Sunday, August 24, 2008

Kronik Blues Untuk Mr.Evil Si Betis Berbulu...

Thanks untuk those yang baca tulisan ini via kickdefella link...Check this out too; Memo Blues; Penumbuk Angin Untuk Sheih! May Justice Prevail...PEACE!

MELAKA, Aug 20 (Bernama) Prime Minister has described the action of a blogger in calling on his blogsite followers to fly the national flag upside down as a sign of protest, as evil.

Off-record; Aku sudah mendapat kebenaran bertulis “Bro...Dengan segala rendah diri sila siarkan…” dari Mr. Evil, untuk menyiarkan artikel ini. Sebelum apa-apa…Credit dari rangkaian angkatan bersekutu, Aboo & Lady Dark untuk Mr. Evil The Buffalo Soldier (Un-dreadlock Blog-star) kerana membaca draf awal seterusnya memberi permisi untuk disiarkan…(Tabik pengakap selama 10saat untuk Mr.Evil The Chubby!) Banyak betol gelarannyaaaa…



Untuk diri sendiri, gambar ini aku simpan...aku tak upload kat mana-mana site, baik di friendster atau di facebook! Hmmm...gambar yang mungkin tak seberapa...tapi, aku yakin...kalau di-publish-kan...boleh menaikkan rating blog yang tak penting langsung untuk aku...Aku bukan kaki giler glamour, aku cuma dengar lagu-lagu glam-rock, The Darkness misalnya, Love is only the feelinngggg….!!! So, aku trim gambar ni, ambik kaki saja! Budaya expose meng-expose ini bukan style aku punnn...Apa lagi expose-kan diri sendiri...Standard aku tinggi, bukan standard semacam artis-artis murahan yang duk kangkang-mengangkang mencari perhatian sekeliling kita...Aku tidak semurah itu! Blog aku pun tidak semurah itu jugakkk!


OK...yang ber-jeans (bukan Datin Seri Jeanne) tu aku...Tak penting aku cerita pasal aku yang ber-jeans koyak hampir-hampir menonjolkan aurat itu, aku cuma orang biasa muda handsome dan jelita! Yang aku nak cerita...Si Mamat berseluar pendek melepasi paras berjaga-jaga (aurat) menonjolkan bulu-bulu sengal yang ada pada kedua-dua betisnya itu. Kenali lah Mamat berselipar tanpa brand yang mahal, short cap ‘forest’ malah perokok tegar KENT No.9...Si Mamat ini digelarkan ‘Evil’ oleh orang yang paling berkuasa di Tanah Melayu ketika ini gara-gara mengistilahkan ‘Nation In Distress’ sambil mencanangkan promosi menterbalikkan bendera Malaysia, upside-down kata Orang England! So, untuk tulisan ini, gelaran rasmi untuknya adalah Mr. Evil Si Betis Berbulu…



Aku tak pernah setuju akan cadangannya, menterbalikkan bendera. Namun aku mengaku aku pun meletakkannya selama beberapa jam, sebelum aku ditegur oleh seorang sahabat yang kemudian menyuruh aku tengok site Flag Etiquette. Dari situ aku berfikiran bahawa adalah tidak adil untuk menterbalikkan sebuah bendera, hanya sebab umumnya, 'Nation In Distress'. Jika...menterbalikkan bendera secara tunggang terbalik melambangkan sesebuah negara dalam piawaian 'DISTRESS'. Logik bodoh, untunglah negara-negara seperti Jepun, Thailand, Jamaica, Nigeria...(sekadar beberapa nama negara). Pusing camne pun, begitulah kedudukannya...tetap stabil, teguh dan tidak lari dari posisinya. Itu fikiran singkat aku. Bendera organisasi, PAS dan PKR misalnya...pun sama! Tak adil...! Ini tak adil...!


Pada aku adalah lebih ‘DISTRESS’ kalau aku tengok bendera Malaysia berkibar dalam keadaan lusuh, koyak rabak dan dalam keadaan serabai lagi lemau kelihatannya. Itu lagi pilu dan memilukan…



Mr. Evil Si Betis Berbulu ini siapa pada aku? Satu-satunya jawapan subjektif yang sesuai adalah dia adalah mentor aku, aku menganggapnya begitu...Mentor yang mengajar aku mem-blog! Sebagai protegee yang sebenarnya, tidaklah rapat benar...tetapi agak rapat lah jugak, boleh bila-bila masa keluar minum-minum dan pekena roti bakar di Kampung Sireh, Kota Bharu. Boleh bersantai di Secret Recepi, KB Mall Kota Bharu. Malah boleh selamba ke rumahnya...tanpa menelefonnya dulu. Agak rapat lah kot..?! Sebabnya, kalau call takkan diangkatnya, kalau mesej…2 hari kemudian baru di-reply-nya!Ish Ish Ish…Apa punya orang daaaa….Namun adakah wajar aku nak kata orang yang melayan aku seperti ini pengkhianat, jahat, kejam, zalim malah tidak berperikemanusiaan, macam bagus…Tak sampai ke tahap itu punnn! Tapi itu dulu…Aku dah pun tinggalkan Kelantan… “I’m looking a new satisfactioonnn…”, jawabku bila orang tanya kenapa tinggalkan kerja di Kelantan…



Berbalik kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu...Dia pernah berpesan semasa aku kali pertama berguru denganya secara tidak formal di Restoran MySpicy, Kota Bharu. Sambil bersembang soal saman oleh NSTP ke atas YB Jeff dan Mr.Rocky waktu itu, katanya, kalau nak tulis blog jangan sesekali menggugat keselamatan negara dan jangan sesekali menghasut untuk ke arah kehancuran negara. Pesanan itu aku ingat sampai bila-bila. Hmm...dengan menterbalikan bendera Malaysia...adakah itu dalam spesifikasi menggugat atau menghasut?! Anak sedara aku yang berumur 11tahun hanya menggelengkan kepala apabila aku tanyakan soalan itu kepadanya. Setakat ini, belum ada yang kena tetak bersebab bendera diterbalikkan...Kan?Kan?Kan?!Ahh…Supreemmeeee...



Jangan tidak tahu, Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya tidak gemar sangat bercakap soal blog mem-blog walhal Evil Si Betis Berbulu ini sendiri sedia maklum dirinya adalah antara blogger ngetop di Malaysia, rating-nya juga bukan 1juta, bukan 2juta malah hampir 3juta tuuu! Cakapnya pula cukup berhati-hati, cukup berahsia, perlu pandai korek-korek-korek dan perlu dibodek dengan rokok! Bila bersembang dengannya, dia lebih suka dan taksub kepada sosial sekitaran. Persoalan dan pertanyaan kepada orang-orang tua yang melarat, budak-budak sekolah yang meleret-leret untuk ke sekolah, ibu-ibu tunggal yang kesorangan yang tidak terbela dan segala macam hal yang orang-orang besar menyampah mendengar rungutan orang-orang kecil sebegini. Mr. Evil Si Betis Berbulu ini, memang terarah untuk membantu puak-puak susah ini. Itu agenda peribadinya begitu juga isterinya dan anak-anaknya malah orang gajinya…Dasatttt!



Pelik juga aku, kalau-kalau ada tindakan undang-undang ke atas Evil Si Betis Berbulu...dikenakan, caj apa ek? Menghina negara kah? Ntah...Aku pun tak tahu lah! Cuma ketahuilah bahawa pada tanggal 18April...Apabila rasminya Evil Si Betis Berbulu ini, angkat sumpah untuk jawatan Corporate Liaison Officer di PMBK, sehingga kini...aku rasa Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sudah mengerjakan pekerjaannya lebih dari apa yang job scope-nya! Aku tidak hairan lah charity dengan Boss-nya yang berstatus YB itu sebabnya, mungkin duit parti atau juga duit kerajaan negeri. Yang bestnya, banyak independent charity yang dilakukannya, berkat kolaburasinya dengan kawan-kawan juga isterinya. Bantu sana…Bantu sini…Charity sanaCharity sini…Lebih bagus dari YB-YB yang duk ada sekelilingnya…Tu hakikat! Terbaru mungkin ada dia bikin Ramadhan Charity lagi…



Pada akhir ramadhan tahun lalu, aku berbuka puasa di rumahnya. Yang dijemput cuma orang-orang kampung yang susah saje (yela nak kasi hamper!). Sebelum itu, pada lepas waktu asar ada majlis serba ringkas charity untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang kampung, YB Husam dengan muka tak berapa nak senyum mengagihkan bantuan tersebut. Selepas maghrib sambil-sambil layan asap bersamanya, seorang tua mengesat air mata gembira dengan selendang putih lusuh yang dipakainya bila mendengar khabar darinya, bahawa akan ada bantuan seterusnya untuk hari raya dan musim buka sekolah nanti. “Kot-kot mana pun, ambo akan tolong carikan bantuan, makcik jangan susah hati lahhh…” Katanya sambil isterinya duk pujuk-pujuk makcik tua tadi, “Jangan nangis lah makcik…Jangan nangis lah makcikk..”. Sekadar mengungkit kisah lama… Yang baik buat teladan…



Kali terakhir aku bersantai di rumahnya, jam 6.15petang…23April lalu sehari sebelum aku berangkat blah dari Kelantan! Anak-anak Evil Si Betis Berbulu bersama team budak-budak kampung duk sibuk menendang bola ke sana-ke mari berkaki ayam tak berbaju. Suara-suara keseronokan itu lagi hingar berbanding bunyi tendang-menendang bola itu. Happy sungguh kesemua kanak-kanak yang ratanya umur 8-10tahun. Sang isterinya pula bersama seorang wanita tua, yang kepingin mendapatkan bantuan ntahapahapa darinya. Diyakinkan bersungguh-sungguh wanita tua bertemankan basikal tua bahawa, Insya-Allah…Suaminya akan tolong ajukan masalahnya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka menadah kesyukuran wanita tua itu…



Mana-mana orang yang merasakan ada kuasa nak tahan seseorang yang dikatakan menghina kedaulatan negara, baca dulu 3-4 artikel berphoto yang aku curi dari blog mana ntahhh yang tidak ada dalam arkib TV1, TV2, TV3, TV4….TV hitam putih….TV Plasma…Tidak berpublisiti giler-giler semacam orang-orang ‘tuuuttt…’ yang sedang berbaris teratur berlingkar dalam selingan gelung busuk lagi membusukkan yang diistilahkan SHIT oleh sasterawan lagenda Prof. E. Shahnon Ahmad…(Tabik Spring Untuk Prof. Eeeee-meritus…) Ops..Check Out; Ramadhan Charity Pt.1, Ramadhan Charity Pt.2 & Ramadhan Charity Finale!



Untuk adaptasi SHIT, selain Wirawan yang duk ada sekarang yang tak penting mana untuk aku punnn….Bagi aku Mr. Evil Si Betis Berbulu ini juga adalah Wirawan (ntah yang nombor berapa) yang sudah keluar setelah berusaha keras melolos menyelitkan dirinya untuk dikemut keluar dari saluran dermaga busuk lagi membusukan itu kemudiannya dibilas dan disamak oleh marga-marga marhaen hujan, tanah, angin, bumi, mentari, pokok dan manusia. Inilah hasil samakan oleh marga-marga tersebut…Mr. Evil Si Betis Berbulu, berjuang di dunia blog, menulis dan menyiarkan apa yang diyakini patut olehnya. Dasat sungguh bahasa sastera aku ni…!



Jadi, bayangkan lah…kalau lah Mr. Evil Si Betis Berbulu ditahan di bawah apa juga akta, bukan setakat Sang Isteri dan anak-anaknya terutama Si Genit yang liat nak mandi petang itu yang derita malah orang gajinya juga. Itu belum masuk wanita tua berbasikal tua, team bola anak-anaknya, Pak Tam, Pak Mat Tempe, Abe Li dan ramai lagi lah turut merasainya….Lagi jahanam mengjahanamkan pihak-pihak tertentu kemunculan lebih ramai ramai Wirawan atau mungkin Wirawati untuk memberontak ke atas kebusukan yang terhidu akibat angin kus-kus yang yang dikesan mula mencemari indek udara kita hari ini.


Sepatutnya, Orang yang menggelarkan ‘Evil’ kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya lebih tepat kalau digelarkan ‘Devil’. Kan lagi jahat dan kejam bunyinya tu. Lagipun, Mr. Evil Si Betis Berbulu adalah peminat hardcore Red Devil yang anti giler pada Red Giant FC. Tu hakikat! Selebihnya, Lu fikir-fikirkan lahhh sebelum nak siasat dan tahan orang jahat giler yang aku gelarkan Mr. Evil Si Betis Berbulu ini….




Untuk Sifoo kami, Mr.Evil Si Betis Berbulu...Thanks untuk ilmu-ilmu blogging yang tak seberapa ituuu...!Haha..Lagu Special untuk Sifoo, Isteri, Anak-Anak & Orang Gaji ;



The Darkness - Love Is Only The Feeling





Aboo & Lady Dark



[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.