aku!

So...Sempena pelepasan Sheih, aku tulis lah skit lagi...Lepas ni, aku akan kurang tulis dah kecuali bila diperlukan, penat aku meluangkan masa-masa sibuk aku untuk support dia dengan menulis ntahapahapa! Banyak kerja dooool...Padan lah dengan gaji yang ribu-ribu-ribu tu kot?! Apa nak buat, nak hidup...

Ok...Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Nak senang...Aku ambik jer statement masa pc Sheih dari Malaysiakini tadi petang! (Bro Ban...Bila ambo nak dapat link dari Malaysiakini nihhh??!Huhuhu..Ops, takpe2! Tak mati pun tak lekat Mkini tuuu...huhuhu!)




Ayat Garang I:"Saya beritahu mereka jika mereka mahu kenyataan, mereka hendaklah mendakwa saya dan saya akan beri kenyataan saya di mahkamah di depan hakim...".

Ulasan: Garang tahap Raja Petra gak nih. Minta dibicarakan! Tak pun, terpengaruh dengan Cik Say-Fool (katakan bodoh!) kita, "Saya akan memberitahu di mahkamahhh..."

Ayat Garang II:"Saya cuba menyerah diri kepada polis Kelantan sebaik saya tahu mengenainya, tetapi mereka kata, mereka tidak mencari saya..."

Ulasan: Ni bagus...Belom apa-apa, pergi balai...Pergi tanya Polis! Pelik tapi benar, Polis pun taktau...Patutnya Polis cakap, "Err...Encik balik la dulu, nanti kami tangkap encik kat rumah esok lusa nanti depan anak-bini dan orang kampung encik...Ok?!" Ops..Jangan lebih kutuk Polis, Polis masih relevan tauuu....


Ayat Garang III: "Mereka tidak mengurung saya bersama suspek yang lain. Saya ditempatkan di dalam bilik tahanan seorang diri..."

Ulasan: Bukan per, jaga standard...Apa barang nak letak satu lokap dengan penyamun, perogol bersiri, pencuri carburator motorsikal EX5 aka Mat rempit...! Hmm..Aku dengar banyak kejadian homo-menghomo dalam lokap...

Ayat Garang IV:"Mereka cuba menakut-nakutkan penulis blog lain dan memudarkan semangat saya. Ia tidak berjaya..."

Ulasan: Speechless! Tak terkataaaa...

Statement Garang V: Syed Azidi berulangkali memuji polis kerana melayannya dengan baik, sambil menambah, mereka memenuhi permintaannya untuk mendapatkan ubat, sejadah dan juga minuman ringan kerana tahap gulanya rendah....

Ulasan: Tabik Polis kepada Polis! Integriti Is Our Practise... Ish, apa kena-mengena pulakk?!

Alhamdullilahhh....Pasal makanan anjing? Takde disebut! Terima kasih Polis, kerana tidak ada kedengaran rungutan pasal makanan...! Asal halal walaupun takde khasiat, Sheih bedal punya...kecuali aiskrim (manis tuuu!)

Hmm...Apa lagi yang diulas?No need...! Nak ulasan pergi baca blog lain, tu pun kalau ada yang nak ulas lahh!

Aku...Tumpang happy, pasal Sheih dah bebas! At least, aku tulis apa yang terdaya untuk dirinya...Confirm Sheih baca blog ni...Hahaha! Bukan saja-saja aku nak bodek ke apa punnn... Cuma bertindak atas kemampuan yang ada, tak boleh hentak dengan hammer...Tulis pun jadilah!


Tu je... Jumaat, 17Oct depannn, jumpa di tempat biasa...!

Bro Sheih, Ambik....Penumbuk-Angin ke-II ! ! !


Roger!


Posting Asal ! ! !


Related link (untuk kawan-kawan yang tak tau apa kisahnya!);


Malaysiakini : Kickdefella Remanded for another day


Malaysiakini : Penulis Blog ditahan sehari lagi


Malaysiakini : Dijamu seperti makanan anjing


Malaysiakini : Kok Tells of Her 7 Days Under ISA



Aku taknak sembang politics, plus lu orang jangan politics-kan tulisan aku. Aku semahunya mahu bercakap sekurang ajar mungkin untuk tulisan ringkas malam awal pagi sabtu ini. Aku penat…Baru lepas travel ½ ribu batu jauhnya (553km)!



SETUJU!!! SANGAT SETUJU…Dengan Aflah; Kelab Penghasut Maya UMNO!Aku ingat ada yang tak sedar. Syukur...Ada jugak yang sedar plus tak takut nak hentak sama! Tabik Puteri Islam untuk lu...Aflah! Mahu sahaja aku nak tulis perkataan yang sangat tidak menyenangkan bila dibaca…Tak boleh hentak, maki dari jauh pun jadi lahhh! Tapi ini bulan yang mulia… Kena sabar! Kena banyak-banyak bersabar! Sabar…! Sabar…!Sabar…!


Lagi, aku cukup bengang…Bila aku baca posting KPMU.Net;Amaran Buat Sheih - Jangan Hina Bendera Kami Beratus komen-komen yang poyo-poyo! Apakan daya… Itu hak mereka agaknya! Perikemanusiaan dah makin kurang, harga diri dah takdak! Ishhh…Apa manusia untuk aku gelarkan puak-puak ini? Dengan provokasinya, memang kurang ajar! Maklumlah…diorangkan duk belah sana. Sehat wal-afiat lah sentiasa…Back up power la katakannnn! Inikan Negara demokrasi terpimpin. Hmmm….Sabar…! Sabar…! Sabar…!


Pasal Sheih ditahan di bawah Sedition Act! Bengang…Memang bengang! Sedih pun ada…Apa lagi terkenangkan anaknya yang bongsu tu. Manja benar dengannya…Dapat tidur kah baby girl tu yang liat bebenor nak mandi petang, yang hanya suka ber-panties berlari ke sana ke sini dengan botol susu plus bantal busuknya itu. Sedih jugakkk! Mana-mana yang ada anak kecik tu...Faham lah kot?!


Ryan…Yang bongsu lelaki! Yang sangat aktif…Bila main bola mesti pakai jersi Man U! Aku agak 1-2 hari ini mesti lelaki kecik macho (ala-ala Cantona) ni moody memanjang bila tiada papa-nya di sisi. Kegiatan pembolaan agaknya mesti tergendala! Mana ada budak yang stay happy kalau bapaknya ter-lokap! Bola mesti tak bergolek di laman rumahnya...


Hakikatnya Sheih dah betolkan bendera tu dan dah cerita bila dan bagaimana dia ambik gambar tu! Tak faham lagi ke? Ntah lahh..Agaknya ini musim tangkap-menangkap kot?


Sedih…bila aku tengok Sheih dengan tangan bergari, dengan dressing tak siap, nampak serabai. Nasib baik rambut dah tak berapa nak ada. Kalau tak lagi serabut agaknya. Namun sengihannya tetap manis…Amat malang, aku jauh sangat dari KB untuk kasi penumbuk kat dia. Penumbuk-Angin...Penumbuk-Semangat!!!



Tadi aku berbuka dalam kereta, hanya mineral kemudianya rokok-rokok-rokok! Syukur sangat dahhhh… Apa agaknya juadah Sheih aku berbuka tadi maghrib? Tadi bersahur aku makan mewah, nasi lemak lauk udang tumis plus burger ayam plus ayam goreng plus bingka ubi. Hadam pulak dengan milo O’ suam gelas besar dengan rokok! Perghhh…Nikmatnya tinggal di bumi merdeka ini!!!Tapi apa lauk untuk Sheih bersahur di lokap sana? Lebih emosi...Dapat kah Sheih menikmati asap-asap Kent No.9 (Sheih tak boleh isap rokok lain, nanti batukkk!) Emosi jugak nihhh...



Kalau Miss Teresa Kok makan 2biji telor separuh masak plus lauk-lauk yang ntahapahapa…Apa juadah berbuka dan bersahur Sheih! Click kat link-merah atas yang berkenaan. Pak Bakaq pun makan benda yang lebih kurang sama semasa ditahan tempoh hari (Penarik Beca; Makanan Anjing). Haaaiii…Kurang benar, agaknya bajet makan untuk tahanan-tahanan lokap kot? Belanjawan dinamakan mesra rakyat tuuuu…Astagfirullah (Baca: KPMU.Net ; Bajet Prihatin)! Tapi…Alhamdullilah, Miss Teresa dah bebas…Kitakan Malaysiannn, mesti sporting! Support tetap support… Perpaduan-kan Teras Kemajuan!



Tu soal makan...Soal bajet...Soal belanjawan...Soal Perpaduan...!Aku pun dah ngantok, sangat mengantok...Dalam pada kita yang nak atau dah tido atas tilam empuk setebal 1kaki berhawakan dingin, apa agaknya alas untuk Sheih tido. Sama juga, apa lah agaknya alas tido tahanan lokap yang lain...


Cukup untuk pagi ini. Aku penat…! Harapnya, Sheih masih kuat semangatnya di-lokap sana. Harapnya juga reman 2 hari Sheih berakhir hari esok! Kita doakan sahaja…




Ops…Bro Banjar! Thanks untuk ilmu-ilmu tu…Ambo tak kisah sangat punnn! Dah cakap dah, jadi…jadilahh! Tak jadi pun takpe…Rasanya ni percubaan ke-3 rasanya...Hahah!Apa pun, thanks anyway! If menjadi...If ambo outstation ke Penang, ambo singgah Parit Buntaq. Ambo belanja Bro Banjar, roti canai banjir kat Restoran Naseer...Apa macam? Ada berani ??




Aboo & Lady Dark

[ Read More...... ]

Monday, September 15, 2008

Ops...Ini Untuk Bloggers & Blog-Busters!

Update: Catatan Blues 17Sept. Untuk aku, Sheih & Blog-Bosters

Lepas maghrib tadi, aku dapat SMS… “Bro Evil hang kena ISA?”. Wahhh..terus aku google-kan Sheih Kickdefella+Polis. Sah! Result google yang aku dapat! Confirm …



MALAYSIAKINI; Seorang lagi Blogger ditahan


Husam Musa; Kickdefella ditahan


Penarik Beca; Sheih ditahan polis


Rockybru; Malaysia arrest another Blogger


Nuraina A. Samad; Blogger Sheih Kickdefella arrested


+ Banyaaaakkkkkkkkk lagi blog lain duk tulis benda yang sama!



TERKEJUT BERUK gak bacanya…Mati-mati aku ingatkan kes upside-down the bendera dah tutup dah! Ops…Rupanya diperam dulu kes tersebut!


Atau ada kena-mengena dengan web pro-kerajaan yang mendesak agak Sheih ditahan polis!

Update 25 Aug - KPMU.Net : Amaran Kepada Sheih; Jangan Hina Bendera Kami...


OK! Ketahuilah bahawa...


+Aku tak kisah pasal politik!


+Aku tak kisah Paklah tukar kerja jadi Menteri Pertahanan!


+Aku tak kisah Najid jaga duit Negara!


+Aku tak kisah Anwar jadi ke tidak PM baru!


+Aku tak kisah SAPP keluar BN!


+Aku tak kisah harga minyak duk takat rm2.55!


+Aku tak kisah harga rokok Peter naik jadi rm9!


+Aku…Tak kisah!Tak kisah!Tak kisah!



Tapi, AKU KISAH…Bila Sheih ditahan di bawah akta hasutan yang mungkin membawanya ke Kem Kamunting..InsyaAllah! Azab…!Azab…!Azab…! Berperikemanusiaan lah sedikit..Raya nak dekat dah nihh!


Hmmm…Aku malas dah nak tulis lebih-lebih! Aku Cuma pinta, pohon, harap, rayu, Polis memberikan perhatian untuk Sheih pasal;


+Benarkan Sheih tengok Man U vs Villareal malam esok (Ch.812)


+Benarkan Sheih bersorak gembira kalau-kalau Man U score goal!


+Benarkan Sheih hisap rokok Kent no.9 sepuas-puas sebelum imsak!


+Benarkan Sheih hisap rokok Kent no.9 selepas berbuka!


+Kurangkan makanan berkolestrol tinggi untuknya!


+Jangan bagi makan aiskrim kepadanya!


+Lepaskannya sebelum raya pertama!



Ok....Aku dah malas nak tulis! Aku orang kecil…Siapa nak peduli? Aku tulis untuk diri sendiri…Aku tulis untuk membela nasib orang aku yang aku sayangi…Cukup! Sebelihnya aku dah tulis dah, pasal keperibadian Sheih kat tulisan; Blues Kronik Untuk Mr.Evil Si Betis Berbulu!



Ok...Roger!


Catatan Blues 16Sept. Untuk Kawan-Kawan!


Hahaha! Tak menjadi…Takpe, aku duk tunggu Bro Ban, ajarkan aku cara-caranya! So…Bro Ban, I’m waiting!Hahaha…



Ohhh…sekarang jam 1.15am, 16 Sept. Aku malas nak buka tajuk baru, saja rasa nak menulis pada jam 2am nih! Tadi...saja duk merayau-rayau dalam ruangan siber, baca apa yang patut biar otak tak beku, tak berkarat! Saja nak layan-layan blues-politics kita! Mr.Anwar kata, lagi 3hari (Khamis kot?!) ada berita baik…Untuk Senator Zaid Ibrahim sekali! Bahasa Melayu akan dimertabatkan, Melayu digalakkan belajar bahasa Mandarin dan Tamil...



Lepas maghrib tadi, aku terima SMS dari kawan baik aku, Mr. Peyol aka Akagi, “Bertukarkah kerajaan esok?”. Aku reply, “Tak!”. Dia SMS lagi, “Tak percaya kepada De’factor?”. Aku reply lagi, “Politics Suck,Bro!bla..bla..bla…”. Lagi dan lagi, selepas itu aku terima 3-4 SMS dari kawan-kawan yang lain bertanyakan hal yang sama. Lagi dan lagi, aku reply jawapan benda yang sama!Hahaha..



Ntah kenapa...Aku seolah dilabelkan penyokong mana-mana parti pulakkk! Sedangkan aku tak daftar pun mana-mana parti, aku hanya daftar sebagai pengundi yang sah sahaja. Takde parti yang sesuai untuk aku. Kena baca lebih banyak buku pasal idealogi lagi kot aku nih...! Hmm..tapi, kalau 'dalam' sokong Liverpool, mampus kita takkan sokong Man United. Secara otomatis, kita akan nyampah kat Dimitar Berbatov walaupun kita suka dia masa dengan Spurs dulu! Hahaha..


Ops..harga minyak makin turun dan turun dan turun…(1.20am; USD 97.34), malangnya...Takde siapa peduli! Kepedulian kini hanya pada proses pertukaran kerajaan. Jadi ke tak?! Tunggu aje lahhh…Buat apa nak peningkan kepala, perah otak nak fikir benda yang 50-50. Perah otak untuk benda-benda yang berfaedah je lahhh! Bila otak terlalu fikirkan benda yang tak perlu difikirkan, tu la jadinya kepedulian terhadap perkara yang lebih penting…Terabai!



Aku juga ada terima SMS dari kawan baik, persoalkan pasal Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustaffa Ali...Aku no-komen! Bukan sebab dia orang satu negeri dengan aku, yang bila bercakap ada 'G' kat belakang ayat. Sebabnya, aku memang tak ambik port sangat pasal tu. Bagi aku aku ada pro, ada kontra. Ntah..aku tak tahu nak ulas apa! Aku tak baca sangat pasal tu...Lagi bagus kalau kita tak tau, kita diam! Lagi pun, dia tak pernah susahkan hidup aku...Apasal pulak aku nak kutuk dia! Yang aku tau, dia cukup menjaga kebajikan orang-orang kampung di kawasan dia. Tu saje...



Soal nak berkerajaan bukan soal mudah. Namun determination Mr.Anwar untuk itu aku puji. Aku tak suka berspekulasi. Jadi ke tidak…Aku tak fikir mana! Hidup mesti berjalan seperti biasa. Kerja melambak seperti biasa, tapi taktau kot-kot Boss aku, revise job-scope aku kalau-kalau Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan. Alhamdullilahhh...


Aku tak berfikir, aku cuma terfikir…Kalau-kalau jadi Pakatan ambil alih kerajaan, blog-blog yang pro-Pakatan, apa akan jadi. Konsepnya bagaimana…Puji-pujiannya macam mana…Kutuk-kutukannya lagu mana…Perspektifnya, angle mana… Tu pun best tuuu…Maklum lah, tentu lain jadinya nanti.Aku teruja akan keadaan itu, tak sabar pula nak tengok reaksi 'para-para sakura' dalam blogsphere nih! Reaksi offensive kepada defensive...


Rebut sesuatu lebih mudah dari pertahankan sesuatu…Itu hakikat! Soal nak mempertahankan tu yang susah. Sama kes, jadi pembangkang lagi mudah dari berkerajaan. Bangkang sana…Bangkang sini…Kritik sana…Kritik sini… Kadang-kadang bermodalkan ‘saliva’ (Air liur lah!) je. Lagi mudah duk membangkang di alam maya bermodalkan taip-an jari jemari sahaja. Nak buat macam mana, ini budaya baru kita. Dah jadi wabak!



Hmm..Cukup lah untuk bacaan ringan kawan-kawan aku yang masuk blog ini pada waktu pejabat nanti. Semacam tanggungjawab pulak menyediakan bahan bacaan untuk kawan-kawan. So, kawan-kawan…Untuk selalu update-kan blog, matilah akuuuu! Tapi, takpe…untuk lu orang, aku tulis juga! Hahaha…Takpun, lu orang layan lagu Ghosbusters tu! Hahahaa..


POSTING ASAL !


Sem-bangang cinta di Hospital Selayang, 12 September lepas jam 12.30am!


Aboo : Dear, can we go to mainstream?

Lady Dark : Hmm…Why not? We can share it to everyone!

Aboo : Ok then, every ‘socio-politics’ post, we put Malaysiakini…Ok?

Lady Dark : Just do it ajerr..Everyone do maa…!



Maaf…kalau ayat selepas ini bunyinya macam-bagus, aku ingat nak potong tulisan grey kat bawah nih pada mulanya…Tapi, kita kan bloggers, mesti mahu openTalk when we want to talk at the time we need to talk! Jangan berumah tepi pantai kalau takut di lambung ombakk…Wahhh! “Kebebasan bersuara adalah fundamental…” Raja Petra aka Uncle Pete (Bukan Uncle Pet!)



OK, terus kepada point…3-4hari ketertinggallan dunia blog semakin panas, hangat! Raja Petra dan Teressa Kok di-ISA-kan, Cuma Tan Hoon Cheng je sudah bebas. Apa yang aku baca dari Malaysiakini: VoxPop: Kok's arrest 'malicious', Sis Teressa Kok tak terlibat dalam petition minta perlahankan azan subuh. Tapi, aku sebagai Malaysian yang beragama Islam bengang juga pasal argue pasal tulisan jawi tu. Namun untuk ISA, keterlaluan tu…Azab tu ISA, baca lah tulisan Bro Saari Sungib kita. Ish…Apa lah nasib Sis Teressa kita tuuu…Harapnya She Ok…! Alaaa...kitakan Malaysiannnn! Kena sporting laahhh...


OK…next Raja Petra, memang lah tulisan Uncle Pete (baca; Pete, bukan Pet!) kita sangat mengerikan lagi mengilukan sesetengah orang. Tapi, wajar kah untuk di-ISA-kan Uncle Pete atas motif politik? Ingat tak rancangan Blog, TV1 dulu, kata-kata Uncle Pete kita… “Saya mengamalkan satu sajer…Iaitu kewajipan dan tanggungjawab sebagai sebagai orang Islam, Amal Ma’ruf Nahi Mungkar…”. Maka ISA untuk orang yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam…? Ish…Tak patut!


OK…Last! Maaf, aku ketiadaan masa yang lapang untuk terus menulis, pasal blog…aku dah tulis dah duluuuuuu. Blog Oh Blog; Ada Apa Dengan Blog! (Nak baca…Click! Taknak baca takyah click!). Pasal media punnn aku dah tulis, Media Oh Media; Ancaman & Amaran Kepada??? (Lagi sekali, nak baca click…Taknak baca, jangan click!). Tulisan ini juga tribute kat Presint's Geng yang menggila menyerang dulu…especially untuk Dara Tua Shafina, Cik Puan Nina.


OK…Itu sajer untuk kali ini. Harapnya, percubaan pertama untuk me-mainstream-kan blog kami dengan meletakkan Malaysiakini dalam teks tu menjadi lahh..Tak jadi pun takpe aje, Haha! Thanks untuk masa lu orang baca tulisan kami yang tak seberapa nih. Last but not least - Sila bebaskan tahanan ISA dan Selamat Bersahur, Berpuasa, Berbuka!




Aboo & Lady Dark


We Ain't Afraid Of No Ghosts...GHOSBUSTERS! - Ray Parker Jr.



[ Read More...... ]

Tuesday, September 9, 2008

Lady Dark di-Hospital-kan !!!

Dear Friends...

Lady Dark telah di-hospital-kan pada jam 3pm+ tadi. Doktor syak she mengidap Henoch-Schonlein Purpura. Jangkaannya mungkin 1minggu she di tahan kat ward untuk blood-test, biopsy dan lain-lain. Pelik tapi benar, even she pun doctor, she tak boleh agak sakit she sendiri. Camne tu?!

Buat masa sekarang, Lady Dark totally tak boleh berjalan langsung, kena stay kat bed dengan kaki tergantung. Ops...She still fasting! Lepas berbuka baru she benarkan air dimasukkan dalam badan...Cayalahhhh!

Those friends yang duk area KL...Call her or me if nak melawat! Dia pesan "Datang mesti bawah buah tangan...". Ops...kat Hospital Selayang tau!


Aboo [ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.